Tetamu Kehormat...

March 17, 2010

Anwar Ibrahim 2010 : Selamat Datang Hari Celaka!


Anwar Ibarhim 2010
Selamat Datang Hari Celaka!


KUALA LUMPUR 16 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan meneruskan rayuan untuk meminta Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya. Beliau berkata, notis penarikan itu difailkan menerusi firma guaman Tetuan S.N. Nair & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pagi tadi.

"Setelah menimbang masa yang diambil agak panjang dan kami jelas tentang perjalanan mahkamah dan sistem kehakiman negara, kami memilih untuk menyegerakan kes ini dengan tarikh pendengaran semula pada 25 Mac dan dari situ tarikh akan ditetapkan agar pasukan peguam saya dapat menyoal balas (pengadu) Mohd. Saiful Bukhari Azlan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen hari ini. Pada 19 Mac ini, Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar rayuan Anwar berhubung keputusan Mohamad Zabidin untuk tidak menarik diri daripada mendengar kes liwat itu.

Pada 8 Februari lalu, Anwar membuat permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar ini. Anwar menghadapi tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Add to Google
Ulasan saya :

1. Kebenaran semakin hampir untuk Anwar dan Saiful Bukhari.

2. Hayat politik Anwar dan PKR juga semakin menemui jalan mati.

3. PRU ke -13 kelak, Anwar Ibrahim akan dihukum atas segala perbuatannya selama ini yang memecah-belahkan keamanan dan keharmonian masyarakat di negara ini.

4. Anwar Ibrahim akan tewas kerana ditikam oleh kawan-kawannya sendiri. PKR bukanlah sebuah parti yang benar-benar ikhlas dan jujur. Ia sebuah parti hanya untuk menjatuhkan BN atau UMNO, ia bukan parti untuk rakyat.

5. Yang untung hanyalah DAP dan PAS - yang meneguk di air yang keruh, mendapat untung daripada perpecahan orang Melayu. Tetapi yang malang ialah orang Melayu - PAS mendapat sedikit keuntungan duniawi bagi memuaskan hati mereka yang menginginkan puncak kuasa - sebaliknya kehancuran akibat daripada persekongkolan antara PAS dengan DAP jauh lebih besar daripada keuntungan yang diperoleh oleh PAS dan Anwar Ibrahim.

6. Syaitan bertepuk dan kita menari - orang Islam bercakaran, orang kafir berjoget. UMNO dan PAS bermusuhan - orang lain ambil kesempatan. Inilah hakikat politik kita. Mahu cepat berjaya tanpa banyak usaha. Mahukan kuasa dengan apa-apa cara. Berfikiran pendek budaya kita. UMNO dan PAS, kita sama-sama menunggu bencana!

11 comments:

ChiLaBaey's said...

Itu yang saya risaukan... Bencana akan menimpa silap gayanye.... Akibat perbelahan berlaku.... :(

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Seperti saya saya tegaskan dulu, Anwar ialah ahli politik Melayu paling tak guna pernah saya jumpa.

Segala kemuliaan, pangkat dan harta didunia diperolehi melalui Kerajaan yang diterajui UMNO. Kalau tak kerana Anwar masuk UMNO, orang pun tak kenal dia.

Tapi hari ini dia lupa segala jasa UMNO padanya. Anwar tak henti henti fitnah UMNo di luar negara. Kononnya UMNO terlalu perkauman. Semuanya dilakukan untuk ambil hati orang bukan Melayu.

Sudah tak penting pada Anwar untuk orang Melayu menguasai politik. Yang dicita-citakan ialah parti politik yang menguasai Malaysia mestilah tiada jiwa Melayu- ala ala PR.

Dalam PR, yang berkuasa ialah DAP. PAS cuma jadi kuli batak. PKR pula cuma perjuankan Anwar Ibrahim seorang .

Jelaslah sekarang PAS telah hilang arah tujuan. PAS bekerjasama( atau lebih tepat dari pecacai) dengan DAP iaitu satu parti yang memusuhi apa-apa saja kepentingan Melayu dan Islam.

Maknanya PAS jadi kuli pada musuh bangsa dan ugama.

Orang Melayu kini sudah berubah. sudah ada ramai Melayu yang anggap perjuangan menolong bangsa melayu sebagai perkauman.

tak apa DAP perjuangkan secara extreme kepentingan orang Cina. Orang Melayu kalau cakap pasal kepentingan bangsa akan dicop sebagai perkauman.

Dan anwar ialah orang yang memusuhi bangsa dan ugamanya sendiri.

joegrimjow said...

tak saba nar tngok PRU 13

Marshall DeD said...

SAudara jow..

Saya juga tak sabar nak tunggu PRU13.
;)

Zawawi said...

doa2 je la bencana tu tak tempias kat kite ...

hans said...

gua dah rimas dengan semua perkara nih
akhirnya rakyat yg rugi
kepada bakal2 pemimpin tidak kira darimana anda datang...tolonglah ingat tujuan asal berpolitik adalah untuk membela nasib rakyat
tolongla ingat

Anonymous said...

Aku dah BOSAN

Aah Mat Dee said...

tengok saja komen en. zulkifli adun kulim....dia cuma bjuang utk dirinya senirik....malah fatwa mengenai kalimah ALLAH juga dia yg bertegas hendak buat, walaupun dibangkang ulama non partisan

Anonymous said...

kepada syamsul anuar.
awat hang ingat segala kekayaan yang ada kat malaysia ni mak bapak umno punya ka.awat ahli2 parti pembangkang lain tak bayaq cukai ka.
memang dasar umno dia ingat semua harta kat malaysia mak bapak dia yang punya,sebab tu lah suka2 nak songlap duit negara.pi ngaji politik dulu baru boleh berhujah.nnggggoookkk.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2 semua

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片