Tetamu Kehormat...

March 30, 2010

Anwar 2010 : Tiba-tiba Sejarah Membelok II


Anwar Ibrahim
2010
Tiba-tiba Sejarah Membelok II


KUALA LUMPUR 27 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya licik merancang konspirasi termasuk dengan menggunakan akuan bersumpah. Oleh itu, katanya, beliau tidak terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung konspirasi mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu. Menurut Dr. Mahathir, beliau sendiri turut menjadi mangsa Anwar yang bijak bermuka-muka di hadapannya tetapi secara diam-diam merancang konspirasi menjatuhkan beliau.

"Dia pernah membuat konspirasi untuk menjatuhkan saya, semua orang tahu dia arah orang serang saya, kata saya ada kroni tetapi Anwar sendiri berpura-pura baik (sebagai) orang nombor dua dalam Kabinet.

"Belakang saya dia lakukan tetapi di depan saya kami boleh duduk semeja, itulah dia, jadi saya tidak pelik dengan tuduhan bahawa dia ada konspirasi untuk menjatuhkan Najib," katanya. Dr. Mahathir berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang pertama, di sini hari ini. Pada Rabu lalu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat, Zulkifli mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan warga Mongolia tersebut. Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isteri selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Dr. Mahathir pada sidang media itu juga turut membidas Anwar kerana mempersoalkan salah seorang anaknya yang tersenarai sebagai antara orang terkaya di negara ini sedangkan ia berlaku selepas beliau tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri. Beliau turut menempelak Anwar kerana telah mengkayakan kawan-kawannya sewaktu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada pertengahan tahun 90-an.

"Ada seorang kawan dia memiliki kekayaan RM239 juta, kalau jadi Perdana Menteri macam itulah (lagi teruk) sebab baru jadi Timbalan Perdana Menteri kawan-kawan dia semua jadi kaya, banyak duit juga tapi tidak tahulah dari mana," katanya. Dalam isu berasingan, Dr. Mahathir menyifatkan Pas telah bersubahat dengan Anwar dalam budaya fitnah dan pembohongan apabila Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar perbuatan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kerana mendedahkan rahsia impian 16 September.

"Nik Aziz kata Zahrain tak patut dedah perbuatan jahat yang dilakukan, jika kita tahu benda itu salah tapi kita tak ambil tindakan untuk mendedahkan kesalahan, itu semacam bersubahat.

"Nik Aziz sokong Zahrain jangan dedah, jadi dia bersubahat dengan Anwar," tegasnya.


Ulasan Saya

1. Kita sedang berhadapan dengan masalah politik paling bahaya abad ini. Hampir setiap hari perilaku buruk Anwar Ibrahim semakin terlondeh dan terdedah. Terbaru - Tun Mahathir turut mengaku bahawa Anwar Ibrahim terlibat secara sulit dalam merencana konspirasi bagi menjatuhkan beliau daripada kerusi Perdana Menteri. Maka, sudah terbukti bahawa Anwar Ibrahim bukanlah insan yang baik - sebaliknya beliau merupakan manusia yang sangat licik dan jahat bagi mengejar keinginan dunia yang sementara ini. Sudah pelbagai cerita dan berita kita dengar berkenaan Anwar Ibrahim - dan adalah mustahil semua cerita tersebut adalah bohong dan rekaan semata-mata. Dari isu liwat, main perempuan, kuku besi, berbohong, mengaibkan orang lain, kronisme, menjatuhkan orang lain, politik wang dan pelbagai isu buruk yang lain sudah semakin membelit batang tubuh suci Anwar Ibrahim yang dipuji dan dipuja oleh segolongan manusia yang merasakan bahawa Anwar Ibrahim ialah manusia hebat dan tiada cacat-cela.


2. Sudah begitu banyak sumber yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim sememangnya seorang manusia yang penuh dengan kebobrokan, dan adalah mustahil sumber-sumber ini berpakat dalam memburuk-burukkan Anwar Ibrahim secara terancang. Sumber yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim sebagai manusia yang tidak boleh dipercayai, tidak hanya datang daripada pihak UMNO atau kerajaan semata-mata, bahkan pendedahan kejahatan Anwar sering didedahkan oleh bekas ahli-ahli parti PKR sendiri. Adalah mustahil jika kita mendakwa mereka sengaja mereka-reka cerita bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Ahli-ahli PKR yang mendedahkan pembohongan Anwar bukanlah baru sekarang muncul, sebaliknya sejak awal penubuhan parti tersebut, hal ini termasuklah daripada mantan Ketua Penerangan PKR Ruslan Kasim, Ezam Mohd Noor, dan mantan Naib Presiden PKR Chandra Musafar. Justeru itu - apakah semua ini tidak mencukupi untuk menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim sememangnya seorang manusia yang jahat dan bermuka-muka?


3. Hakikatnya - semua orang tahu Anwar seorang ahli politik yang jahat dan suka cakap berbelit-belit. Lim Kit Siang tahu, Karpal Singh pun tahu, Haji Hadi juga tahu, Mat Sabu lebih tahu - tetapi semuanya membutakan mata hati dalam soal ini. Mereka semua tahu Anwar Ibrahim seorang ahli politik yang jahat dan suka berbohong - jadi mengapa mereka masih menyokongnya? Malah, rakyat juga tahu semua cerita ini. Rakyat tahu Anwar seorang yang suka berjanji dan berpolitik 24 jam sehari. Rakyat juga tahu bahawa Anwar bukan seorang manusia yang maksum, hati kecil kita sendiri pun tahu bahawa sumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari ada kebenaran dan menepati kehendak Islam. Tetapi, mengapa jiwa kita masih berdegil untuk terus menyokong Anwar Ibrahim? Walaupun sudah jelas beliau sangat banyak membawa kemudharatan kepada agama, bangsa dan negara kita? Kita tahu kerana keceluparan mulut Anwar jugalah yang mengakibatkan para pelabur menarik keluar pelaburan mereka dari Malaysia. Kita juga tahu imej negara buruk di kaca mata dunia adalah berpunca daripada mulut jahat Anwar, yang tidak henti-henti memburuk negara dan kerajaan sendiri. Wallahualam.

7 comments:

azhar said...

salam saudara

sehebat mana manusia menipu / masih ingatkah kita peristiwa 1998 / tak sedikit insan yang menangis mengenang 'nasib' manusia bernama Anwar Ibrahim ini / tapi yang buruk & busuk tak mampu dibiarkan lama / bangkai tak mampu ditutup dengan nyiru semata / kelak Allah akan membukakan satu persatu / kalau rakyat mungkin bukan begitu / tapi bila jadi pemimpin - amanah kepada sebuah negara yang bakal bangkit nanti - Allah mestilah lakukan pembersihan / biarlah juak2 mereka menyatakan sebersih manapun pemimpin mereka itu - takdir Allah mengatasi segalaNya / kadang2 menepuk air terpercik ke muka sendiri / itu sedang dan akan berlaku nanti ....insaflah wahai Anwar, bukan anda tak boleh menyatakan pendapat dan menentang - tapi menaiki tangga dengan cara memijak kepala dan melompat di kala orang lain sedang sujud bukan amalan kita / tengoklah...satu persatu akan Dia bukakan buat kita...sesungguhnya ini sebuah negara berdaulat yang terkandung amanah sangat besar di akhir zaman / bukan calang pemimpin mahu duduk ditamp[uk itu...

wasalam

Muhammad Azli Shukri said...

azhar - saya sependapat

Anonymous said...

Tuan Azhar:
rentetan cacatan tuan yang sungguh bernas untuk dijadikan pedoman bersama

zulazahari said...

Clash of the Titans?? Memang tengah clash skrg nie, haha....apa2 pun sila ambil award di blog saya sempena blog yang menarik ini.

Anonymous said...

Allah swt sayangkan M'sia sebab tu di beri pertolongan. Selisih malaikat 44 dari kita dapatkan PM peliwat tegar dan munafik kronik mcm anwar.

joe

shamshul anuar said...

Saudara Azhar,

Dalam PR pun ramai yang tahu perangai Anwar. Dan ramai yang menyampah dengannya.

Anwar adalah manusia "perasan" yang rasa hanya dia dapat selamatkan Malaysia. Padanya jawatan yang layak ialah Perdana menteri.

PR bagaimanapun sanggup terima pemimpin macam ini. Pada DAP, pemimpin Melayu macam Anwar yang menyanjung "Ketuanan Cina"( disebalik slogan Ketuanan Rakyat) amat berguna untuk jatuhkan satu-satunya "bargaining point" orang Melayu iaitu kuasa melalui UMNO.

Oleh itu Awar pun mainkan isu BTN, ketuanan Melayu dan kononnya UMNO perkauman. Anwar tahu tuduhan beliau mengarut tetapi yang penting ianya amat disukai oleh species dari DAP.

Mula-mula orang terpengaruh juga kononnya Dr Mahathir zalimi anwar pada 1998.

Namun Dr Mahathir yang kita ketahui bukan jenis menganiaya orang. Beliau mungkin tak suka seseorang tetapi beliau bukan jenis zalim.

Kali kedua Anwar dituduh, orang mula terfikir. Takkan satu budak sanggup bersumpah dengan nama Allah hanya untuk tuduh Anwar.

Macam yang selalu saya cakap., anwar ia;ah ahli politik Melayu paling tak guna pernah saya jumpa.

azhar said...

salam :

saya bukanlah org yg duduk pada mainstream mana2 parti siasah / saya hanya individu yg melihat gejolak ini dari luar ruang lingkup / betapa menyedari bahawa politik adalah satu amanah - negara adalah satu amanah - bangsa dan agama ini satu amanah / kadang saya terfikir - Dia meletak & menjatuhkan seseorang sungguh dengan sejuta hikmah yang manusia tak mampu selami / di sini saya mempelajari sesuatu : menilik yang zahir sering mencelarukan akal fikir - cantiknya bunga tidak langsung membawa hakikat wangi pada jasad bunga itu sendiri / saya sungguh melihat ada sesuatu yg sangat istimewa pada Tun M - sungguh bukan dari perspektif biasa!!!!
salam buat semua