Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Mariko Bersedih Lagi : Menjawab Persoalan Calon Paling Layak di Hulu Selangor

Mariko Bersedih Lagi Menjawab Persoalan Calon Paling Layak di Hulu Selangor 1. Mungkin, dan barangkali mungkin - saya tidak sependapat dengan sebahagian besar para blogger dan ahli-ahli UMNO yang lain, berhubung isu siapakah yang layak dicalonkan sebagai wakil rakyat untuk mewakili BN di Hulu Selangor. Adakah mesti mengikut tradisi? atau kita harus akur dengan kehendak akar umbi. Jika kita mengikut tradisi - maka calon dari MIC adalah pilihan, tetapi jika kita mengikut suara hati dan akar umbi, maka calon dari UMNO haruslah kita dahului. 2. Soalnya sekarang ialah, apakah kaedah yang digunapakai bagi memilih calon terbaik untuk memastikan kemenangan BN di Hulu Selangor? Adakah kaedah melalui "unsur perkauman" masih relevan untuk BN merampas kawasan tersebut atau pun, kita harus kekal dengan kaedah lama iaitu, berteraskan muafakat dan kesepaduan parti komponen. Jika kita memilih unsur perkauman dan majoriti pengundi di kawasan tersebut, maka kita terpaksa mengorbankan semangat

Ke Mana Selepas Ini?

POLITIK MALAYSIA 2010 Ke Mana Selepas Ini? KUALA LUMPUR 24 Mac – Genap seminggu Dewan Rakyat digemparkan dengan kejutan pertama, hari ini giliran Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) pula membuat pendedahan menggegarkan politik negara. Beliau mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Tanpa mendedahkan pihak terlibat, beliau berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut. Zulkifli berkata, ganjaran yang ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman namun begitu beliau bersyukur kerana Allah melindunginya daripada terlibat dengan fitnah itu. “Atas sebab ini juga saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes berkenaan kerana adanya gangguan daripad

DBP 2010 : Legasi JJ Berakhir

DBP 2010 Legasi JJ Berakhir Sudah hampir empat tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkocak dan tidak tentu arah. Bermula dengan campur tangan Datuk Johan Jaaffar (Pengerusi Lembaga Pengelola DBP) berhubung isu pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP, En Kamarulzaman yang penuh diselubungi misteri dan tanda tanya - disusuli pula dengan pertentangan secara berterusan antara pihak pengurusan DBP dengan pihak Kesatuan Sekerja DBP yang selama ini benar-benar berasa sudah bosan dengan segala macam bentuk penyelewengan dan politik tikam menikam - yang akhirnya mengakibatkan staf DBP berpecah teruk menjadi tiga puak. Iaitu, puak yang menyokong dan taat setia kepada kumpulan Johan Jaaffar, puak yang berpihak kepada kebenaran yang diperjuangkan oleh Kesatuan Pekerja DBP dan puak yang ketiga ialah puak yang berdiri atas pagar, tunggu, lihat dan ambil kesempatan. DBP pada hari ini tidak lagi seperti DBP dahulu - ia tidak lagi dihormati, kepakarannya sudah mula dipertikaikan oleh masyarakat, manak

Selamat Petang Liow Tiong Lai!

Selamat Petang Liow Tiong Lai Saya secara peribadi menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang merupakan bekas Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan Malaysia untuk dicalonkan semula bagi menerajui MCA. Sudah tiba masanya keikhlasan Liow Tiong Lai dibalas dengan sebaik mungkin. Selama ini pertikaian antara Timbalan Presiden MCA dengan Presiden MCA telah menyebabkan Liow Tiong Lai menjadi mangsa keadaan dan dikambinghitamkan. Sekarang, mahu atau tidak, pemilihan pucuk kepimpinan MCA mesti dilakukan semula bagi memilih Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang baharu. Semoga pada kali ini MCA akan kembali ke landasan yang betul, sekali gus mengukuhkan semula sokongan masyarakat Cina kepada pihak kerajaan. Saya juga tanpa berselindung memikirkan bahawa Datuk Seri Liow Tiong Lai amat sesuai dicalonkan sama ada sebagai Presiden MCA atau pun Timbalan Presiden MCA. Dengan cara ini sahaja MCA akan kembali bersatu.

Ku Li vs DS Najib 2010 : Yang Tersirat Disurat

Isu Royalti Minyak Kelantan Hasrat Ku Li Yang Tak Terlihat Saya memetik tulis Datuk A.Kadir Jasin berhubung isu ini dan kemudian saya beri ulasan saya di bawah : PRESIDEN Umno Mohd Najib Abdul Razak pada 25 Februari berkata dia menyerahkan kepada keahlian parti memutuskan jika tindakan perlu diambil ke atas Tengku Razaleigh Hamzah. Tindakan Ku Li menentang dasar kerajaan pusat mengenai tuntutan royalti minyak/gas oleh kerajaan Kelantan dilaporkan mendapat bantahan beberapa orang ahli Majlis Tertinggi Umno. Mereka mempersoalkan “kekebalan” bekas Naib Presiden Unmo itu. Mohd Najib menyatakan pendirian itu ketika ditekan oleh pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MT. Nampaknya, Mohd Najib sama ada mahu mencari jalan selamat mengelakkan konfrontasi dengan Ku Li atau dia mahu ahli Umno membantunya menamatkan riwayat politik Ku Li. Umno sudah biasa dengan taktik main selamat Mohd Najib. Tetapi perlu disebutkan juga yang Ku Li telah mencuba menyekat Mohd Najib daripada mengisi