Skip to main content

Tuan Ibrahim 2010 : Apabila Malam Terlelap


Tuan Ibrahim Tuan Man 2010
Apabila Malam Terlelap


KUALA LUMPUR, 7 Nov (Harakahdaily):Selain agama melarang membuat dan menyebarkan fitnah, tindakan dan perbuatan yang mengundang fitnah juga wajib dielakkan. Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tanggapan atau persepsi salah terhadap parti dan pimpinan mestilah dicegah supaya ianya tidak merebak menjadi besar dan merosakkan perjuangan parti itu sendiri.


Justeru katanya lagi PAS mempunyai akhlak jemaah yang mesti dipelihara dan sebarang perselisihan pendapat mestilah dikemukakan melalui saluran yang sedia ada. "Jangan emosi walaupun berselisih pendapat sehingga sahabat satu jemaah kita hentam. Kita ada saluran. "Jangan kemukakan ketidak-puasan hati melalui media baru," katanya sewaktu menyampaikan ucapan di 'Seminar Memperkasa Parti', di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, dekat sini pagi tadi. Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa PAS sebuah parti yang sentiasa terbuka kepada kritikan dan teguran. Tambahnya lagi, sebarang matlamat yang baik tidak menghalal cara atau perbuatan yang menyalahi agama atau dasar parti.


Yang penting ialah untuk uruskan perbezaan pendapat dan bukannya 'melebarkan' lagi perbezaan pendapat yang sedia ada, kata Naib Presiden itu. "Jangan gadai prinsip Islam. Nak menang tapi jangan gadai untuk dapatkan undi," katanya kepada lebih 1,000 peserta yang hadir. Selain itu, beliau turut menasihati agar PAS dan pimpinan serta ahlinya tidak leka dengan pujian yang mengundang rebah malah para penceramah juga mesti memastikan hujah dan ceramah disampaikan bukan sekadar 'syok sendiri'. "Ceramah berjaya memperkukuhkan semangat antara kita tetapi belum tentu dapat menarik generasi baru yang lain," katanya.


Selain itu, beliau juga yakin, sebarang masalah yang dihadapi parti dapat diurus dengan baik, sungguhpun acapkali menghadapi pelbagai cabaran dan fitnah. "Setakat ini, PAS membuktikan tiada antara wakil rakyatnya yang lompat parti dan PAS juga terbukti berjaya dalam menguruskan masalah," katanya. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS mahu menajdi parti yang besar untuk mengambil alih kerajaan sedia ada dan oleh itu soal untuk berkerjasama dengan Umno tidak timbul sama sekali. "Kita nak ganti Umno, bukannya bersama Umno. "Akhir sekali yang penting ialah, kita mesti mendukung keputusan parti," katanya yang berucap 20 minit selepas dua ahli akademik, Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangasa (UIA) dan Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaya) membentang hujah dan kajian mereka.



Ulasan Saya :1. Baru sekarang Tuan Ibrahim Man sedar bahawa para ahli PAS tidak berakhlak cara Islam? Baru sekarang Tuan Ibrahim sedar bahawa kebanyakan ahli PAS sangat gemar mengumpat, memfitnah dan mencela? Baru sekarang Tuan Ibrahim sedar akan semua itu? Sungguh malang Tuan Ibrahim!


2. Tuan Ibrahim harus faham - PAS bukan sebuah jemaah Islam seperti mana yang beliau fahami - sebaliknya PAS merupakan sebuah parti politik yang menjadikan agama sebagai umpan dan bukan sebagai amalan. Jika Tuan Ibrahim mengandaikan bahawa PAS sebagai sebuah jemaah Islam seperti Ikhwanul Muslimin dan jemaah-jemaah Islam yang lain, nampaknya beliau telah melakukan kesilapan yang besar. Saya yakin dan percaya bahawa Tuan Ibrahim tahu - sesungguhnya salah satu ciri sesebuah jemaah Islam ialah akhlak para pendukungnya. Jika sesebuah jemaah Islam mendakwa bahawa mereka memperjuangkan Islam, tetapi akhlak dan sikap ahli-ahlinya seperti orang Munafik, maka itu bukan jemaah Islam dalam erti kata yang sebenar, boleh jadi itu merupakan jemaah ala-Khawarij atau ala-Murjiah.


3. Tuan Ibrahim mempunyai niat yang ikhlas menyertai PAS - mahu membetulkan masyarakat dan negara melalui saluran demokrasi. Tetapi, percayalah Islam tidak akan tertegak melalui jalan demokrasi dan peti undi, Islam hanya akan tertegak melalui dakwah dan didikan yang betul. Apabila Islam diletakkan di dalam peti undi - maka Islam akan dihina. Islam hanya akan bangkit melalui akhlak penganutnya dan bukan melalui umpat keji sesama muslimin. Percayalah PAS bukan sebuah jemaah Islam, ia hanyalah sebuah parti politik. PAS sepatutnya menganjurkan Seminar Memperkasakan Islam dan bukan memperkasakan Parti - yang mana lebih penting? Parti atau Islam? PAS juga harus menukar slogan daripada PAS for All kepada Islam for All, malangnya PAS masih ego dan degil - tidak mahu menerima kebenaran.


4. Tahukan Tuan Ibrahimbegitu, mengapa terdapat ramai ahli PAS yang suka menabur fitnah, mencaci-maki pemimpin dan membuaka aib orang lain? Jawapannya - sejak PAS ditubuhkan, PAS tidak menjalankan kerja-kerja dakwah, sebaliknya PAS lebih gemar dengan kerja-kerja politik dan ceramah. PAS ditubuhkan untuk merebut kuasa dan bukan untuk membentuk masyarakat agar mereka hampir kepada Allah! Dalam sesebuah perjuangan, kita tidak boleh ada pelbagai niat, niat kita mesti satu! Sebaliknya PAS sebagai sebuah parti politik mempunyi pelbagai niat - mahukan kuasa, mahu menghancurkan UMNO, mahu jadi Perdana Menteri, dan pelbagai lagi nafsu duniawi yang membelit parti tersebut.


5. PAS seharusnya menjadi badan dakwah sepenuhnya dan bukan separuh dakwah, dan separuh lagi sebagai gerakan politik - Islam tidakan akan berjaya dengan cara itu! Tumpukan kepada pembentukan ahli dan masyarakat, agar mereka menjadikan Islam sebagai cara hidup - dampingi pelaku maksiat dan pimpin tangan mereka kembali ke pangkal jalan dan bukan mengherdik atau mencaci-maki mereka. Perkasakan kerja-kerja dakwah, Islamkan seramai mungkin orang-orang kafir di Malaysia, dan bukan bersengkongkol dengan mereka bagi menjatuhkan orang Islam sendiri - itu puak khawarij namanya! Didik ahli-ahli PAS agar berakhlak seperti Rasulullah, pastikan terlebih dahulu 900 ribu ahli-ahli PAS itu bebas daripada merokok yang jelas haram, didik mereka agar berkasih sayang dan meninggalkan caci-maki, kukuhkan keimanan ahli-ahli PAS agar mereka menjauhi sifat suka memfitnah - kerana memfitnah jauh lebih bahaya daripada membunuh. Jika hal ini pun masih tidak upaya dilaksanakan oleh ahli-ahli PAS, maka jangan sibuk untuk mentadbir negara dan menyalahkan orang lain. Ayat-ayat keimanan dan tauhid jauh lebih banyak daripada ayat-ayat hukum di dalam al-Quran - maka PAS perlu menumpukan dakwah mereka dalam aspek pembentukan keimanan dalam kalangan ahli-ahlinya. Islam akan tampak cantik, apabila para penganutnya mengamalkan ajaran al-Quran sepenuhnya. Manusia akan tertarik kepada Islam lantaran kerana akhlak para penganutnya dan bukan kerana serban, jubah atau retorik ucapannya.


6. Tuan Ibrahim harus insaf bahawa inilah budaya sebenar ahli-ahli PAS - mereka diasuh untuk membenci sesama kaum muslimin dan bukan untuk saling membantu menegakkan amar-makruf nahi mungkar. Ahli-ahli PAS mencontohi perilaku para pemimpinnya - jika pemimpin-pemimpinnya mengumpat, maka mereka juga akan mengumpat, jika para pemimpin mereka memaki hamun kerajaan dan UMNO, maka mereka juga akan memaki-hamun. Kerosakkan yang sedang berlaku di dalam PAS ini tidak mungkin dapat diselamatkan lagi - selagi PAS lebih mengutamakan kuasa daripada kerja-kerja berdakwah dan mendidik masyarakat seperti mana yang pernah dilakukan oleh pergerakan Tablig dan al-Arqam pada suatu ketika dahulu. Lantaran itu, Tuan Ibrahim harus sedar, sesungguhnya PAS sudah jauh terpesong daripada perjuangan Islam yang tulen - kerana PAS tidak mendidik masyarakat mendekati dan mengamalkan ajaran Islam - sebaliknya PAS lebih selesa untuk mencari jalan pintas ke syurga melalui saluran demokrasi yang sememangnya tidak akan ditemui. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Nawaitu PAS ada lah sebuah parti haprak
KUNTONG said…
Saya dengan ini menyokong ulasan yang dibuat oleh Saudara Azli Shukri.
Unknown said…
PAS bila dah tersepit baru la nak sedar..diaorg dah blur..tak tau nak gi mana!
gagasan_warisan said…
yupp setuju itu lah pas.....
PaKMie said…
Salam Azli dan kwn2...

Fitnah dikalangan pemimpin dan penyokong pas semakin menjadi2. Teguran dari beberapa pemimpin mereka sendiri tdk juga diendahkan. Tapi syg nya teguran dari pemimpin tersebut setelah terkena dibatang hidungnya sendiri baru membuat kenyataan spt itu.

Bukan senang utk mengubah pendirian manusia. Teguran ibubapa terhadap anak2nya semasa meningkat dewasa kerana membuat jahat kepada ibubapa sama lah teguran Tuan Ibrahim terhadap penyokong2 pas/pemimpin2 pas tersebut. Amalan pemimpin pas sendiri sudah sekian lama sikap sukap memfitnah dan suka mencipta isu memburukkan orang lain yg tdk sehaluan dgn parti mereka. Kini sdh menjadi satu amalan biasa,hdpnya parti pas adalah kerana suka memfitnah kerajaan dan pemimpin Umno!

Pakmie setuju dgn kenyataan Tuan Ibrahim tetapi syg sdh terlambat....

Syabas Azli kerana dapat menghurainya dgn baik...demi menegak kebenaran agama islam kita terpaksa memberitahu perkara sebenar wpn kdgkala penguraian kita ini terpaksa memerah fikiran semata2 mahu menegak kebenarannya.

Asalamualaikum dan salam perjuangan!
Anonymous said…
biasala tu..
islam pas islam peti undi
akar umbi dan ahli2 biasa pas masih anggap pas pjuangkan islam sbnar,tapi sbnarnya dtipu hidup2 pmimpin atasan mereka.mereka lbih mengejar duniawi drp pjuangkan islam.
sbg contoh rakyat klantan ramai yg miskin,tp tunjukkan mana yb2 pas yg miskin.tak sampgai 1 penggal jd yb rmai yg dah pakai kereta2 mewah/rumah besar.Islam tu produk jualan mereka saja.Fikir-fikirkan....
azlishukri said…
salam Pak Mie - saya sependapat

kuntong - terima kasih banyak2
Anonymous said…
Kisah benar..
Baru berlaku di Teloi Kanan (Baling).

Ayahnya merupakan Aktivis PAS.
Jatuh Bangun, Semuanya PAS.
Segala-galanya tetap PAS.

Ditakdir oleh Allah s.w.t kerajaan Kedah dikuasai PAS. Semua peneroka PAS, pencacai PAS sudah pandai membuka mata dan ingin mengaut habuan. "Dulu BN, sekarang giliran PAS pula membolot semua projek kerajaan Negeri"

Diakhir penceritaan, bapanya lumpuh separuh badan, projek pun ghaib.....
Yang mendukacitakan, anaknya juga menghalau dan menggugut untuk membunuhnya.

Kesian..
Kesian...
Inilah sandiwara politik.....
sepatutnya DAKWAH diutamakan.


Adam Amin
Kg Jerlun
Kedah
hanizam said…
ape nak heran..bila dah dapat kuasa, macam-macam boleh jadi...tu kiranya orang tua tu dah dapat cash atas ketaksuban terhadap PARTI AJARAN SESAT tu...

to azli, ko punya pendapat memang kena pada tempatnya...padan muka mamat tu...baru ni dia heran UMNO tak ambik kesempatan atas isu di selangor...tu pun nak cakap, dan harakah (surat khabar bangang tu) tulis gak...

UMNO memang macam tu, buat ape ambik port pasal isu yang tak datangkan hasil...buat kerja lain lagi baik...tang isu 2 keldai tu, terutamanya si KHalid, lantaklah...memang dia YB paling malang dalam sejarah...bodoh tak bertempat...

tak macam PAS, depan belakang semuanya jadi...halal haram semuanya boleh...janji puas....puas dapat tabur fitnah, keji sana...keji sini...

itulah sebenarnya PARTI SESAT yang mengaku kononya memperjuangkan islam...
Anonymous said…
terkena muka sendiri baru tahu macam mana pas jaga ahli ahli nya yang tak tahu adad dan kurang berdisplin kalau kena tang orang cepat cepat keluar fitnah pas memang juara fitnah.
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Saya setuju sangat dengan ulasan saudara. PAS banyak cakap pasal Islam. Malangnya setakat cakap. tetapi akhlak ramai ahli PAS begitu menyedihkan.

Saya tak boleh lupa satu episod dimana seorang khatib ketika membaca khutbah memaki hamun Dr Khir hanya kerana cuti di Selangor ialh Ahad bukan Jumaat. Ketika itu Dr Khir ialah Mb Selangor.

Bila saya menegur selepas sembahyang, saya juga mahu diusir, Saya jawab yang beliau ialah seorang yang sangat riak. Beliau rasa dengan serban besar beliau lesen untuk memaki hamun sesama manusia.

Berubahlah wahai PAS. Kurangkanlah berceramah. Buatlah sesuatu yang berfaedah. Pada MB Kedah, tolonglah belajar cara membersihkan bandar Alor star. Kalau susah sangat, minta tolong KM Melaka. Melaka bersih.

eloklah orang PAs( dan kita semua sesama Islam) bercermin diri. Sebelum memaki hamun orang lain, telitilah diri sendiri. Sudahkan kita jalankan tanggungjawab kita.

Dan kerana ambil berat akan nasib orang Melayu( semestinya beragama islam), saya seru PAS supaya tolonglah keluar dari PR. Kalau sayangkan ugama, keluarlah

Tolonglah jangan ulangi kesalahan yang dilakukan oleh orang Arab 100 tahun lalu bile mereka berbaik dengan British untuh jatuhkan Kerajaan Osman. Yang ruginya orang arab juga.
hans said…
alhamdulillah lah dah sedar
Anonymous said…
PAS....mempolitik kan ISLAM
yang perlu MENGISLAMKAN politik...
menggunakan ISLAM sebagai jalan untuk memngukuhkan kuasa politik.
Yang perlu mengukuhkan ISLAM dengan politik...terbalik PAS ni..yang pasti PAS akan TERBALIK jugak..Tunggu balasan ALLAH orang ISLAm naaaa...

wan baling
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
last bloodz said…
pas berfikiran sempit.. mengulas satu2 isu tanpa fakta yg benar dan banyak fitnah dr benar..
amd said…
hu..kt penang karang dap ngan pas sibuk wat ceramah tolak fitnah, amar makruf nahi munkar konon, pentadbiran tungging tbalik masih ada msa buat cramah macam ni, spatutnya diorang tumpu kpada pentadbiran, bkn sibuk2 nk bdakyah lagi. sebab mereka dah ada negeri utk ditadbir
Shaharuddin said…
Saya sependapat dengan sdr Shamshul Anuar. Bila PAS masuk pakatan rakyat bersekongkong dengan DAP, Pemimpin PAS telah menipu penyokong-penyokong mereka.

Malangnya penyokong2 PAS rela ditipu oleh pemimpin2 mereka.
azlishukri said…
terima kasih atas komen semua.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh