Tetamu Kehormat...

February 1, 2010

Hari-hari Terakhir Seorang Pejuang


Hari-Hari Terakhir
Seorang Pejuang


PUTRAJAYA 29 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam rayuannya supaya dibekalkan semua dokumen penting pendakwaan termasuk spesimen asid deoksiribonukleik (DNA) Mohd. Saiful Bukhari Azlan untuk menyediakan pembelaan kes liwatnya. Usahanya menemui jalan buntu setelah Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan muktamad menolak rayuan terakhir Ketua Pembangkang itu. Bagaimanapun, Anwar masih mempunyai satu lagi peluang mendapatkan dokumen-dokumen tersebut menggunakan Kaedah 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 melalui permohonan semakan yang akan difailkan pada Selasa ini.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria ketika menolak rayuannya berpendapat, Anwar tidak layak dibekalkan dokumen-dokumen tersebut kerana perbicaraan belum dimulakan.

Mahkamah berpuas hati bahawa berdasarkan penghakiman kes Raymond Chia, perbicaraan yang sempurna hanya bermula setelah bukti kes dikemukakan melalui saksi-saksi yang dipanggil memberi keterangan. Sehubungan itu, panel berkenaan menolak permohonan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar agar mahkamah menyimpang daripada penghakiman kes Raymond.

Keputusan sebulat suara terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut dicapai oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong. Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa raya dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkannya membekalkan dokumen penting itu. Hakim Abdull Hamid dalam penghakimannya menyatakan, panel itu sependapat rayuan Anwar wajar ditolak kerana pada peringkat ini hanya tuduhan dibacakan manakala saksi-saksi belum memberi keterangan.

Oleh itu, ujar beliau, memadai baginya dibekalkan kertas tuduhan agar intipati pertuduhan difahami, bukannya didedahkan kepada bukti atau bentuk pendakwaan yang dikenakan terhadapnya.

''Permohonan secara umum seperti itu tidak wajar dilayan bagi mengelakkan satu perbicaraan mini yang membuka ruang perayu mendapatkan bahan bukti kes sebelum perbicaraan penuh bermula,'' ujarnya.

Hakim Abdull Hamid turut menyatakan, Mahkamah Rayuan betul ketika memutuskan Seksyen 51 dan Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah merupakan peruntukan yang berlainan dan perlu dibaca berasingan. Menurut beliau, Seksyen 51A menyatakan tanggungjawab pendakwaan membekalkan dokumen yang material dan ia tidak berkaitan dengan Seksyen 51 iaitu bidang kuasa mahkamah membenarkan penemuan kepada bukti kes. Sehubungan itu, panel tersebut berpuas hati bahawa Mahkamah Tinggi tersilap memutuskan Seksyen 51 tidak lagi terpakai kerana tindakannya itu secara dasarnya menukar undang-undang.

Penghakiman penting itu turut membuka satu perkembangan baru dalam prosiding perbicaraan di seluruh negara kerana sebarang perintah yang dibuat tanpa menunggu perbicaraan selesai, kini boleh dirayu dan kesannya akan menyebabkan banyak kes tertangguh.

Ia diputuskan setelah panel hakim tersebut menolak bantahan awal Karpal bahawa perintah Mahkamah Tinggi tidak boleh dirayu seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 50(1) dan Seksyen 3 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1964. Dengan keputusan hari ini, buat sementara waktu, pemimpin pembangkang itu terpaksa menyediakan kes pembelaan tanpa dokumen-dokumen penting pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kelak.

Bagaimanapun, perbicaraan kes liwat itu yang sepatutnya didengar Selasa depan di Mahkamah Tinggi masih tidak dapat dimulakan setelah Anwar mengemukakan penangguhan saat akhir, semalam. Beliau memohon penangguhan atas alasan rayuan berhubung penolakan terhadap permohonannya untuk membatalkan tuduhan liwat masih belum didengar di Mahkamah Rayuan. Pada 6 November tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan turut menolak rayuan balas Anwar supaya dibekalkan spesimen DNA yang telah diuji milik Mohd. Saiful Bukhari, 25, yang juga pengadu kes. Pemimpin pembangkang itu menghadapi tuduhan meliwat mangsa di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.


Ulasan Saya : Anwar Ibrahim menunggu perhitungan hari-hari terakhir berhubung kes liwatnya yang acapkali ditangguhkan sejak tahun 2008 lagi. Malah, sejak akhir-akhir ini pelbagai strategi digunakan oleh Anwar bagi mendapatkan simpati dan sokongan rakyat terhadapnya. tidak kurang juga pelbagai tipu-daya telah direncanakan oleh PKR bagi mewujudkan krisis keyakinan terhadap institusi mahkamah. Namun demikian, saya cuma ingin mengajak agar kita berfikir lebih sedikit daripada itu - yakni keadaan dan kedudukan Saiful Bukhari setelah hampir dua tahun beliau menjunjung al-Quran dan bersumpah atas nama-Nya yang Maha Mulia dan Maha Berkuasa. Saya - sebenarnya dalam diam-diam sangat mengambil berat terhadap perkembangan diri Saiful Bukhari dan sentiasa ternanti-nanti untuk melihat kesan "sumpah mubahalah" yang dilakukannya. Dan kini - setelah hampir dua tahun, saya telah menemui kebenaran yang sangat menyakinkan, iaitu :


1. Tahap istiqamah dan ketenangan yang dimiliki oleh Saiful Bukhari sangat-sangat mengejutkan. Tidak pernah beliau menoleh ke belakang, malah Allah telah memberi kekuatan jiwa yang luar biasa kepada beliau - tidak ada rasa gusar, tidak ada rasa takut - dan yang lebih penting, saya difahamkan bahawa selepas Saiful melakukan sumpah mubahalah - jiwanya semakin tenteram dan beliau lebih banyak beramal untuk mendampingi Allah yang Maha Esa. Jika kita banyak membaca buku-buku agama yang mengisahkan bagaimana Allah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada sesiapa sahaja yang disukai-Nya - kita akan mendapat jawapan bahawa, salah satu tanda seseorang itu mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah ialah melalui jalan istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan pada masa yang sama semakin terbuka hatinya untuk berdamping dengan Allah dan beramal soleh - dalam hal ini saya mendapati Saiful Bukhari telah melaluinya. Lantaran itu, saya mempercayai dan menyakini bahawa Saiful Bukhari berada di pihak yang benar.


2. Sejak akhir-akhir ini, Anwar Ibrahim semakin kelihatan gelisah. Pelbagai cara digunakan bagi membebaskan dirinya daripada dakwaan yang telah dikemukakan oleh Saiful Bukhari. Namun demikian, semua tipu daya Anwar Ibrahim dan PKR hampir tidak menjadi. Antaranya - doa-doa yang dibacakan oleh para pemimpin PKR dan PAS bagi menghapuskan Saiful Bukhari seolah-olah tidak menjadi, bahkan Saiful kelihatan semakin kuat dan gagah bagi menegakkan kebenaran. Road Show jelajah seluruh negara yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim menemui kegagalan - tidak banyak berita tersebut disiarkan oleh akhbar rasmi PKR, malah terdapat laporan hanya sekitar 200 orang sahaja yang hadir untuk mendengar ceramah Anwar di kubu kuat mereka sendiri. Jadi - saya melihat kebenaran dan keadilan makin terselah, dan sesungguhnya, Anwar Ibrahim sedang menghitung hari-hari terakhirnya sebagai seorang pejuang!

Add to Google

13 comments:

joegrimjow said...

ingat dah satel hal ni
ada lagi ek

kite tengok siapa yang bersalah

sebab dah banyak sangat helah
sampai benda camni xtau sape btol sape salah

TAMING SARI said...

Anwar...

Hukuman untukmu semakin hampir...

Bersedialah....

kluangman said...

Mungkin kurang tepat kalau dikatakan 'hari terakhir' bagi seorang pejuang (caranya) kerana Anwar memerlukan 'perhatian dan provokasi' untuk terus relevan.

Dikatakan sms berterbangan menjemput ramai untuk hadir sebagai tanda sokongan tetapi dijangkakan tidaklah semeriah mana dan yang paling bimbang, ada sekerat dua sahaja, lebih lebih lagi Anwar masih mahu menangguhkannya.

Perjuangan Anwar untuk fasa ke tiga baru sahaja bermula, bagi pembangkang adalah lebih baik Anwar 'di dalam' bagi melambangkan kekejaman dan konspirasi BN.

Bagi mereka, Anwar masih boleh jadi 'model' walau di dalam dan Anwar masih relevan.

Siapa kata itu hari hari terakhirnya???

hans said...

macam2 kan hal dia...
haih

salam saudara azli...
kalau ada masa sila vote entry saya yang bernombor 19 dekat blog www.denaihati.com

untuk lebih mudah lagi sila lihat entry saya yang nih click entry nih

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Pada 1998, ramai Melayu menyangka Tun Dr Mahathir sengaja memfitnah Anwar semata-mata untuk pertahankan jawatan Perdana menteri.

Walhal, kalau difikirkan tak mungkin seorang PM dapat jatuhkan Timbalan sendiri kalau tidak dapat sokongan sekurang-kurangnya Ketua bahagian UMNO yang merupakan asas kekuatan seorang Perdana Menteri.

Lagiu pun, Tun yang kita kenali bukan seorang yang pernah menganiayai sesama manusia. Dia mungkin tak suka seseorang( macam kita juga) tapi dia tak pernah zalimi orang lain.

Kini bila kali kedua Anwar dituduh, kita boleh berfikir semula. Orang yang menbuduh sudah bersumpah mohon dilaknati jika berbohong. satu perkara yang amat serius. Saiful telah buat apa yang orang cakap "the ultimate act of telling the truth according to time tested islamic tradition".

Nampak mudah tetapi selalunya hanya yang bercakap benar sanggup melaluinya.

Jika Anwar tidak melakukannya, pasti sudah lama beliau juga akan bersumpah. Anwar akan bersumpah di Masjid Negara disaksikan puluhan pemberita dan ada yang mewakili AlJazira, CNN, BBC.

Anwar juga akan terus bersumpah dan bersumpah kalau boleh setiapo haji Jumaat. Dia akan meminta orang melaknatinya jika ia berbohong.

Kebenaran sebenarnya sudah terserlah. Yang memohon dilaknati masih segar bugar. Yang dituduh kelam kabut tak tentu hala.

Bukalah mata. Bersihkanlah hati. Berdoalah pada Allah SWt akan dapat melihat kebenaran yang sudah terbentang luas.

Apa pun dosa oang Islam Malaysia ( termasuk saya sendiri, hamba yang lemah), Ya ALLAH SWT, janganlah diletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri. Akan punahlah negara ini.

Pada saya, Anwar adalah ahli politik Melayu paling tak guna pernah saya jumpa.

Abdul Hayee said...

Komen saudara Shamshul Anuar amat menarik sekali dan patut difikirkan oleh orang yang mencari kebenaran.

Yang HAK pasti BERDIRI dan yang BATIL pasti JATUH!

akuduniaku said...

"menakutkan" hahahhaha

lebai-mangkuk said...

Tak perlu buat heboh2, kita tunggu sahaja keputusan bicara, yang benar tetap benar, yang salah tetap akan menerima hukuman.

Allah maha mengetahui segala2 nya.

wanitamelayuterakhir said...

reformasi dan peliwatan tidak perlu dikaitkan. sekiranya dimasukkan semula ke jel, ia adalah di atas tiket jenayah yg dilakukan, bkn kerana dia seorg yg relevan sebagai pejuang apa2..

as a tactic, maybe dgn masuk jail akan kelihatan spt seorg pejuang rakyat yg dianiayai? gambaran lebih menarik utk mendpt simpati ramai. tp org sekarang dh semakin sedar tntg kebenaran yg terserlah.

utk pak anwar, ingatlah usia yg semakin lanjut, apakah yg mahu tertulis dlm sejarah kita? sebagai ahli politik yg memperjuangkan isu ugama dan bangsa, seog peliwat antarabangsa? seorang pembelot? seorang ayah yg baik? apa??


very appropriate article reflecting the thoughts of the majority of us .

Anonymous said...

woit orang kuale ye...

The Island of NAMOYAKI, said...

:)
salam azli,
tajuk yang baik.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen tuan2 semua

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片