Tetamu Kehormat...

February 25, 2010

DBP 2010 : Dewan Tanpa Bahasa : Legasi JJ Berakhir?


DBP 2010
Dewan Tanpa Bahasa

Oleh Adnani Majidi

Air yang tenang di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebenarnya penuh dengan buaya ganas. Akibat terdapatnya buaya yang ganas dan mengganas di DBP menyebabkan keadaan di DBP yang beberapa tahun dahulu beriak dan bergelora, kini bergelombang. Sejarah bermulanya pergolakan DBP ini bermula disebabkan oleh ulah dua orang bekas pemimpin Utusan Melayu (M) Berhad dan kemudian dicampak ke DBP pada tahun 2005. Kedua-dua makhluk perosak ini bukan datang untuk menfadhilahkan dan memartabatkan DBP, sebaliknya menradhilahkan dengan lebih parah lagi DBP. Kesannya, pembomohan di kuil, bukit dan surat layang berterbangan di DBP, terutama dilayangkan oleh para balaci Johan Jaafar (JJ) terhadap kepimpinan dan penyokong tertentu Kesatuan Pekerja-Pekerja DBP (KPP DBP)..



Kepanasan di DBP semakin panas apabila JJ dan Firdaus Abdullah (DFHA), yang pada mulanya sudah tamat tempoh kontraknya dengan DBP, tiba-tiba disambung semula oleh Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri tanpa justifikasi yang munasabah. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku Menteri Pelajaran Malaysia dengan kedegilannya telah menyambung semula kontrak JJ sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP meskipun ditentang hebat oleh pekerja dan KPP DBP. Manakala DFHA yang telah mendapat surat salinan penyambungan kontrak daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dituju kepada Hishamuddin Tun Hussein bahawa PM bersetuju menyambung perkhidmatan DFHA sebagai Ketua Pengarah untuk tempoh dua tahun lagi (2009 – 2011). Ternyata surat PM tersebut disenyap-sunyikan oleh Hishamuddin Tun Hussein sehingga tarikh dia tercampak daripada kerusinya di Kementerian Pelajaran ke Kementerian Dalam Negeri, akibatnya DFHA tidak dapat melaporkan diri ke DBP, malah yang datang tanpa diduga sebagai KP DBP ialah ahli Lembaga Pengelola DBP, Dato’ Haji Termuzi Abd. Aziz (TAA) iaitu lebih dikenali sebagai barangan kitar semula, hasil daripada pemainan licik JJ.


Pelantikan TAA yang pada mulanya mendapat dukungan kuat Datuk Ismail Alias (JPA), Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran dan makhluk perosak DBP tersebut, menyebabkan ‘play game’ politik di DBP semakin haru-biru. Kedatangan TAA yang bodoh sombong, mahal senyumannya dan dangkal dengan fungsi teras DBP, tidak membawa apa-apa perubahan, malah lebih mengeruhkan lagi suasana di DBP. Kekeruhan tersebut makin terserlah apabila JJ kembali mencampuri urusan pentadbiran dan pengurusan di DBP. JJ bukan sahaja mengarah TAA membayar lebihan bujet pementasan drama di stor teater DBP, juga mengarah TAA melaksanakan projek drama 30 minit di tempat yang sama serta membelasah teguran TAA terhadap kerendahan mutu majalah DBP. Akibatnya, air yang pada mula kelihatan jernih, akhirnya keruh sekeruh-keruhnya.


Catatan sejarah mengenai fenomena krisis kepimpinan di DBP pernah disuarakan secara terbuka melalui piket KPP DBP 2007 dan pelbagai artikel di pelbagai media serta memorandum kepada PM, integriti Parlimen, Menteri Pelajaran, Timbalan Menteri Pelajaran, Presiden Caupecs, dan Ketua Setiusaha Negara. Walaupun demikian, ternyata penyelesaian masalah mengenai krisis kepimpinan DBP belum menampakkan tanda-tanda yang positif.


Penyuaraan tentang penolakan KPP DBP berlaku setelah TAA dilantik mengepalai DBP. Jika semua penyuaraan itu diambil perhatian oleh PM dan Kementerian Pelajaran kini, tentang pertelingkahan dan salah laku JJ vs TAA tersebut, sudah tentu kedua-duanya patut di keluarkan dari DBP dengan serta merta, apatah lagi TAA sudah berada di usia senja melangkaui jawatan rasmi sebagai penjawat awan (65 tahun). Ketidakpekaan PM, Menteri Pelajaran dan KSN tersebut, meletakkan DBP kini seumpama bahtera buruk yang sedang menunggu karam.


Kini DBP tidak lagi berperanan sebagai institusi bahasa, sastera dan penerbitan bahasa Melayu yang unggul kerana fungsi serta peranan DBP dalam pembangunan negara bangsa semakin kabur. DBP tidak lagi bergerak atas paksi matlamat asal penubuhannya, tetapi bergerak atas irama dan lagu birokrasi yang dimainkan oleh JJ dan TAA yang masing-masing hendak menunjukkan kekuasaannya. Akibatnya, krisis dalaman DBP semakin terserlah kepada masyarakat umum sebagaimana dapat ditatapi dalam akhbar Harakah, Siasah, Berita Harian, Detik Daily dan lain-lainnya.


Fenomena yang juga wujud di DBP yakni pertentangan antara pihak pentadbiran DBP yang dipimpim oleh Kamarul Zaman Shaharuddin (diperalatkan oleh JJ) dengan KPP DBP pimpinan Hasni Abbas tidak dapat disembunyi lagi. Dengan kuasa yang ada, pihak pentadbir DBP mengarahkan Pengurus Kewangan DBP memotong yuran keahlian ahli-ahli KPP BP. Sedangkan tindakan tersebut bertentangan dengan Akta Kesatuan Sekerja. Begitu juga penubuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang ditubuhkan oleh pihak pentadbiran DBP dengan menafikan hak KPP DBP yang sah merupalan niat jahat JJ dan pihak pengurusan DBP dalam merealisasikan agenda tersembunyinya. Sedangkan pihak pengurusan DBP mengetahui bahawa penubuhan MBJ tersebut bertentangan dengan peraturan penubuhan MBJ oleh Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA). Pemecatan keahlian MBJ kepimpinan KPP DBP yang ditanda tangani oleh Kamarul Zaman Shaharuddin, TKP DBP yang tidak sah telah menimbulkan pelbagai pertanyaan dan kekeliruan, malah memecahbelahkan para pekerja DBP dan lebih teruk daripada krisis dalaman parti MCA serta PPP yang kini hangat diperbicangkan.


Apakah hak istimewa Kamarul Zaman Shaharuddin dan JJ memecat kepimpinan KPP DBP dan membatalkan MBJ? Sehingga kini sudah lapan kali MBJ tidak diadakan (2008-2009). Dalam hubungan ini, timbul seribu persoalan, bilakah pihak pentadbiran DBP melantik kepimpinan KPP DBP menjadi ahli MBJ dan kemudian memecatnya? Ahli KPP DBP yang mewakili kesatuan dalam MBJ adalah hak KPP DBP melantiknya bukan pentadbiran DBP. Jadi, jelaslah akan kebodohan melampau Kamarul Zaman Shaharuddin dan JJ dalam hubungan ini sangat terserlah dan memalukan DBP. Wajarlah jika dia dengan muka yang tebal sanggup menjawat jawatan TKP DBP, sedangkan dia tahu dia tidak berhak menerima jawatan tersebut kerana peraturan Lantikan dan Naik Pangkat DBP yang termaktub dalam Akta DBP, membuktikan dia ternyata tidak layak untuk dipanggil temuduga, apatah lagi dilantik sebagai TKP DBP.


Pertikaian tentang perlantikan beliau tersebut akan ditentukan oleh mahkamah tidak beberapa lama lagi. Berdasarkan undang-undang yang sah, selama masih dalam pertikaian di mahkamah, beliau tidak berhak menanda tangani surat rasmi apa pun dan semua surat yang di tanda tanganinya ialah tidak sah. Begitu juga keterlibatannya dalam temuduga kenaikan pangkat di DBP atau lainnya, dengan sendirinya terbatal.


Berbalik kepada sejarah keruntuhan DBP, setelah didatangkan TAA oleh Timbalan Ketua Setiusaha Kementerian Pelajaran sekitar lapan bulan yang lalu, DBP semakin kacau-bilau dan memalukan DBP apabila beliau mengeluarkan surat edaran (bercanggah dengan pekeliling JPA) kepada semua kaki tangan DBP bahawa kaki tangan DBP tidak akan dibayar apabila menjadi pengerusi majlis, hakim pertandingan, mengedit, menulis dan sebagainya. Bliau juga mengeluarkan surat arahan tolol dan bodohnya apabila meminta ahli KPP DBP yang berjawatan 41 ke atas menarik diri sebagai ahli KPP DBP dalam tempoh 14 hari. Tahukah dia, bahawa surat arahannya itu menampakkan akan kebodohannya yang melampau dari segi undang-undang, juga akan menjerat lehernya suatu hari nanti. Impaknya pertama, pembinaan kepakaran dan ilmu para pekerja DBP akan terbantut, sebaliknya para pekerja DBP hanya menjadi urus setia seminar sahaja. Impak kedua, nasib malang akan berterusan menimpa para pekerja DBP kerana bekerja dengan orang bodoh, intelektual rendah, tidak tahu menghargai ilmu serta undang-undang dan pekeliling JPA..


Satu kejutan penutup tahun 2009 yang TAA arahkan kepada kaki tangan DBP, bukan potongan bujet 40% yang dilaungkan setiap kali bertemu dengan kaki tangan DBP, tetapi surat arahan atau tindakan yang bodoh berkaitan dengan pemberhentian bayaran terhadap kerja luar kaki tangan DBP. Pada pertengahan bulan Disember 2009, sekali lagi beliau melakukan kerja kebodohan melampau apabila mengarahkan semua kaki tangan DBP berjawatan S 41 ke atas diarahkan menarik diri daripada menjadi ahli KPP DBP dalam tempoh 14 hari dengan alasan sesudah mendapat pandangan dan nasihat penasihat undang-undang Kementerian Pelajaran Malaysia. Tahukah TAA, pangkat apakah YDB dan NYDP NUTP iaitu DG 54, DG 48, DG 44 dan keanggotaan seluruh guru-guru se Malaysia (DG 54 ke bawah), kenapakah penasihat undang-undang Kementerian Pelajaran tidak mengarahkan kepimpinan seluruh pegawai pelajaran tersebut berhenti menjadi ahli NUTP? He…barang kitar sedmula, sedarlah diri, kubur dah panggil pergi, uruslahh teksi menantu anda dan cucu anda yang yatim itu, tak usah nak berlagak sombong bodoh di DBP.


TAA juga buta tentang Majlis Bahasa Brunai Malaysia dan Indonesia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) dan lain-lainnya. Maka tidak hairanlah, jika MASTERA hendak dibatalkan. Beliau juga tidak tahu mengenai Anugerah Sasterawan Negara, Hadiah Sastera Perdana dan lain-lainnya sehingga semua itu dianggap membazir. Demikian juga pembinaan kesarjanaan kaki tangan DBP ke luar negara dikatakan membazir dan tidak bermanfaat. Tetapi pada waktu yang sama, beliau tidak malu mencalonkan dirinya sendiri menghadiri Seminar Bahasa Melayu di Cina, menghadiri Anugerah SEA Write Award di Bangkok, Thailand dan Books Fair di Frankfurt, Jerman. Kehadiran beliau ke tempat-tempat tersebut sekadar menjadi tunggul kayu buruk semata-mata. Itulah TAA KP DBP yang cakap tak serupa bikin dan barang bekas yang tidak bermaruah dan tidak ada harga diri.


Beliau juga pantang ditegur, meskipun pengucapan dan perbuatannya salah dan melanggar peraturan,.Jika ada staf DBP yang menegurnya melalui email, dia akan mencela staf tersebut dan ada yang diberi surat tunjuk sebab. Dia juga tidak membenarkan kertas kerja para sarjana (dibentang di DBP) yang menegur system birokrasi di DBP serta dirinya diedarkan kepada para peserta seminar. Misalnya kertas kerja Prof. Dr. Abdullah Hassan di Sarawak dan kertas kerja SN Prof Muhamad Haji Salleh dalam Syarahan Agung Sastera dan Seniman Negara pada 16 Disember 2009. Dia sering mendabik dada, dia tidak peduli dengan kritikan, teguran dan penghinaan, tetapi dengan sombong mengatakan kepada staf DBP ‘yang penting dia dipuji oleh menteri’. Nampaknya si tua kelembai DBP tersebut tidak sedar diri, sedangkan menteri bukan memujinya tetapi memperli akan ketololan, kebahlulan, kebutaan dan kebodohanya. Jadi, tidak pelik jika ada sarjana atau penulis yang bertanya, siapakah TAA itu? Jawapannya mudah, dia ialah makhluk Allah swt. yang didatangkan khas oleh JJ dan didukung para cecerut dan balacinya di DBP dengan tujuan untuk menghalang kedatangan DHFA dan lainnya sebagai KP DBP.


Yang lebih memalukan pihak DBP, apabila dalam majlis penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan (dulu BBSN dan kini BBK) di kampung kelahirannya iaitu Sabak Bernam, Selangor, beliau dengan angkuh dan sombongnya menyatakan bahawa beliaulah penyelamat maruah DBP dan beliaulah yang bercakap kepada Menteri Pelajaran supaya memansuhkan PPSMI (pembelajan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) dan Menteri Pelajaran bersetuju. Sedangkan semua binatang melata di muka bumi dan kaki tangan DBP tahu, bahawa beliaulah yang mendukung pelaksanaan PPSMI dan bersetuju PPSMI diteruskan sewaktu beliau menjadi ahli Lembaga Pengelola DBP pada zaman rejim Hishamuddin Tun Husein menjadi Menteri Pelajaran . Beliau juga yang mengeluarkan arahan dan akan mengambil tindakan sekiranya didapati kaki tangan DBP terlibat dengan GMP dan NGO berdemotrasi menentang pemasuhan PPSMI. Itulah TAA KP DBP yang bahlul, fasik, munafik dan hipokrit. Jelaslah kedatangan TAA sebagai KP DBP yang tidak sah, bukan menyelesaikan krisis kepimpinan dan kegelapan DBP, malah ternyata penyelesaian krisis kepimpinan DBP semakin parah dan DBP kehilangan hala tujunya.


Selain itu, daripada sumber-sumber DBP sendiri, didapati antara TAA dengan JJ semakin tidak sehaluan, apabila keputusan yang dibuat oleh TAA ditolak oleh JJ. Contohnya pembayaran tambahan pelaksanaan pementasan drama di Stor Teater DBP dan pelaksanaan drama 30 minit. TAA tidak mahu membayar akan lebihan bayaran pementasan tersebut sekitar RM50.000/-, tetapi apabila A.Wahab Hamzah pengarah drama tersebut mengadu pada JJ, menyebabkan JJ mengarahkan TAA supaya membayarnya. Disebabkan takut rahsia pelantikannya sebagai KP DBP terbongkar, dia terpaksa akur dengan arahan JJ. Maka tidak hairanlah dia bercakap kepada staf DBP tertentu tentang kebenciannya terhadap JJ yang suka mencampuri urusan pentadbiran dan pengurusan di DBP.


Pertelingkahan kedua-dua pimpinan DBP tersebut semakin berdarah dan tidak lagi menjadi rahsia kaki tangan DBP. JJ tetap tidak tunduk hormat dengan keputusan yang dibuat oleh TAA terhadap keinginan dan tuntutan kroninya di DBP. JJ sangat marah terhadap TAA, apabila TAA menegur akan mutu majalah keluaran DBP. Sedangkan semua pembaca, sasterawan, budayawan, ilmuwan dan sarjana mengakui bahawa majalah keluaran DBP bermutu rendah dan lemah dari semua segi baik isi, bentuk dan formatnya. Jika suatu waktu dahulu majalah keluaran DBP menjadi majalah dalam kelas, majalah rujukan pelajar dan mahasiswa serta kebangaan para penulis dan sarjana apabila karya mereka tersiar dalam majalah DBP, kini mereka malu mengirimkan tulisan mereka untuk dimuat dalam majalah keluaran DBP.


Kesan daripada pandangan tersebut, menyebabkan jawatankuasa penerbitan yang menerima pelbagai teguran daripada para sarjana dan penulis mengenai isi dan bentuk majalah DBP telah membuat teguran kepada TAA, maka TAA yang lemah berfikir dan rendah daya intelektualnya itu telah menegur Bahagian Majalah. Akibatnya, Ketua Bahagian Majalah, yang merupakan kroni rapat JJ telah mengadu kepada JJ. Maka tanpa meneliti isu yang berbangkit secara rasional dan matang, JJ telah memarahi TAA seperti dia memarahi DFHA dahulu. Sedangkan secara berperaturan, JJ tidak berhak, malah penyalahgunaan kuasa berlaku apabila dia mencampuri urusan pengurusan DBP. Itulah dosa besar Hishamuddin Tun Hussein terhadap kaki tangan DBP apabila melantik musang berbulu ayam ke DBP, sedangkan musang tetap berhati hitam dan bernafsu dendam.


Segala gerak silat JJ dan kuncu-kuncunya itu sangat mudah untuk dibaca kerana orang lama DBP tahu akan keburukannya. Yang menjadi mangsa daripada pertelingahan JJ dan TAA ialah para pekerja DBP sendiri yang terbelah menjadi empat komplot. Satu komplot yang mendukung JJ, satu komplot yang mengampu TAA, satu Komplot yang mendukung KPP DBP dan satu komplot yang duduk di atas pagar. Dengan kewujudan komplotan tersebut, menyebabkan keharmonian di DBP pecah berderai. Sikap kekeluargaan di DBP tidak ubah seperti kekeluargaan beruk mak yeh dan beruk-beruk lainnya, yang saling curiga dan bercakaran sehingga menguntungkan para bomoh.


Dalam hubungan ini, sesudah sekian minggu memoradum dihantar oleh KPP DBP kepada PM, Menteri Pelajaran, Presiden Caupecs dan KSN berlalu, ternyata penyelesaian krisis kepimpinan di DBP umpama benang kusut. Kekusutan itu bukan sahaja diterjemahkan dalam bentuk surat tunjuk sebab, tetapi persoalan penyelesaian masalah pertikaian yang timbul tidak lagi tampak. Dengan persoalan utamanya masih lagi tergantung, menyebabkan KPP DBP telah menyalurkan perkara salah guna kuasa JJ iaitu mencampuri urusan pentadbiran dan pengurusan DBP ke SPRM supaya melakukan penyiasataan yang rapi mengenai persoalan tersebut. Penyalahgunaan kuasa lainnya juga telah diserahkan KPP DBP kepada pihak SPRM supaya disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.


Peristiwa kekalutan dan ketidaktenteraman di DBP dan percanggahan pelaksanaan antara dua orang pimpinan tertinggi atau nahkoda yang mengendalikan DBP sebagai sebuah bahtera ilmu menjadi virus dalam batang tubuh setiap pekerja DBP. Kedua-dua pemimpin iaitu JJ dan TAA atau lebih dikenali di DBP dengan panggilan barang bekas hendak menunjukkan kehandalan masing-masing bagi menampilkan diri kepada Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran. Tetapi ternyata kedua-dua mereka itu bukan kepimpinan melalui teladan, tetapi kepimpinan yang patut ditelanjang dan ditendang ke jurang..


JJ dalam melebarkan sayap kekuasaannya mungkin menggunakan individu tertentu di DBP mewar-warkan bahawa dia mempunyai kuasa eksekutif (seperti war-warnya sewaktu mula-mula dilantik di Media Prima dan kemudian ditamatkan oleh PM pada 1 September 2009) dan boleh menentukan hala dan tuju DBP. Sedangkan semua orang tahu bahawa tidak ada satu pun Badan Berkanun di Malaysia yang Pengerusi Lembaga Pengelolanya memiliki kuasa eksekutif dan kuasa mutlak. Yang jelas dan nyata, yang memiliki Kuasa Eksekutif ialah Ketua Pengarahnya. Mungkin JJ menampilkan perwatakan eksekutif kerana gila kuasa atau ada sesuatu tujuan tertentu demi mencapai hasrat tersiratnya. Untuk itu, penulis menghimbau supaya Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak berhati-hati dengan Pengawai Khasnya yang dilantik sebagai ahli Lembaga Pengelola DBP, takut-takut diperalatkan oleh JJ.


JJ berani melaksanakan semua agenda tersirat di DBP itu kerana kelemahan DHFA dan kini TAA yang merupakan nahkoda tua atau Ketua Pengarah DBP yang buta tentang kuasanya, kedudukannya, fungsinya dan peranannya di DBP. Dia juga buta tentang peraturan, Akta DBP, Akta Perusahaan, undang-undang dan Bab Am Kerajaan (GO). Lantaran itu, tidak hairanlah jika dia mudah diperalat, diperkuda dan dibentak oleh pegawai kanan DBP serta diperbudakkan oleh JJ. TAA hanya mengayakan dirinya sebagai tokoh dan seringkali menyebut bahawa dia sanggup meninggalkan pendapatan berpuluh ribu (barangkali rupi?) bagi menampakkan bahawa dia ikhlas menjadi KP DBP. Sedangkan pernyataannya itu suatu pembohongan yang nyata.


Sebaliknya penghijrahannya ke DBP, disambut dengan pesta kegembiraan semua kaki tangan Yayasan Guru. Di lain pihak, dia lupa bahawa pekerja-pekerja DBP jauh lebih cerdik dan lebih pakar daripadanya dalam segala bidang ilmu. Kerana kealpaannya dan mungkin tidak mengetahui akan latar belakang pekerja-pekerja DBP yang memiliki pelbagai ijazah tinggi, dan bukanlah guru-guru atau kaki tangan Majlis Peperiksaan yang boleh digula-gula, diugut atau digertak menyebabkan dia hanyut dengan mimpi-mimpi dan angan-angannya. Untuk mewar-warkan ketokohannya dan konon niat baiknya menaikkan imej DBP, dia melantik cencuruk-cencuruk, juga cencurut yang berpangkat 41 (tak sedar diri) atas arahan JJ memangku jawatan Ketua Bahagian dan cecuruk lepasan universiti luar Negara sebagai penasihat peribadinya yang terdiri daripada pakar pelbagai kaum, gro, pembaca doa puisi, tukang korek multimedia dan syeikul buta tamadun Islam. Kesemua penasihatnya itu menjadi pembisik nomboh wahid tentang keburukan si anu dan si polan. Juga terdapat mangkut-mangkut putus darah ikut terlibat dan bersubahat dengannya.


Kesannya, kesombongbodohan TAA makin terserlah apabila dia dengan bangga menyatakan dengan sinis kepada kaki tangan kontrak DBP supaya mencari pekerjaan lain, dan dia lupa siapakah dia? Dalam masa yang sama juga berlaku isu lawak bodoh di DBP apabila seorang staf di DBP hendak di pinjam oleh INTAN sebagai Pegawai Penerbitan Gred 48 tidak diluluskan atas alasan kepentingan perkhidmatan. Manakala dalam masa yang sama seorang staf di DBP yang hendak di pinjamkan ke KPM Gred 44 diluluskan tanpa alasan kepentingan perkhidmatan,tolol .


Jika semasa di Majlis Peperiksaan (MP), dia terkenal sebagai pembodek menteri, kini perilakunya sama sekali tidak berubah. Jika semasa di MP, dia terkenal sebagai pengecut, bacul, pembodek, pengampu dan bangang, demikian juga setelah dia menjadi Ketua Pengarah tertua dalam sejarah DBP. Kesan daripada sikap dan perilakunya sebagai pecacai tua menyebabkan dia mudah diperalatkan oleh banyak pihak termasuk JJ dan balaci JJ Dia juga lupa, dengan sikap dan tindakannya yang bodoh itu, menyebabkan kaki tangan DBP membencinya, malah ramai yang menyumpah di belakangnya. Maka tidak hairanlah jika kaki tangan DBP tidak pernah membeli salam atau menegurnya meskipun berdiri bersama-sama dalam lif DBP. Tentang sikap kaki tangan DBP yang tidak ingin bermesra dengannya pernah diadukan kepada Ketua I Pena, Baha Zain yang masih ada ikatan kekeluargaan dengannya. Maka tidak hairanlah jika anggapannya bahawa dia mudah mentadbirkan DBP dan menentukan hala dan tuju DBP, ternyata kecundang. Pada mula dia menjejak kaki di DBP, dalam pertemuan bulanan pertama, dia dengan angkuh mengatakan dia diamanahkan oleh Ketua Setiusaha Kementerian Pelajaran (bukan Menteri Pelajaran) akan mengayuh DBP berasaskan agenda yang sudah ditetapkan. Untuk merealisasikan nafsu besarnya, dia telah mengucar-kacirkan dan menolak segala perancangan yang sudah kemas dan mantap oleh Ketua Pengarah DBP terdahulu. Untuk menunjukkan dia berkebolehan dan layak memimpin DBP, dia telah menyampaikan agendanya kepada para pekerja DBP bahawa dia didatangkan ke DBP dengan tujuan untuk memartabatkan dan mengembalikan imej DBP. Yang tampak hingga kini iaitu keangkuhan, egois, mahal dengan senyuman serta kesombongannya semata-mata dan kebodohannya yang melampau, malah makin gelabah. Justeru itu, tidak hairanlah jika dalam ucapan bulanan berikutnya dia meminta kaki tangan kontrak DBP supaya mencari pekerjaan lain kerana perkhidmatan mereka akan ditamatkan menjelang 2010. Dia ternyata lupa dirinya juga sudah tamat kontrak kerana usianya sudah menjangkau 66 tahun. Alahai TAA, ingatlah, rumah dah halau pergi dan kubur dah panggil mari. Sebaiknya lebih baik memperbanyakkan ibadah di masjid daripada menjadi tunggul buruk di DBP.


Kenyataannya mengenai kaki tangan kontrak di DBP, tidak mencerminkan dirinya seorang pemimpin, yang harus berhemah dan bijaksana dalam menyatakan sesuatu kepada para pekerja demi memantapkan organisasi, tetapi sebaliknya menampakkan keangkuhan dan kebodohan yang melampau seorang pemimpin atau orang tua. Maka tidak hairanlah, sewaktu penyampaian Anugerah Sasterawan Negara Datuk Dr. Anwar Ridhwan, sepatutnya Sarjana Sastera yang berwibawa seperti Prof. Dr. Mohamad Haji Salleh yang membaca biodata dan sumbangan SN. Datuk Dr. Anwar Ridhwan dalam pembangunan sastera negara seperti biasanya, tetapi dengan kuasanya sebagai KP DBP yang tidak cerdik, dia mengarahkan Pengarah Jabatan Sastera DBP melantik dirinya sebagai pembaca teks biodata dan sumbangan SN. tersebut. Maka terjadilah pelbagai kesalahan sebutan, intonasi, ayat, kalimat dan memalukan DBP ke seluruh negara..


Demikian juga dengan penghematan bujet di DBP. Tahun 2009, dia sendiri mengambilalih kuasa penentuan projek di DBP dari tangan Pengarah Jabatan dan Ketua Bahagian di DBP. Kesannya, sampai Disember tahun 2009, Sasaran Kerja Tahunan (SKT) tidak tentu hala dibuatnya, dan wajarlah jika berjuta wang tidak dapat dibelanjakan kerana semua projek dikatakan tidak penting dan yang penting itu apa? Dalam penentuan kuasa pengurusan kewangan projek, tampak dengan jelas akan kejahilannya tentang Surat Pekeliling Pembendaharaan Negara yang sudah mengariskan akan aturan aliran kewangan sejajar dengan Multiply Bujet System (MBS) . Nampaknya DBP semakin hanyut dibawah kepimpinan sang kelembai tua yang nyanyuk.


Pada tahun 2009, kuasa pelaksanaan projek mesti diluluskan oleh pihak pengurusan DBP, dan setiap Ketua Bahagian mesti membentangkan sendiri di depan ahli majlis pengurusan DBP akan projek yang hendak dilaksanakan. Lalu timbul pertanyaan, apakah fungsi Pengarah Jabatan (Jusa C)? Kalaulah demikian situasinya, lebih baik mansuhkan sahaja Jabatan-Jabatan dan jawatan Pengarah Jabatan yang terdapat di DBP. Nampaknya, dia masih bernostalgia, sewaktu dia berada di MP semua soalan peperiksaan mudah dihasilkannya atau diterbitkan dan tidak memerlukan bujet yang besar seperti upah mengedit, membaca pruf, menilai dan sebagainya. Dia lupa bahawa DBP menerbitkan buku dan bukan kertas peperiksaan. Itulah bidalan Melayu mengingatkan ‘jika masuk kandang kambing, mengebek dan masuh kandang lembu, menguak’, Oleh itu jangan jadi cerdik tidak boleh diikut dan bodoh tidak boleh diajar. Jika dah dilantik sebagai KP DBP sah atau tidak sah, wajib mengetahui akan fungsi, matlamat dan peranan DBP, bukan menjadi kera sumbang dan berlagak serba tahu, ternyata buta dan sombong bodoh.


Sepanjang tahun 2009 dan sehingga hari-hari terakhirnya kini, DBP masih menjadi pulau diserang garuda : sunyi, sepi dan senyap daripada segala aktiviti bahasa, sastera dan juga penerbitan. Sedangkan DBP ialah satu-satunya institusi yang diamanahkan oleh rakyat dan kerajaan supaya membina, membangun, mengembangkan dan menyebarluaskan bahasa, sastera dan penerbitan dalam bahasa Melayu. Jika DBP gagal melaksanakan fungsi terasnya dengan berkesan di peringkat nasional dan antara bangsa, maka nasib bahasa Melayu yang kini sedang tenat sudah pasti akan dipanggil oleh sikratulmaut, terkubur bersama dua belas bahasa yang setiap sepuluh tahun dimuzumkan. Maka tidak hairaanlah dalam Mingguan Malaysia bertarikah 7 Disember 2009 Dr. Fuad Zakasi, selaku Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan DBPlah yang bersalah dalam membangun minat membaca dikalangan masyarakat Malaysia. Itu tentu ada benarnya apabila TAA yang bermimpi hendak menerbitkan 700 judul buku, habut pun tak nampak. Dia menyalahkan Dawama, sedangkan dia sendiri tidak tahu apa itu kuras buku. Demikian juga dalam satu pertemuan dengan para penerbit, pencetak dan penulis buku pada pertengahan tahun 2009 bahawa dalam dunia maju sekarang, kita tidak perlu lagi menerbitkan buku secara konvensional, tetapi saya mencadangkan menggunakan pendekatan baru iaitu disket (?) Nampak jelas akan kekunoannya tentang penggunaan teknologi dalam dunia penerbitan. Penulis, penerbit dan pencetak buku sudah sekian tahun meninggalkan dunia disket memasuki dunia talian langsung, tiba-tiba TAA selaku KP DBP mencandangkan idenya yang memalukan warga DBP sebagai penerbit besar negara. Alahai, malangnya nasib DBP apabila si kelembai lagi pandir dilantik sebagai KP DBP.


Selain itu, pada awal dia menduduki kerusi Ketua Pengarah DBP, dia cuba menunjukkan kehebatan ideanya yang ternyata kurus dan kering. Dia dengan penuh bangga menyatakan DBP akan melaksanakan penerbitan 700 judul buku dan akan diterbitkan dalam tempoh yang singkat. . Adakah TAA faham akan unsur tersurat dan tersirat dalam dunia penebitan buku? Atau idea tersebut datang daripada pegawai atau individu atau cencuruk tertentu yang mencadangkan kepadanya tanpa memberi makna, maka dia pun mencanangkan idea tersebut yang kononnya itu ialah ideanya? Pernyataannya itu diperbesar-besarkan dalam pernyataan press dan disiarkan dalam pelbagai media massa arus perdana. Namun, setelah hampir menghilang tahun 2009 dia memimpin DBP, terbuktilah DBP benar-benar menjadi jasad @ mayat hidup tidak bermaruah kerana cakapnya tidak serupa bikin.


Disebabkan sikapnya yang berubah-ubah, tidak menghormati peaturan, tidak mematuhi pekeliling JPA, tidak tercermin sikap kekeluargaan dengan staf DBP, . tidak berani membuat dan mengambil keputusan muktamad dalam menangani sesuatu isu, sedangkan dia ialah Ketua Pengarah Eksekutif menyebabkan kaki tangan DBP hilang rasa hormat terhadap kepimpinannya. Malah akhir-akhir ini bergema bisikan dikalangan para pekerja DBP, TAA patut disingkirkan dari DBP- kalau tidak percaya, boleh tanya kepada A. GhafarAbdullah.


Malah dalam menghadapi isu krisis pengurusan dan pentadbiran di DBP kini, TAA bukan sahaja mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya sendiri dan meninggalkan anak buahnya terkapai-kapai dihayung gelombang, malah dia tunduk lesu, bersetuju dan patuh kepada arahan JJ serta keinginan anak buah JJ. Misalnya tentang pembayaran lebihan pementasan drama dan persembahan drama 30 minit serta teguran kepada Bahagaian Majalah DBP, ternyata dia kalah. Manakala yang tidak ada kaitan dengan JJ, meskipun projek itu penting dia bertindak sewenang-wenangnya sahaja dan menganggap itu suatu pembaziran. Maka wajarlah jika pengarah-pengarah jabatan di DBP malas berurusan dengannya. Nasib malang DBP seperti terungkap dalam bidalan Melayu tradisi, DBP ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Jika dibawah rejim DFHA, DBP berada di zaman kegelapan, kini di bawah TAA, DBP seperti katak di bawah tempurung, gelap dan menyesatkan.


Jadi, sebagai rakyat I Malaysia, penulis merasa prihatin dengan nasib malang warga DBP dan berharap janganlah warga DBP berdukacita dengan kelicikan dan kejahatan JJ dan ke bahlulan TAA kerana itulah pusaka hikmat peninggalan Hishamuddin Tun Hussein kepada para pekerja DBP. Sekiranya anda dianugerahkan pemimpin opotunis dan pemimpin tua renta berupa barangan kitar semula yang sepatutnya berulang-alik ke surau atau masjid mendengar ceramah agama dan beribadat bukan memimpin DBP, itu sudah suratan dan anggaplah itu satu hikmah., demikian pesan orang tua-tua Melayu.


Sedangkan secara rasionalnya, DBP memerlukan pemimpin yang memiliki kwibawaan, idealisme, beriman, berani, tegas, berilmu, menguasai fungsi teras dan menguasai peraturan pentadbiran bukan pemimpin opotunis, beretorik, banggang, bodoh, bacul, bahlul, tolol dan pengecut. Sebab penulis berkata demikian, kerana DBP ialah institusi ilmu yang dimanifestasikan daripada catatan sejarah perjuangan rakyat, tokoh bahasa dan persuratan Melayu. Dengan yang demikian, DBP memerlukan pemimpin sehebat Profesor Diraja Ungku Aziz, seberani Tun Syed Nasir Ismail, setegas Datuk Dr. Hassan Ahmad, selincah Datuk Rahim Bakar dan sepintar Datuk A.Aziz Deraman, bukan siopotunis JJ, sipengecut DFHA dan sitolol seperti TAA yang sibuk menyelamatkan dirinya sendiri di saat-saat bahtera DBP hampir karam..


Dengan sikap dan keperibadian TAA yang buta, pekak, tuli dan bisu mengenai kaedah, fungsi dan falsafat DBP, sewajarnya beliau patut disingkirkan dari DBP kerana sepanjang kepimpinanannya di DBP, tidak ada satu pun hasil yang besar mampu dilaksanakan oleh DBP disebabkan dia sibuk dengan masalahnya sendiri. Maka benarlah desas-desus yang mengatakan bahawa Tan Sri Pengarah KPM menyatakan bahawa KP DBP kini tidak tahu membuat kerja hakikinya.


Dia bukan sahaja gagal membangun pemikiran pekerja DBP, gagal memperjuangkan fungsi teras DBP, gagal meningkatkan imej DBP, gagal melaksanakan SKU DBP, gagal mengantarabangsakan DBP, gagal memperbanyakkan buku-buku berbahasa Melayu, gagal mengharmoniskan DBP, gagal berbelanja sejajar dengan kaedah pendekatan MBS, gagal memanusiakan pekerja DBP, gagal memperkasakan bahasa Melayu, gagal menempatkan kaki tangan DBP yang layak di tempat selayaknya seperti melantik orang sains menjadi pengarah Jabatan Bahasa, orang matematik menjadi Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa, orang sastera menjadi Ketua Bahagian Agama dan Tamadun Islam, orang JJ berpangkat 41 menjadi Pemangku Ketua Bahagian Komunikasi Koperat, pembawa beg zaman Aziz Deraman dinaikan pangkat secara KUP 54 menjadi Ketua Bahagian Macam-Macam Kaum dan sebagainya, gagal menobatkan sastera Melayu dan malah gagal dalam mentadbirkan DBP secara berkesan, maka penulis berharap dan merayu kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan YB Tan Sri Mahyuddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran supaya menyingkirkan JJ dan TAA yang hanya menghabiskan beras sahaja sekiranya dia dilanjutkan sehingga tahun 2010 dan seterusnya..


Keperihatinan masyarakat umum dan kaum cendikiawan terhadap nasib para pekerja DBP, bahasa Melayu, persuratan Melayu (sastera Melayu ) dan pelbagai isu kepimpinan DBP menyebabkan DBP semakin tidak releven lagi dalam percaturan ilmu mutakhir sekarang. DBP semakin lemah, lembab dan lembik sekarang bukan disebabkan para pekerja DBP tidak mantap ilmunya atau lenyap idealismenya, tetapi disebabkan percaturan kepimpinan DBP yang saling mencurigai antara satu sama lain, saling tidak memperdulikan hak milik orang lain dan ada yang menzalimi staf lainnya. Semua persoalan tersebut sepatutnya menjadi perhatian Pusat Aduan Rakyat TV 3.


Alaihai JJ, ter nyata anda baru aje melancarkan TV3 Aduan Rakyat.. Jadi, kami staf DBP ingin membuka jendela sebagai pengadu pertama, kerana bertepatan dengan slogan Aduan Rakyat TV 3 mengenai tidak semua masalah rakyat diketahui oleh pihak berwajib. Manakala isu di DBP sudah tersebar ke seluruh penjuru angin, .tetapi sebagai rakyat dizalimi oleh JJ dan balacinya, kami dengan terbuka mengadu. Semoga pencacai . Aduan rakyat akan memastikan laporan kami alaporkan dihalusi dan dipertimbang dengan adil dan menmui jalani penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak. Maka diseru kepada Karam Singh Walia, Jaffry Dahalan, Puspavathy Ramaloo dan Loo Tung Seang, jadikan isu penyalahgunaan JJ dan balacinya DBP sebagai isu pertama untuk siaran bermula 6 Januari 2010. Siasatlah dan wawancaralah staf DBP berkaitan isu TAA dan JJ. Teliti dengan rasional bagaimana JJ menganiyai staf DBP yang kekal menjadi ahli KPP DBP. Elok lah tu Aduan Pertama berkaitan dengan pelancarnya JJ dan salah laku serta kezaliman JJ Wahai JJ.. Siasatlah diri sendiri dahulu, sebelum siasat orang lainnya..

Adnani Majidi Setiusaha Hubungan Wartawan Malindo

Sumber : http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=6314


Ulasan Saya : Ini merupakan titik gelap DBP, dan saya sebagai mantan pekerja di DBP secara nyata dan jelas telah melihat segala kepincangan ini dengan mata kepala saya sendiri, lantaran itu, saya telah menulis Hikayat Dewan Ekonomi, dan sekarang akan saya sambungkan semula ceritanya kembali....

Dengar cerita kontrak Datuk Johan Jaafar sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola DBP tidak akan disambung lagi. Betul ke? harap ini berita yang pasti....selamat tinggal kumpulan JJ...

9 comments:

YB Raz said...

DBP dah jadi sejarah...sejarah lama..malah dah semakin dilupakan orang...

macam mana nak martabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan apabila DBP sendiri dah tak terurus.

nak harapkan siapa lagi? hancur masa depan orang melayu ni..hancur!!

Anonymous said...

Mungkin kata-kata yang sesuai tentang nasib DBP kini ialah "Kiamat Sudah Dekat"

datoadil said...

TAA dan JJ tidak bodoh, tapi siapa yang bodoh?

1. Pengampu yang ingin naik pangkat dan pura-pura rapat dengan dua orang kaldai tua tersebut.

2. mereka yang kononnya bergelar editor, tetapi bekerja sebagai urusetia program. Ilmu bahasa pun tak tahu.

Kalau tak percaya? Dedahkan kelulusan editor dan adakah mereka punya kelulusan bahasa?

Kalau tak percaya juga, beri soalan ujian upsr kepada ketua pengarah, boleh tak dia jawab dengan betul semua soalan.

Dato Adil Akan kembali setelah lama bercuti.

Anonymous said...

HIDUP DATO ADIL!!! Selamat kembali!

Anonymous said...

sah dato adil ni orang kerja kat dbp

Puteri Hutan Nipah said...

hahaha... ini baru expose betul!
Puteri rasa seronok sekali membaca pendedahan yang begini detail... apa-apa pun, kasihan kat DBP, tak habis-habis dilanda musibah yang disengajakan.
Sdr. Azli, sambungla kisah Hikayat yang belum selesai tu, orang mesti ternanti-nanti nak baca kisah di sebelah saudara pula...

Anonymous said...

dato adil sial!!!!

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen semua.

Anonymous said...

DBP bukan berada dalam zaman kegelapan di bawah pimpinan DFHA, tetapi dek kepercayaan menggunungnya yang terlampau kepada JJ sehingga memakan diri. Apabila kontraknya tidak disambung, barulah DFHA sedar niat busuk JJ selama ini. DBP takkan ke mana jika adanya unsur negatif daripada insan yang berhati busuk seperti JJ. Moga-moga ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.