Tetamu Kehormat...

January 8, 2010

Pemuda PAS Hilang Maruah!


Pemuda PAS
Hilang Maruah!



Menurut Selangorkini, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan at-Tantawi menegaskan bahawa demo yang akan diadakan untuk menentang penggunaan kalimah Allah oleh Mingguan katolik, The Herald pada petang ini tidak mampu untuk menyelesaikan masalah.

Menurut beliau lagi " Kita ambil pendekatan secara ilmu, secara hujah dan juga memberi keterangan, memberi penjelasan. Apa perlu kita melakukan demo kerana sebelum ini kita belum ambil lagi langkah itu. Demo ini dilakukan apabila sudah ketiadaan ruang untuk berdialog dan berbincang. Setelah kita menghantar memorandum tidak dilayan, diberikan pandangan tidak dipeduli, bila kita bertindak tidak mendapat sokongan, maka pada ketika itu yang ada hanyalah tunjuk perasaan,” katanya."

Beliau menegaskan pandangan pimpinan masyarakat dan agama perlu dirujuk, kerana masih ada ruang untuk perbincangan dan adalah salah untuk pihak-pihak tertentu menguja provokasi yang hanya memburukkan lagi keadaan.

Tapi tanpa disedari Nasruddin atau mungkin ada tujuan lain PAS pun turut mengadakan demo pada petang ini di hadapan kedutaan Mesir untuk membantah tindakan Kerajaan negara piramid itu yang berkerjasama dengan Zionis Israel untuk menindas umat Islam di Gaza.

Jika pendirian Nasruddin sebegitu mungkin kita pun tidak perlu hadir bantahan anjuran PAS ini kerana jika digunakan hujah ketua pemuda PAS itu untuk membicarakan tentang bantahan ini. Ia pun tidak akan menyelesaikan masalah kerana perkara melibatkan Palestin ini telah menjadi kemelut antara Islam dan Zionis sejak puluhan tahun lagi. Tapi Neutral Daily berpendirian untuk terus menyokong bantahan anjuran PAS ini sekalipun ia tidak akan menyelesaikan masalah dan masih banyak cara penyelesaian seperti dialog dan perbincangan dengan kerajaan Mesir sendiri.

Ini kerana atas kelangsungan agama Islam itu sendiri kita perlu mengadakan bantahan dan menyuarakan pandangan kita termasuklah mengadakan bantahan untuk menentang penggunaan kalimah Allah oleh Mingguan katolik, The Herald.

Justeru itu Neutral Daily menyokong kedua-dua bantahan ini walau siapa pun penganjurnya dan siapa yang akan menerima manfaat politik daripada penganjuran kedua-dua bantahan ini. Yang penting suara umat Islam akan sentiasa didengari dan diperjuangkan di Malaysia. Tentang politik kepartian kami tak mahu campur.



Ulasan Saya : Menurut Nasaruddin Hassan At-Tantawi, demo untuk menentang penggunaan nama Allah di dalam penerbitan akhbar minggunan The Herald tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Saya sangat-sangat kecewa dengan kenyataan ini. Bukankah selama ini PAS dan PKR lah yang sangat rajin menggunakan demonstrasi bagi menuntut keadilan? Bukankah selama ini juga pelbagai jenis demo telah mereka adakan bagi menunjukkan protes kepada kerajaan? Maka, mengapa dalam soal ini tiba-tiba PAS menjadi penakut? Penakut untuk berkata yang hak dan benar? Jika berkenaan rasuah dan ISA - cukup pantas pemimpin-pemimpin PAS berpekik dan melolong, kononnya kerajaan UMNO zalim, UMNO bangsat dan pelbagai lagi kata nista dan kesat. Tetapi pelik, tiba-tiba sahaja isu yang jelas menjatuhkan maruah umat Islam dan menghina agama Islam - PAS secara terang-terangan langsung tidak menunjukkan rasa sensitif - malah cuba pula mengalihkan pandangan dengan cara mengajak pihak Gereja agar mengadakan dialog dalam menyelesaikan isu ini? Soalnya, mengapa hal yang sama tidak dilakukan oleh PAS selama ini? Mengapa isu I.S.A, isu rasuah, isu kenaikan harga minyak dan isu kenaikan harga barang PAS beria-ria mahu mengadakan demostrasi? Mengapa tidak diadakan sahaja dialog dengan pihak kerajaan agar bersama-sama mencari penyelesaiannya? Jika PAS Kelantan mampu mengumpulkan ribuan ahlinya untuk berkumpul bagi mempertahankan Nik Aziz, mengapa kali ini hal yang sama tidak dilakukan bagi mempertahankan kesucian nama Allah pula? Apakah nama Nik Aziz lebih penting daripada Allah?


Dalam hal ini bijak pula Ketua Pemuda PAS Nasaruddin mengemukakan cadangan agar pendekatan ilmiah dilakukan bagi menyelesaikan kemelut tersebut dengan segera - mengapa cadangan tersebut tidak dilakukan untuk isu-isu lain, seperti ISA, Rasuah dan sebagainya? Mengapa hanya isu ini baru cadangan tersebut timbul? Jelaslah, PAS hanya memperjuangkan kuasa dan bukan memperjuangkan Islam! Ini adalah masa untuk umat Islam bersatu - tinggal jubah politik masing-masing, sama-sama kita utamakan kepentingan Islam! Lantaran itu, saya mencabar PAS, agar mengemukakan pendirian yang tegas berhubung isu ini - jangan berdolak-dalik lagi. Wallahualam.

17 comments:

Anonymous said...

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan at-Tantawi....aku dah lama cari mamat sekor ni...nak ajak dia selesai kes dr.Rosli bawak lari anak dara org menikah tanpa wali...

Sebab aku tahu akan kepakaran nyerr, dalam hal kelambu-kelambu orang ni...tengok dulu dia mengheret bini royhaizad masa kempen kat permatang pasir...

gagasan_warisan said...

Nasruddin ni dalam blog dia bagi dalil sana dalil sini.....bila gagasan warisan tanya adakah tuan setuju penggunaan Kalimah Allah ini oleh pihak kristian. Yer atau tidak ????
sampai ke laa komen tu tak di keluarkan dalam blog dia.

Berat tul masalah dia ni....sampai tak ketahuan ...main kuar dalil ikut sedap jekk...sama laa cam khalid Samad..Nik Aziz pun sama jerkkk....

Ni Gereja kene bakar ntah sapa punya kerja...silap2 DAP punya kerja ..atau ada penggerak nak buat huru hara ...pastu tuduh org melayu/islam....macam kes WTC US

Diharap pihak kerajaan lebih tegas jgn takut2 nak buat keputusan dan tindakan.....

Anonymous said...

nak dialog apa je lagi. Just Say NO. Menyampah betul aku dgn orang politik ni. Jgn bagi ruang untuk akidah anak-anak kita dipesongkan!

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Kalau Isu ISA boleh berdemo...

Kalau isu nama ALLAH kena bincang elok2...

Mana lebih penting?

Nama ALLAH atau ISA??

Kompem ALLAH lebih penting dari I.S.A....Bongok punya PAS. Maki hamun sesama muslim takpa, caci maki kafir tak boleh...

Anonymous said...

kalu org melayu nk wat demo, diorg kate tu bukan jalan terbaik...
tapi bile diorg wat demo, tue jln terbaik...
bangang punye KETUA AYAM PEMUDA PAS Nasserunding....

Muhammad Azli Shukri said...

gagasan warisan - betul tu..kalau dia tidak boleh jawab,maka dia diam seribu bahasa

Anonymous said...

balik rumah makan taik laaa kau nasruddin tantawi....

matrengganu said...

Nasruddin yu memang baka TAIK , dari mak bapak dia lagi ...

is said...

Pengikut hamPAS ni adalah BABI tahap GABAN punya

Anonymous said...

barua-barua baBi eNd cuma tau letup orang ngan C4 & bakar gereja je. pastu bayar beratus ribu utk org tu jadi kambing hitam. bawak2 la bertaubat.

fazrin2211 said...

ahhh karut!

PdgSakti said...

Mamat ni bukan ada teloq pun skrg nih....

kluangman said...

Kalau dia 'mengetuai' dan dapat nama - dia nak le.

Tapi dalam isu ini PAS tenggelam dan terkebelakang - jadi keluarlah 1001 dalil nak cover line.

Kalau dikatkan 'politik itu kotor' - inilah antara spesisnya.

Anonymous said...

dia ada telur ke?? buang aje la serban atas pala tu. buat malu je pakai serban tapi tak sensitif pada islam.

bila isu bahasa melayu bukan main lagi ko, terkengkang2 pakai jubah panjat divider jalan.

bila kena isu hudud mcm nak terkeluar taik ko menjerit kata umno kapir. walaupun ko senyap2 kata kat dap , kasi buang hudud, boley kasi kautim.

ini la dia muka pelapis yg pas ada. dah bleh foresee dah pas mmg tak ada masa depan.

joe.

Anonymous said...

org yg suka pakai serban hitam ni org syiah. aku tgk kat mekah. org syiah memang tak pakai serban putih.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2 semua...

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛