Tetamu Kehormat...

January 7, 2010

Nik Aziz 2010 : Hilang Dalam Kebenaran


Nik Aziz 2010
Hilang Dalam Kebenaran


KOTA BHARU, 6 Jan: Mengapa pemimpin Umno menjadi kelam kabut dengan isu penggunaan nama Allah oleh Herald, sedangkan dalam masa yang sama mereka memisahkan agama dan politik. Persoalan tersebut dilontar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setelah melihat Umno tiba-tiba nampak serius dengan isu tersebut. “Tahukah mereka pengertian nama Allah itu sendiri sedangkan pegangan pemimpin Umno memisahkan agama dan politik. "Mereka sanjung perkataan Allah swt tak boleh guna sembarangan, tetapi dalam pada yang sama mereka menyebut agama lain dan politik lain,” katanya pada ceramah isu semasa di Medan Ilmu malam tadi. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Ketua Penerangan, Ahmad Baihaki Atiqullah. Baru-baru ini Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan Herald ‘The Catholic Weekly’. Ekoran itu Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan menangguhkan pelaksanaan perintah mahkamah tersebut. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Umno sebenarnya ada agenda di sebalik isu tersebut bagi meraihkan sokongan daripada rakyat. ”Kalau mereka mengatakan agama lain, politik lain, maka siapa yang menjaga politik semasa Nabi saw masih hidup dahulu,” katanya. Beliau juga meluahkan rasa hairan pemimpin negara menyanjung tokoh ulama luar negara, Dr Yusuff Al-Qardhawi sehingga memberi tokoh Maal Hijrah, sedangkan pengikut ulama tersebut di negara ini dikenakan tekanan. Kata beliau Dr Yusuff Al-Qardhawi dalam bukunya Fiqh Al-Daulah begitu marah kepada alim ulama atau tok guru yang tidak berpolitik dalam kehidupan mereka. "Ini juga pernah berlaku pada zaman Imam Ibn Al-Qayyim di mana beliau mengadu pemerintah pada masa itu membuat peraturan sendiri tanpa merujuk kepada Islam. “Keadaan itu berlaku kerana alim ulama dan tok guru tidak berperanan dalam politik dan bersifat jumud.

"Raja, sultan atau amir pada masa itu menggubal undang-undang sendiri sehingga menyebabkan berlaku banyak kerosakan,” katanya. Baru-baru ini Dr Yusoff al Qardhawi dianugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 pada sambutan yang diadakan pada 1 Muharam lalu.

Ulasan Saya : Saya sangat hairan dengan Nik Aziz - sejak dari dulu sehinggalah sekarang Nik Aziz tidak pernah berbaik sangka dengan UMNO. Apa-apa yang UMNO buat dan lakukan semuanya jahat dan jijik - tiada satu pun dalam pandangan Nik Aziz UMNO ini baik. Dengan kata lain peribahasa yang Nik Aziz pegang selama ini ialah : "Jika Jumpa Ular, Jumpa Syaitan, Jumpa Yahudi, Jumpa Israel, Jumpa Amerika Syarikat dan Jumpa ahli UMNO, maka bunuh ahli UMNO dulu" inilah yang dapat digambarkan berkenaan sikap dan tabiat Nik Aziz sesama kaum muslimin. Pada Nik Aziz apa-apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO semua bangsat! tak betul dan tak ikut Islam - yang betul dan ikut cara Islam hanyalah PAS, hanyalah PKR, hanyalah DAP, dan hanyalah Anwar Ibrahim. Pemimpin UMNO kalau mempertahankan Islam - Nik Aziz akan segera memperlekehkannya, walau betul sekali pun, akan tetap dikatakan salah oleh Nik Aziz. Macam-macam tuduhan akan dilemparkan kepada UMNO. UMNO manipulasi media, UMNO selewang fakta, UMNO tersepitla dan sebagainya. Sebaliknya, sesiapa sahaja yang ingin menghina Islam dipersila, asalkan golongan tersebut menyokong PAS, itu sahaja syaratnya.


Saya hairan dan pelik bagaimana boleh PAS dikatakan sebagai sebuah parti Islam, selagi para penceramahnya diizinkan untuk mengumpat, mencaci dan menbuka aib orang lain? Nik Aziz menuduh UMNO mengamalkan fahaman "Politik lain, Agama lain" maka atas alasan itulah UMNO dikira sesat. Namun begitu, bagaimana pula dengan PAS yang mengamalkan fahaman "Islam lain, Amalan lain"? Bukankah selama ini PAS hanya melihat Islam sekadar agama semata-mata? Dan bukan amalan? Jika PAS menganggap Islam sebagai amalan kehidupan - maka tinggalkan segera sikap mengumpat, mencaci, menuduh, membuka aib orang lain dan berburuk sangka sesama kaum muslimin. Semua amalan kotor ini bukannya datang daripada Islam - Islam tidak mengajar sebegitu, hanya pemimpin-pemimpin PAS sahaja yang gemar melakukan perbuatan tersebut. Jadi PAS mengamalkan fahaman "Islam lain, Amalan lain" - maka terbentuklah generasi PAS yang bersikap cakap lain, buat lain. Mulut melaungkan Islam - tetapi amalan seperti puak khawarij. Islamkah ini? Wallahualam.

11 comments:

semaremas said...

Saya tambah sedikit lah sdr Azli . Kebanyakan ahli PAS atas dasar taksub melampau dan salahfaham mengenai makna politik dan Islam, telah berjaya menaiktarafkan ulama-ulama picisan PAS sebagai BERHALA HIDUP.

Dek kerana inilah, apa saja yang dilakukan oleh UMNO asek salah sahaja tidak pernah ada betulnya kerana demikianlah budaya BERHALA HIDUP sebab takut dan bimbang takde lagi para penyembahnya.

gagasan_warisan said...

Itu lah nik aziz dan Pas..kene batang hidung mula laaa bagi alasan....masa lantik menantu jadi ceo cakap ikut sunnah...kalau umno lantik itu namanya kroni.....

macam haramjadah tul....ingat kita semua ni buta ker... bangang sgt ker nik aziz oittt......sampai tak tau nak menilai...

buah kelapa turkey said...

saya pun pelik dan hairan dengan cakap orangtua ni. yang peliknya tu dgn dap tu betul, ttpi dgn UMNO semua salah. Mungkin butahatinya terhadap UMNO.

Anonymous said...

Kalian........
Marilah kita bersama,
Bersama menuntut, membela dan mempertahankan kesucian agama kita,
Musuh kita sudah mula mengugat kita,
Sudah mula mempertikai hak-hak kita..

Kita tiada lagi Abdul Rahman Limbong,
Kita tiada lagi tok Jangut,
Kita tiada mat Kilau,Tok Bahaman, Maharaja Lela...
Mereka sudah di tanam....

Kini hanya tinggal kita,
Hanya kita menyambung warisan,
Warisan mereka....di bumi tercinta.

Hentikan lah sengketa sesama kita...
Berhentilah menjadi pencacai mereka...
Berhentilah menjadi balaci mereka...
Berhentilah menjadi barua mereka..

Mereka Tak akan bersenang dengan Mu
Selagi kamu tidak mengikut mereka...
Itu Kata kalam Allah....

..di Curi dari blog tabuans.blogspot.......

10 BUDAK HITAM said...

Assalamualaikum saudara,

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Saya dengan ini juga secara rasminya menjadi followers blog saudara.

Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

Menjadi followers di blog saya di http://10sibudakhitam.blogspot.com, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.

DR 1221 said...

salam
memang pelik pun pas ni, kentut karpal singh wangi pulak

Anonymous said...

hidup azli shukri. semoga terus maju menjadi blogger.... from ms

Anonymous said...

Dulu, UMNO dikatakan liberal dan PAS fundamentalist/extremist dalam isu-isu agama spt babi,arak,kuil dan terkini nama Allah. Kini sudah terbalik 180 darjah. Seolah-olah PAS baru memahami realiti masalah pluralism dan jadi pragmatik.UMNO pulak kena tukar manhaj di atas 'ijtihad'ummah sedang terancam mengikut pola pengundian kini. Perpaduan diperlukan sebagai benteng ummah kata sebelah pihak. Sebelah lagi pulak berpendapat pakatan rakyat perlu untuk sistem dua parti bagi mengelakkan kerosakan oleh 'absolute n arrogant power'.

DR NO

Muhammad Azli Shukri said...

10 budak hitam saya link blog tuan...

Anonymous said...

Bukan kerana ilmunya, amalannya atau akhlaknya yang membuat saya menghormati Nik Aziz tetapi kerana Rasulullah suruh kita umat Islam menghormati orang tua.Kalau tidak kerana suruhan ini, memang saya tidak menghormati dia langsung.

Dia hanyalah seorang ulamak politik dan bukan ulamak yang ikhlas yang boleh dijadikan contoh bagi kita semua.

Salam
NY

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛