Tetamu Kehormat...

January 6, 2010

Jawapan Untuk Nik Aziz dan Harun Din


ISU NAMA ALLAH
Jawapan untuk
Nik Aziz dan Harun Din


Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad : PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’. PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010


Ulasan Saya : Kenyataan Presiden PAS di atas benar-benar mengecewakan saya. Pertama, bagaimana mungkin PAS boleh begitu lembut nadanya dalam soal-soal seperti ini? Pada hemat saya, jika dibaca kenyataan akhbar Hj Hadi di atas - tampak jelas beliau begitu berlembut dalam menanganinya - seolah-olah mahu menjaga hati semua orang. Sebaliknya - sangat berbeza watak dan sikap PAS tatkala berhadapan dengan UMNO dan para pemimpinnya. Setakat ini tidak pernah nada lembut dilemparkan kepada UMNO - yang ada semua perkataan kesat - malah kata-kata seperti UMNO sesat, UMNO kafir, UMNO thagut, UMNO zalim, UMNO menentang hukum Allah, UMNO jahat, UMNO korup, UMNO parti perkauman dan pelbagai lagi perkataan kesat sudah menjadi santapan lidah para penceramah PAS, setiap kali ceramah politik mereka diadakan, pendek kata tiada yanglebih jahat dimuka bumi Allah ini melainkan makhluk yang bernama UMNO - manusia yang sering mengutuk dan menyesatkan UMNO, tidak lain dan tidak bukan ialah Mursyidul Am mereka sendiri iaitu, Nik Aziz Nik Mat.


Jika dengan orang kafir Nik Aziz dan Hj Hadi boleh berlembut, khususnya ketika memperkatakan isu penggunaan nama Allah - maka mengapa dalam isu Negara Perpaduan pula Nik Aziz melenting seperti dirasuk syaitan? Mengapa dalam mengajak manusia untuk bersatu-padu Nik Aziz sangat menentang dan tidak mahu berkompromi langsung? , sebaliknya dalam isu penggunaan nama Allah, didapati Nik Aziz dan Hj Hadi sanggup berdialog dan berlemah-lembut dengan orang-orang kafir? Apakah PAS sama sekali tidak sensitif dan menghiraukan mana-mana pihak yang menghina Islam? Asalkan pihak tersebut jelas menyokong parti tersebut? Inikah yang di namakan politik Islam? Saya melihat - dengan fikiran yang jernih dan hati yang lapang, sesungguhnya PAS semakin jauh terpesong daripada perjuangan mereka. Satu demi satu bala telah Allah turunkan kepada kerajaan PAS, khususnya di Kelantan, hampir setiap hari Nik Aziz menerima tekanan - dan satu demi satu masalah kepimpinannya terbongkar dan terlondeh. Inilah bahananya apabila ISLAM diletakkan di dalam peti undi! Yakni Islam yang difahami melalui minda pemimpin-pemimpin PAS - Islam yang diperjuangankan oleh PAS sifatnya boleh dijatuhkan dan dinaikkan melalui saluran peti undi dan demokrasi, sedangkan sifat Islam yang sebenarnya adalah agama yang tinggi dan tidak boleh dijatuhkan oleh sesiapa pun.


Apabila Islam dipolitikkan - maka hasilnya ialah Islam gaya PAS - yakni Islam yang terpaksa mengikut suara ramai dan kehendak majoriti demi mengekalkan pengaruh dan undi - Islam jenis ini adalah Islam palsu atau plastik. Islam gaya ini adalah Islam yang tidak berpaksi kepada kebenaran - sebaliknya bergantung kepada sistem demokrasi dan undi - jika memperoleh undi daripada orang ramai, maka tertegaklah Islam, sebaliknya jika tidak memperoleh undi maka hancurlah Islam - maka jadilah Islam sebagai sebuah agama yang duduknya di dalam peti undi - seolah-olah menggambar Islam itu boleh dipilih dan boleh tidak dipilih - apakah ini sifat Islam yang sebenar? Seperti mana Islam yang dibawa oleh baginda junjung Rasulullah 1431 tahun yang lalu? Maka, kerana itulah dalam isu kalimah Allah ini, mulut para pemimpin PAS seolah-olah terkunci untuk bercakap perkara yang hak dan benar, lantaran terpaksa memikirkan juga keperluan undi dan sokongan daripada pihak Gereja Katolik dalam pilihan raya yang akan datang.


Begitu juga dengan sikap DAP yang sangat kritikal berhubung isu Islam di negara ini, khususnya sejak PRU ke 12 yang lalu - PAS tidak mengkritik DAP, sekali pun mereka menghina Islam - hal ini adalah berpunca daripada PAS aselama ini yang meletakkan Islam sebagai agama yang boleh diundi - maka jika PAS mengkritik keras DAP atau Gereja Katolik - maka jangan bermimpilah PAS akan mendapat undi dan sokongan daripada mereka dalam pilihan raya umum yang akan datang, sekaligus PAS tidak lagi bertaring dan berpengaruh.


Di sisi lain pula, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din dengan tegas mendakwa bahawa kepada sesiapa yang menyokong penggunaan nama Allah di dalam penerbitan akhbar Herald tersebut, bermakna mereka telah menyokong sesuatu yang jelas salah di sisi Islam serta otak mereka mempunyai masalah dan perlu dibersihkan kembali. Malah, lebih jauh daripada itu, menurut Harun Din lagi, jika kita menyokong Gereja Katolik dalam perkara tersebut, hal ini bermakna kita menghampiri jurang kesyirikan dan kekufuran.


Soalnya sekarang, bagaimana dengan sokongan terbuka yang dilakukan oleh Nik Aziz terhadap keputusan mahkamah yang jelas berpihak kepada Gereja Katolik tersebut? Apakah "otak" Nik Aziz juga perlu diperbetulkan? Bagaimana mungkin wujud percanggahan pendapat yang sangat berbeza antara Nik Aziz dengan Harun Din dalam soal aqidah yang sangat penting ini? Dan sekarang, sesungguhnya - PAS benar-benar berada dijurang kehancuran - kerana membiarkan Islam dipermain-mainkan oleh kaum kafir atas nama sebuah demokrasi dan peti undi. Wallahualam.

13 comments:

tabuan said...

akm tuan...sedap dan berapi sekali hentaman tuan kepada PAS...pasti nya para-para pencacai-pencacai PAS akan menelupur kepanasan oleh hentaman tuan ini...

Apa yang saya perhatikan umat islam di Malaysia sekarang berada di dalam keliru dalam menghadapi isu ini.Keliru dengan perbezaan dan canggahan pendapat daripada para ulama.

Kekeliruan bertambah-tambah lagi apabila portal malaysiakini melaga-laga kan berita ini dengan tujuan supaya umat islam akan berpecah belah dalam menghadapi isu ini.

Saya merayakan "Perbezaan Pendapat" Saya juga meraikan "Demokrasi" tetapi dalam merayakan dan meraikan hal ini, saya amat berharap kita sebagai Umat islam yang sujud dan rukuk kepada ALLAH swt boleh berada di "Titik" yang sama dan berpegang tali yang sama.

Pekara ini, hal ini bukan nya hal-hal politik. Pendapat, pandangan dan hujahan bukan nya boleh berpaksi kan kepada "Laba" politik. Ini hal yang melibat hal ehwal agama islam.Hal yang boleh melemahkan umat dan memesongkan akidah, amat perlu di tangani dengan sebaik yang mungkin.

Saya amat berharap umat islam dapat bersatu dan bersama dalam menghadapi masalah ini, tak kira Pak Keris, atau pon Pak Bulan..buanglah seketika keris tersebut, campak kan lah bulan tersebut...marilah kita bersama atas kalimah "Syahadah" yang kita lafazkan bersama...

yong said...

Mana boleh bersatu..dalam PAS yg. mengaku islam pon x sehaluan..
kata Harun Din Kufur..mereka yg. sokong..maka ramai lah pemimpin PAS yg. kufur...
Than..lepas ni boleh ubah suai pulak..jadi tak..
Begitulah islam Peti undi..

Anonymous said...

adakah PR atau BN setuju diterbitkan Bible Bahasa Melayu untuk ganti Bible Indonesia, Pancasila.

YANG GAMBI said...

Salam Azli,

Menarik dan tepat sekali dengan ulasan tuan..... jangan sampai di kalangan puak-puak PAS yang berlagak ahli agama tetapi kosong melalak tak tentu pasal....

Anonymous said...

Perdana Menteri minta umat Islam bertenang dalam isu amat sensitif ini sebab itu statement PAS nampak lembut (liberal? )

DR NO

AbgTuah said...

BERBEZA PENDAPAT JADINYA JAMMAH PAS.

DATO HARUN DIN, DATO HASSAN ALI DAN UST NASHA MELIHAT DARI SUDUT KEMUDARATAN DAN MEREKA BERUSAHA MENOLAKNYA

MANAKALA NIK AZIZ, HJ HADI DAN KHALID SAMAD MELIHAT DAN MEMBERIKAN ALASAN DARI PERPEKTIF SEJARAH ASAL AGAMA SAMAWI DAN SURVIVAL PARTI..

TAPI YG GERUP NIK AJIS NI LUPA BAHAWA KITA SEPATUTNYA MEMILIH UNTUK MENOLAK YANG LEBIH MEMUDARATKAN.

Aah Mat Dee said...

benar jugak....

sepatutnya saudara sesama islam sendiri harus guna pendekatan berlembut. bagi orang kafir yang jelas nyata memusuhi islam memang tak boleh bertolak ansur..

tak ada sesiapapun umat islam akan memantau kandungan herald itu...

bagaimana kita boleh katakan mereka tak akan menyeleweng???

lagi satu, soal munafik atau tidak yang selalu dilabelkan kepada umno, tak wajar...

pahala siapa tinggi, taqwa siapa lebih bukan hak manusia untuk tentukan. iman kita sendiri entah kuat entah tidak mahu dipertikaikan iman orang...kenapa orang itu bantah apa pas cakap...

sepatutnya untuk berdakwah guna rasionallah

Aah Mat Dee said...

sepatutnya umat islam yang celik mata ambil kesempatan ini untuk perkukuh ukhwah muslim, kita seia sekata dalam satu hal..bila kita tak bersatu ingatlah...ramai harimau di luar sana..

sedangkan yahudi juga enak mengikuti persidangan umno dari internet, apalagi yang dalam negara ini

kalau tak bersatu untuk agama, islam akan hancur

gagasan_warisan said...

Isu nya adalah kristian ingin memakai kalimah Allah....tapi kita lebih kelam kabut bukan sebab nak bantah...kelam kabut disebabkan ada hujah masing leh guna atau tidak. Ada yang benarkan penggunaan ini dengan alasan yang macam2. ...kuar ayat sana pusing ayat sini pala hotak laa drang ni....

Lagi satu yang lebih2 adalah media duk tanya pandangan org ini org itu....pastu macam2 pandangan kuar mula laa jadi kelam kabut yang keliru adalah masyarakat ...

yang pihak kristian rileks jerkk....

Apa laa malang sgtt org melayu islam ni.....makin haru biru

Macam kes BTN pas yang isu kan Menteri UMNO plak lebih2...lebih sudu dari kuah ......bebal punya menteri.....dah laa bukak biasiswa 45% pada bukan bumi....

datoadil said...

Cuba kita renungkan, jika pendidikan agama dan usaha dakwah yang kita lakukan terhadap umat jitu dan kuat, tidak perlulah kita bimbang akan hal ini. Soal akidah dan tauhid umat Islam dan bangsa Melayu ini perlu dimantapkan.

Tetapi kita hanya sibuk soal ini, tanpa kita fikirkan apa pengisian memantapkan didikan agama anak-anak kita.


Jadi inilah akibatnya. Sistem pendidikan agama di negara kita pun entah ke mana. Sekolah agama, mengaji dan kelas-kelas agama. Di mana tahapnya sekarang.

Saya yakin kita akan menang dalam hal ini. Menang dengan maksud penggunaan kalimah Allah perlu digunakan bersyarat. Itu keputusan mahkamah nanti.
Sekurang-kurangnya rakyat lupa dengan harga gula 20 sen yang naik dan yuran sekolah. Kalau tidak sepanjang bulan ini rakyat marah dengan dua isu ini yang lazimnya berlaku setiap awal tahun. Tahniah kepada kerajaan.

Berbalik kepada soal agama tadi, kenapa kita tidak memikirkan strategi dakwah Islam, Pendidikan agama, sekolah agama dan sekolah pondok. Akhbar tulisan jawi pun entah ke mana.

Maka, marilah kita memikirkan untuk mula menanak nasi daripada hanya bercakap segala macam resepi tentang nasi, tetapi tidak pun tahu memasaknya.
Ingat, akhirnya kita akan menang di mahkamah!!

Dato Adil
Cyberjaya.

Muhammad Azli Shukri said...

saya sependapat dengan dato adil

gagasan_warisan said...

Kerajaan perlu memantapkan sistem dakwah. Sekolah2 agama patut diberi perhatian..akhbar jawi patut diutamakan itu saya setuju dan sememangnya kerajaan wajib meyediakan semua itu.

Apapun sekiranya perkara ini telah tersedia dan diambil perhatian oleh pihak kerajaan tetapi kita tidak ambil peluang apakah kerajaan juga yang harus dipersalahkan.....??????

Banyak masjid2 meyediakan pengajian dan acara keagamaan tetapi hari ini umat islam lebih sibuk dengan Raja Lawak...Mari Berdansa..AF...idola kecil dan ntah apa2 lagik...

Tepuk dada tanya diri sendiri apa yang dicari.....

Muhammad Azli Shukri said...

gagasan warisan kita sependapat