Tetamu Kehormat...

January 19, 2010

Bukankah Ini Lebih Baik Untuk Nik Aziz?


Bukankah Ini Lebik Baik
Untuk Nik Aziz?


BATU PAHAT 18 Jan. - Kewujudan budaya 'cah keting' dalam Pas membuktikan parti tersebut tidak mempraktikkan ajaran Islam sebenar, malah lebih teruk daripada UMNO yang dicemuh selama ini. Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia nyata serius sehingga memaksa Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa khusus memohon perlindungan Allah agar menjauhkan parti berkenaan daripada amalan tersebut. Katanya, amalan itu turut membuktikan Pas bukan sahaja sama seperti parti lain, malah lebih teruk daripada itu.

"Lebih baik jika Nik Abdul Aziz berdoa untuk diri sendiri, keluarga dan menantunya agar tidak menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan daripada berdoa untuk 'cah keting'," katanya selepas merasmikan Perkasa Negeri Johor di sini semalam. Kira-kira 1,000 orang dari beberapa daerah di negeri ini hadir pada majlis pelancaran itu. Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi serta Yang Dipertua (YDP) Perkasa Sabah, Musli Oli dan YDP Perkasa Sarawak, Abang Nasser Abang Hadari.

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa mengulas kenyataan terbuka Menteri Besar Kelantan bahawa wujud budaya cah keting dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut. Menurutnya, jika 20 tahun dahulu Nik Abdul Aziz sering berdoa untuk kesejahteraan rakyat Kelantan tetapi kini beliau terpaksa berdoa untuk 'cah keting' agar amalan itu tidak terus berleluasa dalam parti.

"Ini semua kerana Pas tidak lagi membangun bersama Islam, tetapi membangun bersama DAP," katanya. Sementara itu, Ibrahim meminta para pemimpin Islam yang tidak arif dalam soal akidah dan hukum Islam tidak lagi memberikan sebarang kenyataan berhubung isu agama. Menurutnya, ini perlu bagi mengelak kekeliruan orang ramai yang akhirnya merugikan umat Islam sendiri.

"Biarkan alim-alim ulama muktabar memberikan pandangan mereka," katanya.


Ulasan Saya : Saya berpandangan bahawa oleh kerana hampir semua penyokong PAS mempercayai bahawa doa Tok Guru Nik Aziz sangat mustajab (malah ada yang mendakwa bahawa taraf Nik Aziz sudah mencapai peringkat wali) maka, bukankah lebih baik jika Nik Aziz menggunakan kemustajabannya itu untuk mendoakan perkara yang baik-baik untuk kita semua sebagai umat Islam yang bersaudara? Maka, antara doa yang saya cadangkan kepada Nik Aziz adalah seperti berikut :

1. "Ya Allah Engkau selesaikanlah perselisihan antara UMNO dengan PAS, agar umat Islam di Malaysia bersatu padu".

2. "Ya Allah, Engkau bukakanlah hati ahli-ahli DAP agar mereka beriman kepada-MU"

3. "Ya Allah, Engkau kuatkanlah iman ahli-ahli PAS, agar mereka berupaya berdakwah dan menyebarkan Islam di bumi tercinta kami ini."

4. "Ya Allah, Engkau jauhkanlah ahli-ahli PAS daripada sikap suka mengumpat, mengaibkan orang lain, memburuk-burukkan pemimpin UMNO dan melaga-lagakan sesama kaum muslimin"

5. "Ya Allah, Engkau jauhkanlah parti UMNO daripada para pengamal rasuah dan manusia yang tidak amanah"

6. "Ya Allah, Engkau satukanlah hati-hati kami sebagai umat Islam yang bersaudara tidak mengira sebagai ahli PAS mahu pun sebagai ahli UMNO."

14 comments:

Anonymous said...

bila nak bertaubat ni? cukup-cukuplah.

CCZ said...

Yang teramat baik ialah jangan berdendam dengan UMNO. Nik Aziz mebakar kelambu kerana marahkan nyamuk. Last sekali ramai rakyat Kelantan terpaksa menanggung masalah.

fiq said...

nik aziz harus ingat walaupn ulamak kita bukan maksum.. iman manusia kadang kala bertambah dan berkurang.. jangan jahil menuduh orang tp diri sendiri yang alpa.. ingat lah ini ajaran islam jangan dipolitikkn..

PaKMie said...

Salam Azli dan kawan2....

Cadangan yang amat baik, Pakmie suka cara penulisan saudara dan sokong 100% . Nik Aziz seharusnya berdoa yang baik2 demi perpaduan islam dan seterusnya utk kekuatan islam ini tidak celik mata sahaja terus bermain politik...

Tahniah Azli semuga cadangan itu ada erti kepada pembaca yg berkaitan.

Asalamualaikum dan salam sejahtera juga salam perjuangan demi agama bangsa dan negara.

aliadijamina said...

cadangan doa yang sangat baik untuk diamalkan oleh Nik Aziz.

Ahli UMNO said...

Saya amat bersetuju dengan pendapat sdra Azli. Dato Nik Aziz sepatutnya mendoakan perkara yang membawa kebaikan kepada umat Islam. Mendoakan perpaduan diantara ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO dan PAS adalah perbuatan yang baik.

Saya percaya orang-orang Islam dinegara ini akan mengAMINkan doa tersebut.

Lakukanlah Dato Nik Aziz.

Anonymous said...

hampeh, suruh nick tu toat jer lar..dh byk sgt buat dosa - mengumpat, buruk sangka, memusuhi sesama islam, pecah belah umat, sokong politik kafir yg membenci islam dan lagi dan lagi lagi lagi....

Anonymous said...

semua di suruh bertaubat sebelum terlambat.... fikir-fikirkanlah..

10 BUDAK HITAM said...

Salam Sdr Azli,

10SBH setuju dgn doa2 tersebut.Penyatuan Umat Islam Malaysia amatlah dituntut pada masa kita menghadapi pelbagai dugaan masakini.

Dan,sedarlah bangsa melayu semua,masih ramai orang kita yg sedang dibuai ayunan kemewahan dan kealpaan sehinggakn kita tidak sedar betapa bangsa lain sedang berebut2 utk menguasai negara 'MELAYU' kita ini.

RAKYAT MALAYSIA said...

Doa tu bukan saja Nik Aziz Amalkan tapi semua umat islam. Jadi eloklah kita sama-sama berdoa.

Buat Azli teman nak jumpa mike , lain beno dah mike teman tengok..

zainal mohd jais said...

Sahabat,
Saya fikir, kalau benar, Nik Aziz pemikir yang baik, bak kata Tun, kalau pun kita makan sedap, kita kena tau bila kita patut berenti.

Walaupun kita seorang doktor, kalau makan tak jaga, sakit jugak.

Mengaku segala kesilapan, tinggalkan politik, jadi ulamak tulen. Itu akan menjadikan kredibilitinya amat tinggi.

Jika tidak, ikut senario terkini, kariernya mungkin akan berhujung dengan sesuatu yang tragis.

Wallahua'alam.

@bi Yusuf said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Azli Shukri said...

rakyat malaysia - boleh saya selalu pulang ke kuala kangsar.

terima kasih komen tuan2 semua.

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛