Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Malam Dengan Bulan Yang Sama

Malam Dengan Bulan Yang Sama Saya paparkan di sini satu komen yang bernas daripada seorang pembaca blog saya yang bernama Shamsul Anuar. Dan saya fikir sangat baik untuk sama-sama kita renungkan. Kepada saudara Shamsul Anuar, terima kasih komen saudara. Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini. 1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR. 2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS. 3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi k

Permatang Pasir 2009 : Undi Protes Untuk PAS?

PERMATANG PASIR 2009 Undi Protes Untuk PAS? Menurut HarakahDaily, calon PAS di Permatang Pasir akan memenangi kawasan tersebut sekali lagi dengan majoriti 2500. Dan paling tinggi pun mungkin 3500 undi. Pada hemat saya pula, secara jujur mungkin PAS akan memenangi kawasan tersebut dengan majoriti sekitar 800 hingga 1000 undi sahaja. Walaupun PAS mungkin akan mengekalkan kawasan tradisinya itu, tetapi saya percaya pengaruh parti tersebut semakin menurun selepas pilihanraya kecil di Manek Urai. Hal ini jelas membuktikan beberapa perkara antaranya : 1. Rakyat tidak suka sikap kasar dan cara maki hamun yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS terhadap UMNO. 2. Rakyat yang celik tidak gemar cara PAS berkompromi dengan DAP yang jelas menghina Islam 3. PAS tidak mempunyai prinsip yang jelas berhubung pembentukan negara Islam dan hak keistimewaan orang Melayu. 4. PAS lebih suka berpolitik berbanding dengan agenda meningkatkan taraf hidup rakyat. 5. PAS dilihat sebagai parti yang dipe

21 Dalil Perbezaan antara PAS dengan ISLAM

21 Dalil Perbezaan antara PAS dengan ISLAM PAS sering melaungkan slogan Islam sehingga masyarakat menjadi keliru. Manakala bagi rakyat yang kurang berpendidikan agama pula, mereka dengan segera beranggapan kononnya PAS itu adalah ISLAM, dan ISLAM itu adalah PAS. Dan mana-mana parti politik selain daripada PAS, parti tersebut bukanlah parti Islam yang tulen. Islam yang betul ialah Islam bawaan PAS sahaja. Parti lain semuanya tidak betul. Malah, keIslaman ahli-ahli parti lain pun boleh dipertikaikan oleh PAS. Inilah dogma dan ideologi PAS yang sangat merbahaya kepada orang ramai. Hal ini harus segera dihentikan. Maka, di sini saya senaraikan 21 alasan bahawa PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukan PAS. Semoga Allah menyedarkan kita semua. Wallahualam. 1. Islam adalah Agama - Manakala PAS adalah sebuah parti politik. 2. Seseorang yang mahu masuk Islam, wajib mengucap dua kalimah syahadah - mahu masuk PAS tidak wajib mengucap kalimah syahadah. 3. Islam menjadikan al-Quran dan al-Hadis se

100 Kata-kata Nik Aziz Paling Merbahaya Dalam Sejarah (Siri 2)

100 Kata-kata Nik Aziz Paling Merbahaya Dalam Sejarah (Siri 2) Oleh Muhammad Azli Shukri Di sini saya perturunkan kata-kata Nik Aziz (Siri 2) yang boleh dijadikan renungan kita bersama. Apakah beliau layak dipanggil dengan gelaran ulama, atau sebaliknya. Untuk siri kedua ini saya perturunkan 10 lagi kata-kata beliau untuk para pembaca menilai kembali bagaimankah corak pemikiran Islam Nik Aziz yang sebenar. Ada baki 80 kata-kata beliau yang masih ada dalam simpanan saya. InsyaAllah akan saya keluarkan sedikit demi sedikit bagi menyedarkan orang ramai berkenaan pemikiran ala-Khawarij yang membaluti parti PAS selama ini. Wallahualam. 11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999. 12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994. 13. "Tidak ada

Setelah Setahun : Rencana Ulangan

Laluan Berliku Saiful vs Anwar Oleh Muhammad Azli Shukri Artikel ini ditulis setahun yang lalu, namun demikian Anwar Ibrahim masih bebas di luar sana. Mengikut pandangan ulama, InsyaAllah kesan Sumpah Saiful yang dilakukannya akan dapat dilihat setelah setahun berlalu. Saya yakin Saiful berada di pihak yang benar, sudah ada tanda-tanda yang menunjukkan parti pembangkang semakin merapu dan tidak ada arah tujuan. Manakala Nik Aziz pula, semakin mengarut dengan pelbagai kata kesat dan seolah-olah menjadi manusia yang hilang pertimbangan akal, lantaran terlalu kemaruk untuk berkuasa. Saya sebenarnya tidak berhasrat menulis berkenan politik dalam blog saya ini, kerana ia lebih banyak mengundang fitnah daripada kebenaran. Namun demikian, apabila isu Mohd. Saiful Bukhari,bersumpah dan timbul pelbagai andaian dan tohmahan kepada beliau, saya terpaksa bercakap benar dan mempertahankan kebenaran. Jika tidak ilmu yang saya miliki ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Allah m

Islam Kita Hanya Di Kerongkong?

ISLAM KITA HANYA DI KERONGKONG? BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir. Ulasan Saya : Saya makin bimbang dengan Nik Aziz ini. Bimbang kerana cara beliau sejak akhir-akhir ini benar-benar menunjukkan bahawa beliau seolah-olah berpegang kepada fahaman Islam Khawarij yang jelas sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Jika Nik Aziz menda

Orang Yang Beriman Diminta Sokong Kenyataan Mufti Perak

Orang-Orang Yang Beriman Diseru Menyokong Cadangan Shahibuh Samahah Tuan Guru Tan Sri Dr Harussani Zakaria PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman. Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara. “Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini. “Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluark

Kari Kepala Ikan Boleh Sembuhkan H1N1?

Kari Kepala Ikan Boleh Sembuhkan H1N1? KUALA LUMPUR 11 Ogos - Jumlah kematian akibat H1N1 meningkat kepada 38 orang apabila 6 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam. Jumlah kes juga meningkat kepada 2,253 kes dengan 270 kes baru dilaporkan, kata ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Ulasan Saya : Kematian akibat wabak H1N1 makin serius dihadapi oleh rakyat di negara ini. Saya berfikiran kerajaan harus segera mengambil langkah yang drastik atau mungkin juga harus memikirkan untuk mengumumkan darurat di kawasa-kawasan tertentu. Jumlah kes yang semakin meningkat, diserta dengan jumlah kematian yang bertambah-tambah, mengisyaratkan kepada pihak kerajaan, agar melakukan sesuatu yang bersifat drastik. Di samping itu, seluruh umat Islam harus segera bermunajat dan memohon terus kepada Allah, agar dugaan dan cabaran ini segera berakhir. Baru-baru ini saya difahamkan secara berjenaka, kononnya virus H1N1 boleh dicegah jika kita makan Kari Kepala Ikan banyak-banyak, b

Kecewa Dengan Sikap Ketua Pemuda UMNO Malaysia

KECEWA DENGAN SIKAP KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Sudah sebulan lebih surat jemputan Pemuda PAS mengajak wacana ilmiah bersama Pemuda Umno, namun sayap kanan parti itu yang diketuai Khairy Jamaluddin sehingga kini belum memberi sebarang maklum balas untuk turut serta dalam wacana tersebut. Yang ada, ialah surat Khairy ingin bertemu secara tertutup - pertemuan empat mata dengan Ustaz Nasrudin Hassan Al-Tantawi, yang ditolak mentah oleh Ketua Pemuda PAS itu, kerana wacana tersebut adalah untuk pengetahuan rakyat dan mengelakkan sebarang fitnah. Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Pemuda PAS merangkap jawatankuasa teknikal Kamaruzaman Mohammad ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. "Kita sudah membentuk jawatankuasa teknikal, tetapi Umno masih tidak ada sehingga kini dan belum berbincang lagi berhubung wacana tersebut. "Yang ada surat Khairy yang tidak berapa setuju dengan tajuk wacana 'Benarkah Perjuangan Umno

Datuk Mukhriz di Facebook Malam Ini

DATUK MUKHRIZ di FACEBOOK MALAM INI! Pengumuman Penting : Datuk Mukhriz Mahathir akan berinteraksi dengan rakyat secara peribadi melalui Facebook beliau bermula jam 8 malam ini. Harapan kami, agar marilah sama-sama kita berdialog dan berkongsi idea dengan YB Datuk Mukhriz dalam pelbagai isu. Dan jangan lupa add juga Facebook saya di Muhammad Azli Shukri. Sama-sama kita berkongsi maklumat. InsyaAllah

Wanita Makin Tidak Selamat?

WANITA MAKIN TIDAK SELAMAT? KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) menerima 25 aduan daripada isteri yang mengalami pelbagai bentuk keganasan seksual daripada suami masing-masing, tahun lalu, dengan sekurang-kurang dua mangsa diliwat. Presiden WAO, Meera Samanther, berkata bagaimanapun kebanyakan isteri terbabit enggan membuat laporan polis, antara lain kerana masih dibelenggu perasaan keliru sama ada pihak suami sebenarnya berhak atau tidak untuk memperlakukan mereka sedemikian. Selain itu, beliau berkata, ada juga mangsa yang tiada atau kurang mempunyai pendedahan mengenai perlindungan undang-undang bagi isteri yang menjadi mangsa penderaan seksual suami, di samping faktor tidak mahu perkara memalukan dalam rumah tangga mereka diketahui umum. Ulasan Saya : Saya rasa sangat sedih dengan keadaan ini. Allah menganugerahkan kita seorang isteri adalah untuk kita melayaninya dengan baik. Kebanyakan lelaki yang kurang pendidikan agama dan selalu menonton video lucah sering menjadikan

Di Sini Jalan Berliku

Di Sini Jalan Berliku SHAH ALAM 6 Ogos - Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid menyatakan sokongannya terhadap mana-mana pihak yang memperjuangkan larangan menjual arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam di negeri ini. Beliau menegaskan, pendiriannya adalah jelas bahawa walau berapa peratus pun kandungan alkohol dalam minuman tersebut, ia tetap haram kepada orang Islam. ''Kenapa perlu dipersoal lagi kerana ia sudah termaktub dalam hukum Islam, minuman yang mengandungi walaupun setitik alkohol, haram diminum oleh orang Islam. ''Hukum ini tidak perlu disangkal lagi kerana yang haram tetap haram, ia tidak akan berubah sampai bila-bila," tegas beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Mohd. Tamyes menambah, larangan menjual arak di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam sudah lama dikuatkuasakan sejak pemerintahan Barisan Nasional (BN) lagi, tetapi sehingga kini perbuatan itu masih belum ada penghujungnya. ''Sebab it

Pemuda UMNO 2009 : Jangan Terikut Rentak Pembangkang

PEMUDA UMNO 2009 Jangan Ikut Rentak Pembangkang KUALA LUMPUR 5 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melahirkan kesanggupan mereka untuk turun padang menyertai demonstrasi aman yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Jumaat ini bagi mendesak Kerajaan Selangor menukar portfolio Exconya, Ronnie Liu. Bagaimanapun, menurut pergerakan itu, Pemuda UMNO hanya akan menyertai perhimpunan tersebut sekiranya Pas berjaya mendapat permit daripada polis untuk mengadakan demonstrasi aman tersebut. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa Pas akan menganjurkan demonstrasi itu di kawasan masjid pada Jumaat ini. "Kami Pemuda UMNO ingin bertanya kepada Pemuda Pas, di masjid mana akan diadakan demonstrasi itu pada pukul berapa? Adakah sudah mendapat permit? "Jika sudah mendapat permit, Pemuda UMNO bersedia untuk menyertai demonstrasi bersama Pas mendesak supaya Liu meletakkan jawatannya," katanya selepas mengiringi tiga persatuan peniaga m

PAS, DAP dan Demonstrasi : Pecahnya Zon Masa

PAS, DAP dan Demonstrasi Pecahnya Zon Masa KUALA LUMPUR 4 Ogos – Wakil rakyat DAP, Jeff Ooi didesak supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menuduh Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang, Mohd. Razali Abdullah sebagai ekstremis agama Islam. Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin menegaskan, kenyataan dangkal dan sombong yang dibuat Ahli Parlimen Jelutong itu telah mengguris perasaan umat Islam yang sekian lama bersabar dengan kerenah serta sikap sombong melampau orang seperti Ooi. “Jeff Ooi seorang yang terlalu dangkal dan bodoh apabila menuduh Mohd. Razali sebagai ekstremis agama Islam. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang jurutera yang berkelayakan serta mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang. “Sebenarnya apa yang ditunjukkan oleh Ooi dengan mengeluarkan kenyataan tersebut menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang yang ekstremis dan cauvinis,” katanya dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com semal

Pendemonstrasi Mansuhkan ISA : Mereka Harus Bertaubat

Gerakan Mansuh ISA 2009 Mereka Harus Bertaubat Oleh Muhammad Azli Shukri Antara kejahilan ketara yang sering kita lakukan dalam membuat kesimpulan terhadap sesuatu isu yang diperdebatkan, adalah ketidakemampuan kita melihat isu tersebut dari disiplin ilmu lain, kegagalan itu – akhirnya membawa kita ke jurang kesesatan yang paling bahaya, bahkan menyebabkan kita terlalu mudah menjatuhkan sesuatu penilaian hanya berasaskan kepada latar belakang pendidikan yang kita terima. Umpamanya, isu kebebasan bersuara dan kebebasan untuk melakukan rapat umum dan berdemonstrasi, sering kali dilihat dari kaca mata perundangan semata-mata. Apatah lagi jika orang yang berbicara berkenaan isu tersebut merupakan lulusan undang-undang. Begitu juga apabila kita menyentuh soal ekonomi, kita sering melihat isu tersebut berasaskan kepada latar belakang pendidikan tinggi kita, dan jika kelulusan kita dalam bidang agama, maka isu tersebut hanya akan dilihat dari sudut agama semata-mata. Jarang kita memikirkannya