Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Usul Agama Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar

USUL AGAMA PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUALA KANGSAR Oleh Muhammad Azli Shukri (EXCO Pemuda UMNO KK, Merangkap Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO KK) (Usul ini telah disampaikan dalam Mesyuarat Persidangan Pemuda UMNO KK, Pada 17 Julai 2009) Menginsafi bahawa perjuangan UMNO sejak ditubuhkan pada tahun 1946 sama sekali tidak meminggirkan perjuangan memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi umat Melayu di negara tercinta ini. Oleh itu, sejak tertubuhnya UMNO lagi, begitu ramai ulama dan pejuang agama menyokong perjuangan UMNO bagi mencapai kemerdekaan. Antaranya ialah : Haji Husin Cik Dol (Kesatuan Melayu Kedah) Haji Fadhullah Suhaimi (Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan), Sheikh Ahmad Sheikh Mustafa (Persekutuan Melayu Negeri Sembilan), Haji Ismail Hamzah (Mufti Perak), Sheikh Hamzah Mu’ti (Persatuan Melayu Perak) dan Haji Mohd Nur Bakri (Pembantu Indonesia Merdeka Se-Melayu). Menyedari bahawa dengan begitu ramai ulama dari serata tanah air memberikan sokongan terhadap penubuhan UMNO ba

Nik Aziz 2009 : Daun-Daun Dosa

NIK AZIZ 2009 Daun-Daun Dosa KOTA BHARU 27 Julai - ''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.' 'Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin. Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam. Beliau berkata, kesediaan untuk bekerjasama disebabkan negara ini mengamalkan sistem persekutuan dan di antara kerajaan negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing. "Sistem yang diamalkan kita ialah federalisme, bukan kerana apa, Pusat ada kewajipan kepada negeri dan negeri ada kewajipan kepada Pusat. "Kerana apa nak sekat (peruntukan dan kerjasama), ada menteri sekat pegawainya beri kerjasama dengan kementeriannya,

Anwar Ibrahim 2009 : Ilmu Kejam Di Hujung Dunia

ANWAR IBRAHIM 2009 Ilmu Kejam Di Hujung Dunia KUALA LUMPUR 23 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mahu mengelirukan rakyat apabila mempersoalkan langkah kerajaan menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kerajaan berusaha sebaik mungkin menegakkan keadilan kepada semua pihak berhubung tragedi kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor itu. Katanya, sikap Anwar yang masih tetap tidak berpuas hati terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan beliau mempunyai agenda tertentu. ''Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada kerajaan, semua pihak menuding jari kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). ''Ini menunjukkan mereka seolah- olah sengaja mahu membakar sentimen perkauman dalam kalangan rakyat,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Zaid Ibrahim 2009 : Rasa Bosan Yang Tersisa

Zaid Ibrahim 2009 Rasa Bosan Yang Tersisa SEREMBAN 21 Julai - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Rais Yatim mengingatkan Datuk Zaid Ibrahim supaya tidak bersikap lupa diri setelah mengecap kejayaan semasa berada dalam UMNO. Beliau berkata, tindakan Zaid mendakwa perjuangan UMNO masa kini bersifat perkauman adalah tidak tepat kerana parti itu merupakan komponen Barisan Nasional (BN) yang selama ini memperjuangkan nasib semua kaum. ''Tindakan Zaid membuat dakwaan (dalam blognya) itu dilihat seperti orang yang lupa diri selepas mendapat faedah dan kejayaan menerusi UMNO ketika berada dalam parti. ''Beliau (Zaid) perlu ingat bahawa kejayaan firma beliau juga berlandaskan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Zaid mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dakwaan terhadap perjuangan UMNO adalah berbentuk per

Apakah Kemahuan Ahli UMNO Akar Umbi?

APAKAH KEMAHUAN AHLI UMNO AKAR UMBI? SHAH ALAM 19 Julai - Semua pemimpin UMNO di setiap peringkat akan mengikuti program latihan dan motivasi secara berperingkat bagi menyuntik semangat baru di kalangan mereka mulai bulan depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri berkata, program itu akan dimulakan dengan penyertaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), Janda Baik, Pahang. Beliau memberitahu, program yang dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Pengurusan dan MT UMNO itu akan diperluaskan ke seluruh negara dan melibatkan pemimpin UMNO bahagian dan cawangan. Katanya, langkah itu untuk menyuntik semangat pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dalam usaha membangkitkan semula keyakinan baru dan kepercayaan masyarakat kepada parti tersebut. "Kita tidak mahu selepas pilihan raya umum lalu di beberapa tempat dan negeri yang kita kalah, seolah-olah ahli parti sudah tidak bersemangat lagi, Saya percaya perlu ada suntikan baru ja

PAS-UMNO Perlu Muhasabah

PAS-UMNO PERLU MUHASABAH KOTA BAHARU 15 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar Kelantan itu berkata, faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti itu kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu. "Sebagai contoh janji- janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kem

Manek Urai 2009 : Buku Ini Punca Kuasa PAS Merosot?

"BEDAH SIASAT" MANEK URAI 2009 BUKU INI PUNCA PENGARUH PAS MEROSOT? Saya merasakan bahawa ada sebab utama mengapa pengaruh PAS dan juga Nik Aziz merosot dalam pilihanraya kecil di Manek Urai semalam. Dalam blog-blog penyokong PAS, terdapat begitu banyak saranan, agar PAS segera melakukan "bedah-siasat" berkenaan angka 65 yang mereka peroleh dalam pilihanraya kecil tersebut. Jika trend sebegini berterusan, dikhuatiri PAS akan terus disisih oleh orang-orang Melayu, khususnya pengundi muda - yang jsemakin jelas melihat sikap talam dua muka pemimpin-pemimpin PAS. Sebelum PAS melakukan bedah-siasat, biarlah saya dedahkan dulu apakah puncanya pengaruh PAS dan Nik Aziz berkurangan di Manek Urai. PAS jangan menyalahkan UMNO, kononnya terdapat unsur rasuah dan sebagainya, ia sama sahaja dengan PAS yang jelas menawarkan pahala jika menatap wajah Nik Aziz dan dibalas syurga jika para pengundi memangkah PAS. Hakikatnya, PAS dan para penyokongnya telah lupa dengan sikap talam

Bercinta Di Manek Urai : Mengapa Undi PAS Merosot?

BERCINTA DI MANEK URAI MENGAPA UNDI PAS MEROSOT? Apakah sebenarnya yang telah berlaku di Manek Urai? MalaysiaKini melaporkan bahawa PAS menang dalam nyawa-nyawa ikan, iaitu dengan kelebihan 65 undi. Walauapa pun hujahnya, PAS tetap menang. Namun demikian, saya merasakan bahawa pengaruh PAS dalam Barisan Rakyat semakin tenggelam. Antara analisis awal berkenaan kemerosotan undia kepada PAS adalah seperti berikut : 1. Keceluparan Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan dan kritikan pedas beliau terhadap UMNO. 2. Rakyat sudah tidak mahu lagi pengretorik agama yang hanya pandai berceramah agama semata-mata, sebaliknya pembangunan dan kemajuan tidak upaya ditawarkan oleh PAS. 3. Rakyat, khususnya generasi muda sudah buka mata bahawa kerjasama antara PAS dengan DAP terbukti merupakan kerjasama mungkar. Jika dengan DAP mereka boleh bekerjasama, mengapa tidak dengan UMNO? 4. Ternyata pengundi Melayu boleh diubah mindanya serba sedikit, tetapi pengundi Cina dan India belum tentu lagi. 5. UMNO

Kodok-Kodok Di Manek Urai

KODOK-KODOK DI MANEK URAI Pada 11 Julai 2009, genap 100 hari Datuk Seri Najib Tun Razak mentadbir negara. Pelbagai penilaian diberikan ke atas kepimpinan beliau; ada yang bersifat positif dan ada yang negatif. Namun begitu yang menarik adalah kesungguhan beliau untuk mengurus krisis kepercayaan, kesetiaan dan keyakinan dalam kalangan warga Malaysia. Lahir Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang dijadikan sebagai penanda aras atau kayu pengukur ke atas kewibawaan kepimpinan beliau. Di samping '11 Hadiah Rakyat' yang mencakupi unsur ekonomi dan sosial, beliau muncul dengan enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) yang akan dijadikan sebagai 'petunjuk' sepanjang beliau memimpin supaya dapat mencapai matlamat KPI. Keenam-enam bidang tersebut adalah mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah serta memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan meningkatkan tahap pengan

Mengapa PTS Pilih Judul Sebegini?

Mengapa PTS Pilih Judul Sebegini? SHAH ALAM 13 Julai - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri Selangor, Teresa Kok Suh Sim dibidas kerana hanya menyentuh cadangan rombakan Exco kerajaan negeri di akhir penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS) hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang bangun ketika Teresa menyentuh isu tersebut berkata, perkara itu sepatutnya disentuh di peringkat awal sesi penggulungan. Katanya, tindakan Teresa itu menunjukkan beliau tidak berani berhadapan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang yang lain bagi membincangkan cadangan tersebut. ''Kenapa tidak guna Dewan ini untuk membincangkannya terus di hadapan ADUN pakatan pembangkang. ''Sebaliknya Kinrara dilihat lebih suka menggunakan media untuk menyatakan perkara ini. Saya ketua backbenchers , saya bukan yes man . Apa yang saya kemukakan dalam Dewan ini adalah pandangan rakyat,'

UMNO 2009 : Langit Tanpa Bumi

UMNO 2009 Langit Tanpa Bumi KUALA KRAI 12 Julai – Sebanyak RM125.9 juta diperuntukkan Kerajaan Pusat khusus untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat di jajahan ini sekali gus membuktikan keprihatinannya. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM1.7 bilion yang disalurkan ke negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi tujuan yang sama. Beliau berkata, di jajahan ini, ia dibelanjakan untuk membiayai 75 projek pembangunan termasuk pembinaan 13 buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah di samping projek naik taraf dan pembinaan rumah guru serta asrama. “Justeru tohmahan yang mengatakan Kerajaan Persekutuan mengabaikan Kelantan khususnya Kuala Krai adalah tidak berasas sama sekali. “Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak pernah mengabaikan mana-mana golongan masyarakat di negara kita, lebih-lebih lagi anak-anak yang memerlukan ilmu pengetahuan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika meras

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini. Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). “Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama Ulasan Saya : 1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia. 2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah. 3. Pengalaman saya mengajar di sekol

1Malaysia : Dunia Bukan Bulat

1 MALAYSIA Dunia Bukan Bulat Sebenarnya, saya masih susah hati sedikit, apabila konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Susah hati saya adalah berasaskan kepada beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini, antaranya ialah, sehingga hari ini, konsep 1Malaysia masih belum diperjelaskan secara terperinci - sekurang-kurangnya seperti gagasan dua PM sebelum ini - Tun Mahathir dan Tun Abdullah, melalui Wawasan 2020 dan Islam Hadhari. Setidak-tidaknya 1Malaysia harus mempunyai "list" atau senarai yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Namun demikian, hal ini tiada dalam konsep 1Malaysia - ia masih berada dalam erti kata sebuah slogan dan bukan sebuah garis panduan. Akibatnya, 1Malaysia telah ditafsirkan secara bersendirian dalam kalangan rakyat dan parti pembangkang. Saya mengharap, agar konsep 1Malaysia mempunyai takrifnya yang tersendiri dan mempunyai senarai berkenaan apakah yang dikatakan dengan 1Malaysia dan apakah dasar

PPSMI 2009 : Kuasa Dengan Tangan Yang Salah

PPSMI 2009 Kuasa Dengan Tangan Yang Salah Saya terpaksa berterus-terang bahawa, secara peribadinya saya sangat gembira apabila PPSMI yang menjadi konflik sejak beberapa bulan yang lalu telah pun berakhir. Namun demikian, saya harus menegaskan bahawa untuk memartabatkan bahasa Melayu melalui penguatkuasaan undang-undang tidak akan bertahan lebih lama. Bahasa Melayu hanya mampu berkembang dan dihormati hanya dengan idealisme penutur dan hasil karya tulisan penutur aslinya. Selagi perjuang-pejuang bahasa tidak melihat perkara ini dengan jujur, saya khuatir kita akan kecewa sekali lagi. Usaha ke arah menggalakkan masyarakat Melayu agar lebih rajin menulis dan memperkenalkan ilmu-ilmu baharu harus dipergiatkan. Kita tidak boleh hanya menumpukan perhatian kepada perkembangan bahasa dan sastera semata-mata, sebaliknya, kita alpa terhadap pembentukkan ilmu baharu yang seharusnya ditulis dalam bahasa Melayu oleh para sarjana kita sendiri.Para penulis dan sarjana Melayu masih lebih berminat u

Muzakarah PAS-UMNO Retak Di Sempadan Pengetahuan

Muzakarah PAS-UMNO Retak Di Sempadan Pengetahuan KUALA KRAI 7 Julai - Jika semalam Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kerajaan perpaduan telah terkubur tetapi nada yang sedikit berbeza diungkapkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi ketika ditemui pemberita selepas berceramah di Kampung Sok di sini malam tadi mengatakan parti itu sedia berbincang dengan UMNO untuk kebaikan rakyat di negeri ini. Walaupun tidak menyebut lagi soal kerajaan perpaduan tetapi nadanya itu memberikan gambaran bahawa ia tetap bermatlamat yang sama untuk menjaga kebajikan rakyat. Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, Pas akan lebih berhati-hati sebelum menerima sebarang pelawaan untuk terbabit dalam perbincangan dengan UMNO kerana bimbang ia menjadi seperti melepaskan anjing tersepit. Beliau berkata, usaha mengadakan perbincangan di antara Pas dan UMNO sudah pun dimulakan apabila Dewan Pemuda Pas secara terbuka menjemput Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengada