Tetamu Kehormat...

December 4, 2009

Tafsir Al-Azli (2) : Bangkangan : PAS Tidak Ikut Cara Islam?


Tafsir Al-Azli (2)
Bangkangan : PAS Tidak Ikut Cara Islam?


Pada umumnya terdapat dua jenis bangkangan dalam Islam. Pertama disebut sebagai bangkangan yang dibenarkan atau dipanggil sebagai masyru’ah. Kedua disebut sebagai bangkangan yang tidak dibenarkan atau dikenali sebagai ghairu masyru’ah. Bangkangan jenis pertama adalah merujuk kepada bangkangan yang tidak menyimpang daripada ajaran Islam,baik dengan tujuan mahu pun caranya. Bangkangan jenis ini boleh dilihat dalam sejarah bangkangan pada zaman Rasulullah dan Khulafar ar Rasyidin.


Para sahabat pada masa itu, sentiasa memastikan bangkangan yang mereka lakukan tidak melampau batas-batas agama serta menyalahi Sunah rasulnya. Bangkangan jenis pertama saya kira tidak perlu dibincangkan secara panjang lebar, hal ini adalah kerana yang menjadi permasalahannya di sini adalah berkenaan kekeliruan dalam kalangan orang ramai berkenaan bangkangan jenis ghairu masyru’ah. Perkara ini bertitik tolak daripada terdapatnya dalam kalangan umat Islam yang meyakini bahawa unsur-unsur cacian, makian dan membuka aib orang lain, merupakan salah satu kaedah bangkangan yang diizinkan oleh Islam.


Terdapat segelintir masyarakat yang jahil pula mempercayai bahawa, Malaysia yang mengamalkan sistem politik demokrasi mengizinkan parti pembangkang untuk membangkang apa-apa sahaja yang dilakukan oleh parti pemerintah, tidak mengira betul atau pun salah, golongan ini akan terus-menerus membangkang pihak kerajaan. Malah, atas nama parti pembangkang, golongan ini seolah-olah menghalalkan apa-apa sahaja kaedah bangkangan termasuklah menyelitkan unsur-unsur cacian, makian dan sumpah-seranah kepada para pemimpin kerajaan. Fahaman sebegini merupakan fahaman yang jauh terpesong daripada ajaran Islam, bahkan menghampiri tatacara puak Syiah dan Khawarij yang sanggup mengkafirkan para sahabat serta kaum muslimin.


Berkenaan hal ini, Dr. Jabir Qumaihah di dalam bukunya berjudul, Bangkangan Dalam Islam menyatakan, “Bangkangan yang tidak dibolehkan adalah bangkangan untuk kepentingan peribadi yang mengabaikan kepentingan umum dan tidak mengendahkan nilai-nilai ajaran Islam. Pembangkangan jenis ini banyak dilakukan oleh orang-orang munafik, seperti bangkangan orang murtad terhadap Abu Bakar. Pembangkangan juga terjadi pada zaman Uthman yang berakhir dengan kematian khalifah ketiga itu. Selain itu, bangkangan yang tegas dilarang adalah bangkangan kaum Khawarij terhadap Khalifah Ali bin Abi Thalib, kerana bangkangan jenis ini menyebabkan mereka keluar daripada jamaah Islam.”


Jelaslah bahawa bangkangan yang tidak dibenarkan oleh Islam adalah bangkangan yang boleh mencetuskan fitnah serta menimbulkan pemberontakan di dalam sesebuah negeri, umpamanya bangkangan yang dilakukan oleh Muhammad bin Mudzalifah terhadap kepimpinan Saidina Uthman. Beliau tidak hanya membangkang dan mengkritik dasar-dasar pentadbiran khalifah tersebut, bahkan bagi mempertajamkan lagi bangkangannya itu, beliau telah menulis sebuah buku dengan menggunakan nama isteri-isteri Rasulullah untuk memfitnah Saidina Uthman. Akhirnya, fitnah al-Kubra ini menjadi semakin kronik apabila orang ramai mula membanjiri jalan-jalan raya bagi menunjukkan protes dan demonstrasi terhadap Khalifah Rasullah itu. Fitnah ini berterus sehinggalah Khalifah Uthman dibunuh dengan kejam.


Bangkangan seperti ini bukanlah daripada ajaran Islam kerana terbukti ia hanya menimbulkan kerosakan dan perpecahan dalam kalangan kaum muslimin. Allah telah mengingatkan kita berkenaan persoalan ini di dalam surah az-Zukhuruf ayat 43, yang bermaksud, “Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu, melainkan kerana membantah semata-mata (bukan mencari kebenaran) bahkan mereka itu adalah kaum yang suka mengemukakan bantahan.”


Bangkangan yang terbaik adalah bangkangan yang berdasarkan keikhlasan serta menjauhi sebarang unsur-unsur fitnah yang mampu merosakkan masyarakat dan negara. Selain itu, bangkangan yang baik juga haruslah berteraskan kepada amar ma’ruf nahi mungkar, dan bukan kerana mempunyai niat serta tujuan tertentu. Islam membenarkan bangkangan yang yang mampu meningkatkan taraf hidup, sahsiah dan kesatuan umat Islam. Lantaran itu, Islam sama sekali tidak berkompromi dengan kaedah bangkangan yang boleh memecah-belahkan kesatuan umat Islam, seperti mana firman Allah yang bermaksud, “Telah mensyariatkan Allah bagi kamu perkara-perkara agama sebagaimana yang telah Dia perintahkan kepada nabi Nuh dan yang telah Kami (Allah) wahikan kepadamu (wahai Nuh) dan juga yang telah kami perintahkan kepada nabi Ibrahim dan nabi Isa, iaitu tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah-belah atau berselisih padanya.” (as-Shura ayat 13).


Oleh yang demikian, seharusnya umat Islam tidak terpengaruh dengan bangkangan yang bercampur-baur dengan maksiat, seperti melakukan demonstrasi atau tunjuk perasaan di jalan-jalan raya yang tidak hanya menyusahkan orang ramai, bahkan mampu merosakkan harta benda awam dan ekonomi sesebuah negara. Justeru itu, al-Quran banyak menyarankan kepada kita, agar menggunakan akal dan fikiran sebelum melakukan bangkangan. Hal ini adalah jelas, agar bangkangan yang kita lakukan itu berteraskan kepada lunas-lunas syariat serta melalui pertimbangan yang waras. Yang lebih penting lagi, bangkangan yang mengikut syariat Islam adalah bangkangan yang dilakukan secara berhikmah dan bukan secara membuta-tuli.


Menurut Dr. Jabir Qumaihah lagi, bangkangan yang menurut Islam adalah berorentasikan kepada kepentingan umat, efektif, menumpaskan kemungkaran, di samping mendidik masyarat agar bersikap berterus-terang, jujur dan berprinsip. Menurut beliau, terdapat dua prinsip utama dalam tatacara menyampaikan bangkangan, iaitu pertama bangkangan mestilah bermatlamatkan amar ma’ruf nahi mungkar, seperti mana firman-firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 104, 110 dan surah al-Taubah ayat 71.


Kedua, bangkangan mestilah dilakukan secara berhikmah seperti mengadakan mesyuarat. Baik mesyuarat yang bersifat khusus seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ketika meminta pendapat sebahagian daripada para sahabatnya berkenaan masalah Aisyah yang telah difitnah, mahupun mesyuarat yang bersifat umum dalam membicarakan soal peperangan, ekonomi dan politik, seperti mana perintah Allah yang berbunyi, “Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan peperangan dan soal-soal keduniaan itu. Kemudian, apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah.” (Ali Imran 159).


Bermesyuarat merupakan Sunah dan amalan para sahabat besar pada zaman Rasulullah, seperti mana kenyataan Abu Hurairah, “Aku tidak pernah melihat orang yang selalu bermesyuarat dibandingkan para sahabat.” Kaedah sebegini merupakan cara yang terbaik untuk kaum muslimin mengemukakan pandangan, bangkangan serta pendapat-pendapat mereka, umpamanya mesyuarat Rasulullah dengan para sahabat dalam perang Uhud, sama ada pasukan muslimin bertahan di dalam Kota Madinah atau melakukan serangan gerila di luar kota, akhirnya ternyata Rasulullah mengikut suara ramai. Begitu juga halnya dengan mesyuarat yang dilakukan oleh para sahabat di Saqifah bani Sa’idah untuk melantik khalifah, walaupun berlaku perdebatan yang sengit, namun demikian, akhirnya Abu Bakar berjaya mententeramkan keadaan, sekali gus dilantik menjadi khalifah yang pertama.


Bangkangan yang terbaik adalah bangkangan yang dilakukan secara bermusyawarah dan bukan dilakukan secara kurang ajar di pentas-pentas ceramah umum yang bercampur-baur dengan kata-kata nista dan cacian yang mengaibkan golongan tertentu. Tatacara begini sama sekali membelakangkan Sunah Rasulullah yang mulia. Malah, Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya termasuk riba yang paling parah ialah membicarakan kehormatan orang muslim tanpa alasan yang benar.” ( Riwayat Abu Dawud).


Bangkangan yang bercampur-baur dengan kata-kata kotor dan menghina sesame kaum muslimin, merupakan bangkangan yang amat jelas menyimpang daripada roh Islam. Bangkangan seumpama ini merupakan bangkangan yang dilakukan oleh golongan yang mempunyai kepentingan tertentu, malah lebih gemar melihat umat Islam terus keliru dan semakin jauh daripada persaudaraan dan ukhwah Islamiyyah. Ingatan Allah di dalam surah ar-Ruum ayat 31-32 harus kita renungi, “Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik, iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing, serta mereka pula menjadi berpuak-puak, tiap-tiap puak bergembira dengan apa-apa yang ada padanya.”


Jelaslah bahawa golongan yang memasukkan celaan dan kata-kata kesat dalam bangkangannya merupakan golongan yang mahu melihat umat Islam terus berpecah-belah, di samping membawa budaya fitnah dalam masyarat. Bangkangan jenis ini adalah bangkangan ghairu masyru’ah. Kembali kita soal pokok, umat Islam, khususnya di negara ini harus lebih berhati-hati, kita sewajarnya tidak mudah terpengaruh dengan budaya bangkangan yang bersifat ala-Khawarij ini. Sesungguhnya, umat Islam pada hari ini perlu mengukuhkan ikatan persaudaraan mereka demi menghindari daripada terus ditekan oleh musuh Islam itu sendiri.

15 comments:

Yb Raz said...

dan sekarang ternyata pembangkang sekarang adalah dari jenis ghairu masyru’ah.

ternyata pas juga tidak mengikut ajaran islam. malah pas lebih teruk dengan menyebarkan fitnah, pemimpin mereka terdiri daripada orang munafik.

pkr pula bukanlah parti memperjuangkan islam. hanya parti yang ditubuhkan untuk memenuhi cita cita anwar ibrahim saja.

dap pula tak payah cakaplah. parti ahli penghuni neraka.

semaremas said...

Tahniah kepada sdr Azli Shukri.
Akan saya tambah sdr sbg kwn di FB. Semuga kita boleh bertukar fikiran dan bertukar maklumat demi kepentingan ummah, persaudaraan dan kedaulatan Islam dan negara.

Teruskan dengan penjelasan mengenai bangkangan yg dibenarkan dan mengikut sunnah Rasullullah s.a.w. dan yang diamalkan oleh para sahabat r.a.

Ini untuk menyedarkan sebahagian besar ummah yg terbawa-bawa dgn sikap dan sifat munafik dan musyrik sedangkan mereka alpa. Mereka wajib diperingati dari masa ke semasa bahawa sikap dan sifat mukmin/mukminat/muslimiin/muslimah yg UTAMA DAN UNGGUL adalah mengeratkan tali persaudaraan sesama mereka. Berkasih-sayang.

Berkasih-sayang ini takrifan khusus adalah menyintai , menyayangi, mengasihi dan mengasihani sesama kita seperti kita lakukan kepda diri sendiri !

Peri pentingnya sikap dan sifat ini ditegaskan oleh baginda Rasullullah s.a.w dalam hadis baginda s.a.w. bahawa tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mengasihi saudara seagamanya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri!

Sikap dan sifat inilah wajib ditanam, dipupuk dan diamalkan olh ummah dan bukan sikap dan sifat mahu bercakaran, berbantah dan berdebat serta menjatuhkan termasuk mengaibkan sesama sendiri.

KITA SEBAGAI 1 UMMAH DAN SEBAGAI 1 UMMAH KITA BERADA DALAM 1 JEMAAH DAN BERADA DALAM 1 JEMAAH BERMAKNA KITA ADALAH SEBUAH KELAURGA YANG BESAR !.

hans said...

itula pasal
politik malaysia xsama macam negara luar
kalau benda tu buruk dan dibangkang oleh diorang xapa
tapi ada yg baik untuk rakyat tapi diorang bangkang juga
tulah masalahnya

Anonymous said...

kalau UMNO ngaku deme ikut cara Islam yang sebenar, maka berilah slot TV kepada PAS utk bersama-sama mengutarakan pandangan dan pendapat mereka secara saksama.

jgn dikawal media seolah hanya orang BN saja yang nak ikut perkembangan semasa parti celupan British mereka.

akui dan terimalah hakikat,makin korang sekat pengaruh PAS,PKR dan DAP maka semakin rapat mereka dgn rakyat sebab strategi yang dimainkan mereka lebih ampuh dan berkesan.

rakyat semakin hebat dengan capaian internet.so,dpt menilai maklumat setelah dpt dari internet.maka,membuak ler rasa benci dan meluat terhadap UMNO dan BN.

ubah ler strategi dan dekati rakyat dgn cara saksama dan berhikmah.

AZLI SHUKRI YANG KUKENALI BUKANLAH AHLI TAFSIR.SEPERTI DIA MENGATA TGNA,AZLI SHUKRI JUGA BISA MEMESONG AKIDAH DAN FAHAMAN ORANG ISLAM YANG LAIN KERANA AZLI SHUKRI JAUH LEBIH TIDAK LAYAK BERCAKAP SOAL TAFSIRAN AL-QURAN DAN HADIS.

SETELAH DIA MENGAKU PENGIKUT SALAFUS SOLEH (WAHABI) MAKA, LAYAKNYA DIA DIPASUNG KEPALA KEBAWAH.

BERTAUBAT SELAGI SEMPAT. ANDA SENDRII TAK TAHU APA MAKNA SALAFUS SOLEH APA GERAKANNYA,MAKA USAH SIA-SIAKAN USIA ANDA DENGAN KENYATAAN YANG BODOH INI LAGI.

KALAU BELAJAR SASTERA MELAYU,USAH LER MELALUT DALAM SASTERA TINGGI AL-QURAN. ANDA TAK LEBIH DARI MENGAKALI SETIAP AYAT ALLAH DEMI NAFSU DAN KEPENTINGAN POLITIK JUMUD ANDA.

salam ikhlas,

Saudara Muslim Mu.

Anonymous said...

Saudara Azli,
Saya rest dulu counter-argument, saya cuma ingin bertanya..adakah semasa tempoh pemilihan UMNO samada peringkat cawangan, bahagian dan majlis tertinggi tidak berlakukah fitnah,cacian dan kata nista jatuh-menjatuh sesama calon bertanding? Mungkin nampak macam tiada kerana media perdana tak cover sgt, tapi kalau check dlm SMS, surat layang rasanya syaitan pun tumpang seronok. Belum kira politik wang itu lagi. Yang mana lebih hodoh. Kerana jelas matlamat bertanding itu ke arah mana, budak tadika pun tahu. Roh perjuangan atau nafsu?

DR NO

Ustaz Zaid said...

anonymous tu bodoh betul - azli bukan buat tafsiran dia tulis benda yang betul nama sahaja artikelnya tafsir, seperti juga kitab tafsir fi zilalil quran karya syed qutud orang sahaja kata itu tafsiran quran tetapi penulisnya tak kata mcm tu. Ini tafsir azli bukan tafsir al-quran bodoh betul anony tu

Anonymous said...

woi puak UMNO.sila baca ni dari blog Tenku Razaliegh. sila ler korang nafikan kalau ada telor! tu pun kalau korang puak UMNO reti bahasa omputeh ler. tp mustahil ler korang tak tahu sbb nama parti korang pun U.M.N.O! kah kah kah...

www.razaleigh.com

Tengku Razaleigh’s official weblog
honouring our agreements
with 8 comments

The Government has now responded to Kelantan’s claim to a portion of the profits derived from petroleum resources extracted offshore by PETRONAS.

Its response violates the letter and the intent of a solemn agreement signed between each State Government and PETRONAS under the Petroleum Development Act.

That agreement is made out in language simple enough for a schoolboy to understand, in both Bahasa Malaysia and English.

The Constitutional rights of the people of Kelantan are denied. However this has implications far beyond Kelantan:

1) It negates an agreement signed between the Kelantan Government and PETRONAS. By implication, it negates identical agreements signed by PETRONAS with every other state and deprives the people of their constitutional rights.

2) The Government’s refusal to recognize a straightforward contractual obligation on PETRONAS’s part puts a question mark over the status of oil payments due to the other oil-producing states. The States’ rights to 5% of profit derived from the extraction of any petroleum resources is based on a quid pro quo according to which the States vested entirely and in perpetuity all their rights and claims to petroleum resources to PETRONAS. In return for this PETRONAS is legally bound to pay the states the 5% directly

3) If PETRONAS no longer recognises its legal obligation to pay the States what is due to them under the Petroleum Development Act, the States, and in particular Sabah and Sarawak, will now wonder if the corresponding Vesting Deed by which they vested all their rights in their petroleum resources to PETRONAS remains in force.

4) The Government’s response substitutes for PETRONAS’s legal obligations under the Petroleum Development Act an arbitrary “compassionate payment” from the Federal Government. This casts serious doubt on the Malaysian Government’s respect for the sanctity of contracts and the rule of law. Let’s not talk about spurring investment to take our economy to a higher level if we fail to understand the importance of abiding by contractual obligations.

I helped craft and negotiate the Petroleum Development Act. As Chairman of Petronas, I signed separate and identical agreements in respect of these payments with each of the Mentris Besar of the States. I must insist that PETRONAS is bound by them and that the Federal government should not interfere in their fulfillment.

Tengku Razaleigh Hamzah

Member of Parliament, Gua Musang



I will discuss my response to the proposed parliamentary caucus on this issue in my next posting.

I last wrote on the issue of Kelantan’s right to oil payments in my letter to the Mentri Besar of Kelantan in July this year. PETRONAS was formed to unite the country under a single and simple formula for sharing the bounty of our petroleum resources. Any unraveling of this formula could have serious consequences for our Federation.

Anonymous said...

woi puak UMNO yang buta hati perut...ni lagi utk korang bahas dan cari jln utk tipu orang Melayu Islam di Negeri Kelantan. malah tipu ler satu dunia sekalipun sedangkan kebenaran sudah terpampang depan mata.

opsss... korang puak UMNO/BN still boleh manipulasi sbb korang berkuasa di dunia. duhai perompak bistari, sedarlah....

___________________________________

dipetik dari www.razaliegh.com

TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9

30hb Julai, 2009.

8hb Sya’ban, 1430.

Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan,

Pejabat Menteri Besar,

Blok 1, Tingkat 1,

Kota Darulnaim,

15503 Kota Bharu,

KELANTAN. Dengan tangan/Fax No.09-7442748

Bismillahirrahmanirrahim.

Y. A. B. Dato,

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’ berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga. Ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak. Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak. Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.

Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Anonymous said...

sambungan lagi duhai puak UMNO busuk usus..

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia. Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.. Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)

Anonymous said...

Azli, kalau betoi pejuang Agama,Bangsa dan Negara, sila bahaskan mengikut fahaman ko ttg royalti Petrolium Kelantan.

kalau ko bukan pengampu dan pejuang tulen, sila debatkan perkara ni. usah ler cari populariti sebelah pihak jer. cari ler kebenaran spt yg ko selalu laung-laungkan tu.

opss..rasanya ko tak berani sbb ko pengampu UMNO.

come on..berani menyatakan yg hak bukan ler ciri-ciri pejuang UMNO. hahahaha...

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen tuan2 semua

Anonymous said...

dah terang lg bersuluh, puak2 pas nie amalkan ajaran puak2 khawarij.

joe

Anonymous said...

ku li tu nak cari glamerr.... org klantan dah tak pedulikan dia lg. dia nak highlightkan yg akta minyak petronas tu dia yg buat kat bdak2 muda.

kalau minyak tu kuor tersembur kat KB boleh la claim kata minyak k'tan. bodo.

t'gganu dia ada facility minyak dipaka, ktan mana adaa???

minyak pun di blok yg bertindih dgn thailand. kalau 3 batu nautika dari pesisir pantai bleh claim la. tara baca KTN kaaa....

najib dah bagi ke rakyat kltan, apa lagi yg ko nak, cuma dia tak bagi ke puak2 pas nnt habis kene kebas.

najib dah ckp dlm palimant dua2 k'jaan bleh pantau/kerjasama mcmana duit2 tu di agihkan dan disampaikan ke rakyatt.

apa lg yg kau nakkkk...??? ko dgr ckp husam tu buat apa, habis dia klentong puak2 k'tan. kehkehkeh...

~kirk hemmet

semaremas said...

Terpanggil untuk menjawab Anon yg poskan komen Ku Li mengenai PERJANJIAN DALAM BAHASA MUDAH SEHINGGA BUDAK SEKOLAH ( PRA-SEKOLAH ATAU SEKOLAH UNIVERSITI ATAU SEKOLAH PONDOK?)ANTARA PETRONAS DAN KERAJAAN NEGERI PENGELUAR MINYAK BAGI HASIL MINYAK DI LUAR PESISIR PANTAI.

Perbahasan dan pengulasan yg baik dr pihak Ku Li tapi masih belum cukup kuat dijadikan alasan dan hujah jitu bagi mengenepikan dan menyokong kuat hujah-hujah Ku Li di atas penolakan bayaran royalti 5% terus kepada Kerajaan Kelantan PAS POLIPOP.

Ku Li terlupa banyak perkara. Biasalah manusia.

Kupasan:-

1, Hujah dan fakta yang diberikan oleh Ku Li terlalu ringkas dan tidak menyeluruh.

2. Perjanjian yg telah di buat adalah dengan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan UMNO-BN bukan dengan PAS POLIPOP kerana itu PAS POLIPOP susah nak faham isi kandungan Perjanjian yg ditulis dalam bahasa mudah ( budak sekolah boleh pun faham). Di sini kita analisa sendiri tahap kecerdikan pimpinan PAS POLIPOP- ARE YOU SMARTER THAN A PRE-SCHOOL ?

3. Perjanjian ini wajib diteliti dari salah satu unsur kontrak di bawah AKTA KONTRAK 1974 yakni KEUPAYAAN MEMASUKI.

akan di sambung lagi

Anonymous said...

Bg je Kuli tu dok bawah Akta ISA. habis cerita.. jgn bagi orang2 mcm Kuli merosak perncangan kita.

Dasar pengkhianat UMNO. hantar je kat ISA Kamunting.