Tetamu Kehormat...

December 23, 2009

Satu Tindakan Bijak


Satu Tindakan Bijak


KOTA BHARU 22 Dis. – Sehari selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah agar tidak tinggal bersama isteri keduanya, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kader meletakkan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta- merta. Keputusan itu diambil beliau selepas kes perkahwinannya dengan Ilyani Mohd. Noor, 30, mendapat liputan meluas media hari ini. Menurut Dr. Rosli Allani, 35, surat peletakan jawatannya akan dihantar kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPNK) dalam masa terdekat.

Beliau turut memohon maaf kepada pucuk pimpinan dan ahli-ahli Pas jika masalah peribadinya telah mencalar imej atau mendatangkan masalah kepada parti. Dalam pada itu, beliau turut mengakui menjadi mangsa sindiket perkahwinan diuruskan oleh seorang bekas imam muda yang memberikan sijil dan kad perkahwinan tidak didaftarkan.

Menurutnya, walaupun yakin berada di pihak yang benar, peletakan jawatannya itu adalah untuk menjaga nama baik, integriti dan persepsi masyarakat terhadap Pas.

“Saya meletakkan kesemua jawatan dalam Pas berkuat kuasa serta-merta. Saya juga telah meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri sebagai pegawai khas kepada ahli Exco pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Begitu pun saya masih kekal dan setia sebagai ahli Pas. Saya serahkan masa depan politik saya sepenuhnya kepada pertimbangan pucuk pimpinan dan ahli-ahli Pas untuk menentukannya,’’ katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini bagi menjelaskan isu perkahwinan keduanya selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu semalam memerintahkan dia dan isteri keduanya tinggal berasingan, sehingga keputusan dibuat. Ia berikutan permohonan bapa mertuanya, Mohd. Noor Che Man, 58, seorang ahli perniagaan untuk membatalkan perkahwinan pasangan tersebut kerana percaya perkahwinan yang berlangsung di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008, tidak sah. Dr. Rosli Allani berkata, perkahwinan dengan isteri keduanya itu dilakukan dengan hati yang suci setelah menyedari wujudnya perasaan kasih antara mereka berdua.

“Saya dan isteri telah banyak kali cuba mendapatkan persetujuan bapa mertua, namun berdepan dengan kegagalan sekalipun isteri pertama saya telah memberi persetujuan untuk berpoligami.

‘‘Disebabkan halangan bapa mertua, saya menggunakan wali hakim, ini pun setelah saya diberi jaminan oleh rakan yang pernah memegang jawatan imam muda sebuah masjid negeri bahawa perkahwinan yang diuruskan tidak menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Dr. Rosli Allani bagaimanapun menafikan peletakan jawatan itu disebabkan wujudnya tekanan ekoran kenyataannya agar Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Ariffahmi Abd. Rahman melepaskan segera jawatannya demi kepentingan parti. Ditanya sama ada Abdul Ariffahmi patut mengikut langkahnya dengan meletakkan segera jawatan demi kepentingan parti, beliau enggan mengulas.


Ulasan Saya : Saya fikir ini adalah langkah bijak Dr Rosli - meletakkan jawatan dan menjauhkan diri daripada fitnah politik. Tak salah jika kita ingin berkahwin dua atau tiga. Tetapi - kita harus ingat tidak semua perkara peribadi boleh dipolitikan. Dalam soal ini - saya fikir kita harus ada etika serta tahu membezakan antara politik dan peribadi. Jika peribadi seseorang ahli politik itu kotor seperti perasuah, penzina, perogol, peliwat, pencuri atau sebagainya maka wajiblah kita menolak ahli politik tersebut, sebaliknya jika seseorang ahli politik itu berkahwin dua, atau tiga atau empat sekali pun, dan mengikut lunas-lunas yang diizinkan oleh syarak - maka janganlah dipolitikan. Dalam isu Dr Rosli ini, masalahnya bukanlah beliau berkahwin dua - sebaliknya cara perkahwinan keduanya yang sangat meragukan - maka eloklah beliau meletakkan semua jawatannya dalam politik. Hal ini juga merupakan pengajaran kepada PAS agar memastikan setiap ahlinya benar-benar ditarbiyyah dan dididik dengan kefahaman agama yang secukupnya, sebelum mereka terjun ke medan politik Islam. Wallahualam.

8 comments:

Pemerhati said...

Dr Rosli telah mengambil tindakan yg bijak dgn meletak jawatan. Bukan spt Ariffahmi yg pentingkan diri yg tidak mahu letak jawatan serta merta. Pemuda PAS Kelantan pun tidak berani!
Kami tabik spring kpd Dr Rosli yg mengutamakan parti PAS dpd kepentingan diri. Orang macam inilah yg PAS patut hargai dan pilih utk parti!

Anuar Manshor said...

Bila pula kau mahu kahwin?

Muhammad Azli Shukri said...

anuar - tunggu sponser dari ko la nie...

Anuar Manshor said...

Walau bagaimanapun, kau jangan berkahwin di Thailand ya! Aku tak sanggup nak "bela" kau lagi! haha.

Muhammad Azli Shukri said...

anuar - aku baru aje fikir nak beli sijil nikah dari Thailand tu...hu..hu tragis...

Anonymous said...

tu la berkat ajaran tok guru yg tak ikhtiraf k'jaan malaysia sebagai ulil amri.

mana mungkin nikah di subang boleh sah jika tak dapat perkenan dari wali hidup. tak ikhtiraf negara malaysia akhirnya tak iktiraf sempadan.

akhirnya berzina dengan pompuan yg dianggap sebagai isteri.

dgn manusia ko bleh menipu, depan tuhan nanti, sendiri jawab laaa.

Anonymous said...

budak umoq 20thn pon tahu kawin macam ni tak sah. sbb tu la ramai yg lari nikah siamm... tu nasib baik bapak pompuan tu report, kalau tak....ahahaha....pandai makan pandai simpan la yaaa.

lagi pon dr. ni muda lagi kalau dah tua bangka mcm nuar brahim mesti dia kata pitnahh...nak menjatuhkan saya. hahaha

zol

Anonymous said...

Lie,

Aku pulak mcm mana? hahaha..

Fadly Bahktiar Othman