Tetamu Kehormat...

December 7, 2009

Menjawab Kononnya Nyawa UMNO adalah Wang


Menjawab Kononnya
Nyawa UMNO adalah Wang


MARANG, 6 Dis (harakahdaily): Kekuatan Umno hanya bergantung kepada kebendaan dan wang ringgit untuk meraih sokongan rakyat, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. Katanya, pemimpin Umno menjadi susah hati sekiranya parti itu tidak mempunyai sumber kewangan.

“(Pemimpin) Umno, nyawa mereka hanya wang. Kalau tidak ada wang, mereka susah,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh di Kampung Gong Merawang, dekat sini, petang semalam. Ini, katanya berbeza dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang menjadikan agama yang suci itu sebagai 'nyawa' dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para penerima bantuan supaya tidak menjadikan kebendaan sebagai keutamaan dalam kehidupan sebaliknya berbangga dengan nikmat Islam dan iman.

“Nikmat yang paling besar kurniaan Allah kepada kita ialah nikmat Islam dan iman,” ujarnya.

Justeru, tambahnya walaupun sumbangan yang diterima pada majlis itu tidak seberapa tetapi para penerima hendaklah menyedari bahawa PAS sentiasa prihatin terhadap masyarakat.

Beliau yang juga Ketua Pemuda MTD Ru Rendang mewakili bapanya selaku Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyampaikan bantuan itu kepada penerima.

Sebanyak 101 keluarga menerima sumbangan pada majlis pertama kali anjuran PAS Cawangan Kampung Baru Ru Muda itu yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan mangsa banjir.

Menurut ketuanya, Haji Abdul Aziz Ngah, pihaknya sebelum ini sering mengadakan aktiviti kebajikan tahunan seperti penyampaian sumbangan hari raya, bantuan persekolahan dan mangsa yang ditimpa musibah.

Katanya, PAS cawangan menyedari masalah yang dihadapi oleh para penduduk yang terdiri daripada nelayan, penoreh getah dan bekerja sendiri yang tidak dapat melakukan aktiviti harian pada musim tengkujuh.

“Bagi meringankan bebanan hidup mereka, yang sudah tentu menyulitkan mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga, maka kami berusaha memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian ini,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para penyumbang yang sentiasa memberikan sokongan bagi menjayakan aktiviti kebajikan PAS cawangan kepada masyarakat setempat.


Ulasan Saya : Pas mendakwa bahawa UMNO bergantung harap kepada wang semata-mata, manakala PAS pula bergantung kepada Iman. Saya cuma mahu komen sedikit sahaja iaitu :

1. Mengapa kes Penyelewengan Tabung Memali tidak didedahkan kepada khlayak ramai? Bukankah itu juga soal duit dalam PAS?

2. Mana perginya Syarikat Kohilal? Sudah bengkrapkan syarikat tersebut? Dan siapa yang bertanggungjawab di atas kehancuranya? Bukankah itu juga melibatkan wang dan duit?

3. Betulkah PAS tidak gunakan duit dalam meneruskan hayat politiknya? Bukankah ada upah yang diberikan kepada petugas PAS yang memasang bendera parti tersebut pada setiap kali pilihan raya? Bukankah itu juga duit namanya?

4. Jangan ingat penyakit "gila kuasa dan wang ringgit" hanya terkena kepada UMNO semata-mata, PAS juga sudah mula kelihatan mengejar kebendaan dan pangkat. Sudah mula berlaku lobi-melobi dalam pemilihan muktamar PAS baru-baru ini.

5. Siapa kata PAS tidak guna duit untuk pancing undi? Banyak program rakyat yang mereka lakukan turut sama meniru cara UMNO, memberi sumbangan pakaian, sumbangan wang ringgit, sumbangan duit dan pelbagai lagi. Bukan itu duit juga namanya?

6. Jika benar PAS berjihad - mengapa perlu diadakan kutipan derma untuk tabung jihad setiap kali ceramah politik PAS diadakan? Dan mengapa mesti penceramah-penceramah PAS dibayar dengan wang ringgit setiap kali datang berceramah? Apakah rakyat tidak tahu bahawa terdapat sesetengah penceramah PAS yang kerja hariannya hanyalah mengambil pendapatan melalui ceramah politik sepenuh masa? Malah para penceramah PAS apabila tiba musim pilihan raya pendapatan mereka boleh mencecah beribu-ribu hasil daripada bayaran untuk berceramah. Bukankah itu wang ringgit namanya? Fikir-fikirkanlah.

15 comments:

datoadil said...

Mengapa Bicara Soal Nyawa?

1. Nyawa manusia dan segala makhluk di muka bumi terletak di tanggan Allah s.w.t.
Yang menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku hanyalah penyebab kepada apa yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Contohnya,

1. Seorang Karyawan menerima anugerah khidmat cemerlang di DBP selepas keluar dari bahagian majalah. Itu adalah ketentuan Allah. Maksudnya sesuatu itu ketentuan Allah bukan di tangan ketua bahagian atau kaki ampu sana sini.

2. UMNO kalah atau menang, nyawa UMNO itu adalah ketentuan Allah bukan ketentuan wang. Jadi dalam hal ini PAS sudah salah dalam mengeluarkan kenyataannya. Wang itu hanya sebab.

3. Menerima jawatan dalam interview misalnya. Siapa yang dapat siapa yang tidak adalah ketentuan Allah. Tapi ada yang buat dosa dengan menetapkan kroni misalnya. Itu ketentuan dan disebalik ketentuan itu ramai yang dapat dosa apabila kroni yang naik walaupun ada yang lebih layak. Dia buat macam organisasi itu bapa dia yang punya. Jadi di akhirat dia tahulah balasan Allah.

Soal nyawa dan segalanya di tangan Allah. Manusia itu penyebab. Disebalik penyebab itu ada yang berdosa dan dapat pahala. Terpulang kepada manusia.

Najib buat satu Malaysia adalah ketentuan. Tsunai, banjir, dan semua adalah ketentuan Allah.

Jadi pililah, anda mahu dosa atau pahala.

Dato Adil
Cyberjaya.

Anonymous said...

wang punya pasal ada jadi beruang

wang beruang...wang beruang...

shonzu said...

Kalau nyawa UMNO adalah wang, kenapa Tuan Garu Mudalilul amPAS Niky Ajeh begitu beria2 mahukan wang royalti sehingga mendoakan orang lain pecah perut jika tidak beri????

Kenapa dulu bila DS Najib umumkan untuk beri wang ehsan pada rakyat Kelantan Niky Ajeh terima dengan ucapan syukur. Tetapi sekarang boleh berubah nada.... Adakah nyawa hamPAS juga adalah WANG????

hans said...

wang dah dicipta menjadi sangat penting skrg

Anonymous said...

sapa tak mau wang

Anonymous said...

SEMUA ORANG MAU WANG TAPI BERPADA PADA LAH,,,UMNO BN NAK DAPATKAN DUIT CEKIK RAKYAT

Anonymous said...

rasuah dalam PAS dikatakan sedekah atau derma utk jihad.taik kucing punya minda pemimpin2 PAS Laknatullah ini.satu demi satu pemimpin2 PAS yang mempermainkan ugama islam ini sedang menerima bonus dari Allah.lihat lah si subki tu.padan dengan muka.Yang lain2 tu tunggu dan lihat.utk anda pemimpin2 PAS Laknatullah pun bonus mcm tu sedang datang.Dah dekat.Tunggu je.

Anonymous said...

dpt skett jeeekkk....mana gi duit tadah pakai kupiah yg beratus2 juta tuhh??? heran2...

jual kalimah Allah dan dpt duit, dpt duit pula diseleweng.....jwb la korang seme di hadapan Allah azza wajalla nnt.

din

PAKMALAU said...

salam.

Minta puak2 si KAPIAQ HARBI ini jelas kemana Duit TABUNG MEMALI>>>BARUA-BARUA MANA YANG SEBAT???

Anonymous said...

otak pemimpin,ahli dan penyokong PAS ni letak kat lutut.Tanpa wang boleh ka parti PAS ni beroperasi.Anwar juburi tu pun nak guna duit org bagi 3 bilion.

Kalau begitu lupakan saja wang royalti tu N.AJIS oiiiii

Anonymous said...

duit

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen tuan2 semua

Anonymous said...

duit














































































duit

Anonymous said...

kalau takdaq pitih (diuq) payah bebenor hidup skrg

Nizar_Ryza said...

dipetik dari:
http://zul4kulim.blogspot.com/2008/05/soalan-untuk-sidang-parlimen.html.

"YB Soalan saya yang ini untuk kementerian Luar Bandar..

kenapa guru-guru kemas tidak diberi status jawatan tetap...? kerana dulu pernah ada ura-ura hendak memberi jawatan tetap....sekiranya kemas terus diberi jawatan kontrak seperti sekarang banyak kemudahan yang mereka patut dapat tetapi tidak dapat semata-mata status kontrak, sebagai contoh kemas tidak dapat menikmati pencen seperti kakitangan kerajaan lain dan untuk membuat pinjaman-pinjaman peribadi melalui kerajaan dan loan rumah kerajaan memang sukar sama sekali....dan satu soalan lagi kenapa kemas tidak diserapkan terus dibawah kementerian pelajaran adakah kerana guru-guru kemas hendak dijadikan alat oleh umno untuk berkempen politik dan fokus mendidik anak-anak bangsa tidak lagi menjadi keutamaan....dalam pekara ini sudah lama guru-guru kemas teraniaya....sedangkan guru-guru kemaslah banyak menbantu umno dalam pilihan raya....tapi jasa mereka tidak pernah di kenang"


yg ni ulasan aku sendiri..

aku secara rasionalnya setuju kenapa la guru Kemas ni tidak menikmati jawatan tetap, padahal pekerjaan mereka sebagai guru tadika Kelas adalah sama saja dengan guru2 biasa, dimana ianya memang jawatan yang perlu, bukannya sementara pun.. dah la gred s11, gaji bertaraf PRM/SRP sahaja. malahan guru Kemas yang ke maktab juga akan ditawar S27, masih sebagai kontrak dan tidak menikmati pencen bila bersara nanti.. ini amat tidak adil kerana merekalah tulang belakang jentera UMNO/BN tetiap pilihanraya.. tetapi, benar... JASA MEREKA LAGSUNG TIDAK DIKENANG!!!!

saudara AZLI, sila timbulkan isu ini.. ingatkan pemimpin atasan UMNO jangan menjadi kacang lupakan kulit, takut2 si kulit akan bangkit mengeluarkan kacang berbentuk bulan/roket pula nanti..