Tetamu Kehormat...

December 3, 2009

Doa Laknat Untuk PAS dan Nik Aziz?


DOA LAKNAT
UNTUK PAS DAN NIK AZIZ?


KOTA BHARU 2 Dis. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak ambil peduli desakan supaya beliau meletakkan jawatan daripada orang UMNO yang dianggapnya ‘budak-budak nakal’. Beliau juga menegaskan tidak perlu memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ‘doa kemusnahan’ terhadap pemimpin negara itu.

Malah Mursyidul Am Pas itu mencadangkan kepada orang ramai supaya terus berdoa beramai-ramai tanpa menyebut nama Najib kononnya bagi menjaga hati Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya kepada media berhubung perhimpunan aman oleh ratusan orang semalam yang menunjukkan bantahan terhadap tindak-tanduknya, beliau berkata:

“Mustahil saya perlu akur (letak jawatan) semata-mata kerana digesa oleh 200 ‘budak-budak nakal’, bawah pohon jati di pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Jika sebab desakan UMNO, sudah tentu saya berbuat begitu semasa Tan Sri Annuar Musa jadi ketua pembangkang negeri, sebaliknya dia pula yang ‘ghaib’ dari arena politik tanah air.” Di samping itu, beliau mempersoalkan mengapa harus tunduk kepada suara kumpulan itu yang jumlahnya begitu kecil agar meminta maaf kepada Najib yang juga Presiden UMNO.

“Sedangkan Presiden UMNO selaku orang nombor satu tidak menyuruh saya meminta maaf atau menarik balik,” ujarnya.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas mengulas mengenai perhimpunan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK) semalam. Mereka berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan pentadbiran Kota Darulnaim di sini bagi menunjukkan rasa tidak senang hati terhadap kemelut dalam kepimpinan negeri dan memintanya melepaskan jawatan.

Kumpulan tersebut menyerahkan memorandum dua muka surat kepada Nik Abdul Aziz yang memintanya melepaskan jawatan, menarik balik ‘doa kemusnahan’ dan meminta maaf secara terbuka kepada Najib. Nik Abdul Aziz sebaliknya bersyukur kerana perhimpunan semalam seolah-olah sebagai tanda kejayaannya mengkucar-kacirkan UMNO.

“Secara logiknya semua orang kena faham bahawa saya bekerja dengan Pas. Jika UMNO yang mendesak saya, maka saya sewajarnya bersyukurlah bahkan berbangga kerana sudah dikira berjaya mengkucar-kacirkan mereka.

“Mereka sudah keluh kesah. Jika saya terus dilarang untuk memohon kemusnahan UMNO secara terbuka, maka saya masih lagi boleh mengangkat doa secara bersendirian.

“Saya masih boleh meminta supaya umat Islam terus berdoa secara senyap-senyap agar Allah menurunkan kemusnahan termasuklah pemimpin UMNO yang menyekat Islam dan menyekat pemberian wang royalti itu daripada melalui kerajaan negeri,” tambahnya. Terdahulu, ketika bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini, beliau bertegas dengan pendiriannya membenarkan rakyat negeri ini mendoakan agar diturunkan bala terhadap Perdana Menteri. Bagaimanapun, katanya, doa itu biarlah dibuat secara individu bukan dilafazkan secara umum atau beramai-ramai.

Jelasnya, rakyat tidak perlu menyebut nama Najib ketika melafazkan doa tersebut secara beramai-ramai dan hanya melakukannya secara peribadi untuk menjaga perasaan pemimpin nombor satu kerajaan itu.

“Oleh kerana Perdana Menteri terasa hati bahawa sebut nama dia dalam doa maka saya minta tak payah sebut nama Yang Berhormat beramai-ramai cuma boleh sebut dalam doa bersendirian,” katanya.


Ulasan Saya : Nik Aziz seperti bangga dengan sikap egonya bagi mempertahankan tindakan berdoa laknat untuk Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini. Malah, beliau seolah-olah tidak sedikit pun berasa dosa atas perbuatannya yang jelas berkiap zalim terhadap kepimpinan negara di samping tidak mahu mendengar nasihat ulama lain seperti Mufti Perak yang jelas mengecam tindakan beliau itu. Jika kita meneliti mazhab Nik Aziz yang menghalalkan perbuatan melaknat sesama kaum muslimin beralaskan alasan jika seseorang muslim itu berlaku zalim, maka kita dibolehkan berdoa laknat kepada individu tersebut - maka pada pandangan saya, sikap Nik Aziz dan PAS ini sudah boleh dikira sebagai zalim terhadap UMNO, pemimpin-pemimpin negara dan kerajaan Malaysia. Hakikatnya, PAS dan Nik Aziz juga melakukan kezaliman terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara. Dosa-dosa mereka yang jelas adalah seperti berikut :

1. PAS bersengkongkol dengan DAP yang jelas tidak mahukan Islam bagi menjatuhkan orang Islam itu sendiri : JADI PAS DIKIRA ZALIM

2. PAS dan pemimpim ulamanya tidak pernah menegur para penceramahnya yang suka memfitnah, mencaci, memaki dan membuka aib kepimpinan negara, dan pada masa yang sama PAS tidak mahu taat kepada pemerintah, sedangkan Islam mengharamkan umatnya memaki hamun terhadap orang Islam lain : MAKA PAS DIKIRA ZALIM

3. Nik Aziz dalam kenyataannya sebelum ini telah melebelkan UMNO itu sesat, sedangkan ulama-ulama muktabar dunia termasuk para mufti di Malaysia tidak pernah menghukum UMNO sebagai sesat : MAKA PAS DIKIRA ZALIM

4. PAS berbohong kepada rakyat kononnya mahu menegak negara Islam, tetapi pada masa yang sama PAS mengaku kepada DAP bahawa parti tersebut tidak berniat untuk menegakkan negara dan hukum Islam : MAKA PAS DIKIRA ZALIM

5. PAS tidak mahu mewujudkan negara perpaduan - walau pun cadangan tersebut datangnya daripada PAS sendiri. Malah soal perpaduan adalah wajid seperti mana yang dituntut oleh Islam : MAKA PAS DIKIRA ZALIM


Maka lima perkara ini sudah cukup menunjukkan PAS adalah parti yang zalim. Dan jika menurut fahaman Nik Aziz yang songsang seperti mana di atas tadi, maka kita dibenarkan/diizinkan untuk mengucapkan doa laknat kepada sesiapa sahaja yang dikira zalim. - walaupun seseorang itu mukmin dan beriman kepada Allah. Maka oleh yang demikian, saya menyeru semua ahli UMNO agar segera mengadakan sembahyang hajat dan mendoakan pula dengan doa laknat kepada parti PAS - yang jelas mempergunakan Islam untuk mendapatkan keuntungan dunia. Malah, saya juga berpandangan bahawa "tiada salahnya jika ahli UMNO dan DS Najib pula yang melakukan doa laknat terhadap Nik Aziz dan PAS" kerana sudah terbukti Nik Aziz dan PAS telah berlaku zalim atas nama Islam! Dan kali ini biar laknat Allah kembali kepada mereka semula. Wallahualam.

10 comments:

PAS Segambut said...

aku sokong!!!!!!!!!!!!
aku nak doa laknat untuk PAS pulak!

Anonymous said...

aku percaya nik aziz telah pun di makan sumpahnya sendiri sekarang ini....sebab itu aku tengok air mukanya keroh macam air banjir sungai kelantan dan lagi sekarang ni pun keluarga nik aziz pun dah pun merasa bahang sumpah bapaknya sendiri!!!

hans said...

hurm....
roda sentiasa berpusing
kehidupan manusia pun macam tu

echah_syed said...

TGNA akan jadi sejarah kpd anak cucu cicit kita nanti.sejarah yg akan diungkit ke akar umbi.kalau sejarah yg baik alhamdulilah tapi jika sejarah yg buruk kesian keturunan dia nanti.. :)

Yb Raz said...

tak elok kita doa kan mereka pula dilaknat. Yang elok kita semua berdoa semoga Allah .s.w.t melindungi Dato sri Najib dan keluarga, semua ahli umno dan seluruh rakyat malaysia.

dan juga supaya allah s.w.t memberi hidayah kepada nik aziz dan orang pas supaya bertaubat.

itulah sebaik baik doa.

Muhammad Azli Shukri said...

saya setuju dengan pandangan YB Raz, sebenarnya artikel ini bertujuan menyindir kepimpinan PAS agar sekali sekali muhasabah diri sendiri.

Anonymous said...

52thn umno perintah tak pernah aku dgr umno kafirkan dan doakan kecelakaan pas.

itu lah akhlak islam sebenar.

tapi puak2 pas ni, harapkan serban 3 kilo atas kepala tapi akhlak ngalahkan yahudi.

kalau dulu nik aziz/pas selalu gunakan kenyataan kata akhbar silap lapor atau lapor diluar konteks.

atau hj. hadi kata yg kuat kafirkan umno dah keluar pas.

tapi skrg aku dpt dgr dan lihat dgn mata kepala aku sendiri yg PAS hina sesama islam dan doa laknat sesama islam.

din
petronas

Anonymous said...

ala.. klu da blog umno,minda umno jugak... baca leklok.. TGNA minta dua option pada Tuhan, minta bukakan hati dulu, kalau berdegil dan keras hati gak, memang la kena laknat..

menidakkan hak orang lain adalah zalim, orang yang zalim dan tetap mempertahankan kezalimannya memang akan dilaknat oleh Tuhan pada bila2 masa sahaja.

kita sama2 berdoala.. tgk sape sbenarnye di zalimi.. mst najib xtido malm la.. panas sbb menzalimi kelauarga altantuya..

Anonymous said...

Di doakan jugak penyokong umno khususnye YB raz balik ke pangkal islam y betull.. menyokong pemimpin y rasuah dan zalim adalah slah 1 golongan y akan masuk neraka..

Anonymous said...

puak-puak UMNO bangang ni mana reti bahasa. hati dah tertutup dan terhijab. mana ler deme nak terima hidayah.

usah ler nak doa panjang lebar.minta jer hidayah agar puak UMNO ni balik ke pangkal jalan yg sebenar.

opss... hantu altantuya dok melilau menghantui Najib dan si Puaka Rosmah.

hahahhaa