Tetamu Kehormat...

December 1, 2009

Di Sini Tiada Lagi Nik Aziz!


Di Sini Tiada Lagi Nik Aziz


KOTA BHARU 30 Nov. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri yang semakin menyimpang jauh apabila kepimpinannya mula dipertikaikan umum. Sehubungan itu Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah menggesa agar Mursyidul Am Pas itu tidak terus mempertahankan jawatannya supaya maruah dan harga dirinya terus terpelihara.

''Nik Abdul Aziz perlu segera melepaskan jawatan agar tidak merugikan lagi agama, bangsa dan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, biar pun dirinya mula menjadi sasaran cemuhan dan diperlekehkan, namun menjadi kewajipannya untuk bersama-sama membetulkan keadaan kerana tindak-tanduk Nik Abdul Aziz makin menyimpang.

''Biarpun saya dianggap tidak mempunyai tauliah dan cetek tentang perkembangan semasa, saya tetap terdedah kepada perkhabaran yang sesetengahnya sudah cukup jelas dan nyata.

''Bayangkan selama ini beliau cuba menyamakan sifat Tuhan dengan manusia seperti Tuhan mencarut dan samseng. Tetapi yang lebih memilukan saya dia menolak perpaduan sesama Islam dalam saat getir.

''Pemimpin parti seperti Haji Hadi dan Nasaruddin dihina sedemikian rupa hanya kerana mereka ingin mencari kebaikan. Malah sudah kedengaran janji memberikan status seimbang antara Islam dan bukan Islam apabila Pas dapat memerintah,'' katanya. Sehubungan itu, katanya, adalah wajib bagi semua pihak menegakkan kebenaran dan membetulkan sebarang penyelewengan.

''Saya tidak punyai kepentingan lain selain mahu turut menghentikan segala penyimpangan yang berkait dengan nafsu politik," tegasnya.

Baru-baru ini Abdullah dilaporkan berkata Nik Abdul Aziz perlu bertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Katanya, sudah sampai masanya untuk beliau membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Nik Abdul Aziz sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur. Susulan itu, lidah rasmi Pas melaporkan Pusat Pembangunan Pondok Bhd (PPPB) tidak bertanggungjawab di atas kenyataan Abdullah yang tidak mempunyai tauliah mengajar.

Pemegang Amanah PPPB, Mohamad Awang dilaporkan berkata, kenyataan guru pondok terbabit hanya bersifat peribadi yang tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang yang bergelar ulama.

Guru pondok itu dikatakan sudah diketahui umum sebagai seorang yang berpendirian kontroversi dalam banyak isu agama kerana tidak mempunyai pendedahan mengenai perkembangan semasa. Abdullah menjelaskan, beliau mengakui tidak diberikan tauliah sebelum ini, namun segala-galanya kerana sikapnya yang mempertahankan Pas sehingga kini.

''Saya belajar agama selama 37 tahun dan saya dapat membezakan tafsiran yang benar dan bukannya berteraskan nafsu serta menyimpang," katanya.

Beliau menarik perhatian mengenai kebimbangan tentang kemungkinan Pas tidak dapat mempertahankan keistimewaan orang Melayu Islam dan pemerintahan Islam dalam kerakusan untuk berkuasa.

''Hari ini apabila Pas menolak perpaduan kerana sanggahan keras Nik Abdul Aziz, beliau tidak mengutamakan kepentingan Melayu Islam dan pemerintahannya, maka seluruh orang Pas bersalah jika apa yang dibimbangi berlaku kelak," katanya.

Ulasan Saya :

1. PAS tidak akan mendengar apa-apa juga nasihat daripada sesiapa pun selagi orang tersebut tidak menyokong PAS

2. PAS hanya akan menerima Islam yang mengikut tafsiran mereka sahaja - tafsiran orang lain jika benar sekali pun adalah salah. Tidak kiralah siapa juga orang tersebut sama ada Harussani, Tok Guru sebuah Sekolah Pondok, Dr. Asri atau ulama luar negara - semua tafsiran atau nasihat mereka akan ditolak mentah-mentah oleh PAS jika pandangan mereka atau tafsiran mereka tentang Islam bercanggah dengan pandangan ulama-ulama PAS - terutamanya Nik Aziz.

3. Ibu fitnah yang melanda PAS sekarang adalah berpunca daripada Nik Aziz - dan beliau mesti meletakkan jawatan dengan segera.

4. PAS - mahu atau pun tidak harus kembali kepada al-Quran dan As-Sunnah. Parti tersebut harus melihat diri sendiri terlebih dahulu, sebelum menghukum orang lain bersalah atau menyimpang daripada al-Quran.

5. Nik Aziz semakin tidak relevan lagi dalam dunia politik Islam masa kini - gaya kefahaman Islamnya sangat merbahaya dan terdapat sedikit gaya pemikiran ala-Khawarij.

9 comments:

Pemerhati said...

PAS pusat kena ambil tindakan segera dan pecat Nik Aziz dari PAS utk menyelamatkan parti PAS yg mulia ini. Jika dibiarkan barah ini akan merebak dan PAS akan hancur setelah berpecah dua iaitu kumpulan Erdogan dan kaum Ulama akan bergaduh di antara satu sama lain. Cepat cepat jangan terlambat!

Safuan Hasbi said...

Betoi ke macam tu Pemerhati? Sedangkan pengaruh PAS semakin kukuh ada ler saya tengok.Malahan pengaruh BN yang semakin terdesak.Adalah lebih baik selesaikan masalah dalaman BN dari menyibuk suruh Nik Aziz letak jawatan.Mungkin BN tak akan merasa dapat rampas kembali Kelantan yang kaya dengan minyak dimasa depan...

Agaknya Najib pun risau nak bg royalti atau wang ehsan. Takut orang Melayu-Islam di Kelantan hidup lebih baik dibawah pemerintahan PAS. kalau benar Najib dan BN waras, bagi sahajalah hak kerajaan negeri tu.

Kenapa Terengganu boleh, Kelantan tak boleh?

Safuan Hasbi

Muhammad Azli Shukri said...

saya fikir pengaruh PAS semakin merosot.

najamarine said...

betul bro...
knape tak bole terima kenyataan yg pengaruh PAS sudah merosot teruk..sume ini di akui nik aziz sendiri dan pemimpin2 PAS yg lain.

pasal wang ehsan dan royalti untuk kerajaan kelantan..segala fakta di tolak mentah2..berbalik kepada KETENTUAN ALLAH...dah Allah tidak mengizinkan kerajaan PAS kelantan dapat royalti,kenape nak minta bala kepada PERANTARA rezeki orang kelantan???najib sebagai PERANTARA atas rezeki yg tuhan beri untuk rakyat kelantan.sepatutnye muhasabah diri,masih banyak kelemahan..selama ini pembangunan di kelantan adalah atas ehsan kerajaan pusat..kerajaan PAS kelantan nak buat tandas awam pun tak mampu!!

Anonymous said...

mmg ler kerajaan pas kelantan tak mampu buat tandas. sebabnya duit depa kena curi dek kerajaan pusat utk buat mahligai.

kalau bab mendapat untung reti pulak kau sebut ketentuan Allah ye.. habis tu kenapa tak bagi je hak rakyat kelantan kepada pemerintah depa? apa yg dengki busuk tali perut sampai nak menzalimi hak rakyat kelantan? majoriti melayu dan islam. atas dasar politik busuk BN,maka hak itu juga telah dinafikan mentah-mentah!

hujah kes kelantan dan terengganu pun korang dah tak reti nak jawab.

mmg wajar didoakan peringatan berupa bala dari Allah.entah mau sedar atau tak orang UMNO ni.

bacul!

gagasan_warisan said...

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu kemana hendak di tuju
Kehilir atau ke hulu....huhuhu....

najamarine said...

hahaha..bacul lagi kalau baling batu sembunyi tangan..nak letak nama pun susah ke?

terengganu ade pertindihan minyak dengan negara mana ek??uganda?jauhh..namimbia..lagi jauhh..sudan kot..lagi la beratus batu nautika.pastu kenape nak samakan dengan kelantan??..

setakat nak balun duit royalti tuk buncitkan perut pemimpin PAS je boleh sampai ke pintu syurga ke??mana hasil balak kelantan??mana hasil duit derma setiap ceramah..dan paling mengejutkan..mana pegi peruntukan tahunan dari pusat kepada kelantan??dah bape tahun tak penah isytihar penyata kira2 duit2 peruntukan dari pusat..pembangunan tetap pusat yg buat..

Pemerhati said...

Saudara Safuan,
Kenapa masih lagi 'in denial mod'? Hampir semua orang berkata apa yg dilakukan oleh TGNA adalah sangat negatif utk PAS.
Janganlah bandingkan dgn UMNO! Kita mahu tengok PAS terus memerintah Kelantan! Tetapi bukan TGNA yg sudah tidak releven lagi. PAS Kelantan tak ada orang lainkah yg lebih berwibawa, yg lebih bersih, yg lebih muda?

semaremas said...

Anon yg tak keruan fikirannya. Tidak dpt membezakan antara benar dan salah dan tidak ada pemikiran sendiri melainkan spt kakaktua yg mengulang-ulang apa di ajarkan.

UMNO mewakili majoriti umat Melayu-Islam di Tanah Melayu. PAS hanya dalam lingkungan Kelantan sahaja.

Apabila PAS mengkafirkan UMNO, maknanya PAS mengkafirkan majoriti umat Melayu-Islam yg sokong UMNO walaupun bukan menjadi ahli UMNO. Tindakan ini amat dangkal dan jahil murakkab.

Apabila PAS berkejasama dengan PKR dan sebuah parti sosialis demokrat yg halatuju politik mereka adalah bertentangan amat sangat dgn Islam malah langkah mayat mereka dulu kalau nk buat negara Islam kata sosialis demokrat kpd PAS. Malah memberi gelar Khalifah kpd Ketua Menteri Sosialis itu, Sekali lgi PAS membawa kemudaratan besar kepada umat Melayu-Islam.

Apabila PAS bercita-cita menghancurkan UMNO, PAS beralah dlm menghancurkan majoriti umat Melayu-Islam.

Apabila UMNO ambilalih Perak drp penguasaan boneka para sosialis demokrat, PAS menyokong puak kafir laknat itu. Sekali lagi PAS bersalah kpd majoriti umat Melayu-Islam.

Apabila N.ajis enggan dan terus berdegil menolak saranan perpaduan umat Melayu-Islam, N.ajis amat bersalah termasuk PAS juga.

Hmm, UMNO dlm 52 tahun memerintah negara, Islam tak pernah di cabar. Hak istimewa Melayu-Islam sentiasa kukuh dan jatidiri Melayu-Islam utuh.

Tapi PAS hanya dalam dalam 2 tahun berjaya menjadikan Islam momokan para sosialis demokrat, Melayu-Islam dihinakan dan ketuanan Melayu-Islam dicabar !

PAS mendakwa UMNO menzalimi rakyat Kelantan, tapi kenyataannya PAS MENZALIMI MAJORITI UMAT MELAYU-ISLAM !