Tetamu Kehormat...

December 7, 2009

Akhirnya Nik Aziz Berdoa Juga Untuk Kemusnahan Najib


Akhirnya
Nik Aziz Berdoa Juga
Untuk Kemusnahan Najib



GOMBAK, 6 Dis (Harakahdaily): Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.

"Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan. Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.

"Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka."

Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.

"Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah."

Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.

"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz

"Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya."

"Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat."

Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu. Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman. Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

"Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya.

Ulasan Saya :

Kalau begitu Doa Nik Aziz, maka kami ahli-ahli UMNO juga akan berdoa, doanya seperti ini, "Ya Allah kami ahli-ahli UMNO sering dituduh sesat dan jahat oleh PAS dalam ceramah-ceramah politik mereka, maka Engkau berikanlah kesedaran kepada mereka agar mereka kembali kepanggal jalan serta menerima ajak UMNO untuk mewujudkan kerajaan Perpaduan antara PAS dengan UMNO. Kami juga sering dituduh sebagai menolak Agama-Mu, dan menzalimi rakyat Kelantan, maka Engkau tunjukkanlah kepada Nik Aziz, sesungguhnya kami sama sekali tidak menzalimi sesiapa pun. Ya Allah, Engkau berikanlah kesedaran kepada Nik Aziz dan pemimpim-pemimpin PAS yang lain. Amin"

23 comments:

hilbert said...

Salam saudara Azli,

sungguh tidak disangka ya..Nik Aziz tergamak buat benda-benda yang seperti itu. Itu bukan doa namanya tetapi sumpah iaitu menyumpah.

Adakah patut orang yang menjadi penjaga pintu Syurga boleh sampai ke tahap begitu tindakan dia ? hmmmmmmmmmmmm~~~~~~~~~~~~~~~~~

datoadil said...

Assalamualaikum

Saya berpendapat memang patut doa tersebut oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz. Kita kalau memerlukan pertolongan dan rasa teraniaya, sebaiknya berdoa supaya orang yang menganiaya kita memusnahkan dan membinasahkan orang itu.

Kita juga tidak perlu gusar dan gundah gulana lantaran doa tersebut. Kalau kita tidak berdosa, kenapa nak takut?


Dato Adil
Cyberjaya

Bawal said...

Amin...

fahana_ann said...

Allah kan maha mengetahui..em, dah lama tak ikut perkembangan ..dah lame tak dap singgah sini dan macam2 yang dah jadi pun..

Anonymous said...

saya berminat untuk bercerita tentang hadiah tok guru ke haji .. Tok Guru sendiri yang pecah tembelang tentang pemergian hajinya selama ini ditaja oleh orang2 tertentu dan syarikat2 tertentu... Untuk pengetahuan menerima hadiah adalah SALAH dan dikategorikan sebagai RASUAH dan SOGOKAN.. sepatutnya Nik Aziz perlu tahu tentang etika dan integriti perkhidmatan .....

Rhino Rin said...

I think we should repeat this doa. J.Jun, this is my way of saying amiin.
By your Name O Allah, please accord divine assistance to the meek.
By your Name O Allah, please cloud up the ways of DAP the gog and magog of my country.
By your name O Allah, please plug up the conduits of DAP the gog and magog of this land.
By the Name of Allah the god of all Messiahs and Prophets may your deceptions falls on you yourself O DAP the gog and magog of this nation.
By the sovereignty of your most Excelent Names O Allah may DAP the gog and magog of this soil be crippled, disabled or paralyzed.
By the Greatest of Your Names, please stop this DAP, this scourge, these sons of gog and magog.
Amein.
-----------------
Dengan nama Allah (Ba Mim Alif) ... dipohonkan bantuan bagi kaum yang (mengaku) kelemahan diri.

Dengan nama Allah (Ba Mim Alif) ... gelap seluruh sudut mu hai DAP Juj Ma'juj Malaysia.

Dengan nama Allah (Ba Mim Alif) ... tersumbat seluruh rongga mu hai DAP Juj Ma'juj Malayusia.

Dengan Nama Tuhan bagi sekelian Nabi dan Rasul a.s.w.s.; perdaya dirimu hai DAP Juj Ma'juj Malaysia.

Demi keagungan Asma-u-lhusna Mu, Engkau lumpuhkanlah DAP Juj Ma'juj Malaysia.

Dengan haq Ismul 'Adzam Semuga Allah sekat segala jalan DAP Juj Ma'juj Malaysia

Anonymous said...

Aku ni cetek agama...tapi dalam hati tertanya-tanya adakah Allah menggalakkan kita berdoa untuk kemusnahan Islam lain?

Inikah sebenar ajaran Islam....mungkin non muslim pun tetanya-tanya seperti aku....bahawa beginilah ajaran Islam sebenar..

Aku confuse yang mana yang betul ni?

Kalau nak ikutkan Najib Islam, Nik Ajis juga Islam.....inikah yang dikatakan keindahan pada Islam..doa mendoa kemusnahan?

Nak juga aku tahu dari nas mana...dari fatwa mana boleh doa untuk kemusnahan sesama muslim...

Apakah Mereka ni tak ke sekolah? Kalau dilihat Royalti minyak di kelantan tu tak layak...cubalah tuan-tuan rujuk perundang semula..negara ni bukan negara yang tak ada undang-undang....negara ni negara tamadun...ada undang-undang, ada budaya, ada politik, ada kerakyatan..

Berpijak dibumi nyata...bukan minta tu, minta ni...macam budak-budak yang tak faham bahasa....

Layak ke kelantan? Dalam kawasan 3 batu nautica dari pantai atau luar dari 3 batu nautika?

Macam sebidang tanah yang punya pokok durian....layak ke kita ambil hak orang lain sedang pokok itu bukan berada dalam kawasan tanah kita....

Dan senario ini kita lihat...telaga minyak itu hak milik rakyat Malaysia secara keseluruhannya....bukan hanya rakyat kelantan...faham ke tidak????????????????

tabuan said...

apa pun UMNO, BN, Ds Najib dan seluruh barisan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional tak terasa sedikit takut atau gentar dengan Doa Tok Guru.

Tujuan mereka mendesak Tok Guru, dan mengkritik tok garu kerana doa tersebut adalah kerana kesian akan tok garu..kesian kerana nanti tak pasal-pasal doa tersebut yang akan menimpa tok guru dan kerajaan tok guru seperti mana Anwar artatuk di timpa petaka selepas peristiwa pada tahun 1997.

Pada tahun tersebut Anwar telah didapati bersalah kerana salah guna kuasa dan menjuburi, beliau di singkir kan oleh TUn Dr M. Setelah di singkirkan puak-puak PAS mengutip beliau, mereka mengatakan anwar di zalimi, mereka mengatakan TUN Dr.M Maha zalim.

Puak-puak PAS bersama tok garu dan ulamak lain lain telah mengadakan solat hajat, dan berdoa beramai-ramai untuk memusnahkan Tun.Dr Mahathir, kerajaan nya dan juga parti UMNO. puak dan juak ini berdoa sehingga ke mekah...namun...

Namun lihat lah Anwar tetap merengkok 6 tahun dalam jel, sakit tulang belakang, tak berjaya jadi PM 16 sept dan yang paling ngeri sekali di tuduh meliwat pulak..
Bayangkan di saat tua-tua begini di saat badan dah bau kain kapan Anwar masih lagi naik dan turun makhamah kerana menusuk jubur org...bayang kan

Apa sudah terjadi kepada Tun Dr. M akibat doa laknat tersebut...beliau masih sihat walau umur 85 tahun..masih waras...

bukak la mata wahai puak-puak serombongan PAS...lihat la..jgn la angkuh dan sombong dengan serban anda..

Anonymous said...

Masalahnya bukan takut 'datoadil', cuma risau2 doa tu balik ketuannya. Larat ker N.Ajis tu nak menanggungnya nanti... almaklum laa. Orang dah tua. Nyanyuk pulak tu... Kesian si tua yang sombong nie. datoadil ko x nak buat doa mcm N.Ajis buat tu ker...???? Banyak tu... 9 billion.... untung2 dapat ke ko sikit.

Abdullah said...

Sebagai seorg ulamak beliau tidak sepatutnya mendoakan keburukan utk org lain. Mohonlah hidayah kepada ALLAH semoga mereka2 yg dituduh zalim itu menerima hidayah ALLAH.

Kalau hidayah Allah sampai kepada mereka insyallah yg zalim akan menjadi baik yg kejam akan jadi budiman. Berdoa utk kemusnahan org lain adalah sama sekali tidak wajar bagi seorg ulamak.

Kita sesama islam mohonlah yg baik2 kepada org islam yg lain. Bila kita mendoakan keburukkan kepada org lain jelas menampakkan diri & hati kita yg busuk dan keji kerna gembira melihat kemusnahan org lain.

Sedangkan rasulullah saw sentiasa mendoakan kebaikkan utk ummat. Selamatkan ummat. Fikir risau ummat. Ummati..ummati..ummati..

tapi kenapa seorg ulamak tidak mencontohi sifat rasulullah itu?

Benarkah dia seorg ulamak atau hanya gelaran semata2 kerna ketaksubab rakyat?

Bagi ana, seorg ulamak yg semakin tua sudah tidak ada waktu utk memikirkan hal dunia. Apa yg sepatutnya ada dihatinya adalah akhirat. Ini tidak, semakin tua semakin ligat merintih royati minyak. Oh! sungguh dukacita sekali. Masih ada masa utk pikir dunia.

Seandainya doa kemusnahan itu makhbul maka makin riak dan angkuhlah individu yg digelar ulamak itu. Sedangkan sebagai seorg ulamak beliau harus mempunyai sifat tawadduk merendah diri, dan mengajar rakyat jelata dibawah pimpinannya supaya mempunyai sifat tawadduk dan jauhkan dr sifat dengki & tamak haloba. Jgn berdoa utk kemusnahan org lain. Jaga hati. jaga iman.

Syaitan akan sentiasa mengoda umat tidak kira mereka ulamak atau org biasa. Tapi kalau ulamak syaitan yg lebih hebat akan diutuskan utk menyesatkan mereka. Jgn lah seorg ulamak mempunyai hati yg busuk dan sifat2 yg buruk.

Mengajar dan mengajak rakyat jelata mendoakan kemusnahan org lain adalah tidak patut. Ingatlah sejarah Rasulullah berdakwah di taif bagaimana keadaan baginda? di lempar dgn najis, batu sehingga cedera.

Ada rasulullah saw mendoakan yg buruk2 utk mereka? 'Tidak'!..., rasulullah sama sekali tidak akan mendoakan keburukkan utk org lain. Asbab doa kebaikkan dr rasulullah saw lah maka agama tersebar keseluruh alam. Semoga kita semua kekal dlm hidayah ALLAH.

Royalti minyak oh royalti minyak..! Adakah kerana Kelantan skrg semakin terdesak dgn bajek negeri yg semakin merosot utk menampung keperluan dan pembangunan rakyat?

Rakyat kelantan sendiri memilih kemiskinan kenapa skrg nak bising pulak. Lu pangkah apa waktu mengundi? Lu tak nak pembangunan kan? so apa nak kecoh beb.. Lu pikirlah sendiri.


p/s: Beruntunglah org2 kaya yg beriman. Malang bagi org miskin yg jahil & busuk hati.

Anonymous said...

Bertenang ler semua.. kata dulang paku serpih, kata orang, kome yg lebih!

kalau dah track record PAS dan DAP kaki kutuk,menghina atau mencaci,kenapa kita nak ikut rentak tari musuh?

tak sudahnya cerita doa laknat ni.apatah lagi caci maki. udah nak sama jer semua parti politik. tak cara kasar, cara halus. pendek kata, asal nama jer parti politik mesti ada pakej penipu,penindas,pencaci,pencarut,pemutar belit dan mcm2 pe lg.

so, buat aper menambah dosa kering je? bukan selesai pun masalah dengan menghentam dalam blogs? mcam ler orang2 diatas sana ambik kisah sgt dengan apa yg kita dok protes ni.

kita sama kita bertekak perah otak cari dalil dan hujah nak mempertahankan parti politik. andai ler kita boleh berjuang mcm tu utk pertahankan akhlak dan akidah, nescaya semua perkara dipandang sempurna dan elok.

come on... senyum2 ler sket. jgn ler caci maki orang sgt. baik pas atau umno, dua2 pun dah nak sama taraf. hehehhe..

Fadly Bahktiar Othman.
Kuala Kangsar, Perak.

datoadil said...

Anonymous said...
Masalahnya bukan takut 'datoadil', cuma risau2 doa tu balik ketuannya. Larat ker N.Ajis tu nak menanggungnya nanti... almaklum laa. Orang dah tua. Nyanyuk pulak tu... Kesian si tua yang sombong nie. datoadil ko x nak buat doa mcm N.Ajis buat tu ker...???? Banyak tu... 9 billion.... untung2 dapat ke ko sikit.

December 7, 2009 12:07 PM

___________________________________

Itu komen seorang sampah masyarakat yang mengelarkan dirinya orang tanpa nama. Maksudnya bila tanpa nama, maka tanpa maruah juga orang itu.

Saya membangkitkan soal doa Tuan Guru Nik Aziz dan beri keadilan kepada orang Kelantan seperti mana yang di perolehi oleh daerah di Thailand. Kawasannay sama di luar pesisir dan ada undang-undang yang menjelaskannya.

Untuk pengetahuan anda wahai anonymous, saya tidak perlukan duit kerajaan dan politik seperti mana mungkin anda memerlukannya.Tetapi cukai yang saya bayar kepada kerajaan mencukupi untuk anda yang tidak bermaruah ini melanggan pelacur kelas atasan seumur hidup anda hingga berumur 100 tahun. Walaupun anda meingininya setiap malam.

Jadi nasihat saya, tidak perlu menuduh dan menasihati orang lain soal duit, tetapi nilai diri sendiri dan kewangan sendiri sebelum menyuruh orang lain. Jangan jadi pengikut politik murahan dan kepartian yang tiada prinsip dan hala tuju hidup.

Anonymous nama diberi
Berselindung dibalik pencuri
Kalau diri memang dah keji
Maka kerjanya hanyalah mencaci.

Sekian

Dato Adil
Cyberjaya.

Felicia F. Ramzi said...

hari hari dengar politik jadi muak lah.. gaduh sana gaduh sini tak habis2..huh

Anonymous said...

Salam,

Saya tertarik dengan doa Nik Aziz cuma kenapa belaiu tak doakan penyokong Kelab Pas masuk Islam sekali. Kalau nak PM dengan TPM percaya doa Nik Aziz patut depa pon didoakan sekali. Lagipun macam mana nak tau doa Nik Aziz makbul sebab dah 19 tahun memerintah kenapa baru sekarang nak minta? Kenapa bukan dahulu lagi? Kalau lah PM bagi royalti, boleh ke PM ke syurga?

Anonymous said...

anonymous bodoh yg kat atas ni lagi bengong, takkn semua doa nak panggil sidang media.. bahalol punya anonymous.

Anonymous said...

siot PAS

Anonymous said...

tak sampai seminggu, berdoa untuk najib, tup tup, musibah datang dari KB MALL .tak kira la apa pun.

add

Pejuang Bangsa said...

Salam azli

teruk betul Nik aziz ..menggunakan agama utk tujuan politik .

mohon copy dr blog sdr

Muhammad Azli Shukri said...

pejuang bahasa - silakan, terima kasih atas komen tuan2 semua.

shonzu said...

Doa Niky Ajeh mustajab ke?? Agak2nya kalau Niky Ajeh doa tentera2 Zionis sampai pecah perut menjadi tak????

Anonymous said...

itu sudahhh mestiii....sbb nak kasi pengundi2 totok PAS confident. kata lawan puak2 umno kafir, kalau dah kafir takkan tak bleh doakan kemusnahan??

jadi la pas yg sesat dan menyesatkan. bertaubat la puak2 pas oiii....

joe

Anonymous said...

betul tu dato adil.

bolehla lepas ni di perhimpunan umno didoakan mampus segera nik aziz dan pas. puak2 pas jgn melenting ya, sbb kalau tak salah kenapa nak takutt.

datok-ada-cucu
putrajaya

Anonymous said...

dulu pun puak2 nie doakan chedet mati, tup2 president diaorg yg jln dulu.

jgn main2 dgn doa, aku cuma ingat kan aje, sdap2 nak doakan najib pecah berut jgn2 perut yg mendoa tu terburai dulu.

pasal royalti ni dah jenuh PM terangkan dlm parlimen tapi puak2 ni saja mau sembunyikan kebenaran mcm diaorg sembunyikan kebenaran anwar meliwat.

tunggu aje la balasannya nnt.

ayie
w.maju