Tetamu Kehormat...

November 29, 2009

NiK Aziz Yang Satu Lagi

Nik Aziz Yang Satu Lagi


PERKEMBANGAN politik Pas terutama di Kelantan makin panas sehingga menyebabkan cengkaman politik Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat goyah. Kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menantu beliau, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir. Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman atas tuduhan rasuah, membawa episod baru apabila beliau diarahkan melepaskan jawatan. Dalam sebuah laman blog, Mohd. Ariff Fahmi dan isterinya yang juga anak Nik Aziz, dikecam teruk. Belum pun reda isu tersebut dan isu penajaan haji kepada Nik Aziz oleh sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai kontrak di Kelantan, tercetus pula pergeseran antara Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Husam Musa dan anak kepada Nik Aziz, Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Husam dalam satu laporan media menyatakan beliau ‘diserang’ menerusi kritikan anak Nik Aziz. ‘‘Jika dijawab (serangan itu) nampak pula macam saya bergaduh dengan keluarga Tok Guru. Jadi saya bersabar,” katanya. Beberapa hari sebelum kenyataan itu, berdasarkan sumber dalaman Pas Kelantan, Husam dilaporkan mahu melepaskan jawatan tetapi beliau menafikan laporan tersebut.

Nik Abduh pula menyuarakan simpati terhadap bapanya yang menjadi mangsa permainan politik yang sengaja dirancang, yang sesetengah pemerhati mengaitkannya dengan proksi pemimpin tertentu.

Menurut Nik Abduh, berita peletakan jawatan seorang pemimpin Pas yang dianggap kesayangan bapanya telah kedengaran lebih awal. Walaupun tidak menyebut nama, ia jelas merujuk kepada Husam. Apa maknanya? Yang pasti, pergeseran itu menambah kekusutan Nik Aziz terutama sejak isu cadangannya memanggil muktamar agung luar biasa bagi membersihkan parti itu daripada beberapa kerat pemimpin pro Presiden Pas, Hadi Awang ditolak. Ia digantikan dengan seminar yang akhirnya mengundang kritikan balas perwakilan.

Siapakah yang Nik Aziz mahu memihak sama ada Husam, yang merupakan ayam tambatan politiknya atau anak beliau sendiri yang juga mempunyai karisma? Pendirian kedua-duanya berhubung sama ada wajarkah Nik Aziz berundur atau terus kekal, juga berbeza. Husam mencadangkan agar Nik Aziz mempertahankan kerusi DUN dan turut bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri. Nik Abduh pula lantang mengingatkan agar tiada mana-mana pihak cuba menghalang bapanya daripada berundur suatu hari nanti.

Awang nampak ada kebijaksanaan dan keberanian Nik Abduh dalam komen dan tindak-tanduknya. Sebelum ini, beliau pernah membuat pendedahan bahawa bapanya telah menerima salah nasihat dan mendapat gambaran tidak betul daripada golongan tertentu, yang dikaitkan oleh pemerhati dengan puak Erdogan.

Awang melihat Nik Abduh bintang baru yang boleh menjadi sandaran Pas. Beliau tidak hipokrit. Lebih penting, beliau tidak terikat dengan pengaruh luar, yang imej itu tebal kepada Husam.


Ulasan Saya : Mengapa sejak akhir-akhir ini, PAS seolah-olah telah ditimpa bala? satu demi satu masalah dalaman parti semakin terdedah dan terlondeh - sekali gus memperlihat sebahagian daripada akhlak buruk dan keji dalam kalangan ulama-ulama PAS. Namun demikian, saya ada jawapannya - mengapa PAS semakin menuju ke arah kehancurannya. Segala-galanya bermula apabila Nik Aziz Nik Mat menolak perintah Allah yang jelas melalui ayat ke-10 dalam surah al-Hujrat yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." Bukankah ayat ini tidak perlu lagi ditakwil berkenaan kewajipan umat Islam bersatu dan melupakan sengketa? Bukankah ahli PAS dan UMNO itu adalah beragama Islam? Jadi mengapa mesti Nik Aziz menolak cadangan Kerajaan Perpaduan yang pernah diilhamkan oleh Hj Hadi pada satu ketika dahulu? Bukankah Hj Hadi hanya menurut perintah Allah sepertimana kehendak-Nya dalam ayat di atas itu? Mengapa Nik Aziz marah-marah tatkala UMNO dan PAS semakin menemui titik temunya untuk bersatu dan membentuk sefahaman? Bukankah ahli UMNO juga adalah orang beriman? seperti mana orang PAS juga? Bukankah kiblat bagi ahli PAS dan UMNO juga sama? Jadi mengapa Nik Aziz terlalu membenci ahli-ahli UMNO secara melampaui batasan?


Nah sekarang perhatikan apakah bala yang telah menimpa parti tersebut? Bermula dengan kritikan hebat Nik Aziz terhadap Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa - dengan mendakwa beliau merupakan boneka UMNO dan perlu disingkirkan. Sebelum itu - kita juga disaljikan dengan kritikan pedas anak Nik Aziz, iaitu Nik Abduh terhadap orang yang dikatakan rapat dengan Nik Aziz (Husam Musa) dan cuba mencalar nama baik bapanya itu. Husam Musa diserang bertalu-talu tanpa belas kasihan di dalam blog Nik Abduh. Tak cukup dengan itu - PAS sekali dikejutkan dengan cadangan Nik Aziz untuk mengadakan EGM bagi menyingkirkan pemimpin-pemimpin PAS yang dikatakan sangat menyokong idea Kerajaan Perpaduan - nama-nama yang patut disingkirkan menurut Nik Aziz termasuklah Dr Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa.


PAS bergelora sekali lagi apabila Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasarudin Hassan at-Tantawi mengaku terdapat pengaruh luar yang cuba merosakkan PAS. Semua itu masih belum menyedarkan PAS - sehinggalah isu menantu Nik Aziz yang diangkat menjadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan menjadi fitnah kepada Nik Aziz dan keluarganya. Tidak cukup dengan itu - Nik Aziz dilanda badai bencana lagi apabila isu berkenaan tajaan yang Nik Aziz peroleh bagi menunaikan haji ke Mekah dari pihak tertentu - dikatakan mempunyai unsur rasuah, malah SPRM bertekad akan menyiasat kes tersebut, sekali pun Nik Aziz telah menolak untuk menunaikan haji pada tahun ini. Lagi pun - dalam soal ini, saya berpandangan rasanya tidak perlulah menaja Nik Aziz untuk menunaikan haji sekali lagi - bukankah Nik Aziz sudah pun menunaikan haji wajibnya sebelum ini? Bukankah elok jika tajaan itu diberikan kepada fakir miskin atau orang-orang tua yang tidak cukup duit untuk menunaikan haji mereka?


Dugaan terus melanda PAS akibat daripada sifat sesetengah ulama PAS yang tidak mengikut ajaran Islam yang menekankan soal persaudaraan dan kesatuan ummah - kali ini Nik Aziz mendakwa bahawa terdapat konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerusi MB Kelantan - malah menurut beliau lagi, usaha ini sudah lama berjalan. Nik Aziz turut mendakwa individu yang ingin menjatuhkan beliau itu bernama Kolonel Mat - dan jika hal ini adalah benar mengapa baru sekarang Nik Aziz dedahkan setelah pelbagai kes menyelubungi beliau dan pentadbirannya? Apakah ini satu cara untuk mengkambingkan hitamkan orang tertentu dan menutup kelemahan diri sendiri? Isu ini tidak selesai di sini sahaja - sekali lagi Allah uji kesabaran Nik Aziz - namun ternyata Nik Aziz lebih selesa meletakkan dirinya sebagai seorang suci dengan mendoakan pula kehancuran terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkenaan isu royalti minyak untuk Kelantan.


Soalnya, apakah Nik Aziz tidak tahu bahawa kita diwajibkan taat kepada pemerintah sekali pun mereka zalim? Sabda nabi bermaksud, "Akan ada sesudahku para imam atau kepala negara (pemerintah) yang tidak mengikut petunjukku dan tidak menjalani sunnahku. Dan akan bangun pada mereka laki-laki yang hati mereka adalah hati syaitan dalam tubuh manusia. Kata Huzaifah : Aku bertanya, Bagaimana saya hendak lakukan jika saya menemuinya ya Rasulullah? Rasulullah bersabda, hendaklah engkau mendengar dan taat walaupun ia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Dengar dan taatlah" (Riwayat Muslim).


Sabda nabi lagi, "Para imam yang jahat ialah yang kamu benci mereka dan mereka benci kepada kamu. Kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu. Rasulullah ditanya, Ya Rasulullah, bolehkah kami melawan mereka dengan pedang? Baginda menjawab, Tidak! selama mereka mendirikan solat. Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak sukai daripada pemerintah kamu, maka hendaklah kamu bencikan amalannya dan jangan kamu menarik tangan kamu dari ketaatan" (Riwayat Muslim) dan, "Satu ketika nabi ditanya, Ya Rasulullah, jika kami mempunyai pemerintah-pemerintah yang mengerjakan selain ketaatan kepada Allah, bagaimana? Rasulullah bersabda, Mereka memikul apa-apa yang dibebankan ke atas mereka dan kewajiban kamu adalah apa-apa yang dibebankan ke atas kamu" (Riwayat Bukhari).


Sebenarnya apa-apa yang sedang berlaku ke atas PAS dan Nik Aziz adalah disebabkan oleh tangan-tangan mereka sendiri - dan bukan orang lain. Apabila Allah menyuruh orang beriman agar bersatu-padu, kita degil dan bongkak, kita tunjuk ego dan sombong kepada Allah. Inilah akibatnya. Apabila UMNO mahu bermuzakarah dengan PAS - mereka tolak dengan pelbagai alasan - sebaliknya dengan musuh Islam seperti DAP- PAS begitu rapat serta menunjukkan kasih sayang, apakah maknya semua ini? Apakah PAS lupa ayat di bawah ini? "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. Kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat. Wahai, orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum mengolok-ngolokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diolok-olokkan itu lebih baik daripada mereka yang mengolok-ngolokkannya.(al-Hujurat ; 10).


Sebelum ini saya sudah meramalkan bahawa selagi PAS menjadikan DAP sebagai kawan rapat dan pembantu mereka untuk menegakkan Islam di Malaysia - maka selagi itulah PAS akan menemui kegagalan. Dan saya melihat apa-apa yang sedang berlaku kepada Nik Aziz dan PAS pada hari ini merupakan bibit awal kejatuhan parti tersebut yang terang-terang melaungkan Islam, tetapi tidak beramal dengan seluruh perintah yang terkandung di dalam al-Quran. Allah sudah mengingatkan kita semua melalui firman-Nya di dalam surah al-Maidah ayat 55-56 yang bermaksud, "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang."


Jadi jelaslah selagi PAS menolak ajakan UMNO untuk membentuk kesatuan dan perdamaian - maka selagi itulah PAS akan gagal mengejar cita-citanya. Dan PAS akan tetap gagal sampai bila-bila selagi mereka meninggalkan orang-orang beriman (UMNO) dalam urusan pentadbiran dan politik. Hal ini sudah dijelaskan oleh Allah di dalam ayat di atas tersebut. Sesungguhnya DAP sama sekali tidak akan berjaya membantu PAS bagi merealisasikan cita-cita Islam parti tersebut. Fikir-fikirkan. Wallahualam.

18 comments:

LaIsLa BoNiTa said...

"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang."

Jadi jelaslah selagi PAS menolak ajakan UMNO untuk membentuk kesatuan dan perdamaian - maka selagi itulah PAS akan gagal mengejar cita-citanya. Dan PAS akan tetap gagal sampai bila-bila selagi mereka meninggalkan orang-orang beriman (UMNO) dalam urusan pentadbiran dan politik. Hal ini sudah dijelaskan oleh Allah di dalam ayat di atas tersebut. Sesungguhnya DAP sama sekali tidak akan berjaya membantu PAS bagi merealisasikan cita-cita Islam parti tersebut. Fikir-fikirkan. Wallahualam.

___________________________________

nak tanya penulis blog ni balik:-

1. yang mengkhianati perjanjian UMNO-PAS tahun 1976 dulu sapa?

2. yang terlebih awal menggunakan khidmat MIC dan MCA sapa pulak? bukankah jelas mereka itu juga kafir? takkan dek kerana menghalalkan perkahwinan campuran BN,maka PAS pulak dikecam kerana tak mahu bersekongkol? tak adil sungguh ni.

3. tafsiran hadis Azli terlalu lemah. ni ler akibat kerana memegang Salafus Soleh (WAHABI) sebagai iktiqad. takkan ler pemimpin zalim wajib ditaati pulak? Nabi SAW tak pernah bermaksud mcm tu. Azli elok hang berhati-hati. kalau jurusan Sastera,elok bercakap ttg sastera saja.usah ler cut and paste hadis dan firman seterusnya mentafsir mengikut nafsu dan otak sendiri saja! kalau dah zalim wajib ler kita tentang! takkan ler itu pun nak kena ulas lagi? silap tu Azli... Nabi berperang dengan Rome pun bukan kerana deme tu betoi, sebab Rom menolak Islam. apabila menolak Islam, zalim lah namanya. so,bukan ke menentang juga maksudnya? kalau nak panjang lebar, bisa aja kita bertemu dan 'berperang' untuk menjelaskan tafsiran CUT n PASTE hang tu.

ni ler sebabnya apabila sudah mengaku diri Salafus Soleh (wahabi). hang sendiri pun tak tahu aper MAZA ckp,so atas logik akal dok terima bulat2. sayang...

LaIsLa BoNiTa...

Muhammad Azli Shukri said...

lalsla bonita - satu sahaja soalan saya, apa yang saya tulis sama sahaja dengan apa yang mufti perak ingin sampaikan. Saudara harus faham dan belajar dahulu, jika tidak saudara sama sahaja dengan para penyokong pas yang lain - kebenaran sudah jelas tetapi tidak mahu menerima - sampai DAP tidak mahukan negara islam pun PAS tetap mahu berkerjasama - apa maknanya semua ini?

Muhammad Azli Shukri said...

tafsiran hadis Azli terlalu lemah. ni ler akibat kerana memegang Salafus Soleh (WAHABI) sebagai iktiqad. takkan ler pemimpin zalim wajib ditaati pulak? Nabi SAW tak pernah bermaksud mcm tu. Azli elok hang berhati-hati. kalau jurusan Sastera,elok bercakap ttg sastera saja.usah ler cut and paste hadis dan firman seterusnya mentafsir mengikut nafsu dan otak sendiri saja! kalau dah zalim wajib ler kita tentang! takkan ler itu pun nak kena ulas lagi? silap tu Azli... Nabi berperang dengan Rome pun bukan kerana deme tu betoi, sebab Rom menolak Islam. apabila menolak Islam, zalim lah namanya. so,bukan ke menentang juga maksudnya? kalau nak panjang lebar, bisa aja kita bertemu dan 'berperang' untuk menjelaskan tafsiran CUT n PASTE hang tu.

- Bila saya cut dan paste? tolong carikan asalnya? mudah untuk menuduh tetapi sukar untuk membuktikan. makna wahabi pun saudara tak tahu apatah lagi bercakap soal salaf as- soleh saudara samakan kedua-duanya tak kan saudara terlalu jahil dalam soal ini? sejarah nya berbeza.

apakah saya mengikut nafsu? apakah apabila kita mendedahkan kesalahan PAS maknanya kita menentang Islam? bagaiman pula mufti perak yang menghukum wajib kita taat kepada pemerintah? tak itu pun saudara nak tentang? cakap siapa lagi yang saudara nak ikut? cakap nik aziz sahaja ke? tolong jangan jadi pak turut dan baca kitab tulisan PAS sahaja. belajarlah jauh skit ilmu agama itu. Wallahualam

Muhammad Azli Shukri said...

lalsa bonita - saudara tak abis belajar agaknya berkenaan pemimpin zalim.nanti ada masa mari kita bertemu.

Muhammad Azli Shukri said...

2. yang terlebih awal menggunakan khidmat MIC dan MCA sapa pulak? bukankah jelas mereka itu juga kafir? takkan dek kerana menghalalkan perkahwinan campuran BN,maka PAS pulak dikecam kerana tak mahu bersekongkol? tak adil sungguh ni.

ini satu lagi faham khawarij yang bahaya - apabila UMNO bergabung dengan MIC dan MCA dahulu apa pemimpin2 kata? saudara lupa siapa yang kafirkan UMNO kerana berkawan dengan orang kafir dahulu? sekarang mana perginya fatwa itu? ayat yang saya guna sama sahaja dengan ayat yang haji hadi gunakan dahulu? tak kan saudara masih buta melihat kebenaran?

berkenaan hadis taat kepada pemimpin, walaupun berlaku zalim - tolong saudara tafsirkan menurut tafsiran PAS?

Muhammad Azli Shukri said...

satu lagi jika UMNO tolak Islam apakah mananya pula DAP tolak Islam? Jika UMNO zalim menolak Islam, apakah DAP tidak zalim menghina Islam? Lalsla bonita - tolong cuci fikiran saudara, kalau ye pun nak bela Islam belalah betul-betul, mana-mana yang PAS buat salah, tegur jangan biar hidung dicucuk dan mengikut apa-apa sahaja yang dikatakan oleh pemimpin PAS.

Muhammad Azli Shukri said...

soal bidang sastera tidak boleh bercakap soal agama - ini satu lagi fahaman songsang - kononnya hanya puak PAS sahaja yang layak bercakap soal agama - manusia jenis apa ni? nabi pun menyuruh kita agar sampaikan oleh mu daripadaku walaupun satu ayat.

Ustaz said said...

maaf jika saya menyebok, ingin komen kata-kata blogger lalsla bonita.

1. Saya dapati apa yg ditulis azli banyak kebenarannya. saya tidak fikir azli menulis mengikut nafsunya. cuma mungkin kita tidak dapat menerimanya. itu sahaja.

2. saya fikir betul juga apa yg ditulis, mengapa pas mesti berkerjasama dengan dap? lupa kah kita kata-kata karpl singh langkah mayat saya dulu untuk laksana islam?

3. mohon kita fikirkan tulisan ini dengan mendalam.

pakcik said...

yang tidak pernah dilupakan dan tidak dapat dilupakan adalah :-
bilamana orang PAS mengkafirkan orang UMNO bila mereka bersatu dengan MCA dan MIC membentuk barisan nasional..rakyat menjadi keliru dan berlaku perpecahan sesama umat..penceraian, sembahyang dua imam,sembelihan tidak boleh dimakan, pinggang mangkuk cawan tidak boleh berkongsi dsb-nya.

kini PAS sudah bergabung dengan DAP..apa pula hukumnya..

saya bukan berpihak pd mana2 parti..yg baik saya jadikan ikutan dan yg buruk saya jadikan sebagai pengajaran..

PAS = UMNO = Parti politik..tidak lebih dari itu.

rmf said...

saya nak bagi ini sahaja : dan minta di fikirkan oleh penyokong Pas

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

hans said...

saudara
harap sudi baca entry ini ENTRY dan komen yer

joegrimjow said...

rasanya dari dlu lagi pas ditimpa bahaya
yg peliknya
popuriti sentiasa meningkat
bahkan masa pilihanraya bleh plak menang semakin besar
haha
entah
stuju ngan pernyataan ni?

LaIsLa BoNiTa said...

LaIsLa BoNiTa menaip lagi...

UNTUK PUAK UMNO DAN PENYOKONG UMNO!!! HAYATI DAN FAHAMI APA KATA PEMIMPIN AGUNG KORANG NI. kah kah kah..

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

LaIsLa BoNiTa said...

LaIsLa BoNiTa mengkopi dan menampal lagi..

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Muhammad Azli Shukri said...

lalsla bonita - itu pandangan Tun Mahathir.

Anonymous said...

utk LaIsLa BoNiTa.

apabila Tun M mengutuk UMNO boleh pula saudara jadikan hujah. jika Tun M kutuk nik Aziz pula adakah saudara terima?

yang mengkhianati perjanjian UMNO-PAS tahun 1976 dulu sapa? bole bagitahu INDIVIDU yang mengkhianat tu?

yang pasti Nik Aziz sendiri yang tolak perpaduan dengan muslim bahkan lebih rela berkawan dengan SYAITAN yang jelas menyesatkan.


tak perlu copy paste hujah org lain utk jadikan hujah sendiri.

orang Melewar.

Johan said...

Saya terfikir sejenak...

Yang peliknya orang PAS tak kata Nik Aziz kena letak jawatan, tapi kenapa orang UMNO yang menyarankan Nik Aziz letak jawatan?

Apakah ini isu utk mengalih perhatian masyarakat terhadap masalah dalaman BN?

Johan

Anonymous said...

Hadis yang awak quote semua tu juga boleh ditujukan kepada UMNO.