Tetamu Kehormat...

November 16, 2009

Mari Kita Menilai Nik Aziz


Mari Kita Menilai Nik Aziz


KOTA BHARU 15 Nov. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman didesak meletak jawatan ekoran penajaan bagi menunaikan ibadat haji. Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian menegaskan, kedua-dua mereka wajar berundur berikutan salah laku serius Nik Abdul Aziz menerusi pengakuan terbuka bahawa ada pihak menaja beliau dan keluarga untuk ke tanah suci Mekah.

Beliau turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan segera terhadap dakwaan tersebut demi kepentingan rakyat kerana terdapat asas kukuh berhubung salah laku.

“Kenapa Nik Abdul Aziz boleh membenarkan dirinya dan keluarga ditaja untuk menunaikan haji dengan kos begitu tinggi?

“Disebabkan itu, kita mendesak beliau dan menantunya meletakkan jawatan kerana dakwaan salah laku itu sangat serius dan memalukan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum kepada wakil SPRM negeri di sini hari ini.

Penyerahan memorandum tersebut berikutan laporan media berhubung penajaan haji yang diterima oleh Nik Abdul Aziz dan keluarganya serta penyelewengan yang berlaku dalam PMBK. Rabu lalu media melaporkan pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa beliau ditaja oleh pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 seorang dan mendapat layanan bertaraf VVIP. Difahamkan rombongan tersebut dijangka disertai 10 individu termasuk isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak; anaknya, Nik Amalina dan menantunya, Abdul Ariffahmi.

Menurut blog http://ruangbicarafaisal.blogspot.com, syarikat yang bertanggungjawab menaja Menteri Besar Kelantan dan keluarganya adalah Abroad Technology Sdn. Bhd. yang berpejabat di sini.

Syarikat itu mendapat hak eksklusif untuk memasang papan tanda di seluruh negeri itu.

Ekoran kenyataan terbuka itu, SPRM dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut. Dalam hal ini, Anuar percaya jumlah keseluruhan kos tajaan haji yang melibatkan Nik Abdul Aziz bersama ahli keluarga adalah beratus-ratus ribu ringgit. Beliau berkata, perkara tersebut turut didedahkan dalam sebuah blog http://pemudapadangrengas.blogspot. com dan telah menjadi pengetahuan umum.

“Nik Abdul Aziz juga telah membuat pengakuan berhubung tajaan untuk menunaikan haji daripada beberapa individu sebelum ini sepanjang menjadi Menteri Besar,’’ ujarnya.

Bagi beliau, banyak aspek perlu dilihat secara mendalam termasuk kredibiliti Abdul Ariffahmi yang dilantik sebagai CEO dalam masa yang amat singkat. Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, menantu Nik Abdul Aziz itu dikatakan mula bertugas di Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

“Beliau kemudian dipinjamkan di PMBK bagi menjaga Projek Bandar Baru Tunjong yang diambil alih daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU),’’ katanya. Menurut beliau, selepas itu Abdul Ariffahmi dilantik sebagai Ketua Bahagian Hartanah PMBK sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi awal tahun lalu dan pelantikannya turut dipertikaikan.

“Bagaimanapun secara tiba-tiba dia dilantik menjadi CEO. Kita mahu tahu secara jelas, atas sebab apa dia dilantik ke jawatan yang besar ini dalam usia yang sangat muda. Adakah rekod yang dimilikinya amat baik?” soal Anuar.


Ulasan Saya : Saya tidak mahu komen lebih, tetapi saya mohon agar para pembaca sekalian menilailah sendiri. Wallahualam.

45 comments:

joegrimjow said...

tunggu siasatan penuh baru boleh bersuara

Panglima Perang Cyber said...

dah mengaku kira jelaslah apa isunya..

tak ada keraguan lagi bahawa nik aziz memang ditaja.

Fathi Adha said...

tggu result dr SPRM...

JASA said...

kereta saya hilang hari tu..tp saya rasa orang tu nak ambik berkat kutt....Komen anda?

Qorie Afifi said...

Sikit hari lagi dalam event2 pun dah tak boleh TAJA dah hehehe. Nanti lee tour di langkawi pun pakai dengaq kut radio saja pasai soal penaja ni rakyat akan berprasangka lain pulak.....inilah gugatan dari pengertian dan pemahaman tentang makna RASUAH , HADIAH DAN SEDEKAH.....ketiga-tiga hampir sama tapi hanya 1 yang memeperolehi pahala....

shamshul anuar said...

Saudara Qorie Afifi,

Dari mana kita melihat sekalipun, menaja seorang MB pergi haji boleh menimbulkan persoalan.

Orang akan kata tentulah MB akan "terhutang budi". Jadi salah tetap salah. Bukan sebab dia dari PAS.

Lagipun , kalaulah seorang MB dari UMNO( katakanlah Dr Isa dari Perlis) pergi haji dan ditaja, beliau akan dimaki hamun dalam Harakah.

Apa yang dibuat adalah salah. Nik Aziz kena ingat dia adalah MB . Kalau setakat Tok guru, siapa pun tak peduli.

Mengenai pandangan anda pasal tajaan Le Tour De Langkawi,saya hairan dengan sikap anda. Kenapalah anda nak samakan perlumbaan basikal dengan Nik aziz ditaja ke Mekah.

Tiada siapa yang melihat tajaan Langkawi sebagai rasuah. Mungkin anda seorang saja.

Janganlah merosakkan perkermbangan lumba basikal di Malaysia hanya kerana nak bela Nik aziz. Prinsipnya mudah saja. Yang salah tetap salah.

Jadi kalau b sari UMNO buat pun salah. Nik aziz dari PAS buat benda yang sama pun salah.Barulah saudara tak keliru.

Anonymous said...

Semasa Kelantan dilanda tempias taufan ketsana pada 30/9/09 lalu,salah satu signboard yg jadi isu ini telah roboh dan menimpa kereta orang. Kejadian berlaku di Pulau Melaka. Terserah kepada anda untuk buat telaah...

DR NO

Anonymous said...

kalau nik aziz bukan MB, ada tak rasa2 org nak taja dia gi mekah. kalau bukan jawatan dia MB ada tak rasa2 org nak taja dia???

kalau mcm aku ni la, bukan MB kelantan ...ada tak sapa2 yg nak taja aku.???

dah la dia ada duit sendiri tapi mengemis nak mintak org taja..?? gunakan la duit sendiri. duit tajaan tu baik la bagi kat org2 yg susah yg nak gi haji lagi besar faedahnya dari bagi ke org kaya mcm nik aziz.

jahanam betul kalau faham islam ikut aurat nik aziz.

zek
kapchai

Anonymous said...

sudah tentulah duit tu duit rasuah mcm kes sapatah dulu yg consultant taja tikit pernerbangan pergi london pergi balik untuk dua org.

clear cut tu.

dan sudah tentulah org yg menaja akan mengharapkan balasan. perhaps for new project maybe?? - joe

Anonymous said...

coba kalau org umno yg buat .... menjejesss air lior puak2 pas mengata, maki hamun. ahhh....aku memang benci dengan paihh.... munafik tahap dewa.

Anonymous said...

sepatutnya nik aziz pergi cium kepala kickdifella, bukan dipecatnya. sebab dah selamatkan nik aziz dari masuk penjara.

Qorie Afifi said...

Shamsul Anuar

Dalam komen saya , tak ada pun saya bela TG Nik Aziz. Duk tak duduk anda kata saya cuba bela nik aziz.
Dalam komen saya , say mengatakan istilah taja dan tajaan yang harus diberi penekanan tentang erti yang kebih baik kerana ada erti yang hampir bagi ketiga-tiga istilah iaitu antara HADIAH , RASUAH DAN SEDEKAH. Dan tajaan adalah bermaksud memeberi sesuatu dengan hasil memperolehi imbalan. Kalau taja org pi haji pun salah , taja lumba apa2 pun salah la jugak. Ni pengertian bahasa dalam fekah. Bukan maknawi dalam istilah bahasa.

Belajaq la faham istilah fekah baik-baik kalau taja tu boleh maka boleh lah di taja yang tak boleh rasuah. Buh la tajuk dirasuah ke haji senang manusia lain nak faham.

Soal hukum kita guna FEKAH untuk dirujuk bukan guna dewan bahasa...

Anonymous said...

alamak...ape nak pening lagi.
ini la rasuah. rasuah ni banyak jenis. bagi duit, belanja makan, bagi haiah, bagi servis perempuan, bayarkan bil, dll. termasuk la jugak belanja pergi haji. cuma utk org yang ortodok N.ajis ni, bila sebut ke mekah, terus keliru itu rasuah ke tidak. Lagipun bagi pulak kat N.ajis yang sangat mulia bagaikan tuhan dimata ortodok pas ni.

sekali lagi jawapannya ialah memang rasuah. dapat segala projek2, lepas tu bagi hadiah. kan ke rasuah namanya tu. tak kisah la hadiah tu berbentuk macam mana.
tapi satu je yang paling tepat. ortodok2 pas takkan pakai otak nak pikir benda2 macam ni. yang dia tau, baca harakah, percayaaaaa je terus cakap tuhan depa tu.
Lantak korang le. yang pasti, N.ajis memang dah lama dah buat benda2 ni. cuma ortodok2 pas dgn orang ramai x tau je. sebab x de siapa nak pecah lobang. ini kali bila ada yang pecah lobang, baru org perasan.
Allah tu maha adil. N.ajis umpama meludah kelangit. jatuh atas muka sendiri. ni tgh sibuk duk jilat kahak sendiri la ni.

gagasan_warisan said...

Time kene tang hidung tok guru punya lah guna macam2 kaedah fekah laa usul feqh la..qias laa...macam2 la......cuba Menteri dari BN (UMNO) yang dapat tajaan konpom kaedahnya adalah haram rashuah....

Secara umumnya ramai dah dapat bezakan antara Hadiah Rasuah dan sedekah.....takder kene mengena langsung dengan tajaan Le Tour D langkawi.....

Baik lah org tu sedekah kat org kg yang miskin pergi Haji lagik besar maknanya...takpun duit "hadiah" tu nik aziz terus bagi pada org miskin kat kg dia...nik aziz pun dah pernah g haji.....

Nak bagi sedekah pada nik aziz..????....Nik aziz pun bukannya miskin ...nampak jerk cam miskin........

Anonymous said...

Sama-sama kita membenci rasuah dalam apa bentuk sekali pun termasuk so-called politik wang. Bukan saja menjadi bahan bakar di neraka, tapi kesan rasuah buat anak kita jadi rosak hasil makan minum yang haram.

DR NO

Artozy said...

li, aku cari email kau tak berjumpa. rahsia kah?

shamshul anuar said...

Saudara Qorie Afifi,

Terimakasih atas peringatan saudara.

Bila saudara beri pendapat "sarcastic" macam tu, jadi orang yang baca akan anggap saudara bela Nik aziz.

Perkara ini senang saja. Adakah orang akan beri tajaan naik haji kalau bukan Nik aziz itu MB. Dan orang yang memberi "tajaan" itu dapat projek dengan Kerajaan Kelantan.

Tajaan pergi haji adalah untuk kepentingan peribadi. Tajaan lumba basikal melibatkan kepentingan umum. Contohnya dapat majukan imdustri tertentu.

Kalau begitulah saudara beri ulasan, nampaknya semua kita ( termasuk saudara dan Nik aziz ) taklah boleh tengok Final Piala Malaysia atau Piala Dunia sebaba libatkan banyak tajaan.

Tajaan begitu memanglah business deal. Syarikat taja, orang ramai dapat tengok bola( contohnya) dan saya dapat iklankan product saya keserata dunia.

"taja" Nik aziz ke Mekah tu untungkan makcik di kampung ke? ada sesiapa(rakyat jelata) yang untung ke dari perbuatan ini.

Soalan yang perlu saudara fikir ialah adakah orang nak taja beliau kalau bukan NIk aziz itu MB?

Anonymous said...

betul cakap anon 'November 17, 2009 2:38 PM'

kalau makan rasuah, hasil pun akan dapat anak yang buruk perangai. tgklah anak N.ajis . ape ntah namanya. tiba2 lupa lak aku. lagak mengalahkan ulama besar dunia.
semua org salah. semua org munafik. semua org kafir. sape2 yang sokong bapak dia je betul.
perangai x ubah setan.
Setan kan menyesatkan org kerjanya. samalah macam anak N.ajis ni. menyesatkan org je. buat org semua jadi taksub pada bapak dia. bapak dia langsung x de kesalahan. gila la.
perangai saling tak tumpah macam ayah pin.

f a i z f a r h a n said...

xkn la nik aziz brani sgt nk pg haji dgn duit rasuah..
astghfirullah..x kire baik atau jht seseorg..die msti fikir kesan yg trjdi lagi ke tnah suci..
sy hrp sprm dpt siasat scpt mgkin bg tutup spekulasi..klau btul ade..turunkn nik aziz..klau xde..hormati die kmbali..
hrp siasatan kes2 rasuah pkfz n byk lagi kes juga dipercepat dn DIKECOHKAN

udanggalah said...

Rasuah tetap rasuah..biarpun pada pandangan tak rasuah tapi kalau dalam undang-undang kata begitu ikut sajalah.Baru tak ada pilih kasih.

Anonymous said...

Apa yang berlaku diharap memberi peringatan awal buat pendokong PAS Kelantan yg terlalu eccentric kpd batang tubuh TGNA. Kena terima dia sudah penghujung usia. Jangan menyokong semata-mata ke atas lembaga manusia yg tidak maksum, tapi menyokong perjuangan suci fissabillah. Allah SWT memberi cubitan rahimNya melalui menantu semoga TGNA tidak lemas dalam pujaan ramai manusia dan menjadi very self-righteous.

DR NO

Zek said...

Bayangkan RM65,000.00 untuk seorang pergi menunaikan haji. Kalau 10 org akan menjadi RM650,000.00. Banyaknya wang digunakan oleh penaja bagi menaja MB Kelantan.

Apakah dia sanggup menaja sekiranya dia tidak diberi kontrak oleh MB Dato Nik Aziz.

Kalau Dato MB itu dapat berfikir lebih sedikit, dia akan tolak dan sebaliknya mengesyorkan kepada penaja supaya memberi kepada rakyat Kelantan yang ramai lagi belum dapat menunaikan ibadah haji kerana masih belum cukup simpanan mereka.

Dengan wang sebanyak RM650,000.00, 60 orang dapat pergi menunaikan haji. Alangkah gembiranya hati mereka yang terpilih itu.

Lataif said...

Aduyai..dek kerana penulis blog ni rakan lama saya,tak jadi ler nak tibai mengkehala.kebenaran yang dinyatakan hanya sehala yang menyokong kepartian dari diri dia dan kaum kerabat serta sahabat sekelilingnya sahaja. tak neutral langsung.tak boleh jadi pemikir yang baik disebabkan kekangan politik yang jumud.sehala...tak menarik kupasan dan ulasan yang Azli beri.apatah lagi dengan sentimen kepartian.

Kalau mahu neutral,sila beri komen yang lebih. Sedikit hal yang mahu diberi juga suluhan Azli. Apa komen anda tentang Ketua Kamopung yang telah berkhidmat lebih 10 tahun yang ditaja haji oleh pihak kerajaan? Kenapa perkara ini didiamkan? Mungkin Azli ada alasan tersendiri yang intelek. Saya kenal siapa Azli dan latar belakang dia...

Bercakap pun hebat persis Anwar Ibrahim. Memang keturunan dia hebat bercakap. Mungkin anugerah dari Ilahi.

Tapi pesanan dari sahabat lama, silalah neutral kiranya mahu dihormati kawan dan lawan.

Banyak lagi kekalutan dari barisan kepimpinan sekarang.tapi Dato' Nik Aziz juga ditibai macam tak ada maruah. Setidaknya bercakaplah atau komenlah dengan sopan tanpa menggunakan bahasa kurang ajar.

Para komentator dlm blog ni, andai mak apak dan tok korang kena kecam apa korang rasa?

Be neutral.Bukan susah pun. tapi kalau berpandukan nafsu sbg imam, rentikan ler. buat sesak dada jer.

Azli, posting dlm blog hang tak banyak membina kekuatan bangsa secara keseluruhan.lebih kepada kepartian. carilah salah orang PAS.nescaya hang akan lebih dikenali sbg intelek UMNO yang tak neutral.

Nama pun UMNO..tak menunjukkan kemelayuan langsung. ce tanya tok opah hang kot dia boleh terjemah U.M.N.O dengan lancar.. wa respect la kot boleh.tapi kot kome asal Englang tak tahu ler pulak.

Azli...peringatan dari sahabat lama, BE NEUTRAL! jgan didakwa dgn sebanyak-banyak soalan di akhirat kelak. masa tu blogs pun dah tak guna.

Salam dari Orang Perak.

iaba said...

kalau gitu kalau lepas ni kalau menteri ke atau siapa2 pun..tokeh2 balak lepas ini bolehlah menaja kereta atau pun sedekah duit ke...sebab itu kira hadiah... siapalah punya ajaran macamni...

menaja seperti le tour langkawi itu adalah organisasi itu sendiri mencari fund untuk menampung perbelanjaan projek....bukan untuk menaja seorg individu kerana telah berjaya mendpt projek seperti apa yg dibincangkan disini...harap qorie afifi faham... sesiapa yg baca komen anda mmg dah dpt tangkap yg anda cuba mempertahannkan walaupun anda kata tidak...sori yer...

shamshul anuar said...

Saudara Lataif,

Tegur menegur adalah untuk kebaikan. Menegur bukan menghina.

Kerana orang masih mengharapkan PAS lah menyebabkan orang tegur. Kalau dah tak tegur lagi bahaya.

Kata orang Kedah "mampuih pi". Maknanya saya dah tak peduli. Dah benci betul.

Janganlah kerana orang menegur kita melenting tak tentu hala. Nik aziz pun manusia juga. Dia pun selalu menegur orang dan banyak kali juga bagi fatwa yang semua orang tahu mengarut . Contohnya Allah mencarut.

Saya bukan menghina. Dan saya tak fikir azli pun nak hina. Tak boleh tegur ke. Saya rasa kalaulah Dr mahathir pergi haji dan ditaja, saya boleh jamin beliau akan dimaki hamun dalam Harakah.

Saya dengar sendiri beliau digelar "ular" dan "Mahafiraun" dalam Masjid. Beliau tak bising pun.

Janganlah defensive dan bayangkan seolah bapa kita dikecam. Sedangkan Nabi pun ditegur oleh Allah SWT.

Terimalah teguran dengan baik. Adalah lebih baik sedar sekarang dari sedar dipeti undi.

Masa tu menyesal pun tak guna.

Muhammad Azli Shukri said...

lataif, jika saudara sahabat lama saya, cubalah baca blog saya secara jujur dan keseluruhan. saya sama sekali tidak bersifat fanatik, walau pun saya ahli UMNO. Saya tidak perlu penghormatan orang, cukuplah kita sampaikan kebenaran secara jujur. wallahualam.

Lataif said...

Azli dan shamsul anuar.

saya tak fanatik Nik Aziz etc. Soalnya isu Nik Aziz ditaja (hadiah atau sedekah) pi tunai haji bukan saja menggemparkan merata masyarakat Melayu.Malah mengundang pelbagai persepsi dan membuka minda kununnya nak cari perbezaaan rasuah,sedekah,hadiah atau infaq.

Elok juga Allah jadikan perkara sebegini utk dihadapi oleh Nik Aziz.Sekurangnya laris juga kopi bercawan di warung.Sesak juga blogs sahabat kita ni.Makin berguna sel-sel dalam otak orang melayu.kan?

Harus difikirkan juga,status Nik Aziz bukan sekadar MB,malah beliau adalah Tuan Guru.Saya pernah betemu bebarapa kali dgn Nik Aziz untuk mendapatkan nasihat dalam hal ehwal agama.Mmg adatlah manusia ni memusuhi dengan apa yang tidak diketahuinya.Maka timbullah spekulasi,fitnah,gosip dan kata nista.Tu mmg fitrah manusia.Sbb itu diturunkan al-Quran dan Al-Hadith utk memberi panduan..Diikuti pula pematuhan kepada Ulama yang mendukung Al-Quran dan Al-Hadith. Itu jelas..tak perlu kita debatkan.

Adab murid kepada guru.Tidak dapat menggembirakan,jgn pula disakitkan.Jadi,Nik Aziz menerima 'penajaan' dari individu tersebut kerana niat orang tu utk membuat amal bakti.tapi bagaikan ayam telur sebiji,riuh sekampung.Entah2 orang tu agen parti politik yang memusuhi Nik Aziz tak? ni pun perlu diambil kira juga.

Tengok sahajalah rumah Nik Aziz.Tgk juga rumah Khir Toyo.Tgk juga rumah Rais Yatim.tgk juga salary statement semua menteri besar di Malaysia.Cuba dibandingkan dgn Nik Aziz ni.rumah di pulau melaka jadi medan saya dan ikhwan lain utk berteduh dan bermalam sekiranya ke Kelantan atas urusan kerja sambil mengorek ilmu dari Nik Aziz.tapi tak mungkin dapat merasa tidur rumah MB UMNO lain atau para menteri yang elit di atas sana.

bagi saya,isu Nik Aziz ditaja utk tunaikan haji tak lebih sekadar politik murahan Melayu yang kononnya nak menjuarai hati rakyat.silap perang dan strategi.digelak pula oleh majoriti rakyat kelantan.

sbb tu,ketua kampung ara panjang yang baru 10 tahun jadi ketua kampung terus mendapat tajaan dari Kerajaan Negeri Perak utk tunaikan haji tidak dijadikan isu.sebab??? sebab jumud berpolitik.tu baru ketua kampung...belum korek ADUN atau MP lagi.tu rasuah jga ke Azli??

mahu dibuktikan ke Azli yang ketua kampung semua berebut jadi ketua kampung sbb nak dptkan TIKET FREE ke mekah? hang AJK PEMUDA UMNO KUALA KANGSAR...mugnkin lebih arif dengan senario ni.

sekiranya perkara ini terbukti salah,aku tarik semua kenyataan ni.soal ibadah ni,bior ler telus.jgn Nik Aziz je kena tibai sedangkan virus dan kuman dimulai orang UMNO sendiri.

Nik Aziz bukanlah idola aku.secara peribadi saja aku menghormati beliau atas kepribadian dan prinsipnya yang tegas menegakkan apa yang diyakininya benar mengikut landasan ilmu yang Allah campakkan didadanya. tak ler mcm Berahim Ali dan Dr Asri (ulama CUT n PASTE). hehehehe...

Azli,apa pun tujuan hang utk masukkan topik Nik Aziz ditaja tunai haji,aku berpendapat ianya tak lebih dari mencari publisiti yang tidak intelek.tak lebih dari mencari ruang utk orang tibai balik UMNO.juga tak lebih dari mencari salah orang.

sbb tu awas para wartawan dan para blogger politik...anda sebenarnya suka mencari salah orang dan terlupa mencari silap diri sendiri.
sebab itu aku yakin dengan pesan Guru iaitu penghuni neraka ramainya dari para jurnalis dan pengadu domba.

fikir-fikirkan duhai sahabat lama..

Latif.

shamshul anuar said...

Saudara Lataif,

Itulah masalah bila melihat sesuatu isu bukan dari kebenaran. yang dipersoalkan ramai orang ( bukan azli sahaja) ialah adakah orang nak menaja kalau dia bukan Menteri Besar.

Nik aziz meletakkan dirinya dari keadaan begini. Jadi tak perlulah saudara mengandaikan yang orang yang beri ulasan tak setuju sebagai digunakan oleh musuh politik.

Perkara ini senang saja. Tak perlu masuk bab rumah besar atau rumah kampung. Apa yang dibuat boleh menimbulkan tanda tanya. Dan ianya memang menimbulkan persoalan. tak sungguh orang tak kata.

Saudara tuduh kami suka cari kesalahan orang. Baik. sila buka Harakah dari muka surat pertama hingga akhir. Bandingkan dengan Utusan Malaysia( Ya satu suratkhaber Melayu yang sangat dibenci PAS ) tentang sikap cari kesalahan.

Anda sendiri akan dapat lihat bahawa Harakah penuh dengan cerita karut termasuk fitnah bermaharajalela. Saya bercakap benar dalam hal ini.

Hak masing masing untuk hormat mana mana pemimpin atau ahli ugama yang warak. Dan saya hormat oandangan anda.

Namun saya rasa kesal melihat Nik aziz sanggup biarkan PAS jadi hamba DAP tetapi begitu lantang menentang UMNO seolah-olah tiada baiknya UMNO.

Anda bercakap pasal adab sopan. Pernahkah anda mendengar ceramah PAS, parti yang dimana Nik aziz jadi "Murshidul Am" ala Pope yang tak boleh ditegur.

Anonymous said...

latip ni aku tgk dia jumud betul laaa.

kerajaan yg taja ketua kampung tu sbb, ketua kg tu tak mampu nak gi aji. ada faham kaaa.???

nik aziz org kaya, org berduit. ada gaji menteri besar selama 20thn. dia tak nak buat rumah berjuta itu dia punya pasal la.

cuma bandingkan rumah nik aziz dgn rumah khalid ibrahim dan rumah anwar ibrahim, husam. amacam??? rumah limkitsiang, guan engg, ada berani??

nik aziz ni dia meteri besar, dia yg luluskan projek satu kelantan dia control. org yg nak menaja pon dapat projek dari pejabat menteri besar pasang gambar nik aziz menangis satu kelantan menagih simpati.

tak faham lagi ka??

hang baca lah kitab sekuat mana pun semerdu mana pon suara kalau makan rasuah tetap makan rasuah.

sudin

Lataif said...

ooo isunya sbb nik aziz menteri ajer ke? kenapa tak tgk yg dia tu tok guru pulak?

apa kes pak menteri ke luar negara penuh satu family dok biz class?

aku tak taksub nik aziz pun.malah aku tak suka pas and at the same time benci pulak dgn umno. ahakss...

bukan soal mampu ke tidak..soalnya rasuah tetap rasuah.kalau itulah definasi azli dan korang semua ttg nik aziz pi mekah kerana rasuah.so,lepas ni hatta nak bersedekah kpd orang kena tgk sapa orang yang kita nak sedekah tu.sbb?? takut pula SPRM dtg rumah angkut pi masuk lokap.tengkorak cipan ler mcm tu...

definasi tu kena betoi jugak.bukan takat tgk kepada sapa kita beri.mengkalau dia menteri sekalipun,tp kita nak bersedekah atau infaq berbuat amal,mcm mana nak cerita?

ni ler dasar sekular...dah makin kusut dasar islam had hari (hadhari) ni..

pas pun tak betoi..extreem memaki hamun mcm lah umno semua tak betoi.sembelihan umno tak makan,imam umno tak sah..semua cari jln kehancuran belaka.tepuk tangan puak kufar.

kita dok telagah isu-isu yang tak tau penghujungnya.itu ler masalah kita sebenarnya.

suka cari titik perbezaan.KENAPA TAK CARI TITIK PERSAMAAN YANG BOLEH MERAPATKAN SAF KITA?

ketua kampung pun dirasuah.ketua pemuda pun rasuah.apatah lagi bapak menteri kita.alif sampai ya...a sampai z rasuah.dah tak tahu mana nak beza sedekah,rasuah,infaq,derma etc.

kalau kerajaan beri namanya insentif.tapi kalau yang memberi tu individu namanya rasuah.kalau yang memberi itu kontraktor,terang lg bersuluh rasuah.apatah lagi kalau yang memberi itu musuh,namanya duit haram!

ahakss.... lucu ler islam versi melayu ni.

kah kah kah azli..kau dah semakin ditenginkan dengan isu yang subjektif!

Lataif

Lataif said...

aku ni kontraktor kecik...lepas ni aku buat kenduri kendara HARAM aku jemput YB kat kawasan aku.sebab aku pernah dpt job cuci parit yang YB rekemen.nanti berulat daging YB makan nasi yang berunsur rasuah!!!

dek kerana aku baik dengan YB,aku dah tak boleh minum kat warung dgn YB.aku kan ada 'connection' dengan YB.karang orang pas atau orang umno tgk aku dgn YB bertepuk tampor mesra bukan main.terus ajer dicop rasuah atau ada aper-aper ke tu?

bila time raya,aku tak boleh dtg rumah YB. dan YB jugak tak boleh dtg rumah aku.walaupun kami sgt akrab udah mcm adik beradik.sbb kalau aku dtg,mungkin anak aku dpt duit raya dlm angpau.ada pulak si haram jadah snap gambar.terus masuk akhbar yg aku terima rasuah atau saguhati dari YB.tu mujur YB yang beri..kalau aku yang beri kpd YB pulak mcm mana yek???

kah kah kah... bengap!

LATAIF

Lataif said...

teruk-teruk nik aziz,dia salah sorang pemuka islam yang berpengaruh di dunia sekarang.mana sorang pun tak ada ulama umno hatta wali qutub al hadhari pun tak masuk dlm list.

hairan jugak neh! buta ke mata org luar yg menilai? nik aziz bukan sedikit kontroversi... isk isk isk..

kalau itu menjadi ukuran muktamad,hancur ler islam umno.ahaks..


tapi di sisi Allah swt,hanya Dia yang Maha Mengetahui.

wallahualam...

bakal hj said...

salam semua,
saya ingin mengajak kita semua merenung secara positif & neutral tentang isu ini...Ada beberapa persoalan yang timbul dari isu ini.
i) Tajaan Haji....saya berpandangan adalah wajar dielakkan..lebih2 lagi bagi kita yang mempunyai kepentingan dalam membuat keputusan...dalam kes ini Tuan Guru yang saya hormati mungkin terkhilaf bacaan dalam hal ini..ttp Tn Guru cepat bertindak dengan membatalkan tajaan tersebut w/pun saya secara peribadinya terasa kecewa kerana 'niat suci' beliau untuk beramal ibadat di Tanah Suci terpaksa ditangguhkan...
ii) Jika begitu keadaannya, sayugia diingatkan juga kepada kita semua tidak kira pemimpin kerajaan, pemimpin politik, tuan-tuan imam, pengerusi2 JKKK dan lain-lainnya termasuk orang-perseorangan perlu mengelakkan daripada menerima tajaan haji waimah menerima jemputan daripada kerajaan Arab Saudi sekalipun sekiranya kita berpegang kepada 'prinsip sejati' iaitu mengelakkan perkara yang subhah...Perlu diingat ini soal ibadah...perlu suci dalam segala hal
iii) Saya juga melontarkan persoalan yang bermain dibenak fikiran saya ini...sebelum ini banyak kes jemaah haji yang ditaja samada daripada pihak kerajaan, syarikat atau organisasi-organisasi tertentu...sebagaimana maklum orang-orang yang ditaja ini merupakan 'stakeholder' / atau orang-orang yang berkepentingan seperti ketua masyarakat, pemimpin, ketua jabatan dsbnya...bukan orang kebanyakkan...jangan kerana kita asyik berpolitik sampai kita terlupa yang hak tetap hak, yang bathil tetap bathil....wallahua'lam.

AJK Pemuda Kuala Kangsar said...

Salam Saudara Azli,

Best gak baca isu tajaan Haji ni....minta saudara komen sikit pasal isu PKFZ, isu Dun Kota Seputih, isu MCA yang macam dah x tentu hala je sekarang..harap x dihampakan permintaan kitaorang akar umbi ni.

Lataif said...

kenapa tgk pada persepsi sponsor pi tunai haji jer? adakah tunaikan haji jer dikira ibadah?yang lain2 tak kira ibadah ke? mcm kenduri kendara,sponsor team bola pemuda,sponsor lembu nak korban esok lusa ni...

waduh pak...boring lah.asyik pening kepala jer dgn orang politik ni.suka bukak tong taik tapi tak mau nak cuci.

ahaks...

Lataif..baik kau diam.karang kena maki pulak.

muahhhhhhhhhh

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen tuan2 semua

datoadil said...

Sumber Daripada Akhbar

Peruntukan kewangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini agak membimbangkan setelah kerajaan memotong bantuan kepada DBP sebanyak RM30 juta, kata ketua pengarahnya, Datuk Termuzi Abdul Aziz.

Bagaimanapun, Termuzi (kiri) berjanji, DBP sebagai badan utama untuk mengembangkan sastera dan kebudayaan di negara ini, akan terus mendokong usaha membantu persatuan-persatuan lain yang berkongsi misi yang sama.

"Walaupun dalam situasi kewangan yang agak membimbangkan, dipotong RM30 juta, DBP akan terus menyokong semua usaha dan program-program yang melertarikan warisan bangsa," katanya.

Beliau merungut mengenai perkara itu ketika merasmikan Pertemuan Penyair Nusantara ke-3 yang menghimpunkan puluhan penyair dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei malam tadi.

Majlis ramah mesra, apresiasi puisi dan pertukaran pendapat yang bertemakan "Puisi Suara Kemanusiaan" itu dianjurkan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena).

Termuzi juga berkata, DBP telah menyokong program-program
Pena, termasuk membiayai penerbitan antologi kelolaannya sejak tahun 2005.

"DBP juga akan menyokong pertemuan penyair nusantara ini yang akan berlangsung pula di Brunei Darussalam pada tahun 2010," katanya.

Beberapa penyair serantau yang terlibat dalam penganjuran program tersebut termasuklah Sasterawan Negara Muhammad Salleh, SM Zakir, Acep Zam Zam Nor (Indonesia), Isa Kamari (Singapura) dan Zefri Ariff (Brunei).

DBP merupakan penaja utama program tiga hari tersebut di sekitar Kuala Lumpur yang akan berakhir esok.

datoadil said...

Soalan Saya? Kenapa Kerajaan Memotong 30 juta peruntukan kepada DBP? Adakah kerana berlaku sesuatu yang kita tidak tahu dan hanya orang-orang tertentu tahu?

Sedangkan kebangkitan tentang kesedaran Bahasa Melayu kini semakin memuncak?

Dato Adil
Cyberjaya.

Lataif said...

buat aper nak tambah bajet sedangkan pemimpin kita dok sedap labun bahasa omputeh?

ahakss.... rasuah bahasa betoi!

Lataif

Anonymous said...

satu kupasan yg lebih ilmiah bukan beremosi atau pandangan mengikut akal fikiran semata mata..jom baca http://www.zaharuddin.net/content/view/890/72/

deena said...

saye ni neutral...takde parti yang saya sokong secara konsistem dan komitmen..komitmen dan konsistensi saya adalah terhadap dinamik kepimpinan & kebenaran..kebenaran dlm erti kata sebenar..

saya kurang senang bila sesiapa saja org2 yg telah berjasa kpd negara di 'kata' dgn sewenangnya...kita hanya taw kes ini secara surface bukan mendalam..ada kisah2 disebaliknya yang kita tidak tahu..mmg TGNA khilaf bila menerima pelawaan itu..kerana sbg seorg alim yang abid tentu saja hatinya melonjak gembira apabila dipelawa menunaikan haji secara percuma..dia 'terlupa' kerana dia manusia biasa..Alhamdulillah..pendedahan ttg hal ini 'menyedarkan' beliau dan beliau telah membuat keputusan yang betul dan menambahkan hormat saya kepada beliau...semua ini dorongan dari Allah...
awas ketika memaki dan menghamun...mungkin maki hamun kita kembali kepada Allah..

Anonymous said...

latip, latip. hang ni mmg kaki konar la. isunya senang je. knp tok guru kau terima tajaan haji semasa jd MB. kalau dia tok guru pondok xde hal. apahal ko merepek smp gesel2 dgn yb tu, yb ni plak. ye kau patut diam latip sbb mulut kau tu mmg tong taik. pemuka islam? heh lebih pd pemerosak islam adalah. ingat pas dr dulu dah jd kakikorek. jd terima la seadanya kalau pas pun dikorek rahsia2. dlm politik kalau salah langkah nasib la. kata pepatah 'kalau kail panjang sejengkal jgn lautan dalam nak diduga'. knp salahkan penulis blog n media? jgn jd hipokrit la wahai MB kelantan! anda mmg dah silap mengaku je la. dan kau latip aku cadangkan baik ngaji sekolah pondok dgn tok guru yg sound nik aziz drpd nik aziz tu sendiri. itu lebih baik sbb dia x terlibat dlm dunia politik yg kotor. lagi satu kau merepek pasal ketua kampung dpt tajaan free dr kerajaan negeri perak utk justify kenyataan kau. ini soal berbeza wahai latip borgiba. kalau kerajaan negeri perak luluskan, aku pun x pasti la, apa masalahnya? sbb ketua kampung repot pd kerajaan negeri. samala mcm penjawat awam lain dpt bonus COLA, elaun rumah dr kerajaan pusat. itu dinamakan INSENTIF bukan RASUAH. sbb majikan dia kerajaan negeri. samala kalo company besar bg bonus 2,3 bulan kat staf2nya. xkan company tu dikatakan amalkan 'rasuah' pd staf sendiri?. aku rasa kau ni mmg biol la latip. dan aku rasa ko ni bukan kontraktor pun. paling2 kuat ko ni budak hingusan x abis belajar lg.

jentayu

Lataif said...

Jentayu...

Nik Aziz dah tolak pun tawaran tu. Isunya menantu dia yg deal dgn kontraktor tu then drag masuk pak mertua dia. itu fakta.

bila Nik Aziz dah sedar, dia tarik balik tak mau join. sebab mmg bersalahan dengan prinsip.jauh dari kebenaran.ni baru gentleman.

puak Umno serang Nik Aziz sebab selagi orang tua tu dok jd MB, tak ada ruang ler UMNO nak masuk jarum.tak ada peluang pun. nak pulak berahim ali jd panglima. kah kah kah... so, modal ni diputar dipusing dijaja habis-habisan. sampai nak rak satu Malaya.

Soalan...adakah para pemimpin agung UMNO buat benda yg sama? nak menegak benang basah bawa ajer ler masuk mahkamah.at least berpantang maut sebelum ajal. kekeke..nak ngaku salah? sorry ler..

Tgk pada Isa Samad udah le..

Aku mmg kontraktor.udah juak deal dgn job menagih sampai terpaksa merasuah setpol YB.kot idak tak merasa nak kerja.cabut undi pun tak lebih dummy kunun nak tunjuk bersih.padahal semua dah set dlm komputer.usah ler nak labun.aku melalui semua tu.

faktanya UMNO mmg korupt.dah tak boleh nak bendung.maka elok bubarkan saja atau haramkan saja mcm tahun 1986 kalau tak silap.masa tu tenginnya orang UMNO dok berebut kuasa.tp itu sejarahnya...mujor ler cepat sedor.kot idak..tak pasal Ling Liong Sik jd PM kalau dia reti nak bubar perlembagaan.

hahahha..tu ler kome..ubah ler UMNO tu.nama pun tak menunjukkan melayu.apatah lg nak perjuangkan Melayu. dok terjajah lg..

kah kah kah.. 1 Malaysia kunun.

kah kah kah..

Anonymous said...

latip, latip,
kalau dia tolak knp dia kata akan terima tajaan mana2 pihak tahun depan? hipokrit la namanya tu. dah kantoi baru tolak. selagi x kantoi x tolak. mmg logik akal ahlil2 pas mcm kau melucukan la. kalau kau tau rasuah tu salah knp kau amalkan? cermin la dulu apa kurangnya kau. ni nak ikut jln senang bg duit semata2 utk dptkan duit. lps tu bising org lain amal rasuah. padahal ko pun 2 x 5 ikut sama bg. apa beza ko ngan ahli2 umno yg korup tu? kalau rasa susah sgt nak dpt job ngan kerajaan ko cuba la usha kontrak dgn company2 cina/multinational atau developer2 yg kaya. tgk ada ke x unsur2 rasuah yg kau kata byk dlm gomen. takut nnt kau kata cina/omputih xpe sbb tu dah cara dia do business. kalau dpt yg jenis strict betul2 lagila. lambat satu hari siap job (contoh shopping kompleks) pun potong payment, no question/bantahan asked. sbb swasta x main2, kerajaan boleh la kesian2 lg. nak tlg bumiputra meniaga la katakan. inilah pengalaman aku yg keje kerajaan dan deal ngan byk kontraktor/supplier mcm ko. pandai cakap tp keje berterabur. aku dah lalui semua ni....

kah...kah....kah MEMBANGUN BERSAMA ISLAM konon...

jentayu

Anonymous said...

Tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletak jawatan membuktikan ketinggian integriti dan keterbukaan beliau dalam menerima pandangan parti.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu sidang media bersama Nik Aziz semalam yakin tindakan Nik Aziz itu bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga sebaliknya mengutamakan masa depan dan perjuangan parti.

"Tok Guru (Nik Aziz) tunjuk nilai moral yang tinggi, dan beliau ambil keputusan demi kepentingan perjuangan.Ini adalah satu bentuk integriti yang ditunjuk oleh beliau.Apa pun yang beliau putuskan, itu adalah keputusan parti yang beliau akur,"

"Saya percaya apa yang beliau buat adalah bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga tetapi apa yang beliau tunjuk merupakan sikap yang melampaui kepentingan diri, keluarga dan peribadi beliau.Saya cukup sanjung tinggi integriti yang ditunjuk beliau.

Semalam Nik Aziz selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 mengumumkan persetujuannya menasihati Ariffahmi meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ditanya samaada perkara itu menunjukkan PAS sedang menghadapi masalah dalaman yang serius, beliau menafikan perkara itu.

"Saya tak nampak apa isu besar, apa yang berlaku adalah isu pelantikan menantu.Beliau telah lepasi isu itu.Kalau selama hari ini isu menantu dimainkan anatara Pak Lah dan Khairy, dan Pak Lah tak mampu buat sesuatu untuk bersihkan nama beliau.Walaupun dari segi perundangannya betul, tapi ia akan timbulkan satu fitnah kepada beliau dan pentadbiran,"

"Apa yang ditunjukkan tok guru hari ini kerana lihat kepentingan perjuangan jemaah itu lebih penting dari keluarga dan peribadi.Ini tak ada kaitan dengan masalah dalaman yang berlaku di Kelantan pada hari ini.Tapi tok guru tunjuk satu integriti sebagai Menteri Besar.

Pertemuan semalam turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.

Ariffahmi bersetuju meletakkan jawatannnya dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.