Skip to main content

Isu Bai'ah : Datuk Mustafa Ali Tetap Tidak Mengaku


DATUK MUSTAFA ALI
TETAP TIDAK MENGAKU


Bukankah sudah saya jelaskan dalam posting saya sebelum ini, bahawa akhirnya jawapan berkenaan isu bai'ah talak tiga ini sudah ada skrip jawapannya? PAS tetap tidak akan mengaku, walaupun sudah jelas buktinya melalui rakaman video dalam YouTube. Di dalam Harakahdaily, lidah rasmi parti tersebut sudah awal-awal meletakkan tajuk utamanya yang berbunyi, "Tiada Lafaz Talak Tiga dalam Bai'ah PAS" Tulisan saudara Dzulfikar Mashoor. Lihatlah laporan beliau di bawah ini.


KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS hari ini mendedahkan bai'ah (janji setia) dengan lafaz menceraikan isteri dengan talak tiga adalah bukan lafaz rasmi dari parti itu. Penafian itu dibuat Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali setelah beliau sendiri menyiasat dakwaan tersebut sebagaimana diarah Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, kesemua negeri menggunakan lafaz bai'ah rasmi tersebut kecuali sedikit berbeza bagi wakil rakyat mereka di Selangor.

"Presiden kata benda ini (bai'ah talak tiga) tidak berlaku dan dia minta saya siasat semua negeri."

"Semua negeri mengikut rasmi, ikut pusat kecuali Selangor, ada kelainan sedikit." jelasnya.

Dalam sidang media di pejabat Agung PAS pagi tadi, beliau turut mendedahkan beberapa skrip baia'ah rasmi PAS yang diguna Abdul Hadi, beliau sendiri dan Mohammad Sabu.

Kesemuanya adalah sama dan tiada langsung berkait 'cerai talak tiga' kecuali yang ada hanya lafaz laknat jika mengkhianati parti.

"WaLlahi wa biLlahi wa taLlahi. Bahawa saya, Hj. Mustafa bin Ali yang diamanahkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk bertanding dalam pilihanraya umu kali ke-12 dalam kawasan DUN N17 Alor Limbat bersumpah dengan nama Allah sama ada saya menang atau kalah di dalam pilihanraya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini,iaitu Islam.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan ini (iaitu Islam), maka saya akan dilaknat oleh Allah, para Malaikat dan para pelaknat, " lafaz baiahnya dibaca di hadapan wartawan.

Jelasnya, bai'ah yang dilakukan PAS sekadar mekanisme biasa bagi mengikat wakil rakyat parti demi memastikan para mereka tidak mengkhianati amanah parti.

"Oleh kerana PAS memperjuangkan Islam, maka menggunakan bai'ah...sama seperti BN sendiri, wakil rakyat yang menang diminta tandatangan satu surat tanpa tarikh yang ditujukan kepada Speaker (Dun dan Parlimen) memaklumkan bahawa dia meletak jawatan. Jadi, Surat itu digunakan bila wakil rakyat lompat parti."

Tambahnya lagi, bai'ah PAS Selangor beberbeza dengan negeri-negeri lain mungkin disebabkan bimbang para wakil rakyatnya dibeli BN kelak.

"Ada kebimbangan akan ada wakil rakyat lompat parti sebab yang beli biasa parti pemerintah (Umno dan BN)." Beliau juga menjelaskan bahawa beberapa pemimpin PAS yang menggunakan media untuk mengulas isu 'bai'ah talak tiga', telah pun diberi nasihat agar tidak mengeruhkan keadaan lagi. Beliau juga menasihatkan pihak media agar tidak memanjangkan isu tersebut, setelah mendengar penjelasannya hari ini.

Kesimpulan saya adalah mudah : PAS tidak boleh dipercayai lagi. Malah, PAS hanya percaya bahawa parti mereka sahaja yang betul dan benar. Parti lain semua tidak betul. PAS tidak pernah buat dosa, apa-apa sahaja yang buruk tentang PAS, semuanya tidak benar. Inilah PAS.

Comments

Salam saudara Azli,

Nampaknya fenomena bohongmania masih terserlah dalam pimpinan parti hamPAS. Kalau benar bai'ah tersebut bukan lafaz rasmi parti hamPAS, tetapi sesetengah negeri ada melakukan upacara tersebut, maknanya gembar-gembur mengenai lafaz tertalak 3 jika lompat parti memang betul wujud la kan?????

Mengaku ada buat bai'ah cara lain, tetapi dalam masa yang sama tak menafikan ungkapan lian ini ada dibuat oleh sesetengah wakil rakyat. Apa pemimpin hamPAS ingat semua rakyat Malaysia ini begitu mudah disogokkan dengan artikel sebegini ini ke????

Kalau kepada pengikut /pencacai LEMBU hamPAS boleh la dikencing hidup2. Mungkin mereka terlupa menyiasat rakaman youtube yang diungkapkan oleh ADUN Gunung Semanggol pada ceramah PRK Bukit Gantang yang lalu kot. Dasar parti hamPAS......

PAS 4 all = Israel 4 all = Bohongmania 2 all
Cheguman said…
Kesian Hj Hadi.. banyak perkara yg beliau tak tau berlaku dlm PAS.
Anonymous said…
Bodoh punya PAS.
Anonymous said…
apa la mustafa ni. ko nak tipo siapa ya?? semua org yg boleh access internet skrg ni boleh tau PAS menipu.

dah ada video rakaman pun ko nak menipu. heiii....passsss passsss hari2 mau tipu org ka??

zek
salam Azli,

manusia sering melupakan ada satu penyakit yang sangat sukar untuk diubati,

penyakit itu pula akan menjadi belenggu kepada diri jikalau tidak diubati dengan segera,

penyakit itu adalah 'penyakit hati'
Anonymous said…
semua parti politik tipu.....
Anonymous said…
pada hemat saya parti telah lama memerintah lagi banyak tipunya.....bbanding dengan yang baru nak berangan utk memerintah negara. Sbg contoh masa dia royalti. Masa lawan wang ehsan....janji ron 95 harga sama. X sampai brp hari naik...klu parti lwn rasuah...klu parti pemerintah politik wang...nk praya janji nak buat itu dan ini..bila kalah habuk pun tarak...kalau mcm ni punya perangai nak di kategorikan sbg apa....
Anonymous said…
parti yg lama memerintah cthnya mcm UMNO dah terbukti jasanya membangunkan negara bukan mcm parti PAS yg baru dpt perintah 2-3 negeri dah menipu, menipu plak atas nama islammm.....jahanammm jahanamm....

kalau ah-chong tipu, ramasamy tipu, kevin tipu bleh tahan lagi, ni serban tiga kati atas kepala kehulu kehilir pakai jubah tapi menipu.

terpekik terlolong kata dasar parti islam serba sempurna tapi tipu org. cekik duit rasuah pergi naik haji. apa bende bebb..???

mcm ni ke nak tegakkan syiar islam, org kapir hilang kepercayaan pada islam, org islam plak meluat dgn PAS...

din
petronas
nujum nrgara said…
Baiah Baiah
Dapat cerita Baiah
Kat Pak Pandir
DiSebar kat Pak Kadok
Huru Hara jadinya

Baiah ada dimana mana
Akad Nikah - LAFAZ TAKLIK
Askar - SUMPAH PERAJURIT
Dengan Sahabat-AKU JANJI

Baiah adalah rahsia
adalah taktik
adalah strategi
adalah politik
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A