Tetamu Kehormat...

November 12, 2009

Bai'ah Ceraikan Isteri : PAS Sudah Ada Skrip Jawapan


BAI'AH CERAIKAN ISTERI
PAS SUDAH ADA SKRIP JAWAPAN




KUALA LUMPUR, 12 Nov: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan hasil siasatannya berhubung dakwaan wujud bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga dalam PAS esok. Pendedahan itu akan dibuat pada satu sidang media yang akan diadakan di bangunan PAS, Jalan Raja Laut jam 11.00 pagi.

Beliau sebelum ini telah diarah oleh Presiden Parti, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyiasat dakwaan terbaru itu setelah beberapa media perdana dan laman blog membangkitkan perkara tersebut.

Perkara itu didakwa timbul selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan beberpa blogger. Kemudiannya mendapat liputan meluas sehingga PAS diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz serta Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub turut menafikan dakwaan tersebut. Ianya kerana Majlis Syura Ulama tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah sedemikian. Mereka juga berpendapat, isu ini hanya sengaja dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelahkan PAS.


Ulasan Saya : Saya sudah dapat menduga jawapan yang bakal diberikan oleh Datuk Mustafar Ali berkenaan isu bai'ah ceraikan isteri yang didakwa berlaku di dalam parti PAS esok. Jawapannya adalah mudah iaitu, "tiada kes bai'ah yang melibatkan wakil rakyat PAS." Pendek kata, PAS tetap akan mendakwa kononnya isu tersebut merupakan permainan 'nakal' UMNO dan BN bagi mencemar naik baik PAS di mata rakyat. Dengan kata lain, PAS sebenarnya tidak pernah buat salah, walaupun sedikit. Selain itu, Nik Aziz juga akan bersikap lepas tangan dengan mendakwa, Syura Ulama PAS tidak pernah mengizinkan bai'ah ceraikan isteri terjadi di dalam parti tersebut. Sebaliknya, individu-individu tertentu sahaja yang rela mengadakan bai'ah demi perjuangan politik PAS tanpa pengetahuan Syura Ulama. Kesimpulannya, PAS tetap tidak akan mengaku wujudnya pemahaman sesat dalam parti tersebut - sehingga sanggup mengutamakan parti melebih daripada agama itu sendiri. Akhir kata, esok, Datuk Mustafar akan membuat kesimpulan yang sudah pun disediakan skripnya yang berbunyi seperti berikut :


1. "Kita sudah buat siasatan, dan terbukti tidak berlaku sama sekali bai'ah di dalam PAS, ini semua fitnah yang datangnya daripada UMNO/BN".

2. "Majlis Syura Ulama tidak pernah memberi arahan agar wakil rakyat-wakil rakyat PAS mengadakan bai'ah, ini semua fitnah terhadap PAS."

3. "Kami tidak menemui bukti tentang wujudnya bai'ah di dalam PAS."

4. "Bai'ah di dalam PAS adalah satu pembohongan dan sengaja direka-reka oleh UMNO dan BN"

5. "Masyarakat salah faham istilah bai'ah dengan maksud taat setia kepada perjuangan parti. Yang berlaku hanyalah kepada pasangan suami isteri yang kedua-duanya reda dengan bai'ah, ia bukan arahan pimpinan tertinggi PAS, ia hanyalah suka rela."


Inilah serba sedikit yang saya rasa akan dikatakan oleh Datuk Mustafar Ali dalam sidang medianya esok. PAS tidak pernah mengaku buat silap dan bersalah - mereka fikir, hanya mereka sahaja yang Allah suka. Begitulah buruknya fahaman Islam yang dipraktikan di dalam PAS. Wallahualam.

16 comments:

Anonymous said...

biasalah bro...namanya pun PAS

Anonymous said...

assalam...bro..inilah sikap sebenar PAS...ibarat kata.." sapa nak mengaku berak tgh jalan "

Anonymous said...

ini bukan kira berak. ini suda kes main sapa bini org, lepas tu tuduh suaminya curang.

din

Anonymous said...

malu.....
malu nak dengar....
apakah jawapan, yang sebenarnya....

MARI KITA TENGOK...SIAPAKAH...
Pembohong Agama yang sebenar....
Siapakah beliau....

Kita nanti bersama......

SYIAH membenarkan pengikutnya putar-belit, putar alam, putar-putar....

Adakah parti politik di Malaysia spesis SYIAH....

Kita tunggu jawapannya.....

Sunnah Nabi...
Bercakap Benar....

Amalan Munafik....
suka koner-koner, kaki temberang, putar-belit....

Amalan SYIAH... wajib putar-belit, dalam erti kata TUHAN merestui penipuan dan pembohongan demi menegakkan syiar ISLAM SYIAH.

ADAM AMIN
Kg Jerlun,
Kedah

Panglima Perang Cyber said...

salam saudaraku.

ada link bukti baiah talak tiga mereka..

ada di blog saya.

ia hasil pendedahan rakan2 kita.

termasuk ketua UMB Tun Faisal.


PAS nak jawab apa lagi sekarang ?

YANG GAMBI said...

Salam bro,PAS kan ada tok gurunya yang pegang kunci pintu syurga ? Apa nak heran kalau mereka buat kerja-kerja syirik.....

hanizam said...

kita tunggu jelah ape jawapan bodoh dari pimpinan PAS mengenai isu ini...kita tengok sejauh maner wayang PAS mainkan..

tunggu.....

Anonymous said...

Kamu kata PAS suka menabur fitnah, membuat pembohongan.. sekarang Musthafa Ali belum kata apa2 kamu dah mengeluarkan ulasan sendiri. sabarlah dulu.. adakah kamu sebenarnya batu api, yang tidak berhajat mebau wangian syurga dan mengimpikan dasyatnya neraka?
Kita dengar dulu, baru ulas..

Boleh said...

UMNO = Untuk Makan Nasi Orang

This is a new generation of lazy malays who evolved from their lazy ancestors. Not surprising la! Wait for the next generation of lazy malays on the future with better parasitic economic policies.

vesewe said...

Morons read moronic news!
So UMNO is made up of 99% morons without an iota of intelligence - so Utusan is the paper for them.
Without Utusan, they die off……….

konek said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Muhammad Azli Shukri said...

saya nasihatkan agar tidak membuat ulasan berbau perkauman.

Anonymous said...

tembakan yang begitu tepat. good job.

Anonymous said...

Baiah Khalid tak direstui pimpinan tertinggi Pas: Mustafa


KUALA LUMPUR: Amalan baiah talak tiga yang dilakukan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak dipersetujui dan tidak direstui pimpinan tertinggi Pas.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, berkata kepimpinan parti menganggap baiah yang dilafazkan Khalid tidak sewajarnya berlaku kerana merendahkan martabat kaum wanita.

"Berikutan tindakan Khalid itu, beliau diberikan peringatan secara lisan oleh parti," katanya pada sidang media bagi menjelaskan isu baiah di ibu pejabat Pas di sini, sebentar tadi.

copy@Berita harian by add

Muhammad Azli Shukri said...

add - baca harakahdaily.

NUJUM NEGARA said...

ADA BANYAK PEKARA
HANYA UNTUK AHLI SAHAJA
JIKA JATUH KPD BUKAN AHLI
ROSAKLAH ANA PUNYA PROGRAM...

SUMPAH PERAJURIT
IKRAR TAAT SETIA
PERSEFAHAMAN BERSAMA
MERISIK TUNANG

DALAM POLITIK
DILAH TAKTIK
DIALAH STRATEGI
DIALAH IDOLOGI

ITULAH BAIAH
SENTIASALAH BERBAIAH
UNTUK UGAMA BANGSA TANAHAIR