Skip to main content

Asri & Azli 2009 : Pedang Bermata Dua


ASRI & AZLI 2009
Pedang Bermata Dua



Maafkan saya kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini - kesibukan tugas dan kerja-kerja amal menyebabkan saya terlepas untuk mengulas beberapa isu terkini yang sedang melanda negara tercinta kita. Namun demikian, setelah membaca beberapa posting di blog-blog tertentu berhubung isu penahanan mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin oleh JAIS dua hari yang lalu - menyebabkan saya terpanggil bagi membela kebenaran. Isunya sangat mudah! tidak terlalu sukar untuk mencari siapakah dalang yang melakukan kerja-kerja keji tersebut - memburukan nama Dr Asri sebagai golongan yang sesat akidahnya, semata-mata beliau berfahaman salaf-as soleh yang terang-terang bermazhab ahli sunnah wal jamaah. Strategi memburuk-burukan golongan salaf- as-soleh serta perbuatan kotor lagi hina (semoga Allah menyedarkan golongan tersebut) yang dilakukan terhadap Dr Asri dan golongan ini sudah berjalan begitu agresif sejak lima tahun belakangan ini - kepada mereka yang jahil dan buta mata hati dalam melihat kebenaran, segala hujah-hujah golongan yang menentang golongan salaf-as-soleh ini diterima bulat-bulat tanpa berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah.



Saya dengan rendah diri - tanpa ragu, harus dan wajib mempertahankan kebenaran yang sudah pasti! saya bukan mahu mempertahankan manusia yang bernama Dr Asri - sebaliknya yang kita pertahankan adalah kebenaran - tuduhan karut dan keji yang dilemparkan oleh golongan yang anti kepada metod salaf-as-soleh harus ditentang habis-habisan. Tiada apa-apa pun kesalahan dalam memahami Islam melalui uslub dan manhaj salaf-as-soleh - kecuali bagi mereka yang jahil dan iri hati. Islam hanya boleh difahami secara betul melalui pendekatan salaf as-soleh seperti mana yang dilakukan oleh Imam-imam muktabar dahulu (termasuklah Para Sahabat Nabi, Imam 4 Mazhab, Hambali,Malik,Syafie,Ahmad,Ibn Taimiyah, dan banyak lagi). Percubaan memburuk-burukan gerakan salaf as-soleh di Malaysia dipercayai didalangi oleh seorang Ustaz yang sangat membenci golongan ini. Tuduhan-tuduhan seperti kafir, sesat dan aqidah batil, acapkali didengari dalam kalangan ceramah-ceramah golongan yang anti golongan salaf-as-soleh. Mereka tidak hanya mengkafirkan Dr Asri, bahkan turut mencadangkan hukuman bunuh terhadap golongan ini - ucapan seorang pemimpin kanan PAS di dalam YouTube yang mendakwa, pada pandangan beliau Dr Asri layak dihukum pancung sahaja - yang peliknya, tiada pula kedengaran apakah pula hukuman bagi parti yang bersengkongkol dengan DAP yang terang-terang menolak Islam?



Saya ingin memberi peringatan yang jelas bahawa terdapat gerakan yang ingin menghancuran golongan salaf- as-soleh di Malaysia - dakwaan-dakwaan palsu yang dilemparkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia terhadap Dr Asri harus segera ditolak. Manakala masyarakat pula harus segera didedahkan dengan metod sebenar salaf-as-soleh yang selama ini sangat janggal dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Pada hemat saya, sudah tiba masanya, umat Islam di negara ini kembali memahami Islam melalui metod generasi salaf-as-soleh seperti mana yang diajarkan oleh Rasulullah. Kita harus faham salaf-as-soleh bukanlah satu mazhab baharu - sebaliknya merupakan metod dan kaedah untuk umat Islam memahami Islam sebagaimana yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW dan kemudian diwarisi pula oleh para sahabat, dan seterusnya diikuti oleh para imam muktabar yang terdapat dalam sejarah Islam. Maka, saya syorkan kepada sesiapa yang masih baharu mengenali salaf-as-soleh, eloklah mendalaminya terlebih dahulu- sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman yang kita sendiri tidak ketahui.



InsyaAllah akan saya kupas persoalan salaf-as-soleh dalam posting-posting saya yang akan datang. Semoga Allah memelihara pejuang-pejuang yang mempertahankan Sunnah Rasulnya dan menghancurkan golongan yang sengaja mengada-adakan fitnah terhadap golongan dan pendukung salaf-as-soleh di negara ini. Kepada Dr. Asri, percayalah Allah bersama-sama dengan orang yang benar, seorang Asri jatuh, seribu Asri akan bangkit. Dan sesungguhnya, saya salah satu mata pedang yang akan membela golongan salaf-as-soleh ini.Amin.

Comments

gagasan_warisan said…
Ermm Dr Asri ini lebih banyak merosakkan dan menghukum ulama' ulama' lain sesat bida'ah dan sebagainya......amalan2 di malaysia pun banyak dibid'ahkan.....hanya dia saja yang betul.....kesarjanaan...kesarjanaanyang selalu disebut.....cukup angkuh dalam menghukum dan menghentam ulama'2 lain....tidak berlapang dada dalam perkara2 furu'

sekian analisis saya....
Brahim Nyior said…
Salam Yop Azli.

Saya rasa JAIS pun panas.

Datuk Nakhaei (Bekas Pengerusi YADIM) pun nampaknya melatah tak tentu hala.

Pengarah JAIS pun baru nak siapkan pertuduhan..

Nampaknya masing-masing nak lepas diri. Hahaha...
AiNeRzA said…
gagasan warisan - jangan main tuduh seseorang itu bida'ah...saya x rasa dia seorang yang sesat dan sebagainya...saya juga mengikuti perkembangan tersebut...dia membawa satu perubahan sebenarnya untuk umat Islam...saya rasa para ulama yang tuan cakapkan tadi pun perlu berlapang dada dan bersifat keterbukaan dalam menerima pendapat...x begitu tuan???
..nOWa.. said…
Salam Saudara Azli dan yang lainnya..

Dr Asri ditangkap di bawah seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kerana kesalahan mengajar tanpa tauliah yang sah daripada pihak MAIS. Ini turut berlawanan dengan Peraturan-Peraturan tauliah (Negeri Selangor) 2008 yang memperuntukkan supaya tauliah diperolehi oleh pengajar-pengajar agama Islam, melainkan golongan yang dikecualikan. Kesarjanaan beliau tidak akan memberi kekebalan kepada beliau bukan? Fakta gagasan warisan juga perlu diterokai dengan lebih mendalam agar bertemu kebenaran yang tersirat.. jangan kita pula yang melatah..

Sokongan 100% kepada pihak JAIS..mempertahankan akidah umat Islam bukannya mudah..
azlishukri said…
saya setuju jika hujah yang menyatakan bahawa perlu ada tauliah untuk mengajar..soal hanya satu, berapa banyakah penceramah2 PAS yang ada di selangor mengajar tanpa tauliah? dan tidak pula ditangkap. soalan kedua, contoh paling mudah ustaz akhil hayy juga banyak beri kuliyyah dan mengajar, dia ada tauliah atau tidak? soalnya adalah bukan masalah aduan, tetapi sejauh mana JAIS serius membanteras isu ini?
Anonymous said…
tu yg kena baca qunut,

lps solat banyakkan doa bro..

yg tak buat ngaper?
Anonymous said…
Allah telah sempurnakan Agama Islam ini semasa zaman nabi lagi. DAlam konteks ini makna sempurna tu harus diperjelaskan dengan lebih mendalam. Kalau bahasa org kampung maksud sempurna tu dah lengkap ,padan,molek n tak perlu di tokok tambah...Pandang sekeliling kita adakah amaln kebanyakan orang kita ni ditambah2 atau memang berlandaskan sunnah dan al-quran semata2....fikir2kan
Anonymous said…
Umat Islam bercakaran, tetapi bersekongkol dengan kafir laknatullah. Diberi peluang bercakap dalam masjid.
Kan boleh diplomasi, tanpa tangkapan yang memalukan, lepas tu buat bodoh takde pertuduhan.
Tak bertanggungjawab. Takpa, tempah tiket banyak2 ke neraka jahanam.
The Informist said…
Nampaknya perangkap yang dikenakan oleh MOSSAD, MI6 dan CIA telah mengena. Kita asyik berbalah mengenai mazhab, wahabi, wal-sunnah yang mana dalam sejarah penghidupan wahabi adalah didalangi oleh perisik MI6.

Kita lupa tentang agama ini milik Allah dan kita asyik kata orang ni sesat, bidaah (cam mantan mufti perlis ni). Malah kita ni tak nak muhasabah diri dan mensederhanakan diri.

That's why walaupun kita ni ramai dan majoriti tapi kita ni masih hampeh di dalam mempertahankan agama.
wanbaki said…
saya lihat ada bebarapa perkara perlu perlu dijelaskan dan diselesaikan ...

1. Dr asri ditahan kerana tiada tauliah... saya bangkang perkara ini kerana ramai lagi penceramah yang tiada tauliah sedang mengajar agama. pihak JAIS perlu lebih serius sekiranya penahanan Dr asri kerana tauliah. Ini menungjukan keTIDAKTELUSAN DAN KEADILAN oleh satu badan yang menjaga kepantingan AGAMA ISLAM. Bagaimana dengan Penceramah PAS yang berceramah sedangkan tiada tauliah.

2. Adakah yang sebanarnya penahanan Dr Asri kerana fahaman WAHABI. Sekiranya ini benar JAIS perlu berhadapan bukan main belakang... sekiranya tujuan ini benar saya sokong JAIS.

3. Permainan politik PR untuk menunjukan yang mereka benar2 tawadhuk. Dan Dr Asri seakan akan berada di pihak UMNO kerana masuk UTUSAN.

Sebenarnya perkara ini perlu ada toleransi. Tak boleh kah JAIS panggil Dr Asri dan berbincang atau Dr Asri berlembut untuk menerangkan fahaman dia sendiri...

Kenapa perlu ada penahanan yang memalukan ini... yang sebanernya siapa yang MALU.. ini bukan pasal politik lagi dah...ini pasal akidah..takkan nak dipolitikkan lagi...
Abdul Hayee said…
Ada hikmat dari peristiwa penahanan bekas Mufti Perlis Dato Dr. Asri Zainal Abidin. Buat pertama kalinya Pemimpin UMNO dan PAS bersatu menentang penahanan Dato Dr. Asri oleh JAIS.

Sebenarnya inilah yang dikehendaki oleh orang Islam di negara ini. Apabila situasi yang memerlukan kita bersatu kita mesti bersatu tak kira apa fahaman politik.

Dalam perkara ini UMNO dan PAS melihat dari perpektif kepentingan umat Islam. Dato Dr. Asri adalah seorang ulama kerana dia pernah menjadi Mufti Negeri Perlis. Keilmuannya dalam bidang agama tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Ilmunya dapat diikuti oleh rakyat negara ini yang beragama Islam melalui syarahannya di radia dan televisyen, tulisannya didalam akhbar Mingguan Malaysia dan di blognya. Pendeknya rakyat dapat mengikutinya secara terus. Saya dapati hujjah2-nya yang berpandukan nas dan hadith amat menarik. Nak tuduh Dato Dr. Asri anti hadith adalah tidak masuk akal.

Kritikannya juga amat pedas bagi mereka yang makan cili api. Dato Dr. Asri berperinsip menyatakan perkara yang benar. Memanglah susah bagi orang yang lemah imannya. Tetapi bagi orang yang teguh imannya ia bukanlah perkara yang berat untuk menyatakannya.

Semoga ini menjadi titik permulaan kerjasama UMNO dan PAS dalam merealisasikan perpaduan Ummah di negara ini. Amin!
Mohd Faizal said…
Tahniah & terima kasih tuan, saya tertunggu-tunggu catatan Tuan Azli mengenai isu ini yang saya kira penting juga untuk kefahaman umat islam.

Saya tidaklah pandai dan jauh sekali merasa cukup dengan sekelumit pengetahuan yang ada. Namun sesekali ada juga baca serba sedikit mengenai sejarah gerakan islam dunia dan tanah air untuk mencari kebenaran. Saya juga sangat yakin bahawa hanya kebenaran mutlak sahaja yang akan kekal, dan yang batil akan hapus ditelan zaman.

Anjuran saya kepada pencinta agama dan kebenaran, marilah kita luaskan pembacaan dan pengkajian tentang apa sahaja yang kita perlu tahu.

Sekian

http://mundarmandir2.blogspot.com/search?q=isu+wahabi
Qorie Afifi said…
Imam yang menjadi imam di Mekah pun wahabi juga.....tak payahlah cakap tentang wahabi kalau tak tau apa itu wahabi. Di malaysia Perlis adalah negeri yang mengamalkan wahabi. Masalahnya sekarang di Malaysia Islam dipecahkan melalui sebuah fahaman yang baru....sebuah kitab yang dicatat sebagai KITAB BARU ,,,,mereka bukan wahabi tetapi cuma berselindung disebalik wahabi....


Irshad mari belakang pokok sena la juga....
Anonymous said…
'tak bertauliah' bukan bermakna bodoh atau tak ada qualification.
.
'tak bertauliah' dalam konteks JAIS ni = tak ada 'lesen', 'surat kebenaran', atau nama Dr.MAZA tiada dlm senarai orang-orang yang dibenar-kan berkuliah kat selangor je.
.
1 malaysia dia boleh bagi kuliah, Selangor je dia tak ada 'lesen'. Dr.MAZA sendiri tahu hal ni, dan banyak pengkuliah termasuk Dr.MAZA telah diberi notis 'jgan buat kuliah di negeri yang anda tak boleh beri kuliah'..dia buat jugak.
Saya pembaca Minda Tajdid (blog Dr.MAZA) dh berbulan-bulan dh ni. Dia memang bagus, setiap hujah dia ada reference, memang betul la taraf kedoktoran dia ni.
Bagus bagus pon tak bermakna anda boleh melawan pihak berkuasa jika benar anda salah. Apply la 'lesen' (atau 'tauliah' dlm istilah JAIS-nya) sebelum buat kuliah. Adoi la.
JAIS pon satu hal, 30++ JAIS datang tangkap Dr.MAZA. Polis tu logic la kalau nk bawak, sebab nk jaga keselamatan kan. Tengah ramai orang time tu. Tapi ramai sangat yg datang menangkap menyebab-kan timbul commotion/kekecohan.
kesimpulanya..2-2 salah
[1] Dr.MAZA caripasal bagi kuliah di satu2nya negeri yang dia tak de lesen.
[2] JAIS timbulkan kekecohan, keraguan & harus dipersalahkan menyebabkan orang buat assumption. Denda la Dr.MAZA sebab langgar peraturan 'lesen' tu supaya orang tak continue tabur fitnah bagi pihak JAIS & Dr.MAZA
azlishukri said…
faizal - sama2 kita mencari kebenaran
keris bersilang said…
Salam semua,

Susah kita nak mentafsirkan apakah hikmah disebalik penahanan Dr Asri sewaktu sedang memberi kuliah....

Saya rasa JAIS mungkin ada sebab2 tertentu cuma kekhilafan di sini ialah cara penahanan tersebut dilakukan. Just because xde tauliah, terpaksa bawak ramai polis untuk tahan Dr Asri...kelihatan macam kesalahan jenayah. Lepas tu bila kat mahkamah pulak xde pertuduhan...lagila memeningkan kepala rakyat marhain mengakibatkan kredibiliti JAIS rosak teruk....Approach yang JAIS gunakan totally wrong.....sepatutnya panggil sahaja Dr Asri kat pejabat agama. saya yakin Dr Asri akan datang...

Isu ke dua soal tauliah...saya x nak sebut pasal penceramah agama dari parti politik mana-mana sebab nanti bias.....cuma cuba kita fikirkan bersama, soal nak mengajar ilmu agama yang mengikut ajaran AlQuran dan Hadith, adakah perlu mendapat tauliah??? Apakah tujuan sebenarnya pentauliahan itu!!! mengawal atau sekadar kosmetik sahaja...Dalam kes ini Dr Asri mengajar dalam kediaman persendirian bukannya di khalayak ramai....adakah masih perlu tauliah??? jika begitu nescaya semua guru-guru agama termasuk atuk2/nenek/makcik2/ibu-ibu yang mengajar anak2 sendiri dan anak2 orang mengaji termasuk soal2 asas fardhu ain juga perlu mendapatkan tauliah???

Persoalan ke-3...Mengapa seorang yang telah kita ketahui tahap ketinggian ilmu agamanya dan bekas mufti sebuh negeri tidak boleh menyampaikan kuliah/tazkirah disebabkan oleh takde surat tauliah...silap haribulan pegawai yang menadatangani surat tauliah tersebut, lebih rendah tahap keilmuannya..lagi haru....

Persoalan ke-4...dari kita memfokus kepada penahanan penceramah yang tiada tauliah. lebih baik segala tumpuan, usaha dan gerak kerja ditumpukan kepada perkara yang lebih utama...seperti masalah perjudian, maksiat, rasuah, masalah sosial remaja, ajaran sesat, anak luar nikah, dan banyak lagi perkara-perkara yang lebih serius yang perlu ditangani segera....jangan terlebih aksesori daripada isi....wallahua'lam...
vesewe said…
If malays are so unhappy in this land, they are free to go back to Indonesia, nobody stop them.

They are laughed at by everyone in this world for being lazy, stupid, useless morons.

If we want a good country – we must destroy the Umno party first.
Anonymous said…
vesewe,,,,

kurang faham dgn komen saudara/i...mungkin anda tersalah bas ni....zzzzzzzz
shamshul anuar said…
Saudara Nova,

Saya tak fiker begitu. Saya terima jika tauliah diperlukan. Ini untuk mengawal supaya tiada penyelewengan oleh pihak yang mahu menyesatkan umat Islam atau orang yang guna ugama untuk kepentingan politik.

Dan JAIS pula mestilah jujur. Dalam begitu ramai tukang karut yang berceramah di selangor, kenapa mestiDr Asri yang ditahan.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Di taman kosas, Surau Fatimah Zahra selalu jadi medan memaki hamun. Dr Khir Toyo dimaki hamun dalam masjid dan dituduh munafik hanya kerana Selangor cuti hari ahad , bukan Jumaat.

Saya mendengar sendiri Dr mahathir digelar "ular", "Mahafiraun" dalam khutbah Jumaat.

Tahun lepas khatib yang baca khutbah sibuk beri dalil kenapa Anwar tak perlu bersumpah. Majalah Harakah satu masa dijual dalam surau tersebut. Diluar surau itu juga dijual kaset Anwar Ibrahim dan Suara Keadilan.

Di sebuah masjid baru di taman Kosas, penceramah ketika Terawih memfitnah penduduk Sek 23 Shah Alam konnonya mereka dihasut oleh UMNO.

Ya. Meamng tauliah perlu. Jadi kenapa tiada tindakan pada orang-orang yang jual ugama ini. Kenapa?

Dari pemerhatian saya, masalah timbul bila JAIS tutup mata pada penceramah PAS yang suka maki hamun dalam masjid.
Anonymous said…
Al Hafiz Al Khatib al Baghdadi meriwayatkan dalam kitabnya Al Faqih wa al Mutafaqqih Juz 2 Hlm 157 dari al Imam Syafi'i radiyaLlahu 'anhu berkata :
"Tidak dihalalkan bagi seseorang berfatwa mengenai agama Allah, kecuali seorang yang arif Kitab ALlah (al Quran), Nasikh Mansukh, Muhkam dan Mutasyabih, Ta'wil dan Tanzil, Nasikh dan Makkiyah dan Madaniyahnya; Apa yang dimaksudkan dengan satu-satu ayat; dalam masalah apa ia diturunkan. Selain itu, dia juga mesti menguasai hadith RasuluLlah s.a.w; Nasikh dan Mansukhnya; Pengetahuannya mengenai hadith Nabi s.a.w mesti setaraf pengetahuannya mengenai al Quran. Dia mesti juga menguasai Bahasa Arab; arif akan seluk beluk syair, dan disiplin ilmu yang lain yang diperlukan untuk memahami al Quran. Disamping itu, dia juga mesti menahan diri daripada (seronok) bercakap. Dia dituntut juga untuk memahami perbezaan pendapat di kalangan para ulama, selain harus memiliki kemampuan atau kepakaran dalam mengambil ketentuan hukum (istinbat). Jika semua syarat-syarat ini telah dimilikinya, maka barulah boleh baginya bercakap dan berfatwa tentang halal dan haram.

Namun jika belum sampai pada darjat ini, dia hanya boleh membincangkan tentang ilmu pengetahuan, tetapi tidak dibenarkan untuk berfatwa."

Setakat Ulama yang baru bergelar PhD dengan thesis CUT AND PASTE usah ler nak bergebang tak tentu kira. Ada banyak pendapat dan pernyataan si MAZA ni yang jelas bertentangan dengan ASWJ. sampaikan Selawat Syifa pun haram apa ke jadahnya?

Dah la tak reti, nak pulak memanai berfatwa Tareqat Naqsyabandiah tu meniru ajaran Budha. Kepala hotak dia...sah tak reti dan tak layak nak bercakap tentang hal ni.

Disamping tu, ada pulak Si MAZA ni cakap tak boleh bertawasul. Lagi ler bengap seolah tak belajar langusng. tengok saja sejarah Rasul sewaktu peristiwa Isra' dan Mikraj. Baginda juga meminta doa dari orang mati ( para Nabi) di setiap perhentiannya antara satu langit ke satu langit. tawasul bukan bermakna meninggalkan Allah,sebaliknya sekadar memohon doa berkat saja untuk mencapai sesuatu hajat malah untuk mendekatkan diri pada Allah.

sah! korang tak percaya search la dlm youtube utk tengok Si MAZA ni bermain kata. kelak menanti binasa... nauzubillah.

La Cide La Munti.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh