Tetamu Kehormat...

November 4, 2009

Anwar, Haji Hadi dan Nik Aziz 2009 : Tiba-tiba Sejarah Membelok


Anwar, Haji Hadi dan Nik Aziz 2009
Tiba-tiba Sejarah Membelok


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya mempergunakan Pas demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Anwar merasakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong pembentukan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, adalah penghalang besar kepada cita-citanya itu.''Saya setuju dengan pendapat bahawa idea kerajaan perpaduan Pas-UMNO bukan isu utama mengakibatkan kemelut dalam Pas.

''Sebaliknya ia peranan Anwar di belakang tabir Pas yang menjadi punca krisis ini. Ia alasan mengetepikan kewujudan Abdul Hadi yang dilihat mampu menenggelamkan kredibiliti Anwar untuk menjadi Perdana Menteri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kolum sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melihat permasalahan dalam Pas bukan saja melibatkan golongan pro-UMNO tetapi juga anti-Anwar. Mohd. Puad berkata, pemimpin Pas prokerajaan perpaduan seperti Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali yang dilabel pemimpin bermasalah oleh mursyidul am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini, juga menjadi kerisauan kepada Anwar.

''Anwar memang resah dengan cara Hassan di Selangor yang susah berkompromi dengan banyak tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR itu. Ia salah satu sebab Anwar melaga-lagakan Pas,'' katanya. Tambahnya, ramai ahli Pas belum sedar permainan Anwar kerana mereka masih mempercayai ikrar Pas untuk tetap bersama pakatan pembangkang. Kata Mohd. Puad, Anwar juga dilihat mahu mengalihkan perhatian daripada masalah dalaman PKR kepada masalah dalam Pas.

''Pemimpin PKR tidak henti-henti terlibat dengan masalah moral dan peribadi, jadi Anwar cuba mengalihkan perhatian rakyat mengenai ini dan menjadikan ia masalah Pas.

''Sepatutnya Pas sedar bahawa Anwar sedang resah jika dia tidak dapat menghapuskan Abdul Hadi, maka cita-citanya akan tertutup,'' katanya.


Ulasan Saya : Sudah lama saya mahu mengulas isu perbalahan Kerajaan Perpaduan ini. Saya ingin jelaskan secara jujur dan amanah, secara berterus-terang dan tanpa berselindung bahawa dalam soal Kerajaan Perpaduan - Haji Hadi dan golongan yang menyokong idea tersebut sama-sekali tidak boleh dipersalahkan. Mereka berada di pihak yang benar. Yang bermasalah dalam soal ini ialah Nik Aziz. Tiada kompromi dalam isu ini. Nik Aziz yang tidak mahu mengikut saranan al-Quran yang jelas menyuruh mana-mana umat Islam yang saling bergaduhan atau bersengketa - adalah wajib didamaikan. Semua orang tahu ahli PAS beragama Islam, begitu juga dengan ahli UMNO - tiada pertikaian dalam hal tersebut, jadi mengapa Nik Aziz harus menolak gagasan Kerajaan Perpaduan? Soal sama ada niat UMNO ikhlas atau pun sebaliknya - hanya Allah sahaja yang tahu.


Saya tetap menyokong pandangan awal Haji Hadi yang jelas secocok dengan kehendak al-Quran. Ada keikhlasan dalam diri Haji Hadi berkenaan isu Kerajaan Perpaduan. Haji Hadi tampak jelas cuba mengikut petunjuk al-Quran, tetapi malangnya Nik Aziz tetap berdegil dan memberikan pelbagai alasan yang karut dan tidak menepati kehendak al-Quran dan Sunnah Nabi. Namun demikian, kekecewaan harus juga diketengahkan terhadap sikap dan pendirian Haji Hadi - adalah jelas Haji Hadi sanggup mengabaikan perintah al-Quran yang jelas menyuruh umat Islam agar bersatu-padu, demi mengejar kepentingan politik PAS yang sempit, di samping mengikut arahan songsang Nik Aziz yang jelas bertentangan dengan perintah Allah. Apabila Allah dan Rasul-Nya menyuruh agar umat Islam bersatu dan taat kepada pemerintah - maka lakukanlah sahaja, jangan beri banyak alasan! Mengapa mesti merujuk kepada DAP dan PKR dalam soal ini.


Apakah Nik Aziz tidak tahu bahawa DAP dan PKR sama sekali tidak berjuang atas dasar Islam? Jadi mengapa PAS harus mengorbankan perjuangan sucinya semata-mata mahu mengejar habuan dunia yang sedikit ini? Apakah hanya mahukan kuasa, maka kita sanggup gadaikan segala-galanya? Termasuk prinsip perjuangan kita sendiri? Sebenarnya, polimik yang sedang melanda PAS adalah berpunca daripada kekeliruan dalam kalangan ahlinya terhadap dasar parti tersebut. Dalam ucapan dan ceramah politik, pemimpin-pemimpin PAS berapi-api mahukan Islam dan berjihad, sebaliknya dalam bentuk perbuatan pula - mereka lebih menunjukkan sikap mahu mengejar pangkat, kedudukan dan kuasa, manakala hukum-hakam ditolak ke tepi. Saya lebih suka jika PAS jangan terlibat dengan politik - tumpukan sepenuhnya terhadap kerja-kerja dakwah. Jika Nik Aziz menolak UMNO kerana dasarnya yang tidak bersifat Islamik - maka begitu jugalah dengan Anwar Ibrahim. Apakah Nik Aziz yakin Anwar Ibrahim mahukan hukum Hudud? Apakah Nik Aziz yakin Anwar Ibrahim mahukan negara Islam? Jawapannya mudah - nahi, nahi, nahi Anwar tidak mahu semua itu - jika Anwar mahukan semua itu - bukankah lebih baik beliau menyertai PAS sahaja?


Jadi adalah jelaslah Anwar Ibrahim tidak berkongsi perjuangan dengan PAS. Apakah di dalam dasar perjuangan PKR ada tertulis untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara? Bukankah Nik Aziz tahu hakikat perjuangan PKR dan Anwar Ibrahim sebenarnya tiada sengan semua itu? Jadi mengapa Nik Aziz tetap bertegas mahukan kerjasama dengan DAP dan PKR? Setelah penat mencari jawapan - akhirnya saya menuju ke arah satu kesimpulan yang penting, iaitu - matlamat perjuangan Nik Aziz bukan lagi mahukan Islam- sebaliknya mahukan kuasa, mahukan kemenangan dan mahu melihat UMNO hancur - itu sahaja tak lebih dan tak kurang. Matlamat untuk menegakkan negara dan hukum Islam sudah hilang dalam kamus perjuangan PAS - semua niat suci itu sudah tiada - yang ada hanyalah Anwar Ibrahim. Sebab itu saya percaya - PAS akan hancur jika terus begini dan tidak mahu kembali ke pangkal jalan - PAS akan dimakan dan dimamah sumpahnya sendiri. PAS melaungkan, "marilah kita ikut al-Quran dan ikut Hadis Nabi", tetapi apabila al-Quran dan Hadis nabi menyuruh umat Islam yang bersaudara agar kembali berdamai - maka muncullah Nik Aziz, orang pertama yang menolak saranan tersebut - Islamkah kita?


Pada hemat saya - PAS tidak perlu mengadakan EGM, atau konvensyen atau apa-apa perhimpunan bagi membincangakan persoalan "mahu membersihkan PAS daripada anasir UMNO yang menyokong Kerajaan Perpaduan" - apa yang perlu dilakukan oleh PAS hanya satu, iaitu ikut sahaja suruhan al-Quran dan As-Sunnah - bukankah PAS sendiri meletakkan dasar perlembagaan tertinggi parti tersebut ialah al-Quran dan As-Sunnah? Maka, perlu apa diadakan konvensyen atau EGM jika jawapannya sudah ada di dalam al-Quran? Ambil sahajalah. Isu Kerajaan Perpaduan sudah ada jawapannya di dalam al-Quran, sewaktu Haji Hadi mengusulkan cadangan Kerajaan Perpaduan, Haji Hadi sudah merujuk al-Quran melalui ayat ke-10 dalam surah al-Hujrat yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."


Lantaran itu, pada pandangan saya dalam soal ini Haji Hadi berada di pihak yang benar, manakala Nik Aziz berada di pihak yang salah. Cuma, soalnya sekarang adalah sejauh mana ahli-ahli PAS mampu menerima perintah al-Quran dalam ayat tersebut. Pada saya - jika isu Kerajaan Perpaduan dikembalikan kepada Allah dan Rasul-Nya, semua masalah akan selesai dan terjawab. Tidak perlu kita adakan EGM atau Mesyuarat Tergempar atau apa-apa sahaja perjumpaan andaikata semua ahli PAS mahu merujuk ayat ke-10 dalam surat al-Hujrat itu. Saya sudah muak untuk bercakap soal ini. Penyelesaian sudah berada di depan mata - tetapi kita sengaja mahu mengikut hawa nafsu dan syaitan. Wallahualam.

3 comments:

Anonymous said...

tengok bapa munafik tgh solat. siang solat berjamaah, mlm hentam punggung saiful, meor, hairani, ismail, sukma, azizan, dll.

tapi kenapa masih ramai yg sokong munafik ni, pelik ya.?? nik aziz dgr ckp husam. husam kata pada ezam kita mau tunggang anwar. mau tunggang satu hal, mau kaut duit satu hal juga.

tapi persoalannya dimanakah letaknya kejujuran pengiat politik yg kununnya lebih islam dari yg lain2 didlm PAS.

politik apa namanya ni??? ckp islam berdegar2 belum tentu boleh maintain kalau diuji dgn kuasa dan wang.

UMNO busuk mcmana pun dah diuji 50thn dan kekal gagah sehingga kehari ini. sbb umno lebih jujur dari yg lain2.

sbb tu aku meluat dgn PAS.

shahrim

fathiadha68 said...

kadang2 kuasa (politik) mampu mengubah manusia... tdk kira dimana pun manusia berada...

isu ini bukan sahaja berlaku di dlm sejarah politik di Malaysia... malah kerajaan2 islam pd satu ketika dahulu juga mengalami masalah yg sama, iaitu keinginan kuasa (kebendaan)...

oleh itu, sekiranya dinilai kembali, maka kita akan melihat bagaimana pemimpin2 di Malaysia ini memperguna2kan isu2 tertentu bagi mengekalkan kuasanya @ bagi mendapatakan kuasa...

renung-renungkanlah....

Muhammad Azli Shukri said...

pada pandangan saya ikut sahaja cara nabi, jangan jadikan politik adalah segala-galanya. Wallahualam.