Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Mukhriz Calon DUN Kota Siputeh?

Mukhriz Calon DUN Kota Siputeh? Walau apa-apa pun alasan yang bakal kita dengar di dalam keputusan mahkamah kelak - hakikatnya satu lagi Pilihan Raya Kecil akan tetap juga diadakan di Kota Siputeh. SPRM menggunakan alasan implikasi kewangan bagi mengharapkan ihsan mahkamah agar Pilihan Raya Kecil di DUN tersebut tidak perlu diadakan. Dengan bajet Rm200 ribu bagi tujuan mengadakan satu Pilihan Raya Kecil - alasan ini - sekurang-kurangnya membuktikan bahawa duit rakyat jangan dibazirkan kepada sesuatu yang boleh diselesaikan secara hikmah. Namun demikian, andaikata jika DUN Kota Siputeh bukan milik UMNO - apakah SPRM akan mempertahankannya juga? Saya fikir - untuk lebih jujur, Pilihan Raya Kecil DUN Kota Siputeh harus diadakan secepat mungkin, sebelum ia memberi implikasi yang negatif terhadap undang-undang dan perlembagaan negara. Malah, jika Pilihan Raya Kecil tidak diadakan - saya khuatir rakyat akan menuduh kononnya SPRM adalah kuda tunggangan UMNO/BN - hal ini harus segera dielakkan

Selamat Jalan Husam!

Nik Aziz Nik Mat 2009 Selamat Jalan Husam! ALOR SETAR 22 Nov. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membincangkan hasrat Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang dikatakan mahu melepaskan kesemua jawatannya di dalam parti dan kerajaan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kunjungannya ke Kelantan Khamis ini. Menurut Abdul Hadi, setakat ini, beliau masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut dan hanya membaca menerusi laporan media. "Saya tidak tahu menahu, cuma mengetahui mengenainya daripada laporan media dan saya kena tunggu maklumat sebenarnya," kata beliau. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melihat sesi perbahasan sebelah pagi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini. Mingguan Malaysia hari ini melaporkan keputusan Husam Musa yang disifatkan sebagai satu lagi episod menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu. Namun hasrat itu tidak dipersetujui

Isu Bai'ah : Datuk Mustafa Ali Tetap Tidak Mengaku

DATUK MUSTAFA ALI TETAP TIDAK MENGAKU Bukankah sudah saya jelaskan dalam posting saya sebelum ini, bahawa akhirnya jawapan berkenaan isu bai'ah talak tiga ini sudah ada skrip jawapannya? PAS tetap tidak akan mengaku, walaupun sudah jelas buktinya melalui rakaman video dalam YouTube. Di dalam Harakahdaily, lidah rasmi parti tersebut sudah awal-awal meletakkan tajuk utamanya yang berbunyi, "Tiada Lafaz Talak Tiga dalam Bai'ah PAS" Tulisan saudara Dzulfikar Mashoor. Lihatlah laporan beliau di bawah ini. KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS hari ini mendedahkan bai'ah (janji setia) dengan lafaz menceraikan isteri dengan talak tiga adalah bukan lafaz rasmi dari parti itu. Penafian itu dibuat Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali setelah beliau sendiri menyiasat dakwaan tersebut sebagaimana diarah Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. Menurutnya, kesemua negeri menggunakan lafaz bai'ah rasmi tersebut kecuali sedikit berbeza bagi wakil rakyat mereka di Selan

Dr. Asri Akan Sertai UMNO, InsyaAllah!

Dr. Asri Akan Sertai UMNO, InsyaAllah! Saya secara peribadi menyambut baik niat Dr Asri untuk menyertai politik, andaikata hak beliau untuk bersuara dan berceramah disekat oleh pihak tertentu. Sebelum ini, Dr Asri membayangkan bahawa beliau berkemungkinan akan menyertai parti politik tertentu sebagai jalan terakhir untuk beliau terus berdakwah. Persoalan yang timbul sekarang ialah, mana satu parti politik yang sangat dekat di hati Dr Asri? PAS kah?, UMNO kah? atau PKR? Harus juga diingati bahawa terdapat juga mantan mufti Pulau Pinang yang menyertai politik tetapi tidak menyertai PAS, sebaliknya menyertai PKR. Namun demikian, pada hemat saya, jika Dr Asri benar-benar mahu ke medan politik sepenuh masa - saya sangat menggalakkannya. Malah, parti politik yang sesuai untuk beliau ialah UMNO, dan bukannya PAS! Sepanjang pengetahuan saya - kebiasaan bagi golongan salaf (seperti saya juga) lebih berminat dan lebih cenderung bersama golongan pemerintah. Golongan salaf-as-soleh berpegang tegu

Transformasi Budaya II

Transformasi Budaya II KUALA LUMPUR 9 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar ahli yang gagal mematuhi disiplin dan ideologi parti itu sebagai 'pengacau' di dalam PKR. Sambil memberi amaran kepada individu terlibat Anwar berkata, mereka harus berundur daripada parti sebelum disingkirkan. "Saya dengan tegas memberi amaran kepada seluruh anasir-anasir 'pengacau' dalam parti yang gagal patuh kepada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkirkan," katanya di dalam blognya www.anwaribrahim.com. PKR baru-baru ini berhadapan dengan krisis dalaman yang menyaksikan dua pemimpinnya di Sabah iaitu Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meletak jawatan sebagai Naib Presiden, sementara Christina Liew pula meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu. Seorang wakil rakyatnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah pula bertindak keluar parti itu dan menjadi ADUN bebas

PAS dan Nik Aziz 2012 : 2 Kilometer Dari Bencana!

PAS dan NIK AZIZ 2012 Dua Kilometer Dari Bencana! Salam dan selamat sejahtera kepada semua, kiranya saya masih belum terlewat untuk memberi sedikit pandangan berhubung Seminar Pemerkasaan PAS yang berlangsung tempoh hari serta isu pendedahan yang dilakukan oleh Profesor Madya Dr Hassan Hasbullah berkenaan terhakisnya pengaruh PAS dalam kalangan generasi muda. Pada hemat saya - kenyataan yang mendakwa bahawa generasi muda menolak UMNO dalam PRU yang lepas adalah bertitik tolak daripada kebencian dan kemarahan mereka terhadap kepimpinan UMNO yang selama ini mengamalkan kronisme dan rasuah - tetapi, harus diingat sokongan yang berasaskan kepada rasa benci dan marah tidak akan bertahan lama - sifat orang marah ini, sampai masanya ia akan reda juga. PAS akan tetap gagal selagi menjadikan rasa benci dan marah sebagai garis panduan untuk mendapatkan sokongan berterusan daripada rakyat. PAS perlu mewujudkan rasa kesedaran - hanya melalui kesedaran sahaja - sokongan akan berkekalan. Izinkan s

Shahidan Kasim 2009 : Apabila Malam Terlelap

Shahidan Kasim 2009 Apabila Malam Terlelap KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan hanya satu jawatan mufti diwujudkan di negara ini bagi mengelakkan pertikaian dan perselisihan pendapat sesama mereka. Katanya, pada masa ini setiap negeri mempunyai mufti dan perbezaan pandangan di kalangan mufti-mufti akan menimbulkan keresahan rakyat kerana isu agama adalah sensitif. "Perkara ini perlu dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan pada mesyuarat akan datang," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) berhubung kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zain AlGhari mengenai bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Zamihan baru-baru ini mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Dr Mohd Asri melibatkan Bahasa Arab dan Sastera dan pendedahan itu disifatkan Shahidan sesuatu perkar

Konvensyen Blogger PAS 2009 : Jelapang Padi Yang Kosong

Konvensyen Blogger PAS 2009 Jelapang Padi Yang Kosong KUALA LUMPUR, 5 Nov: Lajnah Penerangan PAS Pusat (LPPP) mengambil inisiatif mengadakan Konvensyen blogger PAS, ekoran beberapa polimik besar parti itu yang dilihat berpunca dari media baru itu. Konvensyen yang masih belum diputuskan tarikh dan tempatnya itu akan mengumpulkan semua blogger PAS di peringkat pimpinan pusat, negeri, kawasan dan ahli di cawangan. Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, konvensyen itu antara lain bertujuan menjadikan blogger PAS sebagai kumpulan yang memperbetul persepsi masyarakat terhadap PAS. "Kita mahu blogger kita (PAS) ini menjadi orang yang memperbetul persepsi dan tanggapan PAS dalam gerbang maya ini," katanya ketika dihubungi. Medium Konvensyen ini juga katanya dilihat mampu memberi peringatan kepada blogger dikalangan PAS agar mereka sedar dan tidak menjadi sebahagian dari penabur fitnah kepada parti itu. "Orang banyak fitnah PAS sekarang ni, jadi kita

Asri & Azli 2009 : Pedang Bermata Dua

ASRI & AZLI 2009 Pedang Bermata Dua Maafkan saya kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini - kesibukan tugas dan kerja-kerja amal menyebabkan saya terlepas untuk mengulas beberapa isu terkini yang sedang melanda negara tercinta kita. Namun demikian, setelah membaca beberapa posting di blog-blog tertentu berhubung isu penahanan mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin oleh JAIS dua hari yang lalu - menyebabkan saya terpanggil bagi membela kebenaran. Isunya sangat mudah! tidak terlalu sukar untuk mencari siapakah dalang yang melakukan kerja-kerja keji tersebut - memburukan nama Dr Asri sebagai golongan yang sesat akidahnya, semata-mata beliau berfahaman salaf-as soleh yang terang-terang bermazhab ahli sunnah wal jamaah. Strategi memburuk-burukan golongan salaf- as-soleh serta perbuatan kotor lagi hina (semoga Allah menyedarkan golongan tersebut) yang dilakukan terhadap Dr Asri dan golongan ini sudah berjalan begitu agresif sejak lima tahun belakangan ini - kepada mereka yang jah