Tetamu Kehormat...

October 4, 2009

Islam Tulen Dan UMNO


Islam Tulen Dan UMNO

Oleh Dr.Mohd Asri Zainul Abidin

Saya tertarik dengan tulisan Dr. Asri di dalam Mingguan Malaysia hari ini. Saya 100% menyokong tulisan beliau. Semoga UMNO akan sedar dan kembali kuat. Marilah sama-sama kita hayati tulisan beliau ini. Wallahualam.


Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan 'orang politik' untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO. Islam itu sebagai addin dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.


Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: "UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen! UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera. Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kepada kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad SAW), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (Surah al-Nisa, ayat 136).


Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak! Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: "Allah taala memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkan, mengukuhkan dan berterusan atasnya". Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.


Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik. Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara 'kampung' sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit. Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: 'anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar. Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fenomena umum.


Baca sepenuhnya di drmaza.com

24 comments:

Rozaidi Toha said...
This comment has been removed by the author.
Rozaidi Toha said...

sorry utk komen yg atas..
tak jadi la..

btw, saya setuju sgt dgn pndpt Dr. Asri itu..

itulah masalahnya..

CUPING MERAH said...

betul lah kata tok guru nik aziz..

umno islam palsu..plastik..

ya kembalilah umno kepada islam tulen...kah..kah..kah

dino_yp@yahoo.com said...

kalau islam umno plastik, islam hamPAS islam kayu.... palsu jugak.

YANG GAMBI said...

Salam, begitulah sikap puak-puak khawarij, sentiasa menyindir dan menghina pendapatan yang baik dari ulama yang tidak sehaluan dengan mereka......

Puak-puak ini sama dengan sebahagian warga dungu Indonesia yang tidak bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan orang, menghina Malaysia walau pun Allah telah menurunkan bala yang besar kepada mereka....

zaidi ali said...

Salam.

Kalau UMNO berjaya jadi Islam Tulen, PAS mungkin boleh 'tutup kedai' kot.

Muhammad Azli Shukri said...

cuping merah - PAS juga perlu kepada Islam Tulen.

Muhammad Azli Shukri said...

zaidi ali - saya setuju dengan saudara

zeqzeq said...

masalahnya bila nak berubah..sanggup hadapi rintangan.
hilang pengaruh depan rakan.

Amri said...

Saya stuju dengan Dr. Asri. Pendapat iklas dan berani daripada beliau amat-amat diperlukan.

Tetapi masalahnya, walaupun setiap hari Dr. Asri cuba memperbetulkan UMNO, UMNO tetap tak betul-betul jugak. Apasal?. Jom mari semua penyokong-penyokong UMNO yang Islam kita pakat solat berjamaah di masjid. Bersedialah untuk mempelajari ilmu menjadi Imam, Guru Agama, Bilal, Naqib Tahlil Arwah, Pendakwah yang menceritakan Islam yang sebenar, bukan menyembunyikan sesuatu ayat yang tidak sesuai dengan jiwa pemimpin UMNO dan sebagainya.

Kalau ini boleh dilakukan PAS terus boleh berkubur dan masuk UMNO.

Tapi satu perkara lagi yang kena diubah adalah perlembagaan UMNO yang nampak sangat totok kemelayuannya. Tukarlah, masukkan Islam sikit. Saya cadangkan UNITED MUSLIM NATION ORGANISATION (UMNO Jugak).

Kalau dasar tak ubah, seribu kali nasihat Dr. Asri pun tak akan berubah.

Perubahan penting yang ke2...bini-bini pemimpin UMNO pakailah tudung, berdosa kalau orang lain tengok. jangan tengok? tak boleh sebab pemimpin berucap diTV, pentas dan sebagainya, Isteri mereka ada di sebelah tak pakai tudung. Tak tengok pun ternampak jugak. Pandangan pertama dihalalkan, tetapi isteri pemimpin keluar setiap masa, kalaupun terpandang kali pertama hari ini, itu sudah dikira pandangan yang entah ke berapa, bukan pandangan pertama lagi. Betul kan Dr.?

Cuba contohi isteri Yang Dipertuan Agong, Cuba tengok Isteri-isteri Sultan Brunei, Cuba tengok Isteri-isteri pemimpin PAS dari atas sampai ke bawah (walaupun Dr. Asri tak setuju dengan PAS sepenuhnya pun tak mengapalah, sebab dia memang sayangkan UMNO, tapi UMNO saja yang tak tahu menilai kasih sayang Dr. Asri kepada UMNO. Dr. Asri sayang kepada UMNO seperti seorang bapak yang mempunyai anak penagih dadah. walaupun keluar masuk penjara sekalipun dia tetap akan jamin. Biar bergolok bergadai, jual habis harta benda, tapi kerana sayangkan anak tetap dijamin). Tapi UMNO tak pernah nak menilai kasih sayang Dr. Asri.

Nampak gayanya susah untuk kembali kepada Islam Tulen, selepas 50 tahun mempraktikkan Islam sekular, Islam Liberal dan Islam Hadhari.

Kalau boleh, alhamdulillah. Muhasabahlah diri kembali wahai UMNO. Dunia sudah hampir kiamat.

Cara Penyelesainnya Mudah saja:
1. Ubah Dasar dan Perlembagaan
2. Ubah Gaya hidup kepada Islam
3. Jauhi Rasuah, Riba, Zina dan Judi.
4. Sentiasa menutup aurat bagi wanita dari hujung rambut sampai hujung kaki.
5. Penuhi masjid dan surau dengan solat jamaah, bukan memenuhi kedai makan dan pusat karaoke dan disko.
6. Penuhilah pusat-pusat pengajian atau pondok mempelajari ilmu agama
7. Bersiap sedia untuk menjadi imam, ustaz dan pendakwah Islam Tulen.
8. Hapuskan Pertubuhan Islam hadhari (sekarang ini masih hidup terutama di Terengganu - Pengerusinya semua orang kenal)
9. Terapkan Islam Tulen dalam pentadbiran negara. Undang-undangnya, Sosialnya, Medianya, TVnya,dan sebagainya.
10. Buat 1 channel TV dan radio Islam Tulen. jangan dipolitikkan.
11. Pentas nyanyian dipantau agar tidak terpesong dari Islam. Artis perempuan menutup aurat atau menyanyi dihadapan perempuan sahaja.
12. Arak, judi diharamkan kepada semua orang Islam. Dengan penguatkuasaan yang tegas.
13. Iklan-iklan TV, signboard malah Billboard yang memaparkan wajah dan susuk tubuh badan perempuan dikurangkan atau diPAKAIKAN BAJU kepadanya.
14. Al-Qur'an dititik beratkan dalam kehidupan, bukan setakad baca, bahkan fahami, hayati dan diamali dalam kehidupan.
15. SOLAT AMAT PENTING.
16. Dan banyak lagi..........

Mintak Dr. Asri tolong huraikan satu persatu. Beliau tahu semuanya apa yang UMNO buat yang tak kena dengan Islam, tapi sebab sayangkan UMNO maka dia tak berapa berani nak bertegas...takut anak merajuk.

azmi yusof said...

macamana nak ubah pemerintah kalo anak bini kita pun kita tak boleh nak didik..?relevankah lagi islam dan melayu kalau orangnya dah tak rupa islam??

Pejuang Bangsa said...

azli ,

aku pun baca dlm mingguan malaysia itu dan cukup bersetuju dgn pandangan Dr Asri UMNO

UMNO perlu menjadi pejuang Islam yang tulen ..PAS kita tahu sudah menyimpang jauh dah ,dan UMNO ini masih lagi relevan dan cuma perlu kembali kpd islan yg tulen .

Anonymous said...

PAS sebenarnya bukan parti Islam. Ia hanyalah sebuah parti politik yang menggunakan Islam untuk merebut kuasa. Itu sebab banyak pendirian dan tindakan yang diambil tidaklah begitu Islamik. Tak semua orang tertipu dengan fatwa syok sendiri yang dikeluarkan oleh PAS untuk menegakkan benang yang basah. Kesimpulannya bukan UMNO sahaja yang perlu memperbaiki diri tetapi PAS lagi perlu memperbaiki diri kerana perjuangannya sekarang tidak melambangkan perjuangan Islam yang tulin.

Anonymous said...

Jangan pulak perdana menteri tukar tema. Dari Wawasan 2020 ke Islam Hadhari ke 1Malaysia ke Islam Tulen.

Kalau dah Islam, Islam lah tu. Jangan tambah tulen, bersih, suci, salafi, wahabi, sunnah, syafiiyah dan seterusnya.

Islam saja dah cukup.

zul abdul rahman said...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

salam hormat dan salam kembali kepada saudarku azli,

benar, saya bersetuju dan bersaksi,
betapalah indahnya apabila kita mula membicarakan akan hal adab, sopan dan tertib,

Indah sungguh Islam apabila diperhalusi,
Indah sungguh *melayu apabila dikenali,

maka sungguh-sungguh indah dan sempurnalah apabila digabungkan keduanya,

penggabungan yang sudah mampu untuk belayar sampai ke situ...

*melayu (atau ganti dan gabungkanlah dengan apa sahaja di dunia ini)

salam hormat azli,
salam penuh kasih dan sayang,

Alamanda said...

Syabas Sdr Azli,
Saya memang peminat Dr Asri sejak menonton rancangannya Bahtera Perubahan di Astro setiap Jumaat.
Kupasannya sangat jelas, ikhlas dan murni. Pendek kata waktu setengah jam itu terlalu singkat rasanya.
Bagi saya, beliau seorang pejuang Islam yang tulen. Mendengar ceramahnya menjadikan kita lebih terbuka dan memahami inti ajaran Islam dengan lebih mendalam lagi.

Anonymous said...

Dalam bab ini, UMNO mengalami krisis keyakinan dan phobia kerana hanya beramal secara taqli' dan perjuangan berlandaskan nafsu semata-mata. Persoalan solat, aurat, dosa pahala hanya dianggap perkara enteng dan peribadi, persoalan ekonomi dan pembangunan menjadi agenda utama. Walhal peribadi membentuk bangsa dan negara. Ingat, petani yang beriman dan bersolat lebih baik daripada doktor yang hedonist.

DR NO

pulau namoyaki said...

Salam,


DR NO,
saudara telah menjatuhkan hukum?

apakah dengan menghela nafas sebegitu sudah mampu membuatkan ianya terkeluar daripada krisis yang dinyatakan?

salam hormat,

Muhammad Azli Shukri said...

pulau namoyaki - jawapan yang baik.

Anonymous said...

pulau namoyaki,
pohon penjelasan lanjut.

DR NO

pulau namoyaki said...

Alhamdulillah,
Salam hormat kepada DR NO yang sudi berbual-bicara, dan telah kami berlapang dada kerananya demi masa,

UMNO MENGALAMI KRISIS
benar, kami bersaksi. tetapi di dalam bab itu ianya tidaklah boleh ditujukan kepada semua ahli, maknanya tidak semuanya yang beramal secara taqliq dan perjuangan berlandaskan nafsu.

kata saudara: Quote: DR NO October 7, 2009 9:39 PM,
"Dalam bab ini, UMNO mengalami krisis keyakinan dan phobia kerana hanya beramal secara taqli' dan perjuangan berlandaskan nafsu semata-mata. Persoalan solat, aurat, dosa pahala hanya dianggap perkara enteng dan peribadi, persoalan ekonomi dan pembangunan menjadi agenda utama. Walhal peribadi membentuk bangsa dan negara".

pandangan kami:
saudara DR NO telah berkata-kata (atau menghukum, atau menjatuhkan hukum, [p.n :October 8, 2009 12:57 AM]kepada semuanya (kesemua ahli yang membaca dan mahu membaca), sedangkan DR NO tidak tahu siapa yang membaca di sini, siapa yang berusaha kearah itu dan sebagainya,
(maaf)

pertanyaan kami:
bagaimanakah DR NO mampu memohon ampun dan maaf kepada semua ahli yang mana mereka-mereka ini tidak akan berkata apa-apa walau sepatah perkataan pun kepada DR NO,

tetapi mereka hanya akan tunduk diam membisu sambil merenung dan memikirkan akan kenyataan DR NO sebegini, dan
apa pula pandangan mereka terhadap peribadi dan keperibadian DR NO?

begitulah betapa ber'bisa'nya akan perkataan dan kenyataan yang terbuka,

jadi, apakah dengan menghela nafas sebegitu sudah mampu membuatkan ianya (DR NO dan diri) terkeluar daripada krisis(umat islam) yang dinyatakan?
[p.n :October 8, 2009 12:57 AM]

Agama tidak mengajarkan kita begitu, manakala sirah junjungan tiada pula ada bicaranya begitu,

"Leadership is influence",

maka dengan itu, saudara DR NO wajib membantu kami sekiranya saudara DR NO lebih arif tentang hal dan perihal ini kerana tiada sempurnalah iman DR NO jikalau DR NO tidak menyayangi kami sama seperti DR NO menyayangi diri DR NO sendiri,
DR NO juga akan dituntut dan ditanya...

mohon ampun dan maaf andai ada tersilap bicara (mohon diperbetulkan kerana kita dibenarkan untuk mempunyai perbezaan pendapat selagi kita tidak tersasar dari landasan dan haluan yang telah dituliskan dan demi kebaikkan, "jangan kamu marah"-pesan Rasulullahi SAW,

salam hormat kepada saudara saya azli shukri yang saya sayangi, tuan empunya blog yang mengidzinkan, salam kasih dan sayang kepada semuanya,

Anonymous said...

Sukriah Pulau namoyaki,
memang ruang dan masa terbatas utk berbicara panjang utk faham maksud sebenar tanpa tergantung.Untuk mengenali diri saya, saya ambil prinsip ini " Kalau UMNO menepati KRITERIA wadah yg memperjuangan ummah dunia dan akhirat, dan NAMPAK bersih bukan sekadar bersih terutamanya pimpinan yg mempunyai amanah besar, maka kewujudan PAS adalah HARAM. Tapi, buat masa ini, PAS wujud sebagai wadah PENDESAK"
Mungkin ini memerlukan penjelasan lagi lanjut. Saya tidak menghukum, tapi melontarkan polemik untuk diwacanakan.....

DR NO

pulau namoyaki said...

Alhamdulillah DR NO,
kita memanfaati masa dan ruang yang ada, maafkan saya jika ada ketelanjuran, memprovokasikan apa-apa fakta yang jelas dibolehkan cuma kami mohon, usahlah nanti sampai ada pula yang terasa di hati,


PILIH DAN PILIHAN
sering saya juga selalu kedengaran, ungkapan "kita tunggu dan lihat" dan selepas itu, tiada lagi yang menunggu dan tiada juga yang berhenti walau untuk masuk ke pintu,

yang nyata, sambil memerhati, terus saja dilepaskan dan berlalu kerana mungkin tiada menepati piawaian peribadi,

benar, saya bersetuju,
kita terus mencari yang terbaik, dan dalam masa yang sama, hanya itulah yang ada untuk pilihan,
(bagi yang ingin memilih, bagi yang tida mahu memilih mereka mula mencari jalan yang berbagai macam jalan)

dalam pada waktu 'penantian' itu, maka sudah tentulah saudara-saudara kami seperti DR NO dan saudara AZLI SHUkRI lebih mengerti akan hal dan perihal 'Fiqh' (Ilmu Fiqh), usul fiqh, dan segala Ilmu Fiqh dan kefahaman tentang 'Fiqh As-Sunan', Fiqh Al-Waqi’, 'Fiqh Al-Maqasid','Fiqh Al-Muwazanat', dan 'Fiqh Al-Ikhtilaf'.

begitulah kata bicara,
bagi kami orang awam ini bagaiman untuk mengerti akan hal dan perihal ini,
sudah tentulah jikalau saudara mengetahuinya serta memahaminya, saudara boleh berjuang karenaNYA,

dan yang paling dituntut, sekiranya saudara adalah ahli berkenaan yang itu,
maka wajib lah bagi saudara mempertahankannya, apalah lagi menyampaikannya,

kami tahu saudara Azli Shukri faham dan tahu mengenai akan hal ini,

salam hormat,

wan.fatimah64 said...

Assalamualaikum!

Saya bersetuju UMNO hendaklah kembali kepada Islam yang tulin, moderat dan progresif. Datuk hendaklah menasihati UMNO bahawa :

1. Demokrasi ini adalah satu agama ciptaan manusia yang syirik dan kufur kerana ianya adalah terdiri daripada konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah yang terkandung di dalam kalimah Laailaahaillallah;

2. Para penyokong UMNO telah melantik para pemimpin mereka yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang kafir, zalim dan fasik;

3. Para pemimpin UMNO yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA yang kafir, zalim dan fasik kerana :

a. Mereka adalah berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang-undang;

b. Mereka mengabdikan manusia kepada kuasa manusia apabila mereka menjalan dan menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang manusia ke atas manusia;

c. Mereka adalah disembah oleh manusia apabila segala peraturan dan undang-undang manusia itu ditaati dan dipatuhi manusia;

Datuk hendaklah menasihat UMNO bahawa jalan dan cara bagi UMNO untuk menyelamatkan diri mereka, para pemimpin mereka dan para pengikut mereka daripada terlibat secara langsung dengan kesyirikan dan kekufuran adalah dengan :

1. Memahami dan menyedari, serta mengakui dan meyakini bahawa demokrasi ini adalah agama manusia yang syirik dan kufur;

2. Tidak mengambil bahagian dan mengamalkan sistem politik demokrasi;

3. Memisah, memencil dan mengasingkan diri mereka daripada demokrasi, kerajaan demokrasi dan segala proses politik demokrasi;

4. Tidak meredhai dan menyetujui demokrasi dan kerajaan demokrasi serta tidak menghalal dan membolehkan amalan agama demokrasi dan sistem politik demokrasi;

5. Mengisytiharkan kekufuran kerajaan demokrasi dan memngisytiharkan perintah Allah untuk menghancurkannya untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah Negara Islam;

6. Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi ;

7. Memusuhi dan membenci demokrasi dan kerajaan demokrasi;

8. Mengamalkan sikap tanpa kompromi dan berkonfrantasi dengan kerajaan demokrasi sehingga ia mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total;

9. Tidak bersikap “neutral” dan berkecuali terhadap kerajaan demokrasi;

10. Memperjuangkan Islam melalui jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah yang juga merangkumi pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini.


Firman Allah : Fatir 10
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

UMNO yang mengamalkan agama demokrasi untuk tujuan dan matlamat yang baik dan suci murni disifatkan Allah sebagai orang-orang yang merancang untuk melakukan kejahatan yang akan dihumban ke dalam neraka!


Sekian, terima kasih.


Yang Tulus Ikhlas



Wan Solehah al-Halbani