Tetamu Kehormat...

October 21, 2009

Anwar Tewas Lagi


Anwar Tewas Lagi


PUTRAJAYA 20 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal meneruskan rayuannya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman fitnah RM100 juta terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk mengetepikan rayuan Anwar. Hakim Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad turut memerintahkan Anwar membayar kos kepada Dr. Mahathir.

Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Julai 2007 yang membatalkan samannya terhadap Dr. Mahathir yang menuduhnya seorang homoseksual pada persidangan anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 9 September 2005.

Dengan keputusan ini, bermakna mahkamah tersebut tidak akan mendengar rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang dijadualkan pada 2 November ini.

Hakim Abdul Malik turut menolak dengan kos permohonan Anwar untuk lanjutan tempoh masa bagi membolehkannya memfailkan memorandum rayuan dalam bahasa Melayu.

Dalam permohonan membatalkan rayuan Anwar yang difailkan pada 2 Oktober lalu, Dr. Mahathir mendakwa, terdapat beberapa kecacatan dalam memorandum rayuan menyebabkan rekod rayuan tidak sempurna dan tidak boleh diperbaiki.

Peguam Datuk V.K. Lingam yang mewakili Dr. Mahathir berhujah, antara kecacatan tersebut ialah Anwar tidak mematuhi peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 apabila memorandum rayuannya dibuat dalam bahasa Inggeris dan bukannya dalam bahasa Melayu.

Memorandum tersebut juga, katanya, tidak ditandatangani oleh peguam cara perayu, tidak mempunyai tarikh spesifik, tidak mengandungi kronologi peristiwa kes serta gagal melampirkan indeks rekod rayuan dengan teratur.


Ulasan Saya : Anwar tewas lagi kepada gurunya Tun Mahathir untuk kali ketiga berturut-turut. Anwar Ibrahim tewas kepada Mahathir buat pertama kali pada tahun 1998 - apabila beliau secara terang-terangan cuba memburukkan imej Presiden UMNO melalui isu kronisme dan nepotisme yang dicanang oleh juak-juaknya, hal ini termasuklah dengan penglibatan Datuk Seri Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada ketika itu - namun demikian, usaha tersebut menemui kegagalan. Anwar tewas buat kali kedua kepada Mahathir dalam pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999 apabila mendakwa bahawa beliau dianiaya, difitnah dan terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkannya dari kerusi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Dengan melakukan demontrasi serta menjadikan masalah peribadinya sebagai masalah nasional dan rakyat jelata - Anwar cuba menjatuhkan Mahathir melalui peti undi dan saluran demokrasi - tetapi, sejarah membuktikan Anwar tetap gagal! Dan kini - untuk kali ketiga berturut-turut, Anwar tewas untuk mengheret Mahathir ke kancah muflis melalui undang-undang dan mahkamah - maka, apakah kita semua masih tidak dapat melihat wajah kebenaran lagi? Anwar tetap berdegil mendakwa bahawa beliau berada di pihak yang benar, tetapi hampir semua tanda yang telah Allah berikan kepada kita menunjukkan sebaliknya. Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.

11 comments:

PR Sesat al-Harami said...

Kalau ada mata yang celik, bolehlah melihat wajah kebenaran, Encik Azli..

Kalau mata hati dah asyik nampak serban Nik Ajis, macam mana nak nampak wajah kebenaran lagi...??

Insya Allah, Dr M takkan susah dek keparat hina Nuar Juburi ni.. Dah banyak dia buat untuk rakyat Malaysia.. Satu nak saman dia, berjuta lagi rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan untuk beliau..

Lawyer si Nuar Juburi ni baru lulus exam agaknya..

ZHARIF BADRUL said...

alhaqqu mirrabika fala takunanna minal mumtarin

insyallah kebenaran pasti akan menang

Kalau betul tak takut kenapa banyak alasan untuk kes yang terbaru ni(dengan saiful)?

SALAM TAKZIM
ZHARIF

RantauAnakDesa said...

Salam tuan...
Itulah dia perangai ANUar Ibrahim Al......
Cuma sekarang ni...kita masih tertanya-tanya@ternanti-nanti apakah yang dimaksudkan oleh Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari yang mendakwa ANUar Ibrahim mempunyai hubungan yang amat-amat istemewa dengan Azmin Ali...Adea ape2 kah..???

YANG GAMBI said...

Salam, hanya Nik Aziz sahaja yang memberi dalil Anwar ini manusia ahlil syurga........

Qorie Afifi said...

Dalam sejarah pertelingkahan antara murid dan guru jarang yang kita temui bahawa murid menang dengan gurunya. Namun proses pembelajaran sering kita temui bahawa ramai murid yang berlagak pintar dari gurunya.

Nilai utama dalam dinding hati seorang insan adalah AKIDAH....

CCZ said...

Salam..Banyak lagi kenyataan yang Anwar manusia gila kuasa. Berlakon baik tetapi jahat sebenarnya. kekayaannya mengikat hati dan kesetiaan ramai cerdik pandai dan tokoh korporat melalui pertolongan yang pelbagai. Semuanya dberi di mana balasannya sokonglah aku.

Anonymous said...

KEPUTUSAN NI MEMANG DAH DIJANGKAKAN. TERINGAT KEMBALI KEPADA PITA LINGAM...ALAHAI..

Anonymous said...

Bagi mereka yang taksub kepada seseorang, walaupun sah, terang dan nyata benda itu dilihat berwarna hitam, tetapi mereka tetap kata benda itu putih.

Fikir-fikirlah.

fahana_ann said...

salam tuan,
mmbaca, memndang dan mmikirkan sndiri kenyataan yang ada

Muhammad Azli Shukri said...

saya yakin Anwar tetap akan tewas akhirnya.

Anonymous said...

Apakah sifat-sifat orang munafik?

1) Apabila bercakap dia berbohong.
2) Apabila berjanji dia mungkir.
3) Apabila diberi amanah dia khianati.

Cuba kita lihat Anwar. Adakah sifat-sifat ini pada dirinya?

a) Pada tahun 1993 dia berikrar dan berjanji tidak akan menentang En. Ghaffar Baba bagi jawatan Timb.Presiden UMNO. Dalam diam-diam dia suruh orang2nya mencalonkan namanya.

Akhirnya dia mendapat pencalonan dari lebih seratus bahagian daripada seluruh negara dan En. Ghaffar hanya mendapat pencalonan dari 7 bahagian sahaja. Oleh sebab pada masa itu ada undi bonus maka Anwar telah mendapat lebih 1000 undi dan En Ghaffar hanya mendapat 70 undi.

En. Ghaffar terpaksa menarik diri kerana kalau tak tarik pun sudah pasti kecundang. Jadi Anwar menang tanpa bertanding.

b) Kemudian Anwar telah diamanahkan dengan kementerian yang sangat penting. Dr. M telah melantik dia menjadi Menteri Kewangan. Dato Murad yang bertugas di Bank Negara telah menceritakan penyelewangan yang telah dilakukan oleh Anwar. Sudah pun menjadi pengetahuan umum.

c) Anwar berjanji kepada seluruh rakyat negara bahawa pada tanggal 16hb Sept. 2008 PKR akan mengambil alih tampuk kerajaan dari BN. Kononnya beliau telah berjaya memujuk 31 orng MP daripada BN untuk melompat ke parti PKR dan dia sendiri akan mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah. Sekarang dah 22 Okt. 2009; tak ada tanda pun Anwar akan menjadi PM Malaysia.

d) Anwar mendakwa sakit belakang dan perlukan pembedahan segera di Germany. Pak Lah telah memberi keizinan dan menyuruh KJ sendiri menghantar Passport Antarabangsa itu kepada Anwar. Daripada bukti-bukti yang dapat ditonton melalui U Tube, Anwar hanya berlakon mengenai sakitnya itu.

Benarkah dia ada menjalani pembedahan di Germany? Kalau ada hebat sungguh doktor dari Germany itu kerana Anwar sembuh begitu cepat.

e) Kisah moral Anwar telah menjadi pengetahuan umum. Saiful telah membuat laporan polis dan mendakwa bahawa beliau telah diliwat oleh bossnya sendiri. Untuk membuktikan kebenaran dakwaannya, Saiful telah bersumpah di Masjid Wilayah dan disiarkan secara langsung melalui tv. Sehingga kini Anwar tidak berani bersumpah bila dicabar. Macam-macam alasan telah diberi.

Setelah mengetahui dan melihat gelagat-gelagat Anwar, adakah kita rakyat Malaysia rela dia menjadi PM kita?

Mohon petunjuk dari Allah dengan melakukan solat istiharah.