Tetamu Kehormat...

October 2, 2009

Anwar Ibrahim 2009 : Tersungkurnya Kebenaran


Anwar Ibrahim 2009
Tersungkurnya Kebenaran


Mengikut beberapa sumber, sama ada betul atau pun sebaliknya - saya tidak tahu. Mungkin rakan-rakan blogger yang lain lebih tahu dan arif. Kononnya Anwar Ibrahim sudah menemui DS Najib untuk berkompromi berkenaan isu liwatnya. Sebelum ini pula, heboh dikatakan bahawa ada tawaran yang berjumlah RM20 juta hendak diberikan kepada Saiful Bukhari agar menyelesaikan kes liwat ini diluar mahkamah. Namun demikian, hal ini masih menjadi tanda-tanya. Malah, DNA Anwar Ibrahim juga didakwa sudah diperoleh melalui sehelai rambutnya yang sempat diambil sewaktu debat berkenaan isu kenaikan harga minyak anjuran Agenda Daily antara Anwar dengan Menteri Penerangan pada ketika itu, Datuk Ahmad Shabery Cheek, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka. Walau bagaimana pun, persoalan yang ingin diajukan sekarang adalah seperti berikut,


1. Benarkah Anwar pernah menemui DS Najib untuk berkompromi isu liwat dan ingin mencadangkan agar pada satu lagi PRU, Anwar Ibrahim ingin menjadi Perdana Menteri?

2. Benarkah Saiful Bukhari ditawarkan dengan wang berjumlah RM20 juta oleh Anwar?

3. Jika benar DNA Anwar sudah diperoleh, maka kes liwat antara beliau dengan Saiful semakin menemui titik temu dan penyelesaian.

4. Dan benarkah, Anwar akan dipenjarakan sebelum PRU Ke-13 kelak? bagi mengekang pengaruhnya?

5. Benarkah isu liwat ini mampu menghancurkan karier politik Anwar sekali lagi? dan menghilangkan kepercayaan rakyat terhadapnya.

6. Apakah benar bahawa hanya Azizah sahaja yang benar-benar mengetahui kisah liwat Anwar dan enggan mendedahkan perkara yang sebenar?

6 comments:

Junah said...

Salam,

anwar pernah beri DNA waktu kes anak Azmin dulu. Sama ada masih ada atau tidak, tidak tahu.

YANG GAMBI said...

Salam, mungkin benar dan boleh juga dipercayai..... tetapi ada satu lagi prsoalan, adakah Anwar akan hadir ke Persidangan Dewan yang akan dirasmikan oleh KBDYMM Adung pada bulan ini, dan apakah kali ini alasan Anwar jika tidak dapat hadir...

RantauAnakDesa said...

Salam....
Sudah terang lagi bersuluh...sebenarnya ramai ulama' dari PAS yg telah lama mengetahui tabiat dan perangai LIWAT Anwar ni...namun mereka hanya mendiamkan diri.....

perfectwater75 said...

SAlam,

Tuan, rasanya ada lebih molek tuan teruskan dengan ulasan berkaitan UMNO yang terus dilihat korup dengan tertakdirnya ISA SAMAD sebagai calon BN/UMNO di Bagan Pinang dan bukannya membawa perhatian tentang orang dari parti lain. Bukankah lebih baik kita terus betul dan luruskan UMNO sebelum kita cuit yang berkenaan? Adakah tuan juga takut pengaruh DSAI?

ISA SAMAD dengan Bush Jacket dan Muhyiddin sendiri seperti tak ambil berat tentang pakaiannya ketika penamaan calon pagi tadi. Hilang kemanakah agaknya KEMELAYUAN UMNO yang dibanggakan selama ini? Apakah semua ini hanya MEREALISASIKAN RETORIK UMNO selama ini?

maaf kiranya tak "RELEVAN" hari ini dengan artikel tuan.

thx!

Anonymous said...

Biasalah tu..siapa yang dapat mencari 'silver bullet' untuk 'membunuh' politik Anwar Ibrahim akan dapat rank tinggi, dari sarjan terus jadi kolonel.

DR NO

Muhammad Azli Shukri said...

perfectwater - terima kasih komen saudara