Skip to main content

Tan Sri Isa Samad 2009 : Karakatua Muntah Lagi!


Tan Sri Isa Samad 2009
Karakatua Muntah Lagi


Pemimpin Umno Bahagian Telok Kemang umumnya ingin melihat mantan menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Ketua Pemuda bahagian Mohd Faizal Ramli berkata, Isa yang mengetuai bahagian itu, ingin dicalonkan lagi kerana beliau masih dihormati di kalangan pengundi.

"Rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau," katanya.

Mohd Faizal menegaskan pilihanraya kecil kali ini bukan boleh diambil mudah kerana BN telah tewas di tujuh daripada lapan pilihanraya kecil sebelum ini – satu daripadanya, di Penanti, tidak ditandingi.

"Ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihanraya yang kritikal," katanya yang juga timbalan pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Dan ini adalah kubu kuat BN yang perlu dipertahankan, malah majoriti perlu ditambah agar Umno dan BN masih relevan dan masih diterima oleh rakyat.

Bahagian itu akan mengadakan mesyuaratnya Khamis ini bagi membincangkan calon yang akan bertanding di kerusi tersebut dan persiapan serta strategi jentera BN.

"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal. Faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya.



Ulasan Saya : Mungkin saya tidak layak bercakap soal siapakah calon yang paling layak untuk mempertahankan DUN Bagan Pinang. Hal ini sudah tentulah kerana saya bukan pengundi dan penduduk di sana. Namun demikian, izinkan saya memberi sedikit komentar berhubung isu ini, agar UMNO tidak melakukan kesilapan seperti mana yang berlaku di Permatang Pasir baru-baru ini. Mungkin ramai yang tidak tahu senario sebenar yang berlaku di dalam UMNO berkenaan bagaimanakah cara terbaik untuk memilih seseorang yang difikirkan layak bagi dicalonkan sebagai ADUN/Ahli Parlimen di sesuatu kawasan itu. Dalam kes DUN Bagan Pinang ini senarionya adalah seperti berikut :


Tan Sri Isa Samad merupakan Ketua UMNO Bahagian tersebut - dari segi senioriti seharusnya Ketua UMNO Bahagianlah yang mesti diangkat sebagai calon pilihan raya. Ini adalah bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya perpecahan UMNO di bahagian tersebut, di samping menghindari daripada undi protes dan kelumpuhan jentera pilihan raya yang tidak bergerak ekoran ketidakpuashatian sesetengah pihak. Pucuk pimpinan tertinggi UMNO pasti berhadapan dengan dilema ini. Mungkin satu pihak tidak mahu Tan Sri Isa Samad dicalonkan, kerana beranggapan bahawa dengan meletakkan beliau sebagai calon UMNO, maka parti pembangkang lebih mudah membongkar segala salah laku politik wangnya selama ini. Sekali gus memburukkan lagi keadaan politik di sana. Tetapi, jika pucuk pimpinan tidak mencalonkan beliau, boleh jadi para penyokong Isa Samad pula yang akan memberontak serta melakukan undi protes dan tidak mahu bekerjasama bagi menggerakkan jentera parti untuk membantu calon yang telah dipilih itu.



Inilah dilema yang sering berlaku di dalam UMNO. Kita harus jujur dalam soal ini, dan merombak kembali sistem pemilihan calon pilihanraya yang sudah ketinggalan zaman. Selama ini, budaya dalam pemilihan calon-calon pilihanraya yang mewakili UMNO adalah berasaskan kepada senioriti dan kedudukan jawatan di dalam UMNO bahagian tersebut. Umpamanya, calon pilihanraya yang harus mewakili UMNO mestilah terdiri daripada Ketua Bahagian, atau pun Timbalan Ketua Bahagian, atau pun Naib Ketua Bahagian, atau pun Setiausaha Bahagian dan kemudian, barulah lain-lain jawatan. Perlukan kaedah ini dikekalkan lagi pada ketika ini? Bagaimanakah pula jika Ketua Bahagiannya, Timbalannya, Naibnya, Setiausahanya terlibat dengan rasuah? Masihkan UMNO mahu menjadikannya mereka sebagai calon pilihan raya juga?



UMNO perlu merangka satu mekanisma yang lebih telus dalam memilih ahlinya yang berupaya untuk diketengahkan sebagai calon pilihanraya. Pada hemat saya, mana-mana ahli UMNO pun boleh dipilih sebagai calon pilihanraya - yang penting riwayat hidupnya yang bersih dan pendidikannya pun "ok" (sekurang-kurangnya mempunyai ijazah pertama). Pada hari ini, pengundi semakin bijak, pengundi muda makin bertambah. Golongan ini lebih suka melihat title dan pendidikan sebagai asas untuk memilih seseorang sebagai wakil rakyat di kawasannya.



Jika ditanyakan kepada saya, saya berpendirian bahawa Tan Sri Isa Samad tidak harus dipilih sebagai calon UMNO untuk DUN Bagan Pinang. Hal ini bukanlah kerana saya ingin merendah-rendahkan jasa dan kredibiliti beliau selama ini, sebaliknya senario politik pada hari ini - khususnya untuk UMNO sudah semakin kritikal. Tersilap langkah dan percaturan, maka tunggulah balasannya. Kita tidak mahu pembangkang menjadikan segala sejarah silam Tan Sri Isa Samad sebagai modal politik mereka untuk berkempen. Pembangkang pasti mendakwa, "Tengok UMNO dah tak ada tokoh lain untuk diketengahkan, terpaksa ambil orang lama dan bekas perasuah sebagai calonnya, bukankah ini bukti UMNO semakin nazak? Tak ada calon muda lagi ke UMNO nie?". Sekarang, nah! apa yang hendak kita jawab, jika itu modal dan strategik pembangkang bagi menjatuhkan kredibiliti calon pilihan kita? Kita tiada jawapannya.



Kita harus akui - kerana kita sendiri yang telah menghukum Tan Sri Isa Samad dahulu, dan sekarang kita terimannya kembali untuk menjadi calon parti kita dalam pilihanraya. Bukankah itu sesuatu perkara yang pelik dan aneh? Sekali pun seluruh jawatankuasa UMNO Bagan Telok Kemang menyokong Tan Sri Isa, itu tidak bermakna rakyat akan menyokong UMNO. Pada hari ini, nada UMNO Bahagian sudah tidak sama lagi dengan nada rakyat jelata. Mungkin UMNO Bahagian suka kepada seseorang calon itu, tetapi rakyat tidak suka, dan boleh jadi rakyat suka, tetapi UMNO Bahagian pula yang tidak suka. Jadi mana keutamaan kita sebenarnya? Nak dapatkan calon yang disukai rakyat dan UMNO Bahagian, saya fikir buat masa ini agak sukar. Bukan UMNO tiada tokoh dan calon yang lebih baik di Bahagian masing-masing, tetapi, budaya kita yang suka mencatas bakat muda selama ini, menyebabkan UMNO dilihat seolah-olah tiada pelapis, ditambahkan pula apabila seseorang Ketua UMNO Bahagian itu terlalu lama memegang jawatan tersebut, sehingga ramai golongan muda bertambah muak dan mula berjinak-jinak dengan parti pembangkang.



Kesimpulannya, jika UMNO tidak mahu kehilangan moral, maka pilihlah calon lain dan bukan Tan Sri Isa - saya bercakap jujur, beliau bagus bekerja tetapi kondisi politik sekarang, saya fikir tidak mengizinkan untuk Tan Sri Isa "come back" dalam arus perdana politik Malaysia. Pada saya, sekali pun Tan Sri Isa mampu mempertahankan DUN Bagan Pinang, saya yakin majoriti UMNO akan merosot - dan ini sudah tentu akan menjadi modal pembangkang untuk mendakwa bahawa UMNO semakin hilang sokongan rakyat. Kita harus faham 10% pengundi Cina di DUN Bagan Pinang sebenarnya yang akan menentukan sama ada UMNO akan menang atau pun kalah. Wallahualam.Maafkan saya jika tulisan ini menyinggung hati mana-mana pihak.

Comments

Anonymous said…
Daripada meletakkan Tan Sri Isa Samad menjadi calon, lebih baik letakkan Khairy Jamaluddin, ketua pemuda UMNO, nanti kalau menang boleh jadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan pada masa yang sama menjadi Ahli Parlimen.

Ini negeri Khairy Jamaluddin, maka mari kita cadangkan agar meletakkan Khairy Jamaluddin sebagai calon pilihan raya kali ini.

Dato Adil
Johor.
ZULKIFLI said…
Salam, Syekh;
Memang aneh UMNO ini. Tak mau jeran, tak mau belajar daripada pengalaman silam. Baru sahaja beberapa minggu kesilapan itu terdedah, masih nak buat perkara yang sama. Nak menang pilihan raya ke nak menang populariti?
RantauAnakDesa said…
Satu ulasan yang menarik...

Cuma daripada tinjaun yg dibuat dan mengambil kira sentimen tempatan dan sokongan akar umbi dalam konteks UMNO bahagian itu, pemilihan Mohd. Isa sebagai calon mungkin keputusan tepat.

Walaupun Mohd Isa sudah terasing dari arus perdana Umno Negeri Sembilan ketika ini tetapi pengaruhnya di Bagan Pinang masih ada.

Sekiranya UMNO meletakkan calon lain, saya berandaian ia samalah seperti sengaja mahu menyerahkan kerusi berkenaan kepada Pas atau PR.

Apa2 pun...kita tunggu dan lihat kesudahanya...
Anonymous said…
cantik siout bini orang tua ni...
azlishukri said…
Rantau anak desa - ini sekadar pandangan saya.
aku said…
Ulasan yang menarik, tulus ikhlas. tapi ini yang UMNO tak suka.
ikan emas said…
Ulasan ttg Tan Sri Isa nmpk mcm baiasa-biasa namun msh byk ada yg tersirat dan sepatutnya dipebincangkan oleh Pucuk pimipinan BN utk menentukan sape calon yg benar2 layak dipilih.

Ikhlaskah Pengerusi Perhbngan Ng meminta Tan Sri Isa snd bertanding?

...eehh nama Khairy ada lg ke?

...Faisal pun kot ada hati nak tanding lagi?

Ada byk nama yg menanti..
ikan emas said…
Harap2 PRK ni bukan tempat menelanjangkan sesape
SERATAH said…
Salam.
Sebenarnya Umno tidak kekurangan pelapis, bukan saya tak suka kat Isa Samad tapi zamannya sudah berlalu, ia boleh menjadi penasihat
kapada Umno.
Di Perlimen itu masih ramai yang berkebolihan yang di disukai rakyat
tetapi kalau dah tak ada bolehlah Tan Sri Samad, tapi nampak sangat Umno sudah kehabisan pelapis.
Cheguman said…
Azli,

1)Saya setuju kerana walaupun setakat ini pengundi di situ masih suka pada Isa namun persepsi rakyat luar agak negatif terhadap beliau. Adakah terdapat jaminan bahawa pengundi di situ tidak akan dipengaruhi oleh orang luar nanti?

2)saya setuju bahawa calon mesti bersih. Sekurang-kurangnya untuk kali ini. PRK ini amat penting kerana kawasan ini dimiliki oleh UMNO berbanding PRK lain.

Untuk makluman, terdapat lebih 20% pengundi cina dan lebih 10% pengundi India. Berdasarkan pengalaman di Permatang Pasir, terdapat peti undi di kawasan cina yang hampir seratus peratus mengundi PAS dlm PRK tersebut.

Bagan Pinang belum tentu selamat berdasarkan faktor tersebut.
Kesedaran said…
Semua nya ini terpulang kpd TSIS. Kalau dia pentingkan parti dan ummah maka dia secara total boleh menolok sekiranya namanya di calunkan. Akan tetapi sekiranya dia mementingkan popularity dan " temolok nya serta suku sakat nya " maka ia akan terima dan keputusan nya akan berpihak kpd pembangkang.

Pembangkang sdng menunggu mcm buaya yg lapar dan rakus untuk mengetahui siapakah yg bakal dicalunkan pada pertandingan ini nanti. Kalau UMNO mencalunkan TSIS maka bergelak lah pembangkang semua kerana kelemahan calun yg di letakkan telah ada dlm poket mereka.

Jesteru itu kalau boleh lantiklah calun yg baru, muda, bersih dan berpelajaran untuk tujuan ini. Kita fikirkan apa yg rakyat mahu dan bukan apa yg bahagian dan cawangan mahu. Berpeganglah pada slogan DSN dimana " 1 Malaysia, ........... "

Oleh itu lu fikirlah sendiri ........
Anonymous said…
Itu bukan bini dia siot. Itu anak dia maa.... Mega yang tunang ngan budak Rosman tu...
YANG GAMBI said…
Kawan setuju dengan pandangan Azli Shukri, UMNO harus berhati-hati dalam pemilihan calon. Tetapi perlu juga diingat, pandangan dari akar umbi juga mesti diambil kira, kalau UMNO memilih calon yang bukan dari kalangan pejuang UMNO setempat juga perlu dielakkan.....

Apa yang pernah berlaku dalam era Pak Lah menjadi Presiden, ada calon yang baru 3 - 4 bulan jadi ahli UMNO sudah dipilih jadi calon, pandangan Ketua baahagian juga diketepikan...... kadang-kadang masyarakat setempat lebh tahu dengan apa yang mereka perlukan.....

UMNO jangan buat silap lagi, sukacita diingatkan juga, Isa Samad juga pejuang UMNO yang menjadi mangsa konspirasi dalam UMNO sendiri...... ramai lagi dari kalangan UMNO yang lebih teruk dari beliau, cuma tidak dibongkarkan.....
Anonymous said…
apa apa pun, KJ tak patut datang ke bagan pinang. He is not welcome there.
Ini bukan negeri KJ. Ini negeri yamtuan besar!! Adat minangkabau (KJ pun tak wujud lagi)telah lama ada.Jgn mimpla KJ.
Semoga cepat mampos KJ
Anonymous said…
Salam.. saya secara peribadi mengalu-alukan TS Isa untuk bertanding di PRK Bagan Pinang.. Majoriti orang di N9 terutama di Linggi kenal hati budi beliau. Beliau mentoghi bosar yang selalu ese jumpo maso nak balik dari skolah dulu... Kok terseghompak dongan dio, mesti dio beghonti tanyo kabar sambil hulur tangan bersalaman... Mano nak carik org cmtu.. Tp kok oprang lain tak ghomar kek dio, terpulang la...
Anonymous said…
KJ PEGI MAMPOS! KO BUKAN ORANG NOGORI! AKU CABAR KO KJ BERTANDING KAT SHAH ALAM ATAU PUTRAJAYA! TGK KO ADE TELO KE TAK..CILAKE PUNYE KETUA JANITOR
putrarahman said…
Kasi je sama TSIS jawatan lain bertaraf Menteri dan carilah calon lain yang lebih bersih.
Anonymous said…
Kalo nk menang, umno kena pilih calun dgn betul2 teliti. Jd kan pegalaman prk yg baru berlalu sebagai pengajaran.

Minta maaf, zaman TS Isa sudah berlalu. Pembngkang pun akan ada peluru baik pnya untuk hentam umno.

Pilihlah calun yg berwibawa, bersih latar belakangnya, baik pergaulannya serta mempunyai pendidikan agama yg baik. Saingilah apa yg calon pas ada. Dan yg lebih penting, calon itu diterima ramai.

Biarlah umno mempunyai peluang yg luas untuk "menyerang" pembangkang ketika berkempen, bulan sebaliknya "mempertahankan diri" sebagaimana prk yg baru berlalu.

Mata kecik sebelah..
Ir.MIM NUSANTARA said…
UMNO KENA LAH REVAMP SIKIT..1)GET RID AHLI2 KORUP YG JADI BATU PENGHALANG KPD ASPIRASI PERJUANGAN ORG2 MELAYU & BUMIPUTERA...2)MIM TOLONG MIM DLM SEMUA ASPEK,LGI PUN 90%MIM DLM PEJABAT KERAJAAN..,,3)MATLAMAT EKONOMI:>50% BUKAN 30%,KERANA NI NEGARA KITA,65%MIM &BUMI!!!4)BUAT PILIHAN PEMIMPIN YG MUDA2 UMUR 35 KE 48 UNTUK MENERAJU UMNO MCM OBAMA di USA,Tony Blair di UK dan Kevin Rudd di Australia.

KITA TAK BOLEH GENERALISE YG UMNO MASIH KUAT MENJELANG PRU 13(2012/2013)...dari majoriti kerusi Dewan Rakyat(140 tolak 82 kerusi)BN cuma ada jumlah majoriti 50000 undi saja pada 50 kerusi...Untuk PRU13,UMNO PERLU DI RESTRUTURE KAN...ADA >3JUTA AHLI UMNO SKRG.TAK BOLEH KE DIBUAT TALENT SEARCH???KALAU KITA BOLEH CARI FINALIST "MALAYSIAN IDOL" ATAU "ONE IN A MILLION" DSB,KENAPA TAK ADAKAN "PERADUAN MEMILIH & MENCARI PEMIMPIN MUDA" DARI >3JUTA AHLI UMNO??? KENAPA ASYIK ORANG LAMA TU..AJE??? TAK ADA PEMIMPIN MUDA YG BERWIBAWA KE???
Jadi UMNO perlu tukar image,REBRANDING dgn segera dari skrg,jika tidak UMNO akan kecundang mcm parti lama>50thn di Japan,India,Taiwan,Germany, Australia dll...
Dah berlaku pun di Jepun,minggu lepas,apabila parti LDP,yg telah memerintah 54 tahun telah kalah kpd
parti alternatif,DJP.yg baru 11thn.

Tan Sri Isa Samad patut jadi COACH,
mentor dan penggerak utama untuk calun muda,yg berwibawa(mcm dlm World Cup,coach semua 50an keatas,
manakala pemain 20-35tahun)...

KALAU TAK UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG LPAS PRU13,DGN MIM PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH...SUKA??
ZorroTeam.88 said…
WE HAVE TO SEE THE “BIG PICTURE”,GOD AL-MIGHTY HAS MADE HIS INTERVENTION
AND HAS INDICATED THAT “ITS AN ON-GOING FIGHT FOR PAKATAN TO TOPPLE BN AND RULE MALAYSIA COME
AFTER THE MALAYSIAN GENERAL ELECTION,PRU 13 (2012/2013)…!!!!!!” CANT THE RAKYAT SEE THAT???
esp the RAKYAT of BAGAN PINANG,NEGERI SEMBILAN….
OF COURSE BN WILL USE ALL THE TRICKS IN THE BOOK TO WIN THIS BY-ELECTION..!!!!BUT THE PEOPLE
OF BAGAN PINANG SHOULD KNOW AND SHOULD BE TOLD,HOW THE BN GOVT HAS BEEN SOoooo…CORRUPTED
(the MOTHER of all CORUPTION being the PORT KLANG FREE ZONE,PKFZ..!!),HOW THE CORRUTION IN THE
ARMY TENDERS(buying of GUNS,HELICOPTERS,MiG FIGHTERS,etc,etc)HAS ENDANGERED THE ARMY PERSONNEL
(including recent DPM Muhyiddin helicopter’s incident in Sabah) & CAN POSE THREAT AND DANGER
TO OUR NATION,IN CASE OF SKIRMISHES,ATTACKS or WAR TO MALAYSIA…!!!!!
WITH THAT SAID,LET’S MAKE N9,THE START OF THE “WINNING PATH TOWARDS PAKATAN GOVERNMENT 2012/2013″just like the WINNING OF THE NEW JAPANESE GOVT after MORE THAN 50 YEARS of the OLD LDP GOVT….MALAYSIA BOLEH,PAKATAN PUN BOLEH…….!!!!!!!!!!!!!!!!!!

note:its STRANGE THAT THE EPISODE OF BAGAN PINANG HAPPENED in September 2009….as if to REMIND US THAT if PAKATAN CANT GET THE GOVT in 16th Sept 2008,START AGAIN in Sept 2009…!!!
PELIK TAPI BENAR ………..
Anonymous said…
BN/UMNO kalau nak sokongan dari rakyat masa akan datang PR13 nama nama berikut harus diharamkan dari disebut atau ditonjolkan.
1. ALI KETAM
2. KJ BUDAK HITAM
3. DOLLAH KAKI TIDO
4. SHARIZAT ANAK JALIL
5. AHMAD MASLAN
6. HISHAMUDDIN HUSSIEN
7. KHIR TOYO
8. AHMAD SAID
9. KOH SOO KHUN
10. ONG TEE KEAT
11. CHUA SOI LEK
12. SAMY VELLU
13. M.KAYVEAS
14. RAFIDAH AZIZ
15. MOHAMMAD HASSAN
16. ISA SAMAD

bat69
Anonymous said…
Siapa belasah KJ kat blog ni cilaka, hoi berua-berua, kalau tak kerana KJ jangan harap UMNO boleh menang pilihanraya lalu.

Hidup KJJJJJJJJJJJJJ.
Anonymous said…
KJ bakal pemimpin negara akan datang.

aku 100% sokong kj.
Anonymous said…
salam, SAYA JUGA INGIN CADANGKAN KJ KERNA DIA ADA PERSONALITI DAN BIJAKSANA....HENSEM LAGI...KLU ORANG TUA NK BERTANDING GAK..HABIS LAH UMNO KALI NI....DLM POLITIK MESTI POPULAR N FIKIRAN JAUH...KLU IKUTKAN BAIK AJE..MELAMBAK...

KEROL PENYOKONGG UMNO TEGAL...
Anonymous said…
kali ini kita mau perempuan yang seksi, pandai menari dan londeh sana sini untuk jadi calun. kahkahkahkah...
Anonymous said…
kj pun boleh dengan syarat dia telanjang dulu, barulah gentelmen..
Anonymous said…
mana pergi kj ah... lama hilang?
pi umrah ke?
Anonymous said…
salam semua....pilih pemimpin ada aura...intai mcmana pihak lawan pilih calon....n menang..umno pun boleh..jgn tuakan fikiran..org muda umno...tiru pembangkang xpe...asal kita menang....saya dh xtahan dketawakan pembangkang...
kesian umno kita....bukan makna kita melawan org tua....kita mahu kemenangan sajer.
KEROL
Anonymous said…
salam semua....pilih pemimpin ada aura...intai mcmana pihak lawan pilih calon....n menang..umno pun boleh..jgn tuakan fikiran..org muda umno...tiru pembangkang xpe...asal kita menang....saya dh xtahan dketawakan pembangkang...
kesian umno kita....bukan makna kita melawan org tua....kita mahu kemenangan sajer.
KEROL
Anonymous said…
salam....klu tuan-tuan xsuka kj cari sape lagi yg ada personaliti....sy nk komen sket jgn mare...klu ada ahli umno yg bijak sket ketua kt atas tu suka potong line xsuka ler supaya diorang sajer yg betol...xnak terima fikiran klu salah ajar le..susun ler stratejik ng menang bukan nk menang pilihanraya..beb..nih tidak dah kerepot xder pelajaran pun nk bertanding jawatan umno konon berangan nk jadi calun pilihanraya...saya pun heran kita patut cermin muka kita,timbang berat kita atau pegi keSPA buat facial dulu dan ambil laporan perubatan kt hospital dulu...baru offer diri nak bertanding...sori klu terasa.......ishish ...yg tua tu wajib boleh jadi imam testing fatihah dulu atau try jadi imam dulu.....tv pun tujukkan muka-muka pelapis kt tv kerajjan tu bagi popular.....

kero
Anonymous said…
salam....klu tuan-tuan xsuka kj cari sape lagi yg ada personaliti....sy nk komen sket jgn mare...klu ada ahli umno yg bijak sket ketua kt atas tu suka potong line xsuka ler supaya diorang sajer yg betol...xnak terima fikiran klu salah ajar le..susun ler stratejik ng menang bukan nk menang pilihanraya..beb..nih tidak dah kerepot xder pelajaran pun nk bertanding jawatan umno konon berangan nk jadi calun pilihanraya...saya pun heran kita patut cermin muka kita,timbang berat kita atau pegi keSPA buat facial dulu dan ambil laporan perubatan kt hospital dulu...baru offer diri nak bertanding...sori klu terasa.......ishish ...yg tua tu wajib boleh jadi imam testing fatihah dulu atau try jadi imam dulu.....tv pun tujukkan muka-muka pelapis kt tv kerajjan tu bagi popular.....

kerol
Anonymous said…
salam,saya sokong datoadil
kerol
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
bakmaipungkoq said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
gua rasa lu kena fikir masa depan bagan pinang..lu org kena baca org tempatan kat sana..TSI bukan pemimpin UMNO lain, dia tetap jaga kawasan dia..walaupun tak da jawatan dlm UMNO. Bkn pemimpin UMNO lain, bila pemilihan UMNO atau Pilihanraya baru nak tunjuk muka. Bukan saja pemimpin UMNO, Parti pembangkang pun sama.
Baru nak tunjuk handal, cakap ni boleh ini boleh selesai. Tapi bila dah tahu keputusan nanti, tak kira pembangkang atau pemimpin UMNO hilang entah kemana. Tetapi Tan Sri Samad tetap ada kat sana, menolong kami org tempatan.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh