Skip to main content

PAS 2009 : Simpang Di Tepi Malam


PAS 2009
Simpang Di Tepi Malam


KOTA BHARU 2 Sept. - Pemimpin Pas diminta terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai Pas termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti. Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan, Hu Pang Chaw berkata, masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu. ''Kami takut suara kami tidak diambil kira manakala hak lain pula dipinggirkan,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar Pas yang tidak berteraskan perkauman. Hu berkata, kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya sudah lama ditunggu masyarakat bukan Islam yang menyokong parti itu memandangkan cadangan membuka keahlian parti sudah lama dibincangkan namun seolah-olah tidak diendahkan parti itu. ''Jika serius, segerakanlah perkara ini dan ubahlah perlembagaan bagi membolehkan kami menyertai Pas,'' katanya. Hu berkata, kelab itu mempunyai 20,000 orang anggota di seluruh negara. - BERNAMA


Ulasan Saya :


1. Akhirnya PAS akan menjadi lebih teruk dan buruk daripada UMNO itu sendiri.


2. Perjuangan PAS akan lebih bercorak untuk mendapat kuasa dan sokongan, dan bukan untuk berdakwah dan mengIslamkan para penyokongnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa itu.


3. Kelab Penyokong PAS yang terdiri dari pelbagai kaum itu dikatakan sudah mempunyai ahli seramai 20 ribu orang, dan PAS seharusnya menumpukan perhatian kepada mereka, serta memastikan yang 20 ribu orang itu akhirnya beriman kepada Allah dan bukan menyokong PAS sebagai badan politik semata-mata.


4. Slogan PAS for All tidak tepat, sepatutnya ISLAM for All


5. Jika PAS membuka keahliannya kepada bukan Islam, maka parti tersebut tidak boleh dikatakan sebagai sebuah parti Islam. Hal ini adalah kerana ahlinya yang bukan Islam itu sudah pasti tidak beriman dan percaya dengan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya, jika mereka percaya sudah lama ahli Kelab Penyokong PAS itu beriman dan masuk Islam.


6. Penubuhan Kelab Penyokong PAS yang asalnya bertujuan untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam merupakan strategi yang silap. Pertama, sejak penubuhan kelab tersebut, tiada pengawasan dan didikan bagi memastikan ahli kelab tersebut akhirnya beriman kepada Allah. Kedua, tujuan penubuhan kelab tersebut adalah jelas untuk menarik sokongan orang bukan Islam terhadap PAS, khususnya ketika dalam pilihan raya. Undi mereka penting untuk PAS berkuasa, jadi niat ini sudah terpesong, seharusnya penubuhan kelab tersebut haruslah bertunjangkan kepada matlamat bagi memastikan setiap ahli kelab tersebut menyokong dan menerima Islam sepenuhnya. Lantaran itu, sepatutnya nama kelab tersebut harus ditukarkan kepada Kelab Penyokong Islam dan bukan Kelab Penyokong Parti Islam. Jika tidak ditukar, implikasinya sangat besar, yakni kelab tersebut hanya menyokong parti yang berasaskan kepada keuntungan politik dan kuasa serta bukan menyokong Islam yang jauh lebih luas peranannya dalam masyarakat. Yang kita mahu ialah orang yang menyokong Islam dan bukan parti. Wallahualam.

Comments

PAS Segambut said…
boleh blah wahai penulis blog. kau tak habis-habis mencarut.
PAS Segambut said…
ini komen daripada si sesat ni...

Ana tak fahamlah dengan segelintir orang Islam hari ni. Iman semakin nipis. Bulan puasa pun masih tak faham tentang dosa dan pahala Tak dapat kawal pancaindera dan nafsu –amarah, sakit hati … Yang keluarkan isu Salji di DBP ni dan mereka yang bagi respon pun sama jugak. Pantang dijolok (provokasi), semua melompat, lupa yang anta semua berpuasa, kalau tak puasa sekali pun, kita ni kan dalam bulan puasa. Hormatlah sikit, kawal nafsu dan pancaindera. Astaghfirullah …

Dunia memang dah dekat kiamat....

Salam daripada ana - Akhil Hayy
PAS Segambut said…
yang dia tak sedar tinggal bini dan kahwin dengan wahida apa pasal.. dulu sembunyi.. aku buka nak mengumpat lah, tapi ustaz macam ni aku tak respect lah
Anonymous said…
Saudara Azli,
kewajipan menyampaikan ajaran tauhid kepada umat melayu dan bukan melayu terletak kepada semua mereka yg diamanahkan sebagai pemimpin tidak kira dari UMNO atau PAS. PAS dipersoalkan dlm urusan ini, Jadi pemimpin UMNO tak pa tak buat kerja dakwah? Kerana tak jaja nama Islam dalam perjuangan ke? Jadi betul lah hanya berjuang utk bangsa saja?

DR NO
ZULKIFLI said…
Salam, Syekh;
Keadaan akan menjadi payah. Orang bukan Islam akan menggunakan pelbagai cara dan saluran untuk mendapatkan apa-apa yang diingini mereka, dan melalui PKR, mereka sudah "hampir" menggapainya.

Jika benar sudah 20 000 orang yang menjadi penyokong (mungkin akan bertambah dari masa ke masa), dan pemuka dan ustaz-ustaz PAS masih tidak bejaya menarik mereka ini ke dalam Islam, alangkah ruginya! Secara peribadi, saya berpendapat mereka akan menjadi masalah dalam PAS jika diterima sebagai ahli. Syaratkanlah, hendak menjadi ahli PAS mesti Islam dahulu.
Anonymous said…
Thank Zul, your point being noted.
Memang kita mesti sentiasa ada perasaan takut dan harap.

DR NO
Anonymous said…
Bertambah celaru nampaknya kepimpinan PAS hari ini. Apa tidaknya, dulu kutuk UMNO kerana berkawan dengan MCA, MIC dan GERAKAN dalam memerintah negara.
Penceramah2 pun membacalah Surah A-li Imraan ayat 28 yang bermaksud: JANGANLAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN MENGAMBIL ORANG-ORANG KAFIR MENJADI TEMAN RAPAT DENGAN MENINGGALKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.... Mereka berhenti disitu dan tidak baca sambungannya. Sekarang tak pernah dengar penceramah PAS membaca ayat diatas.
Air ludah dah jatuh ke muka sendiri.

Ahli2 DAP tu orang beriman ke? Lupakah mereka apa kata Karpal Singh. "Langkah mayat aku dulu sebelum PAS nak menubuhkan negara Islam di Malaysia ini."

Sekarang mereka bukan sahaja berkawan dengan kafir yang toleran tetapi kafir yang tak boleh dibuat kawan langsung.

Sekarang apa pula nak dikelentong pada ahli2 PAS yang mahu berfikir. Yang taksub tu kata apa pun mereka akan percaya dan ikut.

Satu soalan untuk difikirkan oleh penyokong2 PAS. Mana lebih baik mengikut pandangan Islam, berbaik dengan orang2 UMNO di Semenanjung yang beragama Islam atau dengan DAP yang sah anti Islam?

Menunggu jawapan daripada sarjana PAS.

zajbhz
`
Zul said…
ini satu cerita lagi dari PAS Segambut celaka. Komen tak ada maruah. boleh bla.
YANG GAMBI said…
Salam, apa nak digaduh-gaduh, Nik Aziz banyak fatwa untuk menghalalkan semua ini, biarkan dialah...... kita tunggu dan lihat mana yang benar, sesungguhnya Allah tidak pernah lupa kepada hamba-hambanya.....
Anonymous said…
Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

PENJELASAN

Hari ini kita semakin menghampiri kepertengahan Ramadhan yang mulia ini. Secara sedar atau tidak masa terasa cepat berlalu.

Beberapa hari yang lalu saya kebetulannya berkesempatan memberi komen perihal isu Dewan Bahasa. Tetapi seperti biasa, yang menjadi isu kembali ialah siapa saya (dato adil).

Saya dituduh kononnya saya ini penulis blog ini, ada juga yang tuduh saya staf di Dewan Bahasa dan segalam macam lagi. Yang tidak menjadi masalah perbualan ialah masalah staf kontrak yang saya bangkitkan dan tidak lakunya majalah dewan bahasa di pasaran. Tidak pula menjadi isu tentang penyalahgunaan kemudahan seperti yang didawka beberapa blogger yang memberi komen kononnya ketua bahaian menggunakan kemudahan organisasi untuk melakukan kerja-kerja persatuan Puspanita yang tiada kaitan dengan majalah.

Seorang rakan saya mengatakan ketua bahagian gemar sangat bermesyuarat. ada dua mesyuaratnya. Satuynya Puspanita dan satu lagi mesyuarat majalah. Tetapi yang pelik persatuan dibuat pagi mesyuarat majalah di buat pukul 5.00 petang. Macam mana staf nak balik? Tapi saya simpati dengan staf majalah kerana mereka takut bersuara.

Saya pada bulan puasa ini mengaku yang saya bukan staf di Dewan Bahasa. Itulah realitinya. Tetapi saya pernah ke Dewan Bahasa berjumpa beberapa orang penting termasuk bekas ketua pengarah dahulu iaitu Datuk Firdaus, kini beliau Senator di Dewan Negara. Kalangan penulis veteren juga banyak saya kenali termasuk sasterawan. Jadi bukan sukar untuk memahami siapa yang berkerja di bahagian majalah. Lebih-lebih lagi banyak cerita kedengaran bukan sahaja dalam blog ini tetapi di kedai-kedai warung dan seumpamanya.

Berbalik kepada hal Majalah tadi, saya dari dahulu membangkitkan kepada Saudara Azli, ketika itu beliau masih lagi di Dewan Bahasa. Saya beri idea supaya majalah terjual laku. Tetapi katanya, setiap usaha untuk memajukan Dewan Ekonomi (kerana saya ingin jadikan Dewan Ekonomi terkenal dalam kalangan dunia korporat) hanya sia-sia. Yang akan diutamakan ialah majalah Masyarakat.

Dan selepas beberapa bulan saudara Azli tidak dilanjutkan kontraknya sehenggalah Majalah Ekonomi ini terumbang ambing dan hilang punca. Malah dalam satu keluaran misalnya, heboh orang mengatakan tentang fakta salah di bawah kendalian Editor baru. Tapi kalau kawan tak apa walaupun buat salah, kalau bukan kawan akan jadi satu mala petaka yang maha dahsyat.

Pernah juga ada dakwaan dahulu kononnya ada satu ruangan yang ditulis suami kepada ketua bahagian, artikel ditulis oleh staf bahagian tetapi menggunakan nama lain untuk dapatkan bayaran dan segala macam lagi.

Rasanya tidak perlulah saya memanjangkan cerita ini ini kerana akan dituduh sebagai pekerja di Dewan Bahasa. Saya bimbang terpaksa pula dipanggil staf lain untuk dimarahi gara-gara pandangan yang saya berikan.

Yang baik dan benar datangnya dari Allah s.w.t, yang tidak benar maka daripada kelemahan diri saya sendiri.

Dato Adil
Cyberjaya.
azlishukri said…
terima kasih atas penjelasan dato'

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A