Skip to main content

Najib 2009 : Sejarah Mula Bengkok


Najib 2009
Sejarah Mula Bengkok


KUALA LUMPUR 5 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya menjadikan pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini sebagai iktibar. Perdana Menteri berkata, ia penting supaya mereka dapat melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Teluk Kemang nanti.

"Saya berharap pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini dijadikan sebagai iktibar kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN untuk kita lakukan yang terbaik pada pilihan raya kecil Bagan Pinang,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan ke Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Batu 2 1/2 Jalan Cheras di sini hari ini.

Beliau mengulas kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang ekoran kematian wakil rakyatnya, Azman Mohd. Nor dari BN akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH) di sini pukul 2.30 petang semalam. Azman, 54, yang merupakan salah seorang daripada dua wakil rakyat BN dalam Parlimen Teluk Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) SSH pada pukul 5.20 pagi semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula dijangka menerima notis kekosongan kerusi DUN tersebut daripada Speaker DUN Negeri Sembilan Isnin ini. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, hanya selepas itu baru boleh diputuskan satu pilihan raya kecil di kawasan itu.

Mengulas lanjut Najib berkata, BN pada pilihan raya kecil kali ini adalah 'juara bertahan' dan oleh itu pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan kawasan berkenaan daripada jatuh ke parti lawan.

''Kita telah menghadapi banyak pilihan raya kecil dan kita juga mempunyai banyak pengalaman. Untuk pilihan raya kecil kali ini kita adalah juara bertahan.

''Sebagai juara bertahan kita akan buat segala-gala yang perlu dalam usaha kita mencapai kejayaan,'' katanya.


Ulasan Saya :Pakatan Rakyat begitu bongkak dan lupa diri setelah mereka menang di 7 buah kerusi pilihan raya kecil sepanjang tahun ini. Rasa takjub pada diri sendiri dan bongkak amat jelas dapat diperhatikan melalui blog-blog yang pro-pakatan rakyat. Mereka, tanpa rasa malu dan berdosa mendakwa kononnya Allah telah merestui perjuangan mereka sehingga BN tewas 7 kali dalam pilihan raya kecil yang diadakan sepanjang tahun ini.


Senario politik aneh yang sedang berlaku pada hari ini, harus diambil perhatian serius oleh pucuk pimpinan UMNO. Pemimpin UMNO harus ada sikap tegas dan tidak takut untuk bertindak balas terhadap pembangkang melalui kuasa yang ada pada mereka. Jangan kerana mahu meraih undi, maka kita biarkan sahaja parti pembangkang berbuat apa-apa sahaja yang mereka mahu, termasuk melanggar undang-undang dan menghina agama mulia kita. Malah, sehingga kini, tidak pula kedengaran dalam kalangan pemimpin UMNO yang berani menyaman para pemimpin pembangkang yang memfitnah kerajaan, seperti mana mereka berani menyaman para pemimpin UMNO, seperti mana kes Anwar Ibrahim menyaman TS Muhyiddin, hanya kerana TS Muhyiddin mendakwa bahawa Anwar ialah pengkhianat bangsa.


Pada pandangan saya, Pemimpin UMNO juga harus menyerang balas kembali dengan melakukan saman yang banyak kepada para pemimpin pembangkang yang jelas memfitnah kerajaan dan pemimpinnya. Bukan semua yang didakwa oleh Anwar dan gengnya itu betul belaka, tetapi malangnya tiada seorang pemimpin UMNO pun yang berani untuk menyaman Anwar Ibrahim. Pelik dan aneh. Kita harus berubah dan segera bertegas dengan pembangkang, jika mereka bersalah dan boleh ditangkap, maka lakukan sahaja.


Dalam hal ini, DS Najib harus bertegas. Walaupun kita mahu menggambil hati rakyat, tetapi undang-undang dan kebenaran jangan kita ketepikan. Kita bimbang jika kerajaan terlalu berlembut dengan parti pembangkang, akhirnya rakyat tidak lagi menghormati kerajaan dan para pemimpinnya. Malah, kepala kerajaan juga akan dipijak-pijak oleh rakyat. Kita boleh berlembut, tetapi bertempat. Senario yang berlaku dalam politik Malaysia pada hari ini, sudah terlalu kronik, ianya adalah seperti berikut :


1. Walaupun setinggi mana dosa dan kesalahan Anwar Ibrahim, sekali pun telah dibuktikan oleh mahkamah, para penyokong dan pengikutnya sama sekali tidak peduli. Ini kata-kata mereka, "Biarlah jika Anwar peliwat sekali pun, main dengan bina orang, atau perasuah tegar, kami tetap mahukan Anwar memimpin Malaysia, so macam mana? Kami benci UMNO dan kami nak UMNO hancur, itu sahaja."


2. "Kami bukan tak tahu UMNO banyak berjasa kepada negara dan agama, tetapi mood kami dah berubah, kami dah bosan dengan UMNO, itu sahaja. Bukan kami tak tahu Anwar tu macam mana perangainya, tetapi kami cuma nak Anwar, itu sahaja."


3. "UMNO buatlah baik macam mana sekali pun, kami terima, UMNO kasi duit, kami ambik, tapi undi tetap untuk PAS. Kami dah bosan dengan UMNO itu aje. Nak rasa parti lain perintah Malaysia pula."


4. "Kami tahu PAS dan DAP tidak sebulu, tapi kami mahukan kuasa, dengan cara itu sahaja kami boleh perintah Malaysia."


5."Kami dah tak peduli lagi soal kebenaran atau kejujuran, bagi kami, kami mahu UMNO hancur, itu sahaja, biar PKR, DAP dan PAS yang perintah Malaysia. Itu kami rela, tetapi jika UMNO, kami tak setuju. Pada kami, biar pada kali ini, kami pula sebat duit rakyat, jika zaman UMNO, UMNO sebat duit rakyat, bagilah peluang kami pula sebat duit rakyat."


6."Pada aku, aku dah benci dengan UMNO, tak kiralah UMNO nak berubahkah, Nik Aziz mencarut ke, aku tak kisah, yang aku tahu UMNO mesti tumbang dalam PRU-13 nanti."


Inilah, serba sedikit maklumat yang penulis terima berkenaan senario politik di Malaysia dari kaca mata rakyat biasa yang menyokong pembangkang. Maka, fikir-fikirkanlah. Wallahualam.

Comments

juara bertahan? hmm..bahaya tuh. jgn lupa pengundi bangsa asing pon ramai di sana dan mereka terang2an kata tak suka dgn BN.

---> from negeri sembilan
Unknown said…
salam
sudah jelas rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka itu lebih baik dan bagus akan tetapi kerana mereka tidak mahu UMNO mentadbir.Sesuatu yang harus dilakukan untuk mengembalikan semula matlamat sebenar UMNO iaitu menjaga dan membela kepentingan rakyat Malaysia.
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Ada satu pepatah Inggeris " a stitch in time saves nine". maknanya maslah hendaklah diselesaikan sebelum merebak menjadi barah yang sukar ditangani.

Ada cara berkesan untuk UMNO mengatasi fitnah yang melanda. Jawab sesuatu tuduhan dengan fakta.

Sebagai contoh,
1) Tuduhan MCA, MIC dan Gerakan yang mereka tewas teruk dalam pilihanraya lepas kerana berbaik dengan UMNO.

Ini adalah tuduhan berat. Malangnya tiada siapa dalam UMNO mahu menjawab perkara sebaliknya adalah berlaku. Tanpa UMNO, saya yakin MCA , gerakan dan MIC akan jadi dinasour sepenuhnya.

Buktinya Gerakan ada 2 MP iaitu Grik dan Simpang Renggam. Kedua-dua kawasan tersebut adalah majoriti Melayu. tanpa UMNO, jangan harap orang Melayu akan undi Gerakan

Begitu juga MCA. Ong tee Kiat menang di Pandan, kawasan Melayu. Dan Dr subramaniam, Menteri menang di Tapah, kawasan Melayu.

Berdiam maknanya mengaku bersalah.

2) Fitnah yang bawa kejatuhan UMNO Selangor iaitu isu kuil dirobohkan. Bila Hindraf mainkan isu perkauman, kenapa tiadsa seorang pun dari UMNO( yang difitnah) mahu siarkan di TV1, TV2, TV3 jumlah masjid dan surau berbanding kuil yang jauh lebih banyak. Ini pelik kerana jumlah Islam di Selangor melebihi separuh rakyat Selangor.

3) Saya tidak pernah tengok seorangpun Ketua Bahagian atau UMNO MP yang sanggah kenyataan Dr Azmi sharom atau Johan Raslan yang jelas "bias" . Berpuluh kali mereka menulis dalam Star tetapi jarang UMNO mahu mengulas. Akhirnya kerana tiada sanggahan, pandangan mereka dianggap berul

Dr azmi menggambarkan Melayu ( dan UMNo) rasis kerana isu kepala lembu. Beliau mahu mereka dikenakan tindakan tegas . Bagaimanapun, bila Hindraf memfitnah UMNo kononnya membuat "etnic cleansing", belaiu menyokong dengan melaungkan kebebasan bersuara.

4) Budaya pemimpin UMNO yang selalu beri amaran ( tidak teragak-agak bertindak) tetapi tidak bertindak melemahkan UMNO. Contohnya Hishamuddin begitu bertegas menyuruh polis menangkap orang yang bawa kepala lembu tapi berdiam diri bila polis ditampar oleh MP Padang Serai . Ini mengurangkan hormat pada UMNO.

Kenapa Gobala tidak dikenakan tindakan? Kalau saya jadi Menteri Dalam Negeri, saya akan dakwa beliau. Dan dakwaan dalam 24 jam. Apa masalah Hishamudin? Hendak ambil hati bukan Melayu sampai korbankan maruah(walaupun beliau mungkin tak sedar atau tak berniat begitu).

5) Bila hak Melayu digugat, UMNO perlu kembali pada Perlembagaan. tak bolehkah disiarkan dalam media tentang pengorbanan Raja-Raja Melayu memberi kewarganegaraan pada bukan Melayu hampir 1 juta orangdalam masa singkat( satu rekod dunia).

Sebaliknya Dr nazrin yang ingatkan rakyat Malaysia.

6) Dan saya nasihatkan ketua bahagian UMNO hendaklah menyertai dunia baru iaitu Facebook, Twitter, Blog. Hendaklah berinteraktif. Jawablah fitnah Lim Kit Siang setiap hari. Jangan diam. Jangan hanya bergantung pada Najib, atau Muhyiddin atau Dr Khir saja. Tolong mereka pertahankan UMNO. Hadapi tuduhan dengan fakta.

7) Saya nasihatkan UMNO siarkan wawancara Anwar di Jakarta tahun lepas dimana Anwar memfitnah UMNO kiri kanan depan belakang . Saya sedih melihat sikap suka memfitnah UMNO di luar negeri. segala kemuliaan di dunia diperolehi melalui UMNO. Tanpa UMNO, beliau tiada apa-apa.

8) Wawancara orang-orang tua yang melalui zaman May 13. Biar mereka bagi tahu pada budak budak Melayu yang tidak sedar mereka sedang digunakan akan siapa sebenarnya DAP.

9)Dan sentiasa ingatkan PAS ( yang melacurkan ugama untuk politik, maaf bahasa agak keras) yang Mohd sabu dulu adalah orang paling aktif memaki hamun Anwar sebagai homoseks.

Dan perkara ini sentiasa menyebabkan semua orang PAS yang saya temui merah muka ( samada malu atau insaf saya tak tahu) .

Sebenarnya banyak yang boleh UMNO lakukan.
Anonymous said…
PEMIMPIN YANG DITUNJUK
OLEH JARI

BELUM pernah pemimpin yang ditunjuk oleh jari
di dalam sejarah dapat menegakkan keadilan
Mereka kalau ada pun paling baik hanya dapat membangun
Dapat membuat berbagai-bagai kemajuan dan kemudahan
di dalam negara
Belum pernah berlaku di dalam sejarah pemimpin
yang dilahirkan oleh demokrasi
dapat membawa kasih sayang
Kalau berlaku pada lahirnya ada kasih sayang
hanya kasih sayang yang pura-pura
Kalau begitu mengapa kita mengharapkan sangat
keadilan dari seorang pemimpin yang ditunjuk oleh jari
Lebih-lebih lagi apa yang kita harapkan
dapat kasih sayang darinya?
Padahal kita yang inginkan keadilan dari pemimpin itu, men-
empuh jalan demokrasi juga
Menempuh jalan yang sama, hasilnya sama juga
Kalau pemimpin itu kita tukar dengan jari kita
maka diganti pula pemimpin yang lain
Kita akan dapat jawapannya sama sahaja
Mana boleh sistem demokrasi melahirkan
pemimpin yang adil dan dapat memberi
kasih sayang yang tulen
Kalau begitu lebih baik kita didik rakyat
dan asuh orang ramai membaiki diri
Terutama kita yang menganjurkan itu
lebih dahulu membaiki diri
Moga-moga dengan itu Tuhan akan lahirkan segera
pemimpin yang Allah sendiri tunjuk
Apabila Tuhan yang tunjuk pasti pemimpin itu adil
dan pengasih serta penyayang
Mana boleh kita hendak makan kuih bahulu,
mengikut acuan apam balik
Mana mungkin kita tanam pokok rambutan
inginkan buah durian
Tidak mungkin di kalangan rakyat yang masih jahat
hendak melahirkan pemimpin yang baik
Pemimpin cara demokrasi ertinya pemimpin dari rakyat
Kalau kita sendiri pun dan rakyat seluruhnya masih jahat
bagaimana hendak melahirkan pemimpin yang baik
Berapa banyak pemimpin yang silih berganti
yang berlaku oleh sistem demokrasi
Hasilnya sama sahaja bahkan adakalanya yang mengganti
lebih jahat lagi daripada yang diganti
Sekalipun yang mengganti itu atau yang menang itu
katanya memperjuangkan Islam
Bukankah dunia telah membuktikan
berapa ramai pemimpin yang silih berganti
oleh sistem demokrasi
Tidak ada seorang pun yang adil
dan membawa kasih sayang
Mengapa kita tidak boleh berfikir lagi?!

(SAJAK DIPETIK DARI ABUYA ASHAARI MUHAMMAD)
Anonymous said…
aku suka komen menaikkan semangat jati dalam diri pekerja umno dan ahli nya.. tapi pastikan kali ni duit lebih banyak dilambakkan ke N9
baru lah ada umphhh kalau boleh lebih dari kuala trengganu..
nak aku kerja dgn umno ker? kah kah kah ... bayar beb bayar,,, mau duit ka ? merdeka,
Anonymous said…
mereka yg nak umno padam tu, bukan org melayu, mereka tu subversif dap yg menyamar jadi melayu diblog2. pro pembangkang. melayu kena tipu kiri kanan. hehe..

pemerhati
PenaKiri said…
Insyaallah, kali ni UBN menang. Undi pos jer 5000 lebih.

Ni semua kerja Allah.. ditakdirkan PRK di N9 yang telah sedia hilang majaroti 2/3 DUN. Malah DUN Bagan Pinang juga berada dikawasan parlimen yang kalah.

Saya tak tau orang ulu banat mana saudar bersembang hingga beri komen seperti itu, cuba baca suara keadilan sebagai contoh, satu artikel yang bertajuk mengapa undi saya pada PR.

Orang Melayu Islam pun malu dengan tindakan pemimpin umno dalam perarakan kepala lembu sebenar yang masih berdarah (mungkin replika pun orang akan marah) siap dipijak=pijak lagi. Malu dengan tindakan peminpin umno cawangan yang bersikap biadap dalam forum yang dibuat untuk berbincang.
YANG GAMBI said…
Salam, Melayu perlu mengikis sikap tamak, iri hati serta lebih suka melihat Melayu tersungkur......

UMNO-BN perlu benar-benar belajar dari kesilapan, pastikan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' dihayati sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN setempat.... InsyaAllah UMNO akan terus diyakini oleh rakyat Melayu.....
Anonymous said…
GEROMBOLAN MASIH ADA PENYOKONGNYA, TAPI BILANGAN MENYOKONG GEROMBOLAN ADALAH LEBIH KECIL DARI BILANGAN YANG MEMBENCI GEROMBOLAN KERANA GEROMBOLAN ADALAH MAHLUK YANG TAK ERTI NAK LAWAN JANTAN SAMA JANTAN. SEPERTI YANG DISUARAKAN OLEH PENCACAI GEROMBOLAN DIBLOG NI, GEROMBOLAN DISARANKAN MENYALAH GUNAKAN SEGALA JENTERA KERAJAAN DAN BADAN BADAN BERKANUN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT ALIF BA TA IAITU
AKU
BINI dan
TAKE BEER
Anonymous said…
Saudara Azli,
Persoalan pokoknya, mengapa sebahagian besar rakyat membenci ataupun meluat dgn UMNO?
Memang UMNO satu institusi utk survival melayu. Tapi, ahli UMNO terutamanya dari ketua cawangan hingga puncak piramid mempunyai sifat-sifat mazmumah yg merosakkan UMNO tu sendiri. Contohnya banyak seperti....

DR NO
Norhafsham said…
agk menyedihkan situasi politik semasa negara kita sekarang...
mungkin masalah dalaman parti yg manyebabkan rakyat mula mengundi pembangkang...jika di ikutkan UMNO memerintah sejak merdeka lagi. Tapi pengorbanan sebelum dan selepas merdeka sudah tidak ada makna jika kepercayaan rakyat terhakis...
Norhafsham said…
This comment has been removed by the author.
Xenan said…
Hum..
UMNO sedang dlm mode auto destroy kot?

Nasihat wa simple..

1. wat jer cleansing pemimpin perasuah2 dlm party.

2.Wat keje tayah pilih kasih cth : pendemo ISA direct terus kne tangkap beratus2.So pendemo kepala lembu pon wajib kne tangkap direct.Takat bagi amaran?dah tangkap tak?hehe.Semua org leh nampak beb

3. Biler pilihanraya jd la party,jgn jd gomen.Tayah la guna jentera gomen gile babeng sgt.Trg2 ado menteri pakai heli gomen gi meeting UMNO.Semua org nampak beb.

PR mmg tader le bagus sgt..Tapi BN humak ai..lagi 8 juta kali buruk.Ubah sikit2..sure org suka balik UMNO.

Tak susah mana..jd gomen yg baik dah la.
Apa2 yang berlaku adalah peringatan untuk UMNO dan PAS..

Pilihan terbaik adalah pilihan bersama..





















Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan
;-)
>>> Blog 1 Malaysia <<<
Semua yang kita lihat ini adalah rentetan peristiwa kejatuhan UMNO sejak paklah ambil alih...dan adakah sejarah yang terukir ini mampu ditepis.

Pembangkang hanya penyebab dan bukan pilihan yang lebih baik.

Apakah tidak ada alternatif mencari realiti yang lebih baik dari dalam situasi sekarang..
Anonymous said…
Contohi ketegasan LKY dalam menangai rakyat Spore. Rakyatnya ditutup mulut. Kena taat kepada kerajaan PAP. Habis cerita. Bersuara terhadap kerajaan sumbat dalam penjara.

Hishamuddin jangan hanya asyik memberi amaran demi amaran. Tindakan tiada. Rakyat makin tak percaya pada amaran.

Sometimes you need to be cruel in order to be kind.

Gunakan ISA. DO IT NOW PLEASE!
ikan emas said…
Semasa PRU 12 BN dah byk hilang undi tradisi di BP ni..

Masalah dalaman? UMNO T.Kemang mmg stabil ttp bagaimana UMNO NS snd? Byk perkara akn terbongkar semasa kempen akn dtg?

'pengalaman prk lalu jadikan iktibar> dh puas dgr ayat ini ttp sejauh mana ia dilaksanakan..kita tgk di BP nanti.
Takut gangguan luar menjadikan prk kali ini mkn huru=hara.

PRK ni bkn setakat menilai kredIbiliti MBNS ttp teropong utama ialah kpd Najib selaku Presiden parti/PM
ikan emas said…
BN hanya pegang 5 drpd 8 kerusi parlimen. Hanya 6 kerusi yg membezakan di peringkat DUN.PAS dah berjaya menerobos 1 kerusi (DUN Paroi dlm Parlimen Khairy..)Dia blh dikatakan dh jd ikon utk pilihan hati rakyat seterusnya.

Mgkn PR kt kerusi ni mmg milik BN namun pakatan mereka di NS msh kuat.Mereka takkan menyerah sebelum berjuang
shamshul anuar said…
Saudara Zharif,

Sudah resmi manusia apa yang ada depan mata tak dihargai. Bila segalanya hilang barulah teringat-teringat kenangan masa lampau.

Sekarang pun ramai Melayu dah menyesal. Cuma ego manusia tak mahu mengaku.

Kalau dulu kontrak PKNS hak eksklusif Melayu( di zaman UMNO memerintah), kini segalanya dibuka luas pada bukan Melayu.

Kalau dulu Yang Dipertua Majlis perbandaran boleh robohkan kuil haram yang bersepah-sepah, kini guarantee mereka digantung perkhidmatan jika berbuat demikian. Maklumlah dulu Setiausaha Kerajaan Negeri jaga hal ehwal rumah ibadat bukan Islam. Kini Exco bukan Islam jaga . Jadi terpaksalah pejam mata bila kuil dibina dibawah pokok, dikaki lima.

Jika dulu Dr khir giat serbu rumah pelacuran di sunway, kini Exco jadi pelindung rumah pelacuran. Ini bukan saya cakap. Ahli Parlimen wangsa maju, seorang Cina sendiri cakap.

Jika dulu tak pernah dengar orang islam terpaksa serahkan tanah perkuburan diserahkan pada mafia Cina, kini ianya berlaku di Selangor.

Jika dulu orang Melayu boleh cari rezeki di bulan ramadhan di Penang, kini selepas baling selipar Jepun pada ahli majlis Perbandaran dari DAP, baru boleh berniaga. Manakala peniaga Cina yang letak meja makan atas jalanraya di Paya Terubung tak dikenakan tindakan.

Jika dulu orang Melayu bangga diperintah oleh UMNO, kini mereka bangga tidur sebantal sekatil dengan DAP, satu parti yang tunjuk penyapu pada orang Melayu sampai tercetusnya May 13.

Jika dulu Mohamad Sabu memaki hamun Anwar sekitar 1998 dan mencabar Dr Mahathir untuk memecat beliau, kini mereka menjunjung Anwar sebagai calon PM.

Jika dulu Taib azimuddin mendengar orang mengadu diliwat oleh anwar, kini haram sepatah tak sebut bantahan PAS bersekutu dengan Anwar.

Jika dulu orang Melayu sanggup menentang British , satu kuasa dunia yang baru pula menang perang, kerana mempertahankan Raja-Raja sebagai lambang negeri ini asalnya negeri Melayu, kini orang Melayu sudah sanggup berbaring diatas jalanraya menentang Sultan.

Jika dulu orang Melayu mengamalkan budaya "Bumi mana tak ditimpa hujan, kini orang Melayu sanggup buang satu parti yang amat berjasa pada Melayu kerana sedikit kesalahan parti tersebut.

Jika dulu orang Melayu bangga kerana UMNO jadi big boss dalam BN, kini mereka rela diperintah oleh DAP kerana tiada parti Melayu besar dalam PR.

Jika dulu berbuih Melayu sebut " Fitnah lebih dahsyat dari membunuh, kini orang Melayu giat mendengar, menyebarkan dan lebih menyedihkan menokok tambah berita dari orang fasik.

Zaman telah berubah. Dan orang Melayu pun berubah. Sudah boleh berbaik dengan musuh nyata untuk menjatuhkan saudara seagama sendiri.

Tapi jangan sedih. Bukan orang Melayu saja berperangai begitu. 1000 dulu Sultan Sultan Arab di andalusia berbaik dengan Raja kristian untuk menjatuhkan Raja-Raja Arab yang lain. Mereka terlupa, akhirnya mereka sendiri akan jatuh.

Manusia tak pernah belajar dari sejarah rupanya.


bersekutu dengan Anwar.
aku said…
tuan...
pemimpin BN takut nak saman...
sebab memang diorang buat...
kalo lapor nanti abis kes-kes lain pulak yang pecah..

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh