Tetamu Kehormat...

September 1, 2009

DBP 2009 : Salji Di Dewan Bahasa


DBP 2009
Salji Di Dewan Bahasa


Maafkan saya jika posting saya pada kali ini tidak membicarakan soal-soal politik. Ingin saya melencong sedikit daripada tulisan berbentuk politik. Ada sesuatu yang menggerakkan hati saya untuk menulis berkenaan Dewan Bahasa dan Pustaka pula pada kali ini. Baru-baru ini, dalam Perhimpunan Bulanan Warga DBP, Ketua Pengarah DBP iaitu Dato Termuzi Abdul Aziz secara berterus-terang dan jujur mendakwa bahawa kewangan DBP sedang berada dalam keadaan kritikal serta memerlukan langkah berjimat cermat yang drastik. Isu kewangan DBP berada dalam keadaan defesit, bukanlah isu baharu. Malah, semasa saya masih menjadi warga DBP dua tahun yang lalu, isu ini sudah muncul. Saya masih ingat dalam satu perjumpaan bulanan pada tahun 2008, Timbalan Ketua Pengarah DBP yang ketika itu memangku jawatan Ketua Pengarah (semasa itu jawatan KP masih kosonga) iaitu En. Kamarul Zaman Shaharudin turut menceritakan kisah yang sama bahawa "kantong" DBP semakin susut. Dan langkah-langkat berjimat-cermat terpaksa diambil, apatah lagi kerajaan juga turut mengurangkan bajet yang banyak untuk DBP pada setiap tahun.


Lebih jauh daripada itu, Dato Termuzi dalam ucapannya, turut memberi "arahan" secara jujur bahawa staf-staf kontrak yang masih bekerja dengan DBP diminta agar segera mencari kerja lain yang lebih menjamin masa hadapan mereka. Hal ini menggambarkan betapa kantong DBP semakin susut dan DBP akan melakukan apa-apa sahaja bagi mengurangkan kos operasinya dari semasa ke semasa. Kemungkinan besar salah satu langkah berjimat cermat yang akan dilaksanakan segera oleh DBP adalah dengan menamatkan staf kontrak mereka yang berjumlah 100 orang itu secara berperingkat. Saya agak sedih juga apabila memikirkan nasib staf kontrak di DBP, isu ini sudah lama menjadi barah di organisasi tersebut. Saya juga merupakan staf kontrak di DBP pada satu ketika dahulu. Tetapi, nasib saya lebih teruk, bukan sahaja dizalimi dan dianiayai, malah kontrak saya juga ditamatkan tanpa notis, tanpa pemberitahuan awal dan penuh dengan penganiayaan. Di DBP, kita jangan terkejut jika ada staf kontrak yang sudah bekerja secara kontrak melebih 10 tahun, tetapi masih belum diserapkan sebagai pekerja tetap. Di DBP, jika kita ialah staf kontrak yang bekerja 4-5 tahun, itu merupakan perkara normal dan belum tentu lagi kita akan diserapkan sebagai pekerja tetap, walaupun rekod perkhidmatan kita sangat cemerlang, gemilang dan terbilang - tetapi itu bukan jaminan. Oleh sebab itulah, banyak staf kontrak DBP yang cemerlang meninggalkan DBP, dan akhirnya DBP rugi dari segi pembangunan modal insanya. Pengalaman saya sebagai staf kontrak di DBP, banyak mengajar saya erti "double standart" dalam dunia pekerjaan, khususnya di organisasi kerajaan seperti DBP.


Nasihat saya hanya satu sahaja kepada staf kontrak yang masih bekerja di DBP, cari sahajalah kerja lain, jika majikan anda sekarang seolah-olah "menghalau" para pekerja kontraknya dengan pelbagai alasan dan cara. Sesungguhnya staf kontrak di DBP semakin tidak selamat dan tidak terbela. Mana-mana staf kontrak yang tidak "ngam" dengan bos mereka, maka tunggulah pembalasannya dan kontrak anda akan ditamatkan secara tiba-tiba. Dan pada kali ini, masalah kewangan DBP pula dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan bagi menamatkan staf-staf kontrak di DBP - dan bukankah kerajaan pernah berjanji untuk tidak menamatkan staf kontrak lagi?

30 comments:

Razak said...

apa yang ditulis ini adalah realiti di DBP.cuma yang peliknya DBP ini, staf kontrak yang bagus diberhentikan, tetapi staf tetap yang tidak buat kerja dan asyik makan, mengumpat dan mencari kesalahan orang lain pula dinaikkan pangkat S44. DBP kena rombak.

datoadil said...

SAMPAI BILA PEKERJA KONTRAK HARUS DIHINA?

Di Malaysia, yang suka menghina pekerja kontrak ialah orang Melayu yang bekerja dalam sektor kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat melalui cukai. Orang Melayu ini pula ialah mereka yang sudah bekerja lama dan suka menghina pekerja-pekerja baru terutamanya yang berstatus kontrak. Biasanya makcik-makcik yang dah tua (selalunya) ini dengki dengan pekerja baru maka sebab itulah sering dilakukan tekanan supaya pekerja kontrak itu tidak selesa dan tinggalkan tempat itu secepat mungkin.
Saya hairan apa yang menyebabkan mereka ini dengki dengan pekerja muda. Takkan kerana usia atau kedut wajah atau kendur payu dara maka mereka dengki sehingga benci sangat dengan staf kontrak yang muda ini? Kalau itu sebabnya, maka saya sarankan makcik-makcik yang tua supaya pakai bedak sejuk setiap hari supaya nampak muda setanding anak dara. Barulah tiada dengki. Tapi kalau dengan staf lelaki, apa pula punca kedengkian mereka?
Ada juga kes dimana ketua bahagian zalim dan tidak adil kepada pekerja. Misalnya suka membezakan atau mengugut pekerja kontrak. Misalnya kalau ketua bodoh itu tidak puas hati dengan staf kontrak, maka dia akan ugut tidak disambung kontrak. Tapi kalau yang buat kerja tak senonoh itu kakitangan tetap maka tidak pula diugut atau dimarahi seperti pekerja kontrak itu. Semuanya hanya satu, status staf kontrak.

Berbalik kepada tulisan Saudara Azli, apabila DBP mengalami masalah kewangan mesti ada sebab dab penyelesaiannya. Sebabnya bukan kerana pekerja kontrak. Pekerja kontrak tidak bersalah.

Saya hairan kerana DBP ada majalah, tapi majalahnya tak laku. Maka majalah yang tak laku perlu dirombak dan dibuang editornya. Apa guna ada majalah kalau tak kemana, membebankan sahaja untuk diterbitkan.

Malah dalam konteks majalah ini, jumlah jualan majalah haruslah digunakan sebagai pengukur prestasi kecemerlangan staf. Majalah yang tidak lagu misalnya, maka editornya harus bertanggungjawab.

Maka, ketua bahagian majalah misalnya perlu fokus mencari penulis untuk menulis dalam majalah dibawah kendaliannya dan jangan hanya tahu memarahi staf kontrak yang tidak bersalah atau melakukan sedikit kesalahan. Belajarlah bersikap adil.

Staf yang tidak produktif yang berstatus tetap perlu dipersalahkan juga dan tidak semata-mata staf kontrak seperti mana yang saya baca dalam tulisan saudara Azli kali ini.

Cadangan saya kepada DBP

1. Jangan luluskan permohonan staf ke sesuatu tempat yang tidak menguntungkan, khususnya bahagian majalah.

2. Nilai semula punca-punca DBP gagal menjual majalah dengan baik.

3. Editor majalah perlu pandai berbahasa Inggeris supaya dapat menjalankan penyelidikan dan bukan hanya membaca laman web melayu apabila menulis rencana.

4. Buat pertukaran ketua bahagian untuk bahagian yang bermasalah.

5. Serapkan staf kontrak atau buang sahaja, jangan sering menjadikan alasan staf kontrak sebagai punca segala masalah.

6. Tutup lampu selepas 5.30 kecuali satu bahagian tak balik dan berminat untuk bekerja sampai ke malam. Kalau setakat 1 orang, ini punca duit habis bayar bil.


Jadi pekerja kontrak tidak bersalah,

Maka siapa yang bersalah?


Dato Adil
Cyberjaya.

datoadil said...

Soalan saya?

1. Majalah mana yang laku di DBP, yang dikendalikan oleh pekerja kontrak atau pekerja tetap, mungkin saudara Azli boleh memberitahu saya?

2. Siapa yang pandai menulis rencana, staf kontrak atau staf tetap?

Dato Adil
Cyberjaya

Anonymous said...

biarlah saya ceritakan yang sebenarnya. ramai yang sudah tertekan bekerja di bahagian M. mereka yang keluar dari bahagian M semua bahagia, manakala yang masih kekal di bahagian M hanyalah yang hipokrit sahaja. di depan bos mereka puji melambung2 tetapi apabila diluar, mereka kutuk bos bagai tak guna. masa harijadi bos siap hantar kek sampai ke rumah, tapi di gerai makan caci bos sesedap rasa.

ritah ditukar ke bahagian lain, semua orang tahu ada sebab tertentu, semua itu kerana blog. Dia difitnah sesuka hati, kononnya mengupah dan menyamar sebagai blogger dato adil, hutan nipah dll untuk membongkar kejahatan di bahagian M.

tetapi, staf tetap yang tak buat kerja dan banyak bersembang itu jugalah yang bos percaya. Pegawai S44 juga tidak berguna di bahagian M. apa mereka buat? naik pangkat tetapi kerja dan tanggungjawab makin mudah. yang diperah para pegawai S41 dan kontrak untuk memastikan SKT pegawai S44 tercapai. KP kena lihat semua fungsi pegawai S44 di bahagian M yang tidak efektif ini.

semua staf di bahagian M adalah bersikap talah dua muka. nak jaga hati bos dan tidak sanggup bercakap benar. tiap2 hari meeting dan ada seorang pegawai S44 tu tidak abis-abis mencari buruk dan kesalahan orang lain.

sebenarnya semua orang nak keluar dari bahagian M dah tak sanggup lagi bekerja di bahagian itu. dah begitu ramai yang keluar dan ada pula yang bersara awal kerana tidak tahan dengan karenah bos di bahagian M itu.

staf kontrak yang ada di bahagian M ini pun semuanya tidak boleh pakai. talam dua muka semuanya. depan bos bukan main manis mulut tu. belakang bos macam-macam perkataan maki dikeluarnya. carilah mereka di Jaya Jusco ke, Mega Mall ke di sana port mereka. yang bos percaya sangat termasuk pegawai sambilan yang dulunya dah bekerja di PTS, bukan boleh percaya tu, bos tak ada macam-macam dia main, facebook la, YM la, bila bos balik tunjuk macam buat kerja. staf macam nie yang patut kena buang.

aku dah tak tahan kerja kat sini. manusianya jahhhhhhhhhhhhhhhhaaaat.

datoadil said...

SUKARNYA KEBENARAN DITEPIS

Kata orang kebenaran itu pahit bagi yang salah dan manis bagi yang betul. Kerana yang kebenaran itulah menakutkan sesiapa yang salah. Apabila kita salah maka kita akan takut, takut dengan bayang bayang sendiri.

Maka teringat saya akan kisah yang bertajuk KETUA BENGONG DAN SI BAHALUL.

Kisahnya begini...

Disebuah negeri yang bernama Sunda, tinggal seorang yang bernama Bahalul. Dia ini sangat pandai berkata-kata tetapi agak sundal sedikit dan kadang-kadang banyak. Siapa yang cantik maka habislah menjadi mangsanya. Kira dia ini penghulu di negeri sunda. Maka sebab dia penghulu, dia berhak apa dia nak buat. Sebabnya negeri ini di perintah oleh si Bengong. Mereka ini menurut dongeng orang tua adik beradik, cuma ibu bapa lain-lain. Rakyat pun pening dengan keadaan tersebut. Maka apa yang dibuat Si Bahalul tidak pernah ditegur si Bengong walaupun jelas salah seperti malas, dan segala macam masalah lain.

Pada suatu hari, seorang pedagang berdagang ke negeri mereka. Memang cantik pedagang ni. Bila cantik timbul masalah:

1. Si Bengong dengki sebab dia dah kerepot,

2. Si Bahalul meleleh air liur.

Tapi sebab dah dengki dan si Bahalul ini pula tak dilayan oleh pedagang tersebut, maka mereka sepakat usir pedagang tersebut. Bila dah usir rugilah negeri kerana tiada cukai kepala daripada pedagang.

Yang tinggal hanya sebuah negeri yang miskin.


Apa pengajaran dari cerita ini dalam konteks pedagang (staf kontrak) dan orang yang tidak bijak seperti watak si Bengong dan si Bahalul?


Memarut kelapa buat inti
Inti kuih dicampur gula
Staf kontrak jangan dizalimi
Nanti Allah timpakan bala.


Dato Adil
Cyberjaya

Anonymous said...

siapa sebenarnya dato adil ni dulu tuduh ritah aku dari dulu tak yakin dato adil ni ritah. mungkin betul dato adil ni dato betul atau mungkin salah seorang di bahagian M ni. mungkin suria, nina, en razak, tak tahulah... tapi dato adil ni macam orang dalam. aku rasa orang dalam. tapi kalau salah aku minta maaf. 50% dato betul yang ditemuramah azli. 50% org bahagian m.

Anonymous said...

anony yang bodoh, dato adil ni azli lah...

Anonymous said...

?

Anonymous said...

semuanya bodoh, datoadil xwujud, dia hantu dan wajah hodoh kamu semua. bangang punya anony. semua dah takut dengan bayang sendiri. memang betul pun apa yang ditulis

C.H.E Dayat said...

Hmm, bagus abang utarakan isu ini... sepatutnya DBP jangan nak menganiaya staf kontrak tetapi perlu mengkaji ketirisan yang berlaku di DBP.. itulah, majalah yang laris di anak tirikan, majlah yang rugi dijadikan anak emas.. ini yang menjadi masalah besar kepada DBP...

maaf lama tak update, sibuk dengan kerja dan juga minggu lepas dimasukkan ke hospital..

Puteri Hutan Nipah said...

hahaha.. blog Azli kembali hangat dengan kisah DBP.
Nampaknya orang di bahagian M dah seperti cacing kepanasan, cuba nak nafi macam-macam, menjerit-jerit, menyumpah-nyumpah takut aku tak komen.
Entri yang menarik ni tak kan Puteri tak nak komen. Ini puteri bukan sebarang puteri tapi puteri dari hutan nipah, spesies yang tahan lasak dan tahan uji.
Wahai pegawai S44 (yang perempuan saja) di bahagian M, janganlah angkuh sangat dengan pangkat tu! Mentang-mentang dapat pangkat dengan bodek bos dan seni lakon yang hebat tapi otak kosong tu nak buat ape? Awak ingat aku heran sangat ke dengan pangkat awak tu? Balik-balik fitnah, kata kita ni tak buat kerja, tak pandai kerja, yang pandainya kau sorang. Macamlah kalau awak tak ada di bahagian M tu majalah tak terbit!

Anonymous said...

Saya berdoa dan berharap semua pihak akan mendapat ilham yang terbaik drp Allah swt bagi mencari penyelesaian isu ini. Saya berdoa agar kita terus memperjuangkan nasib bahasa Melayu dan Sastera Melayu. Saya juga menyokong kiranya DBP mewujudkan satu bahagian bahasa Inggeris yang kuat sehingga pula menjadi satu pusat rujuk Bahasa yang strategik itu dan pinda Akta DBP untuk membolehkan ini berlaku, kerana DBP perlu berkembang, berubah dan 're-invent' misinya dalam Abad ke 21 SatuMalaysia.

Salam Aidilfitri semua, dari atas hinggalah ke ceruk mana sekalipun di Menara DBP tu :) Maafkan segalanya.


Silalah:-

www.rajamenangis.blogspot.com
Mantan Pengarah Urusan, Inst. Terjemahan Negara.

Zul Rahman dari Pulau NAMOYAKI said...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

saudaraku yang dikasehi muhammad azli shukri,
apakah dikau masih lagi bersedih hati? biarsekalipun beribu-ribu batu berjauhan, tetapi apabila pilu itu datang, maka kepiluan itu akan turut dirasakan kehadirannya bersama-sama disisiku,

telah kukatakan kepadamu bahwa, kebenaran itu pasti akan datang untuk menjemput mereka, maka dengan itu, usahlah dikau risaukan akan ketentuanNya, usah dikau bersedih hati, niatmu ikhlas ingin membantu mereka, maka teruskan perjuangan, jikalau benar hatimu itu kental seperti keping-kepingan besi yang menebal, kuatkan gagasan dan semangatmu meneruskan perjalanan yang tidak mahu dipesong-pesongkan.

kami semua sangat mengerti, disebalik bait kata maksud bicara tulisanmu itu, ada terpancar akan keikhlasan hatimu untuk nasihat-menasihati rakan dan taulan yang masih berada di ruang legar yang suatu waktu dahulu pernah menjadi gelanggangmu, dan disebalik maksud bicara itu juga, mahu sungguh sesungguhnya-sunguhnya hatiku berpesan kepadamu saudaraku,
bersabarlah, dan terus bersabarlah kerana sesungguhnya telah kita akur dengan segala ketentuan bahwa "hidup di dunia ini hanyalah seperti sebuah perjalanan yang kita berhenti seketika untuk berteduh daripada terik panas mentari, dan kita berlindung di bawah pohon, dan kemudiannya maka berlalulah kita kembali meneruskan perjalanan",

bersabarlah...

Nagaperang said...

kenapa DBP menjadi begini akhirnya? sedih mengenangkan kegemilangan DBP sewaktu menjadi pembekal utama buku teks utk saya dan yg lain2. Walaupun berat tapi kami puas hati, tp kegemilangannya kian pudar. Diharap tangan2 yg mempunyai kuasa melakukan sesuatu. Jika tidak simpan sahaja di arkib negara dan jadi pertanyaan anak2 generasi akan dtg.
DBP tu apa yer?

Pro Puteri Hutan Nipah said...

aku sokong puteri hutan nipah. boleh berambus si pegawai s44 perempuan ni. senang cerita rozninah. apa nak sembunyi lagi lagi kan. dia ni mmg suka buat cerita. mungkin dia yg dato adi kata ...........


Saya hairan apa yang menyebabkan mereka ini dengki dengan pekerja muda. Takkan kerana usia atau kedut wajah atau kendur payu dara maka mereka dengki sehingga benci sangat dengan staf kontrak yang muda ini? Kalau itu sebabnya, maka saya sarankan makcik-makcik yang tua supaya pakai bedak sejuk setiap hari supaya nampak muda setanding anak dara. Barulah tiada dengki. Tapi kalau dengan staf lelaki, apa pula punca kedengkian mereka?

Pro Puteri Hutan Nipah said...

semuanya bodoh, datoadil xwujud, dia hantu dan wajah hodoh kamu semua. bangang punya anony. semua dah takut dengan bayang sendiri. memang betul pun apa yang ditulis

itu kata anony yg lagi bodoh..

dato adil ni wujud dan dia memang betul dato. tapi satu fakta yg aku rasa azli kenal dato adil ni.

Pro Puteri Hutan Nipah said...

betul ke pengomen pertama tu en razak?

Muhammad Azli Shukri said...

tak sempat nak balas komen tuan2 semua

Puteri Hutan Nipah said...

Oh, tak sangka pula ada orang pro saya.
Terima kasihlah.
Di sini saya nak dedahkan satu salah laku di bahagian M yang merugikan DBP. Wahai Ketua Pengarah DBP yang mulia, tahukah Dato' bahawa harta DBP digunakan sewenang-wenangnya demi kepentingan peribadi???
Kertas, dakwat, kuasa elektrik dan tenaga manusia seluruh bahagian dikerah untuk menyiapkan laporan tahunan persatuan yang diterajuinya sehingga dia mendapat habuan melancong ke luar negara!!!
Mana-mana staf yang tutup sebelah mata tak bersubahat dengannya akan ditindas, dimusuhi!!!
Ini bukan rahsia, cuma tak ada siapa pun yang berani cakap. Yalah, nak mampus lawan bos?
Habis tu, kenapa aku berani cakap???
Hahaha... aku tengah tunggu surat ofer untuk keluar bahagian ni,
bye-bye si zalim...

Anonymous said...

dato adil ialah puteri nipah dan puteri nipah mungkin........... jeng jeng jeng...?

Anonymous said...

anony, jeng...jeng..apa? semua orang nak tahu sape datoadil nie bodoh? cepatlah selidik.

Puteri Hutan Nipah said...

Hahaha,
Nak cari Puteri Hutan Nipah & Dato' Adil pun kecoh.
Bahagian M kan ada editor penyelidik, editor perisik, spy yang pro & tak pro; tunjukkanlah ketereran
masing-masing, nanti bos bagi upah besar!!!
Kalau dengan kaedah saintifik tak jalan, pakailah cara yang tak saintifik tu... main serkap jarang, mesti dapat punye!!!

Anonymous said...

jeng jeng jeng return...

setelah selidik... jeng.. jeng jeng....

dato adil ialah (s41 kontrak)

puteri nipah ialah (s27 kontrak)

jeng jeng jeng.... nak namakah?

Anonymous said...

aku caya datoadil orang dlam bahagian M

Pro Puteri Hutan Nipah said...

cerita di sebalik semua ni aku nak dedahkan. mulanya macam ni. bos ni tak suka pada ritah dan konco-konconya yang bagus buat kerja ni. jadi dia reka watak dato adil ni. dato adil ni ciptaan mereka. kalau tak, takkan ritah dah blah dato adil ni masih lagi tahu banyak perkara. jadi tak logik dato adil ni dituduh ritah. dato adil ni ciptaan mereka sendiri.

Anonymous said...

Ana tak fahamlah dengan segelintir orang Islam hari ni. Iman semakin nipis. Bulan puasa pun masih tak faham tentang dosa dan pahala Tak dapat kawal pancaindera dan nafsu –amarah, sakit hati … Yang keluarkan isu Salji di DBP ni dan mereka yang bagi respon pun sama jugak. Pantang dijolok (provokasi), semua melompat, lupa yang anta semua berpuasa, kalau tak puasa sekali pun, kita ni kan dalam bulan puasa. Hormatlah sikit, kawal nafsu dan pancaindera. Astaghfirullah …

Dunia memang dah dekat kiamat....

Salam daripada ana - Akhil Hayy

Zul Rahman dari Pulau NAMOYAKI said...

salam,
dato adil memang ada dan wujud di alam internet ini, dulu azli pun dah pernah bercerita tentangnya, carilah siapa dia, usahlah kita ini terlalu dibutakan dengan dimensi-dimensi yg terlalu banyak memesongkan sehingga terlepas pandangan.

ada 3 patah perkataan filosofi yg perlu difikirkan disini, ianya adalah:

1. fall
2. fallen
3. rise

yang mana satu yang anda pilih?

datoadil said...

Saudara Zul Rahman yang berbahagia, ada yang menuduh saya bayang-bayang. Hairan kerana bayang-bayang sekarang boleh menulis komen di kompoter.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen tuan2 semua

Muhammad Azli Shukri said...

tak sempat nak komen semuanya...