Tetamu Kehormat...

September 7, 2009

Anwar Ibrahim 2009 : Berakhirnya Kepastian


Anwar Ibrahim 2009
Berakhirnya Kepastian


KUALA LUMPUR 6 Sept. – Penangguhan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran seolah-olah pemimpin pakatan pembangkang itu takut kepada kebenaran. Penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar yang juga bekas timbalan presiden parti itu ketika dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional berkata, tindakan Anwar itu suatu pembaziran kos, waktu dan tenaga manusia di mahkamah.

“Saya bukanlah hendak membuat kesimpulan dalam perkara ini. Namun inilah gambaran yang dapat dilihat.

“Kenapa hendak tangguh kalau kita tidak salah. Anwar seolah-olah takut pada sesuatu. Takut pada kebenaran yang akan terbongkar dalam perbicaraan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Chandra berkata, kes berkenaan sangat penting kepada masyarakat apatah lagi ia melibatkan isu moral.

“Justeru sebagai seorang pejuang rakyat dan pejuang keadilan kononnya, Anwar perlu memastikan perbicaraan beliau selesai secepat mungkin.

“Anwar perlu bersikap adil kepada mahkamah, rakyat dan yang paling penting mangsa atau pengadu dalam kes berkenaan,” jelasnya.

Tambah Chandra, mahkamah tidak harus dipersalahkan ekoran penangguhan demi penangguhan yang berlaku. Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, sikap pemimpin pembangkang itu yang sering mencari alasan bagi menangguhkan perbicaraan di mahkamah hanya mengundang tanda tanya masyarakat.

‘‘Kesimpulan kita, dia (Anwar) takut kes dia berjalan. Kalau dia tak bersalah, hadapi di mahkamah. Yang buat demonstrasi jalanan apa hal?

‘‘Orang ramai juga akhirnya akan sampai pada kesimpulan, yang berlaku semua ini ialah kerana dia takut dengan kes dia,” katanya di sini semalam.

Bekas pembantu peribadi Anwar iaitu Saiful Bukhari Azlan dalam blognya baru-baru ini menyatakan rasa kesal terhadap penangguhan kes liwat yang dihadapi oleh bekas majikannya itu ekoran tindakan Anwar mengemukakan beberapa permohonan berkaitan dengan kes tersebut. Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata ‘‘Jika Anwar tidak bimbang, tak bersalah, hadapi sahaja kes. Apa juga pembelaan, buat di dalam mahkamah. Bukan buat huru-hara di jalan”.

Beliau yakin apa yang berlaku hari ini terutama di Perak adalah antara strategi Anwar mengelak berdepan dengan proses keadilan. Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan usaha Anwar yang mahu membatalkan kumpulan pendakwaan terhadap kes itu atas sebab-sebab tertentu.

‘‘Bagaimana kalau saya pula kata, R. Sivarasa tidak dibenarkan menjadi peguam bela Anwar kerana Sivarasa adalah seorang yang berkepentingan kepada Anwar selain dia juga ialah ahli Parlimen pembangkang. Boleh saya kata begitu?

‘‘Kalau saya tak boleh buat begitu, bagaimana dia boleh lakukan kepada unit pendakwaan kita dengan mengatakan pendakwa ini satu masa dulu kononnya pernah buat laporan tidak betul. Ini tak logik, mengarut,” katanya.

Beliau berkata, Anwar sepatutnya mempertikaikan tanggungjawab seseorang hakim sama ada berlaku adil atau tidak bukan terhadap kumpulan pendakwa raya.

‘‘Yang patut dia bimbang ialah hakim bukan pendakwa itu. Pendakwa, dia mendakwa sahaja. Kalau dia marah pada Anwar, apa benda pun yang dia boleh buat pada Anwar?

‘‘Tetapi kalau hakim itu merupakan orang yang mungkin keadilannya berat sebelah, kita boleh minta supaya dia tidak dibenarkan mengadili kes,” katanya.


Ulasan saya : Ada beberapa perkara yang dapat saya simpulkan di sini. Pada pandangan saya, Anwar Ibrahim tidak takut untuk berhadapan dengan mahkamah dan kebenaran. Pada hari ini, tiada apa-apa pun yang menakutkan Anwar Ibrahim. Sama ada betul atau pun tidak beliau meliwat Saiful, itu bukanlah pokok isunya- malah, isu ini juga tidak berupaya untuk menjejaskan kredibiliti Anwar lagi. Isu ini, menurut para penyokong Anwar, merupakan isu kitar semula, malah jika sekali pun Anwar terbukti bersalah, Anwar akan tetap menjadi hero dan akan mendakwa bahawa beliau sudah dianiaya, dan para penyokongnya akan tetap percaya. Pada hemat saya, untuk menewaskan Anwar, para pemimpin UMNO tidak lagi boleh bergantung harap terhadap isu liwat ini bagi menumbangkan politiknya. Jauh sekali untuk menjatuhkan maruahnya. Silap hari bulan, isu ini akan diputar belitkan oleh Anwar sehingga pihak kerajaan pula yang seolah-olah bersalah.


Isu liwat ini sudah dicongak oleh Anwar secara detail, tujuan Anwar menangguh-nangguhkan isu ini bukanlah untuk mengelak daripada dijatuhkan hukuman, sebaliknya Anwar mahu isu ini berjalan terlalu lama, sehingga "panas"nya isu ini akan menjadi suam dan akhirnya tidak lagi dipedulikan oleh masyarakat. Anwar tahu rakyat cepat berasa bosan, lantaran itu, jika Anwar berjaya menjadikan isu liwatnya ini sebagai isu yang membosankan rakyat, maka itu sudah dikira sebagai kemenangan untuk Anwar. Kedua, Anwar sememangnya mahu agar mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepadanya, hanya dengan cara ini sahajalah rakyat akan disogok dengan cerita kononnya kerajaan dan UMNO menggunakan skrip lama bagi menghalang kebangkitan Anwar untuk menjadi PM Malaysia.


Anwar sudah merancang semua ini, malah saya juga mengesyaki, bahawa Anwar (jika benar) meliwat Saiful merupakan sebuah agenda peribadi Anwar yang sudah lama dirancangan , tanpa pengetahuan Saiful. Dan apabila saiful menjadi mangsa liwat, sudah pasti Saiful akan menuntut keadilan. Anwar tahu bahawa Saiful akan membocorkan isu ini kepada umum. Maka dengan cara itu, nama Anwar akan sentiasa dijulang-julang dan beliau akan segera didakwa sebagai mangsa kepada para pemimpim UMNO yang masih dengki dengan pengaruhnya. Hakikatnya, apabila beliau meliwat Saiful (jika benar), Anwar mahu cerita itu tersebar, kerana beliau tahu , beliau boleh memanipulasikan isu tersebut sehingga beliau akan dianggap sebagai mangsa yang yang sering dizalimi.


Buktinya, sekali pun Saiful bersumpah, Anwar tetap menang besar di Permatang Pauh! Anwar tahu benar, isu liwat boleh menguntungkan agenda politinya. Jadi, kerajaan dan pempimpin UMNO jangan terpedaya berhubung isu ini. Kita jangan terbawa-bawa untuk menjatuhkan Anwar melalui kesnya ini di mahkamah. Dan pada masa yang sama kita berharap rakyat akan hilang kepercayaan kepada Anwar. Ia tidak akan berhasil. Anwar sememangnya mahu isu ini diperbesar-besarkan, Anwar mahu isu ini sentiasa mendapat liputan dunia - lantaran itu , beliau akan melakukan apa-apa sahaja agar isu ini terus segar, sekali gus meningkatkan simpati dunia dan masyarat Malaysia. Kita sudah kena tipu dengan Anwar selama ini. Anwar mahu isu ini terus dimainkan oleh media massa sehingga PRU-13. Anwar menangguhkan isu ini berkali-kali bukan kerana beliau takut, sebaliknya mahu dijadikan modal politiknya - agar apabila sampai masanya yang sesuai, Anwar akan menggunakannya semaksima mungkin isu tersebut bagi menekan kerajaan dan meraihl simpati rakyat, kononnya beliau telah dizalimi. Inilah sikap Anwar.


Anwar tidak bimbang sama ada beliau didapati bersalah, atau pun tidak oleh mahkamah dalam kes ini - yang penting beliau tetap akan menang juga - khususnya dalam bentuk persepsi. Pada hemat saya, Anwar sememangnya sudah merancang lebih awal untuk meliwat Saiful, agar isu ini terus dimainkan sehingga PRU-13. Anwar mahu pihak kerajaan dan UMNO terus-menerus menuduhnya sebagai peliwat, kerana beliau percaya hanya dengan isu ini sahaja beliau boleh menang dan mengambil simpati rakyat.


Sebab itu, jika kita perhatikan rakyat sudah tidak peduli dan muak dengan isu ini. Sekali pun Anwar didapati bersalah, rakyat yang menyokongnya tetap tidak akan berubah dengan menyokong UMNO kembali. Percayalah, isu liwat ini tidak akan berjaya menghancurkan Anwar. Anwar akan hancur dengan satu cara sahaja, iaitu - melalui Nurul Izzah dan Wan Azizah! carilah klu di situ! Saya percaya mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan teori saya ini - namun demikian, saya yakin Anwar sudah merancangnya, kerana adalah mustahil bagi seorang ahli politik yang licik seperti Anwar ini sanggup mengambil risiko setelah dibebaskan daripada penjara dengan melakukan kembali perbuatan lamanya, tanpa membuat perhitungan dan congakkan untung rugi politiknya! Pasti ada maksud tersirat mangapa Anwar sanggup melakukan perkara tersebut terhadap Saiful! Wallahualam.

25 comments:

Anonymous said...

Sebuah telahan yang bagus... Teruskan usaha menentang si Pengkhianat!

- MS -

Amir said...

1998 cam tak sabar nak ke mahkamah.tapi tahun ni mau tangguh pulak.cepat bicara,cepat settle .cepat settle maka cepatlah boleh teruskan hidup yandah tak berama lama ni.

Bayan said...

Salam Bro,Kalau kepala keretapi tergelincir pasti gerabaknya akan tersekat juga.

Aljuburi ni tempat yg baik untuknya adalah dUniversiti Sungai Buloh.Kalau dnegara seberang tambak dah lama bangkrap atau penghuni Changi.Tetapi dnegara kita ini boleh dbagi peluang utk Aljuburi membuat rally pulak.

Justeru itu mohon pemerintah gunakan kuasa2 yg dberikan oleh parlimen utk selesaikan segera kes pengkhianat negara ini.

FATHI IKRAM said...

Satu telahan yang ekstrim, seolah-olah Anwar tiada agama langsung.

Apa yang dibuat oleh Anwar dan barisan peguamnya masih lagi dalam kebenaran perlembagaan.

Teringa PRK Permatang Pauh. Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM menganjurkan solat hajat besar-besaran untuk memohon petunjuka Allah siapa yang benar dalam kes anwar vs saiful. Solat hajat tersebut turut diklankan didalam akhbar. Tetapi ternyata Allah beri kemenangan kepada Anwar. Tidak pula berani PPIM mengistiharkan Anwar benar.

Anwar dituduh dengan perbagai bagai. Tapi tiga PRK dikawasan Anwar membuktikan majroti besar pengundi yang dekat dan lebih kenal Anwar memberi kepercayaan sehingga UMNO tersungkur di PP.

AnTi AljUbuRi said...

Mohon sembah derhaka ... kah kah kah..

Saya kurang bersetuju dengan rumusan tuan empunya blog.

Saya sangat berkayakinan perkara liwat ini bukan satu perancangan anu war al juburi, tetapi adalah perancanaan Allah.

Perbuatan liwat seolah oleh sudah dipandang enteng dan mudah, sedangkan kesalahannya sama seperti kesalahan zina satu kesalahan yang sangat berat di sisi Allah - satu kecelaruan presepsi yang berjaya disemaikan oleh musuh Allah!!

Itulah tabiat anjing yang biasa makan tahi, jerat tidak pernah melupakan pelanduk dan akhirnya tupai akan jatuh ke tanah juga!!

Dari apa yang terdedah dari Sukma, Meor, Khairany, Azizan dan Saiful telah menunjukkan perbuatan itu berlaku, tetapi membuktikannya adalah terlalu sukar dan hampir mustahil, namun kegagalan pembuktian di mahkamah tidak bermakna kesalahan itu tidak berlaku ...

Tetapi oleh kerana keangkuhan dan kesombongan, tidak bersyukur malah mengulanginya, maka Allah membuka kesalahan itu sebagai pengaiban kepada pelaku! Angkuh dan sombong dengan menonjolkan diri begitu bersih dari rasuah, kezaliman, kronisma, politik wang dan pilih kasih - sedangkah semasa 18 tahun bersama umno dialah juara dalam hal hal sedemikian.

Kali pertama terkantol, dibebaskan oleh kelemahan teknikal pendakwaan, sepatutnya dia merubah cara hidup dan wajib bertaubat dari melakukan perbuatan yang sangat keji dan aib itu, tetapi terlalu yakin kononnya dia berjaya membersihkan dirinya dengan tuduhan konspirasi, lalu Allah mendedahkan aibnya kali kedua ..

Cubalah baca tentang biology, psikoloji dan kencenderungan manusia yang mengalami komplikasi identiti yang terdiri dari gay, nyah, pondan, bapok, tomboy, penkid, biseksual, homoseksual dan hetroseksual.

AnTi AljUbuRi said...

Dia sekarang tersepit di antara kebenaran yang diucapkan dengan kekejian perbuatan hasil dari dorongan nalurinya yang menyalahi tabiie.

Justeru dia sekarang telah berputus asa namun masih tidak mahu menerima hakikat kelemahannya dan kesalahannya, lantas bertindak secara desperado mengharungi penghinaan yang Allah campakkan ke atasnya di muka bumi ini, sedangkan di akhirat Allah lebih halus/teliti/telus dalam penghitungannya, sekali pun sekecil zarrah sekali pun!!!

Dia sekarang menggunakan segala lompong kosong yang ada dalam kelemahan sistem ciptaan manusia .. akhirnya setelah semua kelemahan itu diperalatkan, dia terpaksa juga berhadapan dengan mangsa kesongsangan nalurinya.

Kenyataan/Keterangan Saiful sebagai mangsa dan saksi utama dalam perbicaran utama kelak adalah sesuatu yang tidak sanggup dihadapinya. Saiful akan hanya memberitahu apa yang dilakukan ke atas dirinya dan dia akan diseligi kiri dan kanan oleh pihak pembelaan, tika itu aku pun sudah tidak peduli lagi apakah akan kesudahannya, sama ada bukti yang terkumpul cukup atau tidak untuk mensabitkan kesalahannya. Apa yang perlu mangsa melapurkan 'pengalamannya' dan kesahihan dakwaannya itu akan ditentukan apabila pembelaan selesai menyoal balas.

Di sana mungkin tidak ada saksi untuk melihat 'alu' dimasukan ke dalam 'lesungnya', tetapi di sana mungkin ada bukti bukti saintifik/DNA untuk menyokong, namun dalam hal ini 'qarinah' memainkan peranan yang besar dan penting!!!

Ikut hati mati, ikut nafsu lesu!! Dihadapannya hanyalah usia tua, di belakangnya penuh dengan noda dan dosa ... namun pintu taubat masih terngangga!!!

Demi ego dan kerakusan serta ketamakan untuk berkuasa dia masih gagah menerpa sekali pun menyedari dirinya hanyalah seekor ayam jantan tua yang kokoknya masih berderai derai, tapi sayang ekornya yang berjurai jurai, bergelumang dengan tahi !!!

Bertaubatlah wahai Anwar, semoga kehidupan akhirat mu sejahtera sekali pun kamu dipandang hina di mata dunia.

Sebaliknya sekiranya kau rasa kau masih mampu menipu semua manusia dengan kelicikan helah dan kepetahan lidah mu, kau bakal dihina oleh manusia dan bakal binasa bila berhadapan dengan Pengadilan Rabul Jalil!!!!

Sekiranya engkau menyahut seruan untuk bermubahalah, niscaya aku mengharamkan diri ku dari mempersoalkan kejujuran kamu !!!!

"Ha tu burnahakum inkun tum sodiqin" - bawalah bukti kamu, sekiranya kamu orang yang benar ..

Aah Mat Dee said...

penyokongnya masih percaya kalau anwar tak bersalah..

penyokong ada cetak dan sebarkan surat akuan doktor yang merawat saiful bukhari kononnya saiful bukhari tidak ada sebarang kecederaan berhubung kes liwat tuh

hanya doktor itu menyembunyikan diri kerana takut diburu pihak saiful untuk mengesahkan keterangan saiful yang dikatakan palsu.

semua pihak pembangkang tahu pasal hal ini dan mereka percaya sepenuh hati

Anonymous said...

Maaf saudara Azli, saya tidak dapat menerima hujjah saudara dalam soal Anwar sengaja merancang meliwat Saiful untuk mendapat political mileage.

Dia meliwat Saifal kerana ketagihan dengan kerja terkutuk itu. Bukan dirancang.

YANG GAMBI said...

Salam, hanya orang yang terlalu bodoh sahaja yang mempercayai putar belit Anwar.

Anwar, tahu segalanya soal hukum hakam agama, tetapi bila nafsu sudah melebihi akal, maka dia menjadi manusia yang terlalu jahil soal agama. Masakan tidak, kalau agama sudah dia berani putar belait...... Allah akan memberi sebenar-benar pertunjuk siapa dia sebenarnya. InsyaAllah....

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Kata pepatah "Berani kerana benar".
Oleh itu apa nak ditakutkan jika kita berpaksikan kebenaran.

Ya. Orang bersumpah pun boleh menipu. TETAPI tiada siapa yang dituduh tidak mahu bersumpah bila dicabar.

Jika saya ditempat Anwar( katakanlah Saiful Berbohong), sekarang saya bersumpah disaksikan pemberita CNN, Reuters dan satu dunia. Dengan itu orang akan lebih percayakan saya.

Bagi saya Anwar memang ahli politik Melayu paling tak guna pernah saya jumpa( selain Mohamad sabu). Tapi saya lebih kesal sikap kita orang Melayu.

Kita taksub. Itulah masalah yang lebih besar. Allh maha Pemurah dan Penyayang. Dia telkah berkali-kali menunjukkan kebenaran . Hanya ramai enggan menerimanya.

Ketika Dr Mahathir mengerjakan haji dulu, sampai satu stadium orang melayu sembahyang hayat minta Allah swt turunkan bala jika Dr Mahathir menganiayai Anwar.

Bukankah doa orang teraniaya tiada hijab? Tetapi dr Mahathir tidak ditimpa bala. Kenapa?

Kali ini, Saiful bersumpah meminta Allah swt turunkan bala jika beliau menipu. Alhamdulillah. saiful masih sihat.

Tiada siapa boleh menolong kita jika kita enggan menerima hakikat. Dan bila ramai Melayu tak mahu terima hakikat, maka bersedialah untuk menerima malapetaka nanti.

eekaa said...

bawa tilam ke sekali ini?

datoadil said...

ANWAR, PELIHARA HANTU DAN ISU KUIL


Saya tetap berpandangan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mungkin tidak bersalah dan ada konspirasi berdasarkan kepada perjalanan kes sejak mula, apabila laporan polis yang dibuat pengadu tidak diberikan kepada pihak kena dakwa. Buktinya mudah, kalau laporan polis diberikan, contohnya

" Saya Saiful Bukhari telah diliwat oleh DSAI pada pukul sekitar 2.00 - 4.00".. maka sudah tentu pihak DSAI dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dengan memberikan jadual atau aktiviti DSAI. Tetapi yang berlaku ialah laporan polis di sembunyikan. Ini bagi memudahkan pihak pendakwaan mengubah fakta pendakwaan mengikut keperluan.

Dulu misalnya, tilam diusung kononnya ada to,pok air mani. Tetapi pembelaan dapat membuktikan bahawa kilang tilam tersebut belum wujud pada masa tarikh kes itu berlaku. Inilah kelemahan dan kebodohan pendakwaan dan sangat memalukan. Jadi bagaimana rakyat nak percaya?


HANTU

Masyarakat malaysia "kaya" dengan hantu. Kalau tidak takkan sampai ke pejabat yang memperjuangkan bahasa ibunda ada orang pelihara hantu. Saya hairan mungkin hantu ini berminat membaca majalah sastera maka sebab itu di dipelihara. Kalau-kalau dapat meningkatkan jualan majalah sastera tersebut. Tapi sayang majalah sastera tersebut tetap tidak laku kerana hantu tidak mungkin ada duit atau gaji untuk membeli majalah sastera tersebut. Maka selepas ini tak payah pelihara hantu, cari benda lain yang berminat membaca majalah sastera kalau ingin majalah sastera itu laku.


KUIL

Shah Alam dan Batu 3 gempar gara-gara isu kuil. Kala ini saya sangat tidak berpuas hati dengan Pakatan Rakyat di Selangor. Kenapa sibuk sangat bina kuil? Sedangkan mesjid masih belum mencukupi dan kalau sembahnyang Jumaat ada yang terpaksa sembahyang diluar mesjid atas rumput. Kalau nak bina kuil bina di kawasan orang india, kalau nak bina tokong di kawasan orang cina dan kalau nak pelihara binatang haram babi bina di hadapan rumah Lim Kit Siang. Tak payah bina di kawasan orang Melayu.

Kita kena tahu syaitan seperti jin, toyol dan spesiesnya suka duduk di tempat macam ini sebab depa suka disembah. Nanti tak pasal-pasal ramai anak-anak melayu terjerit terlolong pada waktu malam kena gangguan. Kita juga bukan tak tahu kalau kuil ini ada upacara mingguan sampai siang depa sibuk "menyanyi" mantera yang tak tahu hujung pangkalnya.

Maka antara Anwar Ibrahim, Penternak Hantu yang di dakwa sebagai seorang editor kanan dan pimpinan Pakatan Selangor, hanya satu cara menyedarkan mereka.

1. Ketiga-tiganya masuk dalam kuil dan lalu memanggil semua jin dan kemudian tanya jin macam mana nak buktikan isu liwat, macam mana majalah sastera supaya laku, dan kemudian bergegas ke Sepang untuk menikmati sate babi. Kalau mereka tak sanggup maka hentikanlah kerja bodoh itu.

Dato Adil
Johor.

Anonymous said...

saudara azli,
ini pertama kali saya melayari blog anda.Saya tertatik dengan teori saudara.Sedikit sebanyak ada logiknya.kerana kalau kita perhatikan dari segi sejarah banyak pemimpin jatuh kerana seorang/lebih perempuan.mungkin Anwar akan jatuh ditangan anak dan isterinya sendiri kerana lain-lain perkara Anwar tidak dapat dijatuhkan..
salam
Norkuyow

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen tuan2 semua

kelambuharimau said...

HERAN JUGA PENYOKONG ANUAR NI..KALU TAK PERCAYA CAKAP ORANG BN,RISIK SENDIRI..TANYA KAWAN2 ANUAR TERDAHULU..MEMANG ANUAR NI PELIWAT ATAU TIDAK..BAGI KAJIAN YANG SAYA BUAT DIA NI PELIWAT ITU SAJA

Anonymous said...

dato adil. bagus dato putar ya...

bahan2 bukti itu perlulah di terima sebagai bukti /di daftarkan di mahkamah dulu sebagai bahan bukti baru lah boleh diserahkan kepada pihak pembela.

mana2 kes dlm m'sia pun pembela akan dapat semua bukti. tapi mesti di bentangkan di mahkamah dulu.

bukannya mcm anwar yg nak mintak bukti yg dah di gam, seal, cop tarikh, tapi di buka , di rosakkan bahan bukti dgn harapan bahan bukti itu tidak diterima di mahkamah. hehehe...

apa benda yg dato ckp ni??? merapu lahh. org semua sekolah tinggi tauu.

kenapa dato tak cerita air mani di tilam tu disahkan kepunyaan samsidar dan anwar. hehehe...

zam

Anonymous said...

dato adil, anwar kata ada alibi. makna kata kalau ditarikh dan ketika sepol diliwat, anwar ada bukti dia bersama2 dgn org lain.

bawa la alibi anwar tu ke mahkamah kenapa anwar takut. kenapa anwar nak minta bukti2 yg lain pula.

ingat ya kes hanif dulu, dia terlepas dari hukuman membunuh sbb ada alibi. alibi ni bukti kuat.

dato suruh la anwar cari alibi, penyokong2 tegar anwar kan ramaiii, bila2 masa nak mati kerana anwar. reka la alibi. upah 10-20 juta. anwar kan byk duitt.

kalau penyokong2 tegar anwar kata saifol terima duit umno utk rancang kospirasi kpd anwar.

eh takkan la dlm ramai2 penyokong2 tegar anwar tu sorg pun tak boleh di bayar. cuba letak beg penuh isi duit mang 20 juta. sure ada yg sanggupp...hahaha...

aku tak sanggup bersaksi palsu. walaupun aku tak dak duitt...hahaha

abangaziz
melaka

echah_syed said...

kesian isteri & anak2nyer.. :(

dan..


kesian jugak kat saiful dan familinyer.

Anonymous said...

Adakah anda semua PASTI bahawa Anwar Ibrahim seorang peliwat? beyond reasonable doubt? Kalau pasti, anda lah patut menjadi saksi utama.
Tidakkah pertuduhan liwat ini di atas asas suka sama suka?

DR NO

Muhammad faiz mahayudin said...

akal ade tak?? ade ke patut orang berumur 60-an boleh meliwat orang muda yang sihat tubuh badan.. mane la logik woi.. duk kutuk anwar wat per?? nak tambah dose je.. -Anwar Pembela Islam,Melayu Selama ini.. Reformasi!!!

Anonymous said...

Muhammad Faiz Mahayudin - Kalau kamu dah yakin benar bahawa pemimpin agong kamu tu tak bersalah, kenapa tak suruh dia bersumpah di dalam mana2 masjid bersaksikan jutaan orang melalui television dan kemudian teruskan perbicaraannya di mahkamah.

Buktikan pula dia tidak bersalah di dalam mahkamah. Bukankah dia engage 12 peguam yang hebat2 untuk membelanya.

Tetapi hairannya dia TAKUT. KENAPA? Eh!Bukan TAKUT. TAK BERANI!

Sebab Anwar juga yakin bahawa yang yang HAK pasti BERDIRI dan yang BATIL pasti JATUH. Dan dia juga tahu bahawa yang BATIL itu adalah dirinya sendiri.

Bayan said...

Kalau 60 tahun barang tak boleh pakai masakan isteri kurus kering.Isteri tak boleh kata apa2 kunci dtangan Aljuburi.Isterinya hendak sebut pisang pun tak tersebut.Yg isterinya boleh sebut cang aje.Pi dah masuk lah.Masuuuukkk......

Kalau hendak tahu berfungsi atau tak,Muhammad Faiz Mahayudin kau buat temu janji dgn Aljuburi pasti kau.....Utk keterangan lanjut sila hubungi Saiful.

Anonymous said...

Kepada En. Muhammad faiz mahayudin,

Anwar bukan pembela Islam/Melayu.Bertahun-tahun dia telah berjaya menipu kebanyakan orang-orang Melayu dengan imej keislamannya.

Sejak dia keluar dari Sungai Buloh, negara semakin tidak aman kerana kerja dia menggalakkan orang berdemonstrasi dan macam-macam lagi yang bukan memaparkan akhlak seorang Islam yang murni. Dia hanya seorang pendendam dan gila kuasa. Saya sangkakan dia dah bertaubat semasa berada di Sungai Buloh , rupa-rupanya akhlak dia semakin teruk sampai tak kisah untuk menjaga maruah dirinya lagi.

Fikirkanlah kenapa pemimpin-pemimpin Yahudi baik di Amerika maupun di Israel berpihak kepadanya? Takkanlah kerana orang Yahudi suka serta mengkagumi orang Muslim yang baik? Sah-sah adalah kerana dia adalah orang yang sebulu dengan mereka dan yang akan kowtow kepada kehendak mereka.

Semoga Allah melindungi kita daripada mendapat seorang pemimpin sepertinya yang mempunyai banyak sifat-sifat munafik.Aamiin.

Salam

jiwakita said...

salam...

maaf le azli...terpandang pula pelawaan
anda di blog saya baru tadi...pelawa dah terlalu lama, baru terbaca...

akan ku gagahkan menziarah blog anda
sekerap yg mungkin!

Lataif said...

Percayalah, isu liwat ini tidak akan berjaya menghancurkan Anwar. Anwar akan hancur dengan satu cara sahaja, iaitu - melalui Nurul Izzah dan Wan Azizah! carilah klu di situ! Saya percaya mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan teori saya ini -

Azli..makin bengap kau ni.usah ler mengaku mendukung ajaran Islam.kau pun sama bertopeng Islam tapi berhati Iblis durjana jugak.

Salah atau tak anwar tu kenapa nak jahanamkan anak dan isterinya? kau suka mak kau kena bogel kat Talang? atau pak shukri meracau keliling jam besar kuala kangsar sebab anaknya si Azli dah mereng?

Azli..apa kena dengan kau? aku dah cakap yang kau ni tak neutral.kau degil..bertopeng lagi.sifat munafiq dah menebal dihati kau.keluar ler ayat apa pun dalam Al-Quran.tak ubah pun kau dengan puak orientalis.

kah kah kah... anak pak shukri ni dah makin jauh tersasar...kesian!!