Tetamu Kehormat...

August 13, 2009

Orang Yang Beriman Diminta Sokong Kenyataan Mufti Perak


Orang-Orang Yang Beriman Diseru
Menyokong Cadangan Shahibuh Samahah
Tuan Guru Tan Sri Dr Harussani Zakaria


PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman. Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara. “Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.


“Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Beliau mengulas kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.


Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan. “Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” katanya. Pada masa yang sama, kata beliau, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.


Ulasan Saya : Saya yakin selepas ini sudah pasti akan ada para penyokong PAS yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada Tuan Guru Harussani. Menurut PAS, mana-mana ulama yang menyokong UMNO akan terus dilabelkan sebagai Ulama UMNO atau ulama jahat. Saya perhatikan, pada kali ini Tuan Guru Harussani sangat jelas kemarahannya kepada warganegara Malaysia yang secara terang-terangan menghina agama Islam dan institusi Sultan di negara ini. Oleh itu saya pun tidak mahu mengulas panjang lagi maka, dengan ini saya syorkan beberapa langkah ekstrim terhadap mana-mana golongan yang jelas menghina Islam dan Raja-raja Melayu, Antaranya ialah : 1. Haramkan Parti Politik DAP - Parti ini bukan sahaja tidak menghormati dan menghayati semangat perlembagaan Malaysia, malah seringkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur perkauman dan penghinaan terhadap orang Melayu dan Islam. 2. Sekarang, antara PAS dengan DAP sudah tidak ada bezanya lagi. Apabila Nik Aziz tidak berasa pelik dan hairan terhadap penghinaan yang dilemparkan oleh DAP terhadap agama Islam. Jelaslah Islam yang dibawa oleh PAS ialah Islam yang berkonsepkan kaedah "matlamat menghalalkan cara". Parti seperti ini amat merbahaya. Disyorkan agar kerajaan menggubal hukuman mati kepada mana-mana individu yang jelas menghina dan menimbulkan fitnah terhadap Islam melalui tulisan, mahu pun ucapan. 3. Lucutkan kerakyataan terhadap mana-mana kaum yang tidak menghormati Islam dan Institut Sultan di negara ini, seperti mana cadangan Tuan Guru Harussani di atas. 4. Diminta agar pihak kerajaan bertegas terhadap pemimpin-pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim, jika perlu gunakan ISA bagi menahan mereka dengan kadar yang segera.

34 comments:

PAS Segambut said...

bab hukum bunuh tu aku sokong 100% pancung sahaja kepala sesiapa yang hina Islam dan sultan.

Engr. Mohamad Izwan Bin Zainal BSc. said...

Seperti Kebiasaan dalam istiadat-istiadat Melayu, Penferhaka adalah dihukum mati.

Sebagai contoh, salah seorang Anggota Al-Maunah, Allahyarham Mohamad Amin kalau tak silap saya, beliau dijatuhi hukuman mati hanya kerana melancarkan peperangan dengan yang diPertuan Agong.

Kenapa Kafir laknatullah ini tidak dijatuhi akan hukuman yang serupa. Ini adalah kerana mereka adalah rakyat Malaysia.

ZULKIFLI said...

Salam, Sdr Azli;

Saya lebih bersetuju dengan cadangan yang ketiga itu. Kerana itulah tagline dalam Blog saya menggunakan peribahasa "Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri, haruslah dusun itu dibuangkan". Hal ini sudah lama ada dalam pemikiran umat Melayu. Kita yang terlalu toleran.

Anonymous said...

India Tamil lagi kurang ajar tak sedar diri burung gagak asyik buat taik tapi sibuk nak tuntut macam-macam..

Brahimnyior said...

Sokong, kita mesti pertahankan institusi mufti, dan kekalkan kedaulatan Raja Melayu.

Usah dipolemikkan kenyataan mufti Perak. Sebagai orang berilmu yang rapat dengan sultan, mufti lebih tahu apa yang berlaku.

Bro Azli, dulu teman 'bute', sekarang dah celik..

azmi yusof said...

percayalah..lepas ni nasib mufti perak akan jadi macam Redhuan Tee..itulah nasib mereka yang mengatakan yang benar...semoga Allah melindungi golongan yang berkata benar...

zainal mohd jais said...

Sahabat,
Kita anggap sahaja begini,
Tuhan sedang menguji orang UMNO, memberi isyarat supaya memuhasabah diri dan parti.
Dan Tuhan sedang memberi kesempatan kepada rakyat melihat sendiri, belang sebenar PAS dan Anwar Ibrahim.
Hakikatnya, hanya UMNO yang layak dan berupaya memimpin bangsa.
Soalnya, bagaimana rakyat, khususnya penyokog PR, dapat segera dibangunkan dari tidur, disedarkan dari mabuk akibat suntikan Anwar.
Jika kita menginsafi kesilapan, dan sentiasa berusaha memperbaiki diri, Tuhan akan membantu kita untuk kita mempertahankan bangsa.
Jika kita terus alpa, berdasarkan momentum yang ada hari ini, bangsa kita akan hancur.
Semoga kita terelak dari dihina oleh anak cucu kita satu hari nanti.

Dollah said...

Kita memang mudah untuk memberi hukuman jika tidak terkena batang hidung sendiri. Cuba kita fikirkan kembali, bila orang melayu hina raja sendiri contohnya yang berlaku di Terengganu dengan perkataan "NATANG" pada sultan Terengganu. Apa reaksi anda pula!...

Bukankah yang buat onar itu orang UMNO. Tak gitu!...

Anonymous said...

salam wbt. saya nak tanye tuan punye blog tentang beberapa perkara.
1) berimankah seseorang bila tidak membuka mulut menentang keganasan dan kezaliman kerajaan berkenaan isu ISA? akta yg wujud just to pressure any movement against the gov (UMNO)
3) beriman kah seseorang bila menyokong dasar kerajaan utk bersifat berat sebelah berkenaan layanan istimewa kepada melayu?tahukah sedara hanya msia (selain dari ISRAEL) yg beri layanan istimewa kepada satu etnik. adilkah kita?
4) berimankah kita bila kenyataan (yang mewakili institusi agama islam yang syumul) bersifat racist.

asal ada sahaja kenyataan dari pemimpim parti politik bkn islam berkenaan islam dianggap menghina islam. dimana rasionalnya?

budak melaka di uk

Anonymous said...

salam wbt. nak tambah lagi. bagi yg memanggil(menuduh??) orang laen pengkhianat. that is very rich of him? sape yang menggadaikan tanah di johor (beratus2 ekar) kepada singapura?

budak melaka di uk

amri said...

Saya sokong, mana-mana penderhaka kepada Sultan dan Raja adalah penderhaka, maka cabutlah kerakyatan beliau. Tetapi dengan syarat.....Orang yang pertama keluar dari Malaysia, Mahathir (membuang imuniti raja-raja)bahkan menentang raja-raja, sehingga raja-raja kecut perut, Kedua Anuar Musa dan 200 orang penyokongnya (menabalkan sultan kelantan yang lain dari Sultan Ismail), Ketiga Idris Jusoh dan beberapa ribu pengikutnya (tak bersetuju dengan perlantikan Menteri Besar, sehingga memanggil Raja sebagai NATANG). Hai kalau macam tuu hilanglah beberapa kerusi DUN di Ganu Kite... PRK lah pulak.

NAK TUNJUK BAIK KONON. TUNGGULAH 40 TAHUN LAGI. HANG CERITA KAT CICIT CIAT BAHAWA HANG SEMUA BAIK-BAIK. ORANG SEKARANG SEMUA TAHU PERANGAI UMNO.

Apa UMNO mahu jawab. Menepuk air di dulang. Lempar batu sembunyi tangan. Harpkan pagar pagar makan padi. Berak tepi jalan tak siapa mengaku.

Muhammad Azli Shukri said...

saya nak jawab semua yang menentang penulisan ini, pertama, jika tuan-tuan mendakwa bahawa UMNO derhaka kepada Sultan, mengapa mesti sikap itu tuan2 ikutkan pada hari ini? jika tuan2 ikut cara UMNO apakah bezanya lagi antara PAS dengan UMNO?

budak melaka di uk ni nampak gayanya tidak memahami sejarah.apakah mempertahankan hak kaum melayu dianggap sebagai berat sebelah? tidakkah saudara tahu bagaimanakah keadaan Islam di China dan di India? apakah saudara juga tidak mahu ambil tahu bagaimana kehidupan orang cina di negara mereka sendiri dan orang india di negaranya sendiri? apakah mereka tidak mahu bersyukur?

echah_syed said...

kepada pengkhianat negara sila berhijrah yer.

kpd yg tak reti bersyukur ingatlah rezeki ALLAH yg beri,dgn sekelip mata dia bole ambil kembali 'KUN FAYAKUN '

bersyukur lah byk2 dan dibulan ramadhan al-mubarak ini marilah kita bersatu hati berdoa semuga kita dipelihara iman dan bersatu padu.

Anonymous said...

to Muhammad Azli Syukri..
cube listkan semua kesalahan yang PAS dan pihak pembangkang dah buat utk menjatuhkan martabat sultan melayu.. the answer is NONE and if there is any, not as much as UMNO (kalau ada).
UMNO hanye berlakon sebagai pembela bangsa melayu bile mane mempunya kepentingan politik. ie yang buat tu pakatan pembangkang.
saya bersetuju dengan amri
budak melaka di UK

Anonymous said...

to mohd azli..
sudah semestinya saya bersyukur dengan kehidupan sabagai UMAT ISLAM di msia. i've been fortunate enough to study, live and visit countries where MUSLIMS is the minority. jadi saya tau bagaimana rasanye to be minority. the question is DO YOU?
dipendekkan cerita, cube saudara letakkan diri saudara lahir sebagai seorang cina(atau india or other minority in malaysia) dan dihalang daripada menikmati hak sama rata dengan rakyat di negara yang sama. tidakkah rasa diri dizalimi?walhal saudara adalah malaysian(born and breed in malaysia).
Apa bezanya saudara(golongan yang bangga pertahankan HAK MELAYU) dengan golongan majority di china dan india yang menghalang umat islam disana daripada menikmati hak mereka?

budak melaka di UK

Anonymous said...

tambahan:
Alhamdulillah saya ada belajar sejarah di sekolah dan insyaALLAH saya memahaminya. dan saya yakin saudara pon blaja bende yang sama. saya juga belajar sejarah islam dan penubuhan negara islam pertama di dunia(madinah). adakah semasa pembentukan madinah rasulullah ada menekankan tentang kepentingan 'mempertahankan hak arab'? semua kaum hatta yahudi pon dialu2kan utk hidup di madinah tanpa sebarang diskriminasi.
malah, salah seorang sahabat agung ialah seorang parsi(iran) iaitu salman al-farsi
bukankah ini contoh terbaik yg bole di ambil dari manusia agung sepanjang zaman.
budak melaka di UK

Carlos Abdullah said...

Dalam Islam ada ke sistem kerajaan atau kesultanan?

Setahu saya khalifah DIPILIH dari kalangan orang Islam dan sistem tu tidak bercorak turun temurun atau feudalisma.

Bab menghina Islam, saya rasa bukan menghina Islam saja bahkan semua agama tak boleh dihina. Ia harus dibezakan dengan mengkritik kerana perdebatan Agama tu berlaku dari kritikan.

Kalau kita menghina agama lain mereka akan menghina Islam. Tu hukum tindak balas.

Wirid Baru UMNO "PUKIMAK" said...

Allah yang memberi rezeki dan bukannya UMNO yang memberi rezeki kepada kaum melayu.

Anonymous said...

yang saya tau UMNO memang tak buleh dipercaya,cakap tak serupa bikin, melayu makan melayu.. berapa banyak rezab melayu telah digadaikan oleh umNO, tengoklah kediaman ketua menteri umNO,mengalahkan istana,rakyat papa kedana sanggup belasah wang PPRT sebab nak pakai merc,PPSMI kenapa Pemimpin umNO monyok,, kata pejuang bangsa melayu?? poodah

Junah said...

Salam,

Pegi jahane la dgn kenyataan Nik Aziz tu.

ajijasin said...

salam alaikum...

memang sedap membantai menghentam membelasah org lain!!!
MANA PERGINYE PEJUANG PENDOKONG
KEPALA2 DALAM UMNO!!!

LEBIH2 LAGI YB2 UMNO YG KONONNYA MELAYU LAGI ISLAM!!!

yg kena bantai!!!
kena hentam!!!
kena belasah pun dok "relaxxxxx aje!!!
takut tak dapat jadi calon YB ke lagi!!!
memang aku pelik perangai
KEPALA2 DALAM UMNO
DAN YB2 UMNO NI!!!
ENTAH APA YG TERSUMBAT DAN DISUMBAT
KAT DALAM BATANG LEHER MASING2
TU TAK TAU LA AKU!!!

EEIIIIIIII.....
UMNO ADA 191 KEPALA BAHAGIAN
70 ORG YB MELAYU ISLAM!!!
TAKKN SORANG PUN...
TAK ADA YG KEPALA GILA2 SIKIT PUN!!!
NAK SERGAHHHHHHH NIKOL AJIS DAN
DAP KAPIR HARBI LAHANAT TU!

ISLAM NI DAH 1400 TAHUN LEBIH!!!
SAMPAI KAT TANAH MELAYU NI DAH 400 TAHUN LEBIH!!!

TAKKN NAK IYAKAN DAN BIAOKN
CAKAP NIKOL AJIS TU!!!
NAK TUNGGU SAMPAI PM TPM BUKAK MULUT BARU NAK MASING2 NAK BERSUARA!!!
POOOOOOOOOORRRRRAAAAAAAHHHHHH!!!

ITU PUN NAK KENA AJAOOOOOO KE!!!

JANGAN JADI KEPALA KEPALA UMNO
YB2 MELAYU ISLAM
MACAM...
BURUNG TIUNG BURUNG KAKAKTUA LA!!!
DOK ULANG2 CAKAP ORG!!!
JANGAN JADI AYAM DIDIK MAKAN KAT TAPAK TANGAN!!!

AKU INGAT KEPALA2 DAN YB2 UMNO MELAYU ISLAM NI!!!
TAKUT DAN TAK GHETI NAK CAKAP PASAL
MARUAH ISLAM!!!

TOLONG BUKAK MULUT!!!
SERGAH BANTAH CAKAP NIKOL AJIS TU TERANG2
JANGAN BERSUARA BISIK2 BALIK TELINGA PUN TAK DENGARRRRRR!!!

TAK PAYAH LA KEPALA2 DALAM UMNO
IKUT RENTAK NAK BUAT DEMO BESAO2!!!
MASING2 BUAT SIDANG AKHBAR DAH CUKUP BAIK!!!
BANTAH BELASAH BANTAI NIKOL AJIS TU!!!
JANGAN INGAT DIA TOK GURU
BOLEH CAKAP SEMBARANGAN!!!
MACAM ORG LAIN TAK GHETI PASAL AGAMA...
PASAL ISLAM!!!
ISLAM KAT TANAH MELAYU NI DAH
400 TAHUN LEBIH!!!
ADA FAHAM TAK!!!

Xenan said...

Bro azli,

"Jika tuan-tuan mendakwa bahawa UMNO derhaka kepada Sultan, mengapa mesti sikap itu tuan2 ikutkan pada hari ini? jika tuan2 ikut cara UMNO apakah bezanya lagi antara PAS dengan UMNO?"

err..bro setuju UMNO penderhaka ke ni?Cara UMNO tak boleh diikut tapi bro stay dlm UMNO.Apekah tu?

jaga2 bro..leh kene lucut keahlian UMNO ni.hahahaha

zeqzeq said...

yang baik elok sokong..

dulu PM lain ,kini PM lain, lupakan lepas.

jika rasa tak sesuai boleh hijrah ke Indonesia atau Spore, ikut LAW sendiri.

parjo_7 said...

salam...
cuba baca cerita yang sebenar isu perak dari sumber sahih mantan PJ PAS...
http://usahmadawang.blogspot.com/2009/08/krisis-politik-perak-ahmad-awang.html

FATHI IKRAM said...

Salam saudara,
1. kalau tak sokong gugur iman kah?
2. bagaimana bila hina nabi? saya ada senarai penuh kenyataan pemimpin umno/bn hina nabi dan pertikai quran serta hadis.
3.Fatwa yg mengatakan ttg sure heboh pun dilangar zamry aper citer?
4. saya juga setuju ttg kes natang. macam mana pendirian saudara? taknak hantar memo pada najib ker gugurkan ideris dari menerajui mara?

Saudara banyak mainkan isu perkauman. muhasabahlah diri. ianya tidak membantu 1malaysia. nasihat ikhlas saya.

Ezo said...

Dah ada dah bang....kat Cairo nih pun berlambak....

OMARA said...

saya tak mahu tulis ikut emosi atau terpengaruh dengan sesiapa. saya tidak terpengaruh dengan media-media. Atas kebenaran cuma saya nak minta kepada para mufti dan ulamak yang berpengaruh, tolonglah keluarkan fatwa mengenai hukum ISA. Bolehkah dalam Islam ditahan tanpa bicara? Itu saja.... Wahai para mufti dan ulamak, jangan tutup mulut demi kebenaran Islam! Katakanlah.... keluarkanlah fatwa... saya dan rakyat menanti kebenaran!

zaidi ali said...

Salam Sdr Azli,
Saya sokong kenyataan sdr,

"Disyorkan agar kerajaan menggubal hukuman mati kepada mana-mana individu yang jelas menghina dan menimbulkan fitnah terhadap Islam"

Sebelum tu penggubal-penggubal perlembagaan kenalah buang ciri-ciri pentadbiran berikut yang menghina Islam secara total:-

1) Hapuskan sistem faedah riba lewat bayar dalam percukaian LHDN, MARA, Pejabat Tanah, Majlis Bandaraya dll., dan fatwakan perbankan konvensional sebagai "HARAM" kerana pencetus dan penggalak riba.

2) Haramkan penjualan arak berleluasa dengan menghadkan lesen penjualan hanya pada Kedai Todi Berlesen. Menarik balik lesen kilang Carlsberg dsb. Tak mati kebulur pun rakyat Malaysia kalau takde kilang sebegitu!!!

3) PDRM dan PBT diwajibkan memerangi semua rumah pelacuran kerana semuanya tidak berlesen.

Tiga perkara di atas lebih jelas menghina umat Islam penduduk majoriti negara dan Agama Islam yang menjadi agama resmi Malaysia.

Penggubal perlembagaan yang mengaku Islam tetapi MUNAFIK mesti dihukum bunuh terlebih dahulu. Fahamilah surah al-Munafiqun dan ketahuilah bahawa orang-orang munafik lebih bahaya dari Yahudi. Kedua-duanya dilaknat Tuhan.

AKU said...

sapa sokong umno, sah menolak hukum hudud dan bersubahat dengan meluluskan lesen arak, judi dan permis maksiat.

hampa2 nak marah, marah le wahai penyokong umno, sampaikan akan kebenaran walaupun pahit.

Anonymous said...

WAHAI PENYOKONG PR.HAMPA FIKIR2 LA SIKIT. MALAYSIA SKRG DA AMAN,XDE PEPERANGAN,KCUALI RUSUHAN ORG2 PR YG SNTIASE XPUAS ATI NGN KERAJAAN SKRG..KORANG NK MALAYSIA SKRG JD CAM NEGARE2 KT LUAR TU KE??CONTOH TRDEKAT DA ADE..THAILAND,SNTIASE BERPERANG XBRKESUDAHAN..

CUBE KORANG TGK SKRG, DLM ISU PELAJARAN, KERAJAAN XABEH2 BG MCM2 BENEFIT.ANAK2 HAMPA SUME KRAJAAN TANGGUNG.TP KORANG KATE KRJAAN MKAN DUIT RKYAT LA APE LA..DUIT RKYAT SUME PUSING BLK,LAST2 DPT KT RKYAT GAK..HAMPA TOKSAH RISAU..SKRG NI JGN LA CRI SLAH KRJAAN JE..

SKRG NI AK PLJAR IPTA, TOKSAH CITE LA PSAL PRBELANJAAN.SUME KRJAAN SUPPORT.MMBER2 AK PON SUME KRJAAN SUPPORT TP KBNYKANNYE XTAU NK BRSYUKUR.SUME MEN HENTAM KERAJAAN..DIORANG XTAU MAK BPAK DIORANG PN KJE NG KERAJAAN AND DIORANG PON KRJAAN TNGGUNG,TP XTAU MALU NK HENTAM GAK..APELA NK JADIK..LAGI 1,KLO HAMPA NK TAU,KBNYAKAN LECTURER YG AJAR AKU SUME SMBANG POLITIK DPAN2 PLJAR..N SUMENYE PNYOKONG PR..UDAH2 LA TU NK RASUK PELAJAR IPTA..DIORANG TU XSEDAR YG DIORANG KJE NG KERAJAAN TP MSH NK HENTAM..TU PSAL LA RMAI YG TRPNGARUH NG IDEALISM PAKATAN RAKYAT NI..IPTA BKAN TMPAT NK BERPOLITIK!!

FIKIR2 KAN LA YEE..

Muhammad Azli Shukri said...

maaf saya tak sempat nak balas semua komen

Anonymous said...

Nik Aziz berjaya membawa satu bentuk pemikiran jumud dan stereotaip kepada semua golongan di Malaysia, hanya yang celik hati sahaja yang mampu melihat KEBENARAN. Saya bukan orang politik, bukan UMNO bukan PAS, tetapi saya melihat PAS bukan parti yang memperjuangkan Islam tetapi memusnahkan Islam dan Melayu untuk mendapat undi politik.

Pathetic.

Anonymous said...

AKU said : Siapa sokong UMNO sah menolak hukum hudud ......"

Sudah berkuasa di Kelantan lebih 20tahun dan sekarang di Kedah pula. Pada 1999 dulu pernah memerintah Trengganu. Mengapa tak tanya pemimpin kamu KENAPA TIDAK DILAKSANAKAN HUKUM HUDUD. Rupanya MB Dato Hadi Awang dah jawab. Hanya AKU sahaja tak ambil kisah jawapan bossnya atau pun AKU terlupa.

Oklah saya nak peringatkan. Saya nak beritahu apa jawapan Dato Hadi Awang bila dikemukakan soalan itu kepadanya. "HUKUM HUDUD MERUPAKAN 0.001% DARIPADA UNDANG-UNDANG ISLAM". Maka sebab itulah ramai pemimpin2 dan ahli-ahli PAS Trengganu keluar parti kerana mereka merasa tertipu oleh pemimpin besar mereka.

Sebelum itu bagai nak rak bercakap pasal hukum HUDUD bila dah dapat kuasa lain pula ceritanya.

Maka kerajaan PAS tumbang pada tahun 2004 sebanyak bilangan kerusi yang mereka menangi pada tahun 1999 dulu.

Jadi AKU know yang fact first before giving your views.

zamspotte said...

salam... kadang2, saya merasa pelik dan jelik dengan sikap anak bangsa sendiri....

ISA (Internal Security Act) di amalkan di tiga negara di Asia Tenggara, Singapura, Malaysia dan Brunei. Yang mana, tiga2 negara ini yang paling aman di ASEAN. Mahukah kita buang keamanan itu??

Amak bangsaku ini bencikan keamanan... Sedangkan ISA perlu bagi melindungi negara dari anasir-anasir pemberontakan. Orang yang ditahan dalam ISA diberi keistimewaan yang tidak diberi pada tahanan lain.... yang berkata zalim itu ada;ah pembohongan semata-mata... Rmai pemimpin UMNO sendiri yang pernah masuk dalam ISA...

Dalam sejarah islam, orang yang memberontak di zaman Khalifah Harun Ar-Rashid dibuang daerah tanpa ada perbicaraan... dan zaman itu Abbasiah menca[pai zaman keemasannya.

Sejarah tidak pernah menipu. Portugis berjaya menakluki MELAKA hanya apabila ada dalang dalam kerajaan dan isu fitnah. Pabila Bendahara Seri Maharaja dihukum, mudah untuk Portugis menghancurkan Kota Melaka, pabila Datuk Temenggung tidak menggerakkan kapal-kapal penggempur Melaka menentang Portugis.

Sebab tu, zaman sekarang lebih rasional... Raja-raja melayu kita hari ini tidak akan bertindak mengikut hati. Mereka tahu apa yang terbaik bagi melindungi kedaulatan raja-raja dan negara kita. Oleh yang demikian, UMNO tidak pernah mencemuh atau melawan Titah Raja-raja Melayu.

Raja adil, kenapa kita nak sanggah??

Sistem syura di zaman khalifah islam juga memilih pemimpin yang bijaksana. Namun, ditakdirkan yang pandai pemimpin, adalah dari genetik yang sama... contoh, pemimpin Abbasiah dari zaman Marwan sampailah ke zaman Makmun adalah dari susur galur darah yang sama, yang memuliakan Ahlul bait... Selepas itu, berlaku krisis dalaman dan pergolakan menyebabkan Abbasiah terbahagi kepada banyak kawasan2 kecil yang merugikan... sehingga bangsa sassanid dan arab tidak ada kekuatan melawan kebangkitan Mongol dari Timur Jauh... Hancur peradaban yang dibina selama itu....

Raja-raja Melayu kita hari ini adalah kesinambungan dari Raja-raja trdahulu yang genetiknya terdiri dari Ahlul-Bait ataupun orang yang memuliakan Ahlul-bait... Perkara ini telah dikaji oleh pengkaji sejarah. Sebab itu perlunya kepada pemerintahan raja melayu dan penentang sistem republik.

Sistem dan Perlembagaan Malaysia tidak berat sebelah. Tunku Abd Rahman mahu menghalau semua kaum yang dibawa bersama oleh British... Namun, berjaya dipujuk oleh Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan dan General Lee. Akhirnya semua setuju dengan kontrak sosial.

Sebelum DEB, bukan melayu tidak pernah dinafikan hak mereka sehingga ekonomi Malaysia hampir 100% dipegang oleh bukan melayu. Selepas DEB, hanya 30% sahaja sebagai menyeimbangkan ekonomi... Rasiskah kita jika mempertahankan hak kita sendiri di bumi sendiri??

Pernahkah kita menafikan hak bukan bumiputera?? Kita terlebih lolongkan hak mereka sedangkan hak kita sendiri ke mana dibuangnya?? Siapa yang monopoli pasaran borong dan runcit?? Siapa yang kuasai saham2 dalam bank di negara ini?? Jika ada perniagaan melayu yang berdaya saing, ditentang sengit-sengit dan dibeli syarikat mereka. Kasihan pemilik Syarikat Orang Kampung. Sekarang semakin merosot kerana kemunculan syarikat non-bumi yang mampu menyediakan promosi yang hebat2.

Bukakanlah mata kita semua. Di mana nanti hak kita bila kita tidak lagi memegang kuasa?? Sia-sia sahaja usaha memerdekakan negara ini jika kita hari ini hari-hari menentang kedaulatan agama, negara dan bangsa sendiri!!