Tetamu Kehormat...

August 21, 2009

100 Kata-kata Nik Aziz Paling Merbahaya Dalam Sejarah (Siri 3)


100 Kata-kata Nik Aziz
Paling Merbahaya Dalam Sejarah
(Siri 3)


Oleh Muhammad Azli Shukri


Di sini saya perturunkan kata-kata Nik Aziz (Siri 3) yang boleh dijadikan renungan kita bersama. Apakah beliau layak dipanggil dengan gelaran ulama, atau sebaliknya. Untuk siri ketiga ini saya perturunkan 10 lagi kata-kata beliau untuk para pembaca menilai kembali bagaimankah corak pemikiran Islam Nik Aziz yang sebenar. Ada baki 70 kata-kata beliau yang masih ada dalam simpanan saya. InsyaAllah akan saya keluarkan sedikit demi sedikit bagi menyedarkan orang ramai berkenaan pemikiran ala-Khawarij yang membaluti parti PAS selama ini. Wallahualam.



21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.


22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.


23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.


24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.


25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.


26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.


27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.


28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.


29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

39 comments:

Anonymous said...

syabas sdr Azli, mohon izin copy koleksi kata-kata nik ajis ni..

Tungaklangit said...

SALAM DAN SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA KEPADA SAUDARA AZLY DAN KELUARGA


SATU USAHA YANG BAIK DAN MOHON KEBENARAN AWAL UNTUK MENYIMPAN SEDUTAN UCAPAN NIK AZIZ SEBAGAI SIMPANAN DAN RUJUKAN PENULISAN DI MASA HADAPAN

TERIMA KASIH
SALAM

datoadil said...
This comment has been removed by the author.
datoadil said...

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Saya singgah bukan untuk memberi komen berkenaan politik dan isu Tuan Guru Nik Aziz, tetapi ingin mengucapkan;

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.

Pada bulan yang berbahagia ini, sama-samalah kita menjaga tingkah laku dan tutur kata kita agar ibadat kita tidak sia-sia sekadar menahan lapar dan dahaga.


Ikhlas,

Dato' Adil
Cyberjaya.

dan Cawangan Seluruh Dunia.

Anonymous said...

To Dato adil
bagus lah bertaubat, tak payahlah sibuk sangat jaga DM.

Muhammad Azli Shukri said...

tungaklangit - silakan dengan izin

Anonymous said...

I am sure that all those quotes listed are taken from utusan melayu.
jadi kemungkinan besar ianya telah diputarbelitkan oleh akhbar yg meloyakan tu. kenape hanye list kan tanpa ada bukti audio?
sedangkan ape yg TGNA kate baru2 ni di putarbelitkan dengan teruk skali sampai hilang maksud ape yg nak disampaikan.

p/s: mcmmane plak quotes by one najib razak who said 'Malaysia akan hancur kalau undang2 hudud dijalankan di msia'

budak melaka di uk

Anonymous said...

to budak melaka di uk : memanglah kalau nak lari daripada masalah cakaplah semua ini dari utusan dan tak boleh percaya. Pikir logik la, dalam banyak ucapan yang dilaporkan tak kan semuanya tak betul bro? kalau ada satu dua salah lapor normal la, harakah pun ada banyak buat laporan yang salah.

YB Raz said...

marilah kita terus perangi golongan ini sehingga mereka kembali kepada ajaran islam yang sebenar.....

Xenan said...

21 : ape masalah dgn pemerintahan PAS khasnya di klantan?Penuh penjualan Arak kah?penuh penjudi kah?Ini satu2 nya bandar yg sanggup hilang wang cukai semta2 islam.ade bandar UMNO mcm tu kah?

22: malas nak komen.Boring2

23 : Why not? holland sendiri galakan org pompuan tayah keje or keje part time jek.Boleh tumpu pd jadi ibu.Negara kapir camtuh..yg kita islam mcm mana?

24: Asal UMNO tanak doa mcm tuh?Berdosa kah?kalau UMNO doa die mcm mana pulak?mengharap dia pd sapa pulak?

25:Mmg UMNO sekular pon.Tak percaya..tanyer la Dr M.Tgk la perlembagaan.Bape lama jd ahli UMNO dah ni?

26: Tgk sekeliling kita.Kita ni org islam tapi islam yg mcm mana?yg banyak duit bina masjid tapik tak penah pegi?Sapa yg bawak pahaman islam mcm ni?Masjid bina juga..pusat perjudian genting terbesar di asean pon bina juga.

27:So jahat la kalau tiru rasullulah?Bro, sunnah tu salah satu dalil.Bkn cam UMNO bersatu ngn MCA n MIC sbb berdalilkan british suruh.

28:Kes nih dah setel pon..tak paham bahasa kltn gi belajar.org ckp pahami urub jugak bila berdakwah.

29 : Sama cam jawapan no 26.Kita bina masjid.Kita galakan jugak org berjudi ngn bukak pusat perjudian besar2.Pastuh kita claim cara ni bleh masuk syurga.Sila la bro ikut Islam mcm ni.

30 : Ape masalah nya?Org cam bro ni la penyebab org bukan islam makin menjauhi islam.Cube bro baca ni...salah satu surat dakwah khalifah abbasiah kepada negara kafir.Apa beza nya dgn pahaman nik aziz

"Bring forward all the arguments you wish and say whatever you please and speak your mind freely. Now that you are safe and free to say whatever you please appoint some arbitrator who will impartially judge between us and lean only towards the truth and be free from the empary of passion, and that arbitrator shall be Reason, whereby God makes us responsible for our own rewards and punishments. Herein I have dealt justly with you and have given you full security and am ready to accept whatever decision Reason may give for me or against me. For "There is no compulsion in religion" (Qur'an 2:256) and I have only invited you to accept our faith willingly and of your own accord and have pointed out the hideousness of your present belief. Peace be upon you and the blessings of God!"

Tdr masalah bro.critic lwn critic,Debat lwn ngn debat,asal takut sgt nak berdepan ngn non muslim?ker bro rasa kat MYS ni ISLAm kepunyaan melayu jer?

Wa nak tanya, ape tarikan pada non muslim utk mendekati islam dgn imej pemimpin UMNO sekarang?Ape lak tarikan Nik Aziz kepada non muslim utk mendekati islam?Ape lak tarikan bro sendiri pada non muslim utk mendekati islam?

fuck of politic malaya said...

bahaya sgt nih...kiranya penulis ni bagus la...penulis ni sama jer macam ahli politik umno,pkr dan pas...kau ni bagi DAP gelak...bangang!!!!!!!!kutuk bangsa sendiri...woi bangsat!!!kutuk la bangsa lain...awat bodoh sgt???ang ni kua dari pantat anjing cina ka??????kau ngan aku sama jer...aku kutuk kau...kau kutuk bangsa kau...jadi sama2 nanti kita jumpa kat neraka..o.k...oralez..

Nina Aziz said...

salam...

selamat menyambut ramadhan al mubarak terlebih dahulu kepada saudara Azli...

jika boleh saya mahu meminta izin saudara untuk copy post ini...

CHAIRMAN KAGA said...

SIAPA YG ADA TERNAMPAK KES PARPUKARI DIMINTA MENGHUBUNGI TERUS CHAIRMAN KAGA DI CHAIRKAN KAGA, FACEBUKU (LETAK DALAM SEARCH BOX) ATAUPUN PEJABAT PERHILITAN YG TERDEKAT (BUKAN YG MKN DUIT DAN KELUARKAN LESEN KEPADA PENEMBAK HARAM)
BERKHIDMAT UNTUK KAO ORANG

DARI MEJA CHAIRMAN KAGA

Anonymous said...

salam.. dan selamat berpuasa kepada semua.

saya tidak menyokong mana2 pihak. bagi saya KERAJAAN atau PEMBANGKANG sama2 ada melakukan kesalahan.

tetapi cara saudara azli mengeluarkan apa yg TGNA ungkapkan yang dahulu hingga sekarang amatlah tidak sesuai.

agama kita juga melarang agar kita mengaibkan orang.. walaupun benar atau tidak kata2 TGNA tu.. tp bagi kita yang sesama Islam.. kenapa perlu kita menghina saudara Islam kita sendiri.

kalau benar TGNA buat salah... kutuk mengutuk kenapa kita juga perlu bersifat sebegitu.. dari seni saudara azli saya rasa sama ja perangainya... ada keburukan disini...

mmg betul.. bangsa2 lain yg membaca mesti ketawakan kita yang Islam ini. mereka mahupun DAP MCA MIC or PKR ttp memperjuangkan nasib bangsa mereka sendiri walaupun berlainan parti.. kenapa kita mesti mengutuk saudara kita sendiri kerana kata2nya yang kita rasa tidak betul.

saudara adalah orang yang terpelajar... sebelum menulis patut memikirkan dahulu.. cara saudara amatlah tidak elok.

saudara patut meminta maaf kepada TGNA.

tok pawi said...

Pendedahan seperti ini wajib dilakukan demi kebaikan umat Islam, supaya pengikut-pengikut Pas tidak terus terpesong. Sekarang ni pun Nik Aziz dah sama taraf dengan Ayah Peng.

muein said...

sabar je la tok guru!!biarkan org len dgn pimpinan umno,jgn bg kelantan umno amik!

Faizal Zakaria's Blog said...

Nik Aziz sepatutnya mengajar pengikutnya berakhlak mulia :-)









>>> Blog 1 Malaysia <<<

Demang Lebar Daun said...

Azli, Elok dibukukan himpunan kata-mengata Nik Aziz nie...

MaRmUS said...

Saya rasa dengan melistkan kata-kata tak ada makna, Abang Azli. Malah boleh buat fitnah sebab ini dah kes mengaibkan. Lagipun, banyak kata2 th sebenranya disebabkan misunderstood, bewitchment of language, dan dah dibetulkan semula oleh TGNA.

Saya sangat menghormati TGNA sebagai pendakwah, yang mungkin dalam ceramah2nya menyelitkan unsur politik yang mengutuk parti lawan secara sinis dan berlapis (xkisah la, mestilah tuan guru mempertahankan ideologi Islam yang dia bawa)~

Tapi, bila statement mengatakan orang2 UMNO tak akan masuk syurga, saya dah tolak tepi TGNA. Saya tak tahu betul atau tidak penyataan yang terbaru ni. Tapi keluarga saya pada waktu 90-an pernah dipulaukan oleh sanak-saudara di Kelantan kerana ideologi PAS yang pengikutnya sahaja layak masuk syurga di Kelantan. Dan tak tahu lah dari mana benda ni datang, kalau bukan dari pucuk pimpinan, kenapa belanjutan sampai bertahun-tahun?

Mungkin UMNO sekula, tapi x pernah saya mendengar perkataan menkafirkan dari pemimpinnya.Pemimpin2nya mungkin menyumpah seranah pihak parti lain, tapi apa yang lagi teruk, bila parti aliran Islam yang menyumpah seranah? UMNO mungkin menghalalkan tempat judi dan arak ada, tapi tetap x benarkan itu untuk Umat Islam, dan UMNO tak radikal untuk tidak membenarkan perempuan bekerja kerana realiti dan anak Rasulullah, Fatimah pun berkerja. Macamlah di kelantan, yang bekerja kebanyakannya lelaki, pasar siti khadijah, penuh dengan peniaga perempuan...

Sudahlah, dua-dua, PAS dan UMNO ada salah dan betul masing2. Tapi kesalahan besar adalah bila dua2 berpecah, dan sekarang dah ada parti politik melayu yg baru pon...Jangan kata TGNA x menyebabkan perpecahan ini, dan jangan kata TGNA telah menegakkan syiar ISLAM di Kelantan, apalagi di MALAYSIA..sumbang mahram tetap banyak di Kelantan, Samseng tetap banyak di Kelantan...Sudahla~UMNO pun ada juga salahnya..Tengoklah nanti kami generasi muda nanti, macam mana tunggang tebaliknya Malaysia, semuanya sumbangan generasi terdahulu yang hipokrit dan tak ikhlas, tak tepat dan macm2 lagi

Demang Lebar Daun said...

Azli,
Bro kenal tak Xenan tu? Mentaliti dia bukan macam org PAS. Sebenarnya Xenan tu PKR. Org PKR nie... politik setengah masak.

Panglima Perang Cyber said...

syabas bro...ini laksana peluru berpandu scud yang akan menghancurkan terus kekebalan dan imuniti Nik Aziz yang terus dianggap ulama oleh penyokong PAS.

Sedar atau tidak terbaru Nik Aziz tanpa segan silu mengaku dirinya ulama walhal kata2 beliau sebelum ini sangat bersalahan dengan ajaran Islam yang sebenar.

saya telah salin dan minta sahabat BPN mengedarkannya.

Moga rakyat Malaysia tidak lagi terkeliru dengan Nik Aziz dan gelaran ulama yang sudah tidak relevan untuk beliau.

Selepas ini bolehlah kita kempen Nik Aziz untuk lepaskan jawatan pula.

Panglima Perang Cyber said...

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

Xenan said...
This comment has been removed by the author.
Xenan said...

Bro demang,

Wa bukan ahli pkr daa.Politik setengah masak?Wa terima la..janji wa tak jumud.

Dulu ISLAM pernah naik dgn hebatnya bukan dgn buat ISA.Bukan juga dgn tak bagi org non muslim bincang pasal Islam dgn org islam.Tapi sbb konsep islam yg galakan umatnya berpikiran terbuka, reasoning dan menerima pelbagai element ilmu dr dlm n luar.

Wa kasi cth selain politik:Bidang perubatan.Dulu org islam yg pertama memperkenalkan konsep hospital cam skang ni tp sekarang kalau sebut perubatan islam terhad pd air jampi dan doa jek?

Mcm mana leh jd cam ni?Sbb pemisahan hal dunia n akhirat yg berlaku dlm pemikiran org islam spt yg berlaku pd UMNO.Jd la pemikiran bodo yg kenkonon islam.Kenkonon buat pusat judi besar pon taper(atas sbb ekonomi) janji dah buat tabung haji,bank islam n masjid besar2.

Ni antara sebab wa sokong nik aziz.Pemikiran die sgt modern mengikut definasi islam(bukan definasi barat)

btw wa suka nak ulas comment UMNO tak radikal sbb bagi pompuan keje.

beb..open ur eyes la.Ade jek negara kapir yg pro ibu.So die galakan pompuan tayah keje..sng sket nak jaga anak.Lu tanak pangil die radikal lak?Pro women ni mcm2.Depands dr kacamata mana lu pakai(barat or islam)

Akhir kata jgn jumud sgt.

Anonymous said...

to ananymous:

bukan nak lari drpd kenyataan, dengan melabelkan ape yg klua dari utusan tu semua salah. sjk dari kecik sye slalu bce suratkhabar baek dari harakah maupon utusann BH. dan skarang ni saya still bce 3 suratkhabar (online of course) dan pelbagai blog (termasuk pembangkang n Umno). dan dari situ mmg jelas berat sebelah dalam pelbagai isu.

budak melaka di UK

insan boring dengan semua ini said...

sometimes aku keliru jugak,
mana yang betul mana yang tak betul.
cuma aku tak suka betul baca ayat yang ke-28 tuh. macam aneh - aneh jep.

Miccalamcka said...

Tak perlu merumitkan keadaan,kadang-kala apa yang dilontarkan oleh Nik Aziz ada betulnya jika diamati dengan tekun!

Anonymous said...

Beza Islam palsu/plastik dgn yg tulen dlm bab berikut:-
1. buat syiar saja tinggal syariat
2. buat maaruf saja tinggal nahi mungkar
3. Perkara aurat dianggap peribadi, rasuah diambil mudah.
4. Rule of law tak pakai, guna double-standard.
5. Arak dan judi jadi isu bermusim je.
6. Ekonomi lebih penting dari kekuatan Iman & taqwa.
7. Ulama hanya dijadikan perkakas, tak boleh pakai dibuang je.

DR NO

Panglipulara© said...

1 : Kampung buah pala digadai cina koh tsu koon, najib/rosmah lepas tangan, rakyat pulau pinang bukan orang malaysia katanya = rakyat dungu tidur dalam khemah pelarian

2 : Minyak warga kelantan dirompak, rakyat kelantan ditipu, rakyat bodoh katanya = tak reti sukat laut

3 : PPSMI masih berdolak dalik, gantung sampai 2012 nak buat modal pilihanraya = anak melayu jadi mangsa politik

4 : Pusat potong babi di Kedah, najib/rosmah halalkan = babi halal bagi mereka

5 : Khir toyo buat istana rasuah duduk 6 beranak = rakyat duduk rumah flet sarang merpati 600 keluarga

6 : Pusat aquatik di batu burok Rm18 bilion wang rakyat tak tau hujung pangkal = tipu rakyat

7 : Wilayah iskandar, tanah rezab melayu selatan johor digadai = jual kampung melayu

8 : Cipta konsep 1malaysia untuk beri status bumiputra pada cina,india = kayukan melayu

9 : Peneroka felda dilebong, Felda Global Ventures (Felda Global) di lancar = gadai felda

10 : Stadium Hassan Yunos di Larkin,bakal runtuh, diarah tutup(6july09) = projek rasuah

11 : Perkenal dasar liberalisasi yang menghakis kepentingan Bumiputera = peralat melayu

12 : Pengamal dasar aparteid, konon ketuanan melayu = melayu diperalat

13 : Perbodoh penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) berkenaan tol,
kerana marahkan pakatan rakyat selangor = rakyat yang tanggung beban

14 : Putar belit rakyat berkenaan kenyataan rumah putih (panggilan telefon obama) = belit rakyat

15 : Jual server/database PDRM pada israel/yahudi = gadai negara

16 : Bagi hadiah hari jadi pada agong = bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,
di Gong Badak, runtuh pada 2 Jun 09.

17 : Curi wang dari bawah tikar petronas RM253.6 billion lesap = rakyat makan ikan bilis

18 : Najib/rosmah mengganas di UM, mangsakan pelajar melayu = universiti untuk kepentingan politik

19 : Tubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), institusi pelaburan
modal baru dengan modal awal RM500 juta = alasan curi wang rakyat, bodohkan orang kpg

20 : Ugut sultan perak, culik speaker, rampas kuasa = derhaka pada raja

21 : Takut berdebat dengan nik aziz, terlibat dalam pembunuhan altantuya = sembunyi kebenaran

22 : Wujubkan Biasiswa Nasional = padam biasiswa bumiputra

23 : Persenda Al-Quran, hina hukum hudud, hukum Al-Quran = persenda agama islam

24 : Tipu melayu bayar Rm1 juta pada jean todd, walhal curi masuk poket = melayu tetap diperbodoh

25 : Halalkan along tolong melayu, kerajaan tolong along, bagi permit niaga = bodohkan rakyat

26 : Rosmah buang keluarga dikampung, tp ada hajat nak bela rakyat = melayu kena bodoh

27 : Tipu rakyat berkenaan situasi ekonomi malaysia = orang kpg kena bodoh lagi

28 : Campurtangan keputusan mahkamah = bodohkan rakyat

29 : Rasuah dalam umNOi dihalalkan = korban parti melayu

30 : Minda mahasiswa dikongkong dari dimerdekakan = melayu undur kebelakang

Panglipulara© said...

tepuk dada tanaya selera, nak berbuka apa arini...

Muhammad Azli Shukri said...

salam, saya tidak sempat untuk membalas komen tuan2. Namun akan saya jawab semuanya sekali gus. InsyaAllah

mudz said...

Syabas Bro

Ada satu lagi kata-kata TGNA yang BRO tertinggal :... UMNO Jahane

Anonymous said...

cuba kaji ayat ini ... silapkah??
"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"

Anonymous said...

"""Wa kasi cth selain politik:Bidang perubatan.Dulu org islam yg pertama memperkenalkan konsep hospital cam skang ni tp sekarang kalau sebut perubatan islam terhad pd air jampi dan doa jek?

Mcm mana leh jd cam ni?Sbb pemisahan hal dunia n akhirat yg berlaku dlm pemikiran org islam spt yg berlaku pd UMNO.Jd la pemikiran bodo yg kenkonon islam.Kenkonon buat pusat judi besar pon taper(atas sbb ekonomi) janji dah buat tabung haji,bank islam n masjid besar2."""

yes betul tu xenan....apa yg bn umno buat skrg...nampak mcm mementing dunia jer....tapi tak fikir akhirat....satu contoh yg biasa dihadapi mungkin oleh semua org....kat hospital kerajaan.....bila isteri korang nak bersalin....doktor kaum apa yg sambut baby korang tu....kaum lelaki ka atau kaum pompuan....kenapa kerajaan tak mau bagi kaum pompuan jer yg kerja di wad bersalin tu.....adakah darurat sgt....cuba bagi sikit imbuhan yg menggembirakan doktor sakit puan di hospital kerajaan...mcm imbuhan elaun MP kritikal kat skolah utk guru yg mengajar bahasa inggeris....aku pasti ramai doktor pompuan nak jadi pakar sakit puan....yg laki tak yah laaaa....korang tak rasa apa apa ker....doktor laki yang seluk masuk dlm bini korang punya untuk tarik keluar uri.....

Anonymous said...

hhhhmmmm...apa pun....sekarang ni....kebenaran makin terserlah...kalau la TGNA tu tak betul.....aku rasa Allah pun akan tutup pintu hati org nak sokong dia.....dan PAS.....tapi selama ni, umno bn yang buat tak betul...sebab tu la rakyat malaysia dah tawar hati dan tertutup pintu hati nak terima umno bn skrg...dan ramai yg dah buang umno bn kat dlm tong sampah....macam aku...

Anonymous said...

Sila kita kaji sejarah penubuhan Umno dan PAS,
Sebelum Perang Dunia ke 2, British memerintah secara pecah perintah,
org2 Melayu di biarkan mundur, cina dijadikan rakan berniaga dan India terbahagi 2, di estet dan ada askar punjabi. Org2 Melayu jenis mengikut jer, dan di "mandulkan" oleh British dr segi poltik supaya senang di perintah dan di kaut segala kepentingan oleh British tanpa melawan. Sehinggalah datang Jepon, ajar sedikit cara memerintah kepada org2 Melayu. Jepon kalah, British dtg lagi. Tetapi keadaan dh tak sama mcm sebelum Pernag Dunia ke2.
Ancaman komunis, Melayu yg dah tak tahan dgn duduk bwh penjajah, suasana politik Dunia selepas perang dan lain2 menyebabkan British terpaksa mengajar dan memberi laluan kepada org2 Melayu yg tengah kuat semangat ini tapi yg paling penting masih terjamin kepentingan British di tanah Melayu. Selain itu British juga takut kalau Tanah Melayu jatuh ketangan Komunis(golongan Cina yg sudah berpaling tadah menghala muncung senapang ke arah British pula) Maka British menggalakkan penubuhan Umno (supaya kepentingan British berterusan) Org2 Melayu di galakkan berpolitik, jika tidak, politik/negara kita di kuasai komunis. British merasakan baik beri pada org Melayu berbanding beri kepada komunis. British memastikan Umno tidak boleh terlalu kuat, dengan cara menjadikan Umno dan Melayu tidak boleh memerintah negara ini secara mutlak, sebaliknya kena memerintah negara ini bersama kaum2 lain, yang di gelar "perpaduan Kaum".
PAS pula adalah serpihan Umno, iaitu Biro agama Umno, jadi Umno sudah terbuang agamanya semasa serpihan ini keluar dari Umno, jadilah Umno sebuah parti yg tidak ada agama lagi kerana agama Islamnya dah di keluarkan oleh ahli2 Umno dari Biro agamanya. Mereka keluar kerana tidak setuju dengan program yg ada menghidangkan arak dan maksiat dalam majlis2 anjuran Umno termasuk dana kempen pilihanraya Umno dari wang judi yg dikutip oleh parti MCA.

Anonymous said...

islam ni luas bro.. kalau setakat belajar agama kat sekolah tu, xyah lah nk mengata orang yang lebih tinggi ilmu agamanya..

Anonymous said...

biar beribu nik ajis kata UMNO jahane tak po..tak de apo nak takut. Jangan yang kate tu Allah Taala. dia perasan je dia tu konon pewaris nabi..Di tu tak de kena mengena dengan Nabi jauh sekali dengan Allah. Dia tumpang popular guna nama Allah dan nama Rasul je.

A Dis-concerted Neighbor said...




The " Tun Abdul Aziz Mosque "
( a.k.a. " Masjid Bulat " )
in Petaling Jaya (PJ) district,
should SERIOUSLY consider,
to stop playing
Qur'anic recitation MP3's,
on the loud-speaker system
(for approximately
a quarter of an hour;
by 4 times a day),
prior to the ' Call to Prayer '
( ' Adhaan ' ) ·


Just do a Quick Search,
on the Internet,
about the Mosque,
& the following search items
WILL appear :


" Masjid Bulat PJ bising "
" Tun Abdul Aziz Mosque is noisy "
" Masjid Tun Abdul Aziz PJ bising "
" Masjid Tun Abdul Aziz bising "
" Masjid Bulat bising "



- - -


[Q # 1] What special ' authority '
do They ( ' the management ' )
think They have,
that They can FORCE
every man, woman & child
(regard-less of Creed)
in the surrounding vicinity,
to listen to Qur'anic recitations,
coming from Their own mouths ?


[Q # 2] Shouldn't Qur'anic recitation
be an ' act of worship '
by an individual Muslim;
& NOT a source of public ' nuisance '
to the surrounding communities ?


- - -



Numerous Qur'anic verses &
Prophetic narrations can be found,
reminding the Muslims,
AGAINST un-justly treatments
to his / her neighbors.


Please, stop depriving Us,
of Our in-disputable RIGHTS,
to enjoy some
peace & tranquility,
in the comfort & luxury
of Our OWN homes.


Just a " soft reminder " to You.


Sincerely,

– Thy Dis-concerted Neighbor ·


.
.
.