Tetamu Kehormat...

July 10, 2009

PPSMI 2009 : Kuasa Dengan Tangan Yang Salah


PPSMI 2009
Kuasa Dengan Tangan Yang Salah



Saya terpaksa berterus-terang bahawa, secara peribadinya saya sangat gembira apabila PPSMI yang menjadi konflik sejak beberapa bulan yang lalu telah pun berakhir. Namun demikian, saya harus menegaskan bahawa untuk memartabatkan bahasa Melayu melalui penguatkuasaan undang-undang tidak akan bertahan lebih lama. Bahasa Melayu hanya mampu berkembang dan dihormati hanya dengan idealisme penutur dan hasil karya tulisan penutur aslinya. Selagi perjuang-pejuang bahasa tidak melihat perkara ini dengan jujur, saya khuatir kita akan kecewa sekali lagi.


Usaha ke arah menggalakkan masyarakat Melayu agar lebih rajin menulis dan memperkenalkan ilmu-ilmu baharu harus dipergiatkan. Kita tidak boleh hanya menumpukan perhatian kepada perkembangan bahasa dan sastera semata-mata, sebaliknya, kita alpa terhadap pembentukkan ilmu baharu yang seharusnya ditulis dalam bahasa Melayu oleh para sarjana kita sendiri.Para penulis dan sarjana Melayu masih lebih berminat untuk mencedok dan mengupas ilmu-ilmu dari Barat berbanding dengan mengemukakan ilmu atau penemuan mereka sendiri. Hal ini sangat berbeza dengan sarjana-sarjana Barat, mereka lebih gemar mengeluarkan gagasan dan idea asli mereka dalam setiap tulisan atau buku mereka. Malah, mereka sangat berbangga jika buku yang memuatkan idea atau gagasan mereka itu diperdebat dan dikritik oleh para sarjana lain, hal ini menurut mereka ia tidak hanya menambahbaikkan gagasan atau idea tersebut, malah, secara tidak langsung menyebarluaskan idea mereka di seluruh pelusuk dunia, sekali gus memperkukuhkan bahasa ibunda mereka dipersada antarabangsa.



Orang Barat, suka merakamkan pengalaman peribadi dalam bentuk tulisan. Mereka suka menulis dan berkongsi pengalaman. Namun demikian, orang Melayu tidak begitu. Banyak pengalaman peribadi yang kita alami, kita diamkan sahaja dan membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Lantaran itu, masyarakat Melayu kekurangan bahan dokumentasi dan pengajaran daripada orang terdahulu. Sehingga ke saat ini, tidak ramai anggota tentera atau polis yang masih hidup mahu merakamkan pengalaman mereka ketika berhadapan dengan Komunis atau tentera Jepun dalam bentuk buku atau catitan yang boleh diterbitkan semula. Begitu juga dengan Peristiwa 13 Mei, tidak ramai orang Melayu yang terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut menulis kembali sejarah itu dari perspektif mereka dan mengeluarkan idea atau gagasan baharu dari peristiwa tersebut, untuk dipaparkan kepada generasi yang akan datang. Hal ini amat mengecewakan.



Walaupun Tunku Abdul Rahman, ada menulis buku 13 Mei yang berjudul 13 Mei : Sebelum dan Selepas, namun ia masih belum mencukupi. Kita berharap, pejuang-pejuang kemerdekaan yang masih hidup, kembali menulis tentang pengalaman lampau mereka, sewaktu mereka diseksa atau dizalimi oleh Komunis atau tentera Jepun, serta memaparkan apakah pengajaran atau pelajaran yang mereka peroleh daripada semua peristiwa itu. Maka, daripada catatan-catatan tersebut, kita akan memperoleh ilmu baharu atau idea baharu yang boleh dipersembahkan kepada dunia luar. Ramai antara kita yang teruja dengan idea DEB yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak, namun demikian, apakah kita mengira bahawa idea tersebut datang secara tiba-tiba? Sudah tentu tidak. Idea berkenaan DEB sebenarnya datang daripada pengalaman Tun Razak sendiri sewaktu menangani rusuhan kaum 13 Mei - pelbagai faktor cuba dicari apakah sebab utama peristiwa itu berlaku, akhirnya faktor ketidakseimbangan ekonomi ditemui sebagai salah satu punca dominannya.



Negara kita dipuji oleh orang luar kerana idea DEB yang telah berjaya mengurangkan ketegangan kaum di negara ini. Namun begitu, kita harus faham, idea tersebut bukannya hadir dengan begitu sahaja - sebaliknya ia hadir melalui pengalaman pahit yang telah kita tempuh, dan kemudian ianya diolah menjadi sebuah gagasan bagi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Malah, gagasan tersebut diakui antara gagasan terbaik dalam sejarah penubuhan Malaysia. Idea DEB menjadi perdebatan dan teladan kepada dunia luar, khususnya kepada negara membangun. Sejak itu, para pemimpin Melayu dipuji kerana bijak menyelesaikan masalah perkauman di negara ini. Bertitik tolak daripada hal itu, jelaslah bahawa bahasa Melayu boleh berkembang dan terkenal jika penuturnya menjadikan pengalaman silam sebagai bahan bagi membentuk ilmu atau idea baharu serta ditulis dalam bahasa Melayu, agar ia dikongsi oleh dunia luar.


Izinkan saya mengambil satu contoh yang hampir dari aspek ini.Viktor Frankl bapa psikologi moden yang menggemparkan dunia psikologi melalui tulisan terkenalnya berjudul, Man's Search for Meaning. Walaupun dikenali sebagai tokoh yang hebat dalam dunia psikologi, tetapi beliau juga merupakan manusia biasa, seperti kita. Namun demikian, yang menjadikan beliau luar biasa adalah pengalamannya sewaktu berada di dalam tahanan askar Nazi di Kem Konsentrasi - yang didera, dizalimi dan seluruh ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata. Oleh kerana beliau merupakan keturunan Yahudi, maka beliau dan keluarganya turut tidak terlepas daripada diseksa oleh dasar yang diperkenalkan oleh Hitler bagi menghapuskan bangsa Yahudi dalam sejarah yang mereka namakan sebagai Holocoust.



Sepanjang berada di dalam Kem Tahanan Konsentrasi Nazi, beliau belajar erti kehidupan dan tujuan untuk hidup, khususnya ketika menghadapi saat-saat penekanan mental dan emosi. Setelah beliau dibebaskan daripada tahanan, Frankl terpaksa berhadapan dengan perasaanya sendiri, kekecewaan, tekanan serta gangguan emosi akibat daripada pengalaman pahitnya itu. Namun demikian, beliau berjaya mengatasinya, malah berupaya pula membantu orang lain bagi menghadapi sejarah hidup yang hitam dan kelam melalui penemuan ilmu baharu dalam dunia psikologi – iaitu Logoterapi. Yang jelas, Frankl menjadikan pengalaman pahitnya sebagai satu bentuk sampel kajian yang akhirnya membentuk ilmu baharu, serta menjadi rujukan kepada masyarat dunia. Harus diingat! Beliau menulis buku tersebut dalam bahasa Austria, yang berjudul, "Ein Psychologe erlebt das Konzentrationslager" (terjemahan harafiahnya: "Seorang Psikolog Mengalami Kam Konsentrasi"; Terjemahan bahasa Inggerisnya Man's Search for Meaning atau, “Manusia mencari Makna”) dan kemudian atas permintaan ramai buku itu akhirnya diterjemahkan lebih daripada 23 bahasa dan terjual melebihi 10 juta naskah. Hal seperti inilah yang kita mahu dalam bahasa Melayu. Jika masyarakat Melayu berupaya menggunakan pengalaman lampau mereka sebagai sampel untuk membina ilmu baharu, dan ditulis dalam bahasa Melayu, maka saya percaya dan yakin akan ada bangsa lain yang menghormati serta mengambil ilmu daripada bangsa kita.



Bertitik tolak daripada itu, lama-kelamaan bahasa Melayu akan berupaya menjadi medium dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, malah bahasa Melayu juga akan turut dipelajari oleh bangsa lain secara lebih serius. Kesimpulannya, orang Melayu dan pejuang bahasa harus rajin menulis dan menghasilkan buku dalam bahasa Ibundanya sendiri – dan yang lebih penting tulisan tersebut haruslah berupaya menyampaikan ilmu atau idea baharu dalam pelbagai bidang dan lapangan. Hanya dengan cara ini sahajalah bahasa Melayu akan dihormati dan dipelajari oleh bangsa lain. Wallahualam.

20 comments:

Mohd Shubhi said...

Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara Azli namun dengan penduduk yang 25 juta lebih ditambah dengan masyarakat yang tak gemar membaca terutamanya Melayu, membuatkan menulis bukan sesuatu yang mendapat tempat di masyarakat kita akibat dari pasaran yang tak berapa luas.

Mungkin rakyat kita yang berbangsa Cina lebih gemar membaca, namun mereka lebih gemar membaca dalam bahasa inggeris atau Cina, ini juga tidak membantu pasaran buku- buku dalam bahasa Melayu.

Mungkin jika kerajaan mengambil inisiatif memasarkan buku-buku yang berkualiti di negara yang berbahasa Melayu seperti Indonesia, Brunei, dan Singapura dapat memberi ransangan untuk rakyat kita menulis.

Muhammad Azli Shukri said...

mohd shubhi - saya juga terfikir sedemikian, namun demikian mungkin salah satu punca mengapa rakyat kita tidak suka membaca adalah disebabkan faktor bahan bacaan yang kita hidangkan kepada mereka terlalu berbentuk ilmiah dan tidak bersifat realistik atau dekat dengan kehidupan harian kita. saya percaya jika para sarjana kita menulis wacana ilmiah dengan nada yang popular, mungkin minat membaca dalam kalngan rakyat jelata dapat ditingkatkan.

kluangman said...

Di Malaysia - bahasa rojak patut jadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, selaras dengan pembelajaran matematik dan sains mengikut bahasa ibonda masing2 - itulah 1Malaysia idaman Najib?!

Qorie Afifi said...

DULU KAMI MASA SEKOLAH ADA KEMENTERIAN PELAJARAN PERKENALKAN SISTEM 3M IAITU MENDENGAR , MENULIS DAN MEMBACA. KALAU YANG TAK BOLEH MENULIS DALAM BAHASA MELAYU ATAU BAHASA MALAYSIA BERERTI BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI PENULIS DALAM BAHASA MEAYU. SEBENARNYA BAHASA MELAYU DAN BAHASA MALAYSIA ADALAH DUA BENDA YANG BERBEZA.....KITA BERCAKAP DI DALAM BAHASA MELAYU TAPI MENULIS HARUS DALAM BAHASA MALAYSIA.....

Brian Kinney said...

Berjaya juga akhirnya memansuhkan Bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan Sains.

Pasti rakyat yang terlibat melaungkan rasa tidak puas hati dan membentangkan banner di serata pelusuk negeri tersenyum riang.

Persoalannya, yang membangkang tu boleh berbahasa Inggeris dengan baik selain memahami bahan bacaan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris?

Lepas tu, kita pelik kenapa ramai graduan bangang dalam Bahasa Inggeris?

Di ofis saya sampai ada pegawai yang lari bila melihat warga asing datang untuk bertanya soalan. Kenapa? Sebab Bahasa Melayu lebih penting?

Jadi harus digunakan Bahasa Melayu SAHAJA di dalam perlaburan juga? Perlaburan kebanyakkan datang dari negara luar. Adakah ini langkah yang bijak?

Sains dan Matematik merupakan subjek yang penting bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya hampir kesemua buku rujukan adalah di dalam Bahasa Inggeris. Lebih merumitkan bila pelajar mendapat tawaran belajar di luar negara. Baru nak terhegeh belajar Bahasa Inggeris? Lidah pun dah kelu.

Kalau nak memartabatkan bahasa, tak perlu dengan menggunakan hanya bahasa perantaraan, tapi dengan maju ke hadapan dahulu. Bila bangsa kita dikenali orang akan mengikut apa yang kita utamakan.

Nombor berapakah Bahasa Melayu sekarang? Tiada dalam Bahasa Utama Dunia pun.

Bertambah pelik, ramai yang takut Bahasa Melayu PUPUS kerana ianya digunakan dalam 2 subjek itu? Banyak lagi subjek yang diajar dalam Bahasa Melayu.

Jadi, saya ingin ucapkan tahniah kepada bangsa yang suka kepada kemunduran.

a kl citizen said...

idea ter'best'...

saya sangat bersetuju...

mengkuang said...

Setuju dengan kluangman.. kita tengok Dr Fuad, Mahyuddin dan Najib hantar anak mereka bersekolah di sekolah kebangsaan di Malaysia ni. dan kita tengok anak-anak sasterawan ini membesar di sekolah melayu...

Memang betul kuasa di tangan yang salah

Anonymous said...

Hanya untuk berkongsi pengalaman.

Saya pernah mengajar pelajar diploma di salah sebuah ipts di dalam negara. Subjek yang diajar adalah Matematik Kejuruteraan 1 (nama sebenar dlm English).

Memandangkan subjek ini merupakan subjek matematik pertama untuk pelajar diploma ipts ini selepas dari SPM, jadi syllabus subjek ini lebih kurang dengan sebahagian Matematik Tambahan di peringkat SPM cuma ditambah beberapa topik dalam bidang calculus.

Pembejaran di ipts ini di dalam English, jadi saya memulakan kelas saya seperti biasa dalam English. Malangnya pelajar2 tidak dapat memahami terma2 yang terdapat di dalam subjek itu. Sesetengah terma itu sebenarnya adalah pelajaran semasa sekolah rendah (saya rasa) seperti fraction (pecahan), denominator, numerator dan banyak lagi.

Di sini, saya lihat, dengan memulakan pembelajaran sains dan matematik dlm BI hanya pada peringkat universiti adalah terlalu lewat. Dari pengalaman saya, pensyarah terpaksa mengulang balik pelajaran yang pernah diajar ketika sekolah menengah kepada pelajar2 ini dalam dwibahasa. Bagi saya ini amat merugikan kerana sebenarnya banyak lagi yang perlu dipelajari.

Di sini saya sememangnya tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan. PPSMI bukanlah bertujuan utk meningkatkan keupayaan pelajar dalam english tetapi bagi saya ia lebih kepada memudahkan pelajar2 belajar di peringkat yang lebih tinggi.

Kepada sasterawan2 negara cuba fikirkanlah, sebelum PPSMI diwujudkan, apakah perkembangan bahasa melayu. Siapakah yang menggunakan bahasa Melayu. Sedangkan Indonesia mengatakan bahasa mereka adalah bahasa Indonesia. Fikir2kan lah.

Brian Kinney said...

Anonymous,

Saya sangat bersetuju dengan saudara/saudari memandangkan ianya datang dari pengalaman sendiri.

Yang kuat membangkangnya golongan warga emas, bukan yang muda pun.

Yang nak belajarnya golongan belia ni.

Haiz.

Anonymous said...

Tuan Blogger...
Saya setuju BI penting untuk ke IPTA/IPTS. Saya setuju kita perkasakan BI. Tambah lah berjam-jam belajar BI di sekolah. Yang kita tidak setuju ialah Mate&Sc diajar dlm BI. Kumpulan pandai cth di MRSM, SBP, kelas 1 dan 2 di sekolah harian ajarlah SC&Mate dalam bahasa apa pun mereka pasti boleh. Masalahnya apakah semua pelajar berakhir ke Universiti, berakhir jadi jurutera, study di England etc. Ingat kumpulan pertengahan dan bawah adalah majoriti (bukti: apakah ramai jurutera atau operator pengeluaran wanita yang ramai) JADI pada kumpulan tengah dan bawah yg majoriti ini : SUDAHLAH Sc& Mate itu susah NAK disusahkan lagi dgn bahasa Inggeris. Unesco kata adalah lebih berjaya diajar Sc&Mate dlm bahasa ibunda...

Atok tuha

ZULKIFLI said...

Ada pepatah asing mengatakan, "Orang pandai kenal akan orang bodoh kerana mereka pernah jadi bodoh. Orang bodoh tidak kenal akan orang pandai kerana mereka tidak pernah jadi pandai".

Warga emas yang menentang PPSMI adalah terdiri daripada golongan yang berusaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Mereka menempuh pelbagai halangan, kerenah dan mehnah penjajah Inggeris. Sdr Brian Kinney tidak menempuh itu, saya fikir.

Tun M tidak puas hati dengan pemansuhan itu lalu dia mengumpulkan undian - pihak yang menentang pemansuhan dengan pihak yang menyokong pemansuhan. Ternyata, dalam blognya itu, yang membantah pemansuhan lebih banyak. Beliau, khabarnya akan menggunakan undian itu untuk menegur atau menekan kerajaan supaya menarik balik pemansuhan, begitulah lebih kurang.

Soalnya, semasa kerajaan pimpinannya melaksanakan PPSMI dan ditentang pula oleh pelbagai pihak, beliau tidak ambil pusing pun bantahan itu. PPSMI diteruskan juga. Jadi, jika undian itu dijadikan asas menentang pemansuhan dan kerajaan pimpinan DS Najib tidak mengendahkannya, beliau janganlah berkcil hati.

Percayalah, jika rakyat kita cinta akan bahasanya serta bangga untuk bertutur dan menulis dalam bahasanya, saranan Sdr Azli supaya rakyat mengembangkan ilmu dalam bahasa Melayu akan dapat direalisasikan.

fahana_ann said...

salam Tuan,
sedikit sebanyk membuka minda saya..terima kasih..

Alamanda said...

Saya secara peribadi berpendapat bahawa kita tidak perlu menyalahkan sesiapa kalau bahasa kita tidak dihormati, salahnya kita sendiri yang tidak menghormati dan sayang kepada bahasa sendiri.
Lihatlah di mana-manapun, mulut katan sayang tetapi buktinya nyata, nak belajar ejaan yang betul pun malas, nak kaji tatabahasa yang persis pun segan.
Contoh yang nyata, berapa orangkah yang sanggup menggunakan bahasa yang baik dalam blog saudara ini?

Anonymous said...

bagi pendapat hamba allah...

ramai juga yg pandai cakap omputih tapi tak pandai baca jawi dan quran

kalau diteruskan takut nanti anak2 kecil langsung xtahu baca jawi yg dibanggakan bahasa omputih...

bahasa omputih boleh dialih bahasa untuk memudahkan anak2 muda mencedok ilmu barat.

Anonymous said...

Atok tuha,

Sememangnya benar, tidak semua orang akan menyambung pelajaran ke peringkat universiti, pergi England dan lain-lain lagi. Tetapi cuba fikirkan, perlukah kita terus membiarkan ilmu-ilmu sains dan matematik bergerak ke depan sehingga kita tidak dapat lagi menyaingi kemajuannya.

Saya suka memperkatakan sekali lagi berkenaan satu sejarah, di mana pada masa dahulu orang Islam lebih maju dari orang Eropah. Kita dapat lihat ilmuan2 Eropah terpaksa belajar bahasa Arab untuk mempelajari ilmu2 dari ilmuan2 Islam, sehinggakan budaya memakai jubah pada konvokesyen2 di universiti adalah berasal dari Arab (kalau tak salah saya).

Berkenaan kenyataan UNESCO itu, kita perlu mengetahui kejayaan yang dimaksudkan UNESCO itu pada tahap apa? Adakah dengan bertambahnya peratusan lulus untuk matapelajaran Sains dan Matematik di peringkat SPM boleh dikatakan satu kejayaan yang besar? Jika ini dikatakan satu kejayaan, saya rasa kita takkan kemana.

Kesusahan matapelajaran Sains dan Matematik saya rasa bukanlah terletak pada bahasanya. Jika sains dan matematik di ajar dalam BM pun saya rasa operator pengeluaran akan tetap jadi operator pengeluaran jika mereka tidak berusaha.

Seperkara lagi, berkenaan pertambahan masa belajar untuk Bahasa Inggeris di sekolah2. Apa gunanya kita belajar English literature, memahami karya2 shakespear? Kita bukannya hendak memartabatkan bahasa Inggeris. Di sini saya lihat kerajaan hari ini telah tersalah nilai fungsi PPSMI. Kita tidak perlu belajar mendalam BI jika kita hendak bercakap dalam BI. Sedangkan orang Melayu sendiri tidak semua mengetahui sastera Melayu tetapi masih boleh bertutur dalam BM.

PenMataTajam said...

saya sangat setuju dengan entri saudara ini. saya cuma nak berkongsi pendapat,kejayaan dalam sesuatu subjek atau mata pelajaran tidak bergantung langsung pada bahasa.guna bahasa apa pun pasti boleh berjaya.

Qorie Afifi said...

Saya melihat bahawa isu bahasa ini adalah merupakan satu isu yang perlu ditangani dengan bijak. Maksud bijak di sini ialah dengan mengklifikasikan jenis-jenis bahasa itu dulu. Seperti yang kita ketahui Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia adalah serumpun namun sepakatan dari mana yang membolehkan kita untuk sama-sama menggunakannya. Saya melihat ramai penulis di Malaysia meminjam perkataan demi perkataan dan kalimah demi kalimah lalu dimasukan terus ke dalam penulisan mereka tanpa merasa iainya satu pencabulan hak bahasa itu sendiri. Dalam bahasa Malaysia perkataan "MANTAN" tidak pernah wujud dalam kamus Dewan Bahasa & Pustaka namun sekarang ini ianya seolah-olah menjadi satu musim menggunakan perkataan MANTAN yang bererti 'bekas'.

Sebaiknya kita mulakan satu gagasan baru yang mengambungkan BAHASA MALAYSIA & BAHASA INDONESIA dan diberi nama baru iaitu BAHASA NUSANTARA. Sebuah kamus daftar bahasa Nusantara ini akan memuatkan Bahasa Malaysia , Bahasa Indoensia & Bahasa Melayu. Sekiranya ini dilakukan maka nilai BAHASA NUSANTARA akan dicatatkan hampir 300 Juta pengguna bahasa ini boleh berbangsa dan ini akan meletakan Bahasa Nusantara dalam 10 bahasa popular di dunia. Bahasa Malaysia perlu di tangani dengan benar dalam segi lingua dan tatabahasa kerana dalam bahasa Nusantara nanti beberapa kaedah bahasa boleh dihimpun dan diamalikan (dipratikan) bagi memudahkan penggunaannya. Ini sama seperti menyamakan penggunaan mata wang bagi kegunaan Asean.Di Asean harus wujud satu lingua baru iaitu Lingua Nusantara yang diasaskan oleh Bahasa Melayu & Bahasa Indonesia.

Perkataan-perkataan baru boleh didafrtarkan sekiranya perlu.

Selamat mencuba dan tentang bahasa ini Sdr Azli lebih arif dari yang disangka.....

Brian Kinney said...

Saudara Zulkifli,

Merujuk kepada komen saudara:

"Warga emas yang menentang PPSMI adalah terdiri daripada golongan yang berusaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Mereka menempuh pelbagai halangan, kerenah dan mehnah penjajah Inggeris. Sdr Brian Kinney tidak menempuh itu, saya fikir."

Hanya subjek Matematik dan Sains yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Banyak lagi subjek lain yang masih dikekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di dalam pembelajaran.

Adalah tidak logik jika dikatakan dengan mewujudkan PPSMI dapat membuatkan golongan belia lupakan bahasa ibunda dan membanggakan bahasa asing.

Diingatkan juga, bahasa asing (English) merupakan bahasa pertama dunia diikuti Bahasa Mandarin dan lain-lain seperti Sepanyol, Perancis dan Jerman.

Golongan belia tidak meminta Bahasa Inggeris dijadikan bahasa RASMI pun. Cuma sekadar digunakan di dalam 2 subjek tersebut. Adakah ianya sesuatu perkembangan yang negatif?

India dan Singapura menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Teruk kah negara-neggara tersebut kerana mengamalkan bahasa penjajah? Singapura contohnya, lebih maju jika dibandingkan dengan Malaysia.

Tapi, kita tidak meminta untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi pun.

Bahasa pertuturan kita di rumah masih Bahasa Melayu (saya merujuk kepada bangsa Melayu di mana saya tahu bangsa lain sudah ramai mengamalkan Bahasa Inggeris di rumah), adakah ianya masih tidak memadai?

Jangan salahkan bahasa jika Matematik dan Sains bangsa kita tiada peningkatan. Ramai yang tak kredit pun subjek Bahasa Melayu.

Pokoknya, sama ada kita hendak maju dan belajar dengan bersungguh, atau pun tidak.

Jika bangsa kita boleh mengarang lebih banyak buku-buku Matematik dan Sains dan kita tidak perlu merujuk buku-buku Bahasa Inggeris lagi, adalah wajar PPSMI dimansuhkan. Tapi mampukah pengarang-pengarang tempatan menghasilkan buku--buku ilmiah yang setanding dengan buku-buku dari negara luar? Profesor dan pensyarah di universiti tempatan pun masih menggunakan buku-buku ilmiah dari luar.

Pendek kata, selagi bangsa kita tidak maju, bahasa apa yang digunakan bukanlah satu halangan.

Jadikan bangsa kita semaju zaman Arab dahulu, baru lah kita angkat semula bahasa kita.

Dengan erti kata lain, dengan mewujudkan PPSMI tidak bermakna anak-anak kita tidak boleh menjadi Ibnu Sina.

Jika saudara ada anak yang terlibat dengan PPSMI ini, cuba tanya apa pendapat mereka. Jangan terkejut jika pendapat mereka berlainan.

Wassalam.

Muhammad Azli Shukri said...

Qorie - satu pandangan yang bernas

Qorie Afifi said...

Terima kasih Sdr Azli