Tetamu Kehormat...

July 29, 2009

PAS 2009 : Masih Kenal Saya? : Menjawab Tohmahan-tohmahan PAS


PAS 2009 : Masih Kenal Saya?
Menjawab Tohmahan-Tohmahan PAS



Saya terbaca laporan di dalam lidah rasmi PAS, Harakah keluaran 27-30 Julai 2009 yang menyatakan bahawa Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Tantawi berkata, "Pertemuan wacana ilmiah antara Pemuda PAS dengan Pemuda UMNO akan menjadi realistik sekiranya tajuk yang dikemukakan oleh PAS, iaitu 'Benarkah Perjuangan UMNO tidak bercanggah dengan syariat Islam' dipersetujui oleh UMNO. Nasruddin menambah, wacana tersebut haruslah diadakan secara terbuka kepada orang awam.


Menurut Nasruddin, surat jemputan sudah pun disampaikan kepada YB Razali Ibrahim di lobi parlimen dan berharap ia akan diadakan secara terbuka. Beliau juga menyatakan panel yang terlibat dalam wacana tersebut adalah terdiri daripada beliau sendiri, Khairy Jamaluddin dan tiga orang wakil lagi daripada parti masing-masing.


Saya berpandangan, Pemuda UMNO harus segera menyahut cabaran tersebut. Walaupun Pemuda PAS mungkin merasakan bahawa tajuk wacana itu lebih memihak dan condong kepada mereka. Tetapi, pada hakikatnya tidaklah begitu. Jika Pemuda UMNO bijak berdebat dan berhujah, tidak mustahil Pemuda PAS akan tersungkur. Saya berharap, Pemuda UMNO segera menyahut cabaran tersebut. Jika pemuda UMNO tidak cukup wakilnya, maka saya secara peribadi sanggup berhadapan dengan wakil-wakil PAS bagi menjawab persoalan benarkah perjuangan UMNO tidak bercanggah dengan syariat Islam, bahkan kita juga boleh bertanya kembali, apakah PAS pula parti yang benar-benar memperjuangkan Islam secara zahir dan batin? Atau perjuangan mereka hanya sekadar dibibir semata-mata?


Maafkan saya jika saya terpaksa berterus-terang dan tidak upaya lagi menjaga hati para penyokong PAS, sesungguhnya saya percaya dan yakin, selagi PAS mengharap pertolongan daripada DAP - yakni musuh Islam, bagi menjatuhkan orang Islam sendiri, maka PAS tidak akan berjaya untuk selama-lamanya. Hujah saya adalah beralaskan kepada firman Allah dalam surah al-Maidah 55-56 yang bermaksud, "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang."


Maka adalah jelas, selagi PAS menjadikan DAP sebagai penolong bagi menghancurkan orang yang beriman (UMNO), maka selagi itulah PAS akan gagal dan kecundang. Allah sudah pun mengingatkan kita semua, jika kita mahu menang dalam apa-apa perjuangan (apatah lagi dalam berjihad), maka jadikanlah orang-orang yang beriman sebagai penolong. Hal ini juga tidak hanya ditujukan kepada PAS semata-mata, tetapi tidak terkecuali kepada UMNO juga. Kesimpulannya, selagi kedua-dua belah parti tidak mahu bersatu padu, maka umat Islam akan tewas dan hancur di negaranya sendiri.


Dan ketika ini, yang tampak jelas mahu bersatu padu adalah di pihak UMNO. UMNO yang seolah-olah membuka pintu perdamaian yang luas kepada PAS, tetapi amat malang sekali, tatkala Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tidak hanya mencela UMNO, malah turut menolak hasrat baik UMNO agar sengketa orang-orang Melayu dapat diredakan secepat mungkin. Nik Aziz seakan-akan lupa bahawa beliau juga tidak terlepas daripada berkewajib an untuk mengikut ayat 10 dalam surah al-Hujrat yang berbunyi, "Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."


Tetapi malangnya, PAS lebih mempercayai DAP daripada UMNO, walaupun adalah jelas orang-orang UMNO juga adalah seagama dengan orang-orang PAS. Yang pasti, PAS tidak peduli ayat Allah yang ke 29 dalam surah al-Fath yang bermaksud, "Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang beriman yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih-sayang sesama mereka."


DAP adalah parti yang jelas tidak mempercayai keadilan yang dibawa oleh Islam, tatkala mereka secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum Hudud, hal tersebut sudah saya jelaskan sebelum ini. Malah, dalam buku berjudul BA dan Negara Islam tulisan Lim Kit Siang pada tahun 1999 sudah jelas membuktikan bahawa parti tersebut menolak ideologi PAS dan cita-citanya untuk menubuhkan negara Islam. Lantaran itu, mengapa PAS bersikap degil dan masih mahu bersengkongkol dengan musuh Islam yang nyata dan lagi terang itu?


Sehingga kini, tidak ada seorang pun ahli PAS atau pemimpim PAS yang sanggup memberikan jawapan dengan hujah yang menyakinkan berkenaan mengapa PAS perlu bersengkongkol dengan musuh Islam bagi menjatuhkan saudara seagama mereka sendiri iaitu UMNO. Saya bimbang, jika benar kata-kata yang telah disampaikan oleh bekas Presiden PAS iaitu Allahyarham Tan Sri Dato' Mohd Asri Hj Muda pada 27 tahun lalu yang mendakwa, "Suasana dan sikap yang muncul semenjak Muktamar yang ke-27 hinggalah ke Muktamar ke-28 ini telah menunjukkan bahawa ada sesuatu usaha semacam konspirasi untuk memecah-belahkan PAS dari dalam, terutamanya dalam soal kepimpinan. Menjelang Muktamar ini, suatu penjelajahan yang agak menyeluruh bertopengkan kepimpinan ulama telah mengharu-birukan fikiran dan suasana telah dilakukan, di samping itu, fitnah-fitnah terhadap diri saya berkeliaran mengatasi fitnah-fitnah yang pernah dilemparkan oleh musuh-musuh politik PAS pada tahun 1977/1978 dahulu."


Selepas menyampaikan ucapan yang penuh kekecewaan itu, Tan Sri Asri melepaskan jawatannya sebagai Presiden PAS yang ketiga, setelah tidak sanggup lagi mendengar laungan penghinaan dan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh para perwakilan PAS ketika itu dengan ucapan yang nyaring dan kuat, yang berbunyi, "Marakbar Asri, Marakbar Asri, Marakbar Asri." (maksudnya, "Mampuslah Asri, Mampuslah Asri, Mampuslah Asri."). -Sumber Buku, Memori Politik Asri : Meniti Arus, Terbitan UKM 1993.


Pada saya, hati pemimpin manakah yang tidak remuk dengan kata-kata yang sekesat itu? Rupa-rupanya, wajah kepimpinan ulama yang dicanang bagi menjatuhkan Tan Sri Asri dari kerusi Presiden PAS adalah begitu hodoh rupanya. Dengan slogan kepimpinan ulama, mereka menghalalkan kaedah penghinaan dan mencemuh pemimpin mereka sendiri. Maka, tidaklah menghairankan jika kita perhatikan ucapan Nik Aziz yang berbunyi, "Pergi Jahanamlah UMNO" yang dilemparkannya kepada UMNO baru-baru ini di media massa, merupakan kesinambungan daripada sikap mereka tatkala mahu menjatuhkan kepimpinan Tan Sri Asri 27 tahun yang lampau. Kita juga tidak tahu, mungkinkah amalan kata-kata kesat dalam PAS selama ini adalah warisan daripada sikap Nik Aziz sendiri atau pun barisan kepimpinan ulama yang mereka dokong dan sokong selama ini. Apakah ini amalan seorang ulama? atau ini merupakan amalan syaitan yang harus kita hindari? Semoga Allah mengampuni kita semua. Fikir-fikirkan wahai ahli-ahli PAS, siapakah yang tuan-tuan sokong dan harap ini. Wallahualam.

18 comments:

ZHARIF BADRUL said...

salam
sesungguhnya Islam itu luas.Maka akhlak dan teladan itu adalah salah satu cara berdakwah Rasul yang telah membawa kepada kejayaan dakwah baginda.Apabila seorang ulama mengeluarkan kata2 kesat semata-mata untuk tujuan politik maka biarlah rakyat sendiri yang menilai di manakah halatuju perjuangan PAS ketika ini.Samada benar2 untuk mendirikan sebuah negara Islam, atau sekadar hendak menumbangkan kerajaan UMNO dan selepas itu tak peduli siapa yang akan jadi PM meskipun bakal PM itu nanti adalah seorang yang pernah menyokong satanic verses?

sasha2020 said...

Artikel yg sangat menarik dan harus dibaca oleh semua orang Islam samada penyokong PAS atau UMNO....

Kepada penyokong PAS, fikir-fikiranlah... Semoga Allah memberi kita taufiq dan hidayatnya.

singamaraja said...

Salam ziarah dari Singamaraja

Anonymous said...

Dakwah kepada orang, kepada UMNO sebagai polluted institution kena main politik. Sudah ada Perkim, Jakim, tabligh, Abim dalam wadah dakwah solely. PAS tetap dlm wadah siasah.

DR NO

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

SALAM.

Artikal ini bukan saja setakat perlu di baja dan difaham secara mendalam oleh orang Melayu.

Tetapi pada penulis-penulis Sejarah Penubuhan PAS terutama sekali puak-puak PAS yang baru berjinak-jinak dengan Mat Sabu dan Azizan Razak.

Tahniah dan Terima Kasih pada Penulis.

Wassallam.

Muhammad Azli Shukri said...

zharif - saya sependapat

sasha2020 - saya sedaya upaya menyampaikan yang hak

Dr No - saya setuju jika PAS mendakwah bahawa mereka adalah parti siasah, tetapi harus diingat, hukum islam tetap tidak boleh dilanggar.

siamang - terima kasih.

keris panjang said...

Bertaubat lah anda pengikut2 pas. Tok2 guru anda sudah jelas kesesatannya. Anda perlu lebih berhati2 kerana mana tahu dibawah serban mereka terdapat "dua tanduk!".

Bagi orang yang berfikiran waras, peranan mereka didunia yang sementara ini, hanyalah sebagai ketua penghasut yang jelas menjadi pemecah belah umat islam.

Tidakkah ada perasaan malu dihati anda semua terhadap saudara2 tabligh kita yang sanggup bersusah payah datang dari jauh dipelusuk dunia semata2 menyeru kepada perpaduan ummah, manakala anda dan pemimpin2 anda melakukan sebaliknya yang hanya menjadi pemecah belah perpaduan umat islam, semata2 untuk mengejar sekelumit kuasa dan harta dunia yang sementara ini. Tidakkah anda berasa malu trhadap diri anda, lebih2 lagi kepada Allah swt, akan kelakuan anda yang tidak mencerminkan sifat2 muslim yang bertakwa kepada Allah swt. Tidakkah anda malu dengan slogan2 islam anda, sedangkan anda malakukan sebaliknya. Maka peranan anda sebenarnya hanyalah sebagai pemecah belah umat.

Tok2 guru anda menyediakan pelbagai fatwa bagi menghalalkan penyelewengan2 yang dilakukan. Sedarlah anda, wahai pengikut2 yang taksub, akan penyelewengan anda dan balasan yang menanti anda dipadang mahsyar kelak. Biarkanlah orang2 yang anda panggil sebagai tok2 guru tu tenggelam didalam kesesatan mereka kerana mereka sedang dipandu syaitan nir rojim mengejar sekelumit kuasa dan harta dunia.

Janganlah hanya kerana seseorang wanita itu tidak memakai tudung kepala, anda menghina, mencaci serta mengaibkan mereka. Sucikan hati anda terlebih dahulu dan sentiasalah berbaik sangka. Mana kita tahu, mungkin hati mereka jauh lebih mulia dari hati anda dan tok2 guru anda sendiri. Itu semua kerja Allah swt. Adakah lebih besar dosa wanita yang tidak memakai tudung kepala berbanding orang yang berserban besar tetapi hati mereka dibaluti warna hitam kelam penuh kebencian, sedangkan kerja mereka tidak pernah puas memfitnah, mencaci umat seagama, mengadu domba, berburuk sangka dan apa yang lebih menjiikkan ialah usaha2 mereka yang tidak pernah jemu2 memecah belahkan perpaduan umat islam.

Saya dengan ikhlas dan tidak ada sebarang keraguan lagi, percaya kepada Allah swt dan rasulnya Nabi Muhammad saw, sesungguhnya mempercayai bahawa parti anda adalah parti yang meruntuhkan agama islam kerana peranannya sebagai pemecah belah umat islam. Kepercayaan ini bersandarkan kepada segala peranan yang dimainkan sama ada secara tersurat mau pun yang tersirat selama ini.

Fikir2kan lah wahai saudara2 seislamku.

Anonymous said...

Siasah dlm sistem demokrasi berpilihanraya tidak boleh tidak mestilah 'berseteru' utk tonjol siapa yg lebih baik & bagus dan seterusnya memenangi hati rakyat melalui undi ( bukan beli undi). Sudah tentu senario ini berbeza dgn pendekatan dakwah secara tradisinya. Soal 'kata-kata kesat' ini tidak ubah macam kata-kata dua orang peninju heavyweight sebelum bertarung. Ini semua psyco, kalau betul tidak islamik, biarlah badan berautoriti tentukan, bukannya pihak UMNO sendiri yg masih terpalit dgn imej negatifnya tu.

DR NO

Cheguman said...

Salam Azli,
Tulisan yang sangat baik. Tahniah. Saya sokong seratus peratus.

Dari segi prinsip dan perlaksanaan, saya yakin dan percaya bahawa tajuk wacana tersebut memberi kelebihan pada UMNO. Namun bergantung pada siapa yang akan menjadi wakil Pemuda UMNO.

Kepada Dr No (Anon), nampaknya anda lebih rela mempertahankan keegoan anda daripada mengakui kebenaran. Anda bijak mencari helah melepaskan diri daripada hujah Azli. Orang PAS memang bijak berhujah dan menepis soalan. Barangkali anda yakin dapat memperdayakan soalan di dalam kubur nanti apabila ditanya berkenaan tindakan PAS yang bertentangan dengan ayat Al-Quran.


Azli,
Saya teringin unttuk hadir sebagai penonton.

Anonymous said...

Kalau betul UMNO ingin memberikan kasih sayang dan berpadu sesama umat melayu dan Islam, bagilah royalti minyak kepada negeri teramai umat melayu itu. Logistik dan undang dah kat begitu. Bagilah..baru anda ikhlas dalam apa yang dikatakan.

DR NO

Anonymous said...

Kita tengok perpaduan dalam bentuk mikro. Antara ahli-ahli PAS dan UMNO, siapa mempunyai perpaduan yg utuh dan lebih jitu? Tengok masa time pemilihan parti. Selesai mikro dulu, baru tengok makro. Siapa yg berbalah secara tersembunyi (tiada hebahan media)dlm berebut habuan dunia di dalam faedah pegang kerusi politik?

DR NO

DR NO

Anonymous said...

Tak ikut hukum Islam?
Kita buat satu hypothetical survey. Katakan kita ambil 100 orang yg terlibat dlm kes berjudi, minum arak, berzina, rasuah dan seumpamanya. Kemudian kita tanya masa pilihanraya umum dia orang undi siapa, PAS atau UMNO. Rasa-rasanya macam mana peratusannya yg terhasil? PAS..% UMNO...%. Then we can draw a big conclusion.

DR NO

zainal mohd jais said...

“SELANGOR JADI NEGERI SAMSENG”
MENJELANG 5 TAHUN PR BERKUASA


Dalam tempoh setahun PR berkuasa, pertumbuhan pusat hiburan, rumah urut dan judi di Selangor telah meningkat 6 kali ganda, dari 700 kepada 4000 ribu.
Ini satu angka yang WOW!!! .
Satu strategi marketing luarbiasa yang sangat berkesan.
4,000 itupun angka yang berjaya dikesan. Kalau kita andaikan 25 peratus lagi gagal dikesan bermakna ada tambahan 1,000 lagi, jadi jumlahnya mungkin 5,000.

Kata orang, setiap pusat hiburan, biasanya dilindungi atau “membela” sekumpulan samseng. Kalau satu pusat itu “membela” 10 orang samseng, 5,000 premis bermakna ada 50,000 samseng. Kalau peningkatan itu berlaku secara konsisten selama 5 tahun PR berkuasa, bermakna ada kira-kira 25,000 premis, dan 250, 000 orang samseng akan berlegar di negeri itu.

Inikah hasil dari perjuangan “Islamik” PAS ?
Siapakah yang benar-benar bersahabat dengan syaitan ?
APA LAGI YANG BOLEH MEMBUAT PAS DAN PKR INSAF,
KEMBALI KE PANGKAL JALAN ?

kuanderas said...

Saudara Azli,
1.Di Kelantan kaunter bayaran di pasaraya di asingkan lelaki & perempuan.Cuba tengok apa polisi ini dijalankan di Kedah, Pulau Pinang,Selangor?

2.Membuka aurat adalah haram, bagaimana dengan pasukan bolasepak Kedah, Pulau Pinang, Selangor? Apa mereka pakai tracksuit?

3.Mat Sabu cakap Langkawi dulu Padang Jarak Padang Tekukur & kemudian Padang Arak Padang Pelacur. Cuba tengok Pulau Pinang & Selangor sekarang?

Wasalam

f a i z f a r h a n said...

salam..
bg sy sndiri..
inilah politik..
x kire la kite di pihak mne2 parti sekalipun..msti ad ksalahan n kburukn ssuatu parti..
jgn tipu diri sndiri..kdg2 dlm prckpn atau pnulisan,kite sdaya upaya bckup parti yg kte sokong dgn cite prkara buruk parti laen.walhal parti yg kite sokong pn sme je..wlaupun slh yg dilakukan adalah bbeza..
jd skrg yg ptut kite fikirkn adlh ape tujuan kite mmilih pihak yg kte sokong..adakah smata2 utk pmbgunn.atau utk klebihan kte smate-mate atau bjaya dunia akhirat..kite blh fikir sndiri..
kite kate nik aziz truk sbb mgutuk.satu sifat yg x lmbgkn ulama.tp dlm mse same pmimpin kite dlm pihak lwn kpd nik aziz lakukan rasuah..jd ini ptut kite prtmbgkn..
sy bkn nk bpihak kpd mne2..sy sbgai anak mude cume nk kite smue btul2 matang bfikir pmimpin mne yg tbaik utk kte utk bimbing kite bjaya DUNIA AKHIRAT..mmg xde pmimpin yg btul2 perfect..

Muhammad Azli Shukri said...

faiz farhan - saya setuju tiada yang sempurna, namun demikian, wajib kita menegur mana-mana yang salah dilakukan oleh para pemimpin kita.

Anonymous said...

APAKAH ENGKAU INGAT AKU SETUJU
DGN KEZALIMAN?
APAKAH ENGKAU ANGGAP AKU TIDAK BERJUANG MENENTANG KEZALIMAN?
JANGAN2 DGN IZIN ALLAH AKU LEBIH MENENTANG.
CUMA JALAN & CARAKU BERLAINAN DGN CARAMU.
MUNGKIN CARAKU LEBIH BENAR DR CARAMU.
ENGKAU MELEPASKAN KEMARAHAN
SEDANGKAN ISLAM MENYURUH MENYEMBUNYIKAN KEMARAHAN.
AKU MARAHKAN DIRI SENDIRI,
KERANA DOSA2KU & ORG LAIN ADALAH
SEBAB ALLAH DATANGKAN PEMIMPIN
YG ZALIM. KERANA ITULAH AKU MELAWAN
KEZALIMAN DGN MEMBAIKI DIRI, MENEBUS DOSA, BERTAUBAT, SERTA
MENGAJAK PENGIKUT2 KU MELAKUKAN PERKARA YG SAMA.
AKU MENDOAKAN MEREKA YG ZALIM. BUKAN DGN MEMAKI HAMUN @ BERDEMONSTRASI. TIDAKKAH KAMU TAHU DIDALAM KITAB ADA MENYATAKAN BAHAWA
APABILA RAKYAT SUDAH JAHAT MAKA
ALLAH AKAN MENDATANGKAN PEMIMPIN YG JAHAT.
ERTINYA ALLAH MENGHUKUM MEREKA DENGAN MENDATANGKAN PEMIMPIN YG JAHAT & ZALIM. ERTINYA KEJAHATAN PEMIMPIN ITU ADALAH KERANA KEJAHATAN KITA. MUNGKIN CARAKU INI NAFSUMU TIDAK SETUJU. TETAPI JIWA
YG MURNI PASTI MENERIMANYA.
YG LEBIH BAIK IALAH BAIKILAH DIRI.
KALAU MAMPU NASIHAT, NASIHATLAH
DGN BAIK. DISAMPING DOAKAN MEREKA DGN KEBAIKAN. BUKANNYA MELEPASKAN
MARAH & GERAM. JGNLAH KEJAHATAN DIBALAS DGN KEJAHATAN. JGNLAH MEMBUAT DOSA DIATAS DOSA ORG LAIN.
JGNLAH DENDAM DIBALAS DGN DENDAM.
BIARLAH PENZALIM ITU MENGORBANKAN AKHLAKNYA.
TAPI KITA MENEGAKKAN AKHLAK.
NANTI ORG RAMAI AKAN MENILAI.
ALLAH & RASUL PASTI MENILAI.
BILA BUNGA DIRI ADA PD KITA, INSYA-ALLAH, RAKYAT AKAN MENOLAK MEREKA & MENERIMA KITA.
BEGITILAH CARANYA BERHADAPAN DGN
PENZALAIM.
MEMANG NAFSU & SYAITAN TIDAK BLH MENERIMA, TETAPI ORG YG MURNI
JIWANYA PASTI MENERIMA.

(SAJAK DIPETIK DR SYEIKH ASHAARI MUHAMMAD-ORG YG PALING LAMA DLM "ISA" MALAYSIA)

Mohd Sufian said...

Salamualaikum,

Suatu telahan yang menarik, bernas dan mantap. Saudara berani kehadapan menyahut cabaran pemuda PAS yg memperjuangkan perjuangan Khawarij zaman berzaman. Tahniah!.