Skip to main content

Muzakarah PAS-UMNO Retak Di Sempadan Pengetahuan


Muzakarah PAS-UMNO
Retak Di Sempadan Pengetahuan


KUALA KRAI 7 Julai - Jika semalam Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kerajaan perpaduan telah terkubur tetapi nada yang sedikit berbeza diungkapkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi ketika ditemui pemberita selepas berceramah di Kampung Sok di sini malam tadi mengatakan parti itu sedia berbincang dengan UMNO untuk kebaikan rakyat di negeri ini. Walaupun tidak menyebut lagi soal kerajaan perpaduan tetapi nadanya itu memberikan gambaran bahawa ia tetap bermatlamat yang sama untuk menjaga kebajikan rakyat. Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, Pas akan lebih berhati-hati sebelum menerima sebarang pelawaan untuk terbabit dalam perbincangan dengan UMNO kerana bimbang ia menjadi seperti melepaskan anjing tersepit. Beliau berkata, usaha mengadakan perbincangan di antara Pas dan UMNO sudah pun dimulakan apabila Dewan Pemuda Pas secara terbuka menjemput Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana ilmiah.

''Sebelum ini ulama Pas juga pernah diajak untuk bersama mengadakan perbincangan.

''Pakatan pembangkang sudah tentu akan memberi persetujuan mengenai usaha ini demi kebaikan negara. Bagaimanapun, kita (Pas) lihat dulu (isu perbincangan), sebab kita (Pas) tidak mahu pelaksanaan usaha itu bagaikan melepaskan anjing tersepit.

''Lepas anjing tersepit ini bahaya, salah buat, dia (anjing) akan gigit kita semula. Tujuan utama perbincangan itu ialah kita (Pas) hendak selamatkan UMNO dan tunjukkan jalan yang selamat," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempelawa Dewan Muslimat Pas untuk berbincang mengenai isu-isu semasa.

Ia langkah kedua yang diambil oleh kedua-dua parti itu untuk bekerjasama selepas Dewan Pemuda Pas menjemput Pergerakan Pemuda UMNO untuk berwacana secara ilmiah. Kedua-dua perbincangan tersebut sekiranya menjadi realiti agak berbeza dengan keputusan pakatan pembangkang yang menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.


Ulasan Saya :

Saya sangat-sangat bersetuju jika benar PAS ikhlas untuk mengadakan sebarang muzakarah dengan UMNO, namun demikian sikap ego kedua-duah buah parti harus diketepikan terlebih dahulu. Begitu juga dengan UMNO, mana-mana cadangan baik yang datang daripada PAS haruslah kita terima, begitu juga dengan PAS. Pada pandangan saya, ada lima perkara yang seharusnya dijadikan topik awal untuk dibincangkan secara bersama antara PAS dengan UMNO , demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri. Jika PAS dan UMNO berupaya menyelesaikan lima topik tersebut secara jujur dan ikhlas, maka barulah saya yakin PAS dan UMNO benar-benar ikhlas berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Topik-topik tersebut adalah seperti berikut :


1. Bincang secara terperinci bagaimana untuk mengatasi gejala rasuah dalam badan politik dan kerajaan secara konsisten bagi menyelamatkan orang-orang Melayu daripada mudah dibeli dengan wang dan pangkat. PAS diminta membentangkan kaedah Islam bagi mengantasi masalah ini, manakala UMNO pula diminta memikirkan mekanisme yang terbaik bagi memastikan politik wang dan rasuah tidak upaya hidup dalam organisasi politik dan kerajaan.


2. Bincang secara terperinci berkenaan isu keruntuhan akhlak remaja, khususnya remaja Melayu, secara telus dan ikhlas, serta mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasinya. Semua isu berkenaan keruntuhan moral remaja, khususnya yang melibatkan remaja Islam-Melayu harus dibincang dan dipersetujui cara mengatasinya secara bersama, agar PAS dan UMNO bertindak mengikut garis panduan yang sama, serta mengelak daripada tuduh-menuduh antara satu sama lain dikemudian hari.


3. Bincang secara terperinci masalah ekonomi orang Melayu, di samping cara mengatasinya secara bijaksana dan ikhlas. Perhatikan satu demi satu masalah ekonomi orang Melayu, khususnya dalam perniagaan dan kemudian sama-sama kita bina satu model penyelesaian masalah ekonomi orang Melayu.


4. Bincang secara terperinci bagaimana membina remaja dan umat Melayu di Malaysia dalam menghayati Islam secara tepat dan betul. Apakah halangan dan cabarannya. Mengapa umat Islam di Malaysia masih jauh ketinggalan dari aspek beramal mengikut ajaran Islam yang sebenarnya. Masih ramai dalam kalangan umat Islam di Malaysia yang meninggalkan solat, tidak mengeluarkan zakat, membuka aurat, berzina dan sebagainya. Malah, isu murtad juga harus dibincang secara ikhlas bagi mengatasinya.


5. Bincang secara terperinci berkenaan konsep “Keadilan Islam” yang sebenar, agar rakyat bukan Islam mengetahui dan tertarik dengan keindahan Islam itu sendiri. Bincangkan juga bagaimana cara terbaik untuk menyalurkan maklumat yang tepat berkenaan Islam kepada orang bukan Islam, agar agama Allah ini tidak difitnah sesuka hati. Hudud merupakan hukum Allah yang sangat adil, bincangkan ia secara ilmiah dan ikhlas serta bagaimana untuk melaksanakannya di Malaysia. (Untuk pengetahuan semua, dalam Islam, berjihad, mati syahid dan melaksanakan hukum Hudud, wajib ada niat untuk melaksanakannya dalam hati bagi setiap yang mengaku dirinya sebagai muslimin, walaupun kita belum berupaya untuk melaksanakannya secara menyeluruh).


InsyaAllah jika lima topik ini berupaya PAS dan UMNO bincangkan secara jujur dan ikhlas, saya yakin umat Islam di Malaysia akan bersatu kembali, dan selepas ini mana-mana individu yang masih cuba mengocak dan menghasut agar orang-orang Melayu saling berpecah dan bergaduh, maka saya fikir kita pancung sahaja lehernya, sepertimana isyarat yang telah disampaikan oleh Rasulullah melalui hadisnya, “Sesungguhnya aka nada kejahatan-kejahatan dan kerosakan-kerosakan, maka barangsiapa yang hendak memecahkan urusan (pemerintah) umat ini, sedangkan ia bersatu, maka hendaklah kamu penggal lehernya, walau bagaimanapun dan sesiapa pun dia.” (Riwayat Muslim).

Comments

Unknown said…
salam
perbincangan UMNO-PAS perlu fokus kepada masalah rakyat bukannya masalah parti atau peribadi masing-masing.Sesungguhnya perpaduan UMNO-PAS sangat penting dalam memastikan kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ni terbela
Anonymous said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
Saya ingin lontarkan pandangan tentang beberapa perkara penting yang patut direnungkan semua pihak.

1. Isu Jutawan T. Ananda Krishnan. Saya tidak faham dengan jutawan ini. Bukan tidak pernah saya menemui beliau dalam banyak majlis. Yang menghairankan saya, kenapa sibuk sangat dengan membeli kelab bola sepak luar negara. Kemudian disokong pula oleh Menteri Sukan yang kalah berdebat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim dahulu. Patut menteri ni, kalau nak dapat nombor maxis percuma pun janganlah sampai sokong tak tentu hala. Yang jutawan ini, daripada sibuk beli kelab sukan, lebih baik tolong Pengikut Hindraf yang tak cukup makan (dakwaan mereka).

2. Tentang PAS dan UMNO. Lebih baik gabung dan buat muafakat. Melayu lawan dengan Melayu dan Islam lawan dengan Islam. Ini apa sebenarnya. Kita sudah jadi seperti masyarakat arab jahiliyah. Ada Puak dan sering berbalah. Hentikanlah semua ini dan tumpu pada hal yang lebih penting.

3. Majalah Karut Marut & Tahyul.
Apa yang jadi dengan majalah masyarakat. Saya ada ternampak majalah itu yang mengeluarkan cerita tentang pembedahan batin. Saya mengucap panjang. Benda itu sudah jelas dahulu kata banyak ahli agama, ada pengaruh jin dan khayal. Kenapa buat juga cerita seolah-olah memberi galakan kepada masyarakat untuk terus bertahyul. Kita jumpa banyak berita tentang penipuan bomoh, kenapa kita masih tak sedar lagi. Sampai bila cerita seperti ini terus-terusan menyelubungi masyarakat kita. Apa tiadakah isu lain yang lebih baik untuk bangsa kita yang semakin tersepit ini. Kenapa harus isu tahyul. Lebih menyedihkan apabila tulisan banyak memetik sumber laman web daripada Indonesia. Saya harap hal ini tidak akan mempengaruhi kerajaan untuk menjadikan bomoh sebahagian daripada panel kesihatannya.

Dato Adil
Cyberjaya.
OneMalaysia said…
aku sokong dato adil

bedah batin apa punya isu la...sape editorialnya?

Dewan Masyarakat patut tutup saje
Anonymous said…
bedah batin..... budak-budak pun tahu kalau kena pisau sakit.. kahkahkahkah....
Kawan Mami said…
Dato Adil, kalau nak komen, komenlah tajuk, kenapa harus libatkan Majalah Dewan Masyarakat. Dato Adil perlu bersikap adil dan jangan hanya tahu mengkritik sahaja.
Kawan Mami said…
One Malaysia, saya tahu kamu tu bekerja di DBP. Janganlah jadi petualang dan memburukkan organisasi sendiri. Jangan jadi macam tuan punya blog ni, dulu puji menggunung DBP, bila dah keluar burukkan sampai ke pengetahuan atasan.
OneMalaysia said…
ramai jugak org DBP baca blog nie. bila tuan punya blog nie nak sambung hikayat? heeee..ramai yg xsabar nak bace.

kawan mami jarum nie biar betul, tuan punya blog ni tulis benda yg betul tentang DBP,ada org yg takut ke. heeee S44 buat kerja ape ye? nak mengomen tak abis2 cari la perolehan ke, edit ke bukan dok mengomen ini salah, ini betul..
Anonymous said…
yg petualang tu kawan mami laa..
Anonymous said…
Saya terpanggil untuk berterus terang dan menyatakan kebenaran kepada Blogger Kawan Mami. Dia kata ..."kalau nak komen komenlah tajuk"..

Soalan saya kepada Kawan Mami (Mungkin dia ni Mami Jarum suka mengumpat dan caci orang lain), adakah anda bekerja di DBP?
Kalau bekerja kenapa sibuk dan kalau bukan bekerja kenapa bela sangat. Saya tahu Blogger Kawan Mami ni tak belipun majalah tersebut. Dia tahu cakap sahaja. Jadi kalau tak beli majalah (sebab tak mampu atau dapat percuma), janganlah sibuk jaga hal saya.

2. Kenapa saya harus menulis tentang tajuk PAS dan UMNO? Adakah tidak boleh menulis hal lain. Kalau kita hanya menulis ikut tajuk, maknanya majalah masyarakat juga perlu menulis ikut tajuk.
kenapa dewan masyarakat tidak menulis ikut tajuk (tentang masyarakat) kenapa selalu yang dipaparkan perkara pelik-pelik. Misalnya seks dan tahyul. Adakah ini cara kita mendidik masyarakat?

3. Kenapa susah sangat beri pandangan tentang majalah masyarakat ni. majalah ini majalah kerajaan, sebagai rakyat dan pembayar cukai, adakah saya tidak berhak melontarkan pandangan? kalau begitu saya akan beri pandangan kepada Dato seri Najib, melalui laman web beliau yang dibuka kepada rakyat.

4. Kepada kawan mami, janganlah mewarisi Generasi Mami yang suka cucuk dan jaga tepi kain orang, sebab nanti tidak sedar kain sendiri terlondeh. Bila terlondeh, habislah nampak semuanya....

Dato Adil
Cyberjaya.
jintan manis said…
kalau betul ada benda ni, tak payah gomen buat hopital..karut..
Anonymous said…
Good points, bagus juga PAS dan UMNO dibubarkan menjadi satu parti tunggal namanya PADU (Parti Alternatif Demi Ummah). Misinya ialah meninggikan syiar Islam, memperkasakan ummah dan menyemarakan ihsan buat semua.

DR NO
Qorie Afifi said…
Beredar dari satu kemelut ke satu kemelut antara PAS dan UMNO menjadikan rakyat Malaysia bertambah nyanyok ditambah dengan pendidikan tanpa faedah seperti memberi alamat bomoh al dukuni wal kali putari altahyuli wal bahluli. Bedah batin sebenarnya wujud dalam perubatan dan ada di ceritakan tentang hal ini didalam al-quran.....sesuatu yang bermula dengan huruf JIM dan bertemu dengan huruf NUN maka ianya adalah hal ghaib seperti contoh perkataan JIN dalam al-quran dan juga JANNAH iaini surga. Mempercayai hal dan perkara-perkara ghaib yang nyata adalah terkandung di dalam rukun Iman.....
Anonymous said…
nik aziz ni jenis politik totok(animal politik)...dulu pernah jadi calon BN semasa dalam BN.ini membutkan payah..
Anonymous said…
AZLI, TERIMA KASIH KERANA TERUS MEMBURUKKAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. TERUSKANLAH, SAYA TIDAK TAHU LAGI INGIN BERCAKAP APA. MEMANG AWAK NAK KAMI BEKERJA DENGAN KONFLIK BERTERUSAN. TERUSKANLAH. SEMOGA AWAK BAHAGIA DAN PUAS HATI.
Hang Jebat said…
Sdr Azli,

Selagi TG Nik Aziz ada dalam PAS tak ada sesiapa boleh rapatkan PAS dan UMNO. Beliau bukan Presiden, tapi boleh bantai Presiden dan suruh Timbalan Presiden letak jawatan. Mereka ini pula bagai tak berdaya nak tentang TG Nik Aziz. Mereka minta maaf, salam dan cium tangan TG Nik Aziz.

Hang Jebat
Melaka

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A