Tetamu Kehormat...

July 14, 2009

Kodok-Kodok Di Manek Urai


KODOK-KODOK DI MANEK URAI


Pada 11 Julai 2009, genap 100 hari Datuk Seri Najib Tun Razak mentadbir negara. Pelbagai penilaian diberikan ke atas kepimpinan beliau; ada yang bersifat positif dan ada yang negatif. Namun begitu yang menarik adalah kesungguhan beliau untuk mengurus krisis kepercayaan, kesetiaan dan keyakinan dalam kalangan warga Malaysia. Lahir Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang dijadikan sebagai penanda aras atau kayu pengukur ke atas kewibawaan kepimpinan beliau. Di samping '11 Hadiah Rakyat' yang mencakupi unsur ekonomi dan sosial, beliau muncul dengan enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) yang akan dijadikan sebagai 'petunjuk' sepanjang beliau memimpin supaya dapat mencapai matlamat KPI. Keenam-enam bidang tersebut adalah mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah serta memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan meningkatkan tahap pengangkutan. Melihat kepada butiran ini, ia sudah pasti akan menjadi cabaran besar ke atas tadbir urus Najib kerana hampir kesemua pemimpin, baik dalam parti pemerintah mahupun pembangkang, masing-masing pernah dan masih melaungkan usaha yang hampir sama. Sepanjang 100 hari, Najib bersedia membuat keputusan popular dan tidak popular; keputusan berisiko dan tidak berisiko; kesemuanya memperlihatkan nilai kepimpinan transformasi. Bagaimanakah KRA ini boleh meningkatkan populariti BN? Apakah pendekatan yang boleh digunakan untuk memenangi hati pengundi dan adakah kesemua enam butiran ini merangkumi keseluruhan masyarakat? Lebih daripada itu, bagaimana untuk meyakinkan penduduk Malaysia bahawa dengan KRA ini, kita boleh merasa selamat dari sudut ekonomi, politik dan sosial?


Ulasan Saya : Bagi mengurus krisis kepercayaan, saya beranggapan kita harus melihat terlebih dahulu bagaimanakah rakyat melihat parti pembangkang. Dalam konteks ini, saya lebih selesa kita melihat bagaimanakah orang Melayu melihat PAS. Orang Melayu melihat PAS dengan menggunakan emosi. Maknanya, walau bagaimana jahat atau songsangnya sesetengan tindakan PAS, tetapi rakyat tetap akan berkata itu lebih baik daripada UMNO. Sebagai contoh, kita lihat gambar di atas, andaikan jika perbuatan tersebut dilakukan oleh penyokong UMNO, sudah pasti UMNO akan dituduh sebagai jahil, tak tahu malu, tak tahu agama dan sebagainya. Sebaliknya, jika penyokong PAS yang melakukannya, maka hal tersebut dianggap halal dan ada sebab-musababnya. Lantaran itu, pada pikiran saya, rakyat melihat PAS melalui kaca mata emosi dan bukan melalui ilmu atau akal yang sihat. Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar UMNO juga harus menggunakan pendekatan emosi bagi menarik minat masyarakat untuk kembali mengundi BN/UMNO. Sama ada mahu atau pun tidak, UMNO perlu menarik minat golongan agama, agar menyertai parti tersebut dan diberi jawatan yang sesuai dengan gelaran mereka. Hanya dengan menarik minat golongan agamawan sahajalah, UMNO InsyaAllah kembali kuat dan diberi kepercayaan. Hal ini pernah terjadi sewaktu mula-mula Tun Abdullah mengambil alih jawatan PM daripada Tun Mahathir. Rakyat mengharap Pak Lah pada waktu itu akan mewakili kewarakan bapanya dan kecerdikan Mahathir.


Manakala berkenaan pilihan raya kecil di Manek Urai, pada pandangan saya, jumlah/peratusan undian kepada UMNO akan meningkat, manakala jumlah/peratusan undia kepada PAS akan menurun. Tetapi, kemenangan belum tentu milik UMNO. Wallahualam.

31 comments:

~PakKaramu~ said...

Salan ziarah dari Pak Karamu

kluangman said...

UMNO tidak perlu menang jika kita mahu UMNO terus relevan.

UMNO belum berubah setakat ini!

104 hari berlalu Najib sebagai PM, senadainya Lim Eng Guan diberi kesempatan sebagai PM, apa bezanya Najib dengan dia.. Di mana dan apa untuk Melayu?

fazrin2211 said...

hahahaha.........klu dah tak boleh menang, macam2 la nak tulis

revolusi pedang srikandi said...

sala ziarah...jemput jengah ke blog ana....

wakilrakyat said...

saya setuju dengan tulisan dan hujah sdr. Pada PAS apa sahaja perbuatan mereka adalah halal dan dibolehkan kerana mereka sahaja yang Islam, lain dari PAS adalah KAFIR yang perlu diperangi, walaupun orang itu status ulamak ka, mufti ka, ustaz ka, siapa sahaja yang bukan dari PAS adalah KAFIR yang perlu diperangi.

Berkenaan dengan UMNO saya melihat tiada sebarang perubahan yang dibuat, baik dari segi fizikal dan yang lebih penting lagi pemikiran pemimpin-pemimpin mereka yang masih mementingkan diri sendiri dan sombong kerana mereka sudah senang, kaya dan berkuasa serta suka menunjuk-nunjuk.

Tiada pemimpin UMNO yang mahu berjemaah di surau masjid, atau duduk dengar ceramah-ceramah agama. Kalau dianjurkan kursus, ahli bawahan dipaksa ikut semua arahan dan ikuti semua aktiviti, sedangkan mereka hanya datang jenguk-jenguk.

UMNO tidak perlu berubah, tetapi pemikiran pemimpin dari atas sampai bawah harus berubah serta sentiasa insaf.

tq,
wakilrakyatblog

kermitt said...

menipu lagi .. itu gambar selepas kemenangan di Kuala Terengganu.. bkn manik urai perbetulkan fakta bro.. jangan menipu..

saya said...

Ya la PAS kan parti malaikat,smua betol.....

UMNO haru Bangkit !!!!

Melayu mula sedar hanya UMNO wadah mereka membela Agama dan Bangsa.

Tahniah UMNO tp jgn mudah puas hati.Lipatgandakan usaha.

*org muda klate*

kermitt said...

aku pengundi muda.. aku pilih pas sebab di tempat aku ni yang tok imam, tukang azan yang tukang mandi mayat yang tukang buat keranda yang ahli surau dan masjid orang PAS.. tak malukah nanti masa hidup sokong BN bila mati mintak org PAS uruskan mayat?

saya said...

wahai pak cik kermittt.

itu kat manik urailah.

cuba tgok banner kat dlm gambar kan ada lambg krjn kelantan.

bukan kat tganu la pak cikkkkk...

saya said...

bukan orang PAS je yg pandai agama.

Masa smayang jumaat yg lepak main dam aji pun puak2 pas juga.
tp kat kmpg aku la...yg panjat anak dara orang pun ada.

Itu soal individu la bukan soal parti..

kermitt said...

aku cerita di tempat aku di kampung aku.. di selangor.. dan gambar tu mananya ada lambang kelantan pulak.. kehkehkeh.. kanke gambar wan faridtu.. adoilaaajgnla menafikan fakta.. itu gambo k. terengganuweih..

CHAIRMAN KAGA said...

KALAH BERMAKSUD KALAH
KALAH LAWAN SATU LAWAN SATU KIRA ADA MARUAH
NI KALAH PIHAK PAS
LAWAN POLIS
LAWAN JENTERA KERAJAAN
LAWAN LINGAM
LAWAN WANG PETRONAS
LAWAN HELIKOPTER AIRWOLF
LAWAN DUIT BERIBU JUTA RINGGIT
LAWAN PARPU YANG ENGGAN MENERIBIT KOMEN ORANG
LAWAN WAN MALAYSIA
LAWAN PIHAK PENCACAI PUAK united malaysia national organization

TETAPI DALAM PERLAWANAN ADA YANG MENANG DAN ADA YANG KALAH
ASAL TAK KALAH TU YANG MUSTAHAK
MENANG MAJORITI 5 RIBU TAK TERMAKSUD WAN MALAYSIA AKAN MEMBUBARKAN DUN
KALAH SATU UNDI BERMAKSUD PUAK GEROMBOLAN united malays national organization TELAH KALAH LIMA KALI BERTURUT TURUT KETIKA BERDEPAN DENGAN PIHAK PEMBANGKANG YANG SERBA KEKURANGAN. INILAH HAKIKATNYA

saya said...

Ya lah Pak Kermit hensem...

saya said...

Ya la Chairman Kaga hensem..

Kerja najib dah bauhkan hasil..

aku org muda kelantan dah bosan ngan pas ceramah 24 jam.balak pun dia gomo habis...

x da duit marah ke UMNO tp dia kaya sorang2...sama je kalau duit,PAS dan UMNO sama jerrrr..

ko pun kelabu mata dgan duit.tol x ?

Anak Perelih said...

1st... tu mungkin orang PKR yg beri sokongan kat APS di KT...

2nd.. nak tarik orang agama masuk UMNO lagu mana... yg dah dok ada dalam UMNO pun diketepikan...

org memali said...

ye la masa UMNO dulu lori balak ada juga tapi utk muatan satu log balak saja tapi sejak PAS memerintah ni dah pakai trailar utk bawa 2 log .takut tak dan buat kerja sampai habis gamaknya

Anonymous said...

mlm ni org2 di Manik Urai tidor lena, esok bangun pagi pergi kerja cari rezeki macam biasa. Yang janji itu, janji ini, bagi itu, bagi ini, hulur itu, hulur ini dah pun balik KL. Entah bila akan datang ke MU lagi. Tunggu la janji jika ada pilihanraya lagi. Selamat malam penduduk MU. Puak2 UMNO jugak yg tak dapat tidor. Ish...ish.. kenapa la yg 65 orang itu tak pangkah BN? Why? why? why? ratib dia sampai ke pagi....

Qorie Afifi said...

Malam tadi dengan selesainya pilihanraya maka PAS menang dengan kemenangan tipis. Ini bermakna ada peningkatan dalam undi kepada umno. Tapi PAS harus hati-hati juga dgn kes di manek urai ni sebab mungkin patesyen pilihanraya akan hadir di mahkamah......

Samurouh said...

Demokrasi memang menjijikkan. Inilah najis yang telah melahirkan hukum demi hukum kufur. Inilah taik yang telah membuat ramai orang Islam hatta tok wali pun terpalit. Sampaikan ia disangkakan akar kayu tongkat ali buat ubat penyakit yang perit.

Dalam Islam, dakwah adalah mengajak orang kepada Islam dengan memberikan penyelesaian Islam. Isu-isu semasa digunakan untuk menyentuh perasaan ummat dan memberikan solusi Islam. Tetapi dakwah dalam demokrasi adalah mengajak ummat untuk menyokong parti mereka. Tak kisahlah ummat itu benar menjaga hukum-hakam atau tidak, asalkan sokong parti. Sebab itu kita leh jumpa seharian yang kononnya perjuangkan Islam hukum hakam tak ambil heran, riba' ditelan beli kereta dan rumah tanpa rasa haram. Dari benih kufur, hasilnya hukum yang kufur. Di mana-mana pemerintahan demokrasi menerapkan hukum kufur. Ada satu dua hukum Islam yang dilaksanakan(walhal ribuan yang lain masih hukum kufur) mereka telah mendakwa melaksanakan pemerintahan Islam. Ini auta.

Saya masih teringat jawapan seorang MB apabila pasukan bola sepak negerinya masih memakai seluar pendek. Jawapannya lebih kurang,” saya dah nasihat taknak ikut, nak buat macamana?” . Inilah jawapan MB dalam demokrasi. Walhal dia adalah pemerintah kerajaan Negeri, bukan tok imam yang tiada kuasa. Ummat yang jahil hanya terpesona dengan jawapan taghut yang diberinya.

Dalam demokrasi, hukum syara’ adalah soal mainan. Yang utama adalah isu-isu panas untuk memainkan emosi pengundi. Di Manek Urai, sebelah pihak sibuk hentam peribadi lawannya yang tak sekolah tinggi dan cuma sekadar pemborong ikan. Duk sibuk menawarkan pelbagai pembangunan, masjid, jalan raya, jambatan, kota agropolitan dan paling lawak tiba-tiba solat hajat. Wahai ‘AMNOE, hang buat apa pun selagi mana hang tak laksana hukum Islam, jadilah kamu golongan yang bangsat lagi celaka. Terus terang aku membenci engkau wahai 'AMNOE. Kerana dakyah kolah ramai kaum keluarga aku dan orang lain yang terpedaya. Mereka sangka inilah Islam tetapi hakikat kekufuran. Kerana kesesatan kolah cahaya kebenaran benar payah disampaikan dan kekufuran tersebar di bumi Malaya ini.

Di satu pihak lagi, duk bawak royalty minyak, penyalahgunaan jentera kerajaan, PKFZ dan rumah mewah Khir Toyo. Ya syeikh, dalam Islam tiada royalty minyak, ia milik ummat bukan milik kerajaan negeri. Sebagai parti Islam, kita wajib menyampaikan hukum Islam, penyelesaian Islam, bukan duk berlegar-legar isu semasa dan masih memberikan penyelesaian sekular. INi samalah dengan parti buroh, parti democrat, republican dalam amalan demokrasi di barat. Saya tak menafikan memang mereka mahukan Islam, tetapi banyak sangat dah hukum yang dah digadaikan. Sambutan Deepavali pun seolah dihalalkan, hukum hudud diubah macam takut tuhan untuk undi yang bukan Islam.

Yang jelas, mana-mana yang menang pun bukan laksana Islam. Satu jelas sekular Kemelayuan dan satu lagi Islam dalam tempurung demokrasi kemaslahatan. Akhirnya pelbagai dalil disalahgunakan untuk halalkan penerapan hukum kufur dan Islam bertahap-tahapan. aduhai mengarut wahai tuan. Yang kesian adalah ummat yang ikhlas menyangka inilah Islam yang benar walhal hakikatnya kena temberang je.

Sepatutnya kita berjuang dengan minhaj kenabian, bukan minhaj taghut ini. Apakah kalian mengatakan Islam tidak menunjukkan minhaj perjuangan hingga bergelut dalam jerangkap kekufuran demokratos. Ayuhai kita kembali menggunakan minhaj kenabian bersama menerapkan Islam dalam Negara Khilafah Islamiah.

Muhammad Azli Shukri said...

kepada semua sahabat, saya tidak mendakwa bahawa ganbar tersebut diambil di Manek Urai, gambar tersebut merujuk kepada sikap sesetengah penyokong PAS. Itu sahaja, jangan alihkan isu tersebut. harap maklum.

Anonymous said...

kalah umno padan muka. bodoh punya blog pengampu.

Xenan said...

hum,

Menyokong PAS kerana emosi?Mungkin.Tapi sebenarnya sama jer cam penyokong UMNO yg beremosi melayu.

Ketua pemuda si perasuah tegar pon boleh menang dlm UMNO.Maybe ni yg dinyatakan UMNO lebih realistik dr PAS.Ahli UMNO memilih wang dr idelisma.Part ni wa sokong

fazrin2211 said...

BN tak emosi erk? tapi rabun bila nampak DUIT

Anonymous said...

saya nak komen sikit je... jangan ingat kita hidup untuk menongkat langit.. tak ingat mati ke? saya tanya ni sebab masa hidup ni la kita kena buat saham sikit2 untuk bekalan mati esok2...

nanti mati, kita yang akan ditanya kenapa memberi 1 undi kepada pemerintah yang terang-terangan tidak melaksanakan syariat islam? Adakah duit yang ditaburkan oleh pihak pemerintah boleh membantu selepas mati nanti?

bak kata Ustaz Asri, bekas munfti perlis dlm blog beliau :usaha menjatuhkan kerajaan kelantan adalah menyanggah dari ruh islami kerana kerajaan Pas kelantan telah berusaha dan sedang menjalankan pemerintahan berlandaskan syariah islam" Kalu nak lebih detail, baca blog beliau.

Harap semua penyokong UMNO sedar, jangan buta mata dan buta hati!!

Kepada Samurouh, adakah ilmu Islam anda lebih tinggi berbanding ilmu ulama seperti Tokguru Nik Aziz? Berjuang seorang x de guna berbanding berjuang dalam jemaah Islam. Takbir!!! Allahuakbar!!!

Addin said...

Alhamdullilah, perjuangan Islam menang!!Allahu Akhbar!!

Anonymous said...

tak perlu mencari kelemahan orang, cari kelemahan sendiri... Yang pastinya bukan manusia yang menentukan syurga dan neraka seseorang... Tiada guna tunjuk baik jika hati terlalu hitam sehingga mengaburi mata umat lain.. jangan sesekali menggunakan nama tuhan untuk kepentingan diri... Orang yang baik dan ikhlas tidak pernah mengatakan dirinya baik dan sentiasa belajar memperbaiki diri , tapi orang yang zalim sentiasa hidup dengan egonya...

Anonymous said...

Pas sekarang jauh berbeza dari Pas dulu.Pas sekarang halal bagi mereka tapi haram bagi orang lain.
Pas kata UMNO menolak Islam sebab tu tidak boleh ada kerjasama.
Adakah Dap lebih Islam dari Umno atau PKR lebih Islam dari UMNO.
Pas patut balik ke pangkal jalan untuk memperjuangkan Islam yang sebenar bukan untuk memperjuangkan kuasa.

Anonymous said...

Inilah blog pengampu setanumno yang jijik! Lihat nama setanumno pun kurniaan orang putih, apa nak tunjuk-tunjukkan!

perasuah dan penidas demokrasi yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang!

Itulah fakta--setanumno yang terulung dalam menindas dan mengeksploitasikan hak asasi rakyat!

Janganlah terpedaya!

Kelana said...

Salam

Dalam Al-Quran ada menyatakan Hizbullah dan menyatakan Hizbusyaitan. Sapa2 yg jahil tu, bolelah blaja atau menuntut ilmu agama ni. Sy pun blaja juga dan akan blaja sampai mati.
Dalam soal menang atau kalah dlm PRU ini, sebenarnya ketentuan Allah dari azali lg. Mengujudkan parti dan kempen ini, hanya usaha utk mencapai matlamat.
Kalau menang, pun kita ucap syukur dan kalah pun kita ucap syukur.
Nnt kat akhirat kelak akan dihitung satu persatu semua amalan kita.
Umat sekarang ni bercakap, majoritinya merasakan seolah2 mereka akan hidup bertongkatkan dunia selama2nya, dunia ini pula tiada hari kiamat dan tiada hari pembalasan.
Kpd yg mahu beringat, sebaiknya kita beringat dan kembali pd petunjuk Allah dan mana merasakan dunia ini milik mereka, kita tunggu sahaja di Padang Masyar.
Insya-Allah... kita pasti bertemu dihari tersebut. Tunjukkan lah saksi2 kamu kelak dan kita sama2 menyaksikan sorang demi sorang dihitung amalannya. Moga Allah permudahkan hitungan pd hamba2nya yg takut.Amin

Anonymous said...

sunggoh lucu kodok-kodok membuat bising pada hari panas,yg selalunya kodok-kodok bising hari nak hujan,hari dah hujan dan selepas hari hujan menghairankan!!!
takut-takut kodok-kodok membisu pada hari hujan pula...
wahai kodok-kodok buatlah bising tak kira hari panas ke hari hujan ke biar meriah ONE MALAYSIA..

Anonymous said...

Pilah di antara yang terbaik dikalangan kamu - antara PAS atau UMNO? Nak dapat perfect tak boleh sebab semua adalah manusia..termasuklah UMNO, PAS, DAP, MCA ..etc. Jangan buat tuduhan yang mencemari agama kamu sendiri...buat malu aje..