Tetamu Kehormat...

July 31, 2009

Khairy Jangan Malukan Pemuda


Khairy
Jangan Malukan Pemuda


KUALA LUMPUR 30 Julai - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan menulis surat kepada Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan bagi mengadakan pertemuan empat mata berhubung cadangan wacana ilmiah antara kedua-dua pihak. Khairy berkata, pertemuan itu amat penting bagi mengetahui matlamat sebenar wacana itu terus dari isi hati Nasrudin tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Beliau tidak mahu cadangan wacana itu dikelirukan oleh mana-mana pihak termasuk dalam Dewan Pemuda Pas sendiri melalui perbincangan dalam media atau menerusi mana-mana wakil.

"Pada bulan lepas kita telah menghantar surat rasmi kepada Nasrudin untuk bertemu antara ketua dan ketua, tetapi sebaliknya ia telah dibalas oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas.

"Surat itu mahukan saya berurusan dengan jawatankuasa teknikal wacana yang bercanggah dengan persetujuan asal iaitu ia perlu dibincangkan terlebih dahulu antara kedua-dua pihak (pelantikan jawatankuasa) sebelum cadangan wacana diteruskan," katanya yang akan menulis surat itu esok. Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau diminta mengulas perkembangan terkini jemputan wacana ilmiah Dewan Pemuda Pas kepada Pemuda UMNO yang disampaikan sendiri oleh Nasrudin pada 1 Julai lalu di lobi Parlimen kepada Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim.

Tambahnya, dalam pertemuan itu juga nanti beliau akan menyuarakan pendirian tajuk yang dicadangkan Pas iaitu 'Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam' kurang sesuai dan akan mencadangkan tajuk yang berkaitan dengan masa depan negara. Katanya, perbincangan mengenai tajuk baru itu lebih relevan berdasarkan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang yang kelihatan dalam dilema dan terumbang-ambing.

"Kita percaya Pas tidak selesa dengan pakatan pembangkang, buktinya adalah amat jelas iaitu Pas seperti bermain tarik tali," katanya.

Khairy juga ditanya sama ada kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'yang menjahanamkan UMNO' akan membantutkan usaha wacana antara kedua-dua sayap itu. Beliau berkata: "Saya percaya ada di kalangan ahli Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan kenyataan Nik Abdul Aziz itu terutama Nasrudin, sebabnya kalau tidak pasti dia tidak akan menulis surat kepada kami."


Ulasan Saya :

Maafkan saya jika saya terpaksa memberi sedikit pandangan berkenaan Khairy Jamaluddin pada kali ini. Bukan niat saya untuk sengaja mengkritik beliau, sebaliknya sebagai ahli Pemuda UMNO saya berhak memberi pandangan berhubung tajuk wacana yang telah dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS iaitu, "Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan dengan Islam". Dalam keadaan UMNO yang lemah ini adalah tidak wajar sama sekali Pemuda UMNO Malaysia mencari tajuk atau judul lain dan menolak tajuk wacana yang telah pun dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS sebelum ini. Hal ini seolah-olah menggambarkan bahawa Pemuda UMNO secara tidak langsung takut untuk mempertahankan kebenaran yang nyata lagi terang, bahawa sesungguhnya perjuangan UMNO sama sekali tidak bertentangan dengan Islam.


Jika Pemuda UMNO dan Khairy yakin bahawa mereka berada di pihak yang benar, maka sambut sahajalah judul wacana tersebut tanpa banyak soal. Lagi pun, judul itu jika kita amati dengan telus, banyak memberi kelebihan kepada UMNO. Jadi, mengapa harus takut? Masalah yang saya lihat ketika ini hanyalah satu, iaitu Khairy merasakan bahawa wakil Pemuda UMNO yang akan berhadapan dengan PAS nanti, bakal kecundang jika isu agama menjadi pertaruhannya. Pemuda UMNO merasakan bahawa judul tersebut banyak memberi manfaat serta kelebihan kepada PAS untuk menang, dan silap haribulan, Pemuda UMNO akan dimalukan begitu sahaja. Malah, tidak mustahil selepas itu, Exco-exco Pemuda UMNO Malaysia akan dituduh sebagai individu yang cetek pengetahuan agamanya. Oleh sebeb itu, Khairy mahu judul wacana tersebut dipinda dengan alasan bahawa ia tidak sesuai. Namun demikian, alasan tersebut tidak kukuh, malah Pemuda UMNO akan dianggap sebagai penakut dan jahil berkenaan hal-ehwal agama. Kita tidak mahu PAS menuduh Pemuda UMNO tidak tahu agama atau cetek ilmu agama, sebab itu kita harus menyahut cabaran tersebut. Jika khairy tidak berupaya, maka wakilkan sahaja orang lain. Susah sangat ke? Pada saya Pemuda UMNO akan dituduh pengecut jika masih berdegil dengan mencadangkan judul selain daripada judul yang telah dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS sebelum ini.


Saya juga agak kecewa, Khairy seharusnya arif akan hal-ehwal agama serta mahir berkenaan hujah-hujah agama, barulah beliau mampu berhadapan dengan PAS. Jika kita masih terus cuba mengelak untuk bercakap soal "Perjuangan UMNO Tidak Terpesong daripada Islam", maka sampai bila-bila pun Pemuda UMNO akan gagal meyakinkan generasi muda, khususnya yang mula condong kepada PAS.


Kita tahu dan yakin perjuangan UMNO tidak bercanggah dengan Islam, dan kita juga ada hujah-hujahnya, maka mengapa Khairy harus takut dan meminta PAS menukar topik lain? Kita harus ingat, bagi PAS tiada topik lain yang jauh lebih besar daripada topik yang telah mereka cadangkan itu. Lantaran itu, adalah wajar Pemuda UMNO terima sahaja topik tersebut. Apa masalahnya? Yang saya nampak hanya satu, Pemuda-pemuda UMNO selama ini kurang mentelaah kitab-kitab muktabar agama, maka sebab itu mereka lemah dalam menyampaikan hujah dan mematahkan hujah dengan gaya dan kefahaman orang-orang yang mendalami ilmu agama secara formal.


Untuk menumpaskan hujah-hujah PAS kita tidak boleh berhujah dengan gaya dan cara ahli ekonomi atau pengurusan berfikir dan bertutur, mereka tidak akan menerimanya sama sekali. Untuk mematahkan hujah dan menewaskan dalil-dalil PAS, kita harus mendalami cara dan kaedah para ilmuwan agama berfikir. Mahu atau tidak mahu, kita harus mentalaah kitab-kitab muktabar yang ditulis oleh ulama-ulama silam, khususnya ulama-ulama generasi salaf. Di sana, kita akan banyak menemui hujah-hujah yang berupaya mematahkan hujah-hujah pemimpin PAS yang terpesong itu. Tetapi, malangnya Pemuda-pemuda UMNO tidak suka membaca kitab-kitab karangan ulama besar Islam, sebab itu apabila Dewan Pemuda PAS menawarkan tajuk wacananya"Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam", kita mula mengelabah dan bimbang akan kecundang.


Secara peribadi, saya malu dengan sikap pengecut Pemuda Malaysia dalam berhadapan dengan Dewan Pemuda PAS. Jika Khairy dan wakil-wakilnya takut dengan tajuk wacana yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS , maka eloklah selepas ini letak sahaja jawatan, jika hal sekecil ini pun Pemuda UMNO masih ragu-ragu untuk berhadapan dengan Dewan Pemuda PAS, maka apakah maknanya Khairy menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Apakah yang sebenarnya tuan-tuan perjuangkan? Tanggungjawab Pemuda UMNO adalah menyakinkan generasi muda bahawa perjuangan UMNO adalah selari dengan kehendak Islam, tak kan hal itu pun Pemuda UMNO dan Khairy begitu susah untuk berhadapan dengan PAS? Yang penting kita harus jujur menegakkan kebenaran yang kita yakini. Niat kita harus betul apabila berhujah dan berhadapan dengan PAS. Kemenangan akan menjelma kepada mana-mana pihak yang ikhlas berhujah untuk mencari kebenaran. Dan saya lihat, hal ini ada pada UMNO. Khairy harus segera mengambil peluang ini bagi menjelaskan kepada rakyat bahawa perjuangan UMNO adalah seiring dengan Islam.


Saya, secara peribadi menyahut tajuk wacana yang dikemukan oleh Nasaruddin Tantawi itu dengan hati yang terbuka, jika Pemuda-pemuda UMNO Malaysia gagal untuk menjawab persoalan itu, saya dengan rendah diri sanggup berdebat dengan Nasaruddin (malah dengan seluruh AJK PAS Pusat sekali pun saya sanggup) UMNO pada hakikatnya ada hujah untuk mematahkan hujah-hujah PAS dengan mudah dan tepat. Malangnya, kita takut dengan perkara yang bukan-bukan. Sampai bilakah Pemuda UMNO harus menjadi pengecut? Walaupun saya hanya berjawatan Exco Pemuda UMNO Bahagian, tetapi jawatan tidak penting bagi saya, yang penting kita ikhlas berjuangan dan yakin bahawa kita berada di pihak yang benar. Mana-mana wakil PAS hubungi saya, jika kita ingin melihat wacana ini direalisasikan. Wallahualam.

26 comments:

BOCAH KAMPONG said...

Bocahkampong setuju dengan pendapat tuan.
Pemuda Umno harus berani menghadapi apasaja cabaran tanpa berselindung.
Harus menerima hakikat jika ada kelemahan kelemahan yang tak mampu ditangani.
Kerana perubahanlah yang akan menjadikan kita semakin matang dan kuat.

BERANI KERANA BENAR

GAP KEMBALI said...

salam saudara ku azli..

aku menyokong pendapat bernas dari kamu. teruskan

ZHARIF BADRUL said...

salam
Kalau kita berani buktikan kita sahut tajuk tersebut.Jujur saya sendiri tidak yakin kalau Pemuda UMNO boleh menang jika debatnya berkisar agama tetapi kalau pendebat UMNO tu terdiri daripada abang azli insyallah UMNO boleh berjaya.Bukannya takda pemuda yang ada ilmu agama dalam UMNO.
Membuktikan KJ tidak layak sebagai Ketua Pemuda...

TAIPINGMALI (TM) said...

KJ kena rujuk orang lama dalam Umno sebelum buat kerja -kerja macam tu. Jangan tunjuk pandai. Ramai tokoh-tokoh agama dalam Umno, untuk KJ buat rujukan.

Anonymous said...

KJ teruskan perjuangan mu diatas nak selamat bangsa Melayu. Sekaran ini PAS pun dah terlajak dari tindakan mereka sebenar. Dulu membangun bersama Islam sekarang membangun bersama DAP kafir. Kelakuan PAS kebelakang ini membuat Melayu di hina Islam di pijak. Buat apa hidup kalau Islam di perbodohkan dengan isu politik berceramuk

haz-ONE said...

tajuk itu tidak seharusnya ditukar ke tajuk yg lain..ini akan menguatkan hujah PAS bahawa UMNO bercanggah dengan ISLAM..KJ tidak seharusnya bersikap membuta-tuli dengan berfikir secara korporat saja..tujuan Pas menganjurkan program ini adalah untuk berdebat sama ada perjuangan UMNO bercanggah atau tidak dengan ISLAM..pada pendapat saya..kita memerlukan tokoh seperti Dato' Firdaus yg bertanding menentang DATIN SERI AZIZAH di Permatang Pauh dahulu..beliau merupakan salah seorang tokoh agama yg tersohor dalam negara..KJ tidak seharusnya mengubah tajuk ini kerana ianya jellas memenangkan Pas..jika ianya berlaku(tajuk ditukar)..PAS menang sebelum mereka mulakan hujah lagi...bagaimana saudara Azli??

Cheguman said...

Saya mengulangi sokongan saya terhadap tajuk tersebut. Sememangngnya perjuangan UMNO adalah untuk menegakkan Islam dan ummat Islam.

Saya fikir, sesiapa sahaja boleh mewakili UMNO. Tidak semestinya ketua Pemuda. Sebab, sesuatu itu tetap benar walau siapapun yang menyatakannya.

azmi yusof said...

betul..saya setuju...

Maya Khairy said...

Saudara Azli,

Pernah Maya bercerita di ruang komen blog Maya bahawa Maya mendapat inspirasi dari blog abang Azli.

Mungkin Khairy cuba mencari ruang untuk tampilkan diri dengan imej baru, bertujuan mengaburkan mata supaya rakyat pula siapa Khairy sebenarnya suatu masa dahulu.

Demi kebaikan UMNO Maya ucapkan kepada Khairy selamat berjuang, tetapi Maya juga sangsi seperti abang Azli, bahawa UMNO akan dimalukan nanti.

Anonymous said...

Insyallah Khairy tidak akan memalukan Pemuda UMNO

sedangkan Husam Musa Bekas Naib presiden PAS dimalukan di depan 6000 penyokong kopiah putih di Kota Bharu malah Husam dikritik terus oleh DAP mengenai penubuhan negara Islam.

Kita tidak kisah tajuk apa pun yg penting kita turun berdepan untuk berdebat !!

ZULKIFLI said...

Salam,

Pada saya, kedua-dua sayap parti tidak perlu berdebat langsung. Di pihak Pemuda UMNO, khususnya, jangan rendah diri. Kalau punca anak-anak muda cenderung menyokong PAS kerana PAS kelihatan Islamik, maka seharusnyalah UMNO mencontoh mereka. Berhenti bersikap defensif, tidak perlu juga terlalu ofensif. Tiru sahaja kebaikan Pemuda PAS supaya PEMUDA UMNO dilihat dan kelihatan ISLAMIK. Tarbiyahkan PEMUDA UMNO yang objektif perjuangannya takhta, harta, dan wanita (Sdr Azli boleh memainkan peranan ini). Perubahan beransur-ansur dalam tempoh tiga tahun ini (sebelum PRU akan datang) pasti akan dapat memancing minat anak muda. Menyampahnya anak muda kepada UMNO sekarang adalah kerana banyak penjawat pentingnya kaya, menyeleweng, dsb. Jikalau pemimpin PAS melakukan perkara yang sama, parti itu juga akan dijauhi anak muda.

Anonymous said...

Assalamualaikum Sdra Azli,

Saya bersetuju sangat dengan pendapat Azli bahawa tajuk yang telah dipilih tidak harus ditukar ganti.

Yang pentingnya UMNO harus sentiasa bersedia menghadapi apa jua cabaran. Kalau soal tajuk sudah kelihatan UMNO tidak berani untuk menghadapinya apatah lagi perkara yang lebih mencabar.

Saya mengesyorkan supaya saudara Azli sendiri menjadi wakil pemuda untuk berdebat dengan PAS. Saya yakin dan percaya saudara mempunyai bahan untuk mematahkan hujuh2 dari wakil PAS nanti.

ahbhz

महामंत्री - तस्लीम said...

Nice Blog. Congrats.
-Zakir Ali ‘Rajnish’
{ Secretary-TSALIIM & SBAI }
[Editor- Children’s Poem & Adult’s Poem]

cpj said...

Bang Azli yang dihormati...Pada pendapat teman, pemuda UMNO bukan sahaja jangan menolak tajuk debat, pidato, ceramah, motivasi dan lain-lain tajuk mengenai agama Islam, malah pemuda UMNO mesti menunjuk contoh kepada pemuda PAS bahawa pemuda UMNO lebih Islamik drpd pemuda PAS, misalnya pemuda UMNO mesti memenuhi masjid untuk bersolat jamaah, pemuda umno mesti memenuhi masjid bila ada pengajian dan ceramah agama, pemuda UMNO mesti menentang habis-habisan bila ada konsert liar yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, pemuda UMNO juga harus melaksanakan program Islam lain seperti, majlis israk mi'raj, maulidul Rasul, majlis korban, menguruskan jenazah dan lain-lain aktiviti agama.Dengan cara itu barulah nampak bahawa pemuda UMNO benar-benar memperjuangkan Islam.Pemuda UMNO patut kalahkan pemuda PAS dengan cara begitu!barulah betul-betul jaguh!kihkihkih...

CHAIRMAN KAGA said...

CAKAP MANYAK PANDAI, KAO KEMPENLAH UNTUK AMENO. ADA PRU KECIL DI DUN PERMATANG PASIR, AKU MEMANG AKAN TERTUNGGU TUNGGU MENDENGAR HUJAH ENGKAU NI. BIARLAH PARA HADIRIN TERPEGUN MENDENGAR MACAM MANA SI AZLI SHUKRI NI DAPAT MENGALAHKAN TOKOH TOKOH UGAMA DALAM PAS.

CHAIRMAN KAGA said...

KALAU NAK SAPPORT KAO BAWAKLAH ANAK MAHADEY TURUT SERTA. DULU KAO YANG BEGITU BERSUNGGUH SUNGGUH MENYOKONG ANAK MAHADEY, AKU RASA DIA MEMANG CUKUP ARIF DALAM HAL EHWAL UGAMA. BIARLAH DIA TERANGKAN HALAL KE HARAM JIKALAU SESEORANG TU MEMBELI SAHAM DALAM SYARIKAT ARAK.
KAH KAH KAH KAH
MUAHHAHAHAHA

AKU MASIH MENCARI PARPUKARI.

Aah Mat Dee said...

rasanya perwakilan umno tidak lagi mahukan bayangan mahathir sehinggakan mukhriz tidak dipilih untuk menjadi ketua pemuda umno. dan sebaiknya untuk menghadapi pas harus ada pengetahuan quran syariahdan sunnah yang cukup kerana bimbang kita juga akan terpengaruh dengan ideologi mereka.

pendakwah sepatutnya mengamalkan qudwah hasanah dalam berdakwah, dan fatwa yang dikeluarkan tidak seharusnya bercanggah dengan kalam allah swt di dalam al-quran.

apakah pemimpin pas tidak menyedari sikap mereka yang suka hati melabel kekafiran dan mendoakan bala agar menimpa orang lain sangat dilarang agama?

apatah lagi malaikat langsung tidak mengetahui isi hati kita, sekadar mencatatkan apa yang terbuat oleh kita, namun soal hati itulah yang menjadi titik tolak kepada nisbah timbangan mizan di akhirat kelak. hanya allah yang tahu hati seseorang dan tahap keimanan hambanya. siapalah kita untuk menghukumkan kafir bagi seseorang. apakah pemimpin pas itu terlalu mulia untuk menentukan kadar iman orang lain?

wahai pemimpin pas, muhasabah diri anda. pemimpin umno juga tidak terkecuali untuk merubah kepincangan yang ada.

pejuangkesan said...

slm tuan...

Saya setuju dengan tuan. Pemuda kena berani walau apapun tajuk yang diberikan. Saya rasa di dlm Pemuda UMNO masih ada orang2 yang latar agamanya kuat. Apa yg mahu ditakutkan..Pasal KJ tu tk taulah latarbelakang agamanya..

..nOWa.. said...

saya setuju tajuk perdebatan tidak ditukar..walau bagaimanaun saya sangsi kemampuan KJ dalam perdebatan ini..

pejuang/// said...

Salam Perjuangan,
Knp ada pihak yg masih tidak mahu menerima hakikat bahawa KJ adalah Ketua Pemuda Msia? Knp setiap cadangan dan tindakan yg beliau ingin lakukan pasti di kritik MEMBABI BUTA? Adakah kerana dia menantu pak Lah? Mcmana dgn YB Razali (Naib Ketua Pemuda Msia) apa tindakan atau usaha beliau dlm membantu KJ mentadbir Pemuda Msia? Saudara ku sekalian,
Para Perwakilan Pemuda telah memilih KJ sebagai KP Msia jadi berikan ruang kpd beliau utk membuktikan kemampuannya dan bukan menghentap sahaja. Mungkin kalian terlupa.... SIAPAKAH PEMUDA YG BERANI BERDEBAT BERSAMA HUSAM DI LUBUK PAS satu ketika dulu? KJ bukan? So secara peribadi KJ telah membuktikan bahawa beliau adalah PEMIMPIN ALAF BARU dalam mengembalikan imej PEMUDA UMNO kepada kalangan belia di bawah 35 tahun.
Saudaraku,
Ini janji aku, kalau KJ gagal mentadbir Pemuda Msia maka aku akan bersama-sama kalian dalam memastikan KJ tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan akan datang.
Tapi sebelum itu, marilah kita bersama-sama memberi ruang dan membantu KJ dalam menjelmakan kembali imej PEMUDA UMNO seperti zaman Dato' harun.

Hang Jebat said...

Sdr,

Tajuk itu tepat. Pemuda UMNO tak boleh lari dan cari tajuk lain. Itulah isu ketika ini yang selalu gagal diketengahkan oleh UMNO, khasnya saya Pemuda dan Puteri.

Saya setuju kalau saudara sendiri menjadi salah seorang wakil dari Pemuda UMNO kalau KJ dan yang lain tak berani.

ZHARIF BADRUL said...

pejuang- bagaimana cara Khairy menang jawatan ketua pemuda UMNO?

Apakah pemimpin ALAF BARU adalah dari kalangan mereka yang menang kerana rasuah?Ini bukan tohmahan tapi adalah bukti yang dikeluarkan sendiri oleh lembaga disiplin UMNO.Semua orang tahu.Rakyat Malaysia semua tahu.

Qorie Afifi said...

Salam Ukhwah buat sdr azli ...

Pertama ingin saya sampaikan bahawa perjuangan seharusnya tidak berbentuk peribadi. Sekiranya khairy ingin bertemu nasrudin secara PERIBADI ini akan merosakan perjuangan UMNO kerana akan tampak perjuangan khairy akan berbentuk perjuangan PERIBADI.

UMNO harus menentang PAS bukan berdasarkan masalah peribadi pemimpin tetapi harus dilihat sebagai satu perjuangan yang bermatlamatkan mempertahankan kesatuan dan persatuan.

Mengambil cadangan sdr azli bahawa PAS harus di debat dengan menggunakan latar belakang ilmiah secara ISLAMIK maka saya amat bersetuju. Pendebatan dalam bentuk ekonomi sekular ataupun hujah yang berdasarkan liberal sama sekali akan memudahkan PAS mematahkan hujah-hujah UMNO nantinya.

Tajuk :"Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan dengan Islam"

Melalui tajuk diatas izinkanlah saya memberi sedikit jawapan saya terlebih dahulu kepada sdr azli agar sdr azli dapat mengambil beberapa point sebagai homework sebelum mengadakan debat bersama pihak PAS agar persediaan sdr azli menjadi lebih mantap.

Apakah perjuangan UMNO bertentangan dengan Islam? Kalau soalan ini berada didalam kertas kerja UMNO dah tentu jawapanya adalah : TIDAK tetapi sekiranya soalan ini berada didalam kertas kerja PAS dah tentu jawapanya : YA ! Perjuangan UMNO adalah bertentangan dengan Islam.

Pertentangan yang berlaku dalam perjuangan UMNO bukanlah berdasarkan kepada perjuangan itu tetapi perjuangan umno bertentangan dengan ISLAM adalah disebabkan AKIDAH UMNO terhadap Islam. PAS menentang UMNO bukanlah disebabkan UMNO tetapi PAS menentang UMNO adalah disebabkan oleh AKIDAH UMNO terhadap Islam.

Dalam debat yang akan diadakan nanti PAS akan berhujah melalui AKIDAH UMNO dan AKIDAH PAS terhadap Islam. PAS sama sekali tidak akan berhujah melalui gerak kerja yang lain tetapi yang pertama yang akan dihujah adalah bab AKIDAH dulu. Sekiranya akidah kedua-dua pertubuhan ini tidak bercanggah dengan ISLAM maka debat ini boleh diteruskan tetapi sekiranya AKIDAH salah satu dari pertubuhan ini mengalami kecacatan maka debat akan di berhentikan atau debat tidak lagi akan diteruskan.

Yang kedua , PAS akan berhujah melalui kaedah ALAWIYAH / ALAWIYAT iaitu ilmi keutamaan dalam perjuangan. Manakah yang perlu didahulukan antara AGAMA dan BANGSA. Dalam kitab-kitab ulama muktabar ALAWIYAH perjuangan haruslah meletakan AGAMA terlebih dahulu kemudian barulah berjuang menaikan BANGSA dan kemudian barulah berjuang mempertahankan NEGARA.

Kitab alawiyat ini pernah ditulis oleh Yusof qhadawi dalam tajuk TUGAS-TUGAS KEUTAMAAN SEORANG MUSLIM.

AKIDAH ISLAM adalah mudah. Akidah yang benar didalam Islam adalah TIDAK MENCAMPURKAN SESUATU YANG BATIL KEATAS YANG HAK. Ini bermaksud sesorang Islam itu tidak boleh mencampurkan hal-hal yang jelas HARAM disisi Islam didalam kehidupannya sebagai seorang muslim. Inilah yang menjadi pegangang perjuangan PAS. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM bermaksud PAS mengenengahkan akidah Islam di dalam PAS iaitu PAS SAMA SEKALI MENOLAK SEBARANG BENTUK KEBATILAN DEMI AGAMA , BANGSA DAN NEGARA.

Disini kita harus melihat :APAKAH UMNO MENOLAK KEBATILAN DIDALAM PERJUANGAN? ATAU UMNO MENCAMPURKAN KEBATILAN DIDALAM PERJUANGAN MEREKA.

Boleh bercakap arab tidak termasuk didalam akidah , membina masjid-masjid tidak termasuk dalam akidah , memberi pinjaman dan bantuan kepada rakyat tidak termasuk didalam akidah , belajar membaca kitab salafi tidak termasuk didalam akidah

TETAPI

Tidak menutup aurat adalah akidah , tidak sembahyang 5 waktu adalah akidah , tidak memberi ruang kepada Islam adalah akidah , menolak hudud adalah akidah , menyentuh wanita yang bukan muhrim adalah akidah , minum arak adalah akidah , membenarkan arak di jual adalah akidah.

Hanya setakat ini dulu input yang boleh saya berikan buat sdr azli.

Minta diri dulu .....wasalam.

Pulau NAMOYAKI said...

Pejuang yang sebenar-benar pejuang adalah pejuang yang berani menegakkan kebenaran, berdiri bersama-sama kebenaran tanpa rasa takut kepada diri sendiri.

Pejuang yang berani adalah pejuang yang berani berdiri teguh atas nama kebenaran.

Muhammad Azli Shukri said...

maafkan saya kerana tidak sempat untuk membalas komen tuan2, kerana jadual tugas saya yang amat ketat.

kelambuharimau said...

aku sokong..KJ kena gerakan pemuda umno bahagian dan cawangan2 bagi menguatkan UMNO bukanya nak berdebat dengan PAS,belum masanya lagi..kuatkan semangat ahli pemuda itu sendiri lagi baik dalam keadaan sekarang ni.