Skip to main content

Bercinta Di Manek Urai : Mengapa Undi PAS Merosot?


BERCINTA DI MANEK URAI
MENGAPA UNDI PAS MEROSOT?


Apakah sebenarnya yang telah berlaku di Manek Urai? MalaysiaKini melaporkan bahawa PAS menang dalam nyawa-nyawa ikan, iaitu dengan kelebihan 65 undi. Walauapa pun hujahnya, PAS tetap menang. Namun demikian, saya merasakan bahawa pengaruh PAS dalam Barisan Rakyat semakin tenggelam. Antara analisis awal berkenaan kemerosotan undia kepada PAS adalah seperti berikut :

1. Keceluparan Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan dan kritikan pedas beliau terhadap UMNO.

2. Rakyat sudah tidak mahu lagi pengretorik agama yang hanya pandai berceramah agama semata-mata, sebaliknya pembangunan dan kemajuan tidak upaya ditawarkan oleh PAS.

3. Rakyat, khususnya generasi muda sudah buka mata bahawa kerjasama antara PAS dengan DAP terbukti merupakan kerjasama mungkar. Jika dengan DAP mereka boleh bekerjasama, mengapa tidak dengan UMNO?

4. Ternyata pengundi Melayu boleh diubah mindanya serba sedikit, tetapi pengundi Cina dan India belum tentu lagi.

5. UMNO memerlukan tokoh-tokoh agama yang ramai dalam parti itu. Lihat strategi yang digunakan oleh Pak Lah dalam pilihan raya 2004.

6. Sikap penyokong PAS yang menunjukkan kekasaran dan keganasan turut menyumbang ke arah kemerosotan undi di Manek Urai.

7. PAS tidak akan bertahan lama jika Nik Aziz dan Hj Hadi tiada lagi menerajui parti tersebut.

6. Jelas, rakyat mengundi PAS dalam PRU-12 dahulu adalah kerana marahkan UMNO dan bukan kerana mereka yakin dengan perjuangan PAS.

7. UMNO boleh kuat semula dalam PRU ke-13 nanti, dengan syarat lakukan segera transformasi dalam parti tersebut, bina akhlak ahli UMNO, dekatkan mereka dengan agama serta buang mana-mana pemimpin UMNO yang korupsi.

Comments

Mohd Sufian said…
Salamualaikum,

Tahniah! UMNO kalah dengan bermaruah di Manek Urai.

http://www.sufianblog.com/2009/07/pasca-pilihan-raya-kecil-manek-urai.html
azlishukri said…
betul tu sufian...
echah_syed said…
tahniah umno dan syabas rakyat manek urai..kini yg tersimpul sudah terurai.. :)

mcm tarik benang dlm tepung..
Sharps Shooters said…
tahniah!! dan lagi2 jutaan taniah yang UMNO telah kalah dengan baik punyaaaaaa! :) setakat 65 undi tu takyah gusar.. Rakyat sudah menerima kembali UMNO dan BARISAN NASIONAL!!!!
Ahmadiah said…
Saya sokong semua kenyaataan dari Sufian, Azli, Echah dan Sharp

Kini rakyat dah pandai menilai jasa jasa Dato Najib dan PRU depan semua negeri akan dapat dirampas kembali
Unknown said…
salam
satu perubahan bahawa UMNO boleh sahaja mendapatkan sokongan pengundi Melayu.Kekalahan tipis ini memerlukan kerja keras yang lebih sedikit supaya UMNO akan menang pada PRU akan datang.Jangan leka dan jangan memandang perkara ini sebelah mata.
Unknown said…
salam...

Tahniah buat BN yg kembali mndapat kpercayaan rakyat..
BN kalah bermaruah..
ape pun..
BN kini dan selamanye..
kuIna said…
Tahniah pd yg kalah & yg menang!
Tahniah walau apapun tahniah kerana komen-komen tahniah
PAS kena muhasabah sebab hanya menang 65 undi, aku rasa banyak yak tak kena dengan kempen, jentera dan segalanya, Umno dapat keuntungan sokongan tatkala PAS pula menghadapi masalah
Anak Lenggong said…
Jangan susah hati...ini baru permulaan perjalanan..masih jauh lagi yang harus dilalui..teruskanlah perjuangan untuk rakyat malaysia..klimax perjuangan adalah PRU13....teruskan usaha dan kita akan ambil semula 4 negeri tersebut..PAS menang hanya disebabkan rasa taksub penyokong kepada nik ajis sahaja...bila ninggal nik ajis..dengan sendirinya parti pas akan berkubur...tak percaya tunguuuu...orang tua tu pun dah lama idupp..
Anonymous said…
'Kalau menang dapat jambatan baru'
Rasuah atau tidak ? Jawab jangan tak jawab.

DR NO
PAS mesti menilai dengan dalam perkembangan terbaru di Manek Urai. Tiada sebab untuk rasa selesa. Mungkin soal pembangunan menjadi teras kepada hasil pilihanraya N.4. BN mungkin punyai peluang cerah di Manek Urai pada PRU akan datang. Ini hakikat yang mesti diterima. Sementelah PAS dan Pakatan Rakyat perlu post mortem dan cari penyelesaian.
Jay Pemuda Wilayah said…
Sekalung tahniah buat BN... Kekalahan yang amat tipis.
Anonymous said…
kepada binatang-binatang umno, tak kisah berapa undi.. kalau dah kalah-kalah lah. pukimak korang penjilat babi...
Anonymous said…
Salam Tuan,
saya bersetuju dengan pndangan supaya ahli UMNO merubah sikap..memang mungkin tak dapat mengubah semua.kita bukan malaikat, bukan Tuhan..tapi kita cuba.. tunjukkan sikap pemimpin yang baik, perbaiki mutu perkhdmtan, kebajikan..insya-allah melayu boleh bersatu..keamanan perpaduan diteruskan..tapi jangan lupa masa jatuh dan susah..terima kasih
fahana_ann
Anonymous said…
siapa sokong umno sokong kepala taik... yg ucap tahniah pada umno makan taik...
Anonymous said…
Anonymous 1.57pm dan 2.16 mungkin orang yang sama.

Kalau inilah bahasa penyokong PAS tak heranlah 1287 pengundi di Manik Urai lari daripada menyokong PAS.

Tidak langsung mencerminkan pejuang Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
saya said…
Ambo orghe muda klate arap UMNO dapak naik smula.Bo lah tido nyo....

kalu nak mene kena kijo kuat2 lah..

Pado UMNO Klate,buak sesuatu utuk orghe manik ura hargai undi demo..

Buak la sikit tando kito ikhlah....

Hidup Tok Pa !!!

TQ Tok Pa !!!

Syukur Pada Allah !!! TAKBIR !!!!
saya said…
biasalah UMNO cool saje walaupun kalah..

Orang PAS gelabah walaupun menang...

HIDUP UMNO !!!!

HARAP UMNO BUAT JAMBATAN ANTARA MANIK URAI LAMA DAN BARU .

ITULAH TANDA KEIKHLASAN KITA,JGN BIAR PAS BUAT DULU....

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup
Penulis bersama Datuk A. Kadir Jasin di Taiping Golf Resort. Apabila Blogger Bertemu Blogger Saya bertemu dengan Datuk A.Kadir Jasin pada Majlis Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di Taiping Golf Resort pada bulan Mei tahun lalu. Pertemuan yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pengerusi MK Land Holdings Tan Sri Mustapha Kamal itu membincangkan bagaimana langkah terbaik bagi membawa usahawan-usahawan Melayu ke persada antarabangsa, kerana pasaran ekonomi domestik sudah semakin tepu dan kecil. Usahawan-usahawan kita, khususnya usahawan Melayu sudah tidak mampu lagi bersaing di peringkat domestik, kerana faktor pasarannya yang semakin mengecil dan terlalu berdaya saing dengan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini amat saya puji, apatah lagi langkah bijak ini telah dilaksanakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pengerusi majlis tersebut. Usahawan Melayu perlu ke luar negara mencari pasaran baru, tetapi mestilah bijaksana dan bukan membabi buta. Oleh s