Tetamu Kehormat...

July 24, 2009

Anwar Ibrahim 2009 : Ilmu Kejam Di Hujung Dunia


ANWAR IBRAHIM 2009
Ilmu Kejam Di Hujung Dunia



KUALA LUMPUR 23 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mahu mengelirukan rakyat apabila mempersoalkan langkah kerajaan menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kerajaan berusaha sebaik mungkin menegakkan keadilan kepada semua pihak berhubung tragedi kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor itu. Katanya, sikap Anwar yang masih tetap tidak berpuas hati terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan beliau mempunyai agenda tertentu. ''Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada kerajaan, semua pihak menuding jari kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). ''Ini menunjukkan mereka seolah- olah sengaja mahu membakar sentimen perkauman dalam kalangan rakyat,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.



Semalam, Kabinet bersetuju menubuhkan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret bagi menentukan punca kematian Beng Hock minggu lalu. Perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut bersetuju menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai SPRM. Syed Ali seterusnya berkata, sebelum ini, pihak pembangkang menjadikan kes kematian Beng Hock sebagai modal politik dengan mengadakan perhimpunan haram sambil mengkritik kerajaan, polis dan SPRM. Tambah beliau, apabila kerajaan bersetuju menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja tersebut, Anwar pula mempersoalkan kewajaran langkah itu. '



'Dia (Anwar) awal-awal lagi sudah membuat andaian dan tuduhan melulu, kononnya inkues dan suruhanjaya itu mempunyai kepincangan dan kelemahan," katanya. ''Sudah menjadi lumrah politik, dia sentiasa mempertikaikan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun usaha tersebut untuk kebaikan rakyat,'' ujarnya. Menurut Syed Ali, Anwar sepatutnya memberi sepenuh kebebasan dan ruang kepada inkues dan suruhanjaya diraja memulakan tugas mereka. Sebelum itu, Anwar dalam laman blognya menuduh suruhanjaya diraja yang ditubuhkan itu bukan untuk menyiasat punca sebenar kematian Beng Hock, tetapi hanya mengkaji peraturan soal siasat seterusnya dan tidak menjawab teka-teki kematiannya.


Ulasan Saya :

1. Sudah tiba masanya, Anwar Ibrahim ditangkap di bawah ISA dengan seberapa segera. Adalah jelas, segala tindakan kerajaan semua tidak betul pada kaca mata pembangkang. Dan apakah rakyat akan terpedaya sekali lagi dengan Anwar Ibrahim?


2. PAS juga tidak bertindak tegas terhadap Nizar yang jelas melakukan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam, tatkala Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Nizar Jamaluddin sebagai meragukan. Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, Nizar sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan. Mengapa Nik Aziz berdiam diri apabila jelas kemungkaran berlaku di dalam parti tersebut?


3. Kesimpulannya, agenda perjuangan pembangkang sekarang adalah jelas untuk menjatuhkan kerajaan semata-mata dan bukan untuk menegakkan kebenaran atau keadilan yang dilaung-laungkan selama ini. Sebaliknya, parti pembangkang yang dilihat pada hari ini sudah menggadaikan segala prinsip perjuangan mereka. Mana-mana perkara salah yang dilakukan oleh pihak mereka, maka hal tersebut akan dikira halal, sebaliknya mana-mana perkara baik yang dilakukan oleh pemerintah pula, walaupun benar dan betul, ia tetap akan dikatakan salah dan haram. Maka, adalah jelas ini merupakan sikap dan sifat yang sudah menjalar dalam parti pembangkang di Malaysia. Para pemimpin parti pembangkang bukan lagi mahu mencari kebenaran, sebaliknya hanya mahu menjatuhkan kerajaan yang sedia ada melalui apa-apa juga caranya, baik yang halal mahu pun cara yang haram. Dalam Islam, hukuman bagi menangani pembangkang yang bersikap sebegini adalah dengan cara menangkap mereka sahaja. Hal ini adalah kerana, mereka dengan secara jelas sengaja mahu mewujudkan fitnah di tengah-tengah masyarakat, melalui pelbagai teknik dan strategik yang tidak mengira betul atau pun salah. Kerajaan harus segera mengambil tindak tegas dalam hal ini. Wallahualam.

25 comments:

ZHARIF BADRUL said...

DSAI ni dia saja yang betul.Orang lain salah. Dia je maksum. Kalau boleh nak buat siasatan sendiri.

izwan7 said...

ko tu yg tak celik2 kene tipu ngan kerajaan

f a i z f a r h a n said...

lmrah politik salah mnylah satu sme laen..
tp btul gak pndngn DSAI tntg kwjaran dasar suruhnjya diraja yg ditubuhkn bru2 nh..

CCZ said...

apa yang kerajaan tipu?kamu ingat memntadbir negara ni sempat ke tipu menipu?kenapa hanya kerajaan?dalam hidup kamu, kamu tak pernah menipu?kenapa kamu tak kata kerajaan menipu untuk mempertahankan kedudukan orang Melayu, pegangan Melayu dalam ekonomi negara, Kerajaan menipu untuk mengumumkan meritokrasi tetapi disebaliknya lebih mengutamakan melayu. Kaum kamu sendiri?Spesis kamu hanya nak dengar benda yang kamu nak dengar bukan yang kamu tak mahu dengar. Stesyen radio bolehlah kamu ubah-ubah tetapi bangsa kamu boleh diubah-ubah ke?

Apa yang betul dengan pandangan Anwar Ibrahim?Berbelit-belit bercakap. Cuba bagi pendapat tgk ttng gmbr DSAI dgn Azmin yang tunduk sama waktu upacara memperingati kematian Teoh? Boleh ke dalam Islam, Faiz..?

Muhammad Azli Shukri said...

izwan7 - Anwar tipu saudara berkenaan 16 september pun saudara boleh terima juga ke?

ccz - saya sependapat

meo188 said...

pembangkang...kerjanya membangkang je. huhuhu....

slm kenal...

www.meozeq.com

Tungaklangit said...

salam sdr AS

heran juga saya macam mana pemimpin pas yang satu ketika dulu mengutuk anwar ni sekarang mengagungkannya...

beginikah sikap sejati mukminin yang patuh pada suruhan Allah???

kalau pemimpin dah bengkok patah lagi penyokongnya...

sudah jelas anwar bersalah masih ada yang mahu percaya dengan kata-kata nya...

tak tahulah dengan penyokong anwar ni...


salam

Maya Khairy said...

Salam Abang Azli,

Maya pun konpius dengan Anwar ni, ada orang kata dia dulu bersama gerakan dakwah. Manalah Maya tahu semuanya sebab Maya pun bukan putri UMNO.

Jika sudi silalah berkunjung ke blog Maya. Bukan setakat KFC, tapi KJFC pun Maya boleh hidangkan sekali.

http://mayakhairy.blogspot.com/

yuking said...

The only party trying to stir this up as a racial issue are all the moronic Umno gangs and Umno controlled media. So, Yang Bodoh Nazri - please stop accusing others of racial incitement!

I can't help but notice BN desperate measures to stir racial emotions with killings of first Kugan and now Teoh. We know Umno got away with it in 1969. Now we hope our PAS comrades will put you Umno dogs in check.

BN fall is now complete……….Nazri will be shitting in his pants soon!

vesewe said...
This comment has been removed by a blog administrator.
romsam said...

To me, Malaysia is run by institutionalised bullies, corrupters, gangsters, goons, infidels, liars, monkeys, scumbags, thieves and all that are mentioned in the Book of Hell!

AMMOSHAM said...

kalau nak sempurna ke lantik malaikat jadi PM...

Godisuno said...

izawan7

Heheheh ko juga tak celik2 kene tipu ke Anwar

Maya

KFC tu Israel punya. Boikot!

vesewe

Such a beautiful language. The question is who are actually ungrateful, the Malay or the chinese? ehehehe. You should learn history, oppss i forgot, the Chinese don't like history because it reveals the bitter truth of their ungratefulness. If you wan't to leave this beloved Malaysia, then by all means do so. You should have done it a long long time ago maybe before 1957 and go back to China where may be you are nothing there under the Communists.

Your statement towards Malays and Moslems shows that you do not belong here. This is Tanah Melayu not Tanah Besar China. No wonder the China government is oppressing the Moslems ethnics in mainland China. May be you come from the same lot.

Xenan said...

Sedangkan allah pon menghisab n mengadili kita di padang mahsyar.

Bangsa ISA UMNO selamber2 tangkap org tanpa bicara.Mungkin lagi hebat dr allah kot?

Muhammad Azli Shukri said...

dah mula ada sang pencucuk masuk ni...

Anonymous said...

VESEWE simply get lost from this country that you hated so much. We dont miss you at all. Just good riddance.

Muhammad Azli Shukri said...

maya khairy - blog saudari baik saya sudah melayarinya. Terima kasih

f a i z f a r h a n said...

to CCZ.mnjwb soalan.
gmbr anwar.azmin tunduk ktika mjlis mmprigati kmatian teoh..dlm islam.x slh kita bg pghormatan kpd org bkn islam yg mati..
ad satu hadis di mana sahabat tnya kpd rasulullah knp bginda berdiri sdgkn mayat yg diusung dihdpn bginda ialah myt org bkn islam.rasulullah brsbda ia smata-mata utk mghormati jenazah.blh cek dlm buku teks syariah form5.:)

Xenan said...

hehe,

pencucuk?Tak betul ke yg wa ckp tuh?

Kalau tak betul cite la mana yg tak betul tu?

btw,
sgt funny part ni
'Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada kerajaan, semua pihak menuding jari kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). ''Ini menunjukkan mereka seolah- olah sengaja mahu membakar sentimen perkauman dalam kalangan rakyat,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini'

haha..critic govt ape kaitan ngn perkauman?klakar nyer

AKU ANAK GURUN said...

Isu yang saudara bawa sejak akhir-akhir ini hebat dan bernas.

tapi berfikirlah

" TEPUK DADA TANYA HATI Jangan Tanya Selera

Salam kepada Mat siong

aie akaike said...

anwar sedang menjual negara!

siti_asiah said...

erm...gitu ke?

Anonymous said...

Insaff lah wahai Tuan Azli..
Berhentilah dari menjadi adudomba dan mencuit fitnah.
Hidup sekejap sahaja...susah nak cecah 99 tahun (lihat arwah yasmin). Berkata benarlah sentiasa. Karang apa nak kita jawab kepada mungkar dan nangkir bila kita dikafan dan berada 6 kaki diperut bumi. Isu panas boleh jadikan saudara stress dan karang kena stroke....kan susah isteri, anak dan keluarga anda.
Sekadar renungan untuk saudara ku azli, moga sejahtera dunia-akhirat untuk kita...amin

oleh
comment deleted

Anonymous said...

to:f a i z f a r h a n
nak tnye ckit adakah rasullah memegang lilin time die tunduk 2???

Anonymous said...

saya berasa kecewa apabila soalan yg saya ajukan kepada:f a i z f a r h a n tidak di jwab :((