Tetamu Kehormat...

June 18, 2009

Tertanggalnya Topeng Munafik : Menjawab Persoalan Kerajaan Perpaduan


TERTANGGALNYA TOPENG MUNAFIK
Menjawab Persoalan Kerajaan Perpaduan


Di bawah ini dialog antara Nik Aziz dengan wartawan Bernama :

Wartawan : Komen Tok Guru kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin dengan keikhlasan Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan reaksi balas Timbalan Presiden Pas hari ini?


Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas. Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh."


Wartawan : Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?


Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya. Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO. Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula). Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita.


Apa cerita ini, dia masuk UMNO senanglah daripada duduk bertenggek dalam Pas. Tidak ada moral orang panggil, tidak boleh macam ini. Kalau semua setuju, pakatan setuju, Pas setuju. Semua jadi anggota kerajaan, DAP jadi menteri, Pas jadi menteri, Keadilan jadi menteri, baru benar-benar perpaduan. Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan. UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.


Wartawan : Tok Guru akan terus beri nasihat kepada orang Pas yang menyokong kerajaan perpaduan?


Hendak nasihat apa lagi orang ini, boneka UMNO.


Wartawan : Nasihat kepada ahli Pas yang memahami isu perpaduan ini?


Saya ucapkan terima kasih sebab semua orang sudah faham selepas saya buat kenyataan dulu. Cukuplah setakat ini."


Ulasan Saya : Saya akan jawab satu persatu kenyataan Nik Aziz tersebut secara jujur dan terang. Dalam dialog beliau dengan wartawan tersebut, Nik Aziz mendakwa bahawa idea kerajaan perpaduan bukanlah datangnya daripada PAS, sebaliknya daripada individu. Ini jelas merupakan kenyataan orang politik yang tidak ikhlas, hal ini adalah kerana idea kerajaan perpaduan sangat jelas disebut oleh Presiden Parti iaitu Tuan Guru Haji Hadi dalam ucapan penggulungan beliau di Muktamar PAS baru-baru ini. Maka, apabila sesuatu perkara itu diucapkan oleh seorang Presiden Parti, maka ia membawa mesej parti dan bukan atas nama individu. Hal ini adalah sama tatkala PAS menghentam UMNO. Apa-apa sahaja yang disuarakan oleh Presiden UMNO ketika zaman Tun Mahathir dahulu semuanya dianggap suara parti oleh PAS, walaupun banyak kenyataan Tun Mahathir bersifat peribadi, seperti soal janggut nabi dan menafsirkan semula al-Quran. Tetapi, PAS pukul sama rata, menurut PAS apa-apa sahaja yang diperkatakan oleh Tun Mahathir adalah merupakan suara parti UMNO, padahalnya tidak semestinya begitu.


Sekarang, apabila terkena batang hidung, Nik Aziz boleh dakwa ia hanya suara individu. Kalau individu tersebut hanya ahli PAS biasa, itu lain, tetapi individu tersebut merupakan presiden dan timbalan presiden parti PAS. Jadi, itu bukan lagi menjadi suara individu, sebaliknya suara parti. Perlu juga difahami bahawa Najib tidak mendakwa bahawa PAS sudah bersetuju, sebaliknya beliu percaya bahawa PAS ikhlas dalam isu kerajaan perpaduan.


Tuduhan bahawa Nasaruddin merupakan boneka UMNO adalah satu fitnah. Nik Aziz harus tahu hukum memfitnah. Keikhlasan Nasaruddin tidak harus dipertikaikan oleh Nik Aziz, dalam PAS, bukan Nik Aziz seorang sahaja yang tahu hukum-hakam, sebaliknya ramai lagi yang pandai. Haji Hadi dan Nasaruddin mengemukan idea kerajaan perpaduan adalah bersumberkan kepada kehendak al-Quran dan Sunnah Nabi yang menuntut umat Islam bersatu padu. Ini adalah kehendak Allah dan suruhan agama, tidak perlu hal ini dibawa ke dalam mesyuarat pakatan pembangkang. Jawapan kepada persoalan ini ada di dalam al-Quran, dan Nik Aziz hanya perlu jujur dan terima sahaja kebenaran ini, dan bukan berdola-dalik mahu berbincang dengan parti pembangkang yang lain.


Apabila umat Islam bertelagah, kita harus kembali kepada al-Quran dan Sunnah, bukankah ini prinsip yang PAS pegang selama ini? Dan bukankah ini juga suruhan Allah. Selama ini, pernahkah DAP dan PKR mengajak PAS berbincang berkenaan masalah dalaman politik mereka? Tiada. Dan mengapa baru sekarang Nik Aziz terlalu sibuk mahu menjadi jujur dengan PKR dan DAP berhubung soal ini? Masalah rumah tangga PAS, biarkanlah PAS sendiri selesaikan. Mengapa mesti libatkan DAP dan PKR dalam soal ini?


Membelasah Nasaruddin dengan cara menyakiti hatinya dan menyuruh beliau agar meletakkan jawatan dan masuk sahaja ke dalam UMNO, merupakan perbuatan orang yang tidak faham apakah takrif akhlak Islam itu yang sebenarnya. Nasaruddin tidak bersalah dalam soal ini, mengapa Nik Aziz tidak selidik terlebih dahulu kenyataan Nasaruddin dan bertanya terlebih dahulu kepada beliau berkenaan soal kerajaan perpaduan. Dan yang lebih pelik, mengapa mesti Nik Aziz sanggup membelasanya di media massa dengan kenyataan yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka Nasaruddin di kaca mata ahli-ahli PAS sendiri? Apakah ini cara dan sikap seorang ulama yang diagung-agungkan sebagai ulama sufi? Malah, timbul pula persoalan lain iaitu, bukankah lebih mudah bagi Nik Aziz membelasah sahaja Tuan Guru Hj Hadi yang jelas merupakan pencetus utama idea kerajaan perpaduan sebelum ini? Bahkan Tuan Guru Hj Hadi turut menegaskan idea tersebut dalam ucapan penggulungannya di Muktamar PAS baru-baru ini.


Soalnya, apakah Nik Aziz takut untuk berhadapan dengan Tuan Guru Hj Hadi? dan lebih selesa membelasah Nasaruddin yang tidak tahu apa-apa itu? Atau mungkinkah juga Nik Aziz berkias dalam soal ini? yakni pada hakikatnya kemarahan beliau itu ditujukan khusus kepada Tuan Guru Hj Hadi, tetapi yang menjadi mangsa ialah Nasaruddin seperti mana kata perpatah, pukul anak sindir menantu.


Menyindir Nasaruddin sebagai individu yang membuat sampah sarap dalam PAS merupakan kenyataan yang sangat kasar dan biadab, apatah lagi Nasaruddin baru sahaja memenangi jawatan timbalan presiden PAS. Nik Aziz nampaknya tidak faham metod berdakwah. Sebelum ini pun sikap kasar Nik Aziz sudah semakin disedari oleh ramai pihak, khususnya dalam PAS. Nik Aziz pernah membelasah Persuruhjaya PAS Terengganu dengan kata-kata yang kasar pada suatu ketika dahulu, dan menulisnya di dalam HarakahOnline, namun demikian artikel tersebut ditarik balik dan dipadamkan oleh moderator web tersebut. Semua ini menunjukkan sikap dan mentaliti Nik Aziz yang sentiasa beranggapan bahawa beliau berada di pihak yang betul dan orang lain semuanya salah.


Dakwaan Nik Aziz bahawa ramai ahli PAS yang datang berjumpa dengan beliau, berhubung isu ini dan ada juga yang menangis , malah tidak kurang juga yang tidak boleh berkata apa-apa, menggambarkan kepada kita bahawa seolah-olah "Bekerjasama dengan UMNO" merupakan dosa yang paling besar dalam Islam. Mereka yang bertemu dengan Nik Aziz dan menangis kerana sedih jika benar PAS ingin mengadakan muzakarah dengan UMNO berhubung isu kerajaan perpaduan - merupakan ahli-ahli PAS yang tidak faham kehendak Islam itu sendiri.


Mereka boleh menangis kerana kononnya PAS melakukan dosa besar jika bekerjasama dengan UMNO, tetapi mereka tidak rasa berdosa apabila bermesra-mesra dengan DAP dan Karpal Singh. Mereka menangis kerana kononnya PAS telah diperangkap oleh boneka UMNO, tetapi mereka sedikit pun tidak menangis apabila Karpal Singh berkata, "Langkah Mayat saya dulu jika PAS ingin menubuhkan negara Islam dan melaksanakan Hudud". Bertemu dengan Nik Aziz sambil menangis kerana isu kerajaan perpaduan - merupakan tangisan yang sia-sia. Sepatutnya mereka yang bertemu dengan Nik Aziz tersebut sama-sama berdoa agar umat Islam kembali bersatu dan mendoakan agar UMNO berubah dan mentaat perintah Allah, bukankah itu lebih baik dan mulia?


Kenyataan Nik Aziz, kononnya PAS telah masuk ke dalam perangkap UMNO, merupakan prasangka buruk dan jijik yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sampai bilakah Nik Aziz mahu mengajak ahli-ahli PAS agar terus-menerus bersangka buruk dengan UMNO? Mengapa dengan DAP mereka boleh bersikap lemah-lembut dan berkasih sayang? Malah, saya sangat kecewa dengan kenyataan Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak, berkenaan wawancaranya di dalam majalah Milenia Muslim keluaran Mei 2008, menurut beliau, kenyataan Karpal Singh yang menolak negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS selama ini - merupakan kenyataan individu dan bukan atas nama parti DAP itu sendiri.


Lantaran itu, menurut beliau lagi ia tidak boleh dianggap bahawa DAP telah menolak negara Islam dan hukum Hudud. Lihat, beginilah mudahnya Ahmad Awang berprasangka baik dengan DAP, tetapi dengan UMNO mereka caci dan maki, malah sanggup berprasangka jahat, kononnya UMNO itu jauh lebih zalim daripada DAP dan komunis. Ini semua adalah kata-kata orang tidak faham agamanya sendiri. Pada hemat saya, isu kerajaan perpaduan tidak perlu melibatkan parti pembangkang yang lain. Ini merupakan hal-ehwal rumah tangga orang-orang mukmin, kita kembali sahaja kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Sesungguhnya, PAS sudah terlalu lama dipergunakan oleh DAP dan Anwar Ibrahim. Kita harus menghentikan semuanya ini dengan segera. Wallahualam.

45 comments:

Anonymous said...

umno penakut berdepan dengan rakyat untuk bubar DUN, jadi hentikan kerjasama dengan parti penakut pada rakyat

Anonymous said...

Hidup Pakatan...
Hidur Rakyat....
Hidup Anuar...

PAS Segambut said...

Siallllllllllllllllllllll

lebih baik ko tutup blog ko!!!!

Anonymous said...

Hidup PAS bersama Pakatan..

Anonymous said...

PAS segambut aku sokong kau.. sial blog ni..

Anonymous said...

blog ni kena tutup bahaya.. hancur pakatan dibuatnya...

Anonymous said...

blog ni nak membuka kelemahan pakatan...

Anonymous said...

umno saja nak perangkap pakatan sial betul.. tapi aku yakin dgn anuar, dia boleh settel ha ini..

lieliqs said...

saya setuju 100% dengan kenyataan saudara...Nik Aziz patutnya bersara dan perlu menginsafi diri sendiri, PAS pula, kalau benar2 mahu memperjuangkan Islam, jangan layan manusia seperti Nik Aziz..janganlah terlalu taksub menyokong mana2 parti...
wahai anonymous, kalo berani, letak la nama sendiri...

pakcik said...

Kalau Lim Kit Siong kata pergi mampus melayu dalam ceramahnya, adakah itu juga pandangan peribadi beliau dan bukannya mewakili suara DAP?

Mat Samseng said...

Bodoh punya blog

Mohd Hazran said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Hazran said...

Salam Bro Azli...

UMNO dan PAS tidak perlu bergabung..
kerana peranan pembangkang juga amat penting untuk menjadi cermin kepada sesebuah kerajaan...
Dan saya sokong kenyataan Tun Mahathir tentang peranan pembangkang..

Tetapi kita masih belum mengetahui tentang konsep kerajaan perpaduan yg dilontarkn oleh Presiden Pas..

dan pada hemat saya,
UMNO dan PAS perlu bersemuka untuk berbincang kembali tentang soal perpaduan umat Islam dan Melayu..
walau berbeza ideologi, pemahaman dan pendekatan melalui apa cara sekali pun seperti kerajaan perpaduan atau muzakarah PAS dan UMNO..

saya amat berharap dan sentiasa berdoa agar kedua2 parti tersebut mempunyai satu prinsip atau satu 'stand' supaya umat Islam sendiri sentiasa berpadu dan bersungguh2 dalam mempertahankn ISLAM dinegara ini..
AMIN...

masha said...

azli--- teruskan menulis.
biarkan sibodoh2- kepada sesiapa yang sakit hati sangat ngan blog ni.. berambus. jgn jenguk sini. ada otak tak leh pakai.

Anonymous said...

hoi masha kau yang leh berambus.. kau jantan atau betina..

Anonymous said...

Bagi Anon-anon yang suruh tutup blog ini, pesanan saya pergi mampuslah kau orang. Nak satukan umat Islam pun ditentang oleh Ularmak N. Ajis. Adakah ini contoh pewaris nabi?

Anonymous said...

Bodoh punya Ularmak N Ajis. Ilmu tinggi, tapi pengisian kurang. Memecahbelahkan umat Islam.

Anonymous said...

sy penyokong UMNO kerana pada penilaian sy UMNO parti yang bayak mebuat jasa kepada negara dan agama..

Namun saya juga pengikut setia TG Nik Aziz, cukup risau saya bagi mereka yang memperkatakan ttg TGNA yang pada saya tinggi ilmu agamanya..

Tapi kini, saya betul2 sangsi dengan kenyataan-kenyataan yang lari juah dari ajaran islam itu snediri..

MOga Allah mengampuni dan buka hati TGNA, kerana risau kenyataan beliau menyebabkan ramai yang trepesong khasnya dari kalangan yang takbub.

penentang UBN said...

kalau hati dah hitam, yang baik pun dikatakan jahat. bertaubatlah wahai penulis.

bro brotherhood, said...

As-Salam Bro Azli,..gue copy & paste je frm blog Depa Kata untuk renungan pelayar blog ini,...heheh,..apo nak di kato,..(,")

18 june 2009

TOK GURU, JANGAN MARAH...NANTI KENA JUAL!
Emel:

Lebai melihat kenyataan Tuan Haji Nik Aziz dalam berita jam 8, TV 3 semalam, “menghalau” Nasaruddin dari PAS supaya menyertai UMNO. Sudah hilang kedudukan Nik Aziz sebagai Tok Guru pada pandangan lebai. Nik Aziz kena ingat, agama itu adalah nasihat, sabda Rasullallah. Jangan la marah-marah macam tu, nanti kena jual macam Ahmad Nisfu pula.

Betullah tanggapan lebai selama ini terhadap Nik Aziz, walaupun lebai dihentam oleh PAS. Nik Aziz nampak seperti seorang yang 'bengis', tak boleh berbincang dan menolak perkara-perkara yang baik dalam Islam. Tak hairanlah kalau dulu Nik Aziz berkata, sifat Tuhan itu samseng, Tuhan pun mencarut dan Nik Aziz pun maki sesama Islam. Ibnu Abbas semasa mentafsirkan ayat Allah “ wanak tubumaa qaddamu waasarahum” (Aku akan tulis perbuatan mereka dan bekas-bekas perbuatan mereka), beliau berkata, “celaka lah para alim ulama, semasa mereka mengajar, mereka ajar perkara yang tidak betul, maka dosa yang dilakukan oleh murid mereka akan datang bertimpa-timpa seperti ombak laut kepada mereka yang mengajar ilmu itu”. Nik Aziz dah ajar mencarut, Tuhan itu samseng, Tuhan pun mencarut dan sekarang menutup pintu rundingan sesama Islam. Dulu PAS menghukum orang UMNO sebagai Thaghut dan Firaun kerana ajaran Tok Guru yang seperti Nik Aziz. Lebai tak salahkan pengikut-pengikut PAS.

Salah satu sifat Rasuluallah adalah ‘pemaaf’: Nik Aziz tidak ada sifat ini, macam mana boleh diiktiraf sebagai Tok Guru. Apakah Tok Guru tak boleh bincang dengan Nasaruddin dalam perkara ini. Apakah salah dari hukum Islam kenyataan Nasaruddin untuk berunding dengan UMNO mengenai perpaduan Melayu? Apakah Tok Guru tidak ingat pesanan Rasullullah bahawa ikhtilaf (berbeza pendapat) itu sebagai satu rahmat?Tok Guru tak payah tunjuk muka yang bengis, Tok Guru harus banyak sabar, Tok Guru harus tunjukan ketinggian ilmu dan sifat-sifat yang baik dalam Islam. Mungkin lebai mengaji tak sebanyak Tok Guru, tetapi Allahyarham Ustaz Hassan Salleh (PAS) tidak mengajar saya berkelakuan macam Tok Guru Nik Aziz.

Lebai nak tanya Tok Guru, apa salahnya kalau Nasaruddin berjumpa dan berunding dengan pemimpin UMNO demi perpaduan Melayu? Adakah al Quran menegahnya atau ada hadis yang melarangnya? Selepas kita selesaikan masalah sesama Melayu, maka kita boleh teruskan rundingan antara BN dengan Pakatan Rakyat, merangkumi semua kaum di Malaysia ini. Apakah itu salah pada pandangan Tok Guru Nik Aziz?

Lebai juga setuju dengan banyak pendapat dalam blog ini dan blog-blog lain yang mengatakan, “ini adalah kejayaan pertama Anwar Ibrahim (agen CIA) yang melatih kumpulan Edorgan dalam PAS untuk kepentingan dirinya”. Melalui Husam, Anwar menanamkan perasaan benci kepada UMNO. Husam bukan ustaz, sebab itu dia mudah terpengaruh dengan Anwar yang mempunyai hasrat tersirat.

Lebai harap, Tok Guru Nik Aziz, kembalilah menjadi Tok Guru yang sebenar, bercakaplah seperti saorang Tok Guru, buatlah muka seperti Tok Guru, berkawan seperti Tok Guru. Jangan marah-marah, memang dah tua, nanti kena jual dengan anak buah.



Lebai Pondok Chegar
...

bro brotherhood, said...

and anothr frm a commentator on d article frm Depa Kata,..apo nak dikato,..heheh,..(,")


posted by jeanbara at 10:39 am
3 comments:
dukeofumno said...
Lebai...

Saya dibesarkan didalam keluarga yang merupakan penyokong tegar PAS. Pintu rumah saya dicat dengan lambang PAS...dikabinet TV, Dinding rumah dan peti ais terpotret gambar "tok guru" Nik Aziz...saya disogok dgn kaset-kaset ceramah Nik Aziz, arwah Ust. Fadhil, Mat Sabu dan lain2. Malah saya dibawa bersama ke majlis ceramah atau program anjuran PAS. Di situlah saya "belajar" mengenai PAS...saya juga pernah dibawa ke Kelantan bertemu dgn "Tok Guru" ni...

Sebenarnya, dahulu saya memandang tinggi beliau sebagai tokoh agama di Malaysia walaupun beliau berada dipihak pembangkang. Namun, semakin hari, semakin hilang rasa kagum saya padanya. Dari tahun ke tahun, Nik Aziz mula merapu dan merepek dgn "fatwa2"nya yang konstroversi dgn muamalah Islam yg saya pelajari. Saya tidak puas hati, memandangkan ilmu agama saya agak cetek berbanding Nik Aziz, saya kerap bertanya dgn Ustaz2 yang setanding ilmu dgn Nik Aziz. Ada dari mereka lulusan Azhar, Madinah, Scotland dan mahir dgn "kitab-kitab kuning" dipondok2. Adalah amat memeranjatkan saya apabila mereka sependapat dengan saya. Dan kini, hasilnya...saya sudah kurang hormat kepada Nik Aziz. Jika hormat pun, saya hanya hormat beliau sebagai saudara seIslam dan insan yg lebih tua dari saya. Ilmunya tidak lagi saya kagumi apabila "fatwa2"nya lebih berbau politik berbanding hakikat ilmu dan muamalah yg diseru oleh agama kita. Itulah Nik Aziz yg saya kenal sekarang. Seorang politician dan beliau tidak lagi layak berdiri sebagai seorang ulama. Dr. Harun Din pernah memberitahu bahawa "seorang ulama yang menceburi bidang politik maka hilanglah ciri dan label ulama yg ada padanya".

Saya juga terperanjat dgn akhlak Nik Aziz apabila menghalau Ust Nasha keluar dari PAS. Apakah ini akhlak yg Rasulullah ajar padanya? Setahu saya, Baginda Rasulullah tidak begitu akhlaknya! Kenapa tidak disuruh juga Hj. Hadi keluar PAS? Kenapa pula perlu ada double standard? Sedangkan yg lebih vokal dalam mengutarakan idea ini ialah Hj Hadi! Nik Aziz takut ke hak halau Presiden?

Demikianlah jika sudah berkawan dengan "syaitan", orang yg bersatu di dalam jemaahnya pun dihalau! Mungkin baginya Nasha, Hadi, Mustapha Ali itu "munafik". Tapi munafikkah seseorang itu yang menganjurkan perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia??? Haru biru betoi...

p/s: Tan Siew Lan Jeniang mesti tak setuju ngan aku...maklum laaa...Nik Aziz baginya adalah maksum! hehehehhe

Muhammad Azli Shukri said...

lieliq - saya sependapat

bro brotherhood - terima kasih atas maklumat saudara

Anonymous said...

Fikiran dan pandangan Dato Nik Aziz sudah tidak relevan hari ini kerana dia selalu berdolak dalik. Pendapat dia sebelah pagi boleh berubah disebelah petangnya.

Contohnya apabila Mufti Perlis mengesyorkan supaya Saiful dan Anwar bersumpah mubahalah, Dato Nik Aziz mulanya bersetuju. Kemudian dia ubah fikiran dan tidak bersetuju pula.

2. Semasa pilihanraya kecil Parlimen Bt. Gantang, Nik Aziz tidak bersetuju meletakkan Nizar sebagai calon PAS kerana dia sudahpun menjadi ADUN di kawasan lain. Tak lama kemudian dia berubah dan bersetuju menyokong Nizar.

3. Bila Mat Sabu ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di disebuah bilik hotel di Kota Bahru, Dato Nik Aziz bermati-matian membela orang kesayangannya.

4. Semasa Bunyamin memfitnah bahawa Tun Dr.Mahathir telah menonton VCD lucah bersama cucunya,Dato Nik Aziz tidak berbuat apa-apa. Sepatutnya tegurlah sekira didapati perkara itu tidak benar.

5. Apabila Dato Shahnon Ahmad menulis buku bertajuk SHIT (tahi), kandungan yang terkotor pernah ditulis oleh mana2 penulis dalam dunia, Dato Nik Aziz boleh mempertahankannya dengan berkata bahawa Tuhan pun mencarut.

6. Dan yang paling mengejutkan apabila dia berkata boleh berkawan dengan syaitan. Sedangkan bila kita nak baca alquran pun kita mula membacanya dengan "Aku mohon perlindungan dengan Allah dengan syaitan yang direjam".

Kesimpulannya Dato Nik Aziz patutlah berfikir-fikir untuk meletakkan jawatannya sebagai mursyidul Am PAS demi kebaikan PAS dan perpaduan umat Islam dan rakyat di negara Malaysia ini.

Anonymous said...

aku sokong penentang UBN.. penulis kena bertaubat.. masuk PAS atau pakatan..

rakyat biasa said...

Apabila Dato Shahnon Ahmad menulis buku bertajuk SHIT (tahi), kandungan yang terkotor pernah ditulis oleh mana2 penulis dalam dunia, Dato Nik Aziz boleh mempertahankannya dengan berkata bahawa Tuhan pun mencarut.

Dan yang paling mengejutkan apabila dia berkata boleh berkawan dengan syaitan. Sedangkan bila kita nak baca alquran pun kita mula membacanya dengan "Aku mohon perlindungan dengan Allah dengan syaitan yang direjam".


Saya terkejut membaca kenyataan ini. Sangat terkejut dan ada lagi diucapkan oleh bro brotherhood mengenai hal ini.

Di sini saya ingin menyampaikan pendapat peribadi saya. Barangsiapa yang berasa marah, saya mohon maaf terlebih dahulu.

Setelah meneliti komen - komen yang diberikan oleh para pembaca blog ini, saya berasakan senang sahaja(mungkin) jalan penyelesaiannya. Ianya adalah HENTIKANLAH BERSELINDUNG DI SEBALIK NAMA AGAMA DALAM PERJUANGAN YANG TIADA KESUDAHAN ITU. Agama itu agama. Politik itu politik. Dua perkara yang berbeza namun jika DISATUKAN DENGAN BETUL - BETUL AKAN MEMBAWA KEBAIKKAN UMAT SEJAGAT.

Juga saya hairan mengapa Nik Aziz itu boleh bergelar Tuan Guru dan apa - apa jua gelaran mulia lain sekiranya dia boleh pula melontarkan percakapan yang mengatakan Tuhan turut mencarut. Maha Suci Allah!!! Saya tahu saya tidak punya ilmu agama setinggi TUAN GURU NIK AZIZ, tapi saya dapat rasakan kenyataan beliau itu salah sama sekali. Zat - zat ALLAH itu terpelihara dan terjaga. Kita hanya manusia yang lemah, hanya hamba-NYA yang terlampau bodoh apabila dibandingkan dengan-NYA Pencipta kita. Oleh itu, dalam hal - hal sebegini, kita tidak boleh melontarkan pendapat peribadi lalu menganggap tidak mengapa diketahui umum. Lebih dahsyat lagi, menyebarkan kepada umum sebagai satu ajaran! Wallahualam.

Dan jugak buat anonymous sekalian, sudahlah. Hentikan sahaja cacian anda. Kalau anda berasa Encik Azli ini salah dan merapu - rapu, apa kata anda tubuhkan blog sendiri atau satu medium untuk anda salurkan ideologi anda yang tersendiri. Nak kata sial, sial, sial. Takut nanti anda pulak yang terkena sialan itu.

Ada juga anonymous yang mengatakan blog ini membuka kelemahan pakatan. Aduhai, sekiranya kelemahan itu benar, apa salahnya ditunjukkan kepada umum??? Takkan nak berpura - pura sepanjang masa sehingga mati lalu berkubur sama penipuan itu?? Sekiranya anda tahu apa kelemahan UMNO, sila khabarkan secara berhemah sebagaimana apa Encik Azli telah lakukan terhadap pihak anda. Tanpa ada makian dan carutan. Itu barulah namanya kehidupan berpolitik.

Akhirnya, ini adalah pendapat saya semata. Oh ya, bagi saya, perjuangan politik itu terbuka kepada semua. Tua muda, kaya miskin, lelaki perempuan. Siapa - siapa punya ideologi tersendiri, boleh sahaja bersuara. Jangan anggap politik itu satu medan menunjukkan kejantanan masing - masing. Amat memalukan sekiranya begitu. Wallahualam.

Anonymous said...

aku hairan dengan ameno ni.. dah abis pilihanraya masih menyalak.. tengok pakatan, sungguh-sunggu bantu rakyat di negeri yang dimenenginya..

rakyat biasa said...

Anonymous,
UMNO tak menyalak.
Begitu juga DAP, PKR dan PAS.
Mereka berucap, berbicara, berkata.
Bukan menyalak.
Kita manusia bukan anjing.
Jangan merendahkan darjat seseoraang hanya kerana anda terlalu mengagungkan fahaman politik anda:)

ikaa said...

Nik Aziz lebih berpengalaman dlm hal2 politik memandangkan usianya yg lebih tua. Jadi Nik Aziz dah kenal sgt UMNO itu bgaimana. Mungkin pernah alami trauma dgn UMNO. Sebab tu lah dia tak mungkin nak berpakat2 dgn UMNO.

Selama ini fokus Nik Aziz / PAS ialah utk jalankan hudud di Malaysia. DAP tak nak, tapi PAS tetap rela berpakat dgn DAP. (ini mmg musykil sungguh)

Jika berpakat dgn UMNO pula, bermakna wajib berpakat dgn MIC dan MCA (mustahil UMNO singkirkan MIC MCA dari BN). MIC dan MCA juga terang2 tak sokong hudud.

Sebenarnya jika PAS terus fokus dgn matlamatnya (sistem hudud), dia perlu berdiri sendiri.
Apabila telah menyertai DAP dan PKR, nampak sgt yg mempergadaikan matlamat.

Walaubagaimana pun, PAS yakin jika terus bersama DAP dan PKR, dan andai kata mereka berjaya tubuh kerajaan, PAS yakin akan mendapat tempat dlm kabinet serta jawatan2 menteri.
Inilah yg menjadi fokus sekarang.
Berpakat dgn UMNO, belum tentu dpt apa2 hasil. (berdasarkan sejarah PAS dan UMNO)

Muhammad Azli Shukri said...

ikaa - maksud saudara PAS mengejar pangkat dan kedudukan kabinet ke? jika itu matlamat perjuangan PAS, ia sangat bercanggah dengan tatacara nabi.

rakyat biasa - saya sokong kenyataan saudara.

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Nak komen gak boleh x?...Tapi aku xminat politik.

Aku pernah terbaca...kat mana ntah aku lupa...jika ada 2 pemimpin...yang pastu kedua-duanya ada berbuat kesalahan...jadi kita pilihlah pemimpin yang kurang berbuat kesalahan.Kamu faham maksud aku?...hehehe...peace!

NAMOYAKI said...

salam hormat kepada saudara azli,

Bersabarlah.
Bersabar dan berusahalah dengan penuh yakin dan percaya.
Berani berubah.
Berani kerana benar.
Benar-benar mahu Bina Negara.

'The Turning Point' dan 'The Point of Return' sudah dapat dirasakan bersama-sama,

mana mungkin kuasa-kuasa kejahatan dapat melawan kuasa-kusa kebaikkan,

'The Turning Point' sudah mula diperkatakan oleh semua, 'The point of Return' pula sudah terasa disetiap pelusuk negara.

sama-samalah kita berjuang untuk sama-sama Bina Negara kepada yang lebih baik dengan kebangkitan kuasa-kuasa kebaikkan.

Jepun, suatu waktu dulu setelah lingkup dengan bom pemusnah, mereka 'tidak berputus asa' dan BANGKIT dengan menggunakan konsep 'Kaizen'.
Rata-rata masyarakat hanya bercakap tentang 'Kaizen',
dimana-mana sahaja, di rumah, bersembang bersama rakan,
kedai kopi, tempat tunggu bas, Tandas awam, Tempat Tunggu keretapi.

Strategy mereka mudah,
One nation, One Word Only -' Kaizen'

'Kaizen' itu juga adalah kuasa-kuasa kebaikkan, Kaizen itu adalah 'Plan-Do-Check-Action',
'Kaizen' itu baik, dan setiap yang baik itu datangnya dari Allah Azzawajalla.

bukankah 'Al-Fatihah' itu adalah lebih tertib daripada 'Kaizen',

Kita disini,
'Satu Malaysia-Bina Negara' itu baik, ditambah pula dengan kuasa-kuasa kebaikkan, dan disertakan dengan usaha dan doa,
ditambah pula dengan kebangkitan dengan ruh-ruh perjuangan yang suci, yang lebih jauh hebat daripada segala kebangkitan.

Al-Fatihah. (baca)

'The Turning Point', 'The Point of Return', Empayar Melayu-Islam akan bergema kembali dan akan bangkit bersama laungan suara 'Azan' menuju kejayaan.

La ila haillallah,

Empayar Melayu-Islam bakal menjadi kenyataan. Yang diperlukan oleh kita semua adalah yakin dan percaya dengan sebenar-benar yakin dan percaya.

La ila haillallah.

NAMOYAKI said...

saudaraku azli dan saudaraku semua,


'Satu Malaysia-Bina Negara'


kita menuju kepada Yang Satu.
La ila haillallah.

Anonymous said...

Aku sokong Ungkapan perpaduan... tapi mesti disertakan dengan keiklasan dan bukan kepentingan... Yang Jelas HARAM tidak BOLEH DIHALALKAN kerana kepentingan dan yang jelas HALAL tidak BOLEH DIHARAMKAN atas kepentingan... Hentikan DUSTA, tutup DISCO, tutup CASINO, tutup KILANG ARAK, atasi masalah PERCAMPURAN ANTARA LELAKI DAN WANITA dan tegakkan Syiar ISLAM... InsyaAllah lembut hati Nik Aziz... Ini semua bukan kepentingan tetapi amanah buat semua orang Islam... Harus Saudara ingat antara Islam dan Bangsa adalah wajib bagi kita menyokong perpaduan dalam Islam... Bangsa membuatkan kita riak dan sombong tetapi Islam tidak... Aku bukanlah di kalangan pembangkang tapi aku kecewa dengan kuasa yang ada pada Anak BANGSA... PEACE...

sHaH said...

nice blog...
ni yg best bace nih..
tapi boneka umno?
pe kes?
tak paham..
tak paham..

kluangman said...

Anwar Ibrahim dalam komennya menyatakan bahawa saranan Nik Aziz meminta Nasa keluar parti adalah pandangan peribadi.

Apa jua yang berkaitan dengan PAS eloklah merujuk kepda Hadi Awang dan Nasa atas status mereka yang dipilih oleh perwakilan dalam muktamar.

mrakunman said...

Teruskan penulisan saudara. Sungguh analisa yang baik. Tulisan sdr ini perlu dipandang sebagai aksi dan reaksi terhadap isu-isu terkini.

Sesiapa yang terbaca perlu berfikir sejenak.. bertafakur.. kemudian fikir dengan akal yang waras..pasti dapat menerima kebenaran tulisan ini.

BOCAH KAMPONG said...

Oleh kerana sanjungan yang terlalu tinggi menyebabkan manusia itu lupa daratan.

Dan sesungguhnya manusia itu akan selalu diuji tak kira apa juga pangkat dan kedudukannya.

Bukankah 'SOMBONG DAN RIAK "itu perbuatan yang keji....?

AKU ANAK GURUN said...

saudara tq kerana lawat blog saya.

Saya faham siapa UMNO, dulu saya memang macam saudara, fikiran, jasat dan tenaga ke arah satu " Menuju Puncak ". tapi saudara cuba lari dari kedua-dua parti ini dan fikir secara seorang islam yang berilmu.anda akan dapat melihat cahaya yang membuat anda lari jauh dari mereka mereka ini. Bila dah terjumpa senjata itu bantulah manusia yang perlu dibantu. tegaklah negara islam dan jangan tegak negara bangsa

Anonymous said...

Assalamualaikum Sdr Azli,

Hujah,pendapat dan pandangan sdra Azli amat menarik dan harus dibaca oleh semua orang melayu tak kira dari UMNO atau PAS.

Malahan Datuk Nik Aziz pun patut baca dan saya yakin dan percaya dia pun terkancing gigi untuk menjawab persoalan yang saudara bangkitkan.

Tetapi melihat telatah Datuk Nik Aziz yang tidak mahu mendengar pendapat orang yang tidak selari dengan pendapatnya, sudah pasti dia tolak kerana dia tidak mahu berfikir apatah lagi untuk menerima pendapat yang berbeza dengannya.

Satu ketika dahulu dia pernah berkata bahawa Tun Dr. Mahathir terlalu lama menjadi PM dan menyerunya supaya mengundurkan diri. Satu dunia tahu bahawa TDM telah mengundurkan diri pada 31 Oktober 2003 (dah 6 tahun).

Datuk Nik Aziz masih pegang jawatan MB Kelantan sehingga sekarang. Siapa yang sebenarnya yang tidak mahu berundur? Siapa yang sangat sayangkan jawatan? Jelas pepatah "Mengata dulang paku serepih mengata orang sendiri yang lebih" mengenai diri Datuk Nik Aziz sendiri.

Semua ahli dan penyokong PAS tahu bahawa Datuk Nik Aziz selalu uzur dan banyak daripada tugasnya telah diserahkan kepada penasihatnya Husam Musa. Maka tidak hairanlah segala pandangan dan pendapatnya adalah selari dengan Husam Musa penasihatnya.

Kemarahan Datuk Nik Aziz kepada Ust Nasha adalah berpunca daripada kekalahan Husam Musa kepada Ust.Nasha dalam merebut jawatan Timb Presiden PAS. Beliau benar-benar kecewa kerana perwakilan PAS telah menolak anak emasnya Husam Musa.

Kecewa dan marah bermakna dia tidak redha dengan ketentuan Allah. Sebagai seorang ulama tentulah dia lebih mengetahuinya tetapi mengetahui sahaja tentulah tidak cukup. Ilmu hendaklah diikuti dengan amal.

Datuk Nik Aziz sepatutnya menerima dengan redha dan ikhlas keputusan perwakilan PAS memilih Ust. Nasha sebagai Timb. Presiden PAS.

Kemenangan Ust. Nasha juga menunjukkan ramai ahli-ahli PAS menerima idea kerajaan perpaduan
demi kebaikan dan kepentingan ummah dan orang Melayu kerana semua orang Melayu itu beragama Islam. Mereka juga tahu bahawa orang Islam adalah bersaudara. Memutuskan hubungan silaturrahim sesama orang Islam adalah berdosa.

Mereka juga selalu mendengar ayat 28 surah Ali Imran dibaca oleh pemimpin-pemimpin PAS yang maksudnya "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Dan penyokong-penyokong Ust. Nasha dan kerajaan perpaduan mahu mengamalkan ayat ini.

ahbhz

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikm.

perpaduan ummah tu lebih penting dr kepentingan peribadi.

NAMOYAKI said...

salam hormat saudara azli shukri dan saudara-saudara yang lainnya,

semalam kami berada di USM, PNG dan telah mendengar ramai yang sudah mula bercakap tentang perihal PERPADUAN,

selain PERPADUAN ada juga yang telah memperkatakan tentang TRANSFORMASI,

saya sangat bersetuju dengan cadangan saudara azli akan hal dan perihal 'DI SINI JALAN MULA LURUS' dan 'JALAN SEMAKIN LURUS',

lalu kesinambungan akan hungkait perkara dengan kefahaman para ilmuan dan graduan-graduan di Universiti Sains Malaysia semalam
sedang memperkatakan tentang PERPADUAN dan TRANFORMASI,

PERPADUAN dan TRANFORMASI itu pula bukan dibacakan oleh calan-calangan ilmuan disana, saya pula dengan gembira hati menyambutnya dengan 'Syair Nasihat'-Raja Ali Haji -Fasal 1, 'Jika anakanda jadi menteri...'

jadi kesinambungan kepada PERPADUAN dan TRANFORMASI dan juga kesinambungan kepada 'DI SINI JALAN MULA LURUS' dan 'JALAN SEMAKIN LURUS', bererti rata-rata di bumi Malaysia ini sedang memperkatakan tentang PERPADUAN,

ini adalah suatu perkara yang baik,
dan yang baik itu sudah pasti datangnya daripada Allah SWT,

dan seterusnya apabila saya mula berjalan-jalan lagi diatas muka bumi Allah pada hari Jumaat yang mulia ini, pada perkara:
PERPADUAN dan TRANFORMASI, kesinambungan kepada 'DI SINI JALAN MULA LURUS' dan 'JALAN SEMAKIN LURUS',
maka lihatlah kepada kejadian 'kepompong rama-rama' yang bakal diTRANFORMASIkan (metamorphosis process) kepada Rama-rama yang sempurna (yang halus, yang mulus dan yang tulus - lihat apa makanan rama-rama? -makanannya?),

sebuah formula ringkas dan mudah mesti difahami,

PERPADUAN + TRANFORMASI = DI SINI JALAN MULA LURUS + JALAN SEMAKIN LURUS

[PERPADUAN = FORMASI,]

[FORMASI PADU = MULA LURUS, SEMAKIN LURUS]

[FORMASI PADUan = LURUS, LURUS]

[FORMASI PERPADUAN = LURUS2]

PERPADUAN = LURUS

Luruskan 'Saf, semuanya,
kita boleh bersolat walau siapa sahaja yang menjadi Imam dan makmum di bumi Malaysia ini,

PERPADUAN = LURUS

Al-Fatihah.

'La ila haillallah'

Anonymous said...

Allah baru bagi sedikit kemenangan pada PAS,Nik Aziz dah mabuk kosa..
Allah hanya menguji je tu nak tgk kuat tak iman PAS,Nik Aziz..rupa rupanya goyah jugak tak kuat mana pun..manusia biasa biasa je..tunggu lah PRU 13 nanti kita tgk Allah nak abiskan UmnoBN atau PAS/PR..jangan pulak masa tu kata ada pengundi HANTU!

silent MP said...

To MOhd Fakhrulrazi Jamaludin,


Ada kebenaran terhadap kenyataan saudara, tetapi pada saya, bukan kita mengikut pemimpin tetapi mengikut saranan pemimpin.

Kalau pemimpin 1 kurang dosa tetapi menyuruh membuat dosa, perlu dielakkan..

Kalau pemimpin 2lebih sikit dosa tetapi meyuruh melakukan kebaikan, perlu dikut, selagi pemimpin tersebut beriman kepada Allah.

Dalam hal ini, ia adalah IDEA penyatuan melayu dan dalam ertikata tersurat
PENYATUAN ISLAM..jadi perlu diikut yang mana??????

Kalau pemimpin yang baik tetpi berubah kepada yang tidak baik, sihingga ramai pengikut setia(totok) jatuh je jurang kesesatan, pada saya dosanya jauh lagi besar, bukan hanya antara dia dengan Allah, tetapi dosa2 pengikut dia yang taksub..

Wallahualam..yang baik daripada ALLAH yang buruk daripada saya.

Saya memohon ampun kepada ALLAH sekiranya apa yang sisampaikan saya salah..

The Hobbit Frodo said...

Salam ...

Ada stment dr saudra di atas "pilihlah pemimpin yang kurang berbuat kesalahan" ~

Memang benar, tetapi agak sinis dan menunjukkan bahawa salah satu pihak mempunyai bnyak kesalahan. Mungkin anda tidak berminat membincangkan soal politik, tp nada anda menunjukkan sebaliknya. Anda paham maksud saya? Credit 2 or own stament.

To anon "tanpa nama & bebalisme" , berbicara biar berhemah bukan dengan nafsu amarah. Blog ini dikata sial sdg xda satu perkataan pown yang mencaci mencerca. Anda memalukan diri sendiri!!!

kalau hidup dendam x sudah, nak rasa bahagia pun susah. Biar kita tersalah memberi ampun daripada tersilap menjatuhkan hukum.

Way to go bro Azli ~

Just my 2 cents

Wassalam
Kucing Pembela

Anonymous said...

PAS/PR menang PRU hanyalah ujian Allah semata mata. Rupa rupanya tak kuat iman pun. Mabuk sampai tersungkur dgn kuasa dunia.PAS parti Islam ke? Piraahhh! Penyesat ummah maha wahid atas bumi Allah ini.Tunggulah balasan dariNya.... Tunggu jangan tak tungguuuuuu....