Skip to main content

Terima Kasih ITNM!



TERIMA KASIH ITNM!


Peraduan "Beli Buku ITNM & Menangi Hadiah Bernilai RM100,000" telah pun diketahui keseluruhan pemenangnya semalam. Saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Namun demikian, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih secara peribadi kepada Institut Terjemahan Negara kerana memilih slogan saya sebagai salah seorang pemenang untuk hadiah ke-3 pertandingan tersebut dengan membawa wang tunai RM1000 (Seribu). Saya agak terkejut pada awalnya, hal ini adalah kerana saya cuma menghantar tiga atau empat penyertaan sahaja (jika tidak silap saya) sewaktu berada di tapak Pesta Buku Antarabangsa di PWTC bulan April lepas, itu pun slogan tersebut ditulis secara main-main sahaja, selepas kawan baik saya saudara Khairul Anuar Manshor memperkenalkan buku terjemahan tulisan Presiden Amerika Syarikat, bertajuk, "Keberanian Menggapai Harapan". Hakikatnya, sehingga kini pun saya masih tidak ingat apakah slogan yang telah saya tuliskan itu. Walaubagaimana pun seperti kata perpatah, rezeki jangan ditolak, maka hadian wang tunai RM1000 itu saya terima dengan penuh kesyukuran. Terima Kasih ITNM!


Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat baik saya, saudara Khairul Anuar Manshor yang memaklumkan berita gembira tersebut kepada saya semalam, beliau merupakan staf di ITNM. InsyaAllah, saya akan turun ke Kuala Lumpur dan berjanji untuk belanja beliau makan di.....(masih dirahsiakan).


Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada ITNM dan semoga ITNM akan terus berjaya pada masa akan datang sebagai sebuah organisasi penterjemahan yang terkemuka di dunia. Wallahualam.

Kepada semua bloggers, saya harap belilah buku-buku terbitan ITNM, malah kualiti terjemahannya pun sangat baik.

* Jika tidak silap saya, dahulu majalah Dewan Masyarakat ada menawarkan hadian wang tunai RM50 000, tetapi sehingga kini masih tiada jawapan berkenaan pemenangnya. Semoga tidak lama lagi Dawama akan mengisytiharkan pemenangnya...sama-sama kita nantikan.

Comments

C.H.E Dayat said…
salam abang azli, tahniah..

harap dapat berjumpa pada minggu ni..

ada post terbaru di blog sya, harap dapat singgah dan war-warkan kepada semua ya...

www.kisahsebuahbangsa.blogpost.com

Salam,

Che Dayat..
Eldy Voon said…
wah taniah taniah !!
Anonymous said…
Assalamualaikum.... dan Salam Sejahtera.


Cucu saya Rabiatul Adawiyah yang pernah saya katakan dahulu bertanya tentang pemenang 50 peraduan majalah mashyarakat, sms kepada saya katanya saudara Azli menang hadiah. Kerana cucu saya ini menjadi follower, maka walaupun dia jauh di kedah, tetapi dapat juga diketahuinya apa yang berlaku.

Saya secara peribadi mengucapkan tahniah buat saudara Azli atau kemenangan satu ribu itu. Tidak sampai beberapa bulan pemenang diumumkan. Itulah namanya peraduan. Kalau tiada jawapan, maknanya sesuatu itu penipuan atau kepalsuan.

Saya ada bertanya dan komen hal hadiah majalah masyarakat ini dahulu, tetapi saudara Azli sendiri tidak tahu kerana telah ditamatkan kontrak kerana menulis dalam blog.

Kalau tidak silap saya, peraduan majalah masyarakat ini sudah lama. Tetapi sampai hari ini tiada pengumuman pemenang 50 ribu. Pelik dan sangat ajaib peraduan ini. Mungkin ada 20 juta yang menyertai peraduan sehingga hari ini tidak habis dinilai pemenangnya.

Kalau anugerah hiburan seperti disiarkan dalam akhbar disertai berjuta orang dapat diumumkan pemenang dalam tenpoh beberapa munggu, kenapa tidak peraduan majalah masyarakat. Peraduan minuman pawer root pun hari-hari dalam televisyen, pemenang pun kita ketahui, tetapi majalah masyarakat ini tak tahu siapa yang menang 50 ribu.

Saya menasihati pihak yang membuat peraduan ini supaya berterus terang, bila tarikh pengumuman akan dibuat supaya pembaca tidak rasa tertipu atau menunggu bulan jatuh ke riba. Saya tidak hairan sangat dengan wang itu, tetapi integriti dan nama majalah itu.

Kemudiannya, saya rasa pelik juga, pada masa saya membaca majalah masyarakat ini sekitar tahun 70 - 80 an, seingat saya tiada peraduan. Majalah ini majalah ilmu. Tetapi apa motif peraduan 50 ribu itu diadakkan dan kenapa hanya kepada satu majalah sahaja. Kenapa peraduan tidak melibatkan semua majalah agar pembaca dapat mengetahui majalah dewan bahasa dan pustaka?
Saya ulangi, kenapa hanya satu majalah sahaja?
Adakah majalah lain hanya sesuai dibaca oleh anjing, harimau, badak, ikan paus, atau beruk?

Saya rasa sekiranya tiada pengumuman dibuat atau tiada berita tentang pemenang ini, sesiapa yang menyertai patut mendapatkan kepastian, saya juga akan melakukannya bagi pihak cucu saya. Saya berharap supaya dalam majalah masyarakat yang akan datang ini ada makluman tentang pemenang supaya pembaca mengetahui sama ada mereka menang atau tidak.

Saya akan tunggu majalah masyarakat akan datang dan kemudian barulah saya akan memberikan komen tentang hal ini.

Tahniah saudara Azli atas kemenangan yang diperolehi.


Sekian

Dato Adil
Cyberjaya.
Unknown said…
salam
tahniah kepada encik azli
insyallah hujung minggu ni saya try contact encik azli
ada event yang saya nak discuss dengan encik azli
tahniah bro Azli... smlm ada tgk tv... 1st prize dpt MyVi kan... btw, tahniah... bersemangan nak join contest lps ni, mana tau ada rezeki...Amin!!
MuMMy 2 Haqq said…
wuwuwuwuwu...dapat duit leh belanja ni..
Anonymous said…
majalah tak laku macam mana nak bayar 50000... hehehehehe
Anonymous said…
ada orang panas buntut dan punggung.... ready for meeting kawan-kawan...
Anonymous said…
azli pun satu, time camni la kau posting hal panas ni.. kalau kau balik lewat tak apa..kau macam tak paham da..
Anonymous said…
salam.
tahniah encik azli atas kemenangan anda:)
ikan emas said…
Tshniah..
kali ini tempat ketiga ,lain kali juara pulak..Teruskan menulis

Peraduan diadakan sebagai strategi pemasaran yg berkesan.Kalau beli buku,tulis slogan, tentu ilmu yg diperolehi berpanjangan..bagaimana pula beli kopi 'kuat' kerana nak jadi jutawan.Hari ni diberitakan beberapa produk tradisional dikesan menggunakan barangan berbahaya utk digunakan.Berhati-hati.
mie3425 said…
Sdr Azli,

Tahniah kepada saudara kerana memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan. Saya berharap semoga Sdr terus menyokong kami di ITNM sama ada melalui blog atau dengan membeli buku terbitan kami.
Baijat said…
salam....dah lama saya x berblogging dan hantar komen ke blog saudara azli.....


Saya harap saudara azli dapat hantar tentang isu yang sedang diperkatakan

- Antara Bahasa Inggeris, Lulus dan SPM. Mungkin lebih marak apinya berbanding isu PPSMI....

- Sisters In Islam (SIS)- ini melibatkan liberalisasi dan agama. Bila membincangkan hak kesaksamaan, kekadang menjadi 'LEBIH KUAH DARI SUDU'.....

Saya menunggu hasil nukilan saudara....
dkama said…
hehehe besh besh menang...
Unknown said…
Tahniah dari saya. Malang sekali saya ni staf ITNM kalau tidak mungkin saya juga berpeluang menyertai peraduan ini...hhe
jiji najiy said…
wah abg.Azli
tahniah !
slogan main2 tuh... alhamdulillah rezeki
Anonymous said…
azli ni buat slogan secara pintas pun menang... saya rasa mungkin azli akan menang hadaiah 50 ribu dewan masyarakat tu...
Dewan Masyarakat said…
Hep..Hep..Hore..Hep..Hep..Hore..Kami johan main badminton!!!!!!!!!!!Dewan Masyarakat monang!!
1Malaysia said…
aku tak pikir bos akan call meeting pasal isu nie, ini salah Dawama beb...group bos menang!
Unknown said…
Harapnya orang lain tidak salah faham dengan posting kau ini. Aku tidak terlibat dalam pemilihan pemenang. Tiada isu kronisme dalam pemilihan pemenang ya! haha.

Aku baru tahu nama pemenang sebelum ke majlis penyampaian hadiah di PJ. Selak-selak nama pemenang, rupa-rupanya ada tiga orang kawan aku yang menang termasuklah kau. Cuma nama ayah kau tersilap, Shukri menjadi Shufri. Tulisan kau macam doktorlah! Terpaksalah ITNM ubah nama di cek RM1000!

Aku percaya kawan-kawan aku boleh menang sebab mereka semuanya PEMBACA BUKU ILMIAH.
The Aminos said…
Tahniah Bro !!! By the way cita sikit tentang situasi politik sekarang ni, update hal KJ dan Mukhriz kalau boleh.
myQza said…
boleh belanja makan ni..!! hehehehehe!!
Tahniah!
Anonymous said…
congrats then
Anonymous said…
1000 banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk tu... bertambah bencilah orang bahagian m
A.I.Z.A.T said…
salam bro.
tahniah la ye sebab menang.
rajin bro masuk pertandingan ek..
nati kalo ade lagi, bgtau ar saya.
hehe..

http://aizatbest.blogspot.com
Stowboarder said…
I want to promote my blog at:
http://jepunmari.blogspot.com

Jemput singgah ye!
Hope you can be my follower ;P

And also, as a gift I wanna give you 3 FREE eBOOK!
Just visit my blog, and click the banner on upper left side.
Its for FREE, RM0...so why not?
Atan said…
Salam,

Tahniahlah. 1000 tu banyak jugak. 50 000 sikit je.
Krai Utara said…
kami telah letak link anda di laman kami sila letak link url kami dilaman anda.
azlishukri said…
terima kasih atas segala ucapan tuan2, kepada khairul anuar manshor jangan bimbang tiada kronisme dalam pertandingan ini.
HASRI HASAN said…
Tahniah Azli, saya suka melihat usaha ITNM yang memberi kesegaran kepada dunia buku yang sebelum ini orang lain lihat sebagai satu bidang yang membosankan... walaupun dalam lingkungan ilmuan kita masih boleh lagi bergembira dengan peraduan sebegini.. syabas juga kepada Dr Khair Ngadiron (teraju di belakang ITNM)

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh