Tetamu Kehormat...

June 29, 2009

Saya Sanggup Berdebat Dengan Nik Aziz



SAYA SANGGUP BERDEBAT
DENGAN NIK AZIZ!


ALOR SETAR 28 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, debat terbuka antara kedua-dua pemimpin parti politik terbesar Melayu itu jika diadakan hanya membazir masa dan akan menjadi satu bentuk hiburan semata-mata. Malah, katanya, Malaysia mempunyai acuannya tersendiri dan tidak perlu mengikut amalan sesetengah negara luar yang mengadakan debat secara terbuka antara pemimpin parti politik dalam mempertahankan pendapat masing-masing. "Hanya buang masa. Jadi satu hiburanlah, kita bukan lantik pemimpin untuk berhibur," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Kedah di Bangunan Tunku di sini hari ini.


Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Presiden Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Beliau ditanya cabaran Nik Abdul Aziz yang mengajak Perdana Menteri berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana didakwa memfitnah UMNO dalam ceramah di Manek Urai baru-baru ini.


Dalam pada itu, ditanya mengenai amalan rasuah dalam UMNO, Mahathir berkata, parti itu akan mengalami kesukaran pada pilihan raya umum akan datang jika masih meletakkan calon yang mempunyai imej rasuah. Beliau yang kecewa dengan keadaan rasuah dalam UMNO bagaimanapun berkata, pada masa ini terdapat usaha-usaha positif di kawasan tertentu untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat terhadap parti. Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, UMNO tidak boleh mengharapkan semata-mata kepada ahlinya untuk memenangi sesuatu pilihan raya, sebaliknya perlu meraih sokongan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Katanya, angka yang menunjukkan ahli UMNO pada masa ini iaitu kira-kira 3.5 juta bukan ukuran menjamin kemenangan jika parti itu gagal meraih sokongan padu daripada rakyat. Justeru, jelasnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu membersihkan imejnya dan sentiasa mendekati rakyat supaya mendapat sokongan mereka yang berpuas hati dengan prestasi dan imej parti.


Ulasan Saya :


1. Saya setuju diadakan debat dengan Nik Aziz, tetapi bukan Dato' Seri Najib yang berdebat dengan beliau. Mesti orang lain. Dan secara peribadi, saya sendiri sanggup berdebat dengan Nik Aziz dan seluruh Jawatankuasa PAS Pusat (walaupun saya tiada jawatan tinggi dalam UMNO). Dan saya yakin, kebenaran akan tetap muncul walau dengan sesiapa pun kita berdebat dan berhujah, selagi kita mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. DS Najib adalah PM, maka tidak sesuai beliau melayan ajakkan nakal Nik Aziz itu. Jika Nik Aziz ikhlas untuk mencari kebenaran, saya sendiri sanggup berdebat. Bukan dengan Nik Aziz sahaja, malah jika Hj Hadi mahu terlibat sama pun, saya sanggup. Pada saya, UMNO berada di pihak yang benar, bukan berasaskan kepada nafsu tetapi ilmu.


2. Seperti yang saya katakan di atas, saya setuju berdebat dengan Nik Aziz serta seluruh AJK PAS Pusat secara serentak dan terbuka (Jika tiada pemimpin-pemimpin UMNO yang sanggup berdebat), namun demikian, kita harus menetapkan syaratnya terlebih dahulu. Jika PAS tewas dalam perdebat tersebut, maka parti PAS harus dibubarkan dengan serta merta dan ahli-ahli PAS harus segera menyertai UMNO. Hal ini adalah kerana PAS sendiri yang menjemput UMNO untuk berdebat dan berhujah.


3. Nik Aziz boleh panggil seluruh Jawatankuasa PAS Pusat untuk turut bersama menyertai perdebatan, UMNO juga boleh membariskan para pendebat mereka yang terbaik (jika kita mahu). UMNO tidak perlu takut dengan Nik Aziz atau Anwar Ibrahim. Kebenaran berada di pihak UMNO. Sudah jelas nabi mewajibkan seluruh rakyat taat kepada pemerintah, walaupun mereka zalim, selagi pemerintah tersebut tidak melarang daripada mengerjakan solat, mengeluarkan zakat dan melakukan kebaikan. Sebaliknya terbukti PAS bersekongkol dengan perusuh dan pencetus huru- hara kepada negara, adalah wajib bagi kerajaan melaksanakan Hudud kepada PAS (dalam bab Bughah atau pemberontakkan).


4. Tajuk yang saya cadangkan adalah seperti berikut : 1. Siapa yang Tidak Ikut al-Quran? UMNO atau PAS? 2. Benarkan UMNO Lebih Zalim daripada Komunis dan Ayah Pin? 3. Benarkan PAS Mengikut Dasar al-Quran? 4. Kerajaan Perpaduan : Siapa Tolak Ayat Allah? 5. Hudud : Siapa Benar? PAS atau UMNO? dan Apa-apa sahaja tajuk yang PAS fikirkan bahawa mereka boleh menang dalam perdebatan nanti. Kita bersedia dengan apa-apa sahaja tajuknya. Biar PAS tentukan.

49 comments:

Jalil said...

syabas saudara,

inilah pemuda UMNO harapan bangsa.

DAP said...

lu siapa mau debat sama nik aziz, mau tunjuk kebodohan lu ka.. lu tarak layak debat sama ini ulama besar.. lu cincai punya olang... lu tulisa pun tarak betul punya cakap.. pegi mampus lu sombong manyak..

Anonymous said...

Teruskan perjuangan, Ano DAP nie bodoh. Bahasa pun tak betul ada hati mahu tulis dlm blog, pi mampus la DAP.

pakteh said...

ciri2 pendebat PAS:
1. Amat2 bijak turn over or menukar neraka menjadi syurga atau syurga menjadi neraka.
2. Ayat2 Al-Quran menjadi mainan

Astora Jabat seorang yang bijak dalam menulis artikel dan mempunyai point yang baik untuk mematahkan hujah Pas. Seorang yang berani masuk ke kubu n lubuk Pas untuk berdebat NAMUN sering kelihatan kecundang kerana

1. Penulis yang baik tidak semestinya pendebat yang baik.
2. Berceramah n berdemat ni dah jadi lauk bagi Pas kerana itulah jawatan hakikinya (penceramah), Ahli parlimen or DUN tu sampingan ja. Oleh itu, jika jarang2 berdebat walaupun mempunyai skill, akan terserlah kelemahan dan dipandang sebagai pihak yang tewas.

Pakteh tak maksudkan Azli perlu ada kemahiran sebagaimana yang disebut tetapi itulah persediaan jika nak menghadapi Pas.

mrakunman said...

Salam Ziarah. Sokoooooooooooog

Muhammad Azli Shukri said...

pak teh - terima kasih satu nasihat yang baik, InsyaAllah saya akan hati-hati, saya faham kerja PAS 24 jam ceramah, namun demikian saya mempunyai cara tersendiri untuk mematahkan hujah-hujah mereka apabila bersemuka. dalam penulisan agak terbatas, saya lebih selesa jika berhadapan secara satu lawan satu

ZHARIF BADRUL said...

salam encik azli
saya akan menyokong encik azli.Tiada apa yang harus ditakuti jika kebenaran di pihak kita.

Muhammad Azli Shukri said...

zharif - beberapa tokoh PAS perak sudah pernah berhujah dengan saya, dan sehingga kini banyak soalan tidak upaya mereka menjawabnya.

Anonymous said...

salam..

Azli Shukri:

sila senaraikan

1. siapakah tokoh pas Perak yg saudara berlawan hujah tersebut
2. apakah soalah saudara sehingga mereka tidak mampu menjawabnya...

Zharif Badrul

"saya akan menyokong encik azli.Tiada apa yang harus ditakuti jika kebenaran di pihak kita"

DI Blog saudara,sauddara menyatakan "the most important I AM NON-PARTISAN" tapi kat sini lain pulak. Tak baik tipu2.

Jazakallah

GAP KEMBALI said...

salam saudaraku azli

anda harapan bloger. aku dah tak nampak MT umno atau lain2 berani menyanggah secara terbuka permainan politikal bangsat pkr/pas..

teruskan terjahan saudaraku..GAP SOKONG !!!!

Muhammad Azli Shukri said...

Anonymous - akan saya jawab dan tulis dalam satu lagi posting khas

Muhammad Azli Shukri said...

GAP - terima kasih,

anonymous - cari la tokoh PAS perak yang sama nama dengan saya.

Jeffry said...

SALAM BRO..I'M WITH U ALL THE WAY BRO!! HUHUHU. PADA DAK DAP SESAT RUMAH TU SILA PATAH BALIK ATAU BUAT PUSINGAN "U-TURN SEBELUM ANDA MASUK LONGKANG SAMA NIK AJIS KABARET"!..KEHKEHKEHKEH YEHAAAAA!!!

tabuan said...

"Kita tidak perlu menyertai Ayah Pin, Kita Tidak perlu ikut Rasul Melayu, Kita tidak perlu amal ajaran Mat Matahari, Tapi kita akan jadi Sesat kalau mengikut, menjadi Ahli Parti Ajaran Sesat (PAS)yang secara terang dan jelas mengamalkan politik tiga suku, membelakangi prinsip wahyu dan sunnah, mempolitikan islam untuk kepentingan diri dan kuasa semata-mata"

Muhammad Azli Shukri said...

jefrry dan tebuan - saya sentiasa bersama tuan2

Anonymous said...

Assalamulaikum Tuan,

Di akhbar dan juga media2 alternatif kita sibuk memperkatakan tentang kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Nampaknya harapan ini mungkin hanya tinggal mimpi. Namum saya yakin masih ramai orang2 kita yang berdoa agar suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.

Bagaimana pula di kalangan bolggers. Tidak pernah timbulkan cadangan untuk mengadakan muzakharah sesama bloggers. Munkin jika kerajaan perpaduan terlalu jauh untuk di gapai. Kenapa tidak kita mulakan dengan bloggers perpaduan diantara bloggers UMNO dan PAS.

Sekian, buah fikiran saya.

Anonymous said...

TABUNG YG BERISI BIASANYA TAK BERBUNYI BILA DIGONCANG, TABUNG YANG DIGONCANG TAK BERBUNYI BIASANYA TABUNG KOSONG DAN TABUNG KOSONG TU... lu la brother siapa lagi...! lu apa class nak debat ? dengan bini pun takut... sekali bini ko hep menyorok bawah meja !

Muhammad Azli Shukri said...

Anonymaous - saya rasa tak perlulah bloggers buat muzakarah, hal ini adalah kerana bloggers ini bersifat amatur, jika kepalanya (bosnya) sudah boleh berdamai, maka anak buah akan ikut sekali. tak perlulah rasanya semua orang nak kena buat muzakarah, cukuplah jika bos2 dahulu yng buat.

anonymous - saya belum berbini, harap maklum.

Muhammad Azli Shukri said...

saya nak tanya satu sahaja kepada nik aziz,

jika ayah pin dan chin peng tiba-tiba sokong PAS, apa agak2nya nik aziz nak kata? nak kata mereka sesat lagi ke? atau semua dosa mereka terhapus begitu sahaja?

abu muaz said...

Apapun saudara kena bertanding jawatan besar dalam UMNO. Setidak-tidaknya ketua Pemuda UMNO Malaysia.Barulah saudara boleh mencabar sesiapa sahaja untuk berdebat. Orang akan tanya siapa berdebat dgn Nik Aziz oooo....itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia...barulah gah. Jadi saudara kena berjuang bersungguh-sungguh dalam UMNO ni ...jangan jadi UMNO bawahan.

fazrin2211 said...

alahai, buat apa nak wakil kan org lain, klu najib berani, debat sendiri la, bila time debat je, asyik2 nak guna wakil je, ceh

Waris Pahang said...

Tahniah Saudara,

Namun Buang Masa Sahaja Debat Dengan Mereka

DAP said...

Najib apa kelas.. tengok anuar pun gelabah. Mulut bebuih. tau nyorok bawa ketiak bini je.. lu azli apa lu tau ini debat punya hal.. lu tau cakap hentam saja.. tipu sana sini.. lu apa pangkat debat sana ulama nik aziz.. lu cincai punya olang.. lu tak ada sedar ka lu punya pangkat.. lu dan blog lu sama yang sokong lu boleh gali kubul kasi tanam lu punya badan...

DAP said...

kata lu ada debat sama pas punya olang.. lu mimpi ka.. lu ingat lu siapa.. muka pun tak ada masuk paper lagi mau lawan ulama nik aziz... lu betul tarak sedar lu punya diri la..

DAP said...

lu tau ka.. cina punya olang manyak baik.. itu pasal mau kelejasama sama pas dan anuar.. ini umno punya parti bukan boleh halap punya... melayu sindili pun tarak tolong... lagi mau pikil pasal cina ka...

Muhammad Azli Shukri said...

abu muaz - pada pandangan saya, jika kita ikhlas mana-mana kebenaran kita harus trima seadanya, tidak perlu menunggu jawatan penting. yg salah tetap, salah dan yang betul tetap betul.

Anonymous said...

YOB

tuan azli...
biar la pemimpin pemimpin yang berdebat....bukan soal hang boleh atau tak berdebat ngan MB kelantan tue...tuan ni pemimpin ke? ya betul hak masing2...tapi kata orang agak2 la......

pendapat aku la....jangan marah bro....

Anonymous said...

Saya sokong Azli berdebat dengan Nik Aziz dah hampir nak mampos tu...
Azli tawar diri atas alasan ahli umno, pada saya tak salah.
Teruskan lah terjuangan darah UMNO kita.....


ADD

Xenan said...

syabas,

ade juga ahli umno berminat berdebat dgn nik aziz.Saya syorkan utk tulis surat pada nik aziz secara rasmi.

Namun tak logik jugak akan jd kalau setakat mencabar dlm blog tetambah org tak berjawatan dlm UMNO.Wonder kenapa najib tamau debat.At least boleh menunjukan PAS itu salah atau sesat.Dapat juga promosi UMNO pada new generation.

Boleh juga dtg secara personal jumpa nik aziz berdebat n ceritakan hasil debat pd kami.Bukan susah sgt nak jumpa dia..kne g kuliah subuh kat pulau melaka jek.

Sy dah baca blog anda n amat mengkagumkan UMNO memiliki blogger serasional anda.Saya ingat kan UMNo cuma ada parpukari n perakbangkit.wahaha. walaupon ada yg saya tak setuju but as usual i'll defend your right to disagree.

Eyqa Aman said...

saya sendiri sanggup bdebat,wlupn xde pngalaman.patutkah seorg alim ulama bragama Islam mnyuruh kita mlakukan prkara yg dikeji Allah?? org Melayu smakin taksub dgn ketua mreka..

Xenan said...

"seorg alim ulama bragama Islam mnyuruh kita mlakukan prkara yg dikeji Allah??"

menarik tuh...ape pekara keji yg disuruh oleh alim ulamak tu?

abu muaz said...

Hei sigadis yang ayu...eyqa. Student jangan campurla... nanti kena akta universiti ..... kuang3.

Rantong said...

Sekadar nasihat & peringatan kepada pro PAS dan PKR.

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

fazrin2211 said...

udah2la..dalam blog semua cakap berani......hak hak hak. mengampu je lebih

zizOu21 said...

syabas..
saya begitu terharu dan berbangga dgn semgt yg ada pada saudara yg sggp berdebat dgn siapa2 saja dari parti pas. tajuk2 perdebatan yg sdra cdgkan pun bernas2 belaka. tp yg plg saya suka adalah tajuk pertama.

tp, agak sukar utk merealisasikan harapan sdra. (sprti kata DAP pd komen di atas - biarlah, itu pendapat dia..) mungkin sdra blh memulakan perdebatan di peringkat cawangan atau bhgn dan seterusnya ke peringkat yg lbh tggi bila mata pihak2 tertentu mula terbuka akan bakat sdra.

sprti kata pakteh, berdebat tu seolah2 makanan pas. depa ni dah biasa kutuk mengutuk org dgn apa saja point atau peluang yg ada. tp, dengan nada keberanian tulisan sdra, sy amat yakin yg sdra bukan calang2 org.

semoga sdra terus berjaya dlm perjuangan. kalo ada berita mengenai perdebatan, jgn lupa mklumkan buat rakan2 pemuda kita. insya-allah, pemuda bagan akan turun ke k.kgsr mmberi sokongan. insya-allah.

DR 1221 said...

AZLI SHUKRI VS NIK AJIS

SOKONG

Afdzal Mokhtar said...

SALAM BRO...AKU SUPPORT KO BRO..KO DUN WORRY..G MAMPUS ORG NK CKP APE PASL IDEA KO NI..KITE X CUBE BELUM TAU..KENE AMEK RISIKO..X PENTING KITE CUBE,KITE TIMBE PENGALAMAN..ATLEAST ORG X PNAH DEBAT NGAN NIK AZIZ TOL X..AKU SOKONG KO 100 PERCENT BRO..NIK AZIZ X LAYAK DEBAT NGAN DATO SERI NAJIB..DIE SAPE NK DEBAT NGAN PM KITE TU...

anakmelayu30.blogspot.com

support bro...

BOCAH KAMPONG said...

lu siapa mau debat sama nik aziz,
lu apa class nak debat,
....................................

Bukankah semua manusia tu sama cuma yang membezakan akal dan iman.

Teruskan perjuangan,
BOCAH KAMPONG AKAN TERUS MENYOKONG DEMI UNTUK KEBAIKAN BERSAMA.

Muhammad Azli Shukri said...

zizou - nanti saya akan maklumkan kepada saudara

dr1221 - terima kasih

afdzal - terima kasih atas sokongan

bocah - terima kasih kerana menyokong

ZHARIF BADRUL said...

anonymous
memang saya non-partisan.Tapi non-partisan tidak bererti tidak menyokong apa yan gbenar.Fahami betul2 apa maksud non-partisan itu sendiri.Saya hanya menyokong perkara yang benar.Kalau UMNO ada buat salah pun saya akan tegur.
Itu namanya non-partisan.Bukannya taklid buta sampai anggap sesebuah parti tu maksum dan pemimpinnya suci dari dosa

wanbaki said...

Ali Imran[28]
"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Orang PAS tok sah dok cakap banyak la...kalau dok berjuang ISLAM tapi tolak ayat ini... lu pk la sendiri bro...

Anonymous said...

haha nak tergelak rasa dengar pengakuan org taksub umno ni kata...kata apa?umno ikut quran dan sunnah...haha.mati hdp blk pun aku xcaya umno ikut quran sunnah.awk ni,persn bgs kan...sekrg2nye awk xsuka tok guru pun,jgn ar smpi kutuk beliau smpi mcm tu,sama2 beljr agama kan...awk sape nak hukm tok guru xten2 psl mcm tu!bukn tok guru je,semua org yg awk kutuk dlm blog awk ni!kesian la awk ni,ilmu agama byk,tinggi...tp dok pilh yg slh...hmm pk baik2 sblm bcakp...tlajak perahu ble diundur!tlajk kata...pndi2 jwb la 6t!kan bgs awk jd kan blog awk ni blog diskusi!bukn hentam keromo ja dlm poting awk ni!dlm islam pun mgalakkn berhujah!ha 1 lg.knp lak sbb dato'seri najib PM xleh bdebat!die pmimpin neg,tok guru pun pimpinan jg...biarla mereka bhujah bsama...aku rs rmi sokng tok guru bhujh dgn dato'seri dr awk!nastagfirullah.

sai said...

Salam En Azli. Em kalau macam tu apa kata En. Azli kirimkan surat ke Harakah atau ke TGNA sendiri mengenai sambutan nak berdebat ini. Janganlah hanya bercakap gah di blog sahaja. Nik Aziz takkan tahu kalau En. Azli tak cakap. Saya akan nantikan surat En. Azli keluar di Harakah atau Malaysiakini atau di Berita Harian, TV3, RTM sekalipun. Teringin juga nak tengok En. Azli sahut cabaran TGNA. TGNA dah cabar terang-terangan, jadi sahutlah secara terang-terangan juga. Bincang dengan MT UMNO dan sahutlah, baru saya respek, kalau cakap di blog, semnua orang boleh buat

sai said...

oh lagi satu, walaupun syarat tu agak berat, tetapi apa kata syarat tu pun dikenakan pada umno, kalau en azli kalah, umno akan dibubarkan. sebab en. azli wakil umno. so saya akan check harakahdaily, malaysiakini, tv3, berita harian, utusan, rtm setiap hari InsyaAllah untuk tahu perkembangan sama ada en azli ni betul-betul akan sahut debat nik aziz atau tak. kalau tak jugak keluar apa-apa saya anggap en azli ni berkokok sorang-sorang je kat blog ni dan layak lah umno dibubarkan. saya akan sokong sesiapa saja yang perjuangkan kebenaran Islam, yang ikhlas perjuangkan syariat Islam seperti yang di suruh Al-Quran dan Hadith. Tak kisah la PAS ke UMNO ke, saya akan sokong pemimpin yang perjuangkan syariat (bukan syiar) Islam. Ok saya akan nantikan susulan debat En. Azli-TGNA ni. Kalau tak keluar gak surat sahut cabaran di mana-mana media, mungkin saya akan pandang en. azli ni sebagai insan paling hina dan pembohong la...........

zedmagel said...

Syabas dan Tahniah saudara Azli,

Mereka fikir kita siapa, takut berdebat dengan mereka? Kita bukan mereka yang bongkak dan sombong. Kalau kita dipihak yang benar Allah akan tunjukkan dan telah pun tunjukkan.

Kita tidak pernah mendakwa syurga dan pahala milik kita. Kita pohonkan dari Rahmat Alla SWT jua.

Saudara Azli, saya cabar mereka untuk berdebat dengan saudara.

<< s| tED| >> said...

salam tuan,
saya juga seperti sesetengahnya. menunnggu, meneliti, mendengar danmembaca mana-maan media tentang hajat tuan untuk berdebat dengan TGNA! Pasti menarik. umpama cucu berlawan cakap dengan datuknya.

Jangan jadi tin kosong sudahlah.

Eyqa Aman said...

abu muaz: sya xcmpur.cuma mberi pndapat shj.salahkah?sya masih belum pndai bpolitik,tp dr sini,sya belajar mngenai politik di negara kita.sebabnye hnya satu,saya sayangkan tanah air sya.tntang universiti,so far,sya mmg xaktif dlm hal2 begini.belum smpai msanya.apabila smpai msanya,sya taula.

Anonymous said...

TEMAN SOKONG PENUH SAUDARA BERDEBAT DENGAN NIK AZIZ.

NANTI KITA AKAN DAPAT DENGAR MACAM-MACAM KARUT MARUT YANG AKAN KELUAR DARI MULUT NIK AZIZ.

SEBABNYA NIK AZIZ KATA BOLEH BERKAWAN DENGAN SYAITAN. KALAU SYAITAN DAH JADI KAWAN TENTU SAHAJA YANG KELUAR NANTI ADALAH YANG DISUKAI OLEHNYA.

Anonymous said...

Apabila Tun Dr Mahathir menjadi PM begitu lama, bukan main bising puak PAS mengata Tun Gila kuasa. Tetapi Tun seorang yang ada prinsip.

Pada 31.10.2003 Tun telah meletakkan jawatannya.

Nik Aziz juga dah lama sangat. Bila lagi nak berhenti. Jangan pandai menyuruh orang sahaja. Harus melihat diri sendiri juga. Pendek katanya: MUHASABAH!

Saja nak tanya. Masih sayangkan jawatan MB Kelantan ke? Kalau sayang peganglah sampai akhir hayat. Sebab tak ada pemimpin PAS lain yang boleh menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan agaknya.

UMNO tak begitu. Pemimpin datang pemimpin pergi.