Tetamu Kehormat...

June 2, 2009

Kerajaan BN Terlalu Baik



KERAJAAN BN
TERLALU BAIK


KUALA LUMPUR 1 Jun – Kerajaan sedia mengkaji kemungkinan mewujudkan skim pinjaman wang untuk golongan yang tidak mempunyai kerja tetap bagi mengelak golongan itu meminjam dengan ah long. Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, skim pinjaman yang sedia ada kebanyakannya adalah untuk pekerja tetap dan ingin membuka perniagaan sahaja. “Ketika ini tiada skim tertentu bagi membantu golongan tidak bekerja tetap, justeru kerajaan perlu melihat satu skim khas untuk membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada media di sini hari ini.


Ulasan Saya : 1. Kerajaan pimpinan BN terlalu baik dengan rakyat. Macam-macam diberikannya. Tetapi terdapat dalam kalangan rakyat yang tidak mahu bersyukur. 2. Semoga skim ini tidak akan menjadikan rakyat Malaysia bertambah malas untuk bekerja 3. Adakan juga "kawalan" serta "syarat" bagi memastikan golongan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu benar-benar layak untuk menerima skim ini. 4. Apakah ini cara terbaik bagi meningkatkan pendapatan golongan sasaran tersebut?

37 comments:

Mr. and Mrs. Mizan said...

bagus cadangan ni..

NONG said...

salam Azli..
Kalau ini salah satu pakej dalam rangsangan Malaysia, saya sangat bersetuju.Namun sebelum ianya dilaksanakan, kajian terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.

Kalau Skim Pinjaman ini sudah dilaksanakan dan rakyat masih 'buta'..saya pun tidak tahu apa mau cakap.

Dakjaat™ said...

yang pasti bukannya mudah utk mendapatkan pinjaman ini .. bukan semudah itu kerajaan nak bagi wang kepada orang yang tidak berkerja.. pasti syaratnya ketat....

Media Cyber said...

cadangan ini mmg bagus.. dan nak kata terlalu baik tak boleh juga sebab inilah satu2 cara yang memudahkan rakyat kita.. cadangan ini bukan diwujud bagi membantu orang2 yang bermasalah .. tapi utk mereka yang benar2 ingin menjayakan diri ..

AntiAlJuburi said...

Memang terlalu baik ..

Tetapi mungkin baik untuk rakyat tetapi tidak semestinya baik untuk negera!!

Kalau boleh kepimpinan Najib mengikut cara Tun M. Baik tetapi keras pada tempat nyer.

Rakyat rata rata perlukan pemimpin, lantaran rakyat harus dipimpin. Suara rakyat boleh didengar tetapi rakyat mesti diajar agar patuh kepada kepimpinan, bukan pemimpin menjadi 'barua' rakyat ...

Rakyat mesti diajar hak kepimpinan atau pemimpin, jangan sampai pemimpin mengikut selera rakyat semata mata kerana nak menghormati hak rakyat atau lebih teruk kerana nakkan undi rakyat!!

Rakyat wajib patuh selagi tidak disuruh melanggar syariat Allah.
Fahaman suara rakyat suara keramat adalah tersasar jauh dari fahaman Islam dan sewajarnya mereka berfahaman demikian bermausautin di hutan Amazon!!!

abe awe said...

Masalahnya rakayat yang sangat memerlukan sering kali tersisih (hingga masuk tv3-bersamamu)

Dengar cerita, ada negara yang memberi elaun sara hidup kepada rakyatnya yang tiada pekerjaan.

Boleh dikatakan 70=80% rakyat 'senang' dan tak kebulur kerana ditolong oleh kerajaan. Berapa % pula rakyat yang 'miskin' agama, terutama di tanah2 rancangan...

Senyumsempoi said...

Sistem pinjaman bank adalah yang terbaik. Pinjaman hanya pada yang mampu membayar. Tak mampu bayar jangan berhutang. MARA, PTPTA dan beberapa badan kerajaan lain amat arif dalam menghadapi kerenah peminjam yang liat membayar. Menghadapi golongan ini,Along adalah yang terbaik untuk mereka.

Anonymous said...

dh pike abis tak..jgn main ckp je..pike abis2..rancang betul2..jgn mcm tol..tgh mlm buta nk bg discount, nk buat ape..pemabuk blik dinihari, dpt lar bonus tu..hampeh punya idea..sepatutnya along tu diperangi habis2an..lintah darat penghisap nyawa orang..parasite ni sepatutnya dihapuskan dulu..jgn nnt ada pulak penguatkuasa yg kongsi sama dgn
along ni sudah lar..


batang tejuntai

Muhammad Azli Shukri said...

mr mizan - harap2 kerajaan mempunyai mekanisme yang baik bagi melaksanakannya.

nong - saya juga sependapat

dakjaat - betul tu

media cyber - harap dapat kenal pasti mereka yg benar2 memrlukan.

antialjuburi - saya juga berfikiran seperti itu

amirrash said...

menarik cadangan ini. persoalan dasar tak susah nak dibuat, pelaksanaan nanti mesti efisen.jangan nanti kelam kabut. dan satu lagi, dalam negara apa pun pasti ada kemiskinan. sama ada berpunca dari persekitaran atau memang sedia kala malas. masuk bersamamu tv3 bukan petunjuk terbaik negara mengabaikan rakyat. kalau individu itu sedia kala malas, buat macam mana pun tak mampu juga nak mengubah dirinya. sekurang-kurangnya dengan adanya cadangan sebegini, golongan yang hendak berusaha akan terpelihara dan dibantu. sekian.

YB Raz said...

kerajaan BN sudah melakukan pelbagai kemudahan untuk rakyat tapi sayang masih ada segelintir rakyat yang buta mata dan hati untuk melihat kebenaran.

Malah mereka menjadi kacang lupakan kulit dengan memilih pembangkang sebagai idola mereka.

ZHARIF BADRUL said...

salam
skim ni sepatutnya disasarkan kepada golongan peniaga2 kecil yang nak mulakan perniagaan. Secara tidak langsung kita dapat bantu mereka berniaga dan menjana ekonomi. Beri prioriti kepada peniaga2 yang bukan saja berniaga berasaskan makanan tetapi juga industri ringan,tekstil dsb

emailkan no en.azli nanti kalau saya free boleh jumpa

zshafiqz@gmail.com

dkama said...

Kalau loan nih boleh kasi kesan yang baik kat ekonomi negara ok jer... tapi kalau kesan buruk yang datang aku tak setuju..

kluangman said...

Malaysia No. 1 dalam perancangan, kelas dunia, tapi dari segi perlaksanaan ???? sendiri jawab..

MARA membekukan pinjaman pendahuluan pendidikan tinggi, MECD sudah tidak mempunyai peruntukan geran atau subsidi..Apa sudah jadi !!!

Satu tangan mengacah acah menghulur, satu tangan sudah tarik belakang..

Mana dia rakyat didahulukan..

fieza said...

erkk..very informative n serious..it was a nice blog coz im very naive about politics..ur blog will sure help me a lot..=)

Anonymous said...

kalau dah karat dacing mmg susah nak kikis...xsemestinya keris bogel tue bagus sgt.

datoadil said...
This comment has been removed by the author.
datoadil said...

Assalamualaikum, Salam Hormat.

Saya sangat tidak setuju dengan pemberian pinjaman kepada orang yang tidak berpendapatan tetap. Saya tidak nampak kepada kematangan kerajaan dalam melaksanakan cadangan berkenaan. Selepas menyaksikan kekejaman along menyiksa peminjam, maka cadangan bodoh kerajaan ini diutarakan.

Apakah tidak ada cara lain untuk membendung kekejaman along? Adakah setiap kali satu paparan akhbar yang agak mengejutkan, maka kita sibuk melaksana itu dan ini? Sepatutnya kita memikirkan cara bagaimana untuk menyelesaikan kekejaman along, bukan memikirkan disebaliknya.

Hal ini bermakna, kalau polis menangkap penjenayah, penjenayah itu disebat dan dihukum, maka kita mencadangkan cara-cara untuk membantu penjenayah itu agar tidak disebat?

Adakah dengan melaksanakan pinjaman kepada orang ramai yang tidak bekerja, maka masalah along dapat diselesaikan? Adakah dengan pinjaman itu maka sesiapa sahaja dapat memohonnya? Kerajaan selalunya hanya tahu bercakap sahaja dan selalu tidak dapat dipertanggungjawabkan.

Seorang isteri staf saya pernah memohon skim yang diumumkan oleh kerajaan untuk orang membeli rumah, iaitu mereka yang tidak berpendapatan tetap, skim yang diumumkan pihak kerajaan dalam bajet tahunan, tetapi pihak bank meminta dua orang penjamin dan penjamin perlu bertanggunjawab untuk membayar jika peminjam gagal. Kemudian ada juga syarat bukti pendapatan dan akaun.
jadi soalan saya, adakah itu dikatakan skim untuk orang tidak berpendapatan tetap? Kalau syaratnya sama seperti pinjaman lain, maka lebih baik jangan umumkan kerana tiada sesiapa akan layak memohon dan kerajaan boleh seronok umum sana sini skim baru.

Jika sekarangpun kerajaan gagal dalam skim pembiayaan pendidikan seperti MARA dan PTPTN dari segi pengutipan balik, skim yang lain pula kabur dan seperti omong kosong, bagaimana agaknya dengan skim pinjaman gara-gara kekejaman along ini?


Dato Adil
Singapura.

Mohd Syameer Firdaus said...

pendapat saudara memang benar!!!
100% tepat!!!

kerajaan BN terlampau baik! sana sini nak tlg rakyat tapi akhirnya rakyat undi pas atau pkr juga! rakyat tak sedar diri!!! revolusi je...padahal depa yg bodoh!

hrpn bodoh untuk malaysia klu undi tah siapa nama benda tu....

hidup BN!

fazrin2211 said...

baik ada makna, semua org boleh jadi baik kerana pangkat, darjat dan harga.

bagusnye malaysia, menggalakkan rakyat berhutang.

jgn lupa, ptptn yg 1% tu bila nak buat, takkan indah khabar dari realiti..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Aku menganggur.Boleh pinjam x?Hehehe

C.H.E Dayat said...

bagus tulisan nabang ni.. abang apa khabar? maaf saya lama benar tak singgah di laman blog ni.. sebenarnya, saya sekarang menjalani latihan praktikal di tv9.. jadi sibuk dengan event.. nnt saya akan berhubung dengan abang semula.. jika ada kelapangan boleh berjumpa...

salam,

sekian..

CT NORAMIZA said...

rakyat malaysia kan rakyat subsidi :)

pakcik said...

DARI SEGI PRINSIPNYA ADALAH BAIK DAN BAIK..
NAMUN KENA TENGOK JUGA DARI SEGI PERLAKSANAANNYA. SEPERTI DASAR DEB DAN SEBAGAINYA. SEMUANYA BAGUS TTAPI SEDIKIT SAHAJA MENDAPAT MANFAATNYA.

Anonymous said...

Bila timbul satu2 masaalah yg mendesak..kerajaan akan keluar dgn IDEA2 TOLOL..malukan msia kat spork jer..semua tu konon2 nk tunjuk perihatin..sebenarnya itu hanyalah tektik untuk mengalihkan pemikiran rakyat terhadap KEGAGALAN kerajaan mengatasi masaalah yg timbul..

Pinjaman mara, ptptn tak terkutip..ini nk cari satu beban lagi..kalo nk pike guna lar akal sikit..

batang terjuntai.

LotsOfLove-Pearls said...

semoga digunakan sepenuhnya oleh pihak penerima..

ondastreet said...

Salam semua,
jika benar seperti yang dicanangkan, mungkin kerajaan sedang merancangkan mekanisme yang sesuai bagaimana ianya dapat dilaksanakan. Cuma diharap bersabar dan sepertimana yang saudara Azli suarakan, harapnya "Semoga skim ini tidak akan menjadikan rakyat Malaysia bertambah malas untuk bekerja "

Jangan kita lupa, sudah ada skim yang telah dilancarkan bagi membantu rakyat dalam mendapatkan rumah - skim jaminan kredit perumahan. Kalau tidak salah saya, golongan sasaran adalah berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan; Pembeli rumah kediaman kos rendah / sederhana kali pertama.;Untuk kediaman...

Kita tunggu sahajalah apa tindakan kerajaan yang seterusnya.

~ OnDaStreet

ondastreet said...

datoadil,
tentang isu staf isteri dato tu, saya fikir kita kena dengar pihak-pihak yang berkaitan.

Ini antara rasional saya bila pinjaman tak lulus: syarat kelayakan- kenapa tak lepas (yang ini kena tanya bank tersebut), sebab skim yang dato katakan tu rasanya skim jaminan, bukan skim pinjaman. Yang beri pinjaman perumahan tu adalah bank, bukan kerajaan. Maka, kenalah tanya bank apa ceritanya..dan dengar daripada bank apa sebab pinjaman tak lulus.

Namun, ini hanya pandangan saya jika pinjaman saya tak lulus. Ok dato adil? :)

Setiap satu langkah itu ada orang yang pegang tanggungjawabnya, dan tidak semua masalah boleh diselesaikan sekaligus. Saya rasa dato pun tahu perkara ini.

Mungkin, cadangan TMK tersebut lebih menjurus kepada langkah paling cepat dan dekat untuk menyekat rakyat pinjam dari along.

Kita tunggu sahajalah perlaksanaannya.

~ OnDaStreet

Mohd Hazran said...

Salam Bro...

pd hemat saya,
masih byk lgi kerajaan BN tertinggal jauh ke belakang dgn pembangkang..
memang projek atau usaha yg dilakukn oleh kerajaan byk mmbantu rakyat,
ttpi kerajaan BN masih lagi ketinggalan dlm PERANG POLITIK CYBER..
ini merupakan 1 kesilapan kepada kerajaan BN kerana BN sendiri telah membuka atau menghasilkn dunia tanpa sempadan dgn begitu rancak sekali namun hasil yg dilakukn sendiri tidak digunakn dgn sepenuhnya oleh kerajaan BN tidak seperti parti pembangkang yg pantas mengeksploitasi kemudahan ini...
amat malang sekali..

saya mncadangkn agar penyokong kerajaan BN,
berusaha dgn lebih tekun dan kreatif serta inovatif dalam menyampaikan mklumat kepada rakyat...
sepatutnya ini yg telah dilakukan oleh penyokong kerajaan BN sejak mula pengenalan dunia tanpa sempadan..
maklumat yg disampaikn pula sewajarnya berpaksikan kebenaran dengan tidak bias kepada mana2 pihak walaupun ianya amat pahit untuk dipaparkn..

insyaallah..
pasti kerajaan BN akan terus teguh memerintah Malaysia dgn aman tanpa sebarang penyelewengan...

thanks Bro...

penakiri said...

Kerajaan PAS kelantan pernah perkenalkan benda ni, skim Qardhu Hasan, sejumlah wang diberikan kepada masjid terpilih, peminjam boleh pinjam tanpa dibebankan riba, memang ikhlas nak membantu, tapi sikap peminjam itu sendiri menggagalkan skim tersebut.

Bersetuju dengan Dato' Adil, takan setiap kali laporan akhbar yang mengejutkan kita perlu bertindak secara tidak matang.

Kerajaan BN jika baik turunkan cukai, mansuhkan tol. Itu lebih baik kurangkan beban dan secara tak langsung rakyat punya lebih duit ditangan, tak perlu pinjam along.

Sekarang RM 10 bagai tak bermakna..

adila lalala said...

hi, i need to say something about pinjam meminjam,,

eg: PTPTN,
sy bukan peminjam PTPTN,dan apa yg sy lihat, PTPTN ni dah jadi satu mcm trend terutama kepada pelajar Melayu, pinjam selagi boleh, ada yg memang mampu, tapi nak jugak pinjam supaya bila ada sale2 boleh lah mereka menapak,

sebagai seorang bukan peminjam,
sy selalu berfikir,
bagusnya mereka ni,
duit bulan2 untuk makan dan sewa masih mintak dengan parents,
tapi dengan kawan2 boleh pulak cakap tak tahan tengok sale,
padahal buku pon tak nak beli, sanggup photostat,

sy rasa maybe kerajaan kena buat garis panduan yang bukan sekadar syarat, tapi juga mungkin kalau perlu, inventori personaliti untuk tengok berbaloi atau tidak orang2 ini diberi pinjaman,

orang-orang Melayu ni, bukannya ramai pon yang tak mampu belajar, tak ada duit untuk hantar anak,

tapi yang sebenarnya tak ada duit untuk memewahkan anak,

mungkin jugak boleh cakap ini kesan akibat banyak sangat dibelai,

harap2 mereka ini bukan pelapis orang dibelai kemudian sibuk sokong Chin Peng balik ke Malaysia,

harap2 saudara dapat tulis sesuatu pasal itu sebab sy pernah terbaca blog seseorang yang mengatakan secara tak langsung Chin Peng telah menyumbang kepada pergerakan nasionalisme penduduk Tanah Melayu dulu,

aRe_uDear said...

Salam.. thanks 4low k..

PHIRDOTE said...

Bangun pagi mamai kelabu
Sarapan tersedia diatas meja
Mandi dahulu bukan selalu
bersama kerajaan berjaya bersama

keluar umno said...

apa yang dialami oleh isteri dato adil memang betul. kerajaan penipu dan suka menipu. buat skim dan pastikan semua orang tak layak.. padahal memang tak ada duit... itulah sikap pemimpin ameno-meno(umno)

keluar umno said...

buat skim untuk pelacur pasal banyak pelacur kat penang, jb, kl, ipoh. biar mike boleh beli kondom, gugur anak dan bedah kemaluan kasi solid body.. bodoh punya cadangan.. ada masalah cakap tapi tak buat. muntah dan meluat tengok ameno ni..

Puteri-Cahaya said...

Kerajaan BN sebenarnya sedang berusaha "memancing" kembali hati rakyat akibat kekalahan mereka pada pilihanraya lepas. Mewujudkan banyak skim untuk rakyat so mewujudkan lagi lah orang yang malas bekerja. Tambah2 lg org yang terlebih mampu pun sibuk nak apply...samalah mcm PTPTN macam yang adila lalala ckp tu..nak cari jalan penyelesaian tapi timbul lagi banyak masalah...entahlah..no komen..

ise said...

bro lebih baik diberikan peluang kerje dari bagi pinjaman.kalo takda kerje macammana nak bayar,

lama2 lari dari utang macam lari dari along gak,hidup dalam ketakutan.