Tetamu Kehormat...

June 4, 2009

Husam Musa 2009 : "Timbalan Presiden PAS Wajib Pilih"



HUSAM MUSA 2009
"Timbalan Presiden PAS Wajib Pilih"


KUALA LUMPUR 3 Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa malam ini menegaskan pucuk pimpinan parti itu tidak pernah mempunyai niat atau perancangan untuk membawa Pas menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN). Sebaliknya beliau berkata, Pas akan terus dipertahankan daripada sebarang unsur yang boleh menjejaskan keutuhan dan perpaduan parti.

''Saya ambil kesempatan di sini untuk sekian kalinya menegaskan bahawa pimpinan tertinggi parti tidak pernah mempunyai niat atau perancangan untuk masuk UMNO dan BN.

''Saya amat percaya adik-adik saya di dalam Dewan Pemuda Pas bersama-sama dalam agenda ini. Akan kita pertahankan parti ini daripada sebarang unsur yang cuba merobek dan mengganggu keutuhan jemaah kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke-50 di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd. Noor, Markaz Tarbiyyah Pas Taman Melewar dekat sini malam ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub; barisan exco serta 1000 hadirin yang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati.

Kenyataan Nasharudin itu merupakan reaksi pertama beliau apabila ada pihak yang menuduhnya terlalu liberal dengan UMNO.

Sejak dikaitkan dengan dakwaan tersebut, Nasharudin tidak pernah sekali membuat kenyataan, sebaliknya mengambil pendekatan mendiamkan diri. Nasharudin dalam ucapannya turut mengajak golongan muda dalam Pas menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran kerana parti itu terbentuk atas dasar yang ditetapkan oleh kedua-dua sumber utama dalam Islam itu.

''Islam yang kita perjuangkan ini diambil nasnya daripada al-Quran dan as-Sunnah dan al-Quran dan as-Sunnahlah yang mengajar kita untuk mengenal siapa musuh, siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana kita hendak berdamai," katanya. Selain berperanan sebagai satu parti politik, beliau juga menyentuh fungsi Pas sebagai satu badan dakwah yang perlu menjalankan kerja-kerja dakwah.

''Kita sebagai dai (pendakwah) yang bertanggungjawab ke atas mad'u (pihak yang didakwah). Bila sebut mad'u semua yang di luar sana adalah mad'u kita.

''Kita harus mengajak mereka bersama kita berbincang, berdialog tanpa mengira siapa mereka dan ideologi atau kefahaman apa pun yang mereka miliki," katanya.

Beliau juga berpesan supaya tidak berlaku laga melaga antara satu sama lain, berdusta hingga membongkarkan rahsia dan menjaga adab- adab berjemaah.

Dalam pada itu, beliau mahu semua pihak sedar bahawa kepimpinan merupakan amanah paling berat dan ia wajib diuruskan dengan cara yang betul dan benar. Beliau berkata, walau diuji dengan pelbagai cabaran tidak terduga, pemimpin harus mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipertahankan.

''Kepimpinan adalah seni untuk membimbing manusia ke arah objektif yang telah ditetapkan. Alhamdulillah Pas mempunyai produk Islam untuk disampaikan dan ia akan terganggu sekiranya pemimpin tidak bijak dalam meyakini rakyat atau pengikut untuk menerima prinsip-prinsip Islam,'' ujarnya.


Ulasan Saya : Setelah membaca berita dan komen daripada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, maka saya terpaksa bercakap berterus terang bahawa saya sangat kecewa. Pertama : Beliau mendakwa bahawa PAS tiada niat atau perancangan untuk menyertai BN/UMNO, saya fikir ini satu pembohongan. Hal ini adalah kerana, ia sangat bercanggah dengan kenyataan Mufti Perak, Tuan Guru Harussani yang menceritakan panjang lebar berkenaan Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz sudah memberi "lampu hijau" kepadanya berkenaan kerjasama antara BN dengan PAS bagi membentuk kerajaan di Perak bagi menggagalkan niat DAP untuk menguasai kerajaan negeri selepas PRU Ke-12. Namun demikian, yang menjadi batu penghalangnya hanyalah Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak yang berdegil dengan mendakwa bahawa BN/UMNO lebih teruk daripada DAP lagi. Hal ini boleh dibaca panjang lebar dalam wawancara antara Tuan Guru Harussani dengan Majalah Milenia Muslim keluaran Mei 2008.


Kedua, apabila Nasharudin berkata, ''Kita sebagai dai (pendakwah) yang bertanggungjawab ke atas mad'u (pihak yang didakwah). Bila sebut mad'u semua yang di luar sana adalah mad'u kita. Kita harus mengajak mereka bersama kita berbincang, berdialog tanpa mengira siapa mereka dan ideologi atau kefahaman apa pun yang mereka miliki," katanya. Saya agak pelik jika Nasharudin boleh berkata sebegini. Hal ini adalah kerana, jika benar beliau jujur, maka tiada masalah sekiranya PAS berbincang dan berdialog dengan UMNO. Tetapi mengapa terdapat juga dalam kalangan pemimpin PAS yang berdegil dalam soal ini, seperti mana sikap Ahmad Awang, Pesuruhjaya Pas Perak, yang diceritakan oleh Tuan Guru Harussani dalam majalah Milenia Muslim tempoh hari. Saya melihat Nasharudin yang sudah tiga penggal menjadi Timbalan Presiden PAS telah gagal menunjukkan prestasi yang cemerlang. Malah, sudah tiba masanya perwakilan PAS memilih Husam Musa sebagai gandingan mantap bersama Tuan Guru Haji Hadi. Regu Hadi-Husam akan membuktikan kepada masyarakat bahawa PAS bukanlah parti untuk ulama ortodoks semata-mata, malah semakin toleren dengan ulama-ulama yang tidak mempunyai latar belakang ilmu agama.Hal ini penting untuk imej PAS pada masa akan datang.


Membiarkan gandingan Hadi-Nasharudin hanya membuatkan imej PAS dilihat sebagai parti yang masih mahu mengekalkan status quo dan tradisi lama - dan sukar untuk menerima perubahan. Jika PAS boleh berkasih sayang dengan DAP - musuh Islam, rasanya tidak ada salah jika PAS mengizinkan jawatan nombor dua parti diberikan kepada golongan yang bukan berstatus ulama. Rasanya tiada dosa jika Husam Musa diberi peluang bagi menggantikan Nasharudin yang dilihat sebagai "Pak Pacak" dan sekadar mahu mengekalkan imej kepimpinan ulama dalam PAS selama ini. Perwakilan PAS harus bijak dan bukan dipijak kepalanya. Ulama-ulama PAS bukan maksum daripada dosa.Tiada salah dan dosanya jika PAS dipimpin oleh golongan yang bukan dalam kalangan ulama. Husam Musa harus diberi peluang bagi memegang jawatan Timbalan Presiden PAS - sekali gus mengukuhkan PAS dan merelevankan parti tersebut pada masa akan datang. Pada saya, Husam Musa mampu menjadi Hassan al-Banna dalam PAS, jika beliau diberi peluang untuk menjadi Timbalan Presidennya. Wallahualam.


Kesimpulannya : Semua perwakilan PAS harus memilih Husam Musa sebagai Timbalan Presiden PAS, dan mereka tiada pilihan lagi jika mahu melihat PAS terus relevan dan mempunyai gabungan mantap antara puak profesional dengan ulama. Pada saya, Husam Musa tetap menjadi pilihan sebagai Timbalan Presiden PAS yang baharu. Syabas Husam! Takbir!

20 comments:

datoadil said...

UMNO JANGAN SIBUK SOAL PAS


Apabila UMNO mula lemah, barulah kedengaran sibuknya UMNO bekerjasama dengan PAS. Yang menghairankan saya, tidak pula diajak Parti Keadilan Rakyat untuk membentuk kekuatan melayu sedangkan parti itu lebih berpengaruh menarik banyak melayu atas faktor Dato Seri Anwar Ibrahim.

UMNO ini sangat menghairankan. Semasa Anwar dibebaskan oleh mahkamah, pemimpin UMNO awal-awal lagi buat kenyataan bahawa pintu UMNO tertutup buatnya. Sedangkan Anwar tidakpun sibuk bercakap untuk sertai UMNO, walaupun sebenarnya Anwar berhak mendapat semula kedudukannya.

Jadi dalam hal ini soal perpaduan yang dibangkitkan UMNO adalah hal paling bodoh yang pernah digembar-gemburkan UMNO. Apabila sudah tersepit, sibuklah UMNO buat sana-sini kerjasama.

Satu lagi kebodohan pemimpin ialah jawapan-jawapan kepada sesuatu insiden. Saya mengambil contoh kes runtuhan stadium di Terengganu. Apabila sudah runtuh, kerajaan negeri dengan muka terhegeh-hegeh boleh mengatakan bahawa memang stadium itu tiada kelulusan dan ada masalah. Kenapa bila runtuh baru ada fakta itu dikeluarkan. Apa bodoh sangatkah sampai hal itu tidak boleh di nyatakan terlalu awal.

Satu lagi jawapan bodoh dan memualkan rakyat ialah

1. Kita akan arahkan pemeriksaan segera.

2. Kita akan perketatkan pemberian tender

3. Pihak bertanggungjawab tidak akan terlepas.

Dahulu pun berlaku masalah kebocoran di Parlimen, tapi sampai Samy Vellu kalah pilihanraya tiada apa jawapan yang rakyat perolehi.

Manusia bodoh, bukan kerana diciptakan bodoh, tetapi dibodohi oleh ketamakan dan tipisnya ilmu didada.

Dato Adil
Cyberjaya.

ZHARIF BADRUL said...

salam
saya mempunyai teman2 yang beraliran PAS dan kebanyakan mereka menyokong saudara Nasaruddin.Saya sendiri secara peribadi menyokong beliau kerana ada berita yang mengatakan ustaz nasa bersedia untuk kerjasama dengan UMNO.
Husam sendiri menurut kalangan ahli PAS adalah proksi kepada sdr Anwar Ibrahim tetapi sebagai seorang yang bukan ahli dalam parti PAS saya memilih untuk berkecuali. Siapa pun yang menjadi timbalan baik Nasa atau Husam pada saya tetap tidak akan bekerjasama dengan UMNO.
Mereka lebih berminat untuk bergabung dengan DAP dan PKR.

DR 1221 said...

Adalah amat wajar sekali UMNO ditentang setelah mendapat madunya.
PAS akan memerintah Malaysia walaupun masalah air di Kelantan tak selesai sampai sekarang, takpa itu masalah nombor dua. Pertama, war2kan keburukan UMNO. Orang kampong mana tau, PAS kan ulama, bukannya malaikat.
Kawan ngan UMNO buat apa, kawan ngan Lim Kit Siang, Karpal Singh boleh tubuh negara Islam.

Aah Mat Dee said...

sya kurang setuju dengan pendekatan PAS, malah saya tak boleh terima apabila dikatakan orang dari parti lain adalah kafir...dalam islam tidak boleh kita menjatuhkan hukum dengan sesuka hati malah sangat dilarang agama, apatah lagi dari segi iman seseorang, kita tidak berhak menentukannya, hanya ALLAH yang khalik sahaja berkuasa menentukan keimanan seseorang, apakah kafir atau tidak.

Rantong said...

Salam ziarah. Such a great blog.

View Profile: Rantong™

BelokKiriKanan said...

saya berpendapat perwakilan harus memilih Ustaz Nasharuddin sebagai TPP. jangan terperangkap dengan mainan media massa BN yang sengaja melabelkan kumpulan2 dalam Pas untuk menghancurkan parti. Pas seharusnya menjadi Pas dan bukannya menjadi Umno atau PKR.

zul rahman said...

jikalau saudara azli shukri berkata:

'saya sangat kecewa'

maka diluar sana ada lebih ramai lagi yang akan berkata-kata sedemikian,
mereka semua sangat kecewa, mereka kecewa, kami sangat kecewa, saya juga kecewa, pelajar-pelajar kecewa, ibu-bapa juga kecewa, rakyat kecewa, adik-adik kecewa, orang kampung kecewa, tukang cuci kecewa, pemandu bas kecewa, peniaga-peniaga kecil tepi jalan juga kecewa, semua orang kecewa, kecewa dengan berbagai-bagai macam perkara yang tak mampu diperjelaskan,

yang tak mampu dan tak berduit,
hanya mampu perhati, cuma mampu melihat sambil menjalankan kerja rutin harian,
mereka juga sangat kecewa,

yang mampu dan berduit, bergerak berpindah ke luar negara,
mereka juga sangat kecewa,

yang berharta dan berpangkat, mula menguruskan perniagaan dengan neraga luar,
mereka juga sangat kecewa,

hal dan perihal kecewa itu, saudara azli sendiri jua tahu dan tak terucapkan.

turunlah, jumpalah, bertemulah dengan mereka, tanyalah satu persatu, berjalanlah diatas muka bumi Allah sambil memerhatikan,

janganlah takut atau risau kepada jawaban-jawaban yang bakal ditemui walaupun ianya bakal terasa hingga ketulang hitam dan menusuk ke sanubari yang dalam,

sekurang-kurangnya apabila kamu diperdengarkan, kamu akan menginsafi perbuatan,

berjalanlah,
perhatikanlah,



salam hormat,
zr

Anonymous said...

Salam....
Wahai saudara...
Jika benar saudara seorang Melayu yang beragama Islam.Bukalah Al-Quran, baca tafsirannya, solat, minta pada Allah agar dipertemukan dengan insan yang benar-benar ikhlas mengajar ilmu agama kerana Allah...
Tidak ada apa-apa kepentingan dunia sekali pun.... Pelajarilah... Apa yang dimaksudkan dengan Tahalluf Siasi. PAS menjunjung Al-Quran dan As-Sunnah.UMNO menjunjung hanya bangsa Melayu dan undang-undang ciptaan manusia dalam perlembagaannya. Cuba saudara fikirkan... Nabi Muhammad sendiri berbangsa Arab, bukan bangsa Melayu. Yang Nabi Muhammad perjuangkan adalah Islam, bukan bangsa Arab

Anonymous said...

Husam Musa, Mohamad Sabu dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa, ketiga-tiganya layak untuk menjadi Timbalan Presiden PAS. Perwakilan PAS hanya memilih yang TERBAIK dari ketiga-tiga yang TERBAIK.

acai said...

dato adil''''

UMNO JANGAN SIBUK SOAL PAS

lupakah kmu aper yang berlaku pada perhimpunan agung umno...

bg komen biarlah adil....
sekadar mengingatkan shj...

Muhammad Azli Shukri said...

dato adil - PAS selalu campur tangan dan sibuk hal ehwah rumah tangga umno sejak dari dulu lagi.

Anonymous said...

PAS MENJUNJUNG AL-QURAN DAN AS-SUNNAH (anonymous 5 Jun 2.01am)

Benarkah?

Kalau PAS benar-benar menjunjung Al-Quran dan As-Sunnah sudah lama negara ini diperintah oleh PAS.

Sedarkah saudara parti mana yang mempermainkan ayat2 Al-Quran?

1. PAS memilih bersekutu dengan DAP musuh Islam untuk memerintah Negeri Perak adakah menjunjung Al-Quran. Pemimpin2 sdra telah berceramah di seluruh negara membaca ayat 28 surah Ali Imran yang bermaksud "JANGANLAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN MENGAMBIL ORANG-ORANG KAFIR MENJADI TEMAN RAPAT DENGAN MENINGGALKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN....." Diantara orang-orang UMNO dengan orang-orang DAP yang mana patut dijadikan teman rapat. Pemimpin DAP (Karpal Singh) telah memberi amaran kepada PAS 'Langkah mayat saya dulu sebelum nak laksanakan undang2 Islam'. Kenapa PAS sanggup berteman rapat dengan parti DAP?
Itu sebabnya hari ini tak dengar lagi pemimpin sdra membaca ayat tersebut kerana tidak beramal dengannya.

2.Semasa Mat Sabu ditangkap khalwat dan telah disahkan oleh 4 orang saksi kenapa pemimpin PAS bersungguh2 mencari jalan untuk membebaskannya. Tindakan itu mengikut As-sunnah ke? Bayangkan kalau perkara yang sama dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Kesimpulannya: Muhasabah dan perbetulkan diri dulu.

a kl citizen said...

saya tak setuju dua-dua parti bergabung. masing-masing ada kekuatan n kelemahannya. kalau bergabung hy ada satu jenis kekuatan sahaja.yang saya setuju ialah persefahaman. mcm pas dgn DAP skrg, patutnya persefahaman atr PAS & UMNO. sekiranya persefahaman atr PAS n UMNO berjaya diujudkan, kita bertambah kuat dan kelemahan boleh dikurangkan.wallahualam... oya.. org melayu berbahasa org2nya, cubala kurangkan perkataan bodoh sesama kita...anak2 kita semuanya terikut cakap2 kita, x percaya cuba dengar budak2 sekarang bercakap.

hamdan al-kandahlawi said...

sebenarnya apa yg dikatakan azli ni ada kebenarannya..

kritikan2 yg diberi dlm komen pun ada kebenarannya..

tertarik dgn 1 komen tntg "bangsa" oleh anonymous di atas,

quote :

Cuba saudara fikirkan... Nabi Muhammad sendiri berbangsa Arab, bukan bangsa Melayu. Yang Nabi Muhammad perjuangkan adalah Islam, bukan bangsa Arab

komen/pandangan peribadi saya :

sebenarnya,mmg la Rasulullah berbangsa arab..tp dalam membawa risalah Islam,bangsa arab ni memainkan peranan penting ketika di awal perkembangan Islam..bangsa yang lebih dominan ni,lama kelamaan menjadi kukuh dan kuat berpegangf kpd Islam,dan akhirnya tersebar luar.ada juga bangsa2 lain,tp yg lebih dominan utk memacu kelajuan dakwah Rasulullah adalah bangsa arab.jadi di malaysia,bangsa melayu ni antara yg dominan dan relevan utk menguatkan dakwah Islam,bangsa lain juga penting,tapi tak dominan seperti bangsa melayu.bukan bersikap racist,semuanya orang tk kira bangsa sama saja kedudukannya di sisi Allah,melainkan amal dan taqwanya.tapi dari segi strategi dakwah,bangsa yang dominan juga memainkan peranan penting.

satu lg,benar juga kata azli ini,bila mengatakan mad'u,ianya tidak tertakluk kepada sempadan "kepartian".semua ummat Muhammad adalah mad'u,dan bilamana menyebut lailahaillallah,dia adalah da'ie,dan pemimpin,paling kurg kpd diri sendiri.jadi mengapa skop mad'u perlu disempitkan hanya dengan yang berada dalam pas shj?bawaklah islam secara keseluruhan,dan jgn bwk Islam hanya dgn kefahaman parti dan dgn alasan tahalluf siyasi,menidakkan kerjasama yang boleh dibuat dengan umno.sekurg2nya,mereka masih ada yang menyebut kalimah syahadah,tntg perilaku mereka,biarlah mereka dengan Allah.

p/s :sikit pandangan insan yang lemah.tidak berpihak kpd mana2,umno mahupun pas.yang baik perlu disokong.

renttap said...

daun emas bertahta perak
sirih junjung sampai ke Gemas
kita kecewa patut pada buruknya akhlak
tapi sdr azli kecewa pada pemikiran yang bernas

berbezakah UMNO?

*peminat

zul rahman said...

salam hormat az'li shukri,
salam hormat hamdan al-kandahlawi,
salam hormat kepada semuanya,

Quote :
Nabi Muhammad sendiri berbangsa Arab, bukan bangsa Melayu. Yang Nabi Muhammad perjuangkan adalah Islam, bukan bangsa Arab-Anonymous


Quote:
'satu lg,benar juga kata azli ini,bila mengatakan mad'u,ianya tidak tertakluk kepada sempadan "kepartian". semua ummat Muhammad adalah mad'u, dan bilamana menyebut lailahaillallah,dia adalah da'ie,dan pemimpin,paling kurg kpd diri sendiri.jadi mengapa skop mad'u perlu disempitkan hanya dengan yang berada dalam pas shj?bawaklah islam secara keseluruhan,dan jgn bwk Islam hanya dgn kefahaman parti dan dgn alasan tahalluf siyasi,menidakkan kerjasama yang boleh dibuat dengan umno.sekurg2nya,mereka masih ada yang menyebut kalimah syahadah,tntg perilaku mereka,biarlah mereka dengan Allah. -hamdan al-kandahlawi


Alhamdulillah,

La ila haillallah,

cerita saya:
kita lupa, bahwa bumi malaysia yang kita duduki ini adalah tanah terlindung dari 2 angin besar,
dan sering kita juga lupa bahwa telah Allah SWT himpunkan kesemuanya disini,
dan demi masa, segala-galanya itu bukanlah terjadi dengan sia-sia,

baca,

china juga tempat penyebaran Islam,
hindi?
darul ulum,

kedua-duanya dan yang lain-lainnya ada di bumi malaysia,

'maka berbondong-bondonglah mereka memeluk Islam'

baca,
'the correction day'
'the resureaction day'

baca lagi,
PAS-UMNO,

bina negara,

baca lagi,
panji-panji lama dulu,
melayu hilang identiti,

20 Hijrah,

620 Masehi,

dimana Melayu ketika itu?

1200Masehi
1300Masehi
1400Masehi

1500Masehi
1511Masehi
Melayu hilang Identiti,

1957Masehi
[446Tahun]

1430Hijrah
2009Masehi

apakah Melayu masih hilang Identitinya sehingga kini?

'Tenggelamnya kapal Van der Wijck'
apakah tiada langsung perbincangan kesaksamaan buat kata kesepakatan?

'La ila haillallah'

sama, tak berbeza, sama,

'La ila haillallah'


La,

salam hormat,

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

Salam, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.
Biar apa pun pandangan politik, itu adalah hak masing2 membuat keputusan.

"ibarat menarik rambut dalam tepung,rambut jangan putus,tepung jangan berselerak"

PAKLAN
http://papan9.blogspot.com/
http://www.jalakmas.blogspot.com/

The Aminos said...

very informative, there's a tag for you in my blog

echah_syed said...

sy suka ulasan & pendapat saudara..tp sy tak pandai nak komen.so biar yg 'pakar ' je komen ekk.

hanya jauhari yg kenal ma'nikam.. :)

hamdan al-kandahlawi said...

tahalluf siyasi selalu dimainkan pihak2 tertentu..sehingga melupakan asas yang sepatutnya dibawa,iaitu tarbiyyah.

lebih teruk org yg membawa Islam tapi tidak menonjolkan islam itu.alasan tahalluf siyasi dan sebagainya,adalah juz'i dalam sistem pembangunan Islam.banyak lagi perkara asas lain yang belum selesai.dakwah berasaskan kuasa politik hanya sekadar berlegar kepada pelaku2 parti itu sahaja.berpusing2 di tempat yang sama.-syok sendiri-

tentang komen zul rahman : kurang faham apa yang ditulis-tapi kalau ingin mengatakan cina dan india,kedua2nya di sini,harus ambil kira pegangan mereka.Islam kebanyakannya di uatara India,Hindu pure kebanyakannya di selatan.begitu juga cina.tapi majoriti mereka bukan islam di negara ini.cari apa sebab?sbbnya org Islam yang lemah di Malaysia.kalau PAS mengatakan membawa agenda negara Islam,dh berpuluh2 tahun berada di bumi malaysia ni,tak sepatutnya rakyat malaysia masih belum dapat menerima negara islam yang dicanang2kan.even kalau malaysia jatuh kepada pembangkang,belum tentu Pas dpt menerajui dengan apa yang dipanggil "negara Islam".pada masa tu lah,kecairan tarbiyyah dalam pas akan menular,dan tunduk kepada orang2 di sekeliling-alasan??tahalluf siyasi.

hak dan batil dicampur adukkan,dipolitikkan,dan dikotori-maksud sebenar politik juga dikotori oleh puak2 bekpartian.