Tetamu Kehormat...

June 13, 2009

Haji Hadi 2009 : Kitaran Sudah Mati

Haji Hadi 2009
Kitaran Sudah Mati


KUALA LUMPUR 12 Jun - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menyelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan Presiden Pas itu sebagai memalukan pakatan pembangkang berikutan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO. Sehubungan itu, Karpal meminta Abdul Hadi memohon maaf kepada bukan sahaja DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tetapi juga kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kata pemimpin veteran DAP itu, ini perlu berikutan cadangan untuk berunding dengan UMNO adalah satu pelanggaran secara nyata terhadap kejujuran kerjasama dalam pakatan pembangkang. ''Abdul Hadi perlu meminta maaf kepada DAP dan PKR serta Nik Aziz kerana mencetuskan cadangan untuk berunding dengan UMNO yang merupakan satu pelanggaran jelas terhadap keikhlasan beliau bekerjasama dengan DAP dan PKR. ''Diharapkan pada masa depan Abdul Hadi perlu berfikir dua kali sebelum membuka mulut. Beliau sekarang sudah memalukan pakatan pembangkang," katanya dalam kenyataan. Abdul Hadi yang mempertahankan jawatannya pada Muktamar Agung Pas tanpa bertanding minggu lalu berhadapan kecaman hebat daripada pemimpin pakatan pembangkang berikutan idea kerajaan perpaduan. Malah pemimpin Pas turut tidak terkecuali daripada mengkritik cadangan tersebut dengan Nik Aziz sendiri telah melabel mana-mana pemimpin di dalam Pas yang mempertahankan idea tersebut sebagai 'boneka UMNO'.



Ulasan Saya : Saya benar-benar marah kali ini, marah sungguh-sungguh! kepada dua orang tokoh pembangkang. Pertama Tuan Guru Nik Aziz, kedua Karpal Singh. Kenapa? Sebabnya mudah, iaitu :


1. Jika tuan-tuan mengamati ucapan Hj. Hadi semasa sessi penggulungan pada hari terakhir Muktamar PAS yang berlangsung baru-baru ini, tuan-tuan akan dapat melihat bahawa hujah Hj. Hadi adalah berpaksikan kepada kehendak al-Quran dan As-Sunnah. Saya terpaksa mempertahankan kebenaran, tidak mengira sesiapa, sama ada Nik Aziz, Haji Hadi, Tun Mahathir, atau sesiapa sahaja yang berpegang teguh atas prinsip kebenaran al-Quran dan As-Sunnah, saya wajib mempertahankannya. Namun demikian, dalam isu Kerajaan Perpaduan saya dapati hujah Hj Hadi lebih tepat dan bersesuaian dengan kehendak al-Quran dan Sunnah Nabi berbanding dengan pandangan Nik Aziz dan seangkatan dengannya. Sudah berkali-kali Hj. Hadi menjelaskan bahawa, Islam menyuruh dan mewajibkan umat Islam bersatu dan mengelakkan permusuhan, itu sangat jelas hukumnya, yakni WAJIB, apatah lagi sesama Islam. Apa-apa yang Hj Hadi perkatakan hanyalah berasaskan kepada kehendak al-Quran itu sendiri, "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara". Bukankah hal ini jelas? dan mengapa pula Nik Aziz berdegil dengan suruhan daripada Allah ini? Walaupun saya orang UMNO, namun saya tidak fanatik, mana yang salah akan tetap saya tegur dan yang betul sama-sama kita sokong, tidak kira PAS atau UMNO. Dalam isu Kerajaan Perpaduan ini, saya menyokong hujah-hujah Hj Hadi, ia jelas berpaksikan al-Quran dan hadis nabi, mana-mana ahli PAS yang menolak pedamaian dan kesatuan ummah, maka mereka boleh dikira sebagai menolak perintah Allah dan Rasul-Nya. Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan adalah titik mula ke arah kesatuan umat Islam yang mempunyai akidah yang sama, dan mengapa mesti ia ditentang? Jika kita mengikut suruhan nabi dan menjunjung al-Quran, kita harus tahu bahawa menyatupadukan umat Islam adalah wajib hukumnya. Adalah mustahil ahli-ahli PAS tidak tahu akan hukum tersebut.



2. Karpl Singh tidak perlu sibuk dan menyuruh orang lain meminta maaf, tiada apa-apa yang memalukan parti pembangkang dengan ucapan Hj Hadi tersebut. Karpal Singh patut malu dengan diri beliau sendiri. Perbuatan biadap menolak negara Islam dan hukum Hudud sudah cukup jelas mengguriskan perasaan Hj Hadi dan umat Islam di Malaysia. Malah, kritikan pedas beliau kepada Sultan Perak dan melanyak Anwar Ibrahim di dalam televisyen sebelum ini sudah cukup membuktikan bahawa Karpal Singh merupakan rakyat Malaysia yang langsung tidak bersyukur dengan segala nikmat yang beliau terima selama ini. Dengan usia dan kelumpuhan yang dialaminya bak kata perpatah, kubur kata mari, rumah kata pergi - sekurang-kurangnya sudah cukup membuat Karpl Singh berfikir berkali-kali bahawa kehidupan dunianya sudah semakin hampir ke pintu kubur. malah, Sudah tiba masanya, rakyat Malaysia menolak mana-mana individu yang jelas menunjukkan kebenciannya terhadap soal bersatu-padu, pedamaian dan membentuk sebuah negara Malaysia yang lebih harmoni dengan semua kaum hidup dalam keadaan aman dan damai. Saya nasihatkan kepada karpal Singh agar tutup mulut beliau berkenaan isu Kerajaan Perpaduan ini, beliau tidak layak untuk menegur Hj Hadi. Biarkan isu Islam diselesaikan oleh umat Islam sendiri, dan jangan sibuk campur tangan lagi.

12 comments:

Anonymous said...

As a PAS non-muslim supporter,I agreed with you that Karpal shd not jump the gun, let Hadi explain himself first.But I found it offensive that Nasharuddin said what Tok Guru said did not represent the party's view.Let it be known to all you sirs, without Tok Guru there's no Pas, and we won't stick around too.Pls have great respect for this humble, wise and just leader.

ZHARIF BADRUL said...

salam
berlaku keretakan dalam PR sendiri. Tetapi saya yakin jika Tuan Guru Abdul Hadi memberi lebih banyak penjelasan mungkin lebih ramai yang akan setuju. Saya sudah mengulas perkara ini di blog saya

http://pre-lawrian.blogspot.com

Al-Adha, said...

bg sy cadangan Tuan Guru itu ada baiknya utk kesatuan umat Islam... Perkara ini telah di perkatakan oleh beberapa orang (penganalisis politik) bahawa tuan Guru Hj Hadi akan menimbulkannya selepas muktamar Pas... oleh itu Tuan Guru hanya perlu menyebarkan ideanya sehingga masyarakat mengerti bahawa itu adalah utk kebaikan umat Islam di Perak dan di Malaysia.

BOCAH KAMPONG said...

Sebenarnya karpal tu dah takut melayu nak bersatu..tu la dah nak mengelupur.

orang melayu dah semakin sedar akan perpaduan dan ramai yang dah celik. kalau dah takda lagi melayu yang sokong DAP TAK TAU APA YANG AKAN JADI PADA DAP.

miss faten said...

salam. encik azli, tak sangka ada jugak orang non-muslim yang mnyokong PAS. anyway, saya masih mentah dalam bab - bab politik tapi saya menyokong pendapat yang diberikan oleh encik azli ini. terima kasih untuk segala kisah pasal dunia politik yang encik azli paparkan:)

MohdHafizKamal said...

Berbeza pendapat dalam apa2 perkara pun adalah biasa inikan pula hal-hal politik. akan tetapi kita sebagai umat Islam mesti menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan. Seruan saya ...kepada para bijak pandai dan mahir al_quran bangkitlah beri panduan kepada org2 politik agar menjadi ahli politik yg berkaliber dari sudut Islam.....Allahhuakbar!

Anonymous said...

Boleh berbincang-TAPI tak boleh la jumpa dalam gelap. Kemudian nafi, cuba berbuhung dan suruh tutup mulut. Tuan azli jgn la marah TGNA...Cari jawapan dahulu kenapa pucuk pimpinan MAIN LANGGAR persetujuan MUKTAMAR IPOH 2008.
Kita sayang pemimpin tetapi tidak kepada perbuatan tertentu.
Minta tuan azli bagi cadangan cara tawan Terengganu pada pucuk pimpinan tertinggi. Buat malu ajer dapat sepenggal...kemudian gugur. Sedangkan dlm PRU12 BN lemah hingga tumbang beberapa negeri tetapi Terengganu tidak. Kegagalan ini mesti ada kaitan dgn kepimpinan hebat di Terengganu.
maafkan saya tuan.

oleh: muhamureng

DukeOfUMNO said...

Bloggers di wilayah utara akan mengadakan sesi perjumpaan kali ke 2 dalam masa yang terdekat. Ramai bloggers utara yang telah mengesahkan kehadirannya seperti "Depakata", "RamliDAP" dan sebagainya. Butirannya adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 4hb Julai 2009 (sabtu).
Lokasi : Sg. Petani Inn.
Masa : 8.30 malam.

Kepada sesiapa yg berminat sila "book kerusi" anda di bloggersutaraunion@yahoo.com sebelum 3hb Julai 2009. Terima kasih.

G SendUk said...

Salam;

Semalam Ku Bermimpi…

Jika bulan dan matahari datang kepadanya alamat akan beroleh untung dunia dan akhirat. Jika perempuan, nescaya akan diminta orang.

Semoga semuanya bukan hanya mimpi mainan tidur….!!

Atan said...

Salam,

Pendirian TGNA dan TGHH betul. TGNA berkata berdasarkan persetujuan muktamar di Ipoh bahawa PAS akan bersama PR. Dengan kata lain, perseujuan itu janji. Golongan yang memungkiri janji tergolong sebagai munafiq. Nauzubillah.

TGHH pun betul, seperti kata Sdr Azli, kerana beliau mengajak ke arah perpaduan seperti yang dikehendaki Islam.

Yang pasti, banyak pihak yang kabur dengan gagasan TGHH itu. Dan beliau sendiri belum lagi memperincikannya. Mungkin setelah Dato'Mustafa Ali menjadi SU PAS, TGHH dapat menerangkannya kepada ahli PAS.

Hal tentang Karpal Singh itu, pedulikan sajalah. Oportunis seperti dia apa yang hendak dihairankan?

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen tuan2 semua, tak sempat untuk membalas semuanya.

Razallie Zainne said...

Salam, first time comment... bersatu teguh bercerai roboh, saya sokong, kalau ada peluang unutk bersatu cuba la, it's better to fail at trying rather than not trying at all...