Tetamu Kehormat...

June 22, 2009

Alhamdulillah...Allah dah Buka Hati Nik Aziz


ALHAMDULILLAH...
ALLAH DAH BUKA HATI NIK AZIZ


KOTA BHARU 21 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan persetujuan mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan, tetapi ia perlu dibincang serta diputuskan melalui saluran parti dan juga pakatan pembangkang. Beliau yang sebelum ini dengan keras menyanggah cadangan tersebut dalam nada lebih lembut tetapi tegas hari ini berkata, perkara yang diputuskan dalam muktamar di Ipoh tahun lalu itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Katanya, sebarang kata putus mengenai cadangan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dibincangkan secara bersama dengan turut melibatkan pakatan pembangkang bagi mengelak kekacauan dalam hubungan antara mereka. ''Jadi, bila ada pihak dalam Pas (timbulkan cadangan), pakatan rakyat pun nak jaga, dengan UMNO pun nak jaga, itu sudah kacau. Jadi saya nasihat jangan buat begitu.. kalau nak juga, kita mesti buat mesyuarat. Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepi keputusan mesyuarat dengan 'pandai-pandai', kita tak boleh... dan tambah lagi kenapa tidak ada orang Pas jumpa dengan UMNO pujuk dia supaya tukar dasar kebangsaan jadi dasar Islam.


''Kita dalam pakatan ini telah berjaya meredakan Islamofobia. Kalau nak buat, bawa dalam Pas Pusat, di peringkat negeri-negeri dan kemudian bawa dalam pakatan. Ini tidak, pakatan pun marah kepada kita. Dia buat kenyataan bahawa Pas mesti jawab kepada DAP," tegas beliau.


Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita sebelum mengadakan perbincangan empat mata dengan ketua pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman rasminya di JKR 10 di sini hari ini. Mengulas mengenai tentangan kerasnya selama ini berkenaan cadangan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan UMNO, Nik Aziz berkata, itu bukan bermaksud beliau berdegil tetapi lebih kepada beristiqamah atau menegakkan sesuatu yang benar. "Ada pihak yang mengatakan saya berdegil tak mahu bincang mengenai kerajaan perpaduan. Saya nak jawab bukan berdegil, tetapi beristiqamah.


"Degil ini bermaksud kita mempertahankan barang salah mati-matian, itu kita panggil degil. Tahu benda salah, pertahan juga, tetapi bila kita pertahankan barang betul itu namanya istiqamah, istiqamah ini dipuji dalam al-Quran," jelas beliau. Sementara itu, diminta mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar beliau melupakan sengketa lama dan membuka lembaran baru dalam hubungan dua parti Melayu itu beliau menjawab:


"Suruh lupa? Senang je lupa? Adakah makna saya boleh lupa? Ingat, ini barang automatik. Kalau lupa, takdelah sejarah" ujarnya. Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau sanggup bermaaf-maafan dengan UMNO dan memperbaiki semula hubungan, Nik Aziz menggesa supaya UMNO terlebih dahulu meminta maaf. "Biar dia mengaku dulu salah. Kalau orang yang salah dengan saya, saya boleh maafkan, tetapi mengaku dulu. Saya minta maaf dan saya mengaku salah, takpa. Mana UMNO mengaku salah," tambahnya.


Ulasan Saya : Alhamdulillah jika benar Nik Aziz mula berlembut berhubung isu kerajaan perpaduan, saya fikir ini merupakan satu permulaan yang positif. Saya juga tertarik dengan kata-kata Nik Aziz berbunyi pujuk UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam. Saya setuju dalam hal ini, namun demikian kita harus faham selama ini pun UMNO tidak pernah menolak Islam. Dasar kebangsaan tidak salah jika ia selari dengan kehendak dan tuntutan Islam itu sendiri. Walaubagaimana pun saya berpandangan sebegini :


1. UMNO dan PAS kedua-duanya harus kembali kepada al-Quran dan As-Sunnah serta manhaj salaf as-Soleh dalam mentadbir negara, InsyaAllah Malaysia akan diberkati oleh Allah. 2. Hak orang Melayu mesti dipertahankan, kerana Islam tidak menghalang seseorang mempertahankan haknya. 3. PAS dan UMNO harus bersatu padu membanteras segala maksiat tidak mengira siapa yang melakukannya, kita harus bersama-sama membanterasnya secara konsisten dan berterusan. 4. UMNO harus bertegas dalam soal politik wang dan rasuah. Mana-mana yang terlibat dengan politik wang harus segera diambil tindakkan serta nafikannya untuk bertanding dalam apa-apa perebutan kuasa atau jawatan penting parti. 5. Ahli-ahli PAS harus ikhlas dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai pendakwah atau dai' bagi mengajak umat Melayu yang sedang hanyut dalam dosa dan noda kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.6. UMNO dan PAS tidak perlu takut atau bimbang dalam melaksanakan perintah dan larangan Allah. Kita harus laksanakan segala yang dituntut oleh Islam bersesuian dengan kemampuan kita.

16 comments:

Iszuani Humairah said...

Salam bahagia bro Azli-san yang amat di segani,sory le lama tak memberi Pandangan blok bro ini kerana saya berada di luar negAra.tapi blok u sentiasa aku ikuti. aku menyokong penuh pandangan bro. Kita ni perlu bersatu demi agama , bangsa, negara dan anak cucu kita. Bagi aku bro, semua umat Islam di Malaysia ni perlulah bersatu dalam semua segi tidak kira parti mana yang penting pengikutnya beragama Islam, barulah boleh menjadi seperti zaman andalusia. Kekuatan kita umat Islam akan goncang dan akhirnya kecundang kalau tiang keimanan kita tidak kuat.Aku mengharapkan agar akan berlaku satu rahmat daripada ilahi kesan daripada hati Nik Aziz yang sudah lembut itu semoga Allah memberkati umat islam di negara kita ini.PAS dan UMNO bersatu, maka akan habis larilah semua hantu - hantu pengkhianat bangsa. Kepada mereka yang belum sedar, bangunlah dan lihatlah satu perpaduan yang amat hebat akan berlaku kelak, hanya menuggu masa dan ketika. YA ALLAH HAMBA MU YANG HINA INI BERMOHON PADAMU AGAR SELAMAT KAN LAH ANAK CUCU KAMI DAN PELAYAR BLOG INI TERUTAMA KEPADA ANAK CUCU DIMANA BAPA MEREKA YANG CELUPAR SEMASA MELAYARI BLOG INI, SUKA MENGATA ORANG AGAR MEREKA DI JAUHI API NERAKA DAN MENDAPAT KEREDHAAN MU YA ALLAH. BERSIHKAN LAH HATI MEREKA DAN BERIKAN LAH HIDAYAH MU KEPADA MEREKA . AMIN YA RABBI ALAMIN.

Mohd Sufian said...

Salamualaikum,

1 - Alhamdulillah, hasil doa kaum Muslimin yang mencintai perpaduan dan membenci pepecahan.

2 - Nik Aziz menyatakan beliau tidak keras kepala tetapi Istiqamah. Kalau gitu mengapa Nik Aziz mengharapkan UMNO terlebih dahulu untuk memohon maaf kepada dirinya? Sedang Nabi ampunkan Ummat.

3 - Moga-moga kita semua kembali pada Manhaj Salafus Soleh.

Sabda Nabi: "Hendaklah kamu kembali (ittiba') kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku". - Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, Turmizi dan Ibn Majah.

Kata Imam Malik: "Umat ini tak akan selamat kecuali kembali kepada ummat terdahulu (Para Sahabat)."

Muhammad Azli Shukri said...

iszuani - selamat kembali ke tanah air

sufian - memang benar kenyataan saudara

dino_yp@yahoo.com said...

Saya masih mengharapkan Nik Aziz bersara dari pentas politik malaysia, terlalu banyak kekocehan telah di lakukan oleh beliau dikalangan umat Islam. Patutnya Dr Prof Haron Din lebih layak untuk jawatan Mursyidul Am. Tapi sayang, siapalah Prof. Haron Din pada pandangan org2 hamPAS.

Anonymous said...

Apabila saya baca kenyataan pak nik ajis ni, saya boleh buat rumusan mengenai keperibadian beliau spt ini :
1.beliau cakap berbelit2
2.beliau seorang yg gopoh dan terburu2 dlm bertindak
3.beliau bukan seorang pemaaf 4.bersifat pendendam
5.tindakan beliau lebih kpd soal peribadi dari keutamaan penyatuan islam

datoadil said...

Assalamualaikum dan salam pertemuan.

Apa khabar Saudara Azli, saya lama tidak singgah dalam blog saudara ini. Kesibukan sejak akhir-akhir ini dalam meneroka dan menjelajah seluruh pelusuk dunia membuatkan saya tidak bisa singgah dan berkomentar atau melontarkan pandangan.

Setelah saya meneliti banyak perkara yang ditulis dahulu, ternyata banyak blogger yang berlindung dengan memberi komen sebagai Anonymous. Tetapi komen mereka itu tidak lebih dari sekadar menunjukkan kebodohan mereka sendiri.

Berkenaan Perpaduan Ummah yang dimulakan melalui pembentukan kerajaan perpaduan, saya rasa hal ini perlu dijelaskan dengan mendalam apa bentuk kerajaan perpaduan. Perpaduan Dalam kalangan Parti atau Kaum. Hal ini jiga menuntut keikhlasan banyak pihak dan komitmen UMNO dan PAS. Tetapi PAS berhadapan risiko ramai ahlinya menyertai Keadilan begitu juga UMNO. Jika hal ini berlaku, Keadilan akan menjadi semakin dominan, manakala UMNO dan PAS mungkin semakin lemah menjelang Pilihanraya akan datang.

Pendapat saya adalah bersandarkan kepada generasi muda yang masih sukar menerima UMNO kerana sikap UMNO yang tidak mesra dari segi keahliannya kepada generasi muda.

Maka saya tertanya-tanya, ke mana Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang kononnya tugasnya untuk menarik pemuda menyertai UMNO, sampai hari ini tiada program kedengaran kearah itu? Sepatutnya Khairy Jamaluddin lebih bijak bukan duduk seperti tunggul kayu di gurun sahara.


Dato' Adil
Cyberjaya.

khairul onggon said...

Assalamualaikum.. Terkejut jugak baca paper pagi tadi.. tapi alhamdulillah.. moga2 ada jalan penyelesaiannya.. :)

ZHARIF BADRUL said...

salam encik azli
saya pun bersyukur bila dua2 pihak dah mula cool down balik.Benar isu Islam itu yang perlu menjadi tumpuan dan titik penyelesaian kepada kedua2 pihak

Baijat said...

salam saudara azli...

apa khabar saudara? semoga sihat alhamdulillah.

saya mengharapkan kerajaan perpaduan yang sedang hangat diperkatakan bakal menjadi realiti. memang benar apa yang disuarakan Mufti Perak itu sendiri. itu bakal menjadi manafaat untuk umat melayu.

Penglibatan kaum Cina dan India perlu dilihat sebagai suatu simbiosis dalam survival alam Melayu sendiri. Formula yang terbaik harus dirumus bagi menjaga kestabilan negara.

Jangan pinggirkan kaum lain dalam pembentukan kerajaan perpaduan. Buktikan kepada mereka bahawa kita mampu melakukannya.

*Bila nak sambung cerita Hikayat tu lagi?? Tak sabar menunggu....

yusuf mujahidin ™ said...

Alhmdulilah.

syukurla. pkr baik mcmni insyaAllah Allah akan permudahkan.

kpd semua, jgnla mengherdik pemimpin kita tk kira dr kerajaan atau pembangkang. hormati pemimpin.
jika mereka slh, sila tegur dgn baik. mereka juga manusia. tidak maksum dan melakukan kesilapan.

kita doakan agar perpaduan ini berjaya dan paling penting mendapat barakah.

Syukur Alhmdulilah.

datoadil said...

Saya juga bersetuju dengan Blogger Baijat agar cerita Hikayat Dewan Ekonomi diteruskan. Kezaliman yang dilakukan terhadap Saudara tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Mungkin pada masa ini tangan-tangan kotor yang pernah berkonspirasi menjatuhkan saudara sedang seronok kerana saudara telah melupakannya.

Saya tidak tahu sama ada saudara sudah memaafkan atau tidak, tetapi Hikayat itu bukan bermaksud saudara berdendam, tetapi untuk memenuhi permintaan penyokong-penyokong saudara yang ingin tahu siapa disebalik apa yang berlaku.

Tambahan pula, saya merasakan bahawa Majalah yang saudara terajui dahulu itu kini semakin tenggelam dan hilang serinya.

Dato Adil
Cyberjaya

norain ishak said...

sentiasa sokong nik aziz..!
beliau la pemimpin contoh yang terbaik..!

Muhammad Azli Shukri said...

kepada bijat dan dato adil hikayat tersebut akan tetap disambung kembali

mrakunman said...

Salam ziarah. Jika demikian perubahan terjadi kepada TGNA, shukur kerana akhirnya nur ilahi akan menjelama kepada bangsa ini. Harapan kita, semoga umat dan kaum kita bersatu, demi bangsa, agama dan negara. Niat kita hanya satu, bersatu untuk kesejahteraan ummah.

fital said...

andainya Pas dan Umno bersatu kemana PKR dan Dap agaknya dan berapa lama ia akan bertahan. Apa pun saya saya rasa masing masing ada strategi masing.

fital said...
This comment has been removed by the author.