Skip to main content

Sejenak Bersama Azli


SURAT DARI DALAM DIRI


Sedang saya makan malam, sebentar tandi, saya sempat memikirkan beberapa hal dan jawapanya, baik ia melibatkan negara mahu pun diri saya, antaranya :


1. Sidang DUN Perak - Sikap YB pembangkang amat mendukacitakan, mereka langsung tidak memikirkan kepentingan rakyat, dan masih bermain dengan silat politik sempit mereka. Rakyat sudah muak dengan politik cara ini.

2. Isu PPSMI - kerajaan berada dalam dilema.

3. Saya sudah mendapat jawapan yang selama ini saya cari, iaitu siapakah blogger Dato Adil yang selalu memberi komen di dalam blog saya ini. Beliau merupakan mantan pekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka dan sekarang bekerja sebagai salah seorang pengarah di sebuah syarikat penerbitan di ibu kota. Melalui IP yang saya paparkan selama ini di blog saya, saya berupaya mengesan beberapa blogger yang kerap meletakkan komen dalam blog saya dan sudah berminggu-minggu saya cuba mengenal pasti identiti mereka, kerana maklumat yang mereka paparkan kadang kala mengejutkan saya sendiri, antaranya bloggers budak kampung, merupakan seorang pekerja syarikat Dawama, blogger puteri hutan nipah merupakan seorang lelaki yag menyamar sebagai seorang wanita dan bekerja di DBP. Dari hal ini, dapatlah saya simpulkan bahawa, melalui alam maya, kita juga berupaya mengesan dan menjejaki identiti seseorang dengan terperincin andaikata kita bersabar dan mencari. Begitulah hebatnya IT. Moralnya, jika kita ingin meletakkan komen, maka berhati-hatilah.


4. Isu selsema Babi (walaupun sudah bertukar nama) - suka saya cadangkan kepada kerajaan, agar libatkan kaum Cina dalam menyedarkan masyarakat mereka, bahawa Babi merupakan binatang yang banyak membawa kerosakkan. Oleh yang demikian, hentikanlah segera daripada terus menternak haiwan tersebut.


6. DUN Penanti : BN harus sertai


7. Isu Ragut : Saya cadangkan agar kerajaan memperkukuhkan institusi rukun tertangga yang selama ini kelihatan hambar dan tidak bermaya. Mungkin cara ini berupaya mengurangkan kes tersebut.

Comments

Unknown said…
salam saudar azli,
isu-isu semasa ni sepatutnya yang perlu kita semua ambil perhatian.Bukannya isu politik yang remeh-temeh.
Saya sendiri kecewa dengan apa yang terjadi semasa DUN Perak bersidang tadi. Justeru saya terus mengepos blog terbaru:Di mana kesudahannya?
Harap dapat pandangan saudara azli.Terima kasih
Unknown said…
"blogger puteri hutan nipah merupakan seorang lelaki yag menyamar sebagai seorang wanita dan bekerja di DBP"

Sdr Azli,
Saya tak kisah saudara dedahkan identiti saya, sekurang-kurangnya orang akan tahu sekarang bahawa apa yang saya cakapkan dalam blog saudara itu betul belaka, bukan hendak melaga-lagakan orang atau mahu memfitnah orang di bahagian M.
Tambah menyedihkan sejak puan Selina bersara, bahagian itu sudah jadi macam kedai kopi pula, tak segan silu lagi dah nak tunjuk bebas (dulu mungkin juga malu-malu nak buat lebih-lebih, kalau-kalau kak Seli lapor pada Profnya yang merupakan AJK Lembaga).

KP selalu sindir orang yang melepak di warung, tapi dia tak tahu editor2 kesayangannya melepak sakan di tempat kerja; tak cukup kourum sembang dengan orang di bahagiannya, diajak lagi orang luar masuk melepak di tempat kerja dari pagi hingga petang. Macam ni kah nak naikkan imej majalah????
Unknown said…
Sdr Azli,

Saya menyamar bukan kerana penakut tetapi pengalaman saya bekerja selama berpuluh-puluh tahun mengajar saya bahawa jika kita bercakap benar sekalipun, pihak berkuasa ... tidak akan peduli sebaliknya mereka akan mencari siapa yang bercakap itu untuk diseksa dan didera secukup-cukupnya!!!

Saya amat berterima kasih kepada saudara kerana membuka ruang untuk kami bercakap benar.
Kami cukup terseksa selama ini kerana tidak tahu kepada siapa lagi hendak mengadukan nasib; nak ikut rentak mereka, kami tak sanggup, takut nanti rezeki yang dihulurkan kepada anak bini tak halal.
Redza said…
1. Sidang DUN Perak - Sikap YB pembangkang amat mendukacitakan, mereka langsung tidak memikirkan kepentingan rakyat, dan masih bermain dengan silat politik sempit mereka. Rakyat sudah muak dengan politik cara ini.


Salam saudara Syukri:
Yup, saya sokong... Rakyat dah muak...

Pening kepala...

Bukan hal pakatan je, barisan pun sama... Pening ah politik... Pelik...

Masing-masing angkat bakul sendiri.. malaysia kini dengan bakul mereka, Utsan dengan puak mereka... bila la nak dapat analisis yang adil dan saksama?
Unknown said…
allah akan tunjukkan jalan sebenar.

saja melawat blog cikgu pagi2 yg hening..
azlishukri said…
zharif - saya sependapat

puteri hutan nipah - saya yakin kebenaran akan terselah juga akhirnya

Redza - betul rakyat sudah muak

kayrolldin - silakan singgah
Budak Kampung said…
Nampaknya saudara tidak hanya bijak menulis, tetapi bijak juga menyelidik

1. memang aku staf dawama, tetapi sudah bersara. sebab apa aku bersara, sebab sudah menyampah dengan cara otai-otai dbp dan dawama bekerja. Apa? diaorang ingat aku ni sape nak main belasah saje bila layout cover majalah aku tak bagus. sudahlah, diaorang bukan ada pengetahuan pasai reka bentuk pun.

2. Aku menyampah tengok bos ko dulu, cakap banyak dalam meeting, tapi mcm tin kosong. kalau kerja jadi editor sahaja, buatlah kerja editor, bukan campur tangan semua perkara. Ini tidak, pemasaran pun nak campur, pilih gambar pun nak campur, grafik majalah pun nak campur. semua nak ikut kepala dia. apa dia ingat bila jadi ketua editor, dia tahu semua ke? sudah la...
Unknown said…
Di Perak pun Speaker kena ragut! Dahsyat sungguh!
fahana_ann said…
em, memang brmasalah dbp dan dawama ni..tak sangka macam ni..
azlishukri said…
anuar - bukan setakat kena ragut, tapi siap kena usung keluar dewan lagi...

farhana - memang dawama dan dbp ada masalah, sebab itulah ramai yang mengkritik dan mahu memcari kebenaran.
Mak Su said…
isu ragut tu sadis sungguh... kerana duit, usaha tu jadik melampau, sampai mengakibatkan kehilangan nyawa :(

errr..... saya tak perlu dicari2kan, sebab saya ni true colour :)
Atan said…
1. Kegawatan Sidang DUN Perak - sikap YB pembangkang yang amat mendukacitakan itu adalah untuk memanifestasikan kekecewaan. Perkara biasa apabila berlaku unsur-unsur rampasan, penyingkiran, dan sebagainya. Muak dan kecewa dalam hati kita bukan terhadap mereka sahaja tetapi juga kepada yang memulakan "rampasan".

2. Isu PPSMI - kerajaan bukan berada dalam dilema tetapi sedang membina dilema.

3. Apabila dibaca post PuteriHutanNipah dan Budak Kampung serta post-post Sdr Azli tentang Hikayat Dewan Ekonomi, DBP ini alangkah...! Uh.

4. Seorang rakan berbangsa Cina memberitahu saya bahawa orang Cina tidak ikut suruhan agama mereka (Buddha). Buddha tidak makan benda berdarah, jadi sepatutnya tidak makan babi, seperti dia.

6. DUN Penanti: BN tidak perlu bertanding jika mereka yakin bahawa mereka akan kalah. Akan ada banyak pembaziran. Pendirian DSMN betul.

7. Isu ragut: ada lihat siaran tv? Ada dengar komen KPN tentang isu itu? Uh, tidak sangka beliau berkata demikian - "Kalau dah nak jadi jugak, kita nak buat macam mana? (Lebih kurang begitulah kata beliau.) Jawaban yang mencerminkan sikap lepas tangan.

Semua poin Sdr dalam post ini adalah tentag KRISIS dan KONFLIK. Konflik dalam karya sastera (novel, drama, cerpen) dapat memanjangkan cerita dan menarik minta pembaca dan penonton untuk mengikuti cerita seterusnya.

Negara kita sedang berceritakah sekarang?
ikan emas said…
Wah, blog benar-benar telah menjadi medan meluahkan yg terpendam dan tersirat..brg kali budaya org kita lebih suka ckp belakang,sorok-sorok drpd berterus terang ?..nah skrg di alam maya ini pekung dibuka...kpd yg berkenaan pandang-pandanglah !!
Azis said…
salam
setiap apa tindakan yang nak diambil kena berfikir dulu samada betul atau sebaliknya. sama la jugak kalau bercakap atau pun menulis..
md.ishak said…
Penulisan saudara bagus.Sila terus kan..Syabas
Anonymous said…
Assalamualaikum dan Salam Pertemuan

Kata Anakanda Azli yang dikasihi"

"Saya sudah mendapat jawapan yang selama ini saya cari, iaitu siapakah blogger Dato Adil yang selalu memberi komen di dalam blog saya ini. Beliau merupakan mantan pekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka dan sekarang bekerja sebagai salah seorang pengarah di sebuah syarikat penerbitan di ibu kota"

----

Nampaknya Anakanda Sudah lupa siapa saya walaupun Anakanda pernah memuji saya sebagai penggerak Ekonomi Melayu dan Bumiputera. Saudara sudah lupa yang saya saudara jadikan sebagai penghias muka hadapan majalah yang pernah gah suatu ketika dahulu, tetapi kini suram bersama perginya saudara.
Kini, yang tinggal hanya "hantu-hantu" menulis cerita lucah dan hantu ala-ala mastika seperti yang saya baca dalam hikayat dan komennya.

Saudara, layakkah seorang pengarah syarikat penerbitan menjadi penghias muka hadapan majalah ketika saudara menjadi editornya? Kalau sekarang mungkin, tetapi saya yakin tidak sepanjang dua tahun saudara mengemudinya.

Nampaknya Saudara Sudah lupa tentang jawatan yang pernah saya tawarkan dahulu disebuah syarikat gergasi yang saudara dan rakyat Malaysia akan singgah sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sekian

Dato Adil
Doriyuckey said…
pasal VAVI tu saye sukung:)
azlishukri said…
datoadil - nampaknya saya perlu menyiasat dengan lebih kemas lagi.
Hikayat Dewan Ekonomi elok dibukukan.

Salam kepada saudara Azli

Apa perkembangan terbaru?

Jika ada masa terluang, layari laman web ini:

www.jentayuemastrading.com
Panglipulara® said…
Pemuda pekembar perak dilanda pitam, dikala belah menanti barai kumpulan kecil itu mengangkat bangun ketua pemuda baru, dalam kondisi yg amat mendesak maka terjunlah bidan jantan itu yang konon-kononnya mampu mengembalikan berbilion-bilion RM dari kerajaan pusat, yang dulunya terhenti kerana negeri yang dipayungi tergadai akibat mantan ketuanya leka berjudi dan bergundik di hotel lucky (kahak ptui)...
Makanya dicananglah dari hulu sampai kehilir, dari darat sampai kebaruh, mari kita raikan ketua pemuda pekembar yang baru itu, pulanglah para kroni dari kota lumpur hingga padang pasir yang tandus, aku janjikan tambahan harta untuk sikaya, bilion-bilion harta marhaen ini untuk siapa lagi, kalau bukan untuk kita agih-agihkan, banyak sama rasa, sedikit untuk aku sahaja, ayuh sambutlah aku dengan darjat aku ini, datanglah kerabat dan sahabat dekatku ke rumah rehat kuala kangsar jam delapan malam, ahad mei ke3 ini...
Dalam gelak kecil yang galak beliau enggan menjawab pertanyaan sahabat lama dalam talian mobilnya, kamukah ketua pekembar baru itu...? wah hebat kamu , panjang mana akademik kamu wahai ketua...? apa layaknya kamu memimpin pemuda dengan pelajaran kamu yang sependek itu...? tidakkah ada khalifah lain yang lebih layak memimpin pemuda...? apa benarkah khabar dari bukit gondol menyatakan segala projek dan kontrek yang diperoleh oleh kamu selama ini adalah modal untuk menjadi ketua hariini...? atau kamu terjun menjadi ketua hanya sekadar melengkapkan syarat untuk kamu pergi lebih tinggi darjatnya...? atau mungkin kamu ingin menafikan pengelibatan Hamdi abu bakar, pemerintah pengkalan baru dan bapa saudara kamu atas lantikan kamu ini...?
50 tahun....Jemu, cemuih, bosan aku dengan cara kamu dan pekembar memperbodohkan kami marhaen, teruskan memperbodoh-bodohkan kami sehingga keturunan kita tiada lagi yang pandai, teruskan, pandirkan kami sehingga tiada lagi lahir samenyang dan samenyit sebijak kamu...(konon-kononnya)
Unknown said…
Saudara Azli,
Jangan cepat lupa apa yang pernah orang komen dalam blog saudara. Cubalah baca yang tersirat selain yang tersurat.

Blog saudara agak 'universal' sifatnya, membincangkan banyak hal dan peristiwa tetapi akhirnya menuju kepada satu kebaikan, iaitu ingin melihat warga Malaysia berfikiran kritis, jelas dengan perjuangan (tak kiralah politik, agama ataupun pendirian) dan berakhlak mulia.

Pada pandangan saya, pemblog Dato Adil seorang yang sangat intelek, kebanyakan komennya matang dan membina, banyak yang dapat kita (pembaca log saudara)renungkan dan manfaatkan dalam kehidupan harian.

Walaupun saya jarang meninggalkan komen dalam blog saudara, saya mengikuti setiap posing dalam blog saudara.

Teruskan mengisi blog saudara dengan perbincangan yang lebih 'hangat' dan bermanfaat.
Koboi BM said…
Silap-silap haribulan aku pun nanti kena siasat dgn azli ni kekekeke......
Koboi BM said…
silap2 haribulan aku pun nanti kena siasat dgn azli ni hehehe pasai aku pun suka juga fire dia...
azlishukri said…
alamanda dan koboi BM - saya suka apabila tuan berdua memberi komen, banyak manfat yang saya dapat.
Salam Saudara Azli... Terima kasih sbb link ke blog saya... Saya tidak berapa meminati politik namun tidak saya nafikan saya mengikuti perkembangan semasa politik tanahair kita... saya lebih suka membaca mengenai drpd bckp mengenai nya... terlebih dahulu saya meminta maaf kerana saudara telah mengikuti blog saya yg agak remeh dn kurang informasi kot... segan lak saya... anyway... slmt bkenalan n saya link saudara ya...
Koboi BM said…
Terima kasih buat Azli yang telah singgah di blog saya yang telah naik bersaranh kerana memang saya dah lama tinggalkan blog tu hehe. Terima kasih juga kerana komen saya selama ini dapat sedikit membantu sebagai input berguna.

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca